Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fida-Zalif putus cinta akibat orang ketiga

Akhirnya hubungan cinta Fida Ibrahim, 27, dengan pelakon Zalif Sidek putus kerana kehadiran orang ketiga. Sebelum ini pasangan tersebut seperti bermain tarik tali setiap kali ditanya tentang kisah cinta mereka. Namun, dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini, Fida secara terbuka mengaku yang dia sudah putus cinta dengan Zalif. "Ya, kami hanya sempat rapat dalam tempoh tiga bulan sahaja dan sepanjang bersama, Zalif mengaku hanya saya sahaja kekasihnya. "Bagaimanapun dalam tempoh tersebut terdapat seorang wanita yang sering menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada saya. Dia mengugut supaya saya jauhkan diri daripada Zalif. Selain itu, dia juga keluarkan kata-kata yang tidak sedap untuk dibaca," katanya. Kata Fida, setiap kali menerima SMS daripada wanita tersebut, dia tidak pernah membalas dan lebih senang mengambil sikap berdiam diri. "Apabila sering diganggu begitu, sudah tentu saya rasa tidak selesa. Daripada saya kecewa biar saya lepaskan sahaja hubungan itu. "Lebih baik saya tumpukan perhatian pada kerjaya, terutama bidang nyanyian dan lakonan. Rasanya biar saya bercinta dengan kerjaya dulu, baru fikir soal lain," katanya terus terang. - UTUSAN ONLINE
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails