Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Sheeda menangis di mahkamah!
SUDAH lama tidak mendengar cerita penyanyi Angkat Kaki, Sheeda. Ke mana agaknya Sheeda menghilangkan diri? Adakah dia masih aktif menyanyi atau sudah angkat kaki dari dunia seni?
Pada hari Jumaat lalu,kami mendapat maklumat yang penyanyi dangdut itu berada di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur. Ada saksi yang berada di situ memberitahu, mereka melihat Sheeda menangis. Kenapa dia menangis? Bercerai lagikah penyanyi kelahiran Kelantan ini, atau bagaimana?
Akhirnya Hits mendapat jawapan. Menurut Sheeda atau nama sebenarnya Sayyida Beevi M.Shahrul Hameed, ada sebab kenapa dia menangis teresak-esak di mahkamah.
Hits: Sheeda menangis di mahkamah? Kenapa ya?
Sheeda: Alhamdulillah. Saya menangis sebab terharu. Saya bersyukur sangat-sangat kerana Allah telah memperkenankan doa saya selama ini agar anak itu kembali kepada saya. Sebab terlampau gembiralah, saya menangis sebaik sahaja keluar daripada mahkamah.
Anak mana satu ni?
Sheeda: Anak saya hasil perkahwinan dengan suami kedua. Nama dia Nur Fazlinda Ahmad Fazli Mohammad, sudah 13 tahun usia dia sekarang.
Siapa yang menjaga dia selama ini? Kenapa baru sekarang Shida nak bawa ke mahkamah?
Sheeda: Memanglah selama ini saya yang jaga dia sejak lahir hingga usianya sekarang. Malah masa kami bercerai 13 tahun lalu pun, dia (bekas suami) tidak pernah nak ambil tahu, tiba-tiba dia hendak ambil duduk dengan dia. Apa ingat anak itu anak patungkah? Selama ini saya yang menjaga anak hingga besar sekarang. Dia ada bagi belanja bila sesekali berjumpa atau waktu hendak buka sekolah. Lain-lain perbelanjaan saya yang tanggung.
Sampai bawa ke mahkamah, tak boleh selesai dengan berbincang? Bukankah itu lebih elok?
Selama ini pun saya tidak pernah berkira dan menghalang bekas suami untuk berjumpa anak kerana saya bukanlah kejam. Apa yang membuatkan saya marah adalah tindakannya mengambil anak selama dua bulan untuk tinggal dengannya di Cheras. Pada saat itu, situasi mula jadi bercelaru.
Kenapa pula?
Sewaktu anak tinggal dengannya, saya dilarang bertemu atau berbual dengan anak. Kalau nak berjumpa pun, dia kena ada di hadapan, sampai begitu. Situasi itu membuatkan saya tidak selesa. Bila timbul kes begini, saya terpaksa ambil tindakan, guna peguam dan bawa ke mahkamah.
Oh! puncanya begitu. Jadi sekarang bagaimana kesudahannya?
Sheeda: Insya-Allah, saya hanya mahukan hak saya sahaja. Jika dia adil dan saksama dalam penjagaan anak selama ini, saya memang tidak kisah, boleh bergilir-gilir. Saya juga tidak mahu memisahkan kasih sayang antara ayah dan anak tapi biarlah saksama. Sepanjang anak tinggal dengannya, saya teramat rindu pada anak sebab dilarang berjumpa langsung. Apabila mahkamah memutuskan saya mendapat hak penjagaan sementara itu, saya agak lega.
Bila anak akan kembali duduk dengan Sheeda?
Sheeda: Saya sedang menunggu peguam, Fakrul Azman Abu Bakar buat surat dan apabila selesai, barulah saya ambil dia. Sepanjang dia tiada, saya bagaikan tidak bernyawa kerana selama ini kami tidak pernah berenggang. Sejak dia lahir, kami tak pernah berpisah lama. Walau apa pun, saya tetap nak dia kembali bersama saya kerana sebagai ibu, dia adalah nyawa saya.
Apa reaksi suami (suami terkini, Syukri Hashim) apabila Sheeda berhadapan kes begini?
Sheeda: Suami kata, dia tidak dapat membantu sekadar memberi sokongan dan semangat kepada saya kerana itu kes saya dengan bekas suami. Lagipun dia sekadar bapa tiri, jadi tidak ada hak untuk bersuara. Apa pun dia berharap semua bakal berakhir dengan baik kerana dia tahu keadaan saya akan jadi teruk apabila rindu sangat pada anak.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]