Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Uqasha. Show all posts
Showing posts with label Uqasha. Show all posts
Hubungan Nelydia & Uqasha Semakin Akrab
Hubungan pelakon Nelydia Senrose dengan kakaknya iaitu aktres Uqasha Senrose semakin akrab semenjak wanita itu mengambil keputusan untuk berhijab beberapa bulan lalu.
Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 20, berkata, dia adalah orang paling gembira apabila mendapat tahu penghijrahan Uqasha selain menghormati keputusan tersebut.
"Alhamdulillah itu adalah antara satu keberkatan dan hikmah perubahannya itu apabila hubungan kami bertambah akrab dan saya sangat gembira dan bersyukur atas perubahannya itu," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Nelydia berkata, Uqasha ada berkongsi cerita mengenai perubahan berkenaan kepadanya namun ia hanya sekadar perkongsian di antara mereka adik-beradik.
Jelas Nelydia, kakaknya itu tidak selesa penghijrahannya itu diperbesarkan kerana dia masih dalam proses perubahan ke arah kebaikkan selain bimbang disalahertikan oleh sesetengah pihak.
"Saya pada mulanya tidak tahu dia sudah memakai tudung dan ketika bertanya mengenai perkara itu dia mengakui tetapi tidak bercakap banyak mengenainya.
"Apabila bertemu sendiri dengannya baharulah dia berkongsi cerita dan saya hormat keputusannya itu," kata Nelydia.
Sementara itu, Nelydia berkata, berbanding tahun lalu, sambutan Ramadan kali ini baginya adalah lebih tenang kerana dia mengambil cuti daripada terlibat dalam sebarang penggambaran.
Kata Nelydia, dia membuat keputusan itu kerana ingin menghabiskan masa lebih dengan ahli keluarganya di kampung.
"Tahun lalu sangat sibuk sehingga tiada masa untuk berbuka bersama keluarga. Jadi tahun ini saya mengambil cuti supaya dapat bersama mereka," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nelydia berkata, dia sangat teruja apabila suaranya dipilih bagi memegang watak sebagai Margo dalam filem Despicable Me 2 versi Bahasa Malaysia.
Dia juga berharap peminat akan menyukai penampilannya dalam filem berkenaan dan akan mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat.
Uqasha terkejut dirisik keluarga Pekin
PELAKON Uqasha Senrose, 21, mendedahkan dia sangat terkejut dengan kehadiran rombongan merisik daripada keluarga teman lelakinya, Pekin Ibrahim, pada sambutan hari jadinya, 6 Julai lalu.
“Dia (Pekin) cakap sambutan hari jadi saya tahun ini ada kejutan tetapi saya tidak jangka kejutan yang dimaksudkannya adalah rombongan merisik, bukan rombongan pertunangan seperti yang didakwa sesetengah pihak,” ungkap Uqasha yang terharu dengan tindakan kekasihnya itu.
Jelas Uqasha yang merupakan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose, dalam rombongan merisik tersebut dia menerima empat dulang ‘barangan hantaran’ yang berisi sebentuk cincin, kain, pulut kuning dan kek sempena hari jadinya.
Sekadar merisik, menurut bekas pramugari itu, kemungkinan besar dia dan Pekin tidak akan bertunang sebaliknya terus melangsungkan perkahwinan. Walau bagaimanapun, mereka tidak menetapkan tarikh dan belum merancang apa-apa berhubung perkahwinan mereka.
Ditebak adakah dia berasa lega dengan ikatan yang terjalin antara dia dan Pekin sekali gus melenyapkan gusar di hatinya berhubung gosip yang bertebaran mengatakan Pekin tidak serius dalam hubungan cintanya dan mempunyai ramai kawan wanita, Uqasha menafikan perkara itu.
“Walaupun sudah dirisik, saya tidak mahu berasa yakin 100 peratus yang kami akan berkahwin. Sebabnya, jodoh pertemuan ketentuan Tuhan. Begitupun, saya yakin Pekin bukan seperti yang didakwa (ramai kawan wanita).
“Bukan mahu menyebelahi dia, cuma dia sentiasa ada bersama saya. Kalau sikapnya macam itu, saya sudah pasti mengambil langkah seterusnya,” ungkapnya yang berasa yakin dengan kejujuran Pekin.
Disoal pula bagaimana penerimaan keluarganya mengenai rombongan merisik itu memandang usianya baru 21 tahun, ujar Uqasha, ibunya tidak menghalang tetapi meminta dia lebih mengenali hati budi kekasihnya itu.
Pekin panggil ibu Uqasha mama
Sementara itu, menurut Pekin pula, salah faham timbul mengatakan dia dan Uqasha sudah bertunang kerana majlis yang dibuat begitu teratur dan formal. Malah mereka juga mengenakan warna baju sedondon iaitu kuning cair.
“Saya dengan keluarga dia (Uqasha) sudah rapat. Mengenai perancangan merisik ini, keluarganya sudah tahu tetapi saya minta agar Uqasha tidak diberitahu mengenainya,” dedahnya yang buat pertama kali membawa keluarganya bertemu keluarga Uqasha pada 6 Julai lalu.
Mengulas mengenai perancangan perkahwinan pula, ujar pelakon filem Bunohan itu, majlis itu tidak akan berlangsung tahun ini.
Merancang untuk terus berkahwin tanpa ikatan pertunangan, Pekin mengakui risau untuk menempuh dugaan bertunang dan mengatakan ia sekadar membuang masa dan duit.
Mengulas mengenai gosip yang bertebaran mengatakan dia bukan seorang yang serius dalam perhubungan, ungkap Pekin, dia bercinta dengan Uqasha bukan untuk main-main tetapi mahu menjadikannya kekasih dan isteri suatu hari nanti.
Uqasha Kurangkan Jumpa Nabil

BERAPA minggu lalu, nama Nik Zaris Uqasha hangat diperkatakan umum. Semuanya apabila dia dikatakan menjadi penyebab kes putus cinta pelawak Nabil Ahmad dan Irma Hasmie.
Kemudian, tidak sampai pun seminggu, tersebar pula gambar cium mirip Nabil dan Uqasha sehingga memberi tekanan buat gadis berusia 18 tahun yang ingin bernafas di bidang lakonan ini.
Tidak meminta kontroversi itu berlaku, anak kelahiran Kuala Lumpur ini menegaskan dia sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan insiden masalah cinta Nabil.
Kata Uqasha atau dengan panggilan Qasha, dugaan yang diterimanya bertimpa-timpa tanpa sebab dan sekali gus, sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon baru.
“Alhamdulillahlah saya tidak lagi tertekan dengan hal itu. Cuma saya ingin menjelaskan saya tiada kaitan langsung dengan kes putus cinta Nabil.
“Walaupun masih baru dalam lakonan, ia sedikit mengganggu perjalanan seni saya apabila penerbit-penerbit drama mempersoalkan kehadiran saya kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan produksi mereka.
“Bagaimanpun pun saya tak kisah dengan apa orang cakap kerana hal itu telah pun terjadi. Sekarang misi saya ialah mengasah bakat yang ada untuk menjadi pelakon yang berkaliber,” tegasnya.
Selain itu, ujar Qasha, dia sedih kerana adiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Nik Zaris Nelydia turut terkena tempias daripada kontroversi tersebut.

“Kesian juga dekat dia kerana orang tak sudah-sudah tanya. Tapi alhamdulillah dia memahami dan dia tidak kisah.
“Setakat ini mama saya dan Zaris yang banyak memberi dorongan serta semangat kepada saya. Malah mama tidak menghalang saya daripada terus berlakon. Cuma dia nasihatkan saya agar lebih berhati-hati dan anggap perkara ini sebagai satu pengajaran yang besar buat saya,” katanya.
Tambah Qasha, tatkala dirinya mahu bangun dengan semangat baru, jauh di sudut hati, dia takut jika nama Nabil akan membayangi dirinya.
Masih lagi berkawan dengan lelaki itu, kedua-duanya lebih selesa tidak berjumpa dengan terlalu kerap agar masyarakat tidak memberi andaian negatif terhadap mereka.
Cuma, tegas Qasha, walaupun Nabil kini solo, dia langsung tidak terfikir untuk menjadi teman wanita Nabil kerana terasa dirinya masih muda untuk bercinta.
“Memang diakui, saya takut dibayangi Nabil. Contohnya orang akan tanya “Uqasha mana yang berlakon? Oh, Uqasha Nabil ke?”, itu yang saya tak nak. Tapi nak buat macam mana bukan? Saya terpaksa terima kerana saya tidak boleh menutup mulut orang.
“Buat masa ini kami masih lagi berkawan. Tetapi Nabil bukanlah cinta hati saya. Umur saya baru 18 tahun. Perjalanan saya masih panjang lagi dan saya tidak utamakan cinta. Senang kata, hati ini tidak dimiliki oleh sesiapa lagi,” katanya.
Sementara itu, Qasha pernah berlakon dalam drama Radio Gaga (RTM), Ampang Medical (NTV7) dan Lukisan Hati (DVD). Dalam pada itu Qasha juga merupakan seorang model bagi iklan DIGI, coklat Cadbury serta Ajinamoto.
Ditanya apakah perancangan Qasha untuk mengukuhkan diri sebagai pelakon, katanya dia ingin mendapatkan sebanyak mungkin tawaran drama agar dapat mengasah bakat lakonannya dengan lebih cepat.
Malah Qasha mempunyai impiannya yang tersendiri di mana dia begitu teringin mahu berlakon di samping pelakon popular, Shaheizy Sam.
“Saya begitu meminatinya dan ingin belajar bagaimana cara Sam menghayati setiap watak yang diberikan. Ini kerana lakonan yang dibuat begitu natural dan karakter yang dibina juga menjadi,” tuturnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
