Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Yusof Haslam. Show all posts
Showing posts with label Yusof Haslam. Show all posts

Yusof Haslam Ambil Serius Gerak Khas Dikritik Tidak Relevan

Penerbit drama Gerak Khas Datuk Yusof Haslam mengambil serius komen negatif terhadap karya tersebut yang dianggap masih lagi memaparkan isi kandungan klise selain drama itu dianggap tidak lagi relevan ketika ini. Yusof berkata, dia tidak marah dengan mana-mana komen buruk mengenai produk-produk drama mahupun filem yang diterbitkannya di bawah Skop Production, namun akan cuba memperbaiki kelemahan seperti yang ditulis di laman sosial. "Saya tidak marah jika orang beri komen Gerak Khas tidak bagus atau tidak relevan lagi kerana saya terbuka dengan sebarang pandangan. "Malah jika komen tersebut logik, saya mengambil serius untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Setakat kritikan yang kecil, tidak ada apa-apa masalah. "Itu menunjukkan mereka menonton Gerak Khas dan kerana dari situlah mereka memberi komen," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis. Yusof diminta mengulas mengenai komen seorang individu di Facebook yang meminta agar siaran Gerak Khas dihentikan kerana dianggap tidak lagi relevan. Individu berkenaan memberi beberapa ulasan iaitu penceritaan drama tersebut terlalu klise sehinggakan penonton sudah boleh mengagak plot pengakhiran cerita setiap episod yang disiarkan. Malah siri yang mendapat kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dibandingkan dengan drama terbitan antarabangsa seperti CSI, Eleventh Hour dan Hannibal yang dianggap jauh lebih kreatif berbanding Gerak Khas.
Sementara itu, Yusof berkata, individu berkenaan bagaimanapun tidak patut membandingkan karya tempatan dengan luar negara memandangkan siri-siri antarabangsa itu dihasilkan dengan teknologi yang serba canggih selain industri perfileman mereka jauh lebih maju berbanding di Malaysia. "Jangan samakan kita dengan negara luar. Mereka lain, kita lain. Begitu juga dengan komen individu itu mengenai cara produksi Gerak Khas menunjukkan cara kerja PDRM yang sentiasa dilihat baik. "Perlu diingat kita diikat dengan peraturan di mana pembikinan Gerak Khas berdasarkan integriti. "Malah skrip Gerak Khas perlu mendapatkan kelulusan daripada PDRM sebelum penggambaran dimulakan. Tidak dinafikan, saya juga ada memaparkan mengenai beberapa sikap buruk segelintir polis dalam siri itu," tegasnya. Drama Gerak Khas musim baharu disiarkan di TV2 pada setiap Jumaat (pukul 9 malam) sejak 15 Mei lalu. Selain Yusof sendiri pelakon lain yang terlibat termasuklah Norman Hakim, Salina Saibi, C Kumaresan, Nizen Ayob, Afiq Muiz dan Shanorbiah Shamsir.

Yusof Haslam Bimbang Syamsul Merajuk

Insiden filem KL Gangster 2 yang dicetak rompak sebelum tayangan membuatkan pengarahnya, Syamsul Yusof berputus asa sehingga membuatkan dia ingin berhenti daripada bidang pengarahan. Bapanya yang juga merupakan penerbit filem itu, Datuk Yusof Haslam berkata, perkara itu benar-benar membimbangkannya kerana beliau risau jika Syamsul nekad membuat keputusan itu. "Emosi Syamsul masih terganggu sehinggakan dia cakap tak nak buat filem lagi. Dia benar-benar kecewa dengan apa yang dah berlaku. "Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya dan takut jika dia benar-benar bermaksud begitu," katanya. Yusof ditemui pada majlis pratonton filem KL Gangster 2 di GSC One Utama di sini pada malam Isnin. Bagaimanapun Syamsul tidak menghadiri majlis tersebut. Minggu lalu, Yusof dan Syamsul melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sebelum tayangan sehingga ia boleh dimuat naik oleh peminat. Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram. Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta.
Tambah Yusof, Syamsul tidak boleh berhenti mengarah kerana dia satu-satunya pengarah muda yang berjaya di mana dia perlu memajukan kembali perfileman tempatan yang semakin 'nazak'. "Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahawa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya. Tak semua anak ahli perniagaan yang mahu ikut jejak langkah ayahnya. “Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap filem ini ia dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan dan tidak putus asa," ujar Yusof. KL Gangster 2 bakal ditayangkan pada 3 Oktober depan yang mengisahkan tentang dua orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gengster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Kehidupan mereka di samping ibu (Ku Faridah) sering dihimpit ketakutan apabila sekumpulan gengster datang mengugut untuk meminta hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya.

Yusof Haslam Hidap Penyakit Batu Karang, Bedah Petang Ini

Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, 59, bakal menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di sini selepas dimasukkan ke hospital itu pagi Isnin. Isterinya Datin Patimah Ismail berkata, Yusof dikejarkan ke hospital itu kira-kira pukul 9 pagi Isnin selepas mengadu sakit pada bahagian perut ketika bangun pagi untuk solat Subuh selain mengalami kencing berdarah. "Saya mula risau apabila dia hampir pengsan kerana menahan sakit selain wajahnya menjadi pucat. Saya tidak mengetahui punca sebenar kesakitan yang dialaminya dan terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Patimah memberitahu doktor mengesahkan suaminya mengalami penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak keadaannya bertambah teruk. Katanya, Yusof akan menjalani pembedahan secara laser pada bahagian kanan perutnya pada petang Isnin. "Keadaan suami sekarang stabil selepas doktor memberikan ubat tahan sakit sebelum menjalani pembedahan yang dijadualkan pada petang ini. "Doakan supaya dia selamat menjalani pembedahan itu dan kembali sihat," katanya. Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebelum ini Yusof tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit batu karang dan hanya mengetahui perkara itu apabila dirujuk ke hospital pada pagi Isnin.

Perbalahan Dengan Syamsul Ada Hikmah - Yusof Haslam

PETALING JAYA: Penerbit Datuk Yusof Haslam menyifatkan perbalahan yang berlaku diantaranya dengan Syamsul sehingga tidak bertegur sapa selama beberapa bulan sebelum ini merupakan satu hikmah dan pengajaran yang perlu mereka dua beranak fahami. Yusof berkata, sebagai seorang ayah, dia sedar bahawa peredaran zaman telah mengubah cara anak-anak muda zaman kini berfikir dan mungkin tidak boleh terlalu tegas dalam mendidik mahupun menegur mereka. "Konflik yang berlaku antara saya dan Syamsul baru-baru ini telah menyedarkan saya bahawa zaman telah berubah. Budak-budak remaja berfikir lebih matang berbanding zaman dahulu dan saya kena faham tentang perkara itu. "Cara mendidik anak-anak juga berbeza sekarang ini. Apa yang telah berlaku menjadi pengajaran buat kami," katanya. Baru-baru ini, Yusof dikatakan berkecil hati dengan tindakan Syamsul yang cuba menjauhkan diri daripadanya sejak dua bulan lalu. Syamsul dikatakan bersikap sedemikian kerana Yusof yang juga Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd itu telah memberi tekanan kepadanya yang dilihat tidak serius untuk menyiapkan filem KL Gangster 2 arahan Syamsul. Bagaimanapun, Syamsul menerusi kolumnya di sebuah akhbar membuat pengakuan bahawa dia dan bapanya sudah pun berdamai dalam suasana penuh air mata dan saling berpelukan. Tambah Yusof, dia juga berharap agar segala masalah antaranya dengan Syamsul dapat dibincangkan dengan baik tanpa memendam perasaan. "Baik seorang anak atau ayah, jangan pendam perasaan kerana ia akan timbul macam-macam andaian. "Apabila berbincang, konflik yang besar dengan mudahnya dapat diselesaikan," ujarnya. Dalam pada itu, Yusof berkata sebagai seorang anak, mereka kena faham bahawa dalam hidup perlu ada disiplin selain hormat.

Sama Karakter Punca Syamsul & Yusof Haslam Berbalah

PETALING JAYA: Persamaan karakter di antara anak dan bapa iaitu Syamsul dan Datuk Yusof Haslam membuatkan mereka sering berbalah terutamanya membabitkan pendirian masing-masing. Datin Fatimah Ismail yang merupakan isteri kepada Yusof dan ibu buat Syamsul berkata, keadaan itu membuatkan beliau risau dan serba salah sama ada mahu berada di 'belakang' suaminya atau anak setiap kalin terjadinya ketegangan di antara mereka. "Pening juga saya dibuatnya. Saya tak tahu nak menyebelahi suami atau anak apabila mereka berbalah, namun sebagai isteri dan juga ibu, saya perlu menenteramkan kedua-dua mereka apabila situasi itu terjadi. "Itulah, orang kata, jika anak dan ayah memiliki karakter yang sama, mereka tak boleh ngam. "Tetapi Alhamdulillah, perbalahan mereka sekejap sahaja kerana air yang di cincang tak akan putus," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin. Baru-baru ini, Yusof dikatakan berkecil hati dengan tindakan Syamsul yang cuba menjauhkan diri daripadanya sejak dua bulan lalu. Syamsul dikatakan bersikap sedemikian kerana Yusof yang juga Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd itu telah memberi tekanan kepada Syamsul yang dilihat tidak serius untuk menyiapkan filem KL Gangster 2 arahannya. Bagaimanapun, pada Ahad lalu, Syamsul menerusi kolumnya di sebuah akhbar membuat pengakuan bahawa dia dan bapanya sudah pun berdamai dalam suasana penuh air mata dan saling berpelukan kira-kira dua minggu lalu. Beritahu Fatimah, ketika pertemuan itu, suasana begitu sayu apabila masing-masing saling bermaaf-maafan dan meluahkan isi hati yang dipendam selama ini. "Melihat keadaan mereka, saya pula yang menjadi sayu dan menangis lalu kami bertiga berpelukan. "Alhamdulillah, syukur, keadaan yang tegang kembali tenang. Walaupun suami saya dilihat seorang yang tegas tetapi jauh di sudut hatinya, dia seorang yang lembut dan pemaaf. "Bayangkan, saya pernah mengajaknya keluar berdua bagi melupakan sekejap ketegangan dia dan Syamsul, tetapi sepanjang kami keluar wajahnya murung mengenangkan anak lelakinya itu. Lebih-lebih lagi apabila Syamsul hanya mengirimkan SMS kepada saya, tetapi tidak kepadanya," ujar Fatimah. Sementara itu, Fatimah juga gembira apabila Syamsul menunjukkan perubahan lebih mendekati agama Islam, berkat doanya selama ini.

Yusof Haslam Kesal Sikap Patrick Teoh Hina Islam

PETALING JAYA: Kenyataan pelakon Patrick Teoh yang menghina agama Islam menerusi laman sosial Facebook miliknya harus dijadikan pengajaran buat semua masyarakat di negara ini. Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam berkata, sebagai 'orang lama' dan dikenali dalam industri seni tempatan, Patrick sebagai seorang selebriti yang dikenali tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menyentuh sensitiviti masyarakat beragama. "Tidak kiralah agama apa sekalipun, sebagai masyarakat yang hidup berbilang kaum, kita harus tahu batas-batas percakapan yang kadang kala mampu mengundang sensitiviti kepada lain. "Kenyataan yang dikeluarkan Patrick dalam Facebook miliknya harus diberi pengajaran buat semua orang agar lebih berhati-hati dalam setiap kata-kata yang ingin diluahkan.
"Terutamanya di laman sosial Internet, ramai pengikut yang akan membacanya," kata Yusof yang ditemui di majlis tayangan media Radio Televisyen Malaysia, di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, petang Jumaat. Rabu lalu, Patrick atau nama sebenarnya Teoh Kah Yong telah mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam menerusi laman Facebooknya. Patrick meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan mempersoalkan panduan penganjuran program Tahun Baru Cina oleh kerajaan Kedah pimpinan PAS yang mengenakan syarat persembahan lagu di negeri itu haruslah berbentuk motivasi dan artis perlu pakaian sopan selain didakwa merendahkan martabat al-Quran. Ekoran daripada kenyataan itu, Patrick mendapat cemuhan pelbagai pihak sehinggalah beliau memohon maaf secara terbuka serta mengakui kesilapannya itu. Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menerusi laman Twitter miliknya menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan terhadap Patrick. Patrick merupakan bekas pembaca berita berbahasa Inggeris di TV3, penggiat teater serta pelakon siri sitkom Show Me The Money, di ntv7 (2004), Jazz Cafe (RTM2, 2006) dan My Starz (TV3, 2007).

Yusof Haslam Kesal Sikap Artis Berselisih Pendapat

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam kesal apabila segelintir penggiat seni yang berdaftar sebagai ahli persatuan gagal menghadirkan diri dalam sebarang perjumpaan yang telah dibuat hanya kerana berselisih pendapat dengan ahli yang lain. Yusof berkata, sikap sedemikian harus diubah kerana apa yang lebih penting sesebuah persatuan itu perlu mendapat sokongan daripada ahli supaya hak mereka sebagai pekerja industri dapat diperjuangkan. "Segelintir pihak ini tidak mahu menghadirkan apabila dijemput oleh persatuan kerana perselisihan pendapat yang berlaku. Ia tidak seharusnya menjadi penyebab mereka perlu menjauhkan diri daripada persatuan," ujarnya kepada mStar Online. Yusof ditemui semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) di sini pada Ahad lalu. Bagaimanapun kata Yusof, masalah tersebut bukan perkara baru malah telah terjadi sejak dahulu lagi. "Bukan sekarang sahaja tetapi sejak dari dahulu lagi keadaan memang begini walaupun secara dasarnya masalah tersebut adalah kecil. "Jangan jadikan perkara itu sebagai jurang untuk mereka menjarakkan diri daripada berpersatuan kerana ia tidak akan berjaya dan memperjuangkan hak mereka sebagai pekerja industri," ujarnya. Dalam pada itu, Yusof menyeru semua penggiat seni yang gemar meminggirkan diri daripada berpersatuan supaya mengubah sikap. Katanya jika mereka terus dengan sikap negatif itu, ia hanya akan mendatangkan kerugian kepada diri masing-masing pada masa akan datang. Sementara itu, Yusof turut memuji usaha Presiden FDAM iaitu Othman Hafsham yang dilihat bersungguh-sungguh menyatukan kembali semua ahli-ahli persatuan itu. Malah kata Yusof, dia yakin Othman mampu memainkan peranan supaya pengarah di negara ini sama ada baru atau lama dapat bersatu hati dalam memperjuangkan hak masing-masing. "Othman seorang yang sangat berpengalaman dalam bidangnya dan saya yakin dengan kredibiliti beliau untuk menyatupadukan semua pengarah menerusi FDAM," katanya.

Yusof Haslam Tertekan Selepas Guna Telefon Bimbit

KUALA LUMPUR: Selepas mengambil pendekatan menggunakan telefon bimbit sejak Oktober tahun lalu, penerbit dan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam mengakui tertekan dengan pelbagai panggilan remeh yang diterima. Yusof berkata, tekanan itu berlaku apabila dia sering mendapat aduan mengenai masalah-masalah berkaitan hal produksi yang boleh mengganggu konsentrasinya ketika dia sibuk bekerja. "Sepanjang hampir setahun memiliki telefon bimbit, macam-macam panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang saya diterima. "Bayangkan, ketika sibuk, masa itulah budak-budak produksi SMS saya mengadu tentang artis datang lewat atau tidak berdisiplin serta perkara-perkara remeh lain. "Macam dahulu, masalah-masalah kecil sebegini saya tidak akan ambil peduli kerana banyak lagi perkara lain yang perlu diberi tumpuan. Lagipun mereka susah nak hubungi saya kerana saya tak pakai telefon bimbit," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun tambah Yusof, memiliki telefon bimbit juga telah memudahkannya untuk menghubungi keluarga termasuklah anak-anak. Malah, pada masa sama, ia dapat merapatkan hubungannya dengan pihak media yang ingin mendapatkan kenyataan atas kedudukan beliau sebagai Pengarah Urusan, Skop Production Sdn Bhd. "Bagus juga apabila isteri saya (Datin Fatimah Ismail) memberikan cadangan supaya saya menggunakan telefon bimbit selepas 10 tahun tidak menggunakannya. "Sekurang-kurangnya kami saling berhubung ketika saya berada di luar rumah. "Bayangkan, daripada berasa kekok menggunakan telefon bimbit, sekarang saya mula selesa menggunakannya. Kalau tertinggal di rumah, saya sanggup patah balik untuk ambil," ujarnya.

Yusof Haslam: "Usah perbesar isu kemasukan artis asing"

Penerbit dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak mahu isu kebanjiran artis asing terutamanya dari Singapura diperbesar-besarkan. Dipetik daripada Harian Metro, Yusof berkata, persaingan diantara artis tempatan dan luar perlu dilihat dari sudut positif dan tidak berat sebelah supaya ia tidak memberi kesan kepada industri seni negara. "Jika seseorang artis itu mempunyai bakat, dia tidak perlu takut. Bagi saya, jika mahu menidakkan kehadiran artis Singapura ke sini ia tidak adil." "Ini kerana orang Melayu kita dengan negara jiran itu tiada beza cuma dipisahkan atas factor sempadan politik," katanya yang mengulas laporan sebuah akhbar tempatan pada Khamis lalu mengenai isu kebanjiran artis luar di negara ini. Tambah Yusof lagi, hubungan artis tempatan dengan Singapura sudah lama terjalin sejak era Tan Sri P.Ramlee lagi, jadi dia tidak mahu isu ini terus diperbesarkan oleh segelintir pihak. "Saya berpesan jangan sedap mulut atau berfikiran tidak matang pada segelintir pihak yang membesarkan isu ini." "Setahu saya kebanyakan artis luar yang masuk ke negara ini mengikut prosedur, tetapi jika tiada permit, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan," ujar Penerbit Skop Production Sdn Bhd. Sementara itu, pengarah dan juga penerbit Excellent Pictures Sdn Bhd, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, kemasukan artis asing adalah kerana faktor peluang dan permintaan daripada penerbit. "Ini sebenarnya menunjukkan penanda aras industri hiburan tempatan semakin maju sehingga memberi keyakinan kepada artis luar untuk mencuba nasib di negara ini," katanya.

Dalam kemeriahan ada debaran - Yusof Haslam

SEDONDON di pagi Syawal merupakan trend keluarga penerbit dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam. Malah Datuk Yusof Haslam mengakui menyerahkan segala urusan persiapan Hari Raya kepada isterinya, Datin Fatimah Ismail. "Saya sibuk di pejabat. Jadi urusan dan persiapan Hari Raya memang saya serahkan kepada isteri," katanya. Umpama rutin, pada hari raya pertama, selepas bersembahyang raya dan bermaaf-maafan, mereka sekeluarga akan pulang beraya di rumah keluarga masing-masing. Sebelah paginya, Yusof, Fatimah dan anak-anak akan menziarah ke rumah keluarga Fatimah di Shah Alam, Selangor sebelum ke Selayang Baru, Selangor untuk bersama-sama keluarga Yusof pada hari raya pertama. Sementara hari raya kedua, pemilik syarikat produksi Skop Production Sdn. Bhd. itu mengadakan rumah terbuka untuk kaum keluarga kedua-dua belah pihak. "Itu acara wajib keluarga ini," kata Fatimah yang akan menyediakan pelbagai juadah istimewa termasuk nasi daging resipi ibu mertuanya yang amat digemari pengarah six million dollar man itu. Namun dalam keseronokan meraikan Syawal, keluarga ini mengakui berdebar menanti respons filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) arahan anak bongsunya, Shafiq yang turut dibintangi abangnya, Syamsul dan ditayangkan pada Hari Raya pertama tempoh hari. Tidak mensasarkan sebarang kutipan, Yusof berkata, yang penting filem itu menjadi batu loncatan untuk Shafiq melebarkan sayapnya dalam bidang seni. Seperti Syamsul yang berjaya mengutip jumlah kutipan tiket RM4juta untuk filem sulung arahannya, Evolusi: KL Drift, Yusof mengharapkan buah tangan Shafiq itu akan mendapat sambutan memberangsangkan daripada khalayak. "Mudah-mudahan mendapat respons yang baik daripada penonton. Soal kutipan itu soal rezeki," katanya optimis. Fatimah pula berkata, oleh kerana mereka sekeluarga tidak pulang berhari raya ke Pulau Pinang tahun ini maka kesempatan itu diambil olehnya dan Yusof untuk melihat respons filem sulung arahan Shafiq itu. "Tahun lepas, Syamsul berdebar, tahun ini Shafiq pula," katanya sambil ketawa.

Kesal Sikap Neelofa, Yusof Haslam Pesan Supaya Jangan Lupa Diri

Tidak senyap nampaknya kontroversi yang melanda selebriti bernama Neelofa ini. Ada sahaja masalah yang timbul berkait dengan pelakon & pengacara ini. Terbaru melalui Berita Harian semalam, Datuk Yusof Haslam khabar’nya meluahkan perasaan beliau yang kurang senang dengan sikap Neelofa sejak akhir akhir ini. Yusof Haslam khabar’nya kurang senang dengan sikap Neelofa yang enggan turun ke rangka promosi filem terbaru yang di’bintangi beliau, S.A.M yang bakal ke pawagam. Komunikasi antara Skop Productions dengan Neelofa juga sangat sukar menurut laporan tersebut apabila beliau enggan menjawab sebarang SMS atau panggilan. Yusof Haslam turut menyampaikan pesan buat Neelofa supaya jangan lupa diri setelah popular sekarang ini walaupun watak dalam filem S.A.M merupakan watak kecil. Pengurus Neelofa memberi maklum balas kepada Sinar Harian hari ini meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi akan kenyataan Yusof Haslam itu. “Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” ujar Amir kepada media hari ini dan ya, kami tunggu.

Tidak Kecil Hati, Neelofa Terima Teguran Yusof Haslam

PETALING JAYA: Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga. "Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat. "Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle. "Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," katanya yang dihubungi mStar online di sini, Isnin.
Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu. Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut. Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah. Sementara itu, Yusof yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia tiada niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak sendiri. Sebaliknya kenyataan tersebut dibuat ketika beliau “berborak kosong” dengan wartawan akhbar berkenaan. "Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan. "Mengenai teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar bintang. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya tegurlah. "Diharap, teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya,” katanya.

Yusof Haslam Ambil Cakna Respons Peminat Di Internet


HULU KELANG: Penerbit filem dan drama, Datuk Yusof Haslam, 57, mengambil cakna respons para peminat industri seni di Internet.

Dia percaya setiap respons berbentuk kritikan mahupun pujian bakal memberikan kesan kepada penjualan produk yang dihasilkan oleh syarikatnya, Skop Production.

“Saya rasa sangat penting untuk mengambil tahu komen peminat di Internet tetapi saya tidak boleh memaksa orang lain untuk menerima sesuatu produk itu.

“Saya akan memuat naik trailer filem terbaru terbitan saya di laman YouTube untuk melihat sejauh mana sambutan yang diberikan oleh peminat.

“Untuk filem terbaru saya berjudul Aku Bukan Tomboi yang akan ditayangkan pada 17 November ini, saya dapati seramai 156, 423 orang yang menonton trailer filem itu sejak disiarkan di YouTube lebih sebulan lalu manakala seramai 233 orang yang menyukainya,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran Yusof di rumahnya di sini.

Seperti filem KL Gangster yang telah ditayangkan dan mendapat kutipan lebih RM10 juta, Yusof begitu positif mengharapkan filem Aku Bukan Tomboi mendapat sambutan yang baik.

Selepas kemunculan filem tersebut, sebuah lagi filem berjudul Jalan Kembali…Bohsia akan ditayangkan. Kini filem ini sedang melalui proses suntingan akhir.

Yusof akui, walaupun deretan filem lain yang bakal menjengah pawagam sehingga Jun tahun depan, dia masih lagi memberikan tumpuan kepada drama.

“Saya masih lagi aktif menghasilkan drama kerana drama banyak menjana ekonomi syarikat saya sejak tahun 1995.

“Jika sebelum ini saya lebih banyak bekerjasama menghasilkan drama dan program televisyen di RTM, tetapi kini saya turut membuka ruang kepada stesen televisyen lain seperti Astro dan TV3.

“Bagaimanapun, saya perlu seimbangkan pengisian drama dan program tv antara RTM dan stesen lain bermula tahun depan kerana saya tidak mahu ‘menderhaka’ dengan RTM,” ujarnya yang telah setia selama 26 tahun dengan RTM.

Antara program tv popular yang telah dihasilkan untuk RTM seperti Gerak Khas, Si Capik, Sembilu dan Roda Roda Kuala Lumpur. Terbaru, dia akan menerbitkan drama bersiri Evolusi KL Drift untuk disiarkan di RTM.

Fatimah tulang belakang Yusof


BENARLAH kata orang, tulang belakang kepada kejayaan seorang suami adalah berkat sokongan dan kasih sayang daripada seorang isteri.

Bukan juga satu tanggungjawab mudah untuk menjaga kerukunan rumah tangga sehingga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu kekal untuk satu tempoh yang lama.

Sesungguhnya hidup ini seperti kaca. Jika masing-masing tidak bersabar, ia akan hancur berkecai ibarat gelas-gelas kaca yang jatuh terhempas ke bumi.

"Saya cukup bertuah kerana dapat memiliki seorang suami yang cukup penyabar. Saya juga tidak menafikan suami saya seorang yang panas baran dan garang orangnya.

"Cukup kenal dengan dirinya, dia seorang yang suka cakap lepas dan tidak hipokrit. Memang ada kala hati akan terguris dan terluka dengan kata-katanya itu.

"Tetapi, dia seorang yang pandai memujuk dan tidak terus meletakkan egonya di tangga teratas apabila dia sedar tindakannya itu telah membuatkan saya atau anak-anaknya terasa hati.

"Dia juga seorang yang cepat memaafkan orang walaupun ada segelintir mereka telah melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kepada dia," ungkap Datin Fatimah Ismail sewaktu membicarakan tentang belahan jiwanya, Datuk Yusof Haslam.

Cerita tentang kejayaan Yusof sebagai salah seorang tokoh perfileman paling berjaya memang sudah banyak diceritakan.

Sekadar memberikan kelainan, Hits membawa pembaca menyelami kolam hati seorang wanita yang telah menjadi pendokong utama kepada kerjaya seni Yusof hampir tiga dekad.

Tidak lokek untuk berkongsi cerita, daripada butir bicaranya sahaja, sudah dapat dirumuskan bahawa Fatimah, beliau cukup bertuah bersuamikan seorang figura unggul dunia perfileman tanah air.

Dalam sesi fotografi yang berlangsung di rumah agam mereka, Darul Haslam yang terletak di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini, banyak sungguh cerita yang dikongsi wanita ramah ini.

Malah, apabila direnung kembali masa silamnya sewaktu dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah menyangka kehidupan mereka sekeluarga akan mencapai taraf seperti hari ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Yusof dan Fatimah masing-masing adalah duda dan janda sewaktu mereka bertemu.

Cuma, Fatimah sahaja yang memiliki seorang cahaya mata, Mohd. Faizal, 30, manakala Yusof tidak mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu.

"Keluarga saya sendiri bertanya kepada saya apakah saya membuat keputusan yang tepat apabila mahu berkahwin dengan Yusof.

"Apatah lagi dengan sumber kewangan suami saya ketika itu yang tidak menentu sebagai seorang pelakon, sudah pasti kebimbangan itu ada dalam diri ibu bapa saya.

"Tetapi, saya lebih percaya kepada rezeki Allah SWT dan segala ketentuan-Nya. Kehidupan awal kami juga bukanlah senang seperti yang mungkin ramai orang sangka.

"Baik saya mahupun Yusof, kami bersama-sama mencari rezeki dan perlahan-lahan membina hidup kami sendiri sehinggalah sampai ke satu tahap suami saya meminta agar saya berhenti kerja kerana dia sudah mampu untuk menyara kami anak-beranak," jelas Fatimah yang merupakan bekas kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama 14 tahun itu panjang lebar.

Hasil perkahwinan mereka pada 3 Mei 1982 telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd. Shamsul, 27, atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof; Nurshamin, 23, dan Muhamad Syafiq, 19.

Menyambung bicara, Fatimah mengakui di awal perkahwinan dengan Yusof, dugaan dan cabaran yang perlu dilaluinya begitu banyak.

Apatah lagi, dia memiliki sifat cemburu dan cepat panas hati apabila melihat keakraban Yusof dengan artis-artis wanita sewaktu di lokasi penggambaran.

"Isteri mana yang tidak cemburu apabila melihat suami mereka bertepuk-tampar dengan wanita lain di depan mata. Sehinggakan kami pernah bertegang urat kerana perkara itu walaupun Yusof menjelaskan tiada apa yang berlaku.

"Namun, lama-kelamaan, saya boleh menerima tugasnya sebagai seorang pelakon. Sebagai isteri, saya harus menerima kelemahan serta kelebihannya. Begitu juga dengan dirinya.

"Kami cukup menitikberatkan soal itu dan saya percaya itulah punca kasih kami berpanjangan sehingga ke hari ini dan Insya-Allah, sehingga ke nafas terakhir kami," kata Fatimah dalam nada bersungguh-sungguh.

Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan suami isteri, pasti akan ada tercuit sana sini dan begitu juga dalam perhubungan Fatimah dan suaminya.

Mengakui hubungannya dengan Yusof pernah dilanda badai sehingga membangkitkan gelora amarah yang membawanya merantau jauh meninggalkan suami serta anak-anak.

Tidak mahu lagi mengungkit kisah silam itu, kata Fatimah, banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehinya daripada insiden tersebut.

"Saya melengkapkan diri saya dengan ilmu agama dan mempelajari banyak perkara untuk mengukuhkan lagi ikatan kebahagiaan kami," ucapnya penuh makna.

Sebagai penyokong dan pengkritik utama dalam hidup Yusof, wanita kelahiran Gelugor, Pulau Pinang itu memberitahu tuah dan rezeki Yusof dalam bidang perfileman tidak datang bergolek.

Semuanya bermula dengan perniagaan restoran yang telah diusahakan oleh arwah bapanya, Ismail Mustafa di mana kemudiannya menjadi Restoran Haslam yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Menyedari minat Yusof bukan dalam bidang perniagaan seperti itu, Fatimah memberitahu Yusof sendiri mencari peluang dan mahu meneroka bidang penerbitan drama.

"Apabila dia mendapat slot di RTM, bermulalah era baru Yusof Haslam apabila dia menerbitkan dan mengarahkan drama bersiri Remang-Remang Kota Raya di bawah Skop Productions.

"Sesungguhnya perkahwinan ini saya ibaratkan untung sabut timbul, untung batu tenggelam," ujarnya sambil memandang suaminya yang sibuk melayan kerenah tiga cucu mereka.

Yusof Haslam Tidak Mahu Syamsul 'Menderhaka'


KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, mengakui, syarikatnya Skop Production akan rugi jika dia melepaskan anaknya, Syamsul Yusof, untuk bekerja dengan produksi lain.

Menurutnya, Syamsul merupakan seorang pengarah yang kreatif dan kerana dia, Skop telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM20 juta dalam masa enam bulan menerusi dua buah filem sahaja iaitu KL Gangster dan Khurafat.

"Dari segi perniagaan, Alhamdulillah, Syamsul membawa keuntungan kepada syarikat dan sebagai seorang ayah, saya bertuah mempunyai anak sepertinya.

"Tetapi dari sudut kekeluargaan pula, saya sudah mengingatkan Syamsul dan seorang lagi anak iaitu Syafiq supaya kekallah bekerja dengan Skop," katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan pemberian bonus di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ulu Klang, Rabu.

Tambah Yusof, walaupun dia tahu, banyak produksi yang memberi tawaran lumayan kepada Syamsul untuk menyertai mereka, dia percaya, anaknya itu tetap akan setia dengan Skop dan tidak mungkin 'menderhaka' terhadap keluarga.

Dalam pada itu, Yusof berpendapat, dengan pelbagai projek drama dan filem yang ada, tiada alasan untuk Syamsul keluar berkarya di produksi lain pula.

"Setakat ini Skop mempunyai pelbagai projek yang perlu dilaksanakan. Malah bekerja dengan keluarga adalah paling mudah kerana apa yang mereka mahu, saya beri.

"Malah dari segi masa kerja juga lebih fleksibel. Cuba kalau kerja dengan orang lain, silap hari bulan, seawal 8 pagi sudah kena ada di pejabat," selorohnya.

Sementara itu, pada majlis berbuka puasa itu, Yusof telah memberikan bonus iaitu 'duit raya' kepada 160 pekerja syarikat produksi berkenaan, para pelakon, termasuklah pelakon-pelakon veteran dan krew produksi.

Yusof berkata, memandangkan tahun ini Skop berjaya mencatat sejarah dengan memperoleh jumlah kutipan filem yang agak besar nilainya, maka tahun ini juga dia melaburkan sejumlah wang yang besar kepada pekerja-pekerjanya.

"Alhamdulillah, bila kita ada rezeki lebih, tidak salah untuk dikongsi bersama. Saya bersyukur kerana pemberian bonus pada tahun ini adalah paling besar jumlahnya berbanding tahun-tahun yang lalu," katanya, yang enggan memberitahu jumlah keseluruhan bajet pemberian bonus tersebut.

Skeptikal Yusof terhadap anak-anak


KIRA-KIRA 17 tahun lalu, penerbit dan pengarah popular ini berjaya mencipta rekod dalam dunia perfileman tempatan apabila filem keempatnya, Sembilu II mencatatkan kutipan tiket luar biasa sebanyak RM6.3 juta.

Dengan pencapaian hebat yang belum pernah dicatatkan oleh mana-mana pengarah filem tempatan sebelum ini, ia sekali gus meletakkan nama Datuk Yusof Haslam di puncak kegemilangan sehingga diberi jolokan The Six Million Dollar Man.

Selama bergelar pengarah filem bermula dari tahun 1991 menerusi filem pertamanya, Bayangan Maut, Yusof boleh dikatakan pencetus kepada budaya filem popular yang mengenengahkan penyanyi menjadi teraju utama.

Pernah dikecam dan dikritik hebat lantaran filem-filemnya dikatakan tidak mempunyai nilai seni atau istilah kasarnya, filem sampah, namun, ia langsung tidak menggugat kedudukan Yusof sebagai sutradara.

Malah Yusof boleh berbangga dengan empayarnya, Skop Productions yang dibangunkan atas hasil titik peluhnya sendiri sejak tahun 1985.

Selepas kali terakhir mengarahkan filem - Sembilu 2005 yang hanya mencatatkan kutipan sebanyak RM1.39 juta - Yusof lebih selesa menumpukan perhatian kepada pengarahan drama televisyen.

Bukan mahu melupakan dunia perfileman, tetapi kata Yusof, legasi seninya itu kini sudah diambil alih oleh anaknya, Syamsul yang berjaya meneruskan kesinambungannya sebagai pengarah pecah panggung.

Semuanya menerusi filem kelima arahan anak muda itu, KL Gangster yang mencatatkan kutipan luar biasa sebanyak RM11.7 juta sekali gus menjadikan filem tersebut sebagai filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

Tidak restu

Barangkali ramai yang tidak tahu, di sebalik kejayaan Syamsul itu, hakikat sebenarnya, Yusof tidak pernah 'merestui' setiap hasil kerja anaknya itu.

Dalam erti kata lain, apa jua buah tangan yang dihasilkan anaknya, dia perlu memainkan peranan dalam memberikan input yang pada pandangannya mampu mencantikkan lagi karya Syamsul.

"Kalau Syamsul datang kepada saya dan memberikan ideanya, pasti akan ada perasaan tidak puas hati. Benar, saya memang skeptikal terhadap lontaran ideanya sejak dari filem pertamanya, Evolusi KL Drift.

"Bukan sengaja mahu menjatuhkan semangatnya tetapi selagi hasil belum nampak depan mata, saya memang kurang percaya dengan kemampuannya.

"Walaupun dia sudah menghasilkan lima buah filem yang semuanya mencatatkan kutipan pecah panggung, ia bukan satu tiket untuk saya menyatakan persetujuan 100 peratus untuk segala idea-ideanya yang akan datang," ujar Yusof tanpa selindung dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di rumahnya, Darul Haslam di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Berontak

Menyambung bicara, Yusof memberitahu dia memang cukup faham dengan jiwa anak muda Syamsul yang pastinya akan memberontak seandainya kemahuannya dibantah.

Tetapi, sudah menjadi resam mereka anak-beranak akan duduk berbincang dan mencari penyelesaian terbaik.

"Dia mempunyai alasan yang konkrit dalam setiap persoalan yang dibangkitkan sehinggakan saya berjaya 'diperdaya' olehnya untuk memberikan lampu hijau (ketawa).

"Sebagai contoh, apabila dia hanya mahu menampilkan semua pelakon lelaki dalam KL Gangster, saya melihatnya sebagai sesuatu yang mustahil. Apabila saya mencadangkan untuk meletakkan seorang pelakon wanita sebagai aktres, Syamsul memberitahu ia tidak kena dengan jalan ceritanya.

"Tetapi, ada juga idea saya yang diterimanya seperti menyelitkan elemen keluarga dan dia melihatnya dari sudut positif demi kebaikan jalan cerita itu sendiri.

"Begitu juga dengan filem Khurafat yang mana saya merasakan ia adalah idea yang kurang menarik atas alasan industri perfileman sudah terlalu banyak dilambakkan dengan filem-filem seram. Tetapi, Syamsul berjaya mengolah cerita itu dengan gaya penyampaian tersendiri," ujar pemilik nama penuh Mohd. Yusof Md. Haslam Khan itu yang pernah membintangi filem-filem popular seperti Jiwa Remaja, Chinta dan Lagu, Detik 12 Malam serta Tiada Esok Bagimu.

Berjaya

Jelas Yusof, bukannya sengaja mahu membangkang tetapi dia mahu melihat rasional dan realistik di sebalik idea Syamsul.

Menyingkap sejarah katanya, dia sendiri kurang yakin dengan kemampuan Syamsul mengarahkan filem. Sebab itu, dia memberikan tugas dengan lebih mudah iaitu mengarahkan siri televisyen dan Syamsul berjaya memberikan hasil yang memuaskan hati Yusof.

Tetapi, sebagai seorang bapa, Yusof mengakui memang cukup kagum dan hormat dengan idea segar dan baru yang dimiliki Syamsul dalam membangunkan industri perfileman tanah air.

"Sebagai penerbit, sudah pasti saya akan meluluskan segala projek filem yang mahu dilakukan oleh Syamsul dan mencabarnya untuk memberikan sesuatu yang berlainan dalam setiap filem-filemnya.

"Dia menyahut cabaran saya dan akhirnya dia membuktikan bahawa dia mampu melakukannya. Setiap filem dia berjaya memberikan persembahan dan pendekatan yang berbeza.

"Seiring dengan usianya yang masih muda, Syamsul tahu bagaimana hendak menawan hati golongan muda untuk ke panggung menonton filem-filemnya," katanya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Keempat (1983) menerusi filem Mekanik.

Selepas Syamsul, jejak langkah Yusof itu kini mula beralih kepada anak ketiganya, Muhamad Syafiq yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.

Sama seperti Syamsul, kepercayaan yang diberikan Yusof kepada Syafiq dibuat selepas meneliti hasil kerja anak muda itu menerusi koleksi filem-filem pendek arahannya.

"Kelebihan yang ada pada Syafiq ialah dia mempunyai kepakaran dalam teknik imej janaan komputer (CGI) yang saya percaya akan memberikan sesuatu yang berbeza untuk projek akan datang," ujarnya.

Belum bersedia

Dalam usianya yang sudah pun mencecah 57 tahun itu, Yusof masih belum menampakkan sebarang tanda mahu bersara dan hanya duduk di rumah menghabiskan masa dengan cucu-cucunya.

Masih lagi diberikan kudrat untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya, Yusof memberitahu dia masih lagi mampu untuk bekerja.

Malah tegasnya, dia masih belum bersedia menyerahkan Skop Productions kepada Syamsul untuk menerajuinya.

"Syamsul masih muda dan biarkan dia bergelumang dengan dunia perfileman bagi mencari pengalaman.

"Anak kedua saya, Nursyamin pula tidak berminat dengan dunia hiburan. Jadi, dia lebih selesa mencari hala tujunya sendiri. Selagi saya terdaya dan mampu untuk menerajui syarikat, saya akan lakukannya," katanya ringkas.

Skeptikal Yusof terhadap anak-anak


KIRA-KIRA 17 tahun lalu, penerbit dan pengarah popular ini berjaya mencipta rekod dalam dunia perfileman tempatan apabila filem keempatnya, Sembilu II mencatatkan kutipan tiket luar biasa sebanyak RM6.3 juta.

Dengan pencapaian hebat yang belum pernah dicatatkan oleh mana-mana pengarah filem tempatan sebelum ini, ia sekali gus meletakkan nama Datuk Yusof Haslam di puncak kegemilangan sehingga diberi jolokan The Six Million Dollar Man.

Selama bergelar pengarah filem bermula dari tahun 1991 menerusi filem pertamanya, Bayangan Maut, Yusof boleh dikatakan pencetus kepada budaya filem popular yang mengenengahkan penyanyi menjadi teraju utama.

Pernah dikecam dan dikritik hebat lantaran filem-filemnya dikatakan tidak mempunyai nilai seni atau istilah kasarnya, filem sampah, namun, ia langsung tidak menggugat kedudukan Yusof sebagai sutradara.

Malah Yusof boleh berbangga dengan empayarnya, Skop Productions yang dibangunkan atas hasil titik peluhnya sendiri sejak tahun 1985.

Selepas kali terakhir mengarahkan filem - Sembilu 2005 yang hanya mencatatkan kutipan sebanyak RM1.39 juta - Yusof lebih selesa menumpukan perhatian kepada pengarahan drama televisyen.

Bukan mahu melupakan dunia perfileman, tetapi kata Yusof, legasi seninya itu kini sudah diambil alih oleh anaknya, Syamsul yang berjaya meneruskan kesinambungannya sebagai pengarah pecah panggung.

Semuanya menerusi filem kelima arahan anak muda itu, KL Gangster yang mencatatkan kutipan luar biasa sebanyak RM11.7 juta sekali gus menjadikan filem tersebut sebagai filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

Tidak restu

Barangkali ramai yang tidak tahu, di sebalik kejayaan Syamsul itu, hakikat sebenarnya, Yusof tidak pernah 'merestui' setiap hasil kerja anaknya itu.

Dalam erti kata lain, apa jua buah tangan yang dihasilkan anaknya, dia perlu memainkan peranan dalam memberikan input yang pada pandangannya mampu mencantikkan lagi karya Syamsul.

"Kalau Syamsul datang kepada saya dan memberikan ideanya, pasti akan ada perasaan tidak puas hati. Benar, saya memang skeptikal terhadap lontaran ideanya sejak dari filem pertamanya, Evolusi KL Drift.

"Bukan sengaja mahu menjatuhkan semangatnya tetapi selagi hasil belum nampak depan mata, saya memang kurang percaya dengan kemampuannya.

"Walaupun dia sudah menghasilkan lima buah filem yang semuanya mencatatkan kutipan pecah panggung, ia bukan satu tiket untuk saya menyatakan persetujuan 100 peratus untuk segala idea-ideanya yang akan datang," ujar Yusof tanpa selindung dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di rumahnya, Darul Haslam di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Berontak

Menyambung bicara, Yusof memberitahu dia memang cukup faham dengan jiwa anak muda Syamsul yang pastinya akan memberontak seandainya kemahuannya dibantah.

Tetapi, sudah menjadi resam mereka anak-beranak akan duduk berbincang dan mencari penyelesaian terbaik.

"Dia mempunyai alasan yang konkrit dalam setiap persoalan yang dibangkitkan sehinggakan saya berjaya 'diperdaya' olehnya untuk memberikan lampu hijau (ketawa).

"Sebagai contoh, apabila dia hanya mahu menampilkan semua pelakon lelaki dalam KL Gangster, saya melihatnya sebagai sesuatu yang mustahil. Apabila saya mencadangkan untuk meletakkan seorang pelakon wanita sebagai aktres, Syamsul memberitahu ia tidak kena dengan jalan ceritanya.

"Tetapi, ada juga idea saya yang diterimanya seperti menyelitkan elemen keluarga dan dia melihatnya dari sudut positif demi kebaikan jalan cerita itu sendiri.

"Begitu juga dengan filem Khurafat yang mana saya merasakan ia adalah idea yang kurang menarik atas alasan industri perfileman sudah terlalu banyak dilambakkan dengan filem-filem seram. Tetapi, Syamsul berjaya mengolah cerita itu dengan gaya penyampaian tersendiri," ujar pemilik nama penuh Mohd. Yusof Md. Haslam Khan itu yang pernah membintangi filem-filem popular seperti Jiwa Remaja, Chinta dan Lagu, Detik 12 Malam serta Tiada Esok Bagimu.

Berjaya

Jelas Yusof, bukannya sengaja mahu membangkang tetapi dia mahu melihat rasional dan realistik di sebalik idea Syamsul.

Menyingkap sejarah katanya, dia sendiri kurang yakin dengan kemampuan Syamsul mengarahkan filem. Sebab itu, dia memberikan tugas dengan lebih mudah iaitu mengarahkan siri televisyen dan Syamsul berjaya memberikan hasil yang memuaskan hati Yusof.

Tetapi, sebagai seorang bapa, Yusof mengakui memang cukup kagum dan hormat dengan idea segar dan baru yang dimiliki Syamsul dalam membangunkan industri perfileman tanah air.

"Sebagai penerbit, sudah pasti saya akan meluluskan segala projek filem yang mahu dilakukan oleh Syamsul dan mencabarnya untuk memberikan sesuatu yang berlainan dalam setiap filem-filemnya.

"Dia menyahut cabaran saya dan akhirnya dia membuktikan bahawa dia mampu melakukannya. Setiap filem dia berjaya memberikan persembahan dan pendekatan yang berbeza.

"Seiring dengan usianya yang masih muda, Syamsul tahu bagaimana hendak menawan hati golongan muda untuk ke panggung menonton filem-filemnya," katanya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Keempat (1983) menerusi filem Mekanik.

Selepas Syamsul, jejak langkah Yusof itu kini mula beralih kepada anak ketiganya, Muhamad Syafiq yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.

Sama seperti Syamsul, kepercayaan yang diberikan Yusof kepada Syafiq dibuat selepas meneliti hasil kerja anak muda itu menerusi koleksi filem-filem pendek arahannya.

"Kelebihan yang ada pada Syafiq ialah dia mempunyai kepakaran dalam teknik imej janaan komputer (CGI) yang saya percaya akan memberikan sesuatu yang berbeza untuk projek akan datang," ujarnya.

Belum bersedia

Dalam usianya yang sudah pun mencecah 57 tahun itu, Yusof masih belum menampakkan sebarang tanda mahu bersara dan hanya duduk di rumah menghabiskan masa dengan cucu-cucunya.

Masih lagi diberikan kudrat untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya, Yusof memberitahu dia masih lagi mampu untuk bekerja.

Malah tegasnya, dia masih belum bersedia menyerahkan Skop Productions kepada Syamsul untuk menerajuinya.

"Syamsul masih muda dan biarkan dia bergelumang dengan dunia perfileman bagi mencari pengalaman.

"Anak kedua saya, Nursyamin pula tidak berminat dengan dunia hiburan. Jadi, dia lebih selesa mencari hala tujunya sendiri. Selagi saya terdaya dan mampu untuk menerajui syarikat, saya akan lakukannya," katanya ringkas.

Dunia Yusof Haslam di rumah


BAGAIMANAPUN, pelakon, pengarah dan penerbit filem berusia 57 tahun ini menyifatkan dunia sebenarnya adalah di rumahnya, Darul Haslam yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Menurut penerbit syarikat produksi, Skop Production ini, jika tiada urusan dia lebih suka berada di rumahnya yang mempunyai pelbagai kemudahan termasuklah padang badminton dan kebun buah-buahan.

"Dalam hidup saya sekarang ini, rumah adalah keutamaan saya yang mana tiga per empat daripada masa saya dihabiskan di rumah. Selepas itu barulah saya akan berada di pejabat dan restoran milik saya.

"Saya pula tiada masalah untuk berulang-alik dari rumah ke pejabat kerana jaraknya lebih kurang 10 minit berkereta. Apabila di rumah jiwa saya lebih tenteram kerana banyak perkara boleh dilakukan.

"Apa gunanya tapak rumah saya yang seluas kira-kira satu hektar itu saya penuhi dengan pelbagai kemudahan kalau ia tidak digunakan?" soalnya sewaktu S3 berkunjung ke kediamannya itu baru-baru ini.

Bapa kepada empat anak dan datuk kepada tiga cucu ini menggunakan keluasan tanah yang ada di sekeliling rumahnya itu untuk berkebun buah-buahan dan menternak ayamkampung, angsa dan itik bagi mengisi masa lapangnya.

"Buat masa ini saya menternak lebih kurang 50 ekor ayam kampung. Dulu saya ada membela beberapa ekor kambing tetapi saya tidak tahan baunya yang sampai masuk ke dalam rumah. Jiran-jiran pun ada yang merungut.

"Kalau tidak sibuk biasanya saya akan turun ke kebun dua kali seminggu. Mula-mula rasa penat juga kerana kalau diikutkan ketinggian lereng di sekeliling rumah saya ini hampir tujuh tingkat rumah tingginya.

"Tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan tidak terasa penat. Selain itu, saya juga membina gelanggang badminton di bahagian bawah rumah. Saya memang suka bermain badminton.

"Kalau tidak ada orang untuk diajak bermain badminton saya akan ajak tukang kebun atau pengawal rumah bermain bersama saya," kata Yusof sambil tersenyum memandang isteri tercinta, Datin Fatimah Ismail.

Yusof sekeluarga tidak setakat bertuah kerana mempunyai kawasan persekitaran rumah yang luas tetapi turut menggunakan tanam-tanaman dan haiwan ternakan untuk keperluannya sekeluarga.

"Biasanya sebulan sekali kami sekeluarga akan menyembelih dan makan sendiri ayam-ayam kampung yang kami pelihara itu. Begitu juga dengan buah-buahan dan tanaman lain juga kami gunakan sepenuhnya.

"Walaupun saya boleh mendapatkan semua itu di pasar tetapi kepuasan memakan tanaman sendiri lain rasanya. Kalau ada lebih biasanya saya sedekahkan kepada sesiapa yang datang ke rumah," jelasnya.

Selain menghabiskan masanya di kebun, Yusof juga gemar menggunakan kawasan persekitaran rumahnya yang sunyi dan menghijau untuk berehat serta mencari ilham seperti menulis skrip filem serta drama terbitannya.

Beliau kini sedang membina sebuah rumah kecil di lereng bukit rumahnya untuk kegunaaan beriadah sambil mencari ilham menulis skrip pada waktu yang terluang.

"Saya juga mahu gunakan rumah itu sebagai penginapan kalau ada saudara mara yang datang untuk bermalam di sini. Saya merancang membina sebuah lagi rumah di kawasan ini.

"Ia khusus untuk anak-anak dan menantu saya. Kalau boleh saya tidak mahu berpisah dengan mereka terutama tiga orang cucu saya. Apabila dekat senanglah saya berjumpa dengan mereka setiap hari," jelasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails