Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Norish Karman Tak Main-Main

Dramatis Norish Karman memberitahu penglibatannya dalam program realiti MasterChef Selebriti musim kedua lalu sebagai landasan untuk beliau membuktikan yang dirinya bukan main-main dalam menceburi dunia masakan. Bahkan sebetulnya beliau sudah setahun menjalankan perniagaan kateringnya, @KA Catering Hamper & Cookies. Lantas pengalaman dalam program tersebut sikit sebanyak membantu mengembangkan lagi pengetahuan tentang masakan. Menjalankan perniagaan tersebut dari rumah, meskipun beliau mempunyai beberapa pembantu, semuanya dilakukan Norish sendiri bermula dengan urusan tempahan para pelanggan dan masak memasak juadah. Di samping anak-anaknya juga 'diheret' sama untuk membantunya. Antara masakan istimewanya seperti sup ekor dan rendang ayam resepi warisan keluarga beliau. "Alhamdulillah bulan puasa ni banyak tempahan. Lebih-lebih lagi pada bulan puasa ni. Memang masa saya banyak di dapur, memasak juadah-juadah tempahan. Saya juga ada buat jualan cookies. "Katering saya juga ada menyediakan perkhidmatan yang mana saya sendiri akan turut sama melayan para tetamu memikmati juadah di majlis pelanggan saya. Tapi harganya pun berbeza sikit lah", katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Astro baru-baru ini. Menurut Norish, minatnya dalam bidang masakan memang sejak lama dulu. Lebih-lebih lagi setelah bergelar ibu kepada lima anak, memasak menjadi satu tugasan utamanya bagi memastikan anak-anak sentiasa rapat dengannya. Malah untuk perancangn masa depan, Norish ada menyimpan hasrat mahu menggembangkan perniagaannya dengan membuka restoran. "Saya boleh memasak pelbagai jenis masakan. Kalau nanti saya ada restoran, saya nak buat konsep restoran 1Malaysia kerana saya boleh masak masakan Melayu, Cina dan India. Saya lebih pada masakan kampung. Saya juga boleh sediakan masakan barat, Jepun dan Thailand. "Lagipun dah lima orang anak, kalau tak memasak, hari-hari beli, pokailah saya", guraunya. Tolak Watak Mak Datin
Semakin tidak menang tangan di dapur, namun tidak bermakna bintang Sayang Salmah menyepi terus dari dunia lakonan. Beritahu Norish dia msih menanti skrip yang lebih mencabar dirinya sebagai seorang pelakon. "Kalau ada masa memang saya berlakon. Tapi saya sekarang menantikan skrip yang betul-betul mencabar saya. Ini tidak, bila datang tawaran pada Norish Karman, mesti watak-watak mak datin, watak perempuan kaya. Saya juga mahu bawa watak seperti penagih dadah, orang buta dan gangster. "InsyaAllah, selepas raya ini saya akan fokus pada karier nyanyian saya" katanya. - mD
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails