Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Yasin Brothers. Show all posts
Showing posts with label Yasin Brothers. Show all posts

Individu Ugut Bunuh Mohon Maaf Kepada Yasin

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman menganggap komen ugutan bunuh dan fitnah yang diterimanya menerusi YouTube sebelum ini sudah selesai apabila individu tersebut telah memohon maaf kepadanya menerusi ruangan komen laman itu. Yasin, 39, berkata, dia telah pun memaafkan kedua-dua individu tersebut dan menganggap mereka tidak faham maklumat sebenar yang ingin disampaikannya menerusi lagu Reformasi yang dimuat naik ke YouTube. "Saya tidak mahu memanjangkan isu itu apabila individu tersebut telah pun memohon maaf di ruang komen lagu tersebut di YouTube dan saya telah pun memaafkan mereka. "Mereka mungkin tidak faham tentang maklumat sebenar yang ingin saya sampaikan sehingga menyebabkan mereka bertindak melulu mengugut saya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin. Yasin menerima mesej ugutan menerusi akaun YouTube miliknya selepas dia memuat naik lagu Reformasi nyanyiannya yang dicipta khas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang berlangsung pada 25 Februari lalu. Mesej berkenaan yang ditulis oleh individu bernama ‘Azzali Abdul Aziz’ antara lain mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala 'Pencinta Muzik’ pula berkata, Yasin patut dibunuh. Dalam pada itu, Yasin berkata, dia juga telah membatalkan hasrat untuk membuat laporan polis berhubung isu itu dan berharap kedua-dua individu berkenaan sedar akan kesilapan mereka sebelum ini. Dalam perkembangan lain, Yasin dia baharu sahaja melancarkan sebuah ‘single’ bersama penyanyi Faizal Tahir berjudul Berani selain melakukan kolaborasi dengan Maya Karin dalam lagu Demi Masa Ini.

Hidangan Tradisional Pilihan Yasin Sulaiman


PETALING JAYA: Penyanyi Yasin Sulaiman berharap Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan hidangan makanan berunsur tradisional seperti rendang dan ketupat.

Namun Yasin turut bersikap terbuka dengan mempelbagaikan juadah Hari Raya semasa mengadakan rumah terbuka nanti.

“Saya memilih untuk menyediakan menu seperti ayam golek serta rendang dan ketupat pada Hari Raya nanti.

“Perkara lain tidak jauh beza berbanding tahun lalu,” katanya yang bakal menyambut Hari Raya di rumah ibu bapanya di Kajang dan keluarga mertua di Bangsar.

Memandangkan anak-anak semakin membesar iaitu yang sulung berusia 7 tahun manakala yang bongsu berusia 3 tahun, Yasin lebih memberikan keutamaan kepada cahaya matanya itu.

Menyentuh tentang karier, Yasin yang lebih banyak menggubah lagu untuk penyanyi tempatan sementara dia akan tampil dengan single terbaru berjudul Takbir Cinta duet bersama Amy Search.

Bercerita tentang anak-anak, penyanyi lagu “Nur Kasih” ini mengakui salah seorang anaknya, Malaika, 3, dilihat mewarisi bakat seninya.

“Walaupun baru berusia 3 tahun, Malaika sudah pandai menggubah lagu. Mungkin kerana minatnya kepada muzik lebih-lebih lagi saya selalu membawa mereka ke studio di Kota Damansara,” katanya yang turut mencipta lagu tema Singgah Sahur TV3 dan program di TV AlHijrah.

Yasin tak merajuk


RASANYA sudah agak lama tiada berita mengenai penyanyi nasyid Yasin Sulaiman ketika ini. Kisah-kisah mengenai perjalanan karier seni yang terkenal menerusi lagu Teman Sejati itu juga sudah jarang dipaparkan di media massa.

Sehingga ada cerita-cerita kurang enak yang mengatakan penyanyi yang cukup sinonim dengan kumpulan Brothers suatu ketika dahulu sudah merajuk dan tidak mahu terbabit lagi dalam industri seni.

Malah, pernah juga diberitakan bahawa penyanyi berkenaan pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah emosi yang agak kronik sehingga tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun.

Bagaimanapun, kesempatan bertemu penyanyi yang popular menerusi lagu Mimpi Laila dan Salsabila itu baru-baru ini, dia sempat diajukan pertanyaan mengenai perkara tersebut.

“Saya sebenarnya tidak pernah hilang dan masih lagi bergiat aktif dalam industri seni. Cuma kini saya terbabit dengan kerja-kerja di belakang tabir.

“Jadi tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan saya terus bersara dalam industri ini adalah tidak benar. Saya suka dengan kerja yang saya lakukan ini sebab rasa lebih enjoy dan puas,” ujarnya.

Menurutnya, biarpun tidak tampil di media massa, namun kariernya sebagai penyanyi masih lagi berjalan. Malah, biasanya pada hujung minggu dia turut mendapat tawaran untuk membuat persembahan pentas.

Mengenai projek terbarunya pula, beritahu Yasin, buat masa ini dia sedang sibuk menghasilkan single terbaharu menerusi lagu bertajuk Takbir Cinta, kolaborasi bersama Amy Search.

Ketika ini, lagu Nur Kasih yang juga menjadi lagu tema untuk filem Nur Kasih The Movie hasil ciptaan dan nyanyiannya bersama Tiz Zaqyah kerap berkemundang di corong-corong radio.

Sementara itu, ketika ditanya adakah dia sudah kembali semula bersama kumpulan Brothers, penyanyi berkenaan menjelaskan dia kini masih lagi bergerak secara solo.

“Walaupun tidak berada dalam satu kumpulan, tetapi saya dan Brothers masih lagi bersama. Adakalanya kami akan membuat persembahan bersama-sama atau pun kalau saya anjurkan sebarang acara, saya akan jemput mereka,” ujarnya.

Pada masa yang sama, dia kini turut sibuk menguruskan syarikatnya sendiri iaitu Hush Entertainment Sdn. Bhd. yang menjalankan kerja-kerja seperti rakaman dan penghasilan lagu.

Hampir batal

Pada tanggal 29 dan 30 April lalu, Yasin membuat persembahan pada Islamic Song Festival yang diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Antara artis yang bakal menghiburkan para peminat di Malaysia seperti La Rappel (Perancis), Fez Meghani & Aftab Ali (Amerika Syarikat), The Brothahood (Australia), Budi (Jerman) dan Aashiq al-Rasul (United Kingdom)

Bagaimanapun, persembahan yang membabitkan ramai penyanyi di serata dunia itu hampir dibatalkan kerana berhadapan masalah dengan pihak penganjur.

“Mulanya memang saya berasa agak kecewa kerana ia dibatalkan pada saat-saat akhir. Malah, kebanyakan artis luar negara yang membuat persembahan juga telah datang ke Malaysia.

“Kemudian tampil beberapa pihak yang membantu menyelesaikan masalah. Alhamdulillah, akhirnya persembahan dapat dilakukan pada 1 Mei yang lalu,” jelasnya.

Tambah Yasin lagi, dia berasa lega apabila masalah berkenaan dapat diselesaikan. Namun dia turut bimbang kerana ia boleh mencemarkan nama baik Malaysia memandangkan kehadiran ramai artis luar negara pada festival tersebut.

“Kesemua artis yang datang telah membuat persembahan meskipun hanya berlangsung sehari. Saya sendiri dapat menyanyikan lima buah lagu pada malam itu,” ujarnya.

Hidup Yasin Lebih Stabil


KUALA LUMPUR: Bekas vokalis kumpulan nasyid Brothers, Muhammad Yasin Sulaiman, 37, atau Yasin masih bergiat aktif dalam bidang seni walaupun tidak banyak publisiti mengenainya diperkatakan kebelakangan ini.

Kata Yasin, dia kini lebih selesa menumpukan perhatian pada kerja-kerja belakang tabir sebagai komposer dan penerbit lagu.

"Saya masih aktif dalam bidang seni cuma tiada publisiti sahaja tentang saya. Realitinya, saya masih memenuhi pelbagai undangan nyanyian di majlis-majlis makan malam dan korporat.

"Bagaimanapun, saya selesa dengan kerja-kerja belakang tabir yang menjadi keutamaan sekarang. Saya banyak menghasilkan “jingles” dan lagu tema untuk program televisyen, drama atau filem," katanya.

Ditanya pula tentang perkembangan kerjaya nyanyiannya, penyanyi lagu Mimpi Laila berkata:

"Dalam masa terdekat, saya akan mengeluarkan “single” terbaru yang berjudul Takbir Cinta berduet dengan Amy Search. Ia sebuah lagu ketuhanan yang berkonsepkan world music."

Sementara itu, Yasin yang pernah dikatakan mengalami masalah peribadi beberapa tahun lalu berkata, dia kini menjalani kehidupan yang lebih baik dan stabil.

"Itu cerita lama. Alhamdulillah, kehidupan saya berjalan dengan baik sekarang. Tiada apa-apa masalah, semuanya stabil dan okay," katanya yang turut berduet dengan aktres Tiz Zaqyah untuk lagu tema filem Nur Kasih The Movie.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails