Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Afiq Muiz. Show all posts
Showing posts with label Afiq Muiz. Show all posts

Afiq Muiz Luah Perasaan Dalam Puisi Ditulis Setiap Malam

Pelakon Afiq Muiz mendedahkan dia sering meluahkan perasaan dilaluinya dalam puisi yang ditulis setiap malam. Afiq atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 22, berkata, sikapnya yang agak sensitive itu membuatkan dia lebih melakukan aktiviti sedemikian. "Saya anggap menghasilkan puisi seperti menulis diari. Puisi itu saya tulis berdasarkan kehidupan harian saya yang disimpan dalam buku. "Semua perasaan seperti rasa tidak puas hati, sedih, geram dan gembira pada ketika itu saya luahkan dalam puisi saya. Romantik? Ya, saya seorang yang romantik dan juga sensitif," katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, Afiq berkata, memandangkan mempunyai koleksi puisi yang banyak, dia bercadang untuk menjadikannya sebagai sebuah lagu. Kata pelakon yang popular dengan drama Mr. Cinderella ini, dia turut bercadang untuk mengembangkan bakat seninya menjadi seorang penyanyi pula. "Buat masa ini saya sudah mendaftar kelas vokal dan bermain gitar, baru sebulan. Nak kata minat, tidak juga, suara sedap ? Tidak juga. Biasa-biasa sahaja. "Tetapi saya nak cuba sesuatu yang baru. Sebagai pelakon kita perlu tahu beberapa bidang seni lain sebagai pengalaman dan bagi mengukuhkan lagi karier. "Apabila saya sudah yakin, saya akan muncul dengan single lagu baru saya Insya-Allah," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Afiq bakal muncul menerusi lakonan drama terbaharu berjuduk Memori Cinta Suraya yang bakal ditayangkan bermula 17 Ogos ini. Ia disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang di Astro Bella dan Astro Mustika HD. Siri 148 episod itu menggandingkan kerjasama tiga pihak iaitu syarikat Azteca, salah satu pengeluar rancangan televisyen Bahasa Sepanyol terbesar di dunia bersama Astro dan Global Station. Memori Cinta Suraya menampilkan bintang ternama lain seperti Anzalna Nasir, Hisyam Hamid dan Miera Leyana.

Afiq Muiz Buka Bisnes Jual Baju

Pelakon Afiq Muiz memberitahu dia mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual baju jenama sendiri iaitu AFM Design bukan disebabkan kekurangan tawaran lakonan. Sebaliknya, Afiq, 21, berkata, dia menceburi bidang itu kerana sedar bahawa kerjaya sebagai pelakon memerlukannya mencari sumber pendapatan lain yang menjamin keselesaan masa depan. "Saya kini mula buat bisnes baju dengan rakaan sendiri iaitu AFM Design dan Insya-Allah dalam rancangan untuk buka sebuah kafe sebagai bisnes keluarga. Sekarang sedang kumpul duit sedikit-sedikit untuk buat modal, kalau tiada aral melintang mungkin tahun depan. "Namun ia bukan sebab saya sudah kurang tawaran berlakon, tawaran sama seperti dulu, cuma saya sedar sebagai pelakon pendapatan tidak tetap dan kita tidak tahu sampai bila kita mampu berlakon," ujarnya kepada mStar Online. Afiq berkata, dia sudah beberapa kali terlibat dengan karnival usahawan selebriti yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur. Sementara itu, bercerita tentang kerjaya lakonannya, jelas Afiq dia masih berada dalam kontrak dengan syarikat penerbitan drama Global Station Sdn Bhd. Bagaimanapun dia diberi kelonggaran untuk menerima tawaran daripada penerbitan luar jika jadual tersebut tidak bertindan dengan drama syarikat terbitan tersebut. "Tentang tawaran berlakon sekarang saya masih lagi bawah Global Station, namun saya boleh mengambil tawaran lain yang tidak bertindan jadual dengan drama mereka. "Sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama A Lot To Remember dan selepas itu saya ada cuti sebulan dan masa cuti sebulan itu saya boleh fikirkan untuk terima tawaran daripada mana-mana stesen televisyen atau produksi lain," ujarnya.

Afiq Muiz Akui Tidak Matang Ketika Bercinta, Doakan Eina Azman Bahagia

Pelakon Afiq Muiz mengaku dia tidak matang dan bersikap seperti kebudak-budakkan ketika berkawan dengan pelakon Eina Azman sehingga menyebabkan hubungan tersebut tidak berpanjangan. Afiq, 21, berkata, pengalaman itu menjadi satu pengajaran buatnya untuk melalui hubungan percintaan pada masa hadapan. "Saya tidak tahu dia tujukan kenyataan itu kepada siapa kerana bukan saya seorang sahaja lelaki muda yang berkawan dengan dia sebelum ini. "Namun kalau kepada saya sekalipun, saya akui ketika kami berkawan masing-masing masih terlalu muda dan belum matang lagi, selalu bergaduh dengan perkara-perkara kecil. "Saya harap dia jadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk membina hubungan pada masa akan datang," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Afiq berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kenyataan yang dibuat Eina kepada Media Hiburan Online iaitu perhubungan dengan orang muda banyak bezanya apabila indivbidu itu gemar berangan-anngan. Eina dalam laporan tersebut mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda bukan Melayu iaitu Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, pada hujung tahun ini. Dalam pada itu Afiq berkata, dia turut mendoakan bekas kekasihnya itu bahagia dengan pilihan hatinya itu. "Saya berasa gembira dengan keputusan dia untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, semoga dia bahagia dengan pilihannya itu," ujar Afiq. Afiq juga sudah lama tidak berhubung dengan pelakon wanita itu berikutan sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Dalam pada itu, Afiq berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal teman wanita, sebaliknya mahu fokus kepada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu. "Saya masih muda dan belum matang lagi, banyak perkara yang saya sukar untuk berfikir dengan baik. "Sebab itulah saya malas untuk ada komitmen terutama bila tentang hubungan cinta. Biar sampai saya betul-betul rasa sudah matang dan bersedia untuk berumah tangga baru saya fikir tentang itu," katanya.

Solat Hajat Punca Afiq Muiz Pulang Ke Rumah - Ibu

Ibu kepada aktor Afiq Muiz iaitu Hasliza Mohd berkata antara punca anaknya itu lembut hati selepas insiden pergaduhan diantara mereka sehingga pelakon itu digelar anak durhaka adalah kerana doa dan solat hajat yang dilakukannya tanpa henti. Menurut Hasliza atau lebih mesra dengan panggilan Ummi, sejak dia mendedahkan aktor itu berubah sikap, dia bersama anak-anaknya yang lain tidak pernah berhenti memohon doa kepada Allah agar anaknya itu kembali semula ke pangkuan keluarga. "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berkat doa dan solat hajat yang dilakukan tanpa henti, akhirnya doa saya termakbul. Afiq kembali ke pangkuan keluarga. “Walau apa pun yang telah berlaku, saya tidak pernah membenci dia. Sebaliknya hanya berdoa agar dia kembali berubah sikap. Setiap hari, namanya tidak pernah lekang daripada bibir saya,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Isnin. Tambah Ummi, Afiq telah menghubunginya pada awal Januari lalu dan ia benar-benar membuatkan dia terkejut sehingga menitiskan air mata tanda bersyukur. Ketika itu, Afiq telah memohon maaf dan menginsafi segala kesilapannya yang lalu dan memberitahu ingin pulang ke rumah, kedua-dua mereka menangis bersama sepanjang perbualan di telefon. “Saya cakap pada dia, baliklah nak… Ummi rindu… Ummi nak peluk Afiq… Susah nak ceritakan perasaan gembira ketika Afiq menghubungi saya ketika itu. “Alhamdulillah, apa yang telah berlaku ada hikmahnya. Walaupun saya dihina kononnya sengaja mahu mencari publisiti, saya tidak kisah dengan tanggapan orang. Yang penting Afiq kembali kepada saya. “Sebagai seorang ibu saya akan memarahinya agar dia tidak hanyut dan lupa diri. Tidak ada seorang ibu pun yang mahu melihat kejatuhan anaknya,” tutur Ummi. Dalam pada itu, Ummi memberitahu, Afiq sudah banyak berubah sejak kembali menetap bersamanya dan tidak lagi bersikap panas baran seperti sebelum ini. Sementara itu, Ummi berkata, dia berharap pertelingkahan antaranya dengan Afiq dapat dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa serta anak-anak yang lain. "Memandangkan kisah saya dan Afiq sudah diketahui umum, saya mahu ia menjadi pengajaran besar kepada semua masyarakat. "Belajarlah menghargai ibu-bapa kerana mereka menjaga anak-anak bagai menatang minyak yang penuh,” ujarnya.

Kontroversi 'Anak Durhaka', Hubungan Afiq Muiz & Ibu Kembali Jernih

Pelakon Afiq Muiz memberitahu hubungan dia dengan ibunya, Hasliza Mohd kembali jernih selepas insiden pergaduhan anak-beranak apabila Hasliza mendakwa aktor itu berubah sikap dan melabelkannya sebagai anak durhaka. Afiq, 21, berkata, dia insaf dan menyesal atas semua perbuatannya sebelum ini dan telah memohon ampun kepada ibunya selain kembali sedar wanita berkenaan banyak berkorban demi membesarkannya selama ini. "Saya mengaku semua kesalahan saya sebelum ini terhadap ibu dan syukurlah hubungan kami kembali pulih. Saya telah memohon ampun kepadanya dan ibu memaafkan saya. Ibu menerima saya kembali. "Alhamdulillah segala-galanya telah pun selesai dan saya berjanji tidak akan mengulangi semua kesilapan yang dilakukan sebelum ini," katanya. Afiq ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu mStar Online yang diadakan di Alexis The Gardens, Mid Valley, Bangsar di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Afiq berkata, dia kini kembali menetap bersama ibunya sejak Januari lalu dan mengakui kontroversi melandanya adalah satu pengajaran yang mematangkannya sebagai seorang lelaki. Namun Afiq tidak menafikan kejadian itu telah menyebabkan dia dipandang serong oleh sesetengah pihak dan mereka sering menyindirnya dengan perkataan 'anak durhaka'. "Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana ia adalah pengajaran paling besar dalam hidup dan ia sekali gus mematangkan saya sebagai seorang lelaki. "Sindiran sesetengah pihak tidak melemahkan semangat saya sebaliknya ia menyedarkan saya siapa sebenar kawan dan lawan selama ini," jelasnya. Sementara itu, Afiq berkata, dia berhasrat untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama ibunya pada Januari depan dan dia kini sedang mengumpul wang untuk tujuan tersebut. Tambah Afiq lagi, bersempena Hari Ibu pada Mei ini, dia juga bercadang untuk meraikan wanita itu dengan menghabiskan masa bersama-sama. "Ibu adalah girlfriend saya sekarang dan saya akan cuba membahagiakan dia. Saya juga ingin melupakan semua kisah lalu yang pernah berlaku diantara kami," ujarnya.
Ditanya mengenai hubungannya dengan aktres Eina Azman, Afiq berkata; "Jangan kaitkan nama saya dengan dia lagi". Dalam perkembangan lain, Afiq bersyukur disebalik kontroversi yang pernah melanda, rezekinya dalam bidang lakonan masih tidak putus. Jelas Afiq, jadualnya padat dengan pelbagai penggambaran selain akan ke New Zealand untuk penggambaran sebuah drama di negara itu. "Alhamdulillah masih banyak produksi percayakan bakat lakonan saya dan saya juga tidak memilih tawaran diberikan asalkan ia sesuai dengan saya," katanya yang bakal muncul dengan drama seperti Gerimis Salju Demi Ana dan Dingin Sahara. Malah kata Afiq, kontraknya sebagai artis residen syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd yang tersekat sebelum ini telah disambung dan dia akan terlibat dengan beberapa projek bermula Jun ini.

"Banyak Kali Saya Cakap Kami Tiada Hubungan" - Afiq Muiz

Pelakon Afiq Muiz menjelaskan dia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan pelakon wanita kontroversi Eina Azman walaupun selama ini mereka dilihat sering bersama. Afiq, 21, berkata, dia berasa lega akhirnya penafian tentang hubungan tersebut terbukti apabila pelakon wanita itu dikaitkan dengan lelaki lain. "Saya sudah cakap banyak kali yang kami memang hanya kawan dan tidak ada hubungan istimewa tetapi semua orang tidak percaya dan buat spekulasi macam-macam. "Saya juga tidak tahu dia berkawan dengan siapa cuma saya dan dia memang tiada sebarang perasaan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Ahad. Afiq berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh manakah hubungannya dengan Eina Azman selepas wanita itu dikaitkan bercinta dengan tunangan orang. Sementara itu, Afiq berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran drama serta terlibat dengan kelab sukan dan tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan Eina. "Saya sudah lama tidak jumpa dia dan berkongsi cerita kerana saya sangat sibuk dengan penggambaran drama. "Lagi pula, saya kini sibuk dengan kelab sukan yang memang banyak aktiviti dan tidak ambil tahu sangat pasal kehidupan peribadi dia," katanya. Tambah Afiq, dia hanya mendoakan yang terbaik kepada wanita itu jika benar-benar Eina sudah mempunyai kekasih. Dalam perkembangan lain, pelakon ini berkata, dia sedang menyiapkan penggambaran beberapa drama untuk siaran RTM. Dia juga bakal kembali untuk berlakon sebuah drama di bawah syarikat produksi Global Station Sdn Bhd pada bulan Jun depan.

'Tuduhan Saya Larikan RM30,000 Mengarut' - Afiq Muiz

Pelakon Afiq Muiz menyifatkan tuduhan dia sengaja melarikan diri dari syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. setelah menerima wang pendahuluan sebanyak RM30,000 sebagai mengarut. Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, berkata, hanya orang tidak mempunyai akal sahaja yang menuduhnya berbuat demikian kerana dia dan syarikat produksi berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah. "Saya masih lagi bernaung dengan Global. Tuduhan orang ramai yang mengatakan saya larikan duit produksi itu adalah mengarut. Hanya orang bodoh saja kata saya larikan duit Global Station. "Mereka menuduh saya tanpa usul periksa. Jika benar saya larikan duit mereka, sudah lama saya ditangkap. Sedangkan pihak sana (Global) yang menyekat baki wang saya. "Cuma baki wang tersebut akan diberi mengikut persetujuan kami menerusi urus janji yang sudah dibincangkan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis Terdahulu, Afiq sudah menerima pendahuluan sebanyak RM30,000 selepas mengikat kontrak sebagai artis residen produksi berkenaan namun aktor itu direhatkan seketika ekoran kontroversi berhubung pergaduhan dia dengan ibunya, Hasliza Mohd, 48. Selepas beberapa bulan kontroversi itu reda, syarikat produksi berkenaan cuba menghubungi Afiq namun dia tidak menjawab panggilan mahupun membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS). Tambah Afiq, dia tidak muncul dalam sebarang karya Global Station kerana pada ketika itu dia sibuk menjalani penggambaran drama di bawah produksi lain. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Afiq kini sedang menjalani penggambaran drama Angin Syurga bersama aktres Jue Aziz dan Leez terbitan RTM dan bakal muncul dengan drama Ratu Syuhada untuk siaran televisyen sama. "Alhamdulillah, tawaran kerja saya semakin berlambak. Ternyata kontroversi tidak menjejaskan karier lakonan saya. "Pada Disember ini pula saya akan ke Korea bagi menjalani penggambaran drama di bawah terbitan syarikat produksi Pujangga Kreatif," ujarnya.

Fizo Omar Tegur Afiq Muiz, Kongsi Kisah Hidup Susah

Sebagai pelakon yang lebih tua, Fizo Omar melahirkan rasa terkilan dan menegur sikap pendatang baru Afiq Muiz kerana enggan memohon maaf terhadap ibunya, Hasliza Mohd, 48, berikutan krisis keluarga yang melanda mereka. Fizo, 28, berpendapat, walaupun seteruk mana seseorang ibu itu, seseorang anak itu wajib memohon maaf terhadap kesilapan melukai hati ibu masing-masing. "Saya kurang senang dengan sikap Afiq. Adakah ibunya berkelakuan buruk dan terlalu jahat? Jika ya sekalipun, dia tidak boleh menghina wanita yang melahirkan dan membesarkannya sebegitu rupa. "Jujurnya, andai kata saya dapat bersemuka dengan dia (Afiq), saya akan menegur sikapnya itu. Saya benar-benar marah dan kecewa dengan sikapnya itu," tegas Fizo kepada mStar Online pada Khamis. Terdahulu, mStar Online pada 14 Mei lalu membuat pendedahan eksklusif luahan hati ibu kandung Afiq, 20, meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu sehingga digelar anak derhaka. Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman, 18. Tambah Fizo, status Afiq sebagai selebriti yang menjadi idola masyarakat juga sedikit sebanyak boleh merosakkan pemikiran anak muda yang mungkin akan mengikut kelakuannya itu. Dalam pada itu, Fizo berkata, Afiq perlu ingat bahawa dia masih belum berjaya sebagai pelakon dan kerjayanya mungkin tertutup jika dia tidak menjaga hati ibunya semula kerana perbuatannya itu turut membuatkan hati masyarakat tersinggung. "Kalau nak diikutkan, Afiq masih belum berjaya sepenuhnya tetapi nama dia sedang meningkat naik. Dengan keadaan dia tidak meminta maaf kepada ibu, saya percaya hatinya susah untuk menjadi tenang,” jelas Fizo. Sementara itu, ditanya bagaimana Fizo melayan ibunya Hasnah Jidin, 53, ujar Fizo, dia akan mencium dan bersalaman dengan wanita itu setiap kali untuk keluar rumah bagi mencari rezeki. Malah Fizo juga akan meluangkan masa bersama ibu yang tinggal bersamanya di Kuala Lumpur walaupun sibuk dengan kerja-kerja lakonan dan perniagaan. "Saya bukannya nak tunjuk baik kerana saya pun mempunyai sikap nakal juga. Cuma sebagai anak, kita perlu meletakkan ibu di tempat paling atas melebihi segala-galanya. "Jangan kecilkan hati mereka. Kita kena terima hakikat bahawa orang tua mudah terasa hati. Perlu diingat, mereka tidak inginkan wang kita melainkan masa yang diluangkan bersama. "Nilai wang yang kita beri kepada mereka tiada tandingnya berbanding apa yang telah dilakukan sejak mengandungkan kita lagi," ujarnya. Fizo juga mengakui pernah berlaku perselisihan faham di antara dia dan ibunya tetapi dia akan bertindak meminta maaf agar masalah yang berlaku dapat selesai dengan baik. Dalam pada itu, kata Fizo, jika diberi pilihan antara ibu atau kekasih, dia sanggup mengetepikan kekasih demi seorang ibu. "Agama Islam sendiri sudah menetapkan jika kita sudah beristeri, ibu tetap menjadi keutamaan, barulah isteri kita. Maka, kalau diberi pilihan sama ada kekasih atau ibu, saya sanggup meninggalkan kekasih demi ibu. Jika ibu tidak menyukai kekasih kita pasti ada sebab-sebabnya, kerana mereka lebih tahu. "Lagi satu saya nak kongsi, mungkin orang tidak sedar, doa ibu kepada anak akan dimakbulkan Allah walau seteruk mana sekalipun perangan ibu itu. "Dahulu saya pernah susah, gaji pun tidak seberapa, tetapi masih mampu memberikan sedikit wang kepada ibu. Dan selepas itu semestinya ibu akan mendoakan buat anaknya agar berjaya pada masa akan datang. "Alhamdulillah, berkat doa ibu, saya masih kukuh sebagai pelakon dan pada masa sama sudah memiliki 30 buah francais perniagaan burger (Hot Burger) di bawah syarikat saya F120 Enterprise. Tidak lama lagi saya akan membuka syarikat produksi menerbitkan drama pula, Insya-Allah," katanya. Dalam pada itu Fizo juga membuat perniagaan serunding bersempena sambutan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi dan kini sedang mencari pengedar di seluruh Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat, hubungi Yana di talian 010-9099191.

Diboikot media? - Afiq Muiz

TIADA ruang untuk anak derhaka dalam akhbar kami! Demikian desas desus yang mula kedengaran di kalangan media, khususnya unit hiburan di beberapa akhbar utama sehari dua ini. Khabarnya beberapa media utama telah memboikot pelakon Afiq Muiz gara-gara bersikap seperti si tanggang, memburuk-burukkan ibunya sendiri, Hasliza Mohd. kepada umum. Boikot yang dimaksudkan ialah, tidak lagi mengeluarkan sebarang cerita mengenai artis tersebut dan juga kekasih hatinya, Eina Azman dalam tempoh tertentu. Bukan setakat hal berkaitan kerjaya, gambar hiasan di halaman intisari rancangan TV sekalipun, tiada ruang akan diberikan. "Tak pernah dalam sejarah, seorang artis buat sidang akhbar untuk memburukkan ibunya sendiri," demikian kata seorang pengarang hiburan sebuah akhbar popular. Sebuah akhbar lain pula menyatakan "Tiada ruang dalam akhbar kami untuk anak derhaka seperti Afiq. Dia kena balik dan melutut kepada ibunya dulu sebelum kami memberi ruang untuk mempromosikan dia semula." Hmmmm, memang selayaknya pun. Jangan ingat orang media ni suka sangat artis buat perangai macam itu, kita orang pun tak suka tau. Kalau Afiq tidak insaf, memohon maaf dan melutut ke pangkuan ibu yang melahirkan, memang kena balik jual burger semulalah dia selepas ini. Untuk Eina Azman pula, pergilah sekolah semula dik. Menghayati setiap patah kata yang keluar dari mulut Eina mengenai isu Afiq dan ibunya, memang sah Eina ni tak pandai jaga mulut langsung. Agaknya cara dia bercakap dengan ibu dan bapanya pun, memang lebih kurang macam itu juga, tiada rasa hormat. Terbaru, Eina mendakwa ibu Afiq kurang siuman. Bayangkanlah! Kepada emak Eina, bagilah anak anda nasihat yang betul, bukan sokong saja apa yang anak kata. Sebelum nasihatkan Afiq tu, sehingga dia semakin jauh dengan keluarga, nasihatlah kepada anak sendiri dulu. Sekarang ini, satu Malaysia sudah mengutuk dan mengeji, semoga insaf dan kembali ke pangkal jalan. Ternyata juga, Afiq meminta nasihat daripada pihak yang salah apabila menjadikan Eina dan ibu Eina sebagai penasihat utama. Kami ambil kenyataan Facebook pengarah muda, Shahrulezad Mohammed yang mengenali Afiq semenjak awal memulakan kerjaya lakonan. Dia secara peribadi meminta pihak stesen TV supaya tidak meletakkan nama Afiq Muiz dan Eina Azman dalam setiap projek drama yang melibatkan produksinya. "Melainkan sekiranya mamat sengal ni (Afiq) melutut minta ampun maaf dan balik semula ke pangkuan emak dia semula..." demikian tulis Shahrulezad dalam laman berkenaan. Memang menarik, biar jadi pengajaran kepada artis-artis yang lain, hidup ini bukan menongkat langit. Kita yang muda perlulah hormat yang tua. Kenang jasa ibu bapa, tak kira sehebat manapun kita. Kalau marah sekalipun sebab ada salah silap di mana-mana, jangan sampai menghina darah daging sendiri. Hidup tidak akan selamat kalau derhaka dik!

Keluarga Minta Bapa Afiq Muiz Tampil Selesai Masalah

Bapa Afiq Muiz iaitu Azman Shah Kader Ibrahim Shah, 52, di minta tampil menyelesaikan konflik keluarga antara pelakon itu dan ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 48. Datuk saudara Afiq iaitu Jalal Abidin, 64, menyifatkan Azman merupakan individu paling layak menjadi 'orang tengah' bagi menjernihkan kembali hubungan anak dan isterinya itu. "Saya rasa, tiada orang lain yang dapat menyelesaikan masalah Afiq dan ibunya selain Azman sendiri. "Jika sebelum ini bapa Afiq tidak munculkan diri dalam menyelesaikan masalah anak beranak, sudah tiba masanya dia berbuat demikian. "Tidak elok rasanya kes pergaduhan mereka berpanjangan, tambah pula ia sudah menjadi bahan berita media di luar sana," katanya yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan di rumah keluarga Afiq di sini, Khamis. Jalal dan Afiq serta beberapa anggota keluarga di sebelah pihak bapa pelakon itu berkumpul pada sidang media tersebut bagi menjernihkan kembali kontroversi melibatkan Afiq meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu. Terdahulu, mStar Online pada 14 Mei lalu membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq, 20, meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu sehingga digelar anak derhaka. Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman, 18. Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media pertama diadakannya sendiri dengan turut dihadiri Eina Azman. Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayangi dia dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata. Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013. Bagaimanapun tambah Jalal, dia berharap Afiq dan ibunya itu dapat menurunkan ego masing-masing dan memaafkan antara satu sama lain dan pada masa sama meminta Hasliza tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung dengan anaknya itu. "Cukuplah, jangan keruh-keruhkan keadaan lagi. Lihat apa yang dah jadi sekarang ini, seluruh keluarga mendapat kesan buruk daripada pandangan masyarakat. "Sedih pun ya, malu pun ada, tetapi berfikirlah secara rasional demi kesejahteraan keluarga nanti," ujarnya. Sementara itu, Afiq yang turut sama berada pada sidang media berkenaan bertegas mahu ibunya itu membersihkan nama dia serta menarik balik segala kenyataan buruk yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum membuat keputusan untuk berdamai. "Kerana kontroversi ini, habis terganggu semua kerja-kerja lakonan saya dan dengar cerita saya mungkin akan digam oleh pihak stesen televisyen. "Malah setiap kali berada di keliling orang awam, saya dikutuk dengan panggilan anak derhaka. "Kalau boleh saya mahu ibu saya menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan terhadap saya, barulah saya akan meminta maaf kepadanya pula," tegas Afiq. Bagaimanapun, ibu dan bapa Afiq tidak hadir pada sidang media berkenaan.

Afiq Muiz Diminta Bertaubat & Minta Maaf Pada Ibu

Pelakon Afiq Muiz diminta untuk bertaubat dan segera memohon maaf kepada ibunya Hasliza Mohd, 48, selepas memburukkan wanita itu menerusi sebuah sidang media pada awal minggu lalu. Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, sebagai anak, Afiq tidak boleh memburuk ibunya kepada umum walaupun ibunya itu telah membuat kenyataan media yang dia kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon. "Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka. "Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya. "Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi. "Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad. Wan Akashah diminta mengulas mengenai kontroversi melibatkan Afiq meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu. Terdahulu, mStar Online pada Selasa lalu membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu. Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman. Bagaimanapun Afiq menafikan kenyataan ibunya itu menerusi sidang media khas yang diadakannya sendiri yang turut dihadiri pelakon muda yang dikatakan kekasihnya itu, Eina Azman, 18. Afiq berkata, ibunya tidak lagi menyayangi dia dan hanya mahukan duit daripadanya semata-mata. Malah Afiq turut mempertahankan Eina yang disifatkannya menjadi mangsa keadaan dan Eina juga meminta Hasliza membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula 14 Mei 2013. Bagaimanapun Aqashah menasihatkan Afiq supaya mengetepikan kekasihnya buat sementara waktu sehinggalah hubungannya dengan Hasliza sudah pulih. "Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa. "Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk. "Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita," tegasnya.

Eina Azman Minta Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf

Pelakon baru Eina Azman memberi tempoh seminggu kepada ibu kandung pelakon Afiq Muiz, Hasliza Mohd untuk memohon maaf secara terbuka melalui media berikutan menuduhnya mengambil kesempatan terhadap pelakon tersebut. Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 18, kesal namanya dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis. "Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri. "Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di twitter setiap hari," ujarnya ketika ditemui di sidang media, di sini, Selasa. Eina berkata demikian ketika mengulas pendedahan eksklusif ibu Afiq Muiz di mStar Online pada Selasa yang mendakwa pelakon wanita itu sebagai punca kepada perubahan sikap Afiq. Jelas Eina, dia sebaliknya sering menasihatkan Afiq agar sentiasa mendahulukan keluarga dan berbincang masalah dalaman keluarga mereka secara baik. "Emak dia pernah telefon saya dan marah-marah tuduh saya macam-macam disebabkan itu saya mesej mak dia, namun menggunakan bahasa baik dan bukan ugutan. "Tujuan saya ingin menjernihkan keadaan dan supaya dia tidak berperasangkan buruk terhadap saya, itu pun sekali sahaja," katanya. Sementara itu, ibu kepada Eina, Amy Roshaida Abdul Rafel, 46, berharap ibu pelakon lelaki tersebut menerima kembali anaknya dan tidak memanjangkan hal itu. "Sebagai seorang ibu, saya memahami situasi dan perasaan dia tapi pada saya, dia perlu berbincang sebelum mendoakan keburukkan anaknya kerana baik dan buruk doa seorang ibu akan dimakbulkan Allah. "Saya berharap dia terima kembali anaknya dan memaafkan segalanya," katanya. Dia turut kesal kerana perkara tersebut turut melibatkan Eina dan secara tidak langsung memburukkan nama keluarga mereka. "Sebagai ibu saya turut terasa jika mereka tuduh anak saya kikis dan kurang ajar dan Eina baru bertapak dalam industri tetapi macam-macam pula kontroversi yang kena pada dia," katanya. Mengulas tentang hubungan pasangan pelakon yang dikatakan sedang hangat bercinta, katanya, pasangan itu hanya sebagai kawan rapat dan tidak lebih daripada itu. "Selama ini saya diam orang bercakap mereka bercinta, tapi sebenarnya mereka kawan rapat dan saya tahu Afiq banyak kongsi masalah dengan Eina dan saya sendiri. "Dia minta pendapat saya sebagai orang tua bagaimana untuk selesaikan masalah keluarganya dan saya nasihatkan dia agar balik kepada keluarga kerana buruk baik seorang ibu, syurga itu tetap dibawah tapak kakinya," ujarnya. Tambahnya, Eina masih muda dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan baru mula membina kerjayanya.

"Saya Dihalau Ibu, Bukan Anak Derhaka" - Afiq Muiz

Pelakon Afiq Muiz menyangkal dakwaan ibu kandungnya Hasliza Mohd, 48, bahawa dirinya mula berubah sikap dan lupa diri selepas bergelar pelakon. Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, turut menafikan keluar dari rumah dan membuang keluarga serta adik beradiknya, sebaliknya mendakwa dia dihalau oleh ibunya sejak awal tahun lalu. "Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi yang halau saya keluar dari rumah itu. "Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya?, Umi sudah tidak sayangkan saya lagi," katanya sambil menitiskan air mata ketika sidang media, di sini, pada Selasa. Pelakon drama Mimpi Cinderella itu menjelaskan sebelum ini terdapat salah faham dan masalah dalaman keluarga antara dia dan ibunya sehingga berlaku perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara mereka. "Saya sayang ibu dan adik-adik saya, selama ini saya bekerja memang untuk menanggung keluarga tapi mereka tidak faham keadaan saya. "Setiap hari kalau saya balik rumah, dia sentiasa marah-marah saya dan kata macam-macam tapi saya tetap balik rumah hingga dia betul-betul halau dan saya nekad untuk keluar rumah," katanya. Beliau menyatakan rasa kecewa apabila segala pengorbanannya seperti tidak dihargai keluarga, malah ahli keluarganya tidak pernah bertanya tentang keadaan kesihatannya. "Saya keluar rumah kerana mahu buktikan pada Umi bahawa saya boleh berjaya, tapi dia pula menganggap saya anak derhaka dan mendoakan keburukkan kepada saya," ujarnya yang mengakui keadaan kesihatan yang semakin terjejas serta mengalami muntah berdarah baru-baru ini. Sementara itu, Afiq turut menafikan teman rapatnya, pelakon Eina Azman menjadi punca hubungan kekeluargaan antara dia dan keluarganya semakin bertambah buruk. "Saya marah ibu dan adik-adik saya kerana menuduh Eina berkawan dengan saya sebab mahu kikis duit saya, padahal secara jujurnya tiada apa pun yang saya ada. "Saya tiada duit atau harta yang nak diberikan kepada dia, dia sendiri mampu kerana dari keluarga yang berada. Saya minta adik-adik saya berhenti dari mengutuk Eina di laman sosial kerana akan menjejaskan nama baik dia. "Tapi emak dan adik-adik tidak faham dan tetap mengutuk Eina, saya sendiri malu dengan keluarga dia," katanya yang mengakui agak rapat dengan keluarga wanita itu. Ditanya tentang duit bernilai RM30,000, Afiq berkata ia adalah duit kontrak daripada sebuah syarikat penerbitan dan telah dibelanjakan untuk urusan penyewaan rumah barunya. "Saya guna duit itu untuk urusan rumah baru dan barang-barang kelengkapan rumah saya serta diri sendiri dan ada selebihnya untuk simpanan. "Saya tidak beri duit itu pada Eina seperti mana Umi dan adik-adik saya sangkakan," katanya. Tambah Afiq, dia meminta agar ibunya berhenti memburukkan namanya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik. "Saya seboleh-bolehnya memang tidak mahu orang luar tahu perkara ini kerana ia memalukan keluarga sendiri. Saya mahu ia diselesaikan cara baik dan berharap agar ibu berhenti berperasangka buruk terhadap dirinya dan keluarga Eina," katanya. Terdahulu, mStar Online pada Selasa membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq Muiz meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu. Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman.

Ibu Dedah Afiq Muiz Buang Keluarga

"Dia sudah berubah... seperti anak derhaka," luah Hasliza Mohd, 48, ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz yang benar-benar kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon. Hasliza berkata tatkala ibu-ibu lain menerima ucapan gembira daripada anak anak mereka sempena sambutan Hari ibu pada Ahad lalu, dia tidak berpeluang meraikannya seperti itu. "Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni. "Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu," ujar Hasliza sebak meluahkan rasa hatinya secara eksklusif kepada mStar Online ketika ditemui di sebuah restoran di Cheras pada Isnin. Hasliza terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq, 20, yang disifatkannya sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita. Malah pelakon remaja itu juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain. Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya. "Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq. "Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah. "Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya. "Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu," katanya. Lebih daripada itu ibu ini mendedahkan, dia turut menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kekasih Afiq yang berbaur ugutan dan kasar bahasanya. Soalnya, adakah itu caranya seorang wanita menghormati orang yang lebih tua? Malah lebih terharu Hasliza hanya mengetahui kononnya Afiq hendak berumahtangga menerusi laporan media. Tambah Hasliza lagi dia turut terperanjat apabila membuat semakan menerusi akaun bank Afiq, anaknya itu telah menghabiskan wang RM30, 000 dalam masa sebulan. "Saya sanggup membuat apa saja agar Afiq kembali ke pangkuan kami dan saya mahu dia kembali sedar asal usulnya yang datang dari keluarga susah. Ingat jasa ibu, ayah dan adik-adik ketika kami sama-sama mahu namanya naik dalam industri seni. "Saya sayangkan dia dan hanya mahu dia kembali seperti dulu. Kerana dia salah seorang anak yang soleh dan tidak pernah melukai hati ibu bapanya," katanya. Sebelum mengakhiri pertemuan dengan mStar Online, Hasliza berharap pendedahan ini akan membuka hati anaknya itu untuk berubah. "Afiq... Umi (ibu) sayang Afiq. Jangan tinggalkan Umi... kembalilah pada Umi dan ingatlah... syurga itu di bawah telapak kaki ibu," katanya sedih. Sementara itu Afiq yang dihubungi berkata, dia dan ibunya tidak mempunyai sebarang masalah dan merasakan ada pihak yang cuba memburuk-burukkan dia kepada keluarga dan pihak media. "Saya tak ada masalah dengan ibu dan keluarga yang lain. Siapa yang pandai-pandai buat cerita seperti ini? "Kenapa mereka mahu memburukkan saya? Gosip seperti ini membuatkan saya tertekan dan kalau boleh saya tidak mahu layan lagi," tegasnya.

Ingat saya bodohkah? - Afiq Muiz

CERITA mengenai artis tak sebulu dengan pihak pengurusan bukanlah satu perkara yang aneh untuk didengar. Apalagi untuk industri hiburan di Malaysia yang tidaklah sebesar mana ini. Nak dijadikan cerita, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Mimpi Cinderella, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, atau Afiq Muiz baru-baru ini dah terjerat dalam isu bergaduh dengan pihak pengurusan. Memanglah sekarang dia tidak lagi bernaung di bawah pengurusan itu. Tapi banyak mulut dah menjaja cerita buruk mengenai sikap Afiq. Didakwa besar kepala satu hal, Afiq juga dikatakan terlalu mengikut kata teman wanitanya, Eina Azman yang juga merupakan seorang pelakon. Sekali gus membelakangkan pengurusannya ketika itu. Ibarat dah tempah tiket cari nahas dan orang pun dah mula mengata, Afiq tampil memberi penjelasan. Kecoh satu Malaysia mengenai sikap Afiq yang dikatakan dah besar kepala sejak semakin popular. Apa ceritanya? Macam inilah... cuba fikir logik, takkanlah saya nak sombong tak tentu pasal. Orang kata saya lupa diri dan besar kepala, rasanya saya masih lagi kenal diri sendiri dan saya bukan seperti apa yang dikatakan. Perubahan drastik. Khabarnya Afiq dulu tidak begini. Apa masalah antara Afiq dan pihak pengurusan dulu? Ini semua cerita tak betul. Saya tak pernah bergaduh dengan pihak pengurusan dan saya juga mengundur diri dengan cara baik. Tiada masalah. Difahamkan Afiq dengan pengurusan dulu tak pernah tandatangan sebarang kontrak. Betul ke? Ya. Tak pernah wujud sebarang kontrak antara saya dengan mereka. Saya ibarat artis di bawah tempoh percubaan dengan pengurusan itu. Sebab itu bila saya buat keputusan untuk angkat kaki, hal itu tidak menjadi masalah dan tidak sepatutnya ada isu yang timbul kerana tak ada kontrak. Jadi saya sendiri pun tak faham kenapa tiba-tiba keluar isu saya lupa dirilah, besar kepalalah. Macam tak logik. Afiq juga dituduh selalu mengikut telunjuk dan melebih-lebihkan teman wanita. Yang ini apa pula penjelasan Afiq? Adakah saya ini bodoh sangat? Bodoh sangat sampai nak kena jadi lelaki lurus bendul ikut sahaja telunjuk teman wanita? Tak perlulah. Saya lelaki dan saya ada pendirian. Kenapa saya perlu dengar cakap perempuan. Satu lagi, saya dengan Eina bukannya pasangan kekasih. Dia cuma kawan biasa saja. Tak ada yang serius di antara kami. Afiq rasa adakah ini antara cubaan segelintir pihak yang mahu melihat Afiq jatuh? Maksudnya dengan mereka cerita begini? Kalau nak tahu, saya sekarang sangat-sangat tertekan dengan isu yang timbul. Orang tuduh saya besar kepala, ikut cakap perempuan. Apa ini? Saya tak menolak yang isu ini sengaja direka dan ada orang cuba jatuhkan saya. Jujurnya, kalau saya tahu siapa yang buat cerita macam ini, sekali pun dia datang minta maaf pada saya, ingatlah, saya tak akan maafkan dia! Amboi... Ini betul-betul simpan dalam hati. Kalau orang minta maaf, maafkan sajalah. Ini soal maruah. Takkanlah saya nak biarkan saja apa orang cakap dan buat pada saya. Saya malu, Cerita hal peribadi kan? Kalau cerita tentang kerjaya tak apalah. Ini bukan mendatangkan publisiti yang baik untuk saya. Mestilah saya tak suka. Bagi Afiq, relevan tak bila pihak pengurusan artis masuk campur hal peribadi seseorang artis di bawah naungannya? Tak relevan langsung. Bagi saya, hal kerja adalah hal kerja. Hal peribadi adalah hal peribadi. Kedua-dua pihak sama ada pengurusan atau artis kena profesional. Saya tak maksudkan cuma saya saja dalam hal ini, pengurusan artis lain pun sama juga. Dah bergerak sendiri sekarang, Afiq rasa lebih selesa begitu atau bagaimana? Lebih mudah dan selesa urus segalanya sendiri. Saya tak perlu pening kepala dan orang nak berurusan dengan saya juga mudah. Saya pun memang lebih suka berdikari. Jadi tak ada masalah.

Afiq Muiz Tertekan Dituduh Lupa Diri

Pelakon Afiq Muiz tertekan dengan tuduhan mengatakan dia lupa diri selain sering menimbulkan masalah kepada pihak produksi di lokasi penggambaran. Afiq, 20, berkata, perkara yang ditimbulkan itu tidak pernah berlaku dan dia memberi jaminan sikapnya tidak pernah berubah sebaliknya sama seperti mula-mula menyertai bidang lakonan. "Saya tidak pernah kena tohmahan sebegini sebelum ini dan ia cukup membuatkan saya tertekan dan sedih kerana jujurnya saya tidak pernah bersikap sedemikian dengan sesiapa juga. "Saya juga tidak pasti siapakah dalang yang cuba menjatuhkan saya dengan cerita mengarut seperti itu? Biarlah Tuhan sahaja yang membalas perbuatan mereka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan Afiq dikatakan mula menimbulkan masalah sejak cerita dia bercinta dengan pelakon Eina Azman hebat diperkatakan. Afiq didakwa mengikut sahaja telunjuk Eina sehinggakan menimbulkan masalah kepada pihak lain. Bagaimanapun kata Afiq, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut tetapi ingin memberi fokus terhadap kerjaya yang diceburinya. Dalam pada itu, mengulas tentang Eina, Afiq kecewa apabila nama pelakon itu turut dikaitkan dalam hal berkenaan. "Tak habis-habis nak kaitkan saya dengan Eina. Dia tiada kena mengena dalam hal ini. Dia juga tertekan apabila namanya dikaitkan tambahan pula dia sendiri mempunyai juga masalah," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai keputusannya menarik diri daripada syarikat pengurusannya, Afiq berkata, dia mengambil keputusan itu kerana yakin dapat menguruskan karier lakonannya sendiri. "Tidak timbul soal saya lupa diri atau sudah popular dan mula sombong cuma ia untuk kebaikan karier saya dan saya yakin dapat menguruskan sendiri kerjaya tanpa bantuan orang lain. "Saya juga dapat belajar tentang selok-belok pengurusan dan tidak mahu terlalu bergantung kepada orang lain," jelasnya.

Afiq Muiz Dakwa Gosip Dengan Eina Azman Satu Sabotaj

PETALING JAYA: Aktor Afiq Muiz menyifatkan dakwaan kononnya dia menjalin hubungan cinta dengan penyanyi dan pelakon Eina Azman sebagai tindakan sabotaj pihak tertentu yang cuba menjatuhkan kerjayanya. Afiq atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 21, berkata ia adalah gosip mengarut kerana dia dan Eina, 18, hanya teman rapat sejak tiga tahun lepas. “Saya rasa (gosip cinta) seolah-olah ada pihak hendak menjatuhkan saya dengan menokok tambah mengenai gambar-gambar kami bersama di Internet. “Hakikatnya kami memang berkawan rapat sejak tiga tahun lepas dan bukannya bercinta seperti yang didakwa,” katanya kepada mStar Online. Gosip yang mendakwa dua pelakon muda itu bercinta hangat diperkatakan apabila gambar-gambar kemesraan mereka tersebar luas di Internet. Malah mereka dikatakan sengaja menafikan percintaan itu atas permintaan keluarga kedua-dua pihak. Afiq berkata, dia berasa pelik dengan isu gambar tersebut yang diperbesarkan sehingga timbul dakwaan kononnya dia cuba merahsiakan status sebenar hubungan mereka. Katanya, gambar-gambar tersebut adalah koleksi peribadi yang mahu dikongsi dengan para peminat dan tidak mempunyai sebarang niat serong. “Padahal kami hanya suka-suka muat naik gambar-gambar kami bersama bagi mempromosikan projek-projek drama yang kami terlibat, itu sahaja. “Pelik juga apabila ia menjadi isu sampai begini,” katanya yang tidak mahu popular kerana gosip murah sedemikian. Tambah Afiq, ibunya sendiri berasa sangat terkejut dan sukar untuk menerima kontroversi yang tercetus itu. “Bayangkan, ibu saya sangat terkejut dengan gosip itu dan susah nak terimanya sehingga terpaksa saya jelaskan barulah dia tenang,” katanya yang kini bernaung sebagai artis residen syarikat produksi Global Station Sdn Bhd selama setahun.

Afiq Muiz & Eina Azman Sekadar Kawan Baik

PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz menyifatkan dakwaan kononnya dia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon remaja, Eina Azman adalah tidak benar dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar sahabat baik. Afiq atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman, 20, berkata, mereka mula rapat sejak tiga tahun lalu dan dia selesa berkawan dengan anak saudara kepada penyanyi dan guru vokal Juliza Adlizan itu. "Saya kenal Eina semasa zaman saya menjadi pelakon tambahan lagi dan mungkin sebelum ini keakraban kami orang tidak ambil kisah dan kami selesa dengan persahabatan yang telah terjalin selama tiga tahun. "Cerita kononnya kami bercinta adalah tidak benar sama sekali dan saya menghormatinya sebagai seorang sahabat," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Tambah Afiq, cerita itu juga mula tersebar berkemungkinan kerana gandingan mereka dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan gambar-gambar mesra yang tersebar di Internet baru-baru ini. "Mungkin juga orang lihat keserasian kami dalam drama itu ditambah dengan gambar kami berdua di luar set penggambaran telah menimbulkan salah faham tetapi hakikatnya kami cuma berkawan baik," jelasnya. Dalam pada itu, Afiq berkata, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dan ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonannya yang semakin berkembang. Katanya, masih banyak perkara yang perlu diberi perhatian kerana menganggap bakatnya masih belum cukup menyinar di kalangan pelakon-pelakon seangkatan. "Saya berhasrat untuk menang anugerah pada tahun ini dan untuk mendapatkan penghargaan itu saya perlu bekerja keras untuk masyarakat melihat kebolehan saya sebagai pelakon," jelasnya.

Jual burger sebelum popular - Afiq Muiz

PENGALAMAN biasanya mengajar seseorang mengenal erti kehidupan sebenar. Itulah prinsip yang dipegang oleh pelakon Afiq Muiz, seorang pendatang baharu yang dilihat bakal memberi saingan kepada pelakon sedia ada. Memiliki seraut wajah tampan serta tubuh yang menarik, namun itu bukanlah jalan mudah buat pemilik nama sebenar Muhamad Afiq Muiz Azman Shah mencipta nama sebagai pelakon yang dikenali ramai. Buktinya, setelah tiga tahun bergelar pelakon dan sudah muncul dalam banyak drama bersiri dan telefilem seperti Aishiteru, Tiara, Tanah Kubur, Mak Pengantin Tak Popular dan Maafkan Aku Mama, hanya sekarang namanya mula meniti di bibir peminat. Bagaimanapun, di sebalik usaha kerasnya untuk bertapak kukuh dalam bidang lakonan, tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa pelakon berusia 20 tahun itu pernah berniaga ketika zaman persekolahannya dahulu. "Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan sudah dididik oleh ibu supaya mencari duit belanja sendiri. Jadi, saya ambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sejak berada di tingkatan tiga. "Pada waktu pagi saya akan membawa sebanyak 20 bungkus nasi lemak dan dijual di sekolah. Kemudian pada waktu malam pula saya akan berniaga burger di kawasan rumah saya," ujarnya. Biarpun kehidupannya semasa menjadi pelajar dahulu tidak seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain, dia menganggap apa yang dilaluinya dahulu banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar. Menurut anak kedua daripada empat adik-beradik itu, dengan pengalaman yang diperoleh dirinya itu telah membuatkan dirinya lebih serius dan bersungguh-sungguh terhadap kerjaya lakonannya.
"Bermula dengan kerja menjual burger secara kecil-kecilan, kini saya sudah bergelar seorang pelakon pula. Sejujurnya saya tidak menyangka akan berada di tahap sekarang ini. "Saya akui memang tidak berapa bagus dan pandai dalam pelajaran, namun itu tidak bermakna saya sudah gagal dalam kehidupan. "Apa yang lebih penting, saya perlu pilih bidang yang diminati serta memberi komitmen dan bersungguh-sungguh sekiranya mahu berjaya," tuturnya. Ketika ditanya apakah perubahan yang berlaku terhadap dirinya selepas dikenali ramai, Afiq menyatakan kini sudah ramai peminat yang mahu bergambar dengannya. Namun begitu, pelakon berkenaan menjelaskan keadaan itu tidak akan membuatkannya cepat lupa diri, sebaliknya ia sebagai satu pemangkin semangat untuk dia terus maju dalam bidang yang diceburi. "Sebelum ini tidak ramai menyedari kehadiran saya dalam industri, tetapi sekarang sudah ada yang mahu bergambar dengan saya. Cuma yang agak kelakar apabila saya masih lagi kekok untuk berhadapan dengan peminat. "Dengan perubahan terhadap diri saya sekarang ini, pastinya ia menjadi satu titik permulaan kepada kerjaya lakonan saya. "Pengalaman lalu sememangnya menjadikan saya lebih matang dan berharap karier saya akan terus berkembang," ujarnya. Berkenaan dengan impak terhadap lakonannya dalam drama bersiri Mimpi Cinderella bersama Eina Azman, jelas pelakon itu dia sendiri tidak menyangka wataknya sebagai Emir mendapat maklum balas positif daripada penonton. Menurutnya, ia telah memberikan satu kepuasan tersendiri kepada dirinya memandangkan kebanyakan drama dan telefilem lakonannya sebelum ini masih belum mampu menyerlahkan dirinya sebagai pelakon. Belum sedia Sudah menempa nama sebagai seorang pelakon selama tiga tahun dengan pelbagai drama dan telefilem, tetapi wajah Afiq sekadar dilihat tampil di kaca TV. Bukan tidak pernah mengimpikan untuk tampil di layar perak bagi mengembangkan lagi prospek kerjaya lakonannya, pelakon itu mendedahkan dia masih lagi belum bersedia berlakon filem. "Tawaran berlakon filem memang pernah saya peroleh sebelum ini, tetapi saya tidak bersedia dan merasakan masih banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari.
"Lagipun, berlakon filem dan drama pastinya satu situasi yang sangat berbeza dan tidak mahu orang memperkatakan pembabitan saya sekadar bersandarkan rupa semata-mata, tetapi lakonan sangat teruk," jelasnya. Dalam usaha memantapkan lagi mutu lakonannya, Afiq memberitahu dia telah pun mengambil kelas lakonan selama enam bulan untuk mendapatkan sijil lakonan dan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). "Matlamat utama saya menyertai kelas tersebut pastinya mahu menimba ilmu tentang asas dalam lakonan. Selain itu, menerusi kelas berkenaan memberi peluang kepada saya memperbaiki lagi cara lakonan serta penghayatan sesebuah watak supaya tidak kelihatan kaku," ujarnya. Ditanya mengenai watak yang digemarinya dalam sesebuah lakonan, Afiq secara jujurnya mendedahkan dia gemar membawakan watak yang romantik, meskipun memiliki bentuk tubuh yang sesuai untuk filem bergenre aksi.

Afiq Muiz Tidak Terkilan Disindir Sekadar 'Artis Karpet Merah'

PETALING JAYA: Pelakon remaja, Afiq atau nama sebenarnya Muhamad Afiq Muiz Azman Shah sedikit pun tidak terkilan dengan sindiran yang diberikan sesetengah pihak terhadapnya sebagai “artis karpet merah” Afiq, 20, berkata, walaupun dia sering dilihat muncul di kebanyakan majlis hiburan serta acara-acara melibatkan karpet merah, ia tidak bermakna dia gagal untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang lakonan. "Walaupun saya sering dilihat kerap muncul untuk majlis-majlis hiburan, ia tidak bererti kerjaya lakonan saya tidak berjalan dengan baik. Sebenarnya banyak tawaran yang saya dapat. Orang sahaja tak tahu. "Tetapi cakap-cakap sedemikian tidaklah menggores hati saya kerana itu perkara biasa apabila bergelar seorang artis," ujarnya kepada mStar Online. Afiq berkata, dia tidak kisah jika orang tidak mengetahui mengenai perkembangan kerjaya seninya kerana apa yang penting dia sentiasa mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah. Dalam pada itu, Afiq menjelaskan dia gembira kerana kerjaya lakonannya semakin bertambah baik walaupun pada mulanya ia agak perlahan. Malah dia tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dilakukan sebaliknya sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki diri dan mutu lakonan. "Saya bukan sekadar ingin popular tetapi mahu serius dalam bidang lakonan tambahan pula saya masih muda dan banyak lagi ruang untuk saya memperbaiki kelemahan diri," katanya. Ditanya mengenai tawaran berlakon filem Afiq berkata, dia belum mempunyai ilmu yang cukup untuk muncul di layar perak tetapi meletakkan sasaran sehingga tahun hadapan untuk mengambil cabaran itu. "Saya belum bersedia untuk berlakon filem walaupun ada mendapat tawaran dan buat masa sekarang saya masih mengutip ilmu dengan berlakon telefilem dan drama bersiri bagi memantapkan mutu lakonan saya," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails