Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ammar nafi terlibat!


Laman khas di Facebook untuk memaki-hamun dan mencarut kepada kalangan wartawan hiburan tempatan nampaknya menjadi popular secara tiba-tiba selepas akhbar membuat pendedahan mengenainya, beberapa hari lalu.

Selepas didedahkan, peminat laman berkenaan mencanak-canak bertambah walaupun pada awalnya kewujudannya bagai tidak dipeduli.

Melalui laman berkenaan, rata-rata peserta forum melahirkan kebencian kepada wartawan hiburan. Golongan berkenaan disifatkan tidak beretika dan hanya tahu cerita yang buruk-buruk saja pasal artis.

Tapi di sebalik semua itu nampaknya ada satu nama yang tiba-tiba dikaitkan dengan kewujudan laman berkenaan. Siapa lagi kalau bukan Ammar, alah kekasih Puteri Sarah yang minggu lepas buat sidang akhbar minta maaf kepada wartawan itulah.

Ada yang bertanya apakah kewujudan laman berkenaan ada kaitan dengan Ammar? Yalah, kes tu baru sangat lagi, seiring pulak dengan kewujudan laman berkenaan, jadi sudah tentu ada yang akan kaitkan Ammar kerana sudah jelas lagi nyata sekarang ini hanya Ammar satu-satunya artis yang sedang bermasalah dengan wartawan hiburan, kawan-kawan Joyah semua tu.

Tetapi awas, jangan buat tuduhan melulu. Jangan menabur fitnah, nanti orang kata wartawan juga bersalah. Walaupun wartawan dapat cerita daripada sumber yang layak dipercayai, akhirnya bila terjadi benda yang kurang baik, wartawan juga yang dikatakan sebagai punca. Terima sajalah kawan-kawan ya.

Untuk membuktikan dirinya tidak ada kaitan langsung dengan laman berkenaan, Ammar telah tampil dan menafikan bahawa dia terlibat.

"Kalau ada pun peminat atau kawan-kawan saya yang wujudkan laman itu, saya nasihat berhentikanlah. Saya tak mahu cari pasal lagi," kata Ammar.

Ha, dengar tu, pengakuan terkini Ammar, jangan main tuduh-tuduh tau, nanti kena 'carut' lagi.

Kepada Ammar, relaks lah bro. Kalau tak terlibat janganlah risau. Takda orang pun yang nak letak pisau di tengkuk Ammar dan suruh mengaku buat semua benda tu.

Selepas Ammar sudah berdamai dengan wartawanm baru-baru ini, Joyah rasa semua pihak wajar memulakan semula hubungan antara satu sama lain.

Tak wajar kalau kita terus mengecam Ammar sedangkan dia sudah pun berbuat apa yang sepatutnya dia buat. Joyah respek juga kepada Ammar sebab dia akhirnya meminta maaf walaupun sebenarnya wartawan tak ada hak untuk memaafkan sesiapa pun atau pun meminta sesiapa minta maaf kepada mereka.

Eh, berkhutbah pulak dah Joyah ni, maklumlah tulis artikel ni pun hari Jumaat, cuba untuk berbaik sangka lebih elok rasanya.

Berbalik kepada keghairahan pihak-pihak tertentu ni, Joyah tak kisah. Memang benar, kalau selama ni wartawan selalu kritik dan tulis yang pedas-pedas tentang artis, apalah salahnya kalau sesekali ada pihak lain pula yang mengkritik kita? Joyah terima dengan minda yang terbuka kepada segala kritikan dan berusaha untuk merubah mana-mana yang difikirkan boleh berubah.

Tetapi pantang tok nenek Joyah kalau ada yang menggunakan ayat-ayat yang menunjukkan tahap pemikiran dangkal kalau menegur. Ayat mencaci-maki, mencarut dan menghamun, bukan budaya orang bijak pandai. Hinggakan ada yang samakan wartawan dengan binatang haram, itu kerja orang tolol saja tau.

Orang yang bertamadun kalau marah atau tak puas hati ada bezanya dengan orang yang tak ada tamadun. Jadi, kalau nak mengkritik pun, biarlah berpada-pada.

Kepada kawan-kawan Joyah, tak usahlah susah hati, gundah gulana. Apa dikisahkan kritikan dan kecaman daripada orang yang tidak bertamadun seperti itu? Buat-buat tak faham sajalah. Dah puas bising, diamlah mereka itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails