Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Anzalna Nasir. Show all posts
Showing posts with label Anzalna Nasir. Show all posts

"KAMI BAKAL NIKAH AWAL TAHUN HADAPAN" - ANZALNA NASIR

Jika sebelum ini, Anzalna Nasir berdiam diri mengenai tarikh perkahwinan beliau, terkini menerusi rancangan H!Live Apa Kata Malaysia malam semalam akhirnya mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan kekasih Hanif Zaki pada awal tahun hadapan. Di dalam program kendalian pengacara terkenal, Aznil Nawawi itu, Hanif turut memberitahu beliau dan serta Anzalna akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama. "Insya-ALLAH, majlis tunang dan nikah akan diadakan pada tarikh sama. Bukan tidak mahu buat pada tarikh lain, tetapi jadual Anzalna yang padat. Saya faham. Majlis nikah, tunang dan resepsi kedua-dua pihak akan diadakan di Kuala Lumpur kerana kedua2 keluarga kami menetap di sini," ujar Anzalna dipetik sebagai berkata. "Selepas ini saya ingin mengambil masa untuk memanjakan diri sebagai persediaan sebelum mendirikan rumah tangga. Dalam pada itu, Anzalna turut menyatakan bahawa dengan sifat sabar dan kepercayaan yang diberikan oleh Hanif, beliau mengharapkan impian perkahwinannya itu akan menjadi kenyataan. "Hanif sangat memahami saya dan sentiasa meletakkan kepercayaan ?tinggi terhadap saya membuatkan saya berasa selesa. Lagipun kami telah berkenaan dan bercinta sebelum saya menjadi artis. Alhamdulillah, sepanjang empat tahun bercinta, nak kata bergaduh tu, kurang tiga kali je kot..," jelasnya.

Anzalna Tolak Banyak Tawaran Lakonan Demi 'Memori Cinta Suraya'

Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan dia terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan semata-mata mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap drama telenovela berjudul Memori Cinta Suraya. Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md. Nasir, 27, berkata, memandangkan ia diterbitkan sebanyak 137 episod, dia perlu memberi tumpuan terhadap drama arahan Feroz Kader itu agar tidak keliru dengan wataknya sebagai Suraya. "Watak Suraya sangat mencabar dan saya perlu menjiwainya selama setahun. Saya perlu memastikan emosi dan kesinambungan watak selari. Jika saya mengambil tawaran lakonan lain, emosi saya dalam lakonan pasti akan serabut. "Tambah pula saya perlu mengkaji watak dengan meneliti skrip bagi menjiwainya. "Apatah lagi ia adalah drama adaptasi telenovela Mexico, A Love To Remember, saya meminta untuk diberikan cakera video digital (DVD) telenovela asal agar dapat melihat karakter utamanya," katanya. Drama bersiri 148 episod itu menggandingkan kerjasama tiga pihak iaitu syarikat Azteca, salah satu pengeluar rancangan televisyen Bahasa Sepanyol terbesar di dunia bersama Astro dan Global Station. Selain Anzalna, Memori Cinta Suraya turut dibintangi Hisyam Hamid, Afiq Muiz, Liza Abdullah, Miera Liyana, Iqram Dinzly, Zila Bakarin dan ramai lagi. Sementara itu, Anzalna berkata, dia antara pelakon yang bertuah kerana dapat melibatkan diri dalam drama bersiri berkenaan memandangkan ia bakal disiarkan di beberapa buah negara. "Difahamkan, beberapa negara telah membeli drama ini untuk disiarkan di negara masing-masing. "Ini memberi peluang buat saya untuk orang luar melihat bakat lakonan saya dan rakan-rakan artis lain yang terlibat. Mana tahu, jika kami ada rezeki bukan..," ujarnya. Memori Cinta Suraya akan ditayangkan bermula 17 Ogos 2015 pukul 6.30 petang menerusi saluran Astro Bella (133) dan Mustika HD (134).

Anzalna Tolak Tawaran Berlakon Selama Setahun

Pelakon Anzalna terpaksa menolak semua tawaran lakonan sejak setahun lalu kerana terikat dengan penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya terbitan Global Station Sdn Bhd. Anzalna atau nama sebenarnya Anzalna Nasir, 27, berkata, biarpun terpaksa melepaskan beberapa peluang menarik tetapi dia tidak mahu bersikap tamak sehingga menimbulkan masalah kepada pihak lain yang pada akhirnya akan merugikan diri sendiri. "Alhamdulillah rezeki itu memang tidak putus-putus tetapi malangnya saya terpaksa menolak secara baik kerana perlu memberikan komitmen kepada Memori Cinta Suraya yang sudah pun menjalani penggambaran selama setahun. "Tetapi tidak mengapa itu mungkin bukan rezeki saya dan akan ada yang lain selepas ini," katanya kepada mStar Online. Memori Cinta Suraya menggandingkannya dengan aktor berasal dari Singapura iaitu Hisyam Hamid sebanyak 149 episod dan dijangka ditayangkan pada Ogos depan. Dalam pada itu Anzalna berkata, dia bersyukur kerana mendapat barisan pelakon dan kru produksi yang bekerja sebagai sebuah keluarga besar tanpa sebarang masalah.
Kata Anzalna, tempoh lama berada di set tidak terasa malah dia sentiasa ternanti-nanti untuk memasuki set dan berjumpa dengan keluarga besar Memori Cinta Suraya. "Alhamdulillah, segalanya dalam keadaan baik. Saya bimbang juga akan berlaku sebarang 'drama' kerana kami berada di set sudah setahun. "Harap-harap keadaan itu akan kekal begitu sehingga tamat penggambaran pada November depan," katanya. Sementara itu, Anzalna berkata, dia juga selesa bergandingan dengan Hisyam dan menyifatkan aktor berusia 30 tahun itu sebagai profesional dan menghormati orang lain. "Dengan Hisyam tiada apa perlu saya bimbangkan kerana dia sangat profesional dan kami juga saling menjaga hubungan agar tidak berlaku sebarang perbalahan. "Pendek kata, saya tidak bersedia untuk meninggalkan set apabila ia tamat nanti kerana kami semua benar-benar seperti keluarga," ujarnya.

Gambar Anzalna Nasir Mandi Buih Di Singapura

Pelakon terkenal, Anzalna Nasir kini berada di Singapura bagi mempromosikan filem lakonannya berjudul A Love to Remember untuk pasaran stesen TV Singapura. Anzalna Nasir telah berkongsi beberapa gambar sepanjang keberadaannya di sana menerusi akaun Instagram miliknya buat tatapan para peminat dan apa yang menarik, beberapa keping gambar Anzalna telah menjadi bualan hangat para netizen. Salah gambar yang menjadi tumpuan itu ialah gambarnya mandi buih di Marina Bay Singapura.

Drama Lakonan Anzalna Bakal Disiarkan Luar Negara

Impian pelakon Anzalna Nasir untuk mengembangkan kerjaya seninya di peringkat antarabangsa bakal tercapai apabila drama lakonannya berjudul A Love To Remember bakal disiarkan di beberapa negara luar. Anzalna, 26, berkata, lebih membanggakan drama adaptasi daripada telenovela popular Mexico itu akan disiarkan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia selain penggambaran turut diadakan di negara ini. "Alhamdulillah salah satu cita-cita saya bakal tercapai kerana drama terbaharu saya akan disiarkan di seluruh dunia. "Saya sangat teruja dan gementar apabila memikirkan penerimaan penonton nanti dan ini adalah satu peluang keemasan untuk saya mencipta nama di peringkat antarabangsa," katanya kepada mStar Online. Anzalna ditemui pada majlis Kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' di Kelab DiRaja Selangor, Bukit Kiara di sini pada Khamis. Dua lagi selebriti yang turut terlibat pada kempen yang dirasmikan oleh Pengurus Besar, Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan itu adalah Sherry Ibrahim dan Doris Hor. Pada majlis berkenaan seramai 1,000 peserta menyertai program itu dengan melepaskan belon ke udara tanda sokongan kempen berkenaan. Dalam pada itu, Anzalna berkata, penggambaran drama bersiri tersebut yang baharu sahaja dilakukan iaitu sejak dua minggu lalu dan dijangka akan berlanjutan selama setahun. Jelas Anzalna, bagi memberikan komitmen penuh terhadap projek tersebut dia terpaksa menolak tawaran lain yang datang kerana jadual penggambaran yang padat. "Secara keseluruhannya A Love To Remember mempunyai 148 episod dan demi memberikan tumpuan sepenuhnya saya menolak tawaran lain untuk jangka masa setahun. "Bukan berlagak tetapi tidak mahu bersikap tamal yang akhirnya saya tahu akan memakan diri sendiri," ujarnya. Tambah Anzalna drama berkenaan adalah terbitan kerjasama di antara Global Station Sdn Bhd, Astro dan TV Asteca yang berpangkalan di Mexico. Selain Anzalna, drama itu turut diterajui oleh Hisyam Hamid, Liza Abdullah, Diana Rossa dan Afiq Muiz. Sementara itu, Anzalna berkata, sebagai persediaan dia turut menonton drama asal bagi menjiwai wataknya sebagai Suraya. "Ini peluang saya dan tekanan itu memang ada kerana ia bakal ditayangkan di seluruh dunia dan sebagai persediaan saya sudah menonton drama asal malah saya sudah pun masuk ke set penggambaran untuk blok pertama," katanya. Dalam perkembangan lain, Anzalna berkata, penglibatannya dalam kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' akan lebih kepada memberi kesedaran tentang keyakinan dalam diri wanita menggunakan laman sosial. Katanya, sebagai selebriti dia akan menggunakan pengaruh yang ada bagi meningkatkan keyakinan dalam diri wanita menerusi rangkaian produk Nivea. "Ini adalah sebuah kempen yang bagus kerana ramai wanita yang tidak mempunyai keyakinan dalam diri mereka. "Saya akan gunakan medium sosial untuk berinteraksi secara langsung selain memberikan tips untuk tampil yakin kepada mereka," ujarnya.

Kahwin tahun depan - Anzalna

"KALAU mengikut perancangan awal memang saya memilih tahun ini untuk berkahwin. Tapi tak sangka pula apa yang dirancang tak kesampaian. Nampaknya kena tangguh ke tarikh lain." Demikian kata Anzalna mengenai perancangan perkahwinannya dengan jejaka pilihan, Hanif Zaki. Bagaimanapun dia reda dengan ketetapan Allah mengatasi segala-galanya. Meskipun masih belum membuat sebarang persiapan untuk hari bahagianya, Anzalna tidak kisah untuk bercerita hal sebenar kepada khalayak. Tegasnya tidak ada apa yang perlu disorok apatah lagi dia hanya bercakap perkara yang benar tanpa perlu hidup dalam kepura-puraan seperti orang lain yang menyimpan segala kisah peribadi. Antara sebab dia menangguhkan perkahwinan sudah pasti kerana keluarga. Bapanya yang kini masih bertugas di luar negara menjadi sebab kukuh mengapa perkahwinan tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. "Saya sedar keluarga teman lelaki sangat mengharapkan kami akan berkahwin tahun ini. Tapi ayah pula hanya akan pulang pada penghujung tahun. Mahu tak mahu saya terpaksa menunda majlis itu tahun depan," ungkapnya lagi. Sebenarnya keterbukaan wanita ini berbicara soal kahwin mengundang perhatian. Namun dia langsung tidak kisah berbicara soal itu memandangkan perkahwinan merupakan perkara yang dituntut dalam agama. Dia sedar peminat selalu bertanya mengapa dirinya terbuka untuk membicarakan soal ini kepada umum. Jawapannya mudah - berkahwin bukan penamat kepada segala-galanya. "Peminat sekarang bukan lagi macam orang dulu-dulu. Saya faham kalau dulu apabila artis wanita berkahwin sahaja 'saham' mereka jatuh merudum. "Tapi senario sekarang berbeza dan peminat sudah tak kisah lagi sama ada artis yang mereka suka sudah berkahwin atau tidak. Sokongan tetap diberi kepada mereka yang benar-benar layak. "Saya sendiri tak pernah meletakkan isu popular di hadapan berbanding dengan hasil kerja saya," katanya kepada Pancaindera.

Bimbang Mulut Orang, Anzalna Tidak Lagi Tayang Kekasih

Pelakon Anzalna Nasir menolak cakap-cakap orang kononnya hubungan dia dengan teman lelaki, Hanif Zaki mempunyai masalah ekoran dia jarang membawa kekasihnya itu ke mana-mana acara hiburan seperti yang dilakukan sebelum ini. Anzalna, 26, berkata, ketiadaan pemuda itu menemaninya adalah disebabkan dia tidak mahu terlalu terbuka mendedahkan hubungan mereka kerana bimbang ia akan menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak. "Hubungan kami masih baik dan percintaan juga berjalan seperti biasa cuma memang dia tidak lagi menemani saya ke majlis-majlis hiburan. "Cukuplah dia sering menjadi perhatian sebelum ini kerana kami bimbang ada pihak yang kurang senang apabila dia sering bersama saya," katanya kepada mStar Online. Anzalna bakal muncul dengan drama terbaharunya berjudul Aku Isterinya disamping Izzue Islam bermula 31 Mac ini menerusi slot Akasia di TV3. Drama arahan Fairuz Loy itu akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam. Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia lebih selesa tidak mencampurkan urusan peribadi dengan kerjayanya kerana ia adalah jalan terbaik. Malah kata Anzalna, Hanif juga sibuk membina kerjayanya sementara dia menumpukan perhatian kepada bidang lakonan.
"Dia adalah pemangkin semangat saya dan dia sentiasa ada apabila saya dalam keadaan susah dan senang. Pun begitu, mencampurkan urusan peribadi dengan kerjaya bukan sesuatu yang baik. "Biarpun dia sering risau apabila ada kontroversi melanda, saya tidak mahu dia mencampuri perkara itu kerana enggan mengheretnya dalam masalah yang sama," jelasnya. Kata Anzalna lagi, pengalaman selama beberapa tahun dalam bidang hiburan sedikit sebanyak mematangkannya selain mengajar dia untuk bersikap profesional apabila timbul sesuatu isu. Terdahulu, Anzalna mengakui mempunyai masalah dengan pelakon Izzue Islam di set penggambaran drama Aku Isterinya namun memilih untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan. Kontroversi itu timbul selepas Izzue dikatakan kurang selesa dengan sikap Anzalna yang dikatakan berlebih-lebihan dalam menghayati watak dalam drama tersebut sehingga menyebabkan isterinya cemburu. Dalam perkembangan lain, Anzalna bakal menjalani penggambaran drama bersiri Kalau Itu Jodoh Kita bersama pelakon Qi Razali dan Pekin Ibrahim untuk siaran TV Al-Hijrah. Drama itu akan menjalani penggambaran di Istanbul, Turki pada April ini.

Kami memang bermasam muka - Anzalna

Baru-baru ini, nama pelakon Anzalna sedikit tercalar dihimpit isu terkini. Dilaporkan, dia dan pelakon Izzue Islam tidak berpuas hati antara satu sama lain sewaktu berlakon bersama di lokasi, sehingga bermasam muka. Ini gara-gara sikap Anzalna yang dikatakan agak berlebih-lebihan dalam menghayati watak sebagai Mya Arlissa ketika penggambaran drama Aku Isterinya, beberapa bulan sudah. Sikap Anzalna itu telah menyebabkan Izzue yang melakonkan watak sebagai Mikail kurang selesa. Keadaan lebih panas apabila isteri kepada Izzue, Awin Nurin turut cemburu, gara-gara sikap Anzalna. Enggan terus menambahkan duka dalam dada, Anzalna memberitahu dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut lagi. Ini kerana dibimbangi akan menjatuhkan semangatnya untuk berlakon selepas ini. “Memang apa yang diperkatakan dan dilaporkan media sebelum ini adalah benar, kami memang mempunyai masalah ketika dalam set. Tetapi ia tidak berlanjutan, habis begitu sahaja," katanya, menjelaskan duduk perkara. Tidak mahu meneruskan permusuhan, Anzalna bersungguh-sungguh mempertahankan kelakuannya sewaktu di depan kamera. Apa yang dilakukan tidak keterlaluan dan mengikut kehendak etika kerjanya semata-mata. “Setiap tindakan saya di lokasi adalah atas tuntutan skrip. Tidak ada istilah saya berlebih-lebih dalam lakonan termasuklah dengan Izzue. Saya juga mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk menghayati sesuatu watak yang diberi," katanya, yakin. Menurut Anzalna, isu seperti yang didakwa sepatutnya tidak perlu dipanjangkan kerana itu adalah perkara remeh dan bersifat kebudak-budakan. “Sekali lagi ingin saya tegaskan, apa yang diperkatakan bukan berpunca daripada diri saya. Saya tidak pernah timbulkan apa-apa masalah dengan dia (Izzue) atau sesiapa sahaja di lokasi, saya bekerja dan bukan mencari musuh dengan sesiapa," tegasnya. Cukup matang berdepan situasi seperti itu, Anzalna mengakui tidak berhasrat untuk bersemuka dengan Izzue atau isteri pelakon itu ekoran perselisihan faham tersebut. “Tiada sebab untuk saya berbuat demikian dan melayan perkara yang kebudak-budakkan. Tambahan pula ia isu kecil dan telah pun selesai," jelasnya.

Anzalna Akui Wujud Salah Faham Dengan Izzue Islam

Pelakon Anzalna Nasir tidak menafikan wujud masalah di antaranya dengan aktor Izzue Islam sepanjang mereka terlibat dalam penggambaran drama bersiri Aku Isterinya seperti mana dilaporkan sebelum ini. Anzalna, 26, bagaimanapun berkata, dia enggan memanjangkan isu berkenaan kerana menyifatkan kontroversi itu sebagai remeh dan bersifat kebudak-budakkan. "Apa yang diperkatakan atau dilaporkan sebelum ini benar tetapi ingin saya tegaskan ia bukan berpunca daripada saya. "Saya juga pelik dengan apa yang berlaku kerana tidak pernah menggangu sesiapa atau mahu menimbulkan kemarahan pihak dan hanya menjalankan tugas sebagai pelakon," katanya kepada mStar Online. Anzalna ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri berkenaan di Sri Pentas di sini, Isnin. Pelakon itu mengulas laporan kononnya kedua-dua pelakon itu dilaporkan bermasam muka gara-gara Izzue dikatakan kurang selesa dengan Anzalna yang dikatakan berlebih-lebihan dalam menghayati watak dalam drama tersebut sehingga menyebabkan isterinya cemburu. Selain Anzalna dan Izzue, Aku Isterinya turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin dan Syatila Melvin. Ia bakal bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 bermula 31 Mac ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 7 malam. Izzue bagaimanapun tidak hadir pada majlis pelancaran tersebut. Dalam pada itu, Anzalna menjelaskan dia tidak berhasrat untuk bersemuka dengan Izzue atau isteri pelakon itu ekoran perselisihan faham tersebut. Ini kerana katanya, dia tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian tambahan pula insiden itu bukan ditimbulkan olehnya. "Tiada sebab untuk saya berbuat demikian dan melayan perkara yang kebudak-budakkan tambahan pula ia isu kecil dan telah pun selesai," jelasnya. Sementara itu, Anzalna berkata, walaupun tohmahan yang dilemparkan cukup berat untuk dipikul namun dia sentiasa bersikap positif dalam menangani isu tersebut. Kata Anzalna, dia juga enggan melibatkan pihak lain dalam masalah tersebut terutama kekasihnya namun bersyukur lelaki berkenaan adalah penyokong setianya. "Biarlah apa pun orang hendak kata kerana saya lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan kejadian sebegini tidak melemahkan semangat saya," katanya.

Anzalna dihina aktor

ADA yang mengadu kasihan dengan pelakon Anzalna apabila dia diperlakukan tidak sewajarnya oleh seorang aktor di set lokasi penggambaran sebuah drama. Bagaikan wanita tidak bermaruah, Anzalna dilayan seperti wanita jijik dan kotor. Cukup meloyakan untuk dilihat secara fizikal, mungkin itu yang dirasakan aktor itu. Si aktor itu dikatakan tidak boleh langsung melihat wajah Anzalna. Langsung tak boleh! Walhal mereka berlakon sama. Sehinggakan kalau ada babak drama yang mengkehendakkan si aktor itu tersentuh kulitnya, si aktor itu berat hati. Dia sedaya upaya untuk tidak menyentuh. Jika tersentuh si aktor itu pasti bergegas menuju ke bilik air sejurus pengarah jerit ‘cut!’ Nampak sangat sesuatu, bukan? Agaknya si aktor cepat-cepat membasuh tangannya sebab bimbang kot kot si Anzalna ini ada ‘penyakit’. Nanti merebak kepadanya, susah pula. Tapi sebenarnya Miss J dengar yang mereka berdua ini memang sedang ‘perang dingin’. Ada satu peristiwa yang membuat hati si aktor terasa dengan Anzalna. Itu yang dia boikot Anzalna! Miss J tersenyum sinis sahaja sebab cerita mereka berdua ini dah masuk kategori budak-budak sekolah. Lagipun kedua-duanya cari makan dalam industri yang sama. Buat apa nak bergaduh antara satu sama lain. Berdamai sajalah. Jangan layan sangat aktor itu. Buat biasa saja sudah!

GOSIP CINTA: SHAH ISKANDAR YANG 'TERHEGEH-HEGEH' - ANZALNA Read more: http://www.myartis.com/2013/10/gosip-cinta-shah-iskandar-yang-terhegeh.html#ixzz2isikFblL

Pasti ramai yang masih ingat gambar mesra Shah Iskandar dan Diana Nasir yang menimbulkan pelbagai gosip hangat. Malah baru-baru ini, Shah telah menangkis dakwaan bahawa dia dan Diana bercinta sebaliknya mereka hanya kawan biasa sahaja. Bagaimanapun, alasan Shah itu telah dinafikan oleh Anzalna iaitu adik kepada Diana yang kecewa dengan tindakan pelakon 'Teduhan Kasih' itu. Menurutnya, kenyataan Shah bertentangan sama sekali dengan apa yang berlaku kerana hubungan mereka sebenarnya lebih dari kawan biasa.
“Pada mulanya saya cukup marah dengan Diana setelah membaca kenyataan Shah yang menunjukkan seolah-olah kakak saya yang tepuk sebelah tangan dan ‘syok sendiri’. “Sedangkan dia (Shah) yang sebenarnya terhegeh-hegeh dengan Diana. Malah saya sendiri pernah membaca SMS Shah yang begitu menagih cinta terhadap kakak saya.
“Saya tidak mahu terlibat dengan perkara ini, tetapi bila ramai yang memandang serong kepada Diana, jadi saya terpaksa betulkan keadaan. “Saya kenal Diana kerana dia bukan wanita begitu. Walaupun sikapnya agak peramah dan gila-gila, ia tidak bererti dia mudah didampingi oleh mana-mana jejaka,” ujar Anzalna penuh makna.

Anzalna Nasir Cuti Panjang Untuk Sambut Raya

Pelakon Anzalna Nasir memberitahu akan bercuti selama dua minggu daripada sebarang aktiviti seni bersempena dengan sambutan Aidilfitri pada Ogos nanti. Anzalna, 24, berkata, dia mengambil cuti panjang itu kerana ingin menghabiskan masa bersama keluarganya kerana sebelum ini sibuk dengan kerjaya lakonannya. "Tahun ini saya nak bercuti raya puas-puas kerana terlalu sibuk dengan kerja sebelum ini sehingga tiada masa bersama keluarga. Jadi kesempatan yang ada ini ingin saya gunakan berehat dan berkunjung ke rumah saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa. "Malah semenjak awal Ramadan lalu saya sudah memperlahankan aktiviti seni dan akan bercuti sehingga 23 Ogos depan," katanya kepada mStar Online. Anzalna berkata, dia dan keluarganya akan menyambut perayaan itu di Muar, Johor terlebih dahulu sebelum berangkat ke Pulau Pinang. "Tidak sabar untuk balik ke kampung ayah di Johor dan ibu di Pulau Pinang kerana kemeriahan yang berbeza-beza di dua tempat itu dan saya memang sukakan suasana desa," ujarnya.
Dalam pada itu, Anzalna berkata, kedatangan bulan Ramadan ini juga dia mengambil peluang untuk lebih banyak melakukan kerja-kerja amal dan mengakui insaf apabila melihat penderitaan orang lain. Katanya, selain menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dia juga turut bekerjasama dengan pihak Hospital Kuala Lumpur untuk meluangkan masa dengan 47 orang penghidap penyakit kanser. "Saya banyak menghabiskan masa dan cuba menceriakan mereka kerana itu sahaja sumbangan yang mampu saya berikan agar mereka berasa sedikit terhibur di sebalik penderitaan yang dialami. "Menerusi pengalaman itu juga saya banyak mengambil iktibar dan peringatan supaya dapat menjalani kehidupan lebih baik," katanya. Sementara itu, Anzalna berkata, dia akan kembali ke set penggambaran drama Lady Gagah selepas bercuti nanti selain beberapa projek lain dan duta produk.

Hati orang siapa tahu - Anzalna

MINGGU lalu sekeping gambar yang menggandingkan pelakon Anzalna Nasir dan Fasha Sandha telah mengundang kontroversi di laman sosial dan internet. Gambar terbabit bagaimanapun telah meninggalkan komen-komen negatif dua peminat artis tersebut dan tempias paling teruk dirasakan oleh Anzalna apabila dres biru firus yang dipakai olehnya menampakkan sosok tubuh dan bahagian badan yang sensitif. Antara yang ditulis peminat menerusi akaun Instagram milik Fasha Sandha itu ialah komen yang menyifatkan Anzalna tidak peka terhadap pakaian yang dipakai dan cuba meraih publisiti murahan. Berkesempatan bertemu dengan pelakon kelahiran Pulau Pinang itu pada sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini, Kosmo! segera mendapatkan penjelasan lanjut. Ikuti sedutan temu bual tersebut. Kosmo!: Sesudah kontroversi video Keek Sakinah beberapa bulan lalu, muncul pula kisah terbaharu mengenai sekeping gambar yang menampakkan bahagian tubuh Anzalna. Apa komen anda? ANZALNA: Saya tidak menganggap itu kontroversi tapi kesilapan yang tidak disengajakan. Saya tidak menyangka pula akan timbul kata-kata yang tidak enak mengenai diri saya sedangkan saya sentiasa berhati-hati apabila memuat naik gambar ke laman sosial. Bagaimanakah boleh timbul cerita terbabit dan kenapakah gambar itu dimuat naik di Instagram? Saya mendapat tahu melalui ruangan gosip dan portal hiburan dalam talian mengenai isu ini. Saya terkejut sebenarnya. Gambar itu dirakamkan ketika penggambaran drama bersiri Tentang Hati di Port Dickson, Negeri Sembilan. Setahu saya ada beberapa keping gambar lain yang lebih sopan, sebaliknya gambar itu juga yang dimuat naik. Jadi, siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal itu? Saya tidak menuding jari kepada sesiapa tapi saya kesal membaca komen-komen negatif daripada peminat di laman Instagram. Ada yang melabelkan saya cuba mencari publisiti murahan, padahal bukan saya yang melakukannya. Kecewa pun ada sebab ia menampakkan saya seolah-olah jahat. Gambarkan keadaan di lokasi semasa gambar itu dirakam? Apabila membabitkan penggambaran di tepi pantai, sudah tentu faktor cuaca sukar dikawal. Ada juga beberapa orang kru produksi yang berpesan supaya berhati-hati ketika bergambar kerana angin sedang bertiup kencang. Apa tindakan anda selepas mendapat tahu hal gambar yang tersebar tersebut? Saya ada menghubungi dia (Fasha) untuk bertanyakan hal itu tapi katanya tiada apa yang perlu dirisaukan. Apabila timbul lagi isu berkaitan medium sosial walaupun bukan anda sendiri yang lakukan, tidakkah anda merasakan ia satu bentuk penganiayaan? Prinsip saya apabila mahu memuat naik gambar atau video di laman sosial, saya akan menapis terlebih dahulu dan bukannya membuta tuli. Kalau diperhatikan sebelum ini pun saya tidak pernah memuat naik foto saya yang tidak sopan di laman Instagram. Soal penganiayaan saya enggan komen lanjut, hati orang siapa tahu. Apa pengajaran daripada kejadian kali ini? Saya akan lebih berhati-hati supaya tidak berlaku lagi perkara sebegini pada masa akan datang. Saya nasihatkan peminat agar jangan mudah membuat spekulasi dan andaian yang bukan-bukan apatah lagi melemparkan kata-kata kesat. Saya sedih apabila bermacam-macam kata-kata negatif dihamburkan kepada saya walhal ini bukan salah saya.

Anzalna Harap Isu Video Jadi Pengajaran Buat Sharifah Sakinah

Pelakon Anzalna Nasir berharap aktres Sharifah Sakinah mengambil iktibar dan pengajaran terhadap perbuatannya memuat naik video apabila mendapat cemuhan dan kritikan masyarakat. Kata Anzalna, biarpun sekadar untuk bergembira, namun dia perlu memikirkan kesan yang bakal diterima sebelum memuat naik apa-apa juga video di laman sosial. "Kami memang tidak sangka ia jadi bahan cemuhan kerana ia dibuat secara suka-suka dan Sakinah memuat naik di laman sosial Keek kepunyaan saya. "Selepas ini saya harap dia lebih berhati-hati dan fikir dulu akibatnya sebelum melakukan sesuatu perkara, ia jadi pengajan bukan sahaja kepada dia tetapi pada saya juga," ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini. Anzalna berkata demikian ketika diminta mengulas tentang video yang dimuat naik oleh pelakon Sharifah Sakinah di laman sosial milik Anzalna. Video tersebut mencetuskan kontroversi apabila pelakon Bunga Merah Punya itu dalam keadaan berselimut dan dilihat sebagai sengaja mencari publisiti murahan. Kata Anzalna, kejadian tersebut dilakukan ketika mereka sedang berehat dari penggambaran drama Orang Gaji IQ, minggu lalu. "Penggambaran tersebut disebuah rumah banglo dan ketika itu hanya ada mekap artis dan beberapa orang krew wanita dan kami sekadar bergurau-gurau sahaja. "Sakinah memang seorang yang terlalu gila-gila dan dia tidak fikir perkara itu akan beri kesan dia sendiri," katanya. Tambahnya, dia menghapuskan video tersebut selepas menyedari ia dikritik teruk dan telah disebarkan di internet. Bagaimanapun, Anzalna menyifatkan Sakinah sebagai seorang yang suka bergurau sehingga tidak sedar apa yang dilakukannya. "Saya suka berkawan dengan Sakinah, dia seorang yang gila-gila dan tidak palsu. Dia suka bergurau, cuma gurau dia kadang-kadang terlebih hingga merosakkan namanya," katanya.

Anzalna Dedah Cuba 'Dihimpit' Lelaki Kaya

Pelakon Anzalna Nasir tidak berselindung terdapat beberapa lelaki kaya dan golongan kenamaan cuba mendekatinya untuk meraih cinta. Anzalna, 22, berkata dia tidak pernah memberi peluang untuk didekati individu berkenaan melainkan jika ia atas urusan kerja selain untuk menjaga hubungan dengan kekasihnya Hanif Zaki. "Saya hanya berkawan dengan lelaki lain hanya atas dasar kerja dan tidak sesekali mendekati mereka yang mempelawa untuk bercinta dengan saya walaupun mereka di kalangan VIP. "Kalau mereka bertujuan hanya untuk mengenali saya kerana ada agenda lain saya akan tolak mentah-mentah," katanya kepada mStar Online. Jelas Anzalna, dia berbuat demikian bagi menghormati dan menjaga hubungan percintaannya dengan kekasihnya yang telah terjalin sejak 15 tahun dulu. Tambah Anzalna, dia juga akan berpegang teguh dengan matlamatnya bergelar artis adalah mencari rezeki semata-mata. Pelakon filem Sepah The Movie ini juga merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan. "Sejak memasuki industri ini saya sentiasa menjaga batas hubungan dengan lelaki lain kerana saya dengan Hanif sudah merancang untuk berkahwin pada tahun depan. Cuma tarikhnya sahaja belum ditetapkan. "Keluarga pihak lelaki juga ada merancang untuk masuk merisik namun masih belum ada masa yang sesuai lagi," katanya sambil memberitahu jadual lakonannya penuh sehingga hujung tahun ini. Ditanya tentang populariti dan publisiti yang mungkin diterimanya berkurangan sekiranya dia bergelar isteri kelak, Anzalna berkata ia bergantung kepada rezeki daripada Allah. "Semua perempuan ingin berkahwin dan ia perkara baik, saya tidak kisah populariti menurun yang penting semua rezeki adalah datang daripada Yang Masa Esa," katanya.

Fesyen Rambut Terbaru Anzalna Nasir

Kami kira, tahun 2012 merupakan tahun dimana Anzalna Nasir benar-benar bersinar. Drama-drama lakonannya menjadi buah mulut para peminat dan diantaranya ialah ‘Sirrun’, ‘Suria Di Cordoba’ dan juga ‘Ramadhan Terakhir’. Tapi itulah, baru sahaja awal tahun 2013, terasa lama sudah kami tidak melihat pelakon berusia 25 tahun ini dikaca televisyen. Kali terakhir Anzalna menjadi bualan peminat ialah ketika dia mendedahkan identiti teman lelakinya dan menjelaskan bahawa dia tidak mahu menyembunyikan hubungannya. Itupun tidaklah lama sangat kan? Melalui laman Instagram Anzalna, pelakon ini telah memuatnaik beberapa keping foto dia bersama potongan rambut barunya., Anzalna kelihatan lebih comel dan muda begini. Anda pula?-OhBulan

Aksi Mesra Anzalna dengan kekasih!

Gambar mesra pelakon Adam & Hawa, Nur Anzalna Nasir, 25, bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Hanif Zaki. Malah sebelum ini, Anzalna secara terus-terang tidak kisah dengan persepsi negatif masyarakat berhubung isu membawa teman lelakinya itu menghadiri pelbagai acara hiburan. Keluarga tahu Hanif selalu menemankan saya atas urusan kerja. Jika ibu atau adik-beradik tidak sempat menemankan saya, maka Hanif akan diberikan amanah itu," dakwa Anzalna yang pernah juga digosipkan dengan jejaka Mat Salleh ketika beliau memenangi Dewi Remaja 2010.

Anzalna sasar kahwin tahun depan

KISAH usung atau sorok kekasih sudah lali dalam dunia hiburan malah tidak menjadi hal sekiranya perkara sebegitu menjadi ibarat trend sebagai seorang selebriti yang diperhati ramai. Jika terlalu banyak publisiti pasti akan ada pihak yang melabelkan artis itu tidak tahu malu. Begitu juga sebaliknya, sekiranya timbul kes sembunyikan kekasih, akan ada yang membuat penilaian artis itu sengaja mahu menyombong. Hal yang sama terjadi kepada aktres jelita, Anzalna Nasir yang baru-baru ini memutuskan untuk mengurangkan pendedahan media terhadap kekasihnya, Hanif Zaki sehingga menyebabkan timbul rasa kurang senang segelintir pihak. Kosmo! menghubungi Anzalna yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada Rabu lepas untuk mendapatkan kepastian berkenaan perkara itu dan perancangannya masa depannya bersama Hanif. Kosmo!: Benarkah Anzalna sudah serik mendedahkan teman lelaki kepada umum? Kenapakah? ANZALNA: Bukan serik tetapi saya mahu kurangkan publisiti yang terlalu banyak mengenai hubungan kami. Adalah lebih baik untuk bertanya dan bercerita mengenai kerjaya saya berbanding hal peribadi. Saya juga kurang selesa apabila setiap kali ditemu bual, pasti soalan teman lelaki akan ditanya. Sebelum ini, ada beberapa pelakon yang terlalu banyak mendedahkan teman lelaki akhirnya hubungan itu goyah kerana terlalu banyak publisiti. Komen Anzalna tentang perkara itu? Saya rasa itu tidak menjadi masalah kerana kami sama-sama memahami kerja dan ruang peribadi masing-masing. Apa yang orang sekeliling cakap tidak menjejaskan hubungan kami kerana kami ada pendirian. Lagipun, hubungan kami adalah serius dan kami sudah ada perancangan masa depan. Apakah perancangan kalian selepas ini? Perancangan untuk berkahwin sudah ada cuma sekarang tengah kumpul duit terlebih dahulu. Rezeki lebih penting daripada populariti. Kami mahu kekalkan hubungan seperti sekarang dan berdoa tidak akan putus di tengah jalan. Adakah Anzalna sudah bersedia untuk bergelar isteri? Memandangkan umur pun sudah meningkat, saya memang bersedia. Cuma mungkin perlu tunggu setahun dua lagi untuk berkahwin dan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap rumah tangga. Saya sasarkan untuk menamatkan zaman solo pada umur saya 26 tahun. Apakah perkembangan terkini Anzalna? Saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod Maskara melakonkan watak Hani, seorang wanita lemah lembut tapi tegas. Menariknya, dalam drama ini saya bertudung sepanjang masa. Selepas ini saya akan memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod Bangkitnya Seorang Perempuan untuk slot Samarinda TV3. Saya ada mendapat tawaran untuk mengacara sebuah program bual bicara pagi dan menyanyi di bawah sebuah syarikat rakaman tapi mungkin belum masa yang sesuai untuk menerimanya. Biarlah perlahan-lahan. Adakah Anzalna enggan dilabel terlalu tamak sekiranya menerima semua tawaran itu? Salah satunya kerana sebab itu tapi saya mahu memajukan karier lakonan saya dulu sebelum memfokuskan bidang lain. Bagaimanapun, memang azam saya tahun ini untuk mengacara dan menyanyi.

Anzalna Serik Dedah Teman Lelaki Kepada Umum

SHAH ALAM: Aktres Anzalna Nasir mengakui terlalu terbuka mendedahkan identiti kekasihnya iaitu Hanif Zaki kepada umum sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak. Anzalna, 24, berkata, walaupun cuba berlaku jujur tentang kisah peribadinya namun merasakan sudah tiba masa untuk meletakkan had mengenai perkara itu. "Sejujurnya memang saya sering ditemani kekasih kerana tidak mempunyai lesen memandu dan dia sering menghantar saya ke lokasi atau sesi fotografi. "Saya rasa macam terlalu terbuka pula mendedahkan teman lelaki pada khalayak apabila dia sering menemani saya walaupun hanya dua kali membawanya ke majlis rasmi," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Zarraz Paramedical di sini pada Ahad. Dalam pada itu, Anzalna berkata, pihak kedua-dua belah keluarga ada merancang untuk menyatukan mereka namun tidak mahu tergesa-gesa kerana mahu membina kerjaya terlebih dahulu.
Bagaimanapun kata Anzalna, dia mensasarkan untuk menamatkan zaman solonya sebelum mencecah usia 26 tahun dan berharap ia akan menjadi kenyataan. "Teman lelaki saya baru memulakan kerjayanya dan saya mahu dia mengukuhkan karier terlebih dahulu namun perkara ini ada juga dibincangkan oleh keluarga. "Insya Allah kalau boleh saya mahu berkahwin sebelum usia 26 tahun," katanya. Dalam perkembangan lain, Anzalna berkata, tahun ini dia mahu lebih menumpukan perhatian kepada telefilem dan drama bersiri selain mengambil beberapa projek filem jika bersesuaian. Kata Anzalna, usaha kerasnya semakin menampakkan hasil dan mula mendapat kepercayaan daripada penerbit untuk membintangi dalam drama atau filem terbitan mereka. "Selepas terlibat dalam kontroversi tahun lalu diakui nama tercalar namun saya lekas bangkit untuk terus berusaha membina nama dan Alhamdulillah ia semakin menampakkan hasil," jelasnya. Hangat dengan drama bersiri Adam dan Hawa, Anzalna memberitahu dia kini sedang sibuk dibeberapa lokasi penggambaran drama selain sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lain.
Sementara itu, bercakap mengenai produk Zarraz Paramedical, Anzalna berkata, dia bukan bertindak sebagai duta sebaliknya hanya berkongsi kejayaan selepas lapan bulan menggunakan produk kecantikan itu. Kata Anzalna, produk Zarraz dia yakin dengan produk itu kerana ia dihasilkan 100 peratus daripada bahan semulajadi terpilih dan boleh digunakan oleh lelaki mahupun wanita. "Kulit saya memang sensitif dan selepas menggunakan dua produk Zarraz iaitu Essence Sebum Gel dan Sun Protection (SPF 50) saya nampak perubahan ketara pada wajah dalam masa singkat," jelasnya. Kata Anzalna, Zarraz juga menyediakan perkhidmatan spa dengan pelbagai rawatan kecantikan wajah dan badan yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. Spa ini turut berfungsi sebagai pusat jualan produk Zarraz sementara cawangan-cawangan lain dibuka menjelang akhir tahun ini. Sebarang maklumat atau pertanyaan sila layari laman web www.zarraz.com.my.

Saya bukan bodoh - Anzalna

'DUMB BLONDE' sama sekali bukan ungkapan pujian sebaliknya ia tidak ubah suatu penghinaan tahap sinikal. Secara nyata, istilah popular itu menjurus ke arah kelibat wanita cantik yang berambut perang malangnya berotak dungu. Tersenyum sambil jari-jemarinya memintal ekor rambutnya yang hitam berkilat, Anzalna Nasir cukup sedar pembawaan dirinya sedang diperhatikan. Pertimbangan akalnya juga sedang teruji, walhal benaknya langsung tidak mahu terganggu oleh isu remeh. "Saya langsung tidak marah tapi tidak boleh ambil perkara itu sambil lewa. Saya tidak boleh buat tidak tahu sahaja. Jolokan sebegitu agak melampau. Rasanya saya tidak boleh terlalu berlembut dalam soal itu, kena ada juga sedikit ketegasan," ujarnya menggeleng-gelengkan kepala menahan tawa yang hendak terlerai. Itulah Anzalna. Dia baru sahaja menerima tempias kononnya antara artis kategori dumb blonde iaitu wanita cantik tapi dungu. "Rasanya orang yang suka-suka hati gelarkan orang lain sebagai bodoh itu tidak faham maksud sebenar dumb blonde. Sewaktu saya di kolej di Australia dahulu, memang ada ramai gadis yang hot tapi kurang bijak dalam bab akademik. Saya faham sangat dengan gelaran dumb blonde, tapi saya bukan begitu. "Saya masuk universiti, belajar sampai lulus, keluarga saya semua berpelajaran dan satu lagi, rambut saya hitam bukan perang. Suka-suka nak panggil saya dumb blonde tapi tak faham maksud perkataan itu," katanya. Jika perwatakan luarannya yang mudah tertawa, karakter itu tidak bermakna dia jenis wanita yang tidak boleh berfikir dengan bijak. "Kalau nak berlagak, saya boleh tunjuk pandai tapi itu bukan sifat saya. Kalau orang kata saya lembut dan tidak tegas, memang saya begitu. Rasanya cukuplah saya jadi diri sendiri. Kalau saya gemar ketawa sekali pun, salah ke? Tolak tawaran hidup mewah "Untuk apa saya kena tunjuk muka angkuh semata-mata mahu dilihat bijak atau disegani. "Kalau nak berangan pandai, saya boleh sahaja cakap dalam bahasa Perancis tiap-tiap hari, tapi untuk apa? Hidup saya setakat ini okey, tidak ada perkara yang perlu saya sedihkan," ucapnya. Terdetik juga di hati, mungkin bagi sesetengah pihak, apa yang dituturkan itu sekadar gurauan biasa. Bahasa penulisan sesetengah media yang menerbitkan artikel itu pula dianggapnya sebagai pengisi cerita untuk menjadikan ia menarik ditatap pembaca. "Saya kena faham permainan dunia artis. Dua filem saya ditayang secara berturutan. Mungkin sebab tiada cerita lain, jadi isu itu yang sengaja diangkat. Saya masih okey. Apabila masih ada yang bercakap tentang saya maksudnya saya masih ada dalam perhatian mereka," simpulnya ringkas. Menoleh kehidupan peribadinya selama bergelar pelakon, pucuk muda berusia 24 tahun ini sudah melalui episod kontroversi yang menjengkelkan. Kisah perang dingin bersama bintang popular, si cantik Neelofa sudah diselesaikan secara terhormat. Dia kelihatan menurunkan serendah-rendah egonya. Dia telah meminta maaf dan mengakui kesalahan agar kes tidak berlanjutan ke mahkamah.
Sengaja diselitkan juga keterbukaan Anzalna mencanangkan satu negara bahawa hatinya sudah dimiliki seorang jejaka bernama Hanif Zaki. Statusnya solo tetapi sudah dimiliki. Dari satu sisi, strategi itu mengelakkan Anzalna daripada tercalit tempias kisah cinta sesama artis. Gosip liar mengaitkan dirinya dengan mana-mana lelaki selain Hanif juga tidak kedengaran. Hanif seolah-olah membentuk satu benteng menjadikan pembawa karakter perempuan jalang bernama Dee dalam siri Adam dan Hawa itu seperti jinak-jinak merpati. Dia manja dan meliuk-lentok tetapi usahkan termakan jerat, didekati lelaki lain pun dia enggan. Melihatkan paras jelita yang dianugerahkan kepadanya, mana mungkin tiada yang melirik hendak melamarnya. "Kalau fikir hendak senang dan hidup mewah dengan mudah, memang peluang itu sentiasa terbuka. Bukan mahu cakap besar, tapi tawaran ke arah itu memang ada. Antara mahu atau tidak sahaja. Siapa yang tidak mahu rumah atau kereta mewah secara percuma tapi ada 'bayaran' lain yang harus dijelaskan untuk semua itu. "Setakat ini, dengan duit hasil berlakon, saya sudah boleh hidup berdikari dan penuhi impian sendiri," tuturnya sambil memberi isyarat tentang banyak muslihat lelaki hidung belang yang datang dan pergi sepanjang bergelar selebriti sejak menyertai Dewi Remaja lebih dua tahun lalu. Menambah tentang prinsipnya, kata Anzalna: "Saya sendiri fikir bahawa duit memang sangat penting untuk hidup. Sebab itu saya kena kerja untuk cari duit tapi saya tidak boleh desak lelaki untuk setia dan ikhlas memberi cinta kepada saya. "Setakat ini, sama ada dari segi lakonan atau pilihan untuk diri sendiri, saya selalu ingin jaga hubungan saya dengan Hanif tapi itu tidak bermakna dia mengongkong hidup saya. Saya belum rasa khilaf dengan perhubungan cinta kami yang diketahui umum ketika ini. Lebih senang bersifat terbuka sebab saya tidak perlu peningkan kepala untuk berselindung itu dan ini." Fokus drama sebelum filem Bakal muncul dengan filem Kahwin 5 bersama Usop Wilcha Disember depan, namun sebelum itu, langkah sulung Anzalna ke layar perak menerusi Sepah The Movie sudah pun beredar di pawagam. Gandingan bersama Sepahtu iaitu Jep dan Shuib, Mamat Sepah serta Jehan Miskin menerusi Sepah The Movie pula ditayangkan bermula 29 November lalu. Mengulas tentang fahamannya terhadap terhadap lakon filem dan lakon TV, Anzalna sedar dia masih terlalu mentah untuk diberi sanjungan apatah lagi dipuji. Katanya, penglibatan dalam kedua-dua filem itu masih satu percubaan. Jika hasilnya menjadi dan mendapat sokongan ramai, mungkin percaturan untuk bersama sebuah lagi filem dalam masa terdekat akan diteruskan. Jika tidak, dia lebih rela fokus kepada drama terlebih dahulu. "Drama itu ibarat asas buat saya. Saya kena belajar dulu daripada drama televisyen. Selama ini pun, saya yang kosong ilmu lakonan ini diberi kepercayaan untuk bawa macam-macam watak menerusi drama," katanya yang pernah mendapat respons positif berdasarkan watak baik menerusi drama bersiri Sirrun di TV9. Sekadar membawa watak-watak ringan dalam filem komedi seperti Kahwin 5 dan Sepah The Movie, dia ditanya lagi, sama ada penampilan itu menjamin impak ke atas kariernya atau sekadar menjadi penyeri. "Watak sebagai Ayu Sofia itu nampak lemah lembut. Sekali pandang memang nampak mudah untuk saya lakukan tetapi Ayu Sofia tetap satu cabaran besar buat saya. Kalau orang kata saya lembik, Ayu Sofia itu berganda-ganda lebih bersopan santun dan lemah lembut berbanding saya. "Ia payah untuk pelakon baharu macam saya tapi saya gembira sebab hasilnya boleh dilihat di panggung sekarang," tutup Anzalna yang teruja untuk beraksi bersama Nasha Aziz dan Lisa Surihani dalam drama bersiri Maskara tidak lama lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails