Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Zahid mahu kahwin tahun depan
CERITA bekas juara Akademi Fantasia musim kedua, Ahmad Zahid Baharuddin atau Zahid AF, 32, agak jarang kedengaran selain mengenai kerjayanya sebagai penyampai radio di Era FM.
Walaupun jarang sekali ceritanya menjadi bahan gosip, kisah cintanya dengan Nita Malaysian Idol musim kedua dan seorang gadis misteri pernah menjadi paparan media sebelum ini.
Cinta pertamanya sejak bergelar artis adalah dengan Nita atau Norhanita Hamzah iaitu naib juara Malaysian Idol 2, namun ia hanya mampu bertahan hampir tiga tahun.
Selepas itu, Zahid dikaitkan dengan seorang gadis misteri dan cinta mereka juga tidak tahan lama dan kini Zahid dikatakan sudah solo tanpa teman wanita sejak sembilan bulan lalu.
Mengakui dirinya kini agak terlewat untuk berumah tangga walaupun masih belum mempunyai teman wanita baharu atau calon isteri, dia tetap tekad untuk ‘membina masjid’ paling lewat pada tahun depan.
Ketika ditemui di rumah terbuka Aidilfitri radio Era FM, Zahid meluahkan isi hatinya dan impiannya kepada Kosmo! untuk berumah tangga pada tahun depan.
Kosmo!: Adakah Zahid sekarang mempunyai teman wanita baharu atau masih dengan gadis misteri yang diperkatakan sebelum ini?
ZAHID: Sekarang saya single, putus cinta sembilan bulan lalu. Mengenai gambar gadis misteri yang dikatakan teman wanita saya sebelum ini adalah tidak benar. Dia bukan kekasih saya yang kini putus cinta itu.
Maknanya sekarang Zahid masih terluka memandangkan baru putus cinta sembilan bulan lalu?
Memang agak kecewa memandangkan kami pernah bincang untuk berkahwin tetapi tiba-tiba putus pula, tetapi hidup ini perlu diteruskan, nasib baik saya sibuk dengan radio dapat hilangkan sikit pedih putus cinta itu.
Bilakah agaknya Zahid akan berkahwin?
Dahulu, saya sasarkan umur 30 tahun tetapi sekarang sudah 32 tahun, saya perlu cepat sikit cari calon supaya tidak terlewat. Saya bimbang kalau kahwin umur 35 tahun nanti, anak-anak baru nak membesar saya sudah tua.
Calon isteri macam mana yang Zahid hendak, adakah dalam kalangan artis atau orang biasa sahaja?
Saya tidak kisah sama ada artis atau sebaliknya, kalau saya cakap tidak mahu calon daripada artis nanti dapat pula artis, kalau dapat cikgu pun baik juga boleh ajar anak-anak belajar dan kalau dapat doktor senang kalau anak sakit.
Apakah ciri-ciri calon isteri yang Zahid mahukan?
Saya tidak memilih janji dia mesti ‘satu kepala’ dengan saya dan keluarga saya selain mesti pandai masak serta hormat orang tua. Saya juga tidak kisah sama ada dia pakai tudung atau tidak, tapi lebih baik bertudung.
Adakah Zahid terfikir untuk keluarga carikan calon isteri?
Saya lebih selesa cari sendiri, walaupun ibu saya pernah nyatakan untuk carikan calon isteri untuk saya.
Selain menjadi penyampai radio, apa aktiviti Zahid sekarang?
Saya masih menyanyi tetapi pada hujung minggu sahaja. Saya masih memenuhi undangan nyanyian di majlis korporat dan majlis tertutup.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]