Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Usop Wilcha. Show all posts
Showing posts with label Usop Wilcha. Show all posts
Mamat Khalid Jawab Isu Masam Muka Dengan Usop Wilcha
Pengarah filem Mamat Khalid terkejut apabila dikatakan bermasam muka dengan pelakon Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha.
Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid berkata, jika benar pelakon itu berasa hati, dia seharusnya memaklumkan perkara berkenaan dengan cara bertentang mata daripada bercerita kepada pihak ketiga iaitu media.
"Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi saya untuk meminta penjelasan tentang perkara itu kerana saya tidak ada masalah langsung dengan dia. Baru beberapa hari lepas saya berjumpa dengan dia untuk menyelesaikan proses suntingan filem.
"Pada saya, jika dia ada rasa tidak puas hati seharusnya dia berjumpa dan beritahu sendiri kepada saya berbanding menggunakan media," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya, di The Garden, di sini, Rabu.
Mamat berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan Ahad lalu mengenai hubungannya dengan pelakon Usop Wilcha yang dikatakan bermasalah.
Mamat sebagai pengarah filem dikatakan tidak memberi kerjasama dan sering kali mengubah skrip ketika penggambaran filem Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM) yang diterbitkan sendiri oleh Usop Wilcha.
Dalam pada itu, Mamat berkata, dia tidak mengetahui niat sebenar pelakon itu menceritakan hal dalaman produksi kepada media.
"Kalau ada keluh kesah daripada pihak dia kenapa tidak beritahu sendiri. Sepatutnya saya orang pertama yang tahu perkara ini dan bukan orang terakhir,
"Tentang mengubah skrip itu adalah perkara biasa pada setiap penggambaran, jika saya rasa skrip yang dibuat itu tidak sesuai saya akan minta dia ubah menjadi lebih baik," katanya.
Bagaimanapun, Mamat berkata, dia enggan memanjangkan hal tersebut dan menghalalkan apa juga dakwaan pelakon tersebut terhadap dirinya.
Saya tak pernah lempar baju - Usop Wilcha
TIADA angin, tiada ribut, nama pelakon komedi, Usop Wilcha tiba-tiba menjadi panas. Menerusi ruangan gosip sebuah akhbar mingguan tempatan, Usop atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri, 49, dikatakan bermasam muka dengan pengarah terkenal, Mamat Khalid kerana tidak berpuas hati terhadap bayaran kurang setimpal yang diterimanya bagi filem Usop Wilcha Melawan Warewolf Dari Bangladesh (UWMWDB).
Pelakon yang mula menempa nama menerusi filem Zombi Kampung Pisang itu juga dikatakan menonjolkan sikap kurang baik di lokasi penggambaran sehingga sanggup melemparkan pakaian ke muka penjaga kostum.
Selain itu, Mamat yang diberi kepercayaan untuk mengarah filem terbitan Usop berjudul Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM) pula dikatakan sengaja menimbulkan masalah seperti melewatkan hari penyuntingan.
Berkesempatan berbual dengan pelakon yang terkenal dengan loghat Peraknya itu baru-baru ini, Usop menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dikeluarkan oleh ruangan gosip terbabit.
Katanya, dia tidak sangka penulis tersebut menulis gosip berkenaan tanpa bertanya kepadanya terlebih dulu.
Kosmo!: Benarkah Usop bermasam muka dengan Mamat Khalid kerana menerima bayaran yang sedikit bagi filem UWMWDB seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar mingguan baru-baru ini?
USOP: Tidak benar sama sekali. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Mamat Khalid. Saya sudah menganggapnya seperti abang saya sendiri dan berasa agak kecewa dengan laporan berkenaan.
Menerusi laporan tersebut juga, anda dikatakan telah bertindak melemparkan pakaian ke muka penjaga kostum. Adakah dakwaan itu benar?
Saya tidak tahu-menahu tentang perkara ini sehinggalah diberitahu oleh isteri Mamat, Hasmah Hassan. Ketika mendapat perkhabaran tersebut, saya benar-benar terkejut. Sepanjang bergelar pelakon, saya tidak pernah bertindak seperti itu. Saya juga berasa terkilan kerana penulis ruangan itu tidak menghubungi saya sendiri tetapi lebih mempercayai sumber yang kononnya boleh dipercayai.
Anda merupakan produser bagi UWMMM dan memberi tanggungjawab kepada Mamat untuk mengarahkannya. Benarkah dia tidak menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan?
Saya sudah lama mengenalinya. Justeru, apabila saya mengambilnya untuk mengarahkan filem itu, bermakna saya sudah faham caranya bekerja. Tambahan pula, dia memang sibuk. Jadi, sukar untuk kami mencari masa untuk bertemu dan berbincang.
Pada pendapat anda, apakah punca gosip ini dikeluarkan?
Saya pun kurang pasti. Mungkin saya bersifat sedikit tegas ketika di lokasi kerana ini merupakan filem terbitan saya. Tambahan pula tekanan yang timbul menerbitkan filem pertama sangat kuat. Mungkin juga perkara tersebut telah diperbesarkan sehingga timbulnya gosip ini. Saya enggan komen lebih panjang kerana bimbang perkara ini akan berlanjutan.
Setakat ini, adakah anda masih berhubung dengan Mamat Khalid?
Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengannya. Baru tiga hari lalu saya bertemu dengannya untuk proses suntingan. Saya ada memuat naik gambar bersamanya di Instagram. Jika kami bermasam muka, saya mungkin tidak akan bergambar bersamanya.
Bilakah filem UWMWDB dan UWMMM akan menemui peminat?
Saya kurang pasti bilakah UWMWDB akan ditayangkan tetapi bagi filem UWMMM, ia akan menemui peminat pada bulan Februari tahun depan.
'Usop Wilcha' Tinggalkan Hot FM Kerana Usia
PETALING JAYA: Pelakon komedi Shy8 yang terkenal dengan gelaran Usop Wilcha berkata keputusan untuk berundur diri sebagai penyampai radio Hot FM pada hujung bulan ini bukan disebabkan popularitinya yang merudum.
Sebaliknya, Shy8 atau nama sebenarnya Syed Mohammed Asri Syed Osman Jamalulail, 47, berkata, perkara itu dilakukan kerana faktor pengurusan masa dan usia.
"Umur saya semakin meningkat, sudah 47 tahun. Saya sudah tidak larat untuk melakukan kerja lain pada waktu malam dan terpaksa bangun awal pagi untuk studio radio.
"Keputusan ini perlu saya ambil juga sama ada sekarang atau kemudian hari demi komitmen masa untuk keluarga dan cabang seni yang lain," katanya.
Shy8 berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran filem terbaharu berjudul Kahwin 5 arahan Nizam Zakaria di Cathay e @ Curve, Mutiara Damansara di sini, petang Selasa.
Dia yang memulakan tugas sebagai penyampai segmen pagi AM Krew pada 16 Jun tahun lalu mempunyai baki kontrak kira-kira enam bulan yang sepatutnya berakhir pada 16 Jun 2013.
Shy8 berkata, dia juga tidak kisah dengan apa jua persepsi yang bakal timbul ekoran pengundurannya secara mengejut itu.
"Saya tidak kisah dengan persepsi yang mendakwa kegagalan saya meningkatkan peratus pendengar radio menyebabkan saya berundur.
"Orang boleh cakap apa sahaja tetapi mereka tidak tahu keadaan sebenar yang saya lalui sejak setahun setengah bergelar penyampai radio.
"Masih ramai yang menyokong kerjaya seni saya walaupun ada yang tidak suka. Ia adalah perkara normal dalam meniti kejayaan," katanya.
Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) ini berkata, keputusan berundur diri sudah dibincangkan dengan pengurusan radio sejak dua bulan lalu.
"Sebenarnya sudah lama saya fikirkan untuk berundur. Dua atau tiga bulan lepas saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan radio.
"Mereka faham dan hormati keputusan saya. Mereka minta saya berhenti secara perlahan-lahan dan mula beralih kepada kerja-kerja belakang tabir kebelakangan ini," katanya.
Dalam filem Kahwin 5 terbitan Showbiz Productions itu, Shy8 menggalas watak utama sebagai Dr K yang mempunyai lima isteri.
Filem yang turut dibintangi antaranya Fizz Fairuz, Norish Karman, Dian P. Ramlee, Soffi Jikan, Anzalna, Marsha Londoh dan Adrea Abdullah itu bakal ditayangkan bermula 27 Disember depan.
Populariti 'Usop Wilcha' Punca Waktu Shy8 Dengan Keluarga Terhalang
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Shy8 (disebut Shy Eight) berasa ralat kerana populariti mendadak yang di kecapinya mengakibatkan waktunya bersama keluarga semakin terbatas.
Justeru, Shy8 atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail berkata, dia perlu membahagikan waktu antara urusan kerja dan peribadi dengan sebaik mungkin.
“Saya baru berkahwin tidak sampai lima tahun dan anak lelaki pula sedang membesar, jadi saya tidak mahu terlepas melihat proses pembesarannya kerana kesibukan kerja.
“Ralat juga jadinya apabila semakin popular dan sibuk, tidak banyak waktu yang dapat dihabiskan dengan keluarga. Sebab itu, saya mahu imbangi aspek itu sekarang,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Shy8 yang popular menerusi watak Usop Wilcha dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah berkata, pemergian ibunya Tom Ali Khan yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu, memberikan kesedaran untuk dia menghargai insan-insan tersayang di sekelilingnya selagi berkesempatan.
“Pemergian ibu pada akhir Jun lalu bagai satu tamparan yang membuatkan saya sedar biar sibuk mana pun kita dengan urusan kerja, waktu bersama keluarga tetap menjadi keutamaan.
“Saya bersyukur dengan apa yang diperoleh dalam tempoh yang singkat tetapi populariti, peluang dan wang bukan segala-galanya jika kita tidak banyak masa dengan keluarga,” jelasnya.
Mengenai perkembangan kerjaya, Shy8 yang masih berkabung kerana kematian ibunya meminta untuk mengurangkan aktiviti di depan khalayak termasuk di studio radio buat sementara waktu.
“Saya sudah berbincang dengan pengurusan Hot FM dan mereka faham situasi saya. Memandangkan baru saja kehilangan ibu, saya belum bersedia untuk berjenaka yang keterlaluan.
“Kini saya sedang membuat persiapan untuk penggambaran dua filem arahan Mamat Khalid berjudul Zombie Kilang Biskut dan Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh selepas Hari Raya nanti,” kongsinya.
Shy8 Terkenang Beraya Di Hospital Kerana Gastrik
KUALA LUMPUR: Pelakon dan Deejay Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail atau mesra disapa sebagai Shy8, tidak dapat melupakan kenangan pahit menyambut Hari Raya di hospital.
Kata Shy8 yang turut popular dengan gelaran Ucop Wilcha, ketika berumur 20 tahun, dia telah dimasukkan ke wad selama dua hari kerana diserang gastrik sehari sebelum Hari Raya.
“Kenangan yang tak dapat dilupakan ketika umur saya lingkungan 20-an, saya telah dimasukkan ke wad selama dua hari kerana diserang penyakit gastrik dan yang sedihnya, saya dimasukkan ke wad sehari sebelum raya.
“Ketika itu, pesakit lain semuanya mengambil cuti dan pulang beraya kecuali saya seorang. Apabila mendengar takbir berkumandang dan mengenangkan nasib saya yang berada di hospital, terasa sayu di dalam hati kerana tidak dapat bersama keluarga,” katanya.
Sementara itu, Shy8 yang kali pertama menyambut Hari Raya sebagai seorang artis mengakui sanggup berkorban cuti demi menjalankan tugasnya sebagai deejay radio Hot FM.
"Saya tidak kisah cuti atau tidak kerana dulu juga saya pernah bekerja pada Hari Raya. Walaupun saya tidak dapat cuti raya tapi saya masih bersama isteri dan anak, itu sudah memadai," ujarnya.
Shy8 yang mengendalikan segmen AM Krew bersama Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG akan bekerja seperti biasa pada pagi Hari Raya.
'Usop Wilcha' Lepas Jawatan Pengurus Selepas Jadi Deejay
KUALA LUMPUR: Penyampai baru Hot FM, Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 bakal melepaskan jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad dalam masa terdekat.
Jelas Shy8 yang dikenali dengan watak Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, dia sudah memikirkan semasaknya perkara itu dan mengambil keputusan memilih dunia hiburan sebagai kerjaya tetap.
"Mulanya memang saya yakin boleh membahagikan masa antara bidang seni dan bidang korporat tetapi sudah dua bulan berlalu saya rasakan hidup saya semakin tidak terurus.
"Saya tidak mampu untuk beri komitmen kepada kedua-dua bidang sekali gus, justeru mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut,"jelasnya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Hot FM, di sini, Rabu.
Tambah Shy8 lagi, dia tekad untuk mengambil risiko melepaskan kerjaya tetapnya dan memulakan perjalanan hidup baru dalam dunia hiburan.
"Saya seorang yang suka kepada cabaran dan bagi saya dunia hiburan sebagai cabaran baru buat saya.
"Saya tahu ia adalah risiko melepaskan kerjaya yang sudah menjanjikan pendapatan tetap tetapi keputusan ini diambil selepas berbincang dengan keluarga," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang keserasian mengendalikan segmen AM Krew, kata Shy8, dia masih dalam proses belajar.
"Saya tahu ramai yang masih tidak biasa, begitu juga saya yang masih mencari keserasian antara kami.
"Beri saya dua atau tiga minggu lagi untuk memberikan persembahan yang terbaik dan menceriakan pagi pendengar setia Hot FM," katanya.
Usop masuk Hot.FM

DENGAR cerita di angin lalu pun Diva sudah terbahak-bahak. Apa lagi membayangkan adegan ini berlaku kelak. Pertama sekali Diva nak ucapkan tahniah buat abang Usop atau lebih dikenali dengan nama Usop Wilcha. Murah betul rezeki semenjak dua menjak ni.
Dengarnya abang Usop Wilcha dilamar oleh stesen radio Hot.FM untuk menjadi salah seorang daripada penyampai di sana. Memang riuh rendahlah konti kalau Usop Wilcha sudah mengendalikannya. Pasti bersahut-sahut lawak jenaka kalau digandingkan dengan penyampai yang sedia ada. Diva memang respek tahap spontan abang Usop, memang pecah perut.
Diva cuma tunggu kebenaran cerita ini dan kalau betul, tahniah sekali lagi buat abang Usop. Tak sabar pulak nak tunggu kemunculan suara abang Usop di corong radio. Makin ramai peminatlah nanti dan pasti ada ayat ‘trademark’ yang bakal menjadi trend kelak.
'Usop Wilcha' Naik Angin Ada Pihak Ambil Kesempatan

PETALING JAYA: Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai.
Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.
“Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya.
“Sedangkan saya tidak menubuhkan apa-apa kelab peminat apatah lagi mahu menghasilkan cenderamata menggunakan populariti saya dalam filem tersebut,” katanya kepada mStar Online, Selasa.
Dia diminta mengulas tentang perang mulut yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang mengendalikan Kelab Peminat Facebook Usop Wilcha berikutan insiden berkenaan.

Pelakon yang popular dengan karakternya berkerusi roda dalam filem tersebut kesal dengan individu tersebut kerana mengambil kesempatan.
“Saya bukan marah mereka yang menumpang populariti Usop Wilcha untuk mencari rezeki itu kerana bagi saya ia bukan rezeki saya seorang.
“Tapi apa yang dikesalkan mereka membabitkan saya dalam urusan jual beli sehingga ada mesej saya terima tentang perkara-perkara yang saya sendiri tidak tahu.
Katanya, dia memberi kebenaran kepada individu tersebut untuk mengendalikan kelab peminat berkenaan tetapi tidak menyangka pula ia dijadikan batu loncatan untuk mengambil kesempatan.
Lebih menyakitkan hati katanya, individu tersebut turut menulis status yang bukan-bukan di dalam Facebook tersebut termasuklah menghinanya dengan perkataan yang kurang sopan.
“Saya suruh dia berhenti menulis status yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan perspektif buruk masyarakat kepada saya.
Jelas pelakon itu lagi dia tidak mahu peminat-peminat Usop Wilcha terpedaya dengan perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti itu.
Ketika ditanya tentang tindakannya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan sekiranya masalah tersebut masih berlarutan.
“Kita tengok dahulu, jika dia semakin melampau saya akan ambil tindakan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak-pihak tertentu,” katanya yang dalam perancangan membintangi filem Usop Wilcha arahan Mamat Khalid.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
