Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ashraf Muslim Bakal Failkan Permohonan Poligami

Sebelum ini pelakon Ashraf Muslim enggan mengulas lanjut tentang isu ingin berkahwin lagi selain hanya memberikan kenyataan yang selamat. Hari ini timbul pula perkembangan baru tentang niat beliau itu. Berita Harian hari ini melaporkan yang Ashraf Muslim dijangka akan memfailkan permohonan poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini. Permohonan itu adalah untuk membolehkan Ashraf Muslim mendapat kebenaran mahkamah untuk berkahwin lagi namun tiada maklumat tentang identiti bakal isteri keduanya. Perkahwinan pertama Ashraf Muslim adalah bersama Noor Dayana pada 24 September 2011. Pasangan itu bernikah di Mekah. Selama tiga tahun mendirikan rumah tangga pelakon itu sendiri akui sedang menghadapi masalah namun tetap menafikan sebarang khabar angin yang beliau ingin berkahwin dua.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails