Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Ustaz Don Daniyal. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Don Daniyal. Show all posts
Wardina Dengar Penjelasan Ustaz Don, Gantung Status FB
Keraguan pelakon Wardina Safiyyah mengenai kesahihan ceramah agama Ustaz Don yang dikatakan menggunakan hadis-hadis palsu terjawab apabila dia dapat bercakap dengan penceramah itu.
Wardina berkata, ustaz tersebut telah memberi penjelasan dan menjawab kemusykilan yang timbul selain dia juga turut meminta maaf terhadap isu berkenaan yang menjadi kontroversi.
"Saya sudah berhubung secara peribadi dengan Ustaz Don melalui telefon dan dia sudah memberi penjelasannya.
"Hanya Allah lebih tahu segala-galanya dan saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
Wardina juga enggan mengulas secara terperinci apa yang dibualkan dengan ustaz berkenaan.
Dalam pada itu, Wardina berkata, dia mengambil pendekatan memohon maaf kepada Ustaz Don apabila banyak pihak mengehentamnya selepas dia bertindak berkongsi rakaman kompilasi video ceramah yang dikatakan mengaibkan ustaz tersebut.
Sementara itu, pelakon Spanar Jaya itu memberitahu dia tidak akan memuat naik sebarang status lagi dan menyerahkan pengendalian laman Facebook miliknya kepada pihak pengurusan buat sementara waktu.
Katanya, tindakan itu bagi mengelakkan sebarang provoksi yang ditimbulkan oleh pengguna laman sosial itu yang boleh memburukan lagi keadaan.
"Saya tidak akan muat naik apa-apa status buat masa ini bagi meredakan keadaan, semua perkara tentang laman sosial ini akan dikendalikan oleh admin," katanya.
Pada 16 April lalu, Wardina telah mengeluarkan kenyataan melalui Facebook miliknya dengan mempersoalkan kandungan ceramah Ustaz Don melalui video yang telah tersebar di Internet.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut disalah tafsir dan mendapat reaksi negatif daripada segelintir pelayar laman sosial dengan menganggap Wardina cuba mengaibkan ustaz berkenaan.
Bagaimanapun Ustaz Don dalam reaksi balasnya menerusi rakaman video menganggap apa yang berlaku itu sebagai satu fitnah apabila rakaman ceramahnya yang disebarkan itu merupakan kandungan yang sudah diedit.
Ustaz Don atau Don Daniyal merupakan hos bagi rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV AlHijrah.
"Saya Tiada Niat Aibkan Ustaz Don" - Wardina
Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Uztaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.
Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.
"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja.
"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya kepada mStar Online, menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini, pada Rabu.
Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yang menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum.
Terdahulu pihak TV AlHijrah dalam mStar Online pada Rabu turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yang tersebar sebelum sebarang tindakan diambil.
Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam.
Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan.
"Saya minta maaf jika ada yang tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya.
"Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya.
Bagaimanapun, Wardina akan bertemu dengan pendakwah terbabit bagi membincangkan kemusykilan berkenaan selain mahu bertukar pendapat tentang agama.
Dalam status yang dimuat naik pada malam Selasa lalu Wardina turut berkongsi video ceramah Ustaz Don bertajuk Kompilasi Hadis Palsu dan Penyelewengan Ustaz Don.
Dia turut meminta pihak ulama dan mufti mengkaji semula kandungan ceramah yang disampaikan melalui video tersebut.
Ustaz Don ketika ini berada di United Kingdom untuk menjayakan sebuah rakaman berkaitan keislaman.
USTAZ DON & ISTERI MELAWAT MESIR
Posing menarik Ustaz Don dan isterinya Husna Zahry Rafie ketika melawat Mesir baru-baru ini. Beliau yang popular dalam rancangan '30 Minit Ustaz Don' melalui TV Alhijrah dilihat amat bahagia sekali disamping Husna.
“Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah. Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki, Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam,” ujar Ustaz Don mengenai zuriat. Untuk info, mereka bernikah pada 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H.
“Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah. Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki, Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam,” ujar Ustaz Don mengenai zuriat. Untuk info, mereka bernikah pada 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H.
Kegembiraan berganda Ustaz Don
USTAZ Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid memang 'digilai' ramai sehingga mampu mengangkat namanya di persada dakwah tanah air dengan begitu pantas.
Sebut sahaja nama Ustaz Don siapa yang tidak kenal. Bukan sahaja di televisyen, malah di laman web sosial Facebook, Youtube atau Blog pasti ada potongan video ceramah dan kata-kata nasihat Ustaz Don yang dimuat naik oleh orang ramai.
Membawakan perwatakan bersahaja dengan bersikap rendah diri dan mudah didekati, pendakwah yang terkenal dalam rancangan 30 Minit Ustaz Don di TV AlHijrah itu pastinya menarik perhatian sesiapa yang menemuinya.
Tidak kering gusi melihat telatah dalam ceramah atau program beliau yang disampaikan secara santai dengan diselitkan unsur humor bermanfaat yang boleh dijadikan iktibar.
Maka, tidak hairanlah anak muda kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu berjaya menjadi pendakwah muda terkenal dalam masa singkat sehingga menjadi fenomena masyarakat kini.
Seperti selebriti lain, pensyarah muda di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Akademik Islam, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) itu tidak menafikan terdapat perubahan terutama jadual hariannya yang sangat padat selepas mula muncul di televisyen.
Malah beliau mengakui, ibunya merupakan insan yang paling terasa dengan perubahan tersebut. Lebih-lebih lagi apabila menjelang hari raya.
Bagaimanapun katanya, tidak sah jika tidak pulang ke kampung pada hari raya dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga walaupun seketika.
"Dulu, kebiasaannya saya akan pulang ke kampung kira-kira seminggu awal sebelum hari raya untuk menolong keluarga membuat persiapan raya. Kami akan mengecat dan mengemas rumah bersama yang menjadi rutin tahunan kami.
"Sejak bergelar pendakwah selebriti ini, jadual saya menjadi agak padat. Tanggungjawab pun menjadi semakin berat. Tak bolehlah nak sambut raya seperti dulu.
"Emaklah insan yang paling sedih dan merasai perubahan serta kesibukan saya ini. Mujur ibu dapat memahami keadaan saya," katanya yang pulang ke kampungnya di Bukit Mertajam pada malam hari raya pertama.
Bagi menangani situasi itu, Ustaz Don memberikan salinan kunci rumah kepada ibu bapanya bagi memudahkan kedua orang tuanya itu pergi menziarahi beliau pada bila-bila masa sahaja.
"Kebetulan adik-beradik saya juga tinggal di sekitar rumah saya di Bandar Seri Putra, ini memudahkan lagi keluarga untuk berjumpa dan berkumpul beramai-ramai," katanya.
Jubah jadi tradisi
Tidak terkecuali seperti umat Islam lain, Ustaz Don turut menyambut perayaan dengan memperagakan pakaian raya yang baru.
Menariknya, menjadi tradisi beliau sekeluarga akan memakai jubah untuk menyambut hari raya dan keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama.
"Memang sejak kecil lagi ayah telah mengajar kami memakai jubah apabila tiba hari raya. Dan jubah menjadi pakaian rasmi bagi kami sekeluarga sehingga kini.
"Bagi lelaki, kami akan memakai jubah dan berserban putih. Manakala perempuan pula berjubah hitam," jelasnya yang mengatakan jubah adalah pakaian yang paling selesa berbanding pakaian lain.
Menurutnya, beliau juga pernah tidak membeli baju raya pada hari raya jika pakaian raya sebelum ini masih elok, selesa dipakai dan indah dipandang.
"Tetapi tahun ini kenalah beli baju raya baru kerana hendak digunakan semasa beraya dan juga pakaian semasa akad nikah saya pada awal bulan Syawal nanti," ujarnya ringkas.
Ustaz Don Bakal Tamatkan Zaman Bujang
Pengacara dan juga pendakwah terkenal tv alHijrah, Ustaz Don Daniyal atau nama sebenarnya dalam kad pengenalan,
Don Daniyal Don Biyajid yang berusia 28 tahun bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan gadis pilihan yang bernama, Husna.
Berita baik ini pastinya sudah dikongsikan bersama oleh fan-fan Ustaz Don di laman-laman Twitter dan juga Facebook.
Inilah yang dinamakan jodoh, maka tidak perlu resah dan takut untuk mengikut sunah Nabi ini.
Bukti pengesahan pernikahan Ustaz Don ini adalah pengedaran kad jemputan ke majlis berkenaan oleh beberapa orang kenalan rapat,
suadara mara dan juga pastinya kakitangan tv alHijrah. -credit gambar melyssanadiea.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]

