Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Ammar Alfian Aziz. Show all posts
Showing posts with label Ammar Alfian Aziz. Show all posts
Ammar Alfian Menyesal Lakar Tatu Selepas Putus Cinta
Pelakon Ammar Alfian akhirnya menyesali perbuatan lampaunya iaitu melakar tatu dari paras dada sehingga ke lengan bahagian kanan badannya.
Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 28, berkata dia melakukan perbuatan itu selepas putus cinta dengan aktres Puteri Sarah beberapa tahun lalu kerana kecewa.
"Bagaimanapun saya menyesal dan ia satu kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini," katanya kepada mStar Online.
Ammar ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) di Hotel Royale Chulan di sini, Rabu.
Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakannya yang menayangkan tatunya secara terbuka di Instagram, Ammar berkata, dia tidak mahu berpura-pura dengan peminatnya.
Jelas Ammar lagi, tindakannya itu bukan bererti dia seorang yang jahat dan hanya ingin menjadi dirinya sendiri.
"Bukan ingin menunjuk-nunjuk atau pun tidak peka terhadap keadaan sekeliling tetapi tidak mahu berpura-pura.
"Ia juga bukan bererti saya seorang yang jahat hanya kerana bertatu," jelasnya.
Sementara itu, Ammar berkata, dia berhasrat untuk membuang tatu berkenaan tetapi bimbang ia akan meninggalkan parut.
Bagaimanapun kata Ammar, ada pihak menyarankannya untuk melakukan pembuangan tatu secara laser di Amerika Syarikat memandangkan teknologi di negara itu lebih canggih dan tidak meninggalkan parut.
"Saya hendak buang tetapi jika saya buat di sini teknologi laser yang ada akan meninggalkan parut dan pernah bertanya di hampir lima buah klinik berhubung proses pembuangan tatu.
"Ada menyarankan saya untuk membuat proses itu di luar negara tetapi ia menelan kos yang tinggi. Mungkin bukan sekarang tetapi saya akan buang satu hari nanti," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Ammar berkata, dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama Hello Mr Perfect dan bakal muncul dalam filem Langit Cinta pada tahun hadapan.
Ammar Alfian Tayang Foto Sasa Untuk Tarik Pelanggan
Pelakon Ammar Alfian menjelaskan foto-foto seksi sehingga ada kala ke tahap mengghairahkan di Facebook miliknya bukan untuk meraih publisiti murah tetapi bertujuan mencari pelanggan.
Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 26, berkata, ketika ini dia bekerja sebagai jurulatih gim peribadi dan tidak salah untuknya memuatkan gambar-gambar tubuhnya yang sasa kerana ia berkaitan dengan senaman yang saya lakukan.
"Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja.
"Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.
Ammar diminta mengulas foto-foto dalam Facebook miliknya yang keterlaluan apabila menampakkan susuk tubuh termasuklah sekeping gambar berseluar tetapi kelihatan bentuk bahagian sulitnya.
Bagaimanapun tambah Ammar, dia tidak kisah sekiranya dikritik segelintir pihak kerana sudah biasa menerima pandangan negatif masyarakat sejak menyertai dunia seni hiburan tempatan.
Kata pelakon filem KL Gangster 2 ini, sejak di awal kemunculannya, dia sememangnya dikenali kerana sering mempamerkan bentuk badan terutamanya yang membabitkan peragaan fesyen.
Sementara itu, Ammar berkata dia kini nekad berhenti daripada dunia lakonan kerana memulakan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di Kolej Universiti MAHSA di sini.
"Bekerja dalam dunia hiburan pun bukannya memberi perkara positif pada diri saya apabila saya menjadi mangsa hentaman.
"Lebih baik saya melakukan kerja lain yang boleh menjana masa depan selain tidak tertekan dengan kritikan masyarakat. Sama ada masih lagi ada peminat atau tidak, saya tidak kisah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, filem lakonan Ammar berjudul Showdown bakal ditayangkan pada tahun depan.
AMMAR ALFIAN & BUAH HATI
Gambar terkini Ammar Alfian dan buah hatinya.
Sememangnya mereka nampak sepadan dan mungkinkah mereka berdua juga sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan? Ayuh kita doakan yang terbaik buat mereka..!
SYAMSUL DAN SARAH MEMANG BERCINTA - AMMAR ALFIAN Read more: http://www.myartis.com/2013/04/syamsul-dan-sarah-memang-bercinta-ammar.html#ixzz2TFXJpd00
Kalau tiada angin masakan pohon boleh bergoyang... kata pepatah ini mungkin tepat untuk menggambarkan gosip yang melanda pengarah filem Syamsul Yusof. Anak kepada Datuk Yusof Haslam itu kini didakwa sedang hangat bercinta dengan bekas kekasih pelakon dan model Ammar Alfian Aziz, 26, iaitu Puteri Sarah, 28.
Untuk info, semua rahsia tersebut telah didedahkan sendiri oleh Ammar, yang mendakwa berasa pelik kenapa bekas kekasihnya itu merahsiakan hubungan cinta tersebut. Lebih memelikkan katanya, Sarah juga mendakwa dirinya masih solo sedangkan Sarah dan Syamsul sudah bercinta sejak Oktober 2012.
"Mereka mula akrab sejak Oktober tahun lalu dan kami putus pada Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.
"Tanyalah Datuk Yusof Haslam tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya.
"Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila Puteri Sarah sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?" Kata Ammar pada media semalam.
Pendedahan Ammar itu gara-gara dakwaan Puteri Sarah dalam sebuah akhbar mendakwa hubungan cintanya dengan Ammar selama hampir lima tahun merupakan satu pembaziran dan dia tidak menyesal dengan perpisahan itu.
"Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya.
"Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.
"Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa. Saya sebelum ini saya sanggup bekerja keras dan menyimpan duit untuk berkahwin dengannya, tetapi lain pula jadinya.
“Dia tidak nampak apa yang telah saya buat untuknya," ujar Ammar seolah memulang 'paku buah keras'.
Bagaimanapun, Ammar mengakui dia kini sudah mendapat pengganti dan mula menjalinkan hubungan cinta dengan seorang model bernama Shella.
"Benar saya sudah pun mempunyai kekasih baru selepas hubungan saya dan Sarah putus. Hubungan kami masih lagi baru.
"Saya juga akan memulakan kerja-kerja 'modelling' untuk pakaian dalam jenama Renoma tidak lama lagi," katanya yang mahu membuka buku baru dalam bab percintaan.
Terdahulu, beberapa usaha telah dilakukan media untuk mendapatkan penjelasan Puteri Sarah dan Syamsul mengenai pendedahan Ammar itu namun semuanya gagal.
Manakala bapanya Yusof Haslam enggan memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.
“Saya membuat keputusan untuk tidak mengulas perkara itu,” kata Yusof ringkas.
"Mereka mula akrab sejak Oktober tahun lalu dan kami putus pada Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.
"Tanyalah Datuk Yusof Haslam tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya.
"Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila Puteri Sarah sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?" Kata Ammar pada media semalam.
Pendedahan Ammar itu gara-gara dakwaan Puteri Sarah dalam sebuah akhbar mendakwa hubungan cintanya dengan Ammar selama hampir lima tahun merupakan satu pembaziran dan dia tidak menyesal dengan perpisahan itu.
"Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya.
"Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.
"Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa. Saya sebelum ini saya sanggup bekerja keras dan menyimpan duit untuk berkahwin dengannya, tetapi lain pula jadinya.
“Dia tidak nampak apa yang telah saya buat untuknya," ujar Ammar seolah memulang 'paku buah keras'.
Bagaimanapun, Ammar mengakui dia kini sudah mendapat pengganti dan mula menjalinkan hubungan cinta dengan seorang model bernama Shella.
"Benar saya sudah pun mempunyai kekasih baru selepas hubungan saya dan Sarah putus. Hubungan kami masih lagi baru.
"Saya juga akan memulakan kerja-kerja 'modelling' untuk pakaian dalam jenama Renoma tidak lama lagi," katanya yang mahu membuka buku baru dalam bab percintaan.
Terdahulu, beberapa usaha telah dilakukan media untuk mendapatkan penjelasan Puteri Sarah dan Syamsul mengenai pendedahan Ammar itu namun semuanya gagal.
Manakala bapanya Yusof Haslam enggan memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.
“Saya membuat keputusan untuk tidak mengulas perkara itu,” kata Yusof ringkas.
Ammar Alfian Tepis Tuduhan Sindir Puteri Sarah Bertudung
Ammar Alfian Kesal Putus Cinta Puteri Sarah
Ammar sudah banyak kali ajak kahwin - Puteri Saleha
PELAKON yang dikenali menerusi drama bersiri Asmaradana dan bakal muncul menerusi Evolusi KL Drift The Series pada 4 Oktober ini nekad mahu meninggalkan dunia lakonan untuk bekerja dalam bidang perhotelan.
Dia yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Kolej Olympia, Kuala Lumpur dan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dari Kolej Taylor, Kuala Lumpur kini sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang jawatan dalam bidang berkaitan.
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 27, atau lebih dikenali Puteri Sarah berkata, dia sudah menghantar resume kepada beberapa buah hotel bertaraf lima bintang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan ijazah yang diraihnya.
Bukan disebabkan merajuk atau kurang menerima tawaran berlakon, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie ini menganggap keputusannya untuk bersara daripada bidang lakonan adalah bagi memenuhi impian kedua-dua ibu bapanya.
“Malah jika fikir balik, baik juga saya bekerja macam orang biasa (bukan artis), ada jaminan masa depan dan kewangan. Sampai bila saya hendak berlakon dengan meraih pendapatan yang tidak tetap,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran Evolusi KL Drift The Series di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Puteri Sarah, memandangkan umurnya sudah mencecah 27 tahun dan akan menghampiri 30 tahun, sudah masanya dia memikirkan masa depan agar mendapat pendapatan yang tetap.
Ujar kekasih kepada pelakon Ammar Alfian ini lagi, resume yang dihantarnya itu juga adalah kepada beberapa hotel terkenal di luar negara dan jika mendapat maklum balas positif, dia tidak kisah andai terpaksa berhijrah.
“Saya memang hendak bekerja di luar negara sebab itu saya hantar resume ke hotel di sana. Adik-beradik saya juga ada di luar negara jadi apa salahnya saya pula ikut jejak mereka,” jelasnya.
Keputusannya untuk berhijrah ke luar negara itu juga turut mendapat sokongan kuat keluarganya dan Ammar sendiri.
Bercerita mengenai wataknya dalam Evolusi KL Drift The Series pula, dia berkata, dalam drama bersiri itu dia memegang watak sebagai Tasha seorang gadis lasak dan pemandu kereta drift.
“Memang sukar juga sebab saya terpaksa memandu kereta manual, saya sudah lama tidak memandu kereta jenis itu dan terpaksa diajar beberapa kali baru mahir,” ujarnya yang pertama kali bekerjasama dengan syarikat Skop Production.
Tambah Puteri Sarah, dia tidak menyangka ditawarkan watak utama dalam drama berkenaan kerana ketika itu dia hanya menemani Ammar yang turut berlakon drama itu untuk perbincangan dengan syarikat berkenaan.
“Terkejut saya apabila ditawarkan watak utama padahal saya hanya temankan Ammar ke situ. Lalu, saya tidak fikir panjang terus menerima tawaran tersebut memandangkan saya tidak pernah bekerja di bawah syarikat perfileman Datuk Yusof Haslam,” katanya.
Ketika diajukan persoalan jodohnya dengan Ammar pula, Puteri Sarah mengambil masa seketika untuk menyusun kata-katanya.
Katanya, dia dan Ammar sudah acap kali berbincang soal perkahwinan tetapi perbualan mereka masih tiada penghujung dan kata putus.
“Ammar sudah banyak kali ajak saya kahwin dan kami juga sudah banyak kali berbincang. Susah saya nak cakap bila kami akan berkahwin,” ujarnya yang sudah empat tahun menyulam cinta bersama Ammar.
Tambahnya, dia tidak mahu membuat sebarang sasaran umur untuk mendirikan rumah tangga dan membiarkan ia berlaku secara semula jadi.
Ammar Alfian Jelaskan Isu Cekik, Pukul Puteri Sarah

PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.
Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.
“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.
“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.
“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar kepada mStar Online menerusi lambang sembang Facebook miliknya berhubung perkara itu di sini, Rabu.

Dia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini.
Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit.
Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu “membunuh” wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis.
Tambahnya: “Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya.
“Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul.
“Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul.”
Selain itu, dia lebih gemar menyibukkan diri dengan latihan untuk mempersiapkan diri berlakon filem berjudul Skandal.
“Saya terpaksa menjaga badan dengan mengurangkan makan nasi kerana mungkin ada aksi melompat dan bertarung.
“Selain itu, banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan agar dapat mengurangkan berat badan bagi mendapat badan yang lebih ringan untuk melakukan aksi tersebut,” ceritanya.
Ammar Alfian Tolak Kepala Puteri Sarah

PETALING JAYA: Aktor Ammar Alfian Aziz, 23, yang pernah dilanda kontroversi kerana mencerca wartawan pada awal tahun lalu mengaku terpaksa bersikap profesional dengan menunjal kepala kekasihnya, Puteri Sarah, 25.
Ini kerana, pertengkaran tersebut dilakukan demi menjayakan watak masing-masing dalam drama Atilia terbitan Astro Prima.
Bagaimanapun, apabila berada di luar penggambaran, Ammar dan Sarah bersikap seperti pasangan kekasih seperti biasa.
“Dalam drama tersebut, Fasha Sandha melakonkan watak seorang tomboi bernama Atilia yang ditakdirkan jatuh cinta seorang lelaki lakonan Zamarul Hisham.
“Sementara saya pula bertemu cinta dengan wanita yang dilakonkan oleh Almy Nadia. Jadi, saya terpaksa menolak cinta Puteri Sarah yang menyintai saya dalam diam.
“Saya bukan sahaja menolak cintanya, malah kami juga bergaduh mulut. Walaupun agak keterlaluan kerana di luar dia merupakan kekasih saya, tetapi saya terpaksa lakukan juga atas dasar profesional. Jadi saya kami hanya mengikut kehendak pengarah,” ujar Ammar ketika dihubungi mStar Online.
Bukan sahaja dalam drama Atilia, dia dan Sarah turut bergandingan dalam Sirah Cinta terbitan RTM1.
Walaupun dipertemukan dalam satu drama, mereka turut tidak disatukan sebagai pasangan kekasih.
“Dalam cerita Sirah Cinta, Sarah bercinta dengan Ezany. Walaupun dia melakonkan adegan itu, saya tidak rasa apa-apa jauh sekali hendak bersikap cemburu. Saya faham ia hanya sebuah lakonan,” jelasnya.
Mencungkil lebih lanjut tentang hubungan cinta mereka, Ammar berkata dia belum bersedia atau merancang untuk berkahwin.
Ini kerana, dia menganggap usia mereka masih muda.
Biarpun begitu, pasangan ini sentiasa tidak putus untuk berhubung antara satu sama lain.
Kini, Ammar sedang menjalani penggambaran drama Kempink di Perlis untuk TV3. Selain itu, dia baru selesai penggambaran drama Terlepas Pandang untuk RTM1 dan Gamitan Bayu Kasih di RTM2
Ammar nafi terlibat!

Laman khas di Facebook untuk memaki-hamun dan mencarut kepada kalangan wartawan hiburan tempatan nampaknya menjadi popular secara tiba-tiba selepas akhbar membuat pendedahan mengenainya, beberapa hari lalu.
Selepas didedahkan, peminat laman berkenaan mencanak-canak bertambah walaupun pada awalnya kewujudannya bagai tidak dipeduli.
Melalui laman berkenaan, rata-rata peserta forum melahirkan kebencian kepada wartawan hiburan. Golongan berkenaan disifatkan tidak beretika dan hanya tahu cerita yang buruk-buruk saja pasal artis.
Tapi di sebalik semua itu nampaknya ada satu nama yang tiba-tiba dikaitkan dengan kewujudan laman berkenaan. Siapa lagi kalau bukan Ammar, alah kekasih Puteri Sarah yang minggu lepas buat sidang akhbar minta maaf kepada wartawan itulah.
Ada yang bertanya apakah kewujudan laman berkenaan ada kaitan dengan Ammar? Yalah, kes tu baru sangat lagi, seiring pulak dengan kewujudan laman berkenaan, jadi sudah tentu ada yang akan kaitkan Ammar kerana sudah jelas lagi nyata sekarang ini hanya Ammar satu-satunya artis yang sedang bermasalah dengan wartawan hiburan, kawan-kawan Joyah semua tu.
Tetapi awas, jangan buat tuduhan melulu. Jangan menabur fitnah, nanti orang kata wartawan juga bersalah. Walaupun wartawan dapat cerita daripada sumber yang layak dipercayai, akhirnya bila terjadi benda yang kurang baik, wartawan juga yang dikatakan sebagai punca. Terima sajalah kawan-kawan ya.
Untuk membuktikan dirinya tidak ada kaitan langsung dengan laman berkenaan, Ammar telah tampil dan menafikan bahawa dia terlibat.
"Kalau ada pun peminat atau kawan-kawan saya yang wujudkan laman itu, saya nasihat berhentikanlah. Saya tak mahu cari pasal lagi," kata Ammar.
Ha, dengar tu, pengakuan terkini Ammar, jangan main tuduh-tuduh tau, nanti kena 'carut' lagi.
Kepada Ammar, relaks lah bro. Kalau tak terlibat janganlah risau. Takda orang pun yang nak letak pisau di tengkuk Ammar dan suruh mengaku buat semua benda tu.
Selepas Ammar sudah berdamai dengan wartawanm baru-baru ini, Joyah rasa semua pihak wajar memulakan semula hubungan antara satu sama lain.
Tak wajar kalau kita terus mengecam Ammar sedangkan dia sudah pun berbuat apa yang sepatutnya dia buat. Joyah respek juga kepada Ammar sebab dia akhirnya meminta maaf walaupun sebenarnya wartawan tak ada hak untuk memaafkan sesiapa pun atau pun meminta sesiapa minta maaf kepada mereka.
Eh, berkhutbah pulak dah Joyah ni, maklumlah tulis artikel ni pun hari Jumaat, cuba untuk berbaik sangka lebih elok rasanya.
Berbalik kepada keghairahan pihak-pihak tertentu ni, Joyah tak kisah. Memang benar, kalau selama ni wartawan selalu kritik dan tulis yang pedas-pedas tentang artis, apalah salahnya kalau sesekali ada pihak lain pula yang mengkritik kita? Joyah terima dengan minda yang terbuka kepada segala kritikan dan berusaha untuk merubah mana-mana yang difikirkan boleh berubah.
Tetapi pantang tok nenek Joyah kalau ada yang menggunakan ayat-ayat yang menunjukkan tahap pemikiran dangkal kalau menegur. Ayat mencaci-maki, mencarut dan menghamun, bukan budaya orang bijak pandai. Hinggakan ada yang samakan wartawan dengan binatang haram, itu kerja orang tolol saja tau.
Orang yang bertamadun kalau marah atau tak puas hati ada bezanya dengan orang yang tak ada tamadun. Jadi, kalau nak mengkritik pun, biarlah berpada-pada.
Kepada kawan-kawan Joyah, tak usahlah susah hati, gundah gulana. Apa dikisahkan kritikan dan kecaman daripada orang yang tidak bertamadun seperti itu? Buat-buat tak faham sajalah. Dah puas bising, diamlah mereka itu.
Keluarga Mahu Ammar Berundur Dari Industri Seni

BANYAK perkara yang dilalui oleh pelakon dan model Ammar Alfian Aziz selepas insiden ugut bunuh wartawan hiburan di Facebook baru-baru ini.
Ammar akui, sepanjang bergelut dengan masalah itu, ramai wartawan yang mencarinya. Namun disebabkan kekangan waktu sibuk dengan penggambaran drama Atilia, dia tidak dapat melayan semua panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Walaupun begitu, dia tidak mampu membendung perasaan sedih dan kasihannya apabila kekasihnya, Puteri Sarah turut menjadi mangsa keadaan.
“Apabila media tidak mendapat saya, mereka mencari Sarah. Jadi, saya tak sanggup melihat dia menjadi mangsa sehingga rasa bersalah dan mahu cepat-cepat menyelesaikan masalah ini,” kata Ammar.
Malah kedua-dua ibu dan bapanya yang berada di Johor Baru menasihatkan pemuda berusia 22 tahun itu berhenti dari industri seni ini.
Bukan tidak mahu menolong anak sendiri, mereka juga tidak mahu campur tangan dalam masalah yang dihadapi oleh Ammar itu.
“Mereka menasihati saya untuk menjaga diri-sendiri. Tetapi, saya menjelaskan kepada mereka supaya bersabar dan mahu selesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin.
“Saya juga tidak akan berundur dari industri ini. Saya sudah memohon maaf dengan wartawan-wartawan hiburan dan mahu sama-sama menjernihkan keadaan,” katanya selepas sidang media khas memohon maaf secara terbuka kepada wartawan hiburan anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di PWTC, Jumaat lalu.
Segala-galanya telah memberikan pengajaran kepada pelakon drama Tari Tirana itu. Dia dihentam teruk oleh rakan media disebabkan sikap kurang ajarnya itu sewaktu sidang media lalu.
Disebalik padah yang diterima, Ammar mengaku dia berasa ‘fobia’ untuk meluahkan perasaan di Facebook yang sebelum ini dianggap sebagai laman peribadinya.
“Sekarang, Facebook bukan laman peribadi lagi dan saya sudah kurang aktif melayari laman web itu. Ini semua sudah cukup memalukan saya.
“Sebagai pengajaran, selepas insiden itu, saya banyak menghabiskan masa di gimnasium. Di situlah tempat saya meluahkan perasaan gembira dan marah.
“Tak guna saya nak buat perkara yang tidak berguna selepas hal ini berlaku. Dari dulu lagi saya sudah selalu ke gimnasium selain mengisi masa dengan berenang dan bermain bola keranjang,” jelasnya sambil tersenyum.
Rutin hariannya juga padat dengan penggambaran drama dan sekali-sekala dengan peragaan. Boleh dikatakan waktu petang sehingga malam kerjanya hanya tertumpu di set penggambaran.
Ammar Mengaku Kurang Ajar, Mohon Maaf Kepada Media

Ammar ketika memohon maaf berhubung isu mengugut bunuh wartawan hiburan di PWTC, semalam. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI
TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Aktres ‘bermasalah’ Ammar Alfian Aziz akhirnya membuat pengakuan maaf secara terbuka di Bilik Kelantan, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Pelakon drama Tari Tirana itu memohon maaf berhubung ugutan bunuh wartawan hiburan di Facebook selepas lebih sebulan mendiamkan diri.
Beberapa hari selepas dia dihentam media, Ammar mengadu kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melalui aktor Zed Zaidi selaku Biro Seniman Muda.
Dari situ, dia mendapatkan kaunseling dan seterusnya bersetuju untuk membuat pengakuan maaf secara terbuka dalam sebuah sidang media khas yang dianjurkan oleh Seniman.

Ditanya mengapa mengambil masa yang lama untuk memohon maaf, jejaka berusia 22 tahun itu berkata dia terpaksa berbuat demikian atas alasan tersendiri.
“Saya menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Jadi, apabila difikir semula yang saya perlu memohon maaf dengan ikhlas, sebab itu saya terpaksa mengambil masa yang lama.
“Lagipun, saya sibuk dengan penggambaran drama Atilia,” katanya dengan muka yang serba-salah.
Menjelaskan isu melemparkan kata-kata ugutan dan kesat serta berbaur lucah kepada wartawan hiburan di Facebook, Ammar mengaku waktu itu dia terlalu mengikut kata hati sehingga menjadikan laman web sosial itu sebagai tempat untuk meluahkan perasaan marah dan kecewanya.
Semuanya berlaku gara-gara artikel ‘Artis cemburu tak bertempat’ yang terang-terangan ditujukan kepadanya.
Walaupun ugutannya seolah-olah merujuk semua wartawan hiburan, namun dia sebenarnya hanya menujukan kata-kata itu kepada wartawan yang terlibat.

“Saya masih baru dan mentah. Sebelum ini orang mungkin hanya mengenali saya menerusi drama Tari Tirana. Setelah apa yang berlaku, saya berasa malu dan terus mengeluarkan kata-kata kesat kepada wartawan.
“Sepatutnya, wartawan itu perlu bertanya kepada saya sebelum mengeluarkan cerita. Apabila cerita itu keluar di Facebook, saya menyedari yang kawan-kawan saya juga terdiri daripada rakan-rakan wartawan.
“Saya faham yang saya telah membuatkan mereka tersinggung. Perkataan membunuh itu keluar disebabkan saya berasa marah dan fikiran saya bercelaru ketika itu. Bagi saya, orang gila sahaja yang nak buat semua itu (membunuh),” jelasnya.
Menyentuh tentang dakwaan yang mengatakan dia cemburu dengan kekasihnya, pelakon Puteri Sarah Liyana, lelaki yang berasal dari Johor Baru itu menafikannya.
“Saya tak pernah cemburu Sarah bergambar dengan Nabil malah saya hormat dengan kerjanya. Saya juga tidak pernah cemburu dan sakit hati dengan Nabil. Selepas perkara itu berlaku, saya masih menegur dan bergurau senda dengan Nabil.
“Sepatutnya saya tidak perlu berada di majlis itu. Tetapi apabila ibu Sarah mengajak saya turut serta, saya tidak boleh menolak lagi.
“Tambahan pula, saya hendak menemui Zed Zaidi di majlis yang sama,” ulasnya.
Ammar berkata kehadirannya ke situ semalam sekadar untuk berdamai dengan wartawan hiburan dan berjanji tidak akan kurang ajar lagi.
“Saya mengaku silap kerana ‘culture shock’ dan memang kurang ajar. Sepatutnya saya perlu lebih profesional. Jadi, saya ingin membuang yang keruh dan mengambil yang jernih.
“Dengan ini, saya menyusun 10 jari dan memohon maaf kepada semua wartawan hiburan dengan kata-kata kesat yang saya perkatakan.
“Saya harap, tiada sesiapa yang mempersoalkan keikhlasan saya lagi. Kalau tak ikhlas, saya tak akan tampil minta maaf di sini.
“Saya janji perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Saya masih hijau dan baru hendak belajar,” katanya lagi.
Disebalik kontroversi yang berlaku, Ammar turut berterima kasih kepada wartawan kerana telah memberikan publisiti kepadanya.
“Selepas apa yang berlaku, keesokannya saya mendapat tawaran berlakon drama bersiri Atilia dan telefilem Ceritera serta peragaan di dalam dan luar negara. Saya pun terkejut juga,” ujarnya sambil meluahkan perasaan lega.
Dalam sidang media itu, Ammar hadir ditemani Zed Zaidi, Presidennya, Harun Salim Bachik, Setiausaha Agungnya, Yusof Kelana, dan Biro Aduannya, Jehan Miskin.
Namun begitu, kekasih hatinya tidak kelihatan. Kata Ammar, Puteri Sarah sedang sibuk dengan penggambaran sebuah drama untuk TV3 di Port Dickson.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]



