Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Zain Saidin. Show all posts
Showing posts with label Zain Saidin. Show all posts

"Saya Bukan Lembu Dicucuk Hidung" - Zain Saidin

Pelakon Zain Saidin menyangkal dawaan sesetengah pihak mengatakan dia seperti lembu dicucuk hidung kerana terlalu mengikut cakap isterinya iaitu pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta. Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 31, berkata, tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar sama sekali kerana sebagai seorang suami, Che Ta harus mendengar cakapnya. "Perkara itu terjadi disebabkan mereka melihat Che Ta lebih berumur berbanding saya dan disebabkan percakapannya yang lantang mungkin orang nampak dia lebih macam mengarah saya. "Sebenarnya banyak Che Ta dengar cakap saya kerana saya adalah suaminya," kata Zain kepada mStar Online. Zain berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran Oh My English! Class of 2015 di Mahkota Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.
Tambah Zain, dia cuma mendengar cakap Che Ta dari segi penampilan diri untuk berfesyen kerana menggangap isterinya lebih memahami bidang berkenaan. "Che Ta lebih tahu semua perkara mengenai fesyen. Saya cuma tahu mengenai fesyen street wear tetapi dia lebih kepada fesyen designer. "Jadi tidak salah saya mengikutnya dari segi fesyen untuk mengubah penampilan supaya lebih mengikut kepada gaya fesyen yang terkini," katanya. Dalam pada itu, Zain menjelaskan dia tidak kisah dengan dakwaan yang dilemparkan kerana ia merupakan perkara biasa yang harus ditempuhi sebagai selebriti yang menjadi perhatian umum. Zain juga sudah lali dengan kritikan yang disebarkan melalui media sosial sehingga orang ramai mudah untuk membuat fitnah tanpa bukti yang sahih. "Kebanyakan mereka yang membuat fitnah ini menyorok di sebalik penggunaan media sosial sahaja kerana kalau mereka betul-betul berani untuk sampaikan sendiri kepada saya, jumpa la untuk cakap terus terang kerana saya tidak kisah. "Bagi saya media sosial memudahkan orang untuk bercakap apa sahaja tanpa bukti yang sahih jadi biar la perkara ini berlalu kerana lambat laun mereka akan diam juga," jelasnya. Sementara itu mengenai Oh My English! Class of 2015 penonton akan disajikan dengan kejutan yang besar apabila Mr. Hendy Middleton telah mengalami perubahan fizikal sehingga menyebabkan beliau tidak dikenali. Selain itu, banyak wajah baharu yang akan menceriakan suasana SMK Ayer Dalam menerusi telatah dan gelagat masing-masing antaranya penampilan Jualiana Evans, Cha-Cha Maembong, Azzam Sham, Afeeq Emir, Syamiem Elnisa dan Nazrief Nazri. Rancangan ini akan disiarkan bermula 7 Jun depan menerusi menerusi Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135) pada Ahad pada pukul 6.30 petang.

Zain Saidin Jadi Duta Ubat Seks Untuk Bantu Kurangkan Cerai

Pelakon Zain Saidin memberitahu tujuan utama dia menjadi duta ubat seks adalah untuk melihat kebahagiaan pasangan suami-isteri yang mungkin mempunyai masalah rumah tangga berpunca daripada masalah kesihatan batin. Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 31, berkata, dia juga berharap dengan adanya produk tersebut ia dapat membantu mengurangkan kadar perceraian yang berpunca daripada masalah berkenaan. "Saya tidak rasa jadi duta produk ini sesuatu yang memalukan kerana realitinya masalah dingin hubungan kelamin sememangnya berlaku yang mana ada pasangan mempunyai masalah terhadap kesihatan batin mereka. "Pada saya ia bertujuan baik untuk menyelamatkan rumah tangga seseorang seterusnya ia mungkin dapat mengurangkan kadar perceraian di negara ini," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Khamis. Zain berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya bagi mempromosikan produk ubat tenaga batin Pesona Rugosa.
Gambar yang dimuat naik Zain di Instagram miliknya bagi mempromosikan produk tersebut. Tambahnya, sebagai seorang lelaki dia turut mengakui bahawa kesihatan batin adalah perkara yang perlu diambil berat dalam melayari hubungan rumah tangga. "Saya anggap tawaran untuk saya menjadi juru cakap produk ini adalah rezeki selepas kahwin dan rezeki anak saya. Jadi saya ambil sahaja peluang itu kerana ia bukan sesuatu yang salah. "Tentang promosi pula pengurusan saya yang uruskannya," ujar Zain. Lebih Tenang Selepas Tunaikan Umrah Sementara itu, ditanya tentang perubahan selepas menunaikan ibadah umrah awal Mac lalu, Zain berkata, kehidupannya kini lebih tenang. Tambahnya, lebih mengembirakan apabila isterinya pelakon Rozita Che Wan mengambil keputusan untuk terus bertudung selepas pulang daripada melakukan ibadah itu. "Alhamdulillah kehidupan kini lebih tenang dan baik, isteri saya pun ambil keputusan untuk bertudung lepas pulang daripada mengerjakan umrah. "Saya suka dia bertudung kerana perkara itu dia buat tanpa paksaan dan ketika dia benar-benar bersedia," ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas tentang anaknya Aaishah Dhia Rana dilaporkan sebagai bayi paling popular dan berduit, Zain berkata ia adalah rezeki untuk kanak-kanak itu. Bagaimanapun sebagai bapa, dia juga memilih dan menerima tawaran tajaan bersesuaian dengan usia serta tidak menjejaskan pembesaran bayinya. "Tidaklah berduit tetapi dia banyak dapat sponser sahaja dan bagi saya itu rezeki dia. Kami tidak ambil pun duit dia kerana itu semua untuk masa depan dia nanti. "Memang banyak penaja yang datang tetapi kami juga memastikan tajaan itu tidak menjejaskan pembesaran dia," katanya.

Hijab Tidak Halang Che Ta Aktif Sebagai Pelakon

PELAKON Rozita Che Wan menjelaskan keputusannya untuk menutup aurat tidak akan menghalangnya daripada terus bergiat aktif dalam bidang hiburan terutamanya lakonan. Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, berkata, dia tidak merasakan keputusannya untuk berhijab akan memperlahankan karier seninya kerana paling penting seseorang itu berusaha dan bertawakl terhadap rezeki yang ditentukan Allah. "Insya-Allah saya akan terus bergiat aktif dalam bidang seni kerana ini adalah bidang yang saya minati tetapi bukan bererti saya boleh ligat seperti dahulu. "Banyak atau kurang tawaran lakonan itu semua bergantung pada usaha dan rezeki masing-masing," katanya. Che Ta mengambil keputusan untuk menutup aurat selepas pulang daripada mengerjakan Umrah di Mekah pada 5 Mac lalu. Dalam pada itu, Che Ta berkata, seperti mana artis bertudung yang lain, dia juga tidak terkecuali akan lebih memilih watak agar bersesuaian dengan imej terkininya. "Sudah tentu kena lebih selektif dalam pemilihan watak agar bersesuaian dengan imej sekarang seperti mana dilakukan oleh artis lain," katanya. Sementara itu, Che Ta berkata, dia kini berasa lebih tenang dengan penampilan baharunya dan bersyukur diberi kesempatan untuk melakukan perubahan tersebut. Malah katanya, suaminya, Zain Saidin adalah insan paling gembira apabila dia meluahkan hasrat untuk kekal berhijab. "Sudah tentu Zain paling gembira dengan perubahan ini kerana dia memang sentiasa mendoakan agar saya terbuka hati untuk bertudung. "Malah ketika sambutan hari jadinya sebelum berangkat ke tanah suci saya sudah mula menutup aurat dan dia sangat gembira," ujarnya.

ZAIN SAIDIN & CHE TA DI TANAH SUCI

Sebagaimana Zahiril Adzim dan isterinya Shera Aiyob yang merindui anak mereka ketika di tanah suci Mekah, begitu jugalah halnya dengan Zain Saidin dan Che Ta yang kini turut berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Kerinduan pada puteri sulung mereka, Aaisyah Dhia Rana yang tidak ikut serta terserlah apabila mereka meluahkan rindu tersebut di laman sosial. "Rindunyaaaaaa sayang mummy ni," demikian luah Che Ta melalui IGnya. Apa-apapun, doa kita semoga Zain dan Che Ta mendapat umrah yang mabrur. Paling penting, harap-harap pintu hati Che Ta terbuka untuk berhijab kekal. Amin.

CHE TA MANIS BERTUDUNG DIHARI LAHIR ZAIN SAIDIN

Manis bertudung! Demikian komen peminat Rozita Che Wan ketika menyambut ulangtahun ke-31 suaminya Zain Saidin malam semalam. "Happy Birthday suami ku," ujar Che Ta melalui IGnya. Mungkinkah Che Ta akan kekal dengan imej bertudung atau mungkin dia sekadar menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin yang difahamkan dipimpin oleh Imam Muda Asyraf ketika majlis berlangsung. Namun yang paling menarik, Che Ta telah menghadiahkan suaminya Pakej Umrah sebagai kejutan berbanding hari lahir sebelumnya. Mereka khabarnya akan berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama. Cayalah Che Ta!

Zain Saidin Dituduh Sombong Tolak Bergambar Dengan Peminat

Pelakon Zain Saidin terkejut apabila dituduh bersikap sombong kononnya dia sengaja menolak permintaan seorang peminat yang ingin merakamkan gambarnya bersama anak. Zain, 30, berkata, tuduhan itu dibuat oleh seorang pengikut di Instagram yang kononnya telah menyaksikan kejadian tersebut di sebuah pusat beli belah di Johor. "Saya terkejut apabila tiba-tiba ada orang memberi komen menuduh saya sombong apabila kononnya melihat saya tidak melayan peminat ketika diminta untuk bergambar bersama anak saya, Aaisyah Dhia Rana. "Sedangkan ketika itu anak saya sedang menangis kerana lampinnya perlu ditukar. Tetapi individu yang melihat itu membuat andaian sendiri dan meletakkan komen di Instagram sehingga menimbulkan fitnah kepada pengikut-pengikut lain. "Bukannya saya sengaja tidak mahu bergambar. Selama ini saya mahupun isteri (Rozita Che Wan) tidak mempunyai masalah jika sesiapa datang pada kami," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Tambah Zain, dia berharap agar mana-mana individu tidak membuat andaian tanpa usul periksa sekiranya berlaku lagi kejadian seperti itu. Sebagai seorang bapa, dia perlu mengutamakan anaknya terlebih dahulu daripada memilih untuk bergambar. Sementara itu, berkongsi pengalaman bergelar ayah buat pertama kali, Zain berkata kerja-kerja menjaga anak tidaklah terlalu sukar seperti yang disangkakannya sebelum ini. Kata Zain, antara rutin yang paling digemarinya ialah memandikan Aasyah, lebih-lebih lagi melihat anaknya yang begitu teruja apabila dimandikan. "Alhamdulillah, tak susah sangat pun nak jaga anak. Rutin yang paling menyeronokkan ialah memandikan dia. "Sekarang ini saya sanggup tinggalkan apa saja demi anak. Tetapi yang pasti dia lebih manja apabila bersama ibunya," ujar Zain. Dalam perkembangan lain, Zain akan sibuk mengendalikan sebuah kelas kecergasan pada tahun depan yang terbuka kepada umum untuk menyertainya.

Biarpun Dikritik, Zain & Rozita Tak Akan Buang Gambar Romantis

Pelakon Zain Saidin menjelaskan kritikan sesetengah pihak terhadap gambar romantisnya bersama isteri, Rozita Che Wan yang dimuat naik di laman sosial Instagram bukan satu perkara mengejutkan. Zain, 30, berkata, setiap foto yang mereka kongsi sentiasa mendapat teguran dan komen daripada pengikut di laman tersebut namun mereka tidak terlalu memberikan perhatian kepada perkara berkenaan. "Letaklah gambar apa pun mesti akan jadi perhatian. Pertikaian orang tentang foto itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah kami sudah biasa dengan situasi ini. "Malah saya sudah mengjangkakan reaksi peminat apabila saya memuat naik gambar itu dan saya tidak mahu ulas panjang mengenai perkara itu," katanya kepada mStar Online. Pelakon itu mengulas mengenai foto romantisnya bersama Rozita ketika bercuti di Koh Samui, Thailand baru-baru ini yang mendapat perhatian meluas daripada peminat mereka sehingga ada yang menasihat pasangan itu tidak terlalu mendedahkan perihal rumah tangga mereka kepada umum. Zain ditemui selepas majli pelancaran musim ketiga program Oh My English! (OME) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Serdanng dekat sini pada Rabu. OME musim ketiga bakal bersiaran pada 18 Mei ini pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di Astro TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135).
Dalam pada itu, Zain berkata, dia tidak berhasrat untuk memadam gambar berkenaan daripada akaun Instagramnya selagi ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada pihak lain. "Setakat ini saya tidak melihat ia mendatangkan apa-apa keburukan dan jika ada baharulah saya akan buang gambar itu," jelasnya. Sementara itu, bercakap mengenai OME, Zain berkata, dia teruja dengan musim terbaharu itu kerana ia bakal menampilkan banyak kelaunan selain penampilan wajah baharu pelakon seperti Fauziah Ahmad Daud, Nadiya Nissa dan Carmen Soo. Malah kata Zain, dia juga semakin selesa membawakan watak sebagai Mr. Henry Middelton selepas tiga musim bersama rancangan itu kerana ia membantu menambahkan lagi jumlah penonton terutamanya di kalangan pelajar sekolah. "Musim kali ini juga kami lebih banyak menjalani penggambaran di luar studio selain penampilan wajah-wajah baharu bagi menyerikan lagi OME," katanya. Dalam perkembangan lain Zain berkata, selain memberi tumpuan kepada OME, dia juga bakal ke New Zealand untuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri terbaharu pada penghujung Mei ini.

Zain Saidin Enggan Tahu Jantina Anak

Pelakon Zain Saidin tidak mahu mengetahui apakah jantina anak yang sedang dikandungkan oleh isterinya, Rozita Che Wan apabila wanita itu membuat imbasan kandungannya nanti. Zain, 30, berkata, dia mahu perkara itu menjadi satu kejutan kepadanya biarpun isterinya teruja untuk mengetahui jantina anak mereka. "Saya terima dengan rasa syukur tidak kira apa anak yang bakal lahir itu nanti lelaki atau pun perempuan kerana yang lebih penting isteri dan anak kami nanti selamat dan sihat. "Tetapi jika diberi pilihan saya mahukan anak lelaki dan isteri pula mahukan sebaliknya," katanya kepada mStar Online. Zain dan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta ditemui ketika pelancaran dan pelantikan mereka sebagai duta MV Bistro & Kafe di The Strand Kota Damansara di sini, Sabtu. Bagaimanapun kata Zain, Rozita tidak sabar untuk mengetahui jantina anak mereka dan kebarangkalian sukar untuk perkara itu dirahsiakan. "Apabila isteri tahu mengenai jantina anak kami pasti saya akan tahu juga akhirnya kerana dia akan membeli barangan mengikut jantina bayi itu nanti," katanya.
Dalam pada itu, Zain berkata, dia bimbang sekiranya tidak dapat menemani isterinya di bilik bersalin pada Oktober depan untuk menyambut anak mereka kerana dia dijadualkan berada di London pada tarikh Rozita dijangka bersalin. Jelas Zain, pemergiannya ke negara itu bagi menjalani penggambaran program Oh My English! musim ketiga di sana. "Saya agak risau kerana pada tarikh isteri saya dijangka bersalin itu saya berada di London dan berharap sangat dapat menemaninya untuk menyambut kelahiran anak pertama kami. "Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pihak produksi kerana barangkali jadual itu boleh dianjakkan bagi membolehkan saya menemani isteri nanti," ujarnya. Sementara itu, Zain berkata, dia akan sentiasa memastikan Rozita mendapat rehat secukupnya dan berasa lega apabila wanita berkenaan memberitahu tidak mahu bekerja sepanjang tempoh pengandung. Malah kata Zain, dia juga gembira apabila Rozita tidak mengalami sebarang alahan teruk pada peringkat awal kehamilannya namun mengakui selera makan isterinya bertambah. "Alhamdulillah setakat ini segala-galanya berjalan lancar dan isteri juga tidak mengidam perkara yang pelik-pelik cuma selera makannya bertambah. "Sebagai suami sudah tentu saya harapkan isteri saya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan akan memastikan dia sentiasa mendapat rehat yang cukup," katanya. Dalam perkembangan lain, Zain berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran Oh My English! musim ketiga selain baharu sahaja menyiapkan sebuah drama bersiri berjudul Walaupun Sedetik Cuma untuk siaran TV Al-Hijrah.

MAJLIS SANDING CHE TA IBARAT 'FASHION SHOW'

Macam fashion show! Demikian komen peminat Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengenai majlis persandingan pasangan ini yang diadakan di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor, semalam. Meskipun bertemakan 'taman Inggeris', namun aksi Che Ta yang berjalan di tengah-tengah sambil ditonton oleh sekitar 500 jemputan dilihat seperti 'mempromosi', bukan bersanding.
Semuanya mungkin gara-gara Che Ta terpaksa mengayakan busana 'sponsor' daripada pereka fesyen terkenal Qudyn Kuala Lumpur dan Rizalman serta 'memperagakan' barang kemas penaja bernilai RM11.2 juta. Sebagai imbasan, Zain dan Che Ta selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri Khamis lalu. Che Ta menerima sembilan dulang hantaran antaranya ialah mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails