Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Zahid AF. Show all posts
Showing posts with label Zahid AF. Show all posts

AKSI TERKINI BABY 'ZAREEF NUFAEL', ANAK ZAHID AF2

Jika sebelum ini, Zahid AF2 hanya kongsikan 2 foto bayinya secara sipi-sipi sahaja, tetapi kali ini lebih banyak aksi dan gaya bayi bernama 'Zareef Nufael' itu dipertontonkan untuk peminatnya. Untuk info, bayi Zahid dan Sarah Julifa itu lahir seberat 3.5 kilogram di Dewan Bersalin Muslimah, Taman Sunway, Batu Caves, Selangor pada 4 November lalu. Jom tengok!

ZAHID AF DISERANG ASMA KETIKA BULAN MADU

Jika pada 7 Jun lalu, penyanyi dan penyampai radio, Zahid Baharudin atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33 selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Sarah Julifa Yusof, 25, dengan hanya sekali lafaz... namun hal yang berlaku semalam lain pula ceritanya. Zahid terpaksa menerima rawatan lanjut apabila beliau sukar bernafas ketika berbulan madu di Cameron Highlands.
"Saya asma... Saya ok... Geheheh... Terkejut naik cameron highlands ni," ujar Zahid berseloroh di Instagramnya. Untuk info, selepas berbulan madu, keluarga Zahid AF akan mengadakan majlis sambut menantu di Teluk Intan, Perak pada 15 Jun ini. Harapan kita, moga Zahid cepat sembuh daripada penyakit asma yang dihidapinya. Amin!

Zahid tamatkan zaman bujang

Ramai sungguh selebriti-selebriti tempatan yang menamatkan zaman bujang mereka pada minggu ini. Salah seorang daripada mereka ialah penyampai radio Era, Zahid dan kekasih hatinya Sarah. Pasangan ini telah berkenalan dan bercinta menerusi Twitter.
Mereka berdua telah sah menjadi suami isteri sekitar jam 3.30 petang tadi dengan sekali lafaz sahaja. Sebelum majlis pernikahan dilangsungkan, Zahid dan Sarah ditunangkan terlebih dahulu. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak dengan mas kahwin sebanyak RM101. Majlis resepsi pertama mempelai akan berlangsung esok 8 Jun 2013, manakala untuk majlis sambut menantu di sebelah Zahid pula akan diadakan pada 15 Jun 2013 di Teluk Intan, Perak. Semoga perkahwinan anda akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah!!!

Bakal Isteri Berjaya Disiplinkan Zahid (AF)

Penyampai radio Era FM dan penyanyi, Zahid mengakui tertarik hati dengan bakal isterinya, Sarah Julifa Yusof, 25, kerana ketegasan wanita itu mendisiplinkan kehidupannya. Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33, berkata, Sarah telah banyak mengubah kehidupannya supaya lebih teratur dan menganggap ia sebagai satu kualiti terbaik dalam diri wanita itu. "Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang," jelasnya kepada mStar Online. Tambah Zahid, dia juga tertarik kepada Sarah kerana wanita itu memahami kariernya sebagai seorang selebriti. Pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 7 Jun depan di Teluk Intan, Perak sebelum mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya. Manakala 15 Jun akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid yang juga akan diadakan di Teluk Intan. Dalam pada itu, Zahid memberitahu dia mengambil keputusan untuk berkahwin selepas setahun mengenali Sarah kerana tidak mahu bercinta terlalu lama. Jelas Zahid, pada usianya sekarang dia telah bersedia untuk berumah tangga dan enggan hubungan yang dibina itu tidak mempunyai arah tujuan. "Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai," katanya. Bercerita mengenai perkenalan dengan bakal isteri, Zahid berkata mereka berkenalan menerusi laman sosial Twitter sebelum serius bercinta pada tahun lalu. Jelas Zahid, Sarah juga adalah seorang kaki tangan Astro namun tidak pernah bertembung dengannya sebelum bercinta. "Kami sepejabat namun tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi inilah yang dinamakan jodoh," katanya. Sementara itu, Zahid berkata, dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya dan berharap majlis itu nanti akan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. "Seperti mana orang lain, saya juga mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan dengan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga kami nanti," ujarnya.

Zahid mahu kahwin tahun depan

CERITA bekas juara Akademi Fantasia musim kedua, Ahmad Zahid Baharuddin atau Zahid AF, 32, agak jarang kedengaran selain mengenai kerjayanya sebagai penyampai radio di Era FM. Walaupun jarang sekali ceritanya menjadi bahan gosip, kisah cintanya dengan Nita Malaysian Idol musim kedua dan seorang gadis misteri pernah menjadi paparan media sebelum ini. Cinta pertamanya sejak bergelar artis adalah dengan Nita atau Norhanita Hamzah iaitu naib juara Malaysian Idol 2, namun ia hanya mampu bertahan hampir tiga tahun. Selepas itu, Zahid dikaitkan dengan seorang gadis misteri dan cinta mereka juga tidak tahan lama dan kini Zahid dikatakan sudah solo tanpa teman wanita sejak sembilan bulan lalu. Mengakui dirinya kini agak terlewat untuk berumah tangga walaupun masih belum mempunyai teman wanita baharu atau calon isteri, dia tetap tekad untuk ‘membina masjid’ paling lewat pada tahun depan. Ketika ditemui di rumah terbuka Aidilfitri radio Era FM, Zahid meluahkan isi hatinya dan impiannya kepada Kosmo! untuk berumah tangga pada tahun depan. Kosmo!: Adakah Zahid sekarang mempunyai teman wanita baharu atau masih dengan gadis misteri yang diperkatakan sebelum ini? ZAHID: Sekarang saya single, putus cinta sembilan bulan lalu. Mengenai gambar gadis misteri yang dikatakan teman wanita saya sebelum ini adalah tidak benar. Dia bukan kekasih saya yang kini putus cinta itu. Maknanya sekarang Zahid masih terluka memandangkan baru putus cinta sembilan bulan lalu? Memang agak kecewa memandangkan kami pernah bincang untuk berkahwin tetapi tiba-tiba putus pula, tetapi hidup ini perlu diteruskan, nasib baik saya sibuk dengan radio dapat hilangkan sikit pedih putus cinta itu. Bilakah agaknya Zahid akan berkahwin? Dahulu, saya sasarkan umur 30 tahun tetapi sekarang sudah 32 tahun, saya perlu cepat sikit cari calon supaya tidak terlewat. Saya bimbang kalau kahwin umur 35 tahun nanti, anak-anak baru nak membesar saya sudah tua. Calon isteri macam mana yang Zahid hendak, adakah dalam kalangan artis atau orang biasa sahaja? Saya tidak kisah sama ada artis atau sebaliknya, kalau saya cakap tidak mahu calon daripada artis nanti dapat pula artis, kalau dapat cikgu pun baik juga boleh ajar anak-anak belajar dan kalau dapat doktor senang kalau anak sakit. Apakah ciri-ciri calon isteri yang Zahid mahukan? Saya tidak memilih janji dia mesti ‘satu kepala’ dengan saya dan keluarga saya selain mesti pandai masak serta hormat orang tua. Saya juga tidak kisah sama ada dia pakai tudung atau tidak, tapi lebih baik bertudung. Adakah Zahid terfikir untuk keluarga carikan calon isteri? Saya lebih selesa cari sendiri, walaupun ibu saya pernah nyatakan untuk carikan calon isteri untuk saya. Selain menjadi penyampai radio, apa aktiviti Zahid sekarang? Saya masih menyanyi tetapi pada hujung minggu sahaja. Saya masih memenuhi undangan nyanyian di majlis korporat dan majlis tertutup.

Zahid mengaku sudah tak popular

SELAMA empat tahun penyanyi bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF), Ahmad Zahid Baharuddin atau Zahid AF, 32, menyepikan diri dalam bidang seni. Cuma, baru-baru ini sahaja dia muncul sebagai penyampai radio Era menggantikan Reza dan program lawak di Astro Warna iaitu Super Spontan. Begitupun, kehadirannya dalam kedua-dua platform tersebut tidak begitu menyerlah. Lebih-lebih lagi Super Spontan apabila dia menjadi mangsa pertama tersingkir dalam program lawak spontan tersebut. Bertemu dengan juara Akademi Fantasia musim kedua itu ketika Minggu Setiausaha Zahid bersama pelakon Ady Putra yang berlangsung di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur baru-baru ini, Zahid mengakui ‘sejuk’ dalam kerjaya seninya sekarang. Dia juga mengaku sudah tidak popular selain memberitahu dia sedar dulu dirinya mentah sehingga keliru terhadap jalur muzik sendiri. Ikuti perbualan Kosmo! bersama Zahid. Kosmo!: Selama empat tahun anda menyepi dalam bidang seni. Ke mana anda menghilang? ZAHID: Saya akui ‘sejuk’ dalam kerjaya sekarang. Puncanya sebab tiada lagu konsisten yang keluar. Malah, penglibatan saya dalam kaca televisyen pun agak terhad. Bukan tiada tawaran, cuma saya terikat sebagai penyampai radio Era. Alhamdulillah, saya masih dijemput untuk menjayakan majlis-majlis persembahan seperti Minggu Setiausaha. Kalau diikutkan portfolio anda sebagai seorang penyanyi, anda pernah mempunyai album. Namun, kini anda hanya muncul menerusi single sahaja. Kenapa? Dulu saya begitu muda dan tidak matang. Habis sahaja AF, sudah ada lagu yang tersedia, tetapi hakikatnya jiwa saya bukan ke arah muzik sebegitu. Insya-Allah, saya akan muncul dengan single terbaharu saya pada tahun ini. Adakah diri anda dipergunakan pihak tertentu? Bukan dipergunakan, cuma saya tak tahu menentukan lagi arah muzik saya. Sebabnya, saya tidak matang dan masih baharu lagi dalam industri ketika itu. Genre muzik bagaimana yang anda suka? Adakah single terbaharu nanti boleh dikatakan comeback Zahid dalam bidang muzik? Jiwa saya ke arah lagu-lagu balada seperti penyanyi seberang, Broery Marantika. Ya, boleh dikatakan single saya nanti merupakan comeback saya dalam bidang seni suara. Bahan sudah ada cuma sedang tunggu rekod saja. Mungkin pertengahan Jun ini keluar. Beralih pada persembahan anda di Minggu Setiausaha, anda dilihat tidak begitu bersedia menyanyi malah dilihat tidak begitu serius di atas pentas, sedangkan ia adalah sebuah majlis korporat? Saya mahu jadikan majlis sebegini santai dan tidak terlalu formal. Kalau boleh, saya mahu saja menyanyi di bawah bersama-sama peminat dan tidak perlu menyanyi di atas pentas. Saya juga suka menyelitkan sedikit humor dalam persembahan saya. Tapi, saya akan cuba bataskan jika majlis yang dihadiri adalah dari golongan VIP atau VVIP. Kenapa anda menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain sewaktu mengadakan persembahan? Saya rasa tidak sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu saya di majlis sebegini. Lagu-lagu saya kebanyakannya rancak. Lebih sesuai sekiranya saya menyanyikan lagu-lagu yang tengah hit sekarang. Menyentuh mengenai peribadi pula, bila anda akan menamatkan zaman bujang anda? Khabarnya sudah mempunyai teman wanita baharu selepas putus dengan Nita dulu? Saya masih belum mempunyai teman wanita. Tapi, memang saya kena cari sebab faktor usia. Usia saya pun sudah menjangkau 32 tahun dan selayaknya untuk berkahwin. Apakah harapan anda dalam bidang seni? Saya kecewa selama empat tahun kurang dengan tawaran. Mudah-mudahan tahun 2012 ini adalah tahun yang terbaik untuk saya muncul dan menyinar semula.

Zahid (AF) Tepis Dakwaan Bakal Kahwin Kerabat Pahang


PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Zahid menafikan khabar angin kononnya dia bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang kerabat diraja Pahang dalam masa terdekat.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 31, berkata hubungannya dengan gadis yang dijalinkan atas dasar persahabatan itu sering disalah ertikan oleh orang ramai sehingga menganggap mereka akan mendirikan rumah tangga.

“Kadang-kadang apabila kita berkawan rapat dengan seseorang, orang sangka kita pasti akan berkahwin. Walhal, tiada apa-apa yang serius di antara kami.

“Memang saya berkawan dengan dia tetapi tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Khamis.

Zahid berkata pada waktu ini dia selesa untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengehadkan pilihannya pada seorang wanita semata-mata.

“Saya suka berkawan dengan ramai wanita pada waktu ini tetapi itu tidak bermakna saya jenis kasanova.

“Dalam saya berkawan dengan ramai wanita, saya masih belum temui yang istimewa. Sukar sebenarnya mencari calon terbaik untuk disunting sebagai isteri,” katanya.

Ketika didesak adakah dia cuba menyembunyikan perancangan untuk berkahwin, Zahid berkata sebagai selebriti dia tidak ada sebab untuk menyembunyikan perkara baik itu daripada khalayak.

“Dakwaan kononnya saya rancang untuk berkahwin pada hujung tahun lalu hanyalah gosip.

“Kalau diikutkan, memanglah saya terdetik untuk berkahwin tetapi saya belum temui pasangan yang sesuai. Kalau betul ada perancangan ke arah itu, saya tidak akan sorok,” katanya.

Selain aktif menyanyi, Zahid kini bertugas sebagai penyampai di radio Era FM bagi slot Petang Era pada pukul 4 hingga 8 malam pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Terbaru, penyanyi ini bakal terlibat dalam pementasan teater KL Energetik anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 2 hingga 4 Mac depan.

Zahid AF2 Rancang Kahwini Tengku Nurul Mardiana Hujung Tahun Ini?


Selingan, apa cerita sekitar pelancaran Festival Filem Malaysia ke 24 semalam? Dengar khabar ada anak seni yang mengamuk.

Maklumlah, ada keputusan yang di’katakan sangat berat sebelah hingga menimbulkan rasa kurang senang di’kalangan yang hadir — terlalu nampak politiknya.

Semalam ketika kami sedang elok melabuhkan kepala untuk tidur, panggilan telefon masuk dari seseorang untuk menyampaikan perkhabaran terbaru tentang juara Akademi Fantasia 2, Zahid.

Khabarnya, Zahid AF2 yang kini sedang hangat bercinta dengan kekasih, Tengku Nurul Mardiana bakal menamatkan zaman bujang masing masing berkemungkinan hujung tahun ini.

Tidak kami pasti hujung tahun yang mana lagi sedangkan tinggal kurang 60 hari sebelum menjelang’nya 2012 — tetapi sumber kami ini memang rapat dengan Zahid AF2 sendiri.

Kami turut di’fahamkan yang kekasih Zahid AF2 ini merupakan seorang yang bergelar kerabat diraja Pahang. Kalau betul apa yang sampai ke telinga kami, jangan lupa layangkan kad jemputan buat kami ya. Heh.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails