Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Zahid tinggalkan Nita kerana bola


WAH! Joyah dengar cerita juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid akan berangkat ke Afrika Selatan minggu depan. Semuanya gara-gara bola sepak. Bukankah Zahid antara artis yang memang boleh tahan fanatiknya dengan sukan yang satu ini.

Joyah difahamkan Zahid ditawarkan untuk mengacara sebuah program Astro bagi membuat review Piala Dunia 2010.

Dia akan mengacarakan rancangan itu bersama Farish Aziz dan mereka akan bertolak ke Afrika Selatan pada 21 Oktober ini.

Nampaknya sambil menyelam bolehlah minum air. Sambil buat kerja, bolehlah juga ronda-ronda di sana.

Tapi dengarnya dalam dok Zahid teruja dan seronok nak ke sana ada hati yang sedang berduka nestapa kerana ditinggalkan.

Siapa lagi kalau bukan buah hati si Zahid, Nita Hamzah yang ‘kena tinggal’ selama beberapa hari. Cuma khabarnya bukan sehari dua Zahid ke sana.

Tapi 55 hari. Oh! Patutlah Nita sedih. Lama ditinggalkan kekasih gara-gara bola. Iyalah, yang Joyah tahu mereka ini macam belangkas.

Kalau ada Zahid, adalah si Nita dan kalau ada Nita, adalah Zahid di sebelahnya.

Depa berdua ini pun bukannya selalu berpisah jauh. Kalau berpisah ada pun kat dalam negeri. Itupun setakat lima enam hari sahaja.

Jadi bila kena tinggal lama-lama si nita pun terasa sedih dan belumpun Zahid berangkat, khabarnya Nita dah rasa kesunyian. Hish! Dahsyat betul penangan cinta mereka.

Kalau dah tak boleh berpisah lama, apa kata berkahwin sahaja. Tak gitu Nita!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails