Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Zahnita Hussein Wilson. Show all posts
Showing posts with label Zahnita Hussein Wilson. Show all posts
Anak-anak jadi keutamaan - Zahnita Wilson
SEKITAR Disember lalu, Zahnita Wilson dikatakan telah memilih untuk menamatkan hubungan suami isteri yang sudah dibina lebih lapan tahun bersama Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 36.
Model dan juga pelakon berusia 29 tahun itu berkata, bercerai bukan bermakna berakhir sebuah impian, bagaimanapun itulah permulaan sebuah harapan baharu.
Pilihan itu katanya adalah untuk masa depannya bersama dua orang anak Zahrafeena, 7, dan Zasharayna, 2.
Setelah lebih kurang lima bulan berlalu, kisah penceraian itu kini dikatakan sedang diperbetulkan keadaannya daripada menjadi semakin parah. Ini merupakan kali kedua Zahnita cuba memperbetulkan keadaan rumah tangga apabila dia mengakui bahawa rumah tangganya pernah bergolak lewat 2011.
Ketika ditemui dalam satu majlis pertunjukan fesyen di Bangsar baru-baru ini, Zahnita Wilson atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson sempat menjawab khabar angin mengatakan perceraian yang difailkan olehnya pada 18 November lalu tidak menjadi. Ikuti luahan luahan rasa hati Zahnita bersama Hits.
Hits: Adakah benar dakwaan awak tidak jadi bercerai?
Zahnita: Ya. Memang betul, saya dan suami tidak jadi cerai. Mungkin kami masih lagi ditakdirkan untuk hidup bersama. Apa-apa pun yang berlaku, kami mahu kekal sebagai sebuah keluarga.
Apakah yang membuatkan keputusan berbaik semula dibuat?
Pada mulanya, bukan mudah untuk membuat keputusan ini. Kami buat semua ini demi anak-anak. Itulah penguat sebenar untuk kami menjalani proses berbaik semula. Ternyata usaha kami untuk memperbaiki hubungan kali ini berjaya. Saya tidak mahu anak-anak saya terluka dan kami berbaik semula untuk menggembirakan mereka.
Sejak bila perkara itu dibincangkan?
Rasanya setiap hari kami membincangkan untuk berbaik semula. Setelah berbincang bersama, kami fikirkan adalah lebih baik untuk tidak bercerai sebaliknya kekal sebagai suami isteri.
Suami selalu berjumpa dengan awak dan anak-anak?
Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung tetapi kami kerap bertemu terutama di hujung minggu. Kalau tidak pun, suami akan datang ke rumah setiap hari. Dia (suami) masih lagi ingat tanggungjawabnya kepada keluarga.
Keluarga dan anak-anak sudah dimaklumkan tentang perkara itu?
Maaf. Saya tidak mahu menceritakan lebih lanjut mengenai perkara ini. Sekarang kami masih lagi dalam proses berbaik semula. Jadi, adalah baik kalau doakan kebahagiaan kami.
Apakah projek terbaharu awak dalam bidang seni?
Saya sedang menyiapkan skrip yang menceritakan tentang cerita seorang penyiasat. Buat masa ini, saya masih belum boleh bercerita lanjut tentang skrip itu kerana ia masih lagi dalam proses untuk disiapkan. Segala perbincangan dengan syarikat produksi juga masih belum dijalankan kerana saya mahu fokus dalam menyiapkan skrip ini dahulu.
Apa harapan awak dalam bidang seni?
Saya memang mahu kekal dalam industri seni. Sebab itu saya buat skrip sebab saya mahu menyumbang dalam industri seni. Bagi saya senang, jangan mudah putus asa. Sekiranya tidak ada orang yang mahu ambil saya berlakon, saya tidak akan putus asa. Saya sendiri perlu buat sesuatu untuk kekal dalam industri seni. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk kekal dalam industri.
KEMELUT RUMAH TANGGA - ZAHNITA WILSON FAIL CERAI
Akhirnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, selepas hanya lapan tahun berkahwin. Perkara tersebut disahkan oleh Zahnita yang memberitahu tuntutan tersebut telah diserahkannya pada 18 November lalu.
Menurut model popular itu, dia sudah banyak kali cuba memperbaiki hubungan yang makin retak tapi tidak berjaya. Malah dia juga pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun ianya tetap gagal.
“Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimana pun, saya menganggap ini mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.
“Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna untuk membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi,” ujarnya dipetik sebagai berkata.
Untuk info, isu rumah tangga Zahnita dan suaminya Zackery menjadi bualan hangat beberapa tahun lalu disebabkan mereka tidak sehaluan lagi. Namun dakwa model itu, usahanya untuk menyelamatkan kemelut dalam rumah tangganya tidak berhasil.
Zahnita membasuh luka
ULU hatinya bagai dirodok sembilu tajam, menghiris dan berdarah tak terhenti. Siapa yang gembira andai percerai- an menjadi pilihan akhir menamatkan hubungan rumah tangga yang sudah dibina lebih lapan tahun bersama-sama?
Tapi itu ketetapan yang Zahnita Dorothy Hussein Wilson pilih. Bercerai bukan bermakna berakhir sebuah impian, bagaimanapun itulah permulaan sebuah harapan baharu.
"Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!
"Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama.
"Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami," jelas Zahnita secara eksklusif kepada Kosmo! ketika sesi fotografi baru-baru ini.
Terkejut apabila kisah berantakan rumah tangganya boleh sampai ke pengetahuan umum, Zahnita, 28, bagaimanapun akur dan nekad dengan keputusannya.
Setelah memfailkan saman terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 35, sebutan pertama kes penceraian pasangan itu akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Rendah Shah Alam pada 19 Disember ini.
Lewat tahun 2011, Zahnita mengakui gosip rumah tangganya sedang bergolak, namun pasangan itu mengambil langkah awal untuk membetulkan keadaan daripada menjadi semakin parah.
Peluang terkubur
Tambah Zahnita, selepas seminggu membuat permohonan cerai akhirnya baru hari Jumaat lalu dia masih belum berpeluang untuk menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada Abdul Zac- kery Ghouse memandangkan suaminya berada di luar daerah.
"Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubu- ngan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.
"Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.
"Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini," ulasnya lanjut.
Menyifatkan tidak harus 'membogelkan' kisah rumah tangga kepada khalayak umum, jelas Zahnita, dia harus akur sama ada sekarang atau kelak kisah perceraiannya akan sampai ke pengetahuan ramai.
"Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini," kata Zahnita menyeka empangan air matanya.
Sesi fotografi diserikan dengan kehadiran kedua- dua permata hatinya, Zarafeena, 6, dan Zasharayna, 1, yang sering mengusik ibunya ketika sedang bersiap.
Ibarat mewarisi bakat semula jadi ibunya beraksi di hadapan lensa kamera, Zarafeena dan Zasharayna barangkali sudah memahami perihal kehidupan seni dan ranjau yang ditempuh terdahulu oleh Zahnita.
"Merekalah kebahagiaan saya. Melihat mereka membesar di depan mata adalah suatu kegembiraan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Mereka melengkapi hidup saya," tambahnya.
Comeback
Disebabkan keputusan yang telah diambil untuk menjalani kehidupan tanpa individu bergelar suami, Zahnita tekad mahu kembali ke bidang lakonan selain beraksi di pentas peragaan.
"Saya tidak akan menjadi model sampai umur 35 tahun, jadi inilah waktu paling sesuai untuk saya kembali ke layar perak.
"Lagipun, sepanjang tempoh 10 tahun tidak berlakon saya sangat merindui bidang itu. Saya kini lebih matang dan bersedia, malah pengalaman telah banyak mengajar saya.
"Kalau dulu saya tidak selesa, terkejut dan gagal mengawal situasi. Malah, keluar makan pun segan sebab orang kenal saya," kata pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Kuliah Cinta itu.
Zahnita dalam pada itu mengakui yang kisah kontroversi dan peribadinya lebih mempopularkan namanya berbanding bakat atau kerjaya.
"Peribadi telah mencipta karier saya dan kisah kontroversi terlebih dahulu menolak saya ke depan berbanding hasil kerja saya dalam bidang seni.
"Saya tidak gusar dengan pelakon muda dan mungkin ada yang akan menganggap saya terlewat untuk kembali ke bidang lakonan.
"Sebelum ini saya banyak menolak tawaran berlakon kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga. Sebenarnya, menjadi seorang ibu telah banyak mendidik saya menjadi seorang yang bertanggungjawab," jelasnya yang teringin menjayakan watak psiko dan seram.
Aktiviti selepas raya Zahnita
TIADA apa yang menggembirakan Zahnita Dorothy Hussein Wilson selain meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri buat pertama kali bersama suami tercinta, Zackery Ghouse, 33, pada tahun 2005. Ayat tersebut terpacul terus dari mulut model jelita itu saat diajukan soalan mengenai kenangan raya yang paling dia tidak boleh lupakan.
Rayanya juga lebih bermakna tatkala kelahiran puteri sulung, Zahrafina empat tahun yang lalu. Pertemuan dengan model dan juga pelakon kelahiran Brisbane, Australia itu bersama anaknya sempena pertunjukan fesyen hari raya di Pusat Beli-Belah Great Eastern, Kuala Lumpur itu mengungkap segala ceritera Aidilfitrinya.
“Pertama kali sambut raya sebagai isteri dan ibu sangat menyeronokkan dan ia merupakan kenangan paling bermakna buat saya. Kenangan pertama kali bawa suami balik raya rumah keluarga pada tahun 2005 dan menjadi ahli baharu dalam keluarga masih saya ingat sampai sekarang,” katanya yang kelihatan anggun mengenakan busana berwarna biru rekaan Innai Closet.
Walaupun sambutan hari rayanya cuma di Shah Alam memandangkan ibu dan ibu mertuanya menetap di sana, namun sambutannya tetap meriah.
Selain mengikut ibunya bersembahyang raya, Zahnita juga seperti insan lain yang turut teruja menikmati juadah raya terutama yang paling digemarinya setiap kali tiba hari raya iaitu lemang, rendang dan tart nanas.
“Setiap tahun saya akan menyambut raya sama ada di rumah mak di seksyen 9 atau di rumah mak mertua di Seksyen 19. Biasanya kalau hari raya setiap pagi saya akan ikut mak ke masjid sembahyang raya dan selepas itu kami akan menikmati juadah raya bersama seluruh ahli keluarga,” ceritanya yang handal membuat kek keju berbanding biskut raya.
Anak jadi model
Walaupun dikenali sebagai model kain Jakel, Zahnita hanya memperuntukan cuma dua helai baju raya untuk tahun ini. Tidak terlalu berlebihan tatkala menyambut raya, Zahnita turut bersederhana menyediakan kelengkapan raya buat si kecil kesayangan yang dipanggil Zahra.
Menyambung bicara ibu tercinta, Zahra mengakui sukakan warna ungu dan juga merah jambu dalam pemilihan warna fabrik untuk baju raya.
Kata si kecil yang petah berbicara ini: “Zahra suka apa sahaja baju yang melibatkan warna ungu dan merah jambu sama ada ia untuk baju raya atau gaun”.
Walaupun Zahnita tidak pernah menggalakkan anaknya menceburi bidang peragaan ternyata bakat yang dimiliki model berzodiak Taurus itu diwarisi Zahra.
“Dunia modelling sangat stressful jadi saya tidak mahu Zahra rasa. Tetapi dia sendiri mahu jadi model seperti saya. Jadi, saya hanya benarkan Zahra jadi model majalah. Setakat ini, Zahra sudah banyak buat fesyen bertudung untuk majalah Nona,” beritahu Zahnita.
Ternyata kehadiran Zahra membuat catwalk pertamanya sempena pertunjukan fesyen hari raya di Pusat Beli-Belah Great Eastern, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini mencuri tumpuan khalayak dengan memperagakan kurung berwarna ungu rekaan Cotton Picking, Zahra melangkah ke pentas dengan penuh yakin.
Selain Zahnita dan Zahra, pertunjukan fesyen hari raya pada malam itu turut menjemput beberapa selebriti lain bersama pereka masing-masing untuk membuat peragaan.
Mereka termasuklah Memey Suhaiza yang menggayakan kostum rekaan Ang Eng, Farhan dengan rekaan Bareeze’, Faezah Elai menampilkan kostum rekaan Kohimaran.
Turut mengambil bahagian dalam perialah penyanyi Ezlynn dengan rekaan Koleksi D’Rias, Amber Chia bersama Island Shop, Miera Liyana menggayakan hasil kreativiti Pedlars dan Amanda Imani tampak anggun dengan kostum daripada Rustic Room.
800 pokok cili
Dalam pada itu, Zahnita turut berkongsi rahsia mengenai dirinya yang tidak disangka sama sekali akan menjadi model. Katanya, semasa usianya sama dengan Zahra dia tidak pernah terfikir menjadi model sehinggalah usianya mencecah 14 tahun.
“Saya tidak terfikir untuk jadi model semasa kecil. Bila umur mencecah 14 tahun saya mula buat peragaan dan rasa seronok,” katanya.
Berkongsi cerita, selepas menyambut Aidilfitri, Zahnita akan membanting tulang dan menyingsing lengan di ladang miliknya dan suami di Behrang, Selangor untuk menanam cili.
Bagi Zahnita, tiada apa yang pelik bagi seorang model sepertinya bergelumang dengan tanah. Malah, dia tidak sabar untuk turun ke tanah seluas 1.2 hektar itu untuk menanam cili.
“Tiada apa yang pelik sebabnya keluarga saya dan suami memang terlibat dengan perniagaan.
“Saya sendiri sebelum ini mempunyai perniagaan restoran nasi campur di Menara Eon, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur manakala suami pula terlibat dengan perniagaan kebab berdekatan dengan KLCC. Tetapi, sekarang kedua-dua perniagaan ini sudah kami tutup untuk beri tumpuan pada perniagaan cili ini,” katanya lagi.
Menurutnya, buat masa ini terdapat 800 pokok cili ditanam di rumahnya itu. Ditanya mengenai pemilihan cili berbanding produk lain dan bagaimana dia boleh mengusahakan perniagaan itu, kata Zahnita, cili merupakan produk yang sering menjadi pilihan dalam masakan.
“Saya pilih cili sebab ia banyak digunakan dalam masakan. Seorang profesor dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia yang beri cadangan dan tunjuk ajar mengenai penanaman cili itu,” katanya.
Zahrafeena ceriakan hidup

GELAGATNYA yang bersahaja dan menuruti apa sahaja permintaan ibunya yang dipanggil mummy membuatkan sesi penggambaran pada petang itu meriah.
Walaupun baru berusia tiga tahun, nyata Zahrafeena Zackry tidak kekok beraksi di hadapan kamera apatah lagi dengan kepetahan mulutnya ibarat bertih jagung menyuruh itu dan ini.
Keletah tersebut jugalah yang membuatkan ibunya, model dan selebriti terkenal, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, tidak betah meninggalkan rumah terlalu lama biarpun untuk sesi peragaan fesyen atau penggambaran iklan.
Rindunya pada 'buah hati pengarang jantungnya' itu membuatkan dia berusaha memastikan setiap tugasan yang diambil tidak memerlukan dia berjauhan dari rumah berhari-hari.
Ibarat pepatah Melayu, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi - sudah ada tanda-tanda jejak Zahnita sebagai model bakal diikuti anak kesayangan hasil perkongsian hidup bersama suami, Zackry Ghous Abdul Jafoor, 32.
Di hadapan kamera, Zahrafeena langsung tidak gentar. Kadangkala dia bergaya tanpa perlu diarah dalam apa jua posisi.
Menurut Zahnita, 25, puteri sulungnya itu dilahirkan pada tanggal 16 Januari 2007 secara normal.
Ketika dilahirkan, berat Zahrafeena hanya 3.2 kilogram (kg) dan tidak mengalami sebarang masalah.
Cuma menurut Zahnita yang membahasa diri sebagai Zani, ketika tempoh kehamilan, berat badannya bertambah sebanyak 30 kg.
''Anda bayangkan ketika itu barat badan Zani cecah sehingga lebih 80 kg sedangkan ketika bujang dahulu berat Zani cuma 50 kg.
''Bagaimanapun selepas habis tempoh berpantang Zani berusaha mengembalikan berat badan ke berat asal dengan mengamalkan pantang secara tradisional selain menyusukan badan.
''Saya juga mengamalkan urutan dan mengambil pelbagai jenis herba untuk mengembalikan bentuk badan asal serta mampu menyegarkan semula badan,'' ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Bercerita pengalamannya ketika hamil, kata Zahnita, dia mengalami alahan pada peringkat awal.
Seminggu pertama dia muntah-muntah waktu pagi tetapi ia semakin reda dan bertambah baik dari sehari ke sehari.
Berbicara lanjut mengenai tanggungjawabnya sebagai ibu muda, menurut wanita kacukan Melayu dan New Zealand itu, ia tidaklah seteruk yang disangkakan.
Malah hidupnya kini tambah bermakna dan seronok, lebih-lebih lagi apabila dapat bersama melayani kerenah Zahrafeena.
"Saya sengaja tidak mengambil pembantu kerana mahu melihat dia membesar di depan mata sendiri.
''Bila tiada kerja, inilah masanya Zani mengambil peluang untuk berdua-duaan dengan anak. Tugas tersebut diambil-alih suami bila Zani ada kerja luar,'' tambahnya.
Ditanya saat paling digemari ketika berzama Zahrafeena ialah apabila tiba waktu untuk mandi.
Jika sebelum ini dia terpaksa membuat pelbagai cara untuk memujuknya mandi tetapi dengan adanya rangkaian produk Carrie Junior, Zahrafeena kini suka mandi dan tidak lagi perlu disuruh atau dipujuk.
Gemar dengan bau mandian Carrie Junior Cheeky Cherry, Zahnita memilih rangkaian produk tersebut kerana baunya yang tahan lama.
Peragaan Zahnita utamakan daripada lakonan

Enam tahun lalu, bidang tanah air pernah lakonan Menampilkan Zahnita Sebagai salah seorang pelakon remaja yang berjaya menarik perhatian ramai menerusi dua lakonannya Filem berjudul Kuliah Cinta dan Gila-Gila Pengantin Remaja.
Walau Bagaimanapun, selepas itu pelakon berusia 24 tahun ini seakan-akan dunia daripada menyepikan dirinya apatah lagi lakonan sejak mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery Ghouse, 31, Beberapa tahun lalu.
Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Hussein Wilson menjelaskan, dia bukan sengaja menghilangkan diri daripada bidang lakonan, tetapi kerana berehat seketika Tawaran belum mendapat watak yang sesuai untuk dilakonkannya.
"Ada banyak sebab mengapa saya sudah lama tidak berlakon dalam Filem, antaranya kerana saya sering ditawarkan melakonkan watak yang hampir sama sahaja. Saya tidak lagi Mahu stereotaip yang melakonkan watak seperti dulu.
"Ini kerana, selama ini saya selalu mendapat watak gadis remaja gedik yang suka menggoda lelaki atau teman lelaki atau wanita lain. Kalau boleh, saya Mahu watak yang lebih lasak menguji bakat bagi saya sebenar Sebagai pelakon.
"Selama ini, peminat ramai yang ingat saya seorang yang mengada-NGADA sama seperti dalam Filem-Filem lakonan saya. Misalnya, dalam Filem Kuliah Cinta Ketika saya berlakon dengan sex scene KRU, "katanya kepada Hits.
Ketika pertemuan itu, Zahnita ditemani anaknya, Zahrafeena Zackery, berusia dua tahun 10 bulan pada sidang Akhbar Berhubung isu hak mendapatkan rancangan famille Ford Models Supermodel of the World di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Satu-satunya pelakon
Rancangan yang difrancaiskan melalui Ford Models Inc dari Amerika Syarikat (AS) itu diterbitan oleh Amber Creations Sdn. Bhd model milik Amber Chia yang akan disiarkan menerusi stesen TV Tempatan tidak lama lagi.
Program TV realiti yang dikenali Sebagai Malaysia's Supermodel Search Presents Ford Supermodel of the Year Menampilkan itu beliau Sebagai satu-satunya pelakon yang lebih bersaing dengan 18 peserta lain.
Menurut anak kacukan Melayu dan Selandia Baru ini, Balinese tidak terbabit dalam bidang lakonan dia lebih banyak menumpukan masanya terhadap Fesyen Peragaan bidang yang telah diceburinya sejak 14 tahun lalu.
Biarpun lebih sedekad dalam bidang Peragaan Fesyen, namun masih belum puas Zahnita di mana dia mewakili negara Mahu bagi bakat dan melebarkan lagi menerusi bidang itu namanya hingga ke peringkat Antarabangsa.
Sebab itu, tidak hairanlah ibu kepada seorang anak perempuan ini sanggup mengorbankan masa dan bertanding dalam komitmennya dengan program realiti TV Malaysia's Supermodel Search yang akan disiarkan tidak lama lagi.
"Pertandingan mencari Tempatan model bagi mewakili negara itu di peringkat dunia atau saluran Merupakan peluang untuk mencuba nasib saya nama serta mengembangkan bakat saya di peringkat dunia pada masa depan.
"Mana tahu kalau terpilih mewakili malaysia pada akhir pertandingan yang akan diadakan pada 16 Januari tahun depan di Brazil, maka secara tidak langsung akan impian saya itu dapat dipenuhi sedikit demi sedikit," ujarnya.
Peragaan Fesyen model, model iklan di kaca TV dan majalah ini berasakan sudah sampailah masanya beliau mengorak langkah dalam bidang yang diminatinya cukup berjaya selepas itu namanya membariskan Sebagai model populer di negara ini.
Ke peringkat Antarabangsa
Jelas Zahnita, Peragaan bidang menerusi dia berharap bukan setakat Mahu mengembangkan bakat serta namanya, tetapi turut berhasrat memperkenalkan lagi rekaan pereka Tempatan hingga ke peringkat Antarabangsa.
"Setakat ini saya pernah memperagakan Fesyen Pelbagai jenama Antarabangsa seperti Fendi tetapi pada masa sama kalau boleh saya mempopularkan lagi Mahu rekaan pereka tanah air seperti Tom Abang Saufi.
"Selain pereka Tempatan, kita juga ada banyak elemen lain yang unik berteraskan pakaian seperti songket dan batik yang belum lagi secara Meluas diketengahkan kepada para penggemar Fesyen terutamanya di luar negara," katanya.
Sepanjang bergelar model, wanita tinggi lampai ini telah menimba banyak pengalaman di Pentas-Pentas Peragaan di luar negara di antaranya Selandia Baru, Indonesia dan Thailand di mana ia masih belum memuaskan hatinya.
Sebaliknya, mencipta Mahu Zahnita berharap namanya lebih jauh dalam dunia Peragaan Fesyen seperti di Milan, Itali dan New York, AS sekali gus membawa imej negara dalam bidang yang menjana pendapatan jutaan ringgit itu.
"Saya rasa tidak Mustahil untuk Mencapai impian itu biarpun sekarang ini saya sudah bersuami dan ada anak. Sebaliknya, banyak memberi sokongan mereka terhadap bidang moral yang amat Peragaan Fesyen Minati saya ini.
"Terus terang saya katakan bahawa Peragaan Fesyen bidang dunia adalah saya di mana ia melebihi bidang lakonan dan yang lain-lainnya. Contohnya, selain berlakon sebelum ini saya juga pernah Menjalankan Perniagaan.
"Saya pernah Membuka Perniagaan Zahni dengan nama makanan Hut di Heritage Row, Jalan Sultan Ismail dan di Menara Eon, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, tetapi ia terpaksa ditutup sebelum bulan puasa lalu kerana sebab-sebab tertentu.
"Jadi, buat masa ini masa sekarang dan komitmen saya lebih menjurus bagaimana lagi melebarkan nama Mahu dan bakat saya model Peragaan Sebagai Fesyen di peringkat dunia. Sudah sampai masanya saya bergerak ke tahap lebih tinggi," impinya.
Zahnita tambah lagi, bukan setakat dia sahaja yang begitu memberi kerjaya Sebagai Tumpuan terhadap Fesyen Peragaan model, anak perempuannya itu malah turut memperlihatkan minat yang sama dengannya.
Katanya, kecenderungan Zahrafeena itu dapat dilihat apabila anaknya itu sering mengadakan mengikutinya sewaktu-Peragaan Fesyen Peragaan yang diadakannya sejak kebelakangan ini dengan memerhatikan segala gerak gerinya.
"Walaupun anak saya itu masih kecil tetapi seolah-olah dia tahu akan kerjaya ibunya. Sewaktu saya mengadakan Mengikuti Peragaan di atas Pentas, Zharafeena selalu berada di tepi atau Pentas belakang.
"Dia selalu berkata 'wow! Mak nampak cantiklah'. Dengan adanya dia di samping saya, ia secara tidak langsung seperti memberi semangat kepada saya untuk lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang ini," ujarnya lagi.
Zani cari ruang

Lagi pula ini lanjutan daripada tempias pilihannya yang mahu mengukuhkan nama dalam arena peragaan hingga sanggup mengenepikan tawaran daripada beberapa pengarah.
Jelas Zahnita Hussein Wilson atau Zani, 24, cintanya terhadap kerjaya model yang diceburi sejak berusia 10 tahun sungguh mendalam, malah menjadi impiannya untuk melangkah lebih jauh, sekali gus memahat nama di peringkat antarabangsa.
“Bukan tidak suka berlakon, tetapi mungkin saya lebih menyerlah sebagai model. Jujur, saya tidak berapa yakin berdiri sebagai pelakon, apatah lagi saya agak memilih orangnya dan tidak suka duduk lama di lokasi penggambaran kerana ia memenatkan.
“Berlakon bukan kerja mudah dan tidak boleh bersandarkan kecantikan semata-mata. Perlu ada bakat jika mahu bertahan lama.
“Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya melupakan terus dunia lakonan. Dalam tempoh lima tahun ini ada beberapa tawaran tetapi saya tolak kerana watak diberi kurang sesuai dan stereotype. Kalau boleh saya mahu watak lebih berat, bukan lagi gadis manja, gedik dan mengada-ngada.
“Jika ada tawaran menarik selepas ini, insya-Allah saya terima. Anak pun sudah besar, jadi tiada masalah jika saya perlu menghabiskan banyak masa di lokasi,” katanya yang pernah membintangi filem Kuliah Cinta dan Gila-gila Pengantin Remaja.
Bagi merealisasikan cita-cita muncul sebagai supermodel seterusnya mewakili Malaysia ke pentas dunia, ibu kepada Zahrafeena Zackrey, dua tahun 10 bulan ini, menyertai pertandingan realiti, Malaysia Supermodel Search dan terpilih sebagai 10 finalis bagi kategori wanita.
Jika bergelar juara, wanita yang memiliki rupa seiras Datuk Siti Nurhaliza ini layak mewakili Malaysia ke China bagi berentap di kejuaraan dunia, selain berpeluang menandatangani kontrak dengan agensi peragaan terkenal dunia, Ford Models dan membawa pulang wang tunai RM50,000.
“Syukur, daripada 36 peserta, saya terpilih ke final. Sudah dalam saya pasang angan-angan mahu melangkah ke pentas antarabangsa. Saya memulakan kerjaya sebagai model ketika berusia 10 tahun “Ketika itu saya jadi model katalog Court Mammoth diikuti Metrojaya dan makin dikenali selepas menjayakan komersial Johnson & Johnson.
“Ketika berumur 14 tahun saya dinobatkan sebagai juara Miss Maybelline 2000, di mana saya berpeluang mengabadikan wajah kulit muka depan majalah bersama Datuk Siti.
“Melihat perjalanan karier, sampai masanya saya melangkah lebih jauh dan moga kemenangan berpihak kepada saya. Saya berharap sangat akan memenangi pertandingan ini.
“Kalau ikutkan, saya tak ada banyak masa lagi kerana dalam bidang ini usia saya sudah agak lambat kerana di Paris gadis berusia 13 tahun sudah beraksi di pentas peragaan,” katanya.
Zani berkata, mulanya suami tersayang, Abdul Zackery Ghouse, berat hati melepaskannya menyertai Malaysia Supermodel Search tetapi kini memberi sokongan penuh.
“Suami dan anak adalah tulang belakang saya. Kerana restu merekalah saya dapat bertahan hingga ke final. Saya tidak pernah lupa tanggungjawab saya terhadap mereka dan kalau menang, saya akan pastikan Zahra tidak terabai.
“Dialah permata hati dan penguat kasih saya antara saya dan suami,” katanya yang berhasrat menambah zuriat dua tahun lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]

