Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Fahrin Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Fahrin Ahmad. Show all posts

Fahrin Ahmad Berasa Sunyi Berjauahan Dengan Isteri

PELAKON Fahrin Ahmad memberitahu dia berasa sunyi kerana sering sendirian akibat berjauhan dengan isteri walaupun sudah mendirikan rumah tangga pada 9 Mei lalu. Fahrin, 36, berkata, dia dan isterinya Elena Hani Eleas, 37, hanya dapat berjumpa dua minggu sekali memandangkan isterinya itu masih lagi bekerja sebagai ketua pramugari di sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai. Bagaimanapu dia menytifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang biasa. "Terasa juga bila dia (Elena) tiada di sisi, tetapi nak buat macam mana bukan? Konsep kami sekarang ini, kami akan berjumpa setiap dua minggu, sama ada dia datang ke sini (Malaysia) atau saya ke Dubai. "Saya rasa perkara ini ada juga hikmahnya di mana kami dapat serasikan diri antara satu sama lain sebelum dia berhenti kerja dan menetap di sini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Tambah Fahrin, dia juga tidak sabar mahu isterinya berhenti bekerja di negara itu agar memudahkan mereka merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Sementara itu, Fahrin turut berkata, sejak menjadi suami, cara pemikirannya terhadap sesuatu perkara lebih berbeza dan sentiasa memikirkan Elena dalam membuat sesuatu keputusan. "Kalau dulu, apa-apa keputusan saya akan buat sendiri. Tetapi sekarang, walaupun dia duduk jauh, saya tetap teringatkan dia. "Beli barang-barang runcit juga saya akan memikirkan Elena. Kita tahu sekarang ini, pergi mana-mana pun, kita sudah ada tanggungjawab antara satu sama lain," ujarnya. Dalam pada itu Fahrin berkata, dia tidak sabar untuk melalui pengalaman berpuasa bersama memandangkan selama ini dia sering sendirian terutamanya ketika berbuka puasa. "Sebelum ini, jika tidak terlibat dengan sebarang majlis, saya akan berbuka puasa sendirian. "Dan untuk tahun ini, perkara itu tidak akan berlaku. Elena sudah pun mengambil cuti untuk berpuasa pada minggu pertama bersama saya. Jujurnya saya teruja! Hahaha..." katanya.

"Isteri Saya Bukan Janda Anak Satu" - Fahrin Ahmad

Pelakon Fahrin Ahmad menegaskan wanita yang dikahwininya iaitu Elena Hani Eleas, 37, bukanlah seorang janda beranak satu seperti yang didakwa beberapa pihak. Fahrin, 36, berkata, spekulasi tersebut tidak sepatutnya wujud kerana berita tidak sahih itu bukan kenyataan daripadanya tetapi daripada pihak yang suka menyebarkan fitnah. "Selepas saya umum berita pernikahan kami pada Selasa lalu, macam-macam spekulasi timbul sehingga ada yang mengatakan isteri saya adalah seorang janda beranak satu. "Bukan, dia tidak pernah berkahwin. Bila difikirkan balik, saya melihat, ada hikmah disebalik tindakan saya merahsiakan identiti Elena daripada orang ramai. "Jika tidak, saya percaya macam-macam bentuk spekulasi yang akan timbul dan mungkin boleh merosakkan kelancaran majlis pernikahan kami," katanya. Fahrin dan Elena telah diijabkabulkan di Pusat Konvesyen Sime Darby di sini kira-kira pukul 10.40 pagi Sabtu. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat Fahrin dan Elena serta wakil media.
Pasangan ini memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan sebaliknya sekadar pertemuan mengikut adat dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat masing-masing pada akhir tahun lalu. Sementara itu, Fahrin berkata, dia tidak sangka jodohnya merupakan rakan kelas yang sama-sama menuntut di Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam 17 tahun dahulu. "Itulah namanya jodoh. Selepas 17 tahun, kami dipertemukan pada bulan Ramadan tahun lalu dan kemudiannya kami saling bertanya khabar. "Saya memilih Elena selepas melihat dia menerima saya sebagai orang biasa dan bukannya kerana seorang pelakon. Dia juga seorang penyayang, mengambil berat, matang, bijak dan berdikari. Hatinya juga kental dan tidak mudah melatah," ujarnya. Elena merupakan Ketua Pramugari syarikat penerbangan Emirates dan kini menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sejak lapan tahun lalu. Kata Fahrin, meskipun mereka sering berjauhan, namun ia tidak pernah menghalang mereka untuk berkomunikasi menerusi laman sosial Skype. Menurut Elena, Fahrin sanggup menunggunya di laman Skype sehingga pukul tiga pagi hanya untuk memastikan dia selamat pulang ke rumah selepas bekerja. "Saya tidak mengambil tahu tentang isu-isu dunia selebriti dan apa yang saya lihat, Fahrin seorang yang saya prihatin dan mengambil berat ke atas diri saya. "Walaupun kami berlainan bidang, saya akan cuba memahami situasinya sebagai seorang pelakon dan bersedia dengan segala kontroversi atau gosip yang membabitkan Fahrin. "Saya juga sanggup berhenti kerja demi berada di sampingnya membina keluarga kami," tuturnya.

Zara Zya Enggan Ulas Gosip Intim Dengan Fahrin Ahmad

Pelakon Zara Zya menganggap dakwaan kononnya hubungannya dengan aktor Fahrin Ahmad yang dilihat semakin mesra hanya gosip biasa. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai laporan berkenaan ketika ditanya lanjut mengenai perkara itu. "Saya tiada komen dan itu hanya gosip biasa sahaja," katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Ahad.
Sebuah akhbar mingguan dalam ruangan gosipnya melaporkan kedua-dua pelakon itu kelihatan mesra kerana sering berbalas komen di laman sosial Instagram milik Zara. Malah ada beberapa gambar yang dimuat naik oleh Zara turut dikomen oleh Fahrin dan peminat juga seakan-akan gembira melihat keakraban mereka berdua. Dalam pada itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kepastian lanjut mengenai hubungan sebenar pasangan berkenaan bagaimanapun tidak dibalas pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant itu.

"Susah Nak Cari Kawan Wanita" -Fahrin Ahmad

Pelakon Fahrin Ahmad mengakui agak sukar memegang status solo diusianya itu untuk mendekati wanita biarpun dengan niat hanya sekadar berkawan sahaja. Fahrin, 35, berkata, setiap kali tindakannya bertegur sapa terutama dengan rakan artis wanita seringkali disalah tafsirkan oleh pelbagai pihak. "Susahnya jadi Fahrin Ahmad, pantang sahaja menegur atau cuba membuat kawan dengan mana-mana perempuan terutama selebriti kerana pasti akan ada sahaja yang jadi bahan cerita. "Bagaimanapun, saya terpaksa juga terima kerana ia adalah lumrah yang perlu ditanggung sebagai seorang artis yang mana peminat sentiasa ingin tahu,' ujarnya kepada mStar Online di sini, Isnin. Fahrin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip terbaharunya yang dikatakan sedang intim dengan pendatang baharu aktres Zara Zya di laman sosial Instagram baru-baru ini.
Zara Zya dikatakan intim dengan Fahrin Ahmad di laman sosial Instagram. Mengulas lanjut tentang gosip itu, Fahrin berkata dia tidak mengenali Zara Zya secara peribadi, malah tidak pernah terserempak dengan pelakon wanita itu di mana-mana acara hiburan yang dihadiri. "Tiada apa yang ingin dikomen kerana saya hanya mengenali Zara Zya sebagai pelakon baru yang sedang meningkat naik dalam industri melalui drama-dramanya. "Secara peribadi kami tidak pernah berjumpa atau terserempak di mana-mana acara hiburan, malah saya tidak mempunyai nombor telefon dia pun untuk berhubung," ujarnya. Tambah Fahrin, komen yang ditulis dilaman Instagram milik aktres tersebut hanya bersifat umum diantara dua personaliti hiburan. "Hanya beberapa komen di Instagram yang bersifat umum kami sudah dikira mempunyai hubungan mesra. "Saya akui mungkin kerana ramai peminat kami yang suka berseloroh dan menyakat," ujarnya. Dalam perkembangan kerjaya, drama bersiri terbaharu lakonannya berjudul Maafkan Jika Aku Tak Sempurna disiarkan di slot Akasia pada pukul 7 malam setiap Isnin hingga Khamis.

Terperanjat terima gambar lucah - Fahrin Ahmad

ORIENTASI seks bagi seseorang artis lelaki mahupun wanita yang masih solo tatkala usia yang semakin meningkat acap kali menjadi persoalan oleh sesetengah golongan bermulut murai yang sengaja mereka-reka cerita, sekali gus cuba mencetuskan kontroversi tertentu. Amalan serkap jarang segelintir manusia yang secara semberono menganggap golongan artis lanjut usia yang masih belum mendirikan rumah tangga sebagai golongan songsang amat mendukacitakan individu yang terkena tempiasnya. Mendekati bekas peragawan yang kini antara aktor terkenal tempatan, Fahrin Ahmad, 35, dia tidak menafikan bahawa pernah mengalami situasi tersebut yang disifatkannya amat keterlaluan dan mengarut. “Saya pernah menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada lelaki tidak dikenali yang mahu berkenalan lebih rapat dengan saya. Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa dan menyambut perkenalan mereka tanpa was-was. “Tidak berapa lama, teks perbualan yang dikirimkan mula berbaur seks dan lebih teruk, ia adalah mengenai hubungan luar tabii sesama lelaki. Malah, ada juga di antara mereka dengan berani mengirimkan gambar separuh bogel dengan kata-kata lucah yang melampau. “Ramai daripada mereka menganggap saya gay, padahal itu adalah sesuatu yang mengarut. Hanya disebabkan saya belum berkahwin, tidak semestinya saya bukan lelaki sejati," tegasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran peraduan Anda Boleh Jadi Jutawan 4 yang dianjurkan Power Root, di ibu kota baru-baru ini. Ditanya adakah Fahrin membuat laporan polis jika diganggu golongan terbabit, dia menjawab, selagi masalah itu mampu ditanganinya, tidak perlulah ia diperbesarkan. Katanya, segala kiriman SMS atau panggilan daripada golongan itu akan dihadapinya dengan cara berhemah supaya tidak berlaku sebarang kekecohan yang akhirnya akan mencetuskan suasana tegang antara satu sama lain. “Bukan susah pun nak tangani masalah seperti ini. Gertak sikit, insya-Allah boleh selesai. Jika ada yang di luar kawalan saya, baharulah tindakan lanjut akan dilakukan. Tetapi setakat ini semuanya mampu dikawal sebaiknya," ujarnya menutup topik tersebut. Kahwin ganggu privasi Ditebak soalan yang mungkin sudah jemu singgah di telinganya, Fahrin menjelaskan bahawa isu perkahwinan masih lagi menjadi misi utamanya memandangkan sedar akan usianya yang semakin bertambah. Pun begitu, usai menjangkaui umur 30-an, mula timbul rasa resah dalam dirinya untuk menerima kehadiran insan bergelar isteri bagi berkongsi ruang privasinya yang selama ini selesa dinikmati sendirian. Menurut anak jati Johor kelahiran Skudai itu, mana-mana individu pun akan berasa tidak selesa apabila ruang peribadinya cuba dimasuki oleh orang lain walaupun isteri sendiri. “Apatah lagi saya yang sudah sekian lama duduk bersendirian. Tiba-tiba, apabila kahwin nanti, saya terpaksa berkongsi ruang tersebut bersama seseorang yang baharu dikenali. “Inilah dilema yang terpaksa ditempuhi oleh beberapa rakan lelaki saya yang baharu berkahwin terutamanya mereka yang telah berusia lebih daripada 30 tahun. Mereka perlukan masa untuk cuba sesuaikan diri dengan status diri yang sudah bergelar suami. Jadual terpaksa diubah sepenuhnya. Saya risau tidak dapat melakukan aktiviti yang saya gemari jika berkahwin kelak," katanya yang mengakui begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti seharian. Walau bagaimanapun, jelas Fahrin, hal tersebut bukanlah kekangan utama yang menyebabkannya tidak bertemu jodoh sehingga kini, namun menyalahkan masa sebagai salah satu faktornya. Mempunyai jadual kerja yang padat membuatkan masa Fahrin terbatas untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita, kecuali mereka yang sama-sama berada dalam linkungan kerja yang serupa. “Sekalipun sebelum ini saya merasakan serik untuk bercinta sesama artis, tetapi saya dapat rasakan jodoh yang bakal dipertemukan kelak adalah wanita-wanita yang berada rapat dengan saya. “Selain sibuk dengan karier seni saya, sejak dua tahun kebelakangan ini saya mula aktif terlibat dalam beberapa bengkel atau kem motivasi sebagai salah seorang speaker atau penceramah bagi berkongsi kisah kehidupan seorang selebriti. Saya cuba memberi tanggapan positif kepada anak muda yang terpengaruh dengan kata-kata negatif mengenai bidang seni. “Sebab itulah saya rasakan tidak mempunyai masa untuk berkenalan dengan wanita di luar bidang yang saya ceburi, tetapi kuat mengatakan si dia adalah di kalangan selebriti," akuinya.

Fahrin Ahmad Pilih Wanita Sudah Dikenali

Pelakon Fahrin Ahmad berkata, dia tidak lagi berminat untuk menjalinkan apa-apa hubungan secara rapat dengan wanita yang tidak dikenali dalam mencari pasangan cinta. Fahrin, 35, berkata, sebaliknya dia lebih senang mencari pasangan yang sudah dikenali kerana ia memudahkannya untuk mengenali hati budi seseorang itu dengan lebih mendalam. "Rasanya saya sudah tidak mahu berkawan dengan wanita yang belum dikenali. Penatlah nak lalui tempoh perkenalan itu. "Lebih senang jika wanita itu daripada kalangan kenalan saya. Hanya perlu nak mengenali hati budi dengan lebih mendalam saja," katanya kepada mStar Online. Tambah Fahrin, bagaimanapun, dia enggan memikirkan mengenai hal kahwin kerana mahu memberi fokus dalam kerjaya seni. Dalam pada itu, Fahrin turut menjelaskan dia tidak pernah berasa tertekan dengan soalan yang sering diajukan daripada pihak media dan orang ramai mengenai bilakah dia ingin menamatkan zaman bujangnya. "Bukan setakat pihak media saja yang bertanya bila saya nak kahwin, tetapi peminat pun bertanya soalan yang sama. "Tetapi saya tidak mempunyai masalah tentang itu kerana saya faham sebagai selebriti masyarakat bukan sahaja ingin tahu mengenai kerjaya tetapi juga hal peribadi kita," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal digandingkan dengan Dr Ridhuan Tee Abdullah bagi mengacarakan program baru Astro Oasis iaitu Dunia Pencetus Ummah (Dunia PU). Rakaman program Dunia PU itu akan bermula pada 19 April ini dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro Oasis dan Mustika HD pada setiap Khamis, pukul 9 malam, bermula 1 Mei depan. Kata Fahrin, sejak akhir-akhir ini dia sering menerima tawaran mengacarakan program berbentuk keagamaan dan ia membuatkannya lebih gembira memandangkan dia ingin mengubah diri dalam menjadi seorang lelaki Muslim yang lebih baik. "Alhamdulillah, akhir-akhir ini saya sering menerima tawaran mengacarakan program berbentuk keagamaan. Malah saya juga diberi tugasan mengendalikan beberapa program sukan di RTM. "Dan sekarang ini kalau boleh di bidang lakonan juga saya ingin mengubah konsep mengurangkan adegan-adegan bersentuhan dengan pelakon wanita. "Tetapi sebagai seorang pelakon jika watak bersentuhan itu perlu, saya akan lakukannya. Cuma seboleh-bolehnya saya cuba elakkan adegan seperti itu. Saya percaya kerja apa sekalipun jika niat kita ikhlas segalanya akan dipermudahkan," tuturnya.

Fahrin Ahmad Pernah Kongsi Gelas Dengan Pesakit HIV

Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 34, mendedahkan beliau pernah berkongsi gelas dengan seorang pesakit HIV. Menurut Fahrin perbuatannya itu dilakukan secara spontan ketika sedang menyampaikan ceramah mengenai pengidap HIV dalam sebuah majlis anjuran institusi koporat berpengaruh. "Perkara tersebut berlaku secara spontan. Masa tu di majlis Sime Darby, saya beri ceramah yang menyentuh mengenai pesakit HIV. Kebetulan di sebelah saya ada seorang pesakit HIV positif. Lalu saya pun ambil gelas pesakit itu dan terus meneguk air dalam gelas tu. Semua yang ada terkejut termasuklah pesakit HIV berkenaan apabila melihat kelakuan saya. "Saya buat begitu sebab saya nak buktikan apa yang saya ucapkan dalam ceramah saya bukan sekadar bercakap saja. Pesakit HIV juga berhak menjalani hidup normal seperti kita semua. Jangan lah kita menyisihkan mereka sebaliknya kita perlu memadamkan stigma atau pandangan negatif terhadap golongan berkenaan", kongsi Fahrin ketika ditemui pada sidang media Kempen program Sokongan Selebriti Reben Merah 2013/2014 bertempat di Flora Terrece Hamsphire, malam tadi. Fahrin merupakan salah seorang daripada 15 selebriti yang telah menyertai kempen Sokongan Selebriti Reben Merah anjuran Pertubuhan AIDS Malaysia (MAC) sejak tahun 2009. Artis lain yang turut sama menjayakan kempen tersebut seperti Aaron Aziz, Aanantha, Bob Yusof, Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Joey G, Owen Yap, Dato' Siti Nurhaliza, Shah Shamsiri, Uthaya Winnie K serta termasuklah tiga lagi selebriti yang baru dipilih iaitu Hafiz Hamidun, Najwa Latiff dan pelawak Dee. Pada masa sama akui Fahrin, sebelum menjadi 'ahli keluarga' MAC, sama seperti kebanyakan orang, hero drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi ini tidak menafikan beliau mempunyai persepsi negatif terhadap para pesakit HIV. Malahan beliau cukup risau mahu mendekati apatahlagi sekiranya dirinya didekati oleh pengidap HIV. Namun tanggapan itu mula berubah sejak beliau mula menyumbangkan khidmat kebajikannya menerusi program-program anjuran MAC. "Memang saya akui sebelum ni saya berasa risau dan ada satu persepsi negatif terhadap golongan berkenaan. Tapi bila saya dipilih menyertai kempen ini sejak 4 tahun lalu dan selepas beberapa kali melalui pengalaman berjumpa serta bergaul dengan para pesakit, saya tidak lagi berasa risau. "Bahkan masa awal-awal dulu ketika menjayakan program-program MAC, saya tidak tahu pun yang saya sebenarnya dikelilingi oleh pesakit HIV. Sebab secara zahirnya mereka pun nampak macam orang biasa seperti kita yang menjalani kehidupan normal. Cuma mereka perlu melawan penyakit tersebut dan bergantung juga pada tahap ketahanan badan mereka", katanya. Berbulan Madu Senyap-Senyap?
Sementara itu beralih kepada perkembangan dirinya, tiada angin, tiada ribut alih-alih timbul berita Fahrin baru-baru ini telah pergi berbulan madu. Gosip tersebut timbul apabila Fahrin dikatakan telah kehilangan pasportnya dek kerana kelam kabut sewaktu di lapangan terbang. Tatkala diminta mengulas mengenai isu tersebut Fahrin berkata, "Betul, baru-baru ini terjadi satu insiden pasport saya hilang. Seingat saya ketika itu saya nak pergi bercuti di Hong Kong. Saya pergi dengan beberapa orang kawan. Ianya hanya percutian biasa saja. Bukan pergi honeymoon (gelak). "Lucu bila mendengar, hanya kerana saya tertinggal pasport timbul pula cerita saya pergi berbulan madu. Kononnya saya kelam kabut dan tergesa-gesa kerana bimbang kalau-kalau ada orang melihat saya pergi bercuti. Padahal semua tu tak benar ", ujarnya yang turut mengesahkan statusnya masih bujang dan belum lagi bertemu dengan mana-mana wanita yang dirasakan sesuai dijadikan isteri. Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal muncul menerusi telemovie mengenai pesakit HIV berjudul Terlewatkah Cinta Kita. Telemovie yang akan disiarkan sekitar bulan Disember di TV9 itu menyaksikan beliau bergandingan dengan Eira Syazira. Selain itu Fahrin bakal menjalani penggambaran filem biografi berkisar atlit kurang upaya dan beliau memengang watak sebagai jurulatih. - mD

Peminat SMS Fahrin Ajak Berkenalan

Pelakon Fahrin Ahmad, 34, mendedahkan dia pernah menerima mesej daripada orang yang tidak dikenali dan mahu mengajaknya berkenalan. Malah dia juga pernah menerima mesej daripada beberapa wanita yang berumur yang mahu memperkenalkan anak gadis mereka kepadanya. "Seperkara yang lucu saya pernah alami, ada juga yang SMS saya cakap nak berkenalan dengan saya. Saya tak kenal pun individu tu. Ada tu yang menggelarkan diri mereka makcik, kemudian beritahu saya yang dia nak kenalkan saya pada anak mereka. Tapi semua tu saya tolak secara baik", kata Fahrin sambil menahan tawa. Lali diasak pertanyaan mengenai kisah peribadi dan soal jodoh, seperti biasa aktor bertubuh sasa ini memberitahu dia masih belum lagi bertemu calon isteri yang sesuai.
"Zaman sekarang ni, nak kenal seseorang tu bukannya mudah. Apabila timbul isu-isu seperti yang berlaku kepada rakan-rakan artis membuatkan saya lebih skeptikal untuk mengenali wanita dengan lebih terbuka. Saya tidak fobia namun saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan sekarang. “Melihat pada jadual saya yang agak padat sekarang, pandangan saya terhadap perhubungan ini lebih rasional. Jika mahu bercinta, kena lebih terkawal dari segi minda dan emosi. Lagipun, dalam usia begini, saya dah tak ada masa nak keluar ‘dating’. Sebenarnya saya sendiri agak terperanjat juga kerana saya tidak risau dalam usia sekarang ini saya masih belum mempunyai teman wanita. Apapun, saya sudah terima keadaan ini", katanya ketika ditemui di SimFlightKL, Subang Skypark Terminal, baru-baru ini. Perkembangan terbaru, Fahrin bakal menjalani sebuah telefilem untuk tayangan Aidiladha berjudul ‘Lambaian Baitullah’ untuk tayangan TV9. Dia juga bakal muncul dengan dua telemovie pada bulan September dan satu telemovie pada bulan Oktober bersempena Hari Aids Sedunia. Selain itu, duta produk Garnier Men ini akan menjalani sebuah supertelefilem yang mengisahkan tentang seorang atlet kurang upaya negara.

Fahrin Ahmad Sudah Lali Ditanya Soal Kahwin

Pelakon Fahrin Ahmad semakin lali apabila sering kali ditanya mengenai teman wanita dan perkahwinan sama ada daripada pihak media, keluarga atau pun rakan-rakan. Fahrin, 34, berkata, perkara itu sebenarnya tidak mengganggunya kerana dia semakin selesa dengan kehidupan sekarang iaitu hidup bersendirian. "Saya sekarang sudah berada pada tahap terbiasa dengan hidup bersendirian dan apabila sering ditanya mengenai soal kahwin, saya sudah lali dengan persoalan itu. "Soal pertemuan, jodoh dan maut ini bukan kita yang tentukan dan saya sebagai manusia hanya mampu merancang," katanya kepada mStar Online. Fahrin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyampai radio Suria FM iaitu Linda Onn dan pelakon Scha Al-Yahya. Dalam perkembangan sama, Fahrin berkata, buat masa ini dia tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup kerana yakin jodohnya akan tiba suatu hari nanti. Bagaimanapun katanya, ciri-ciri yang perlu ada pada bakal isterinya itu nanti mestilah seorang yang solehah tetapi 'hot' pada matanya. "Kadang-kadang tu saya cemburu juga tengok kawan-kawan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak tetapi saya tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga dan Insya-Allah masa itu akan tiba," katanya. Dalam perkembangan lain, sepanjang bulan Ramadan ini Fahrin akan mengurangkan aktiviti seninya bagi memberikan tumpuan kepada ibadah puasa selain mengambil peluang untuk melakukan solat sunat tarawih di masjid. Tambah Fahrin, kesempatan itu juga digunakan untuk menghadiri majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan warga emas. "Bagaimanapun saya akan mula kembali bekerja seawal Hari Raya keempat dan akan ke Bangkok untuk rakaman iklan terbaharu produk Garnier di sana," katanya.

Fahrin Ahmad Mengaku Cemburu

Sebelum ini Fahrin Ahmad pernah menyatakan beliau berasa risau kerana semakin pandai menjalani kehidupan seharian sebagai orang bujang dan tahu menguruskan dirinya sendiri dalam serba-serbi perkara. Bertemu dengan pelakon berbadan sasa ini minggu lalu, Fahrin masih dengan jawapan sama seperti selalu, beliau masih solo dan tidak terlalu terdesak untuk berkahwin. Sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Tuhan. Namun begitu luah Fahrin, jauh di sudut hatinya timbul juga rasa cemburu. Lebih-lebih lagi melihat kawan-kawanya dan adik beradik lain sudah berumah tangga dan masing-masing mempunyai keluarga sendiri. Perasaan tu semakin terasa apabila mereka sekeluarga berkumupul beramai-ramai, misalnya ketika berbuka puasa di bulan Ramadan dan ketika hari raya. "Dah 34 tahun saya beraya sebagai bujang, jadi dah biasa dah. Cuma tak dinafi perasaan cemburu tu ada, lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan sebaya dan adik beradik dah ada famili sendiri. Tapi ia tak lah terau memberi tekanan pada saya. "Saya pun tak lah terdesak sangat nak kahwin. Usaha tu memang kena ada lah. Sebenarnya dalam adaik beradik, saya seorang saja yang tak kahwin lagi. Saya dah ada sembilan orang anak buah", ujar Fahrin ketika ditemui pada majlis pelancaran Koleksi Habib Cherita di Pagi Raya'. Sementara itu pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini Fahrin berkata dia tetap sibuk dengan aktiviti seni. Cuma jadualnya tidak sepadat seperti mana bulan-bulan biasa. Masa-masa begini akan dimanfaatkan dengan pulang ke kampungnya di Skudai, Johor, bagi sama-sama menjalani ibadah berpuasa dan berterawih bersama keluarga. "Bulan puasa ni saya ambil peluang berehat. Sejak awal tahun ni jadual saya padat. Ini baru dapat berehat. Tapi ada juga penuhi undangan majlis berbuka puasa dan jemputan meraikan anak yatim. "Kebiasaannya setiap kali bulan puasa sekurang-kurangnya sekali, kami adik beradik akan pulang ke kampung. Kami akan berpuasa dan berterawih sama-sama. Lagipun ayah dan ibu saya kurang sihat, jadi dalam bulan puasa ni saya memang bercadang nak balik selalu jeguk mereka", ujar anak ketiga dari empat adik beradik ini. - mD

Isteri? Tahun depan - Fahrin Ahmad

SEMENTELAH beberapa kali gagal dalam percintaan, dua daripadanya dengan orang popular, aktor kacak Fahrin Ahmad dilihat begitu selektif dalam membicarakan perihal cintanya. Walaupun jejaka itu telah menginjak usia 34 tahun, soal cinta dan soal rumah tangga masih menjadi teka teki yang panjang bagi jejaka ini. Menyedari umurnya yang kian meningkat, mahu tidak mahu, dia terpaksa akur bahawa sudah tiba masanya untuk lebih serius mencari calon suri di hatinya. Bagaimanapun menurut Fahrin, dia menyangkal desas-desus yang mengatakan bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini memandangkan komitmen terhadap aktiviti seninya yang padat. “Tahun ini saya banyak menjalani penggambaran drama bersiri dan juga filem yang menuntut komitmen yang tinggi terhadap kerjaya. “Bukan itu sahaja, saya juga banyak berulang-alik ke hospital kerana keadaan kesihatan ibu saya yang sakit tulang belakang. “Disebabkan itu, saya tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta, apatah lagi merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat seperti yang didakwa sebelum ini. “Akan tetapi, dengan keadaan ibu yang begitu dan menyedari diri ini sudah tua, sudah sampai waktunya untuk lebih fokus memikirkan hal ini pada tahun hadapan, 2014," katanya yang mengakui belum mempunyai calon sesuai untuk dijadikan isteri. Walaupun mempunyai beberapa kenalan wanita yang boleh dikatakan agak rapat, pelakon filem Puaka Tebing Biru itu berkata, mereka hanya sekadar kawan biasa, belum lagi ke tahap bercinta. Menafikan dirinya begitu memilih, Fahrin menjelaskan calon isteri mestilah wanita yang amat memahami kariernya sebagai selebriti, malah sebagai pelakon khususnya. “Ini kerana, sebagai pelakon, saya mungkin ditawarkan untuk melakonkan watak-watak yang mungkin boleh mendatangkan rasa cemburu terhadap bakal pasangan saya kelak," ujarnya. Pun begitu, mengenang kembali episod dukanya bersama Linda Onn dan Scha Al-Yahya yang terputus di pertengahan jalan, Fahrin seboleh-bolehnya mengelak untuk menjalin hubungan sesama selebriti. “Bukannya serik, tapi pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Bagaimanapun, jika golongan artis adalah jodoh yang ditentukan oleh-Nya, saya menerima dengan hati terbuka," jelas anak kelahiran Skudai, Johor itu. Bukan mudah Sepuluh tahun bergelumang dalam dunia lakonan, industri muzik tanah air baru-baru ini dikejutkan dengan penampilan sulung vokal Fahrin di pentas komersial. Bagi peminat drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi yang sedang ditayangkan di TV3, pasti ramai yang terkejut apabila mengetahui bahawa Fahrin sendiri yang mengalunkan lagu tema siri berkenaan yang berjudul Siapa Ingin Membawa. Sebenarnya, jelas Fahrin, lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fedtri Yahya itu dinyanyikannya adalah atas dasar ingin mencuba salah satu cabang seni yang ada selain berlakon dan mengacara. “Pada awalnya, saya juga tidak menyangka diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu itu. Walaupun agak gusar untuk memikul tanggungjawab tersebut, namun saya mencuba sebaik mungkin melaksanakannya. “Bagaimanapun, saya bukanlah mahu beralih arah ke bidang nyanyian. Sebaliknya hanya menyahut cabaran untuk menyanyikan lagu tema siri ini. “Pengalaman ketika merakamkan lagu ini membuatkan saya begitu kagum kepada mereka yang bergelar penyanyi. Ini kerana, proses rakaman lagu bukannya mudah seperti yang dijangka, malah ia sangat rumit dan memenatkan," cerita Fahrin yang juga merupakan pelakon utama siri tersebut di samping Shah Jaszle, Tasha Shilla, Fouziah Gous dan Aiman Hakim Ridza. Menyentuh mengenai karier seninya, Fahrin memberitahu dia baru sahaja memulakan penggambaran filem Pilot Cafe, arahan pengarah prolifik, Osman Ali, terbitan Tarantella Pictures. Digandingkan bersama dua aktres jelita, Izara Aishah dan Neelofa, Fahrin menyifatkan filem yang diadaptasi daripada novel popular nukilan Ahadiat Akashah itu bakal mencipta satu lagi fenomena dalam industri perfileman tanah air. Katanya, kredibiliti Osman dalam mengarahkan filem bertemakan cinta telah terbukti sebelum ini apabila berjaya mengungguli carta box-office menerusi filem Ombak Rindu yang mengutip jualan tiket sebanyak RM10.9 juta. Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pemilihannya mendukung watak utama filem berkenaan yang diuar-uarkan terlebih dahulu ditawarkan kepada Aaron Aziz, Fahrin mengatakan dia langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut. “Saya tidak tahu-menahu, tidak pernah tahu dan tidak diberitahu (menggantikan tempat Aaron). Rasanya produser adalah individu yang paling tepat untuk mengulas hal tersebut. Saya menerima tawaran untuk menjayakan filem ini pada akhir 2012," katanya ringkas.

Fahrin Ahmad akui kekok jadi penyanyi

KEKOK dan bagai tidak percaya. Itulah yang terlintas dalam fikiran aktor Fahrin Ahmad apabila mendengar lagu berjudul Siapa Ingin Membawa dendangannya sendiri buat pertama kali. Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Fetri Yahya itu merupakan lagu runut bunyi untuk drama bersiri terbaharu di slot Akasia TV3, Rindu Bertamu di Abu Dhabi lakonan Fahrin bersama pelakon Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle dan Aiman Hakim Ridza. Menurut Fahrin yang ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia bukan sengaja untuk menjadi penyanyi kerana semua berlaku tidak dirancang. “Semuanya bermula dengan gurauan apabila saya kata boleh cuba untuk menyanyi tetapi kena buat betul-betul dan lagu harus sesuai dengan tahap vokal saya. “Penerbit drama ini terus minta lagu dan suruh saya menyanyi lagu ini. Semuanya berjalan dengan pantas kerana proses rakaman mengambil masa selama tiga hari sahaja,” kata Fahrin. Tidak mengikuti sebarang kelas vokal mahupun mempunyai pengalaman menyanyi secara langsung di hadapan khalayak, Fahrin sendiri berasa sungguh lucu apabila dia ditebak dengan persoalan adakah dia kini mahu jadi penyanyi? “Sebenarnya saya sendiri berasa kelakar sebab selama 10 tahun menjadi pelakon, ini kali pertama kali saya menyanyi. Sebelum ini saya menyanyi di karaoke untuk suka-suka sahaja, tidak pernah pun masuk studio rakaman sebelum merakam lagu untuk drama ini. “Bagi saya, nyanyian adalah satu cabang yang baharu kerana sebelum ini saya telah menjadi pengacara, jadi apa salahnya untuk mencuba,” ujarnya. Tambah Fahrin, meskipun sudah memiliki sebuah single, dia belum terfikir untuk menjadikan nyanyian sebahagian daripada kerjaya utamanya. “Nyanyian sekadar kerjaya sampingan sahaja. Saya lihat dulu respons peminat terhadap lagu pertama ini, jika ada sambutan bolehlah diteruskan. “Jika tidak ada sambutan, inilah lagu pertama dan terakhir saya (ketawa). Saya bukan ikut trend pelakon jadi penyanyi, tetapi hanya sahut cabaran yang diberikan kepada saya,” tuturnya. Bercerita mengenai pengalamannya di studio rakaman membuatkan Fahrin sedar bahawa menjadi penyanyi bukan satu perkara yang mudah. “Selepas saya melalui sendiri pengalaman merakam lagu, baru saya sedar bahawa nyanyian bukan mudah. Sekarang saya lebih menghargai penyanyi. “Menyanyi perlukan latihan, tidak mustahil jika saya diberi masa yang lebih lama, mungkin saya boleh menyampaikan lagu ini dengan lebih baik. “Bagaimanapun, saya menyedari diri ini boleh menyanyi tetapi bukanlah penyanyi yang baik. Jika lagu ini diterima peminat, saya sudah cukup bersyukur,” balasnya. Abu Dhabi Berbicara tentang drama bersiri Rindu Bertamu di Abu Dhabi yang menggantikan drama bersiri popular, Setia Hujung Nyawa, Fahrin yakin drama lakonannya itu mampu menarik perhatian peminat. “Drama ini cukup menarik jalan ceritanya kerana naskhahnya berdiri dengan sendiri. Drama Setia Hujung Nyawa mempunyai ramai pengikut mungkin kerana cerita daripada sebuah novel popular. “Saya berharap drama Rindu di Abu Dhabi akan mengatasi drama Setia Hujung Nyawa. Gementar juga kerana saya dengar rating drama itu sangat tinggi,” ungkapnya. Bercakap tentang pengalamannya sepanjang sebulan menjalani penggambaran drama di Abu Dhabi, kata Fahrin, pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri. Namun, keramahan rakyat Malaysia di sana melayan semua kru dan pelakon menyebabkan mereka merasa seperti berada di tanah air sendiri. “Abu Dhabi memang tempat yang cantik untuk bercuti tetapi kalau sudah hampir sebulan duduk di sana tetap rindu nak balik Malaysia. Nasib kami baik, di sana ramai rakyat Malaysia, jadi tidaklah rasa janggal sangat,” terangnya. Drama bersiri 28 episod terbitan Zeel Production yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 11 Februari lalu itu mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin) yang membawa diri ke Abu Dhabi kerana difitnah. Angkara fitnah tersebut, Firdaus terpaksa memutuskan pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan berkahwin dengan Ain Farohah (Tasha Shila).

Fahrin Ahmad Elak Bercinta Dengan Artis

KUALA LUMPUR: Pengalaman putus cinta dengan Linda Onn dan Scha Al-Yahya membuatkan pelakon Fahrin Ahmad cuba mengelakkan diri daripada menjalinkan hubungan dengan wanita bekerjaya sebagai selebriti. Fahrin, 34, berkata, dia serik untuk berhubungan cinta dengan wanita yang mempunyai kerjaya sama dengannya dan menganggap pengalaman lalu telah banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam menjalinkan sesebuah hubungan. "Baik buruk pengalaman cinta lalu telah banyak mengajar saya dalam menjalinkan sesebuah hubungan dan kalau boleh saya tak mahu cari artis. "Dan saya juga akan cuba elak untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka. Tetapi, kalau sudah jodoh nak buat macam mana. Perkara seperti ini, susah kita nak jangka, semua itu urusan Tuhan," katanya. Tambah Fahrin, dia juga tidak menyangkal keadaannya yang masih lagi solo berkemungkinan besar kerana sudah berasa selesa dengan kehidupannya sekarang yang sentiasa hidup sendirian.
"Risau juga apabila saya sudah mula tidak terlalu kisah tentang teman hidup memandangkan sudah biasa hidup berdikari. "Mak saya pun risau tentang saya. Katanya, jika saya sakit nanti siapa yang nak jaga? Atau pastinya rasa sunyi akan terasa dalam hati apabila tua kelak. "Jadi tidak mustahil sekiranya satu hari nanti mak saya yang cari jodoh buat saya," selorohnya. Dalam perkembangan lain pula, lakonan Fahrin dapat disaksikan menerusi drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi bermula setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3. Menariknya dalam drama ini, Fahrin turut menyumbangkan suaranya menyanyikan lagu tema drama 28 episod terbitan Zeel Production itu. "Inilah kali pertama saya menyanyi dan merakamkan lagu dalam studio rakaman. Ternyata ia sebuah pengalaman yang begitu berbeza. "Pengalaman merakamkan lagu juga mengajar saya bahawa menjadi penyanyi itu bukannya mudah. Saya kagum dengan penyanyi-penyanyi yang sanggup berhabis masa untuk menghasilkan lagu-lagu terbaik mereka," ujarnya. Rindu Bertamu Di Abu Dhabi turut menampilkan pelakon Shahrizal Jaszle, Tasha Shilla dan Fauziah Ghous.

Fahrin Ahmad Cemburu Lihat Adik-Adiknya Beraya

PETALING JAYA: Pelakon Fahrin Ahmad meluahkan rasa cemburu apabila melihat adik-adiknya bahagia menyambut Aidilfitri di samping isteri dan anak masing-masing. Fahrin, 33, berkata, hal itu membuatkan dia mula berasa bosan untuk melalui bulan Syawal setiap tahun dengan melihat dirinya melakukan rutin yang sama setiap kali menjelangnya Hari Raya. "Secara jujurnya, saya lebih menikmati Ramadan daripada bulan Syawal. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini, saya dah mula rasa tak suka beraya sendirian apabila perasaan cemburu muncul melihat kebahagiaan adik-adik di samping isteri dan anak-anak mereka. "Ia membuatkan saya sedar raya pada setiap tahun hanyalah sebuah rutin biasa sehinggalah saya beristeri. Insya-Allah, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri," katanya. Bagaimanapun tambah Fahrin, agak menarik sambutan Aidilfitri pada tahun ini apabila dia dikehendaki untuk membantu ibunya memasak memandangkan adik dan kakaknya menyambut Hari Raya pertama di rumah mertua masing-masing.
"Ibu dah awal-awal pesan kepada saya untuk pulang ke kampung di Johor lebih awal. "Maklumlah, ibu tak sihat dan perlu berehat secukupnya, tambahan pula dia berkerusi roda. Jadi dia akan duduk di dapur dan memberi arahan, resipi dan memantau kerja saya di dapur. "Secara teknikalnya, sayalah tukang masaknya tetapi tak pandai masak. Mana tahu, lepas raya nanti saya dah pandai masak pula," selorohnya. Dalam pada itu, Fahrin juga suka melayan kanak-kanak yang berkunjung ke rumahnya dengan memberikan mereka duit raya. "Saya suka beri duit Raya pada kanak-kanak tetapi sebelum itu saya akan bertanya, ‘ni datang nak beraya ke nak duit raya...?’ Biasanya kalau mereka nampak saya, mulalah nak tersengih-sengih," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails