Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Zara Zya. Show all posts
Showing posts with label Zara Zya. Show all posts

Zara Zya Enggan Dikongkong Bawah Syarikat Pengurusan

Pelakon Zara Zya memberitahu dia menolak tawaran sebuah syarikat pengurusan artis popular baru-baru ini kerana enggan terkongkong dengan jadual yang diatur syarikat berkenaan. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, biarpun tawaran yang diberikan memberi faedah kepada kedua-dua pihak, namun dia lebih selesa mengurus kerjayanya sendiri tanpa melibatkan banyak pihak. "Saya ditawarkan untuk bernaung di bawah sebuah syarikat pengurusan artis popular, namun terpaksa saya tolak dengan baik kerana buat masa ini saya fikir ia tidak perlu. "Kalau jadual saya diatur oleh orang lain tentu mereka tidak tahu bila masa saya ingin berehat dan ia akan menjadikan saya seperti dikongkong serta buat perkara yang saya tidak suka," ujarnya kepada mStar Online. Zara berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem pertamanya iaitu Rembat di Cineleisure, di sini.
Jelas Zara, dia lebih suka menguruskan hal berkaitan tawaran filem atau drama itu sendiri daripada melalui pihak ketiga. Dalam pada itu, ditanya tentang kerjayanya yang kurang mendapat tempat di filem berbanding drama televisyen, Zara berkata, kebanyakan tawaran filem datang ketika dia sibuk dengan penggambaran drama. Katanya, perkara tersebut membuatkan dia tidak dapat menerima tawaran itu walaupun mengetahui filem tersebut mempunyai potensi yang baik dan mampu mengukuhkan namanya dalam industri. "Saya bukan tidak ada tawaran filem tapi kebanyakan tawaran yang datang pada waktu yang salah iaitu ketika jadual saya sibuk dengan penggambaran drama. "Saya anggap ia seperti ujian, bila sibuk penggambaran banyak tawaran datang dan bila saya tidak buat apa-apa, tiada pula tawaran," ujarnya. Sementara itu, Zara mengakui lega apabila filem yang menjalani penggambaran dua tahun lalu akhirnya mendapat tarikh tayangan pada 8 Oktober depan. "Akhirnya dapat juga saya menjawab pertanyaan peminat-peminat saya yang tidak habis-habis bertanya tentang tarikh tayanyan filem ini. "Mereka tahu saya berlakon filem kerana saya sering muat naik di Instagram ketika penggambaran dulu, itu yang mereka tanya bila filem nak keluar. Lagi pula peminat saya teruja nak lihat lakonan saya di layar lebar," ujarnya. Zara membawa watak Azira dalam filem Rembat dan bergandingan dengan pelakon-pelakon polular iaitu Shaheizy Sam, Aniu dan Zizan Razak.

Jualan Tudung Zara Zya Kurang Dapat Sambutan

Pelakon Zara Zya terpaksa memeperlahankan perniagaan tudungnya kerana kurang mendapat sambutan peminat berbanding produk makanan. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, perkara tersebut disebabkan ramai pembeli tidak gemar membeli tudung yang dijual artis yang tidak memakai tudung. "Saya perlahankan penjualan tudung kerana sambutan agak kurang, mungkin mereka tak suka artis yang tidak bertudung menjual tudung. Lagi pula saya sibuk dengan produk makanan dan tiada orang yang uruskan tudung itu," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun, Zara berkata, dia menumpukan perhatian kepada penjualan biskut raya dan sambal yang lebih mendapat sambutan peminat-peminatnya. Selain itu, Zara berkata, dia juga kini muncul dengan produk penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu Miss Zara Beauty. Ramadan ini saya sibuk berniaga biskut raya di beberapa bazar yang dianjurkan di Lembah Klang ini. Saya juga akan melancarkan produk kosmetik sendiri tidak lama lagi," ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini Zara berkata, dia sudah menempah empat pasang baju sejak sebelum Ramadan. "Tahun ini saya tempah empat pasang baju sahaja, itu pun untuk majlis-majlis rumah terbuka yang akan dihadiri nanti. Saya yakin empat pasang baju tu tidak cukup," katanya.

Peminat Bosan Zara Zya Bawa Watak Gadis Kampung

Pelakon Zara Zya memberitahu bahawa peminat-peminatnya sering meminta agar dia melakonkan watak berbeza daripada yang sering dibawa dalam drama lakonannya iaitu sebagai gadis kampung. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, segelintir mereka menganggap lakonannya tiada perubahan dan tidak berkembang kerana membawakan watak yang hampir sama. "Ramai peminat yang merungut dan meminta saya bawa watak berbeza iaitu mereka mahu saya jadi perempuan jahat atau GRO yang mana lain daripada watak perempuan kampung. "Mereka kata watak saya sama sahaja iaitu perempuan kampung teraniaya dan tiada perkembangan sejak drama Love You Mr Arrogant," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun, Zara berkata, dia melihat perkara itu sebagai satu cabaran untuk dia membawakan setiap watak perempuan kampung itu mempunyai perbezaan. Katanya, dia akan membuat kajian terhadap skrip yang diberikan oleh pengarah terlebih dahulu bagi memastikan watak yang perlu dilakonkan itu tidak sama seperti drama sebelum ini. "Walaupun watak perempuan kampung, namun saya sentiasa pastikan lakonan saya berbeza setiap watak. Cuma mungkin mereka masih menganggap watak itu sebagai watak perempuan kampung," ujarnya. Dalam pada itu, Zara berkata, dia pernah membawakan beberapa watak lain, namun drama tersebut tidak mendapat perhatian penonton. Tambahnya, pemilihan watak yang ditawarkan adalah berdasarkan kepercayaan pengarah yang mahu dia membawakan watak tersebut. "Saya ada bawa watak perempuan jahat dan baru-baru ini watak perempuan nerd dalam drama bersiri Dalina, namun drama-drama tersebut tidak mendapat sambutan dan orang tidak tahu. "Lagi pula saya ini seorang yang tidak memilih, apa juga tawaran yang datang dan jika bersesuaian dengan masa, saya akan terima tanpa melihat watak atau skrip apa yang ditawarkan," ujarnya.

Zara Zya Tidak Anggap Ayda Jebat Rampas Populariti

Pelakon Zara Zya menganggap populariti yang diraih pelakon Ayda Jebat adalah satu lumrah yang perlu dilalui seseorang artis. Zara, 30, berkata, dia tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan Ayda dan menganggap ia sebagai giliran rezeki untuk aktres itu. "Saya dah pernah lalui apa yang dia menang itu dan populariti yang dikecapinya tahun lalu. Ia adalah lumrah artis. "Kadang-kala kita di atas dan ada masanya di bawah. Bukan bermaksud sekarang saya sedang jatuh, tetapi tahun ini adalah rezeki dia pula," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pra kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014), di Hotel Royale Chulan, di sini, Selasa. Zara berkata demikian ketika diminta pendapat tentang populariti pelakon Ayda Jebat yang semakin menonjol selepas memenangi kategori Pelakon Baru dan Top Top Meletop (Wanita) di Anugerah Meletop Era 2015 (AME 2015) pada 22 Februari lalu. Anugerah sama pernah dimenangi Zara Zya pada tahun lalu. Dalam pada itu tambah Zara, dia juga tidak menganggap wanita itu merampas populariti dan namanya dalam industri lakonan.
"Pada saya tiada isu dia gantikan tempat saya kerana ia adalah perkara biasa, tentang anugerah pula bagi kategori yang dia menang itu saya sudah memenanginya tahun lalu dan tidak mungkin pula saya bersaing dalam kategori sama iaitu pelakon baru sekali lagi. "Masa saya menang dulu pun orang ada berkata saya gantikan pelakon itu dan ini, tetapi sebenarnya tidak ada istilah itu pun," ujarnya. Zara berkata, dia turut gembira dengan kejayaan dan populariti Ayda dan berharap ia dapat mengekalkan namanya terus dalam industri seni tanah air. Sementara itu, ditanya tentang popularitinya semakin merundum, pelakon itu berkata, kebanyakan drama lakonannya belum lagi ditayangkan di televisyen. Zara berkata dia bakal keluar dengan drama berjudul Dan Calonnya Adalah yang di Tonton pada April depan dan Hidayahmu Ramadan untuk slot Samarinda sempena Ramadan nanti. "Mereka ingat saya menyepi dan merundum kerana saya sibuk berlakon tahun ini. Orang tak nampak produk saya keluar di televisyen lagi. "Insya-Allah bermula April ini ada beberapa buah drama saya akan keluar," katanya.

Zara Zya Enggan Ulas Gosip Intim Dengan Fahrin Ahmad

Pelakon Zara Zya menganggap dakwaan kononnya hubungannya dengan aktor Fahrin Ahmad yang dilihat semakin mesra hanya gosip biasa. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan berkenaan ketika ditanya lanjut mengenai perkara itu. "Saya tiada komen dan itu hanya gosip biasa sahaja," katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Ahad.
Sebuah akhbar mingguan dalam ruangan gosipnya melaporkan kedua-dua pelakon itu kelihatan mesra kerana sering berbalas komen di laman sosial Instagram milik Zara. Malah ada beberapa gambar yang dimuat naik oleh Zara turut dikomen oleh Fahrin dan peminat juga seakan-akan gembira melihat keakraban mereka berdua. Dalam pada itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kepastian lanjut mengenai hubungan sebenar pasangan berkenaan bagaimanapun tidak dibalas pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant itu.

Usah Persoalkan Zara Zya Jual Tudung

Pelakon Zara Zya menganggap bisnes tudung yang diusahakannya iaitu Zyabyzarazya bukanlah sesuatu yang pelik dan ia tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Zara berkata, tidak ada sebarang masalah untuk dia menjual produk tersebut biarpun dia belum lagi berhijab. "Saya rasa tidak ada masalah untuk saya jual tudung walaupun saya belum bertudung. Peminat-peminat saya ramai yang bertudung, manakala saya sendiri banyak membawa watak sebagai perempuan bertudung. "Saya malas ambil peduli mereka yang beri komen negatif kerana kita buat baik ke tidak ke... ada sahaja komen-komen negatif ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Zara berkata demikian sebagai mengulas tentang komen segelintir pihak terhadap bisnes tersebut yang dikatakan tidak sesuai diusahakannya kerana dia tidak bertudung.
Tambah Zara, dia mula berkecimpung dalam bisnes tudung sejak dua bulan lalu dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada peminatnya. Katanya, buat masa ini dia menjalankan operasi secara dalam talian dan di sebuah butik milik rakannya di Sri Hartamas dekat sini. "Alhamdulillah, sambutan baik setakat dua bulan ini, saya banyak turun promosi di bazar-bazar sepanjang Ramadan ini. Selepas ini memang ada perancangan untuk kembangkan bisnes kepada baju dan skrit pula," ujarnya. Dalam pada itu, Zara turut terkilan apabila terdapat segelintir pengikut laman sosialnya menuduhnya sebagai seorang yang sombong. Katanya, sebagai manusia biasa, ada masa yang dia mungkin terlepas pandang untuk memberi dan membalas senyuman daripada peminat. "Hari ini (Isnin) ramai yang komen di Instagram saya beritahu saya ini sombong, entah bila mereka jumpa saya pun saya tidak tahu. "Bagi saya mereka yang cakap saya begitu ialah mereka yang tidak mengenali saya secara dekat, saya mungkin tidak boleh senyum sepanjang masa," ujarnya. Dia juga mengakui raut wajahnya yang agak garang kadang-kala membuat persepsi buruk orang yang berfikir bahawa dia seorang yang sombong. Bagaimanapun, dia meminta agar orang ramai tidak mengadilinya sebelum menegur dan mengenalinya terlebih dahulu. "Muka saya kalau tidak senyum memang agak garang dan sombong, tetapi mereka kena tegurlah saya dulu sebelum menilai perangai saya. "Saya yakin bila mereka kenal saya mereka tahu sapa saya sebenarnya," katanya.

Zara Zya Kecewa Dituduh Mulut Jahat

Pelakon Zara Zya berasa kecewa apabila dituduh bermulut celupar dengan menjaja cerita buruk mengenai aktor Azlee Khairi kepada orang di sekelilingnya. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, berkata, dia terkejut dituduh sebegitu sedangkan tidak pernah menjaja cerita-cerita buruk orang kepada mana-mana individu selain menganggap tuduhan itu sebagai fitnah semata-mata. "Mula-mula rasa geramlah juga apabila membaca berita kononnya saya bermulut celupar memburukkan dia (Azlee). Sedangkan saya tak pernah berbuat begitu. "Entah apa tujuan mereka yang menyebarkan cerita seperti itu tentang saya, saya tak tahu. Apa yang saya rasakan ia adalah fitnah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad. Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Zara masih lagi bermusuhan dengan pelakon gandingannya menerusi drama Love You Mr Arrogant, Azlee Khairi walaupun kedua-dua mereka menafikan dakwaan tersebut. Malah, laporan itu turut menyatakan sehingga kini Zara suka menjaja cerita buruk mengenai aktor itu sehingga ada pihak menyatakan dia seorang yang bermulut jahat dan celupar.
Dalam pada itu, Zara juga dikatakan sudah mula lupa diri sejak memenangi Artis Baru Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung pada bulan lalu. Tambah Zara, dia menganggap berita yang dikeluarkan itu sekadar gosip semata-mata dan enggan mengambil perkara itu secara serius. "Siapa yang tidak terasa hati apabila berita buruk mengenai kita dilaporkan. Tetapi, tidak apa, saya sudah lama bersedia dengan isu-isu sebegini. "Lapan tahun saya bergelar pelakon dan tiba-tiba nama saya naik hanya kerana drama Love You Mr Arrogant membuatkan saya cukup bersyukur kerana akhirnya orang melihat bakat saya. "Tetapi saya juga perlu tahu ketika orang gembira dengan kejayaan kita, ada juga orang yang tidak senang. Saya akur tentang perkara itu," ujarnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran Delina yang bakal ditayangkan di TV9 pada September depan. Sementara itu, mStar Online yang cuba mendapatkan penjelasan Azlee tetapi dia gagal dihubungi.

Perit kerana kurang popular Zara Zya

ZARA Zya bukanlah nama baru dalam bidang lakonan tempatan. Tahun ini genap 10 tahun dia menjadi pelakon. Bagaimanapun, pelakon kecil molek ini seakan-akan belum betul-betul menyerlah seperti pelakon-pelakon seangkatan dengannya. Sepanjang sedekad menjadi pelakon Zara yang kini berusia 28 tahun telah membintangi banyak drama televisyen. Sayangnya, dia masih menganggap namanya belum popular di kalangan penonton drama di negara ini. Menurut Zara, dia akur dengan rezeki yang mungkin belum memihak kepadanya setakat ini. Ekoran itu, dia pernah melalui keperitan hidup sebagai pelakon apabila tidak menerima tawaran berlakon selama hampir enam bulan. Sepanjang tempoh itu Zara pernah putus sumber kewangan sehinggakan keretanya telah ditarik oleh pihak bank gara-gara tidak mampu menjelaskan bayaran ansuran bulanan. Namun, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berlakon sehinggalah ke saat ini. “Saya pernah tidak ada tawaran berlakon drama selama lima hingga enam bulan menyebabkan saya tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan sehingga kereta Suzuki Swift milik saya itu kena tarik oleh pihak bank. “Ketika itu saya tidak mampu untuk membayar ansuran kereta itu sebanyak RM800 sebulan. Mujurlah saya masih ada keluarga dan kawan-kawan yang banyak membantu di saat-saat saya sedang berada dalam kesusahan pada ketika itu. “Emak saya (Kamarul Ain Mohd. Amin) banyak memberi semangat supaya saya tidak putus asa," katanya kepada Hits sewaktu ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri berjudul Tanah Merah di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Tanah Merah yang diterbitkan oleh pengarah terkenal Kabir Bhatia itu merupakan drama bersiri terbaru lakonan Zara sebanyak 13 episod yang akan ditayangkan mulai 4 April ini. Namun, pengalaman pahit itu tidak mematahkan semangat Zara, sebaliknya dia terus berusaha memperlihatkan mutu lakonannya. Antaranya dengan menyertai kelas lakonan yang dianjurkan pelakon Fauziah Nawi selama enam bulan. “Selain itu, saya juga pernah mengikuti kelas lakonan yang dianjurkan oleh pelakon seperti Datin Marlia Musa dan Shariza Mahmud. Pada masa sama, saya juga meneliti gaya lakonan pelakon lain yang sudah terkenal sekarang ini. “Contohnya, saya banyak melihat gaya lakonan pelakon seperti Noorkhiriah dan Nadia Nisa dalam drama-drama lakonan mereka yang disiarkan melalui laman YouTube. Daripada situ saya banyak belajar tentang teknik berlakon," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails