Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Memey Suhaiza. Show all posts
Showing posts with label Memey Suhaiza. Show all posts

"MEMEY SEORANG ISTERI YANG SENANG DIJAGA" - NORMAN HAKIM

Mengakui ketika di awal perkahwinan mereka penuh dengan perkara pahit untuk dikongsikan, akhirnya pujukan Norman Hakim, 39, agar isterinya, Memey Suhaiza, 27, bersabar dengan situasi tersebut, akhirnya membuahkan hasil yang manis. Siapa sangka mereka sudah empat tahun menyulam kasih sebagai suami isteri dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 2, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 5 bulan yang cukup comel. Walaupun sudah lama berkahwin, jelas terpancar lagi rasa cinta yang cukup mendalam antara Norman dan Memey. "Setiap perkara yang baik itu pasti ada cabaran dan saya anggap kepayahan kami dahulu sebagai sebuah ujian. Alhamdulillah, berkat doa kami yang tidak pernah jemu, kehidupan kini jauh lebih baik daripada apa yang kami impikan," ujar Norman dipetik sebagai berkata. Selain itu, tambah pelakon ini lagi, dia turut melihat perubahan Memey bermula daripada seorang gadis sehinggalah kepada seorang ibu yang kini sudah pandai mengurus rumah tangga malah turut bijak dalam menyejukkan hatinya ketika marah.
"Bukan saya hendak memuji isteri sendiri, tetapi Memey bukan seorang wanita yang sukar untuk dijaga dan disayangi. Dia jarang merajuk dan tahu bagaimana hendak menyejukkan hati apabila saya dalam keadaan marah” "Apabila ditanya, Memey kata, dia mengambil panduan ibu bapanya yang tidak pernah bergaduh besar, sentiasa berkasih sayang dan tidak membesarkan hal remeh-temeh hingga merosakkan hubungan suami isteri," jelasnya.
Manakala Memey pula berkata, beliau dan Norman tidak pernah berhenti bercinta dan setiap hari beliau mempelajari sesuatu yang baharu tentang suaminya dan sedikit pun tidak pernah merasa menyesal berkahwin pada usia muda. "Saya rasa kami berdua tidak pernah berhenti bercinta, sebab setiap hari, pasti ada benda baharu yang saya pelajari tentang suami dan begitulah sebaliknya.
"Seboleh-bolehnya saya cuba mengelak daripada menjadi pasangan yang hanya romantis sebelum kahwin tetapi apabila sudah sah hubungan, kemesraan tiba-tiba pudar. Bagaimana hendak berkeluarga jika begitu. Semoga perkahwinan pasangan ini akan terus bahagia dan bidang perniagaan mereka akan terus mahu. Malah rata-rata peminat pasangan ini juga turut mendoakan perkara yang sama.

NORMAN BAWA MEMEY BERCUTI AWAL SEBELUM BERSALIN

Semua orang tahu bahawa Memey Suhaiza, 26, kini sedang hamil lima bulan anak keduanya bersama Norman Hakim. Nah sebagai menenangkan fikiran dan bercuti awal sebelum melahirkan serta berpantang, Norman telah membawa isteri kesayangannya itu bercuti menaiki cruise dari Pulau Pinang, Phuket hingga ke Krabi.

Memey Suhaiza Batal Hasrat Bercuti Kerana Risiko Kandungan

Pelakon Memey Suhaiza terpaksa membatalkan hasratnya untuk bercuti ke Korea Selatan pada Januari depan bagi mengelakkan risiko keguguran terhadap kandungannya yang kini berusia lima bulan. Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 26, berkata, doktor menasihatinya agar tidak menaiki pesawat pada tarikh tersebut berikutan kandungannya ketika itu tidak bersesuaian untuknya menaiki pesawat. "Saya dan suami memang sudah rancang dan membuat persiapan untuk melancong ke Korea pada 8 Januari depan. Kami sudah kosongkan jadual dan hampir-hampir membeli tiket. "Tetapi saya perlu meminta surat kebenaran daripada doktor untuk menaiki pesawat sebelum membeli tiket. Namun, selepas itu doktor menasihatkan agar tidak menaiki pesawat pada usia kandungan enam bulan kerana bimbang berhadapan dengan pelbagai risiko,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa. Memey berkata, sejurus mendapat tahu perkara itu, suaminya pelakon Norman Hakim membuat keputusan agar rancangan percutian mereka ditangguhkan sehinggalah selepas dia selamat bersalin. Jelasnya, biarpun berasa terkilan, namun dia percaya ada hikmah disebalik perkara tersebut. "Selepas berjumpa doktor, abang Norman terus membatalkan percutian tersebut kerana dia tidak mahu apa-apa terjadi. "Doktor beritahu terpulang kepada kami sama ada untuk pergi atau tidak. Tidak mengapalah mungkin kami boleh pergi lain kali sahaja," ujarnya. Dalam pada itu, bercerita tentang kehamilan cahaya mata keduanya ini, Memey tidak mempunyai banyak alahan seperti kandungan pertama dahulu. Jelasnya, setakat ini dia masih boleh menjalani penggambaran beberapa buah drama. "Alhamdulillah, kandungan saya sekarang sudah lima bulan dan saya tidak mengalami banyak alahan. Kalau kandungan pertama dulu memang banyak ragam, mungkin sebab anak pertama,” katanya. Memey berkata, hasil imbasan yang dilakukan, berkemungkinan dia bakal melahirkan bayi lelaki yang dijangka pada April 2015. Sebelum ini iaitu pada 1 Februari 2013, Memey turut melahirkan anak lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim.

'MAYA DELAILA', NAMA ANAK KEDUA MEMEY SUHAIZA

Meskipun baru mengandung empat bulan, namun Memey Suhaiza sudah mempunyai nama untuk anak kedua yang masih di dalam perutnya iaitu 'Maya Delaila'. Difahamkan, nama tersebut terilham dari nama perniagaan pakaiannya. Bagaimanapun, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilannya itu. Tambah Memey, cuma anak sulungnya Mohamed Darwisz Hakim yang mula menunjukkan pelbagai ragam. "Awish terlebih manja. Memang lain macam jadinya. Awish nak perhatian lebih daripada saya. Mungkin juga sudah mula terbit perasaan cemburu. Gelagatnya memang mencuit hati saya dan suami. Lebih melucukan, dia nak dekat sangat dengan perut saya," ujar Memey dipetik sebagai berkata.

Memey Tidak Cemburu Mesej Peribadi Norman, Bekas Isteri

Pelakon Memey Suhaiza tidak berasa cemburu apabila suaminya Norman Hakim menghantar mesej peribadi kepada Abby Abadi untuk memberi kata-kata semangat apabila paparan skrin perbualan itu dimuat naik di laman Instagram milik Abby Abadi. Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 26, berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa cemburu kerana suaminya menunjukkan isi kandungan mesej berkenaan sebelum ia dihantar kepada Abby. "Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan atas beberapa perkara.
"Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej itu kepada saya dan saya sendiri tidak melihat apa-apa kesalahan atau perkara mencurigakan dalam pesanan tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu. Mesej berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada peminat malah ada yang meminta Abby dan Norman kembali berkahwin manakala ramai turut mengecam tindakan Abby memuat naik cetakan skrin mesej itu kerana ia boleh menggores perasaan Memey sebagai isteri. Dalam pada itu, Memey berkata, reaksi dan komen negatif yang dilemparkan peminat tidak meninggalkan kesan kepadanya kerana dia sudah mengetahui perkara sebenar apa dilakukan oleh Norman itu. Jelas Memey lagi, Norman juga tidak pernah berahsia dan sentiasa berkongsi dengannya apa juga mesej di antaranya dan Abby yang secara keseluruhan berkisar tentang kebajikan anak-anak mereka.
Perbualan Norman dan Abby yang dimuat naik ke laman Instagram. "Tiada kesan pun kerana sebelum ini banyak lagi situasi lebih teruk daripada ini saya lalui tambahan pula saya lebih kenal siapa suami saya malah hubungan saya dengan Abby juga cukup baik. "Dalam keadaan sekarang kami adalah orang paling dekat dengan Abby dan sudah tentu saya dan suami sentiasa memberi sokongan kepadanya," ujar Memey. Dalam perkembangan lain, Memey berkata, dia kini lebih banyak menumpukan masa dengan bisnes online miliknya iaitu Maya De Laila yang menjual busana wanita dan Muslimah. Tambah Memey, dia juga perlu lebih banyak berehat daripada melakukan kerja-kerja berat memandangkan dia kini sedang hamil tiga bulan untuk anak kedua. "Alhamdulillah kandungan semua dalam keadaan baik dan buat sementara ini saya tidak ambil banyak sangat tawaran berlakon dan memberikan tumpuan kepada perniagaan online saya," katanya.

RAGAM MEMEY & ABBY SAMBUT AIDILADHA

Ragam menarik keluarga Memey Suhaiza dan Abby Abadi bersama suami mereka iaitu Norman Hakim dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar menyambut Aidiladha selasa lalu. Khabarnya, mereka juga sembahyang berjamaah serta membuat majlis doa sesama mereka di rumah Norman yang tersergam indah. Kesimpulannya, perpisahan kadangkala ada hikmah yang tersembunyi. Bak kata orang, Rezeki, Jodoh, Pertemuan, Ajal Dan Maut adalah kuasa Allah SWT. Tak gitu?

Kebahagiaan berpanjangan - Memey Suhaiza

RAKAN usrah, Yatt Hamzah dan Memey Suhaiza memang cantik dan manis apabila bertudung. Datang ke sesi fotografi dengan mengenakan fesyen bertudung terkini membuatkan hati bertambah tidak sabar untuk berkongsi cerita dua ibu muda yang jelita ini. Jika dahulu, mereka sering tampil berpakaian seksi dan tidak bertudung, kini sudah menutup aurat dengan sempurna. Soal populariti pula, mereka semakin terserlah selepas memilih imej sopan dan bergaya. Kalau Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah sudah memakai tudung sejak Mei tahun lalu, empunya nama sebenar Memey atau Suhaiza Suhaimi pula baru sahaja mengambil keputusan bertudung April lalu. Memang manis apabila melihat kedua-duanya dan kedatangan Syawal kali ini pasti memberikan seribu makna kepada kedua-dua pelakon wanita ini. UMUM sedia maklum, Memey Suhaiza, 25, adalah individu yang bernikah dengan bekas suami Abby Abadi iaitu Norman Hakim. Walaupun pernah sengketa suatu ketika dulu, kini hubungan mereka cukup akrab dan hidup dalam sebuah keluarga besar yang bahagia. Ditambah pula Memey telah pun mengambil keputusan untuk terus kekal bertudung yang dianggapnya datang dari hati sendiri. "Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung. Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Saya tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan perubahan saya ini. "Sudah tentu orang yang paling gembira dengan perubahan ini ialah suami saya sendiri kerana sebelum ini dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut hari jadinya pada 8 Januari lalu. "Namun, ketika itu saya masih belum bersedia dan Abang (Norman) memahami situasi saya dan dia memberi ruang untuk saya berfikir. Dia tidak mahu saya memakai tudung kerana terpaksa," kata Memey yang menyambut hari raya pertama di kampung suami di Kuantan dan hari raya kedua di kampungnya di Kota Tinggi, baru-baru ini. Bagi peminat masakan Jawa ini sebagai hidangan wajib hari rayanya, keluarganya kini sudah sangat bahagia dengan kehadiran putera sulungnya, Darwisz yang baru sahaja berusia lima bulan. Memang meriah lebaran Memey pada tahun ini walaupun dengar ceritanya Memey kadang-kadang terpaksa meninggalkan anak kesayangan di bawah jagaan adiknya untuk keluar bekerja. Menurut Memey, walaupun terpaksa keluar bekerja, Dia akan tetap mencuri masa untuk bersama puteranya itu. Menceritakan kerinduan Syawal buat dirinya, Memey sempat melawat kubur neneknya yang meninggal awal tahun ini. "Saya sangat rindukan arwah (nenek). Ingat lagi kalau masa zaman kanak-kanak dulu, nenek akan marah jika ada adik-beradik yang tidak berpuasa. Tapi tahun ini berbeza pula, nenek sudah tiada. Tapi kemeriahan tetap ada memandangkan keluarga saya juga besar," katanya yang mempunyai enam adik-beradik. Ditanya pula dengan cerita bekas isteri Norman, Abby Abadi yang sudah berkahwin lagi, Memey dengan muka gembira mengatakan dia mendoakan kebahagiaan Abby bersama suami barunya itu walaupun perkenalan mereka cukup singkat. "Saya tumpang gembira apabila Kak Abby sudah bertemu jodoh. Saya dan abang turut berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. "Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya," ujar Memey. Kata Memey, mereka juga pernah diberi petanda oleh Abby tentang perkahwinannya itu.

Memey teruja sambut Syawal

KEHADIRAN Ramadan pastinya memberi seribu kebaikan kepada setiap insan. Begitu juga bagi pelakon Suhaiza Suhaimi, 25, atau lebih dikenali dengan nama Memey. Memey memberitahu .com, tahun ini merupakan tahun penuh bermakna buat dirinya. Selain dapat berkumpul dan menjalani ibadah bersama keluarga sepanjang Ramadan, dia juga bakal menyambut kedatangan Syawal dengan 'orang baharu'. Kehadiran orang baharu itu membuatkan Ramadan kali ini begitu bermakna buat Memey dan suaminya, Norman Hakim. Menurutnya, orang baharu yang dimaksudkan itu adalah anak sulungnya, Mohamed Darwisz yang dilahirkan pada Februari lalu. Katanya, dia begitu teruja menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Syawal pada tahun ini kerana ia merupakan puasa dan raya pertama Memey bergelar seorang ibu. Ketika ditemui .com dalam majlis berbuka puasa anjuran The Royale Bintang Damansara, Memey memberitahu kehadiran Muhamed Darwisz telah melengkapkan kehidupannya sebagai seorang wanita. "Memang teruja sangat, lebih-lebih lagi inilah kali pertama saya membeli-belah keperluan raya untuk anak," katanya yang mengakui gemar membeli-belah pada saat akhir. "Selalunya saya akan keluar membeli-belah seminggu sebelum Syawal. Bukan sebab tak ada masa, tetapi sebab saya seronok merasai kemeriahan malam menjelang raya ketika membeli-belah," katanya. Sementara itu, Norman berkata, kelahiran Mohamed Darwisz bagaikan azimat yang menambahkan lagi kebahagiaan hidup bersama isteri tercinta. "Dengan kelahiran anak baru ini, saya kini mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan," ujarnya. Tiga daripada anak Norman itu adalah daripada hasil perkahwinannya dengan pelakon Abby Abadi. "Insya-Allah pada hari raya tahun ini, kami akan berkumpul bersama. Malah, bekas isteri saya, Abby pun akan menyertai sambutan Syawal bersama kami," katanya yang bersyukur kerana sejak setahun kebelakangan ini hubungannya dengan bekas isteri lebih rapat demi kebajikan anak-anak. Dalam majlis itu, Memey dan Norman turut beramah mesra bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Turut memeriahkan majlis tersebut ialah beberapa rakan artis yang lain. - SYAHRIL/AIZZUL A. MAJID

AKSI MEMEY SUHAIZA & ANAK-ANAK

Ramai yang setuju apabila Memey Suhaiza berbaik-baik dengan Abby Abadi. Namun terdapat juga percanggahan pendapat apabila ada yang mencadangkan agar mereka berdua 'bermadu'. Heh. Istimewa bulan Ramadhan ini, jom kita tengok gaya menarik Memey bersama anak tunggalnya.

MEMEY, NORMAN & ANAK

Gambar terkini keluarga Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang nampaknya makin bahagia. Malah kebahagiaan tersebut turut dipuji oleh Abby Abadi sendiri yang menggambarkan mereka sebagai pasangan ceria. Jom tengok...

Memey Suhaiza Teruskan Hasrat Berhijab

Beberapa hari selepas percubaannya tampil dengan imej berhijab, pelakon Memey Suhaiza telah pun membut keputusan akan terus kekal bertudung. Lebih-lebih lagi hasratnya itu disambut baik oleh suaminya, Norman Hakim. Menerusi sebuah portal hiburan, Memey memberitahu keputusan yag dibuat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hatinya sendiri. Memandangkan selama beberapa hari ini dia berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung, jadi, adalah lebih baik jika dia terus membuat perubahan sekarang. Dalam pada itu, kata Memey, dia sebenar sudah memberitahu niatnya untuk bertudung kepada Norman sejak seminggu yang lalu. Namun, tidak bersedia untuk mengheboh-hebohkan perkara itu kepada umum kerana bimbang ada pihak yang mungkin tersalah anggap dengan perubahannya. Apapun, Memey bersyukur dan gembira dengan perubahan dirinya dan berharap peminat doakan yang terbaik untuk dia dan keluarga. Buat masa ini dia mahu memberi tumpuan pada keluarga namum Memey berkata yang dia akan tetap berlakon walaupun kini sudah berhijab. - sumber : gua.com

Norman suka lihat Memey bertudung

PADA hari Ahad lalu pelakon Memey Suhaiza membuat kemunculan di khalayak ramai dengan tampil bertudung litup ketika menghadiri acara hari sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim. Beberapa keping gambarnya bertudung turut dimuat naik ke laman Instagram miliknya, sehingga ramai peminat yang menyangka bahawa isteri kepada pelakon Norman Hakim itu sudah mengikut jejak langkah beberapa artis yang kini sudah bertudung. Bagaimanapun, Memey yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini memberitahu, dia tidak mahu peminat salah sangka apabila menganggap dirinya kini sudah bertudung. Sebaliknya, pelakon yang baru dikurniakan cahaya mata, Mohamed Darwisz Hakim itu menyatakan sehingga kini dia masih lagi belum bertudung sepenuhnya, tetapi masih dalam proses percubaan untuk memakai tudung. Kosmo!: Bagaimanakah kehidupan Memey selepas bergelar ibu? MEMEY: Ia merupakan satu perasaan yang sukar untuk diperkatakan, tetapi apabila dikurniakan cahaya mata sudah tentu ia menjadi pelengkap kepada kehidupan saya sebagai seorang isteri. Setelah tamat berpantang pada awal April lalu, adakah anda sudah kembali berlakon? Buat masa ini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Roda-Roda KL. Namun begitu, setiap kali ke lokasi penggambaran, saya selalu berasa berat hati untuk berpisah seketika dengan anak kerana terlalu rindu. Sebenarnya, selepas melahirkan anak sudah banyak tawaran berlakon yang diterima, tetapi dalam tempoh sekarang ini saya terima tawaran yang memerlukan saya berlakon di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Bagaimanakah pula dengan anak apabila anda menjalani penggambaran? Tanggungjawab menjaga anak saya serahkan segalanya kepada adik saya yang selama ini memang bekerja dengan saya. Cuma, saya telah memintanya supaya menjaga Darwisz di rumah sahaja. Adakah suami tidak kisah apabila anda kembali aktif berlakon setelah memiliki cahaya mata? Saya sangat beruntung kerana suami tidak pernah menghalang saya aktif berlakon semula. Dia cukup memahami minat saya yang mendalam terhadap dunia lakonan, namun dia tetap meletakkan syarat supaya kepentingan keluarga perlu lebih diutamakan berbanding kerjaya. Baru-baru ini terdapat beberapa keping gambar yang memaparkan anda bertudung sewaktu muncul di khalayak ramai. Adakah sekarang ini anda sudah bertudung sepenuhnya? Ketika ini saya masih lagi belum bertudung dan lakonan saya dalam Roda-Roda KL juga tidak menampilkan saya memakai tudung. Apa yang boleh dikatakan, saya masih lagi dalam proses belajar lagi. Kalau boleh saya tidak mahu peminat keliru dengan penampilan saya itu dan begitu mengharapkan doa daripada peminat agar pintu hati saya terbuka sepenuhnya untuk bertudung. Apakah pandangan suami apabila melihat anda sudah mula berjinak-jinak untuk memakai tudung? Sudah tentu suami merupakan orang yang paling gembira dan memberitahu dia memang suka lihat saya bertudung. Bagaimanapun, dia tidak memaksa saya dan berpesan supaya setiap perubahan yang dilakukannya itu mestilah niat kerana Allah tanpa paksaan daripada sesiapa.

Memey Suhaiza Dalam Proses Memakai Tudung

Pelakon Memey Suhaiza masih belum bersedia untuk memakai tudung walaupun tampil membuat kemunculan dengan imej berkenaan di khalayak pada Ahad lalu. Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 25, berkata, buat masa ini dia dalam proses percubaan untuk memakai tudung dan mahu perubahan itu datang secara semula jadi tanpa paksaan sesiapa. "Saya baru mula memakai tudung pada Ahad lalu tetapi belum sepenuhnya dan biarlah ia terjadi secara perlahan-lahan. "Saya harap peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Memey mengulas mengenai gambarnya yang bertudung litup ketika hadir pada hari sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim, 9 yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya. Turut hadir ke majlis berkenaan suaminya, Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi. Selain Mohamad Danish Hakim Memey turut mempunyai dua orang lagi anak tiri iaitu Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tiga tahun. Dalam pada itu, Memey berkata, perasaan untuk mengenakan tudung tiba-tiba muncul pada hari tersebut walaupun pada mulanya dia hanya mengenakan topi bagi menutup rambutnya. Malah kata Memey, Norman dan Abby juga turut menyokong dan memberi kata-kata semangat dengan hajatnya itu namun mereka tidak memaksanya untuk terus memakai tudung. "Saya sudah bersiap-siap untuk keluar dan memakai topi tapi tiba-tiba tergerak hati untuk memakai tudung pada hari berkenaan. "Suami suka namun dia memberi ruang kepada saya untuk buat keputusan sendiri kerana perkara ini bukan boleh dipaksa-paksa sebaliknya biarlah ia datang daripada kesedaran diri sendiri. "Insya-Allah doakan yang terbaik buat diri saya supaya terus memakai tudung selepas ini," katanya. Tambah Memey, dia sedar akan ada pihak menilai dan mempertikaikan tindakannya tidak memakai tudung secara kekal namun menganggap ia sebagai salah satu proses penghijrahannya ke arah kebaikan. Dalam perkembangan lain, Memey yang telah kembali aktif berlakon berkata, dia berasa sangat berat hati apabila terpaksa meninggalkan anaknya, Mohamed Darwisz Hakim yang baru berusia dua bulan di bawah jagaan adiknya ketika keluar bekerja. Memey memberitahu, dia kini mula faham naluri dan perasaan seorang ibu apabila terpaksa berpisah dengan anak walaupun hanya untuk seketika. "Saya menangis masa hari pertama berpisah dengan anak tetapi terpaksa juga kerana tuntutan kerja. Selalunya saya akan pastikan bila semua kerja selesai, saya akan terus balik ke rumah untuk bertemu anak," jelasnya. Memey sedang menjalani penggambaran drama bersiri Roda-Roda KL dan sebuah telefilem, Mencari Cinta.

Abby Abadi Ziarah Anak Memey Suhaiza Dan Norman Hakim

Umum mengetahui yang Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak lelaki pada 1 Februari yang lalu.. Apa yang menariknya, Abby Abadi telah datang menziarahi Memey Suhaiza dan bayi yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim tu baru-baru ini.. Hubungan yang dulunya begitu keruh nampaknya betul-betul sudah kembali jernih.. Melalui akaun instagram milik Abby Abadi, beliau telah memuat naik gambar dirinya mendukung Darwisz Hakim, anak pertama Memey Suhaiza.. Abby juga mengatakan yang dia hendak memanggil anak Memey itu dengan pangilan Darwish yang mempunyai maksud lebih islamik.. Mohamed Darwisz Hakim ? (tp kita nk panggil Darwish sbb dalam ISLAM membawa maksud ‘Yang Warak’ . Hakim bermaksud ‘Yang bijaksana’ Dalam pada masa yang sama, Abby Abadi juga berharap yang hubungan baiknya bersama Memey akan berkekalan selamanya.. -mygosip.com
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails