Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Zahid dan Nita. Show all posts
Showing posts with label Zahid dan Nita. Show all posts

‘Cinta Bola’ Nita-Zahid


NITA dan Zahid pasangan yang sentiasa ceria dan gila-gila ini mengumpul minat yang sama. Kedua-duanya bukan sahaja meminati bidang muzik tetapi turut meminati sukan bola sepak.

Musim bola Piala Dunia 2010 akan berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 12 Julai ini. Lantaran, mereka akan berentap menyokong pasukan kegemaran masing-masing.

Nita menyokong pasukan Netherlands manakala Zahid menggemari pasukan England. Kiranya Nita dan Zahid bakal bersaing ketika mengikuti perlawanan bola sepak itu.

Tetapi apabila tiba pasukan kelab kesukaan, kedua-duanya memilih pasukan yang sama iaitu Manchester United.

“Zahid akan menjadi rival saya semasa Piala Dunia 2010 ini nanti. Bagaimanapun, kami tetap akan menonton bola bersama-sama sekiranya ada masa terluang.

“Kami memilih untuk menonton bola di kafe Zahid iaitu Studio Café kerana dia akan memasang skrin televisyen bagi memberi peluang kepada pelanggan menikmati makanan dan minuman sambil menyaksikan Piala Dunia 2010,” kata Nita atau nama sebenarnya Norhanita Hamzah.

Studio Café milik Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharudin terletak di Blok 3 D, No 9, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link, Pusat Bandar Wangsa Maju.

Mereka bukan setakat bersaing pasukan kegemaran masing-masing, malah mereka juga sering berperang mulut. Bak kata Nita, tak sah kalau tak bergaduh. Biasalah... adat orang bercinta.

“Zahid suka menyakat saya pasal bola. Biasanya kami akan menghabiskan masa menonton bola sepak di warung mamak.

“Walaupun orang ingat dia serius, tetapi orang tak tahu dia juga suka buat lawak. Kadangkala tu, pandai-pandailah dia memujuk hati saya semula kerana dia pandai jaga hati orang lain.

“Sepanjang lebih dua tahun kami bercinta, dia seorang yang baik hati dan tak suka fikir banyak-banyak,” cerita Nita tentang kekasih hati.

Sejujurnya, pasangan ini sama seperti pasangan lain yang sedang bercinta. Ada masanya mereka romantik, adakalanya tidak.

“Kami hanya menjadi diri-sendiri. Kadangkala boleh jadi romantik dan kadangkala boleh jadi gila-gila.

“Kadangkala, kami suka keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Kadangkala, kami juga suka keluar berdua-duaan sahaja sambil melakukan aktiviti kesukaan seperti menonton wayang,” beritahunya yang masih bernaung di bawah pengurusan 8Unit hingga 2011.

Banyak persamaan lain antara kedua-duanya termasuklah mereka dikenali selepas menyertai program realiti di televisyen.

Zahid merupakan juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) pada 2004 manakala Nita pula menjadi naib juara Malaysian Idol 2 pada 2005.

Kini, Zahid dan Nita turut berkongsi tentang muzik. Misalnya, Nita pernah mencipta lirik lagu untuk album Baru '08 Zahid berjudul Hadir Dirimu.

Ditanya tentang hasrat berumahtangga, Nita menyerahkan segala-galanya kepada takdir.

“Bulan Oktober ini, genap usia percintaan kami selama tiga tahun. Kami memang ada terfikir tentang soal kahwin tetapi biarlah takdir yang menetukan.

“Sampai masanya, kami akan beritahu. Setakat ini kami belum sampai seru untuk berkahwin. Kalau boleh, saya nak mengenalinya dengan lebih mendalam lagi.

“Mana tahu, mungkin ada banyak lagi yang saya tak tahu tentang dirinya,” luah Nita lagi.

Sebelum ini, Nita pernah bekerja sebagai penyanyi kelab malam selama lapan tahun dan berpeluang menunjukkan bakat di serata negeri seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak.

Nita juga masih menerima undangan persembahan korporat di Kuala Lumpur dan luar Kuala Lumpur selain mencari material untuk single terbarunya.

Zahid tinggalkan Nita kerana bola


WAH! Joyah dengar cerita juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid akan berangkat ke Afrika Selatan minggu depan. Semuanya gara-gara bola sepak. Bukankah Zahid antara artis yang memang boleh tahan fanatiknya dengan sukan yang satu ini.

Joyah difahamkan Zahid ditawarkan untuk mengacara sebuah program Astro bagi membuat review Piala Dunia 2010.

Dia akan mengacarakan rancangan itu bersama Farish Aziz dan mereka akan bertolak ke Afrika Selatan pada 21 Oktober ini.

Nampaknya sambil menyelam bolehlah minum air. Sambil buat kerja, bolehlah juga ronda-ronda di sana.

Tapi dengarnya dalam dok Zahid teruja dan seronok nak ke sana ada hati yang sedang berduka nestapa kerana ditinggalkan.

Siapa lagi kalau bukan buah hati si Zahid, Nita Hamzah yang ‘kena tinggal’ selama beberapa hari. Cuma khabarnya bukan sehari dua Zahid ke sana.

Tapi 55 hari. Oh! Patutlah Nita sedih. Lama ditinggalkan kekasih gara-gara bola. Iyalah, yang Joyah tahu mereka ini macam belangkas.

Kalau ada Zahid, adalah si Nita dan kalau ada Nita, adalah Zahid di sebelahnya.

Depa berdua ini pun bukannya selalu berpisah jauh. Kalau berpisah ada pun kat dalam negeri. Itupun setakat lima enam hari sahaja.

Jadi bila kena tinggal lama-lama si nita pun terasa sedih dan belumpun Zahid berangkat, khabarnya Nita dah rasa kesunyian. Hish! Dahsyat betul penangan cinta mereka.

Kalau dah tak boleh berpisah lama, apa kata berkahwin sahaja. Tak gitu Nita!

Nita, Zahid berkongsi harapan

 zahid dan Nita Pictures, Images and Photos
Sama-sama mengukuhkan kedudukan ekonomi Sebagai persediaan ke alam rumah tangga

SELEPAS puas berhari raya di kampung halaman masing-masing, kini warga kota mula kembali ke Kuala Lumpur demi tuntutan tugas. Namun budaya itu tidak bererti dan kunjung mengunjung Ziarah menziarahi turut terhenti. Bagi meneruskan tradisi menziarah antara satu sama lain, menganjurkan majlis rumah terbuka bagaikan sinonim buat mereka.

Bagi pasangan kekasih Wahid dan juga Nita, mereka juga tidak ketinggalan mengadakan majlis rumah terbuka meraikan untuk bersama rakan-rakan artis yang rapat dengan mereka serta peminat yang selama ini tidak menjemukan mendatangkan rasa jemu-menjemukan mendatangkan rasa jemu menyokong kerjaya seni mereka. Pun begitu, majlis rumah terbuka itu tidak dilakukan Di Kediaman mereka. Sebaliknya mereka menganjurkan untuk memilih acara itu di restoran milik Studio Cafe iaitu mereka yang Terletak di Wangsa Maju.

Terlalu singkat pantas masa berlalu. Bulan ini genaplah dua tahun Wahid dan Nita meraikan Aidilfitri Sebagai pasangan yang bercinta. Sepanjang tempoh itu, Pelbagai dugaan dan halangan yang terpaksa mereka tempuhi. Namun berkat kesabaran serta melalui semua peristiwa itu dengan tenang percintaan akhirnya melewati Sehingga mereka kini.

Biarpun tempoh dua tahun itu sudah cukup untuk mengenali hati dan budi pasangan masing-masing namun Nita dan juga bagi mereka masih Memerlukan Wahid tempoh yang lebih panjang sebelum mereka sepakat untuk mendirikan rumah tangga. Justeru, Hasrat mereka yang ingin menyaksikan terakhir Ramadhan Sebagai kekasih sebelum bergelar suami isteri nampaknya tidak kesampaian.

"Sejujurnya kami masih belum bersedia untuk menempuh gerbang perkahwinan. Melihat kepada Situasi yang berlaku sekarang ini iaitu perceraian di kalangan artis, terus terang Nita memang takut untuk berkahwin. Justeru, bagi Nita dalam tempoh ini Baiklah kami berdua berkawan lebih dulu, kenali sedalam-dalamnya sifat sebenar pasangan masing-masing. Kalau pun hendak bergaduh sebab Biarlah sekarang menyesal di hari Kemudian tidak ada gunanya, "kata Nita atau nama penuhnya Membuka Norhanita Hamzah ini bicara.

Bukan saja belum bersedia dari segi mental, malah menurut Malaysia naib juara Idol kedua ini juga meletakkan faktor ekonomi perlu membuatkan mereka menangguhkan dulu Hasrat untuk berumah tangga.

"Biarlah harta kami berdua kumpul terlebih dulu. Nanti apabila kedua-duanya sudah stabil, InsyaAllah, kami akan bersatu juga, "katanya.

Pendapat itu juga disokong Wahid. Katanya, Sebagai lelaki dia harus mempersiapkan diri terlebih dulu sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang.

"Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kita kena pastikan betul-betul bersedia. Macam saya sendiri, banyak perkara yang perlu saya Lakukan. Saya kena stabilkan ekonomi dulu sebelum menyara anak orang. Ketika ini selain jadi menumpukan perhatian pada kerjaya nyanyian, saya juga Mahu bisnes kafe yang saya usahakan ini lebih berjaya, "katanya.

Sebagai anak seni, pastinya kedua-dua pasangan ini mempunyai peminat masing-masing. Tidak dapat dinafikan perasaan cemburu sedikit sebanyak itu bersarang dalam hati. Ini diakui oleh Nita.

"Sebagai wanita, saya sememangnya ada perasaan cemburu yang kuat pada Wahid. Ada Ketika hal itu selalu menjadi pertelingkahan kecil. Bagaimanapun, Wahid bijak mengawal.

"Dia seorang yang tenang dan kalau saya marah pun dia buat tak tahu saja. Ada kala dia hanya ketawa seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Mungkin sikapnya yang penyabar itulah yang Mengikat saya bersamanya Sehingga ke hari ini, "kata Nita yang mendapat hadiah kain Wahid daripada sempena Aidilfitri lalu.

Jika Wahid ingin menumpukan perhatian pada Perniagaan kafe, Nita juga sedang berkira-kira Sebagai tunggal untuk menerbitkan Sebagai penyanyi meneruskan kariernya. Katanya, tunggal itu akan diterbitkannya sendiri.

"Nita Mahu Muncul dengan lagu yang berkonsepkan muzik ala-Avril Lavigne. Kalau hendak diikutkan Vokal Nita memang sesuai dengan lagu seperti itu. Single ini akan Terbitkan Nita Nita sendiri dengan modal sendiri.

"Kalau hendak bercakap soal Syarikat rakaman, saya pun tak tahu apa status saya sekarang ini. Setiap kali saya ingin berbincang soal ini, mereka (SRC Records), ada saja alasan yang diberikan. Malas hendak memanjangkan cerita, saya biarkan saja. Kalau mereka hendak panggil saya untuk bincang, saya tak ada masalah, "luahnya.

Syawal aktif bisnes e-dagang

Mendengar tidak LAMA Ramadhan. Seperti bekas pelajar AF lain, nama hanyalah hangat Ramadhan Ketika dia baru saja keluar dari Sangkar emas itu. Namun, apabila musim pelajar baru datang bersilih ganti, nama Ramadhan seakan lenyap. Justeru apabila rahsia ini kelibat Muncul di majlis rumah terbuka Nita dan Wahid, Hip Melepaskan peluang untuk tidak bertanyakan perkembangan terbarunya.

Menjawab Persoalan kehilangannya itu, Ramadhan berkata dia tidak pernah hilang dalam bidang seni cuma dia agak sunyi Mengakui dirinya dari sebarang publisiti.

"Saya masih Menyanyi undangan dan setakat ini mengadakan Pentas Pertunjukan masih ada. Cuma selepas Melihat apa yang berlaku, saya rasa saya perlukan jaminan dalam kehidupan. Saya nak kata bukanlah bidang seni ini menampung tak boleh hidup, tetapi saya perlukan sesuatu yang lebih meyakinkan.

"Untuk itu saya dengan berjinak-jinak Perniagaan e-dagang. Dengan menceburkan diri dalam bidang ini, saya dikehendaki memberi ceramah di seluruh negara mengenai Perniagaan kebaikan ini. Alhamdulillah, saya sudah nampak hasilnya kini, "katanya.






border = "0" alt = "stats counter">

stats counter
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails