Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Shasha Saidin. Show all posts
Showing posts with label Shasha Saidin. Show all posts
Sasha Saidin Dapat Hak Jagaan Kekal Anak
Pelakon dan penyanyi Sasha Saidin bertindak menuntut hak penjagaan kekal terhadap anak lelakinya daripada Salyo Priyanto bukan kerana mempunyai masalah dengan bekas suaminya itu.
Sasha, 39, sebaliknya berkata, tuntutan itu dibuat untuk kepentingan Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia enam tahun bagi memudahkan urusan dokumentasi memandangkan bekas suaminya kembali menetap di Indonesia.
"Bekas suami memang memberi hak penjagaan anak kepada saya tetapi kami tidak pernah memfailkan perkara itu di mahkamah syariah.
"Bagaimanapun masalah mula timbul tahun lalu ketika saya ingin memperbaharui pasport antarabangsanya yang memerlukan tanda tangan ibu bapa selain saya tidak mempunyai dokumen sah mengatakan Arya diberikan hak penjagaan kepada saya.
"Atas sebab itu saya buat tuntutan hak penjagaan secara rasmi di mahkamah dan turut dipersetujui oleh bekas suami tanpa sebarang halangan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Tambah Sasha dia memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Disember tahun lalu dan kes berkenaan selesai pada Jun lalu.
"Sejak awal saya lakukan semuanya sendiri tanpa bantuan peguam. Sepanjang tempoh itu juga banyak yang saya belajar dan Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik," ujarnya.
Bekas anggota kumpulan Elite itu berkahwin dengan Salyo seorang warga Indonesia pada 2007 sebelum bercerai pada 10 Julai 2012.
Dalam pada itu, Sasha berkata, dia baharu sahaja pulang daripada bercuti di Singapura bersama anaknya sempena sambutan hari jadinya yang keenam pada 28 Ogos lalu.
Tambah Sasha, percutian selama lima hari itu bertambah manis apabila krew syarikat penerbangan Firefly membuat kejutan kepada anaknya apabila menyambut hari istimewa itu di atas kapal terbang.
"Kebetulan saya ada rakan yang bekerja dengan Firefly dan tidak sangka pula dia membuat kejutan siap dengan kek dan pengumuman khas berhubung hari jadi Arya.
"Sudah tentu anak saya terkejut dan gembira namun paling penting kami sama-sama dapat meluangkan masa pada hari istimewanya dengan membawanya ke zoo, Universal Studio Singapura dan tempat menarik lain di sana," katanya.
Jelas Sasha lagi, sejak Arya berusia empat tahun dia akan memastikan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun akan membawa anak kesayangannya itu bercuti sama ada di dalam atau pun luar negara.
Menjadi seorang ibu tunggal memerlukan saya bekerja keras bukan untuk saya tetapi Arya dan saya akan menyimpan sedikit hasil wang daripada projek lakonan dan peragaan untuk digunakan membawanya bercuti," kata Sasha.
Dalam perkembangan lain, Sasha berkata, selain berlakon dia kini lebih banyak menerima tawaran peragaan selain mengikuti sesi bersama peminat untuk pelancaran produk seperti kosmetik dan fesyen.
Sasha Saidin Ragu-Ragu Untuk Kahwin Lagi
Penyanyi dan pelakon Sasha Saidin masih belum bersedia untuk berkahwin buat kali ketiga biarpun kini sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Sasha, 39, berkata, kegagalan menerusi dua perkahwinan sebelum ini membuatkan dia berasa ragu-ragu dan menyerahkan hal itu kepada jodoh.
"Bukan saya serik tetapi rasa ragu-ragu itu ada kerana sudah dua kali saya gagal dalam perkahwinan.
"Pun begitu saya tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang cuma belum masanya untuk mengakhiri hubungan itu ke alam perkahwinan," katanya kepada mStar Online.
Sasha ditemui pada majlis pelancaran drama Fajar Di Bukhara yang diadakan di Hotel Federal di sini, Jumaat.
Drama 26 episod arahan Zulkiflie R.shad itu turut menampilakan barisan pelakon seperti Azrel Ismail, Maria Farida, Ainul Aishah, Aziza Halilova dan Zizan Nin.
Ia bakal menemui penonton di saluran TVi (Astro 180) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 9 malam bermula 15 Jun ini.
Fajar Di Bukhara turut ditayangkan di TV1, setiap hari pada pukul 7 malam bermula 22 Jun depan.
Dalam pada itu, Sasha mengakui mendapat tekanan daripada keluarga dan kenalan rapatnya untuk segera berkahwin terutama daripada ibunya.
Kata Sasha, ibunya bimbang dia berasa kesunyian dan berharap ada seseorang yang dapat menjaganya dan anak lelaki tunggalnya.
"Biasalah seorang ibu dia sentiasa bimbangkan saya dan berharap saya akan segera berkahwin dan saya faham perasaannya.
"Tetapi saya tidak boleh buat keputusan berdasarkan permintaan orang lain kerana jujurnya saya selesa dengan kehidupan sekarang," ujarnya.
Tambah Sasha, pemuda yang rapat dengannya itu juga memahami kebimbangan yang bermain dalam dirinya dan tidak pernah mendesak untuk segera berkahwin.
Terdahulu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.
Bekas anggota kumpulan Elite itu kemudiannya berkahwin dengan Salyo Priyanto seorang warga Indonesia pada 2007 sebelum bercerai pada 10 Julai 2012.
Menerusi perkahwinan kedua itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia enam tahun.
Dalam perkembangan lain, Sasha berkata, selain lakonan dia kini banyak menumpukan perhatian kepada bidang peragaan kerana rezekinya lebih banyak ke arah itu.
Kata Sasha, hampir setiap minggu dia ditawarkan sebagai model peragaan untuk pertunjukkan fesyen.
"Alhmadulillah rezeki saya tahun ini banyal dalam bidang peragaan selain pengacaraan. Saya anggap itu sebagai rezeki anak kerana sekarang apa sahaja saya lakukan adalah demi membesarkannya," katanya.
Selain Fajar Di Bukhara, Sasha berkata, suaranya juga bakal digunakan menerusi filem How to Train A Dragon 2 versi Bahasa Malaysia untuk siaran Fox Movies pada Hari Raya akan datang.
"Suara saya digunakan untuk watak Astrid dalam filem berkenaan dan saya cukup teruja dengan projek tersebut," jelasnya.
Awi Rafael dan Shasha Saidin intim
Sebelum ini gosip bertebaran berkenaan hubungan intim yang berlaku di antara Shasha Saidin dan Awi Rafael namun begitu Awi Rafael awal lagi sudah menepis gosip tersebut.
Mendengar dari kenyataan Shasha, dia memberitahu bahawa hubungan dengan Awi Rafael masih lagi di fasa berkawan dan apabila ditanya soal jodoh.
Shasha memberitahu dia menyerahkan segalanya kepada takdir.
Memberitahu Awi Rafael seorang lelaki yang baik, matang, bijak dan sangat berpengetahuan di dalam bidangnya membuatkan mereka senang bercerita sebagai kawan.
Namun begitu dia tidak menolak jika suatu hari dia dijodohkan dengan Awi kerana masing-masing solo.
-rotikaya
Sasha Mahu Bersuamikan Lelaki Melayu, Tak Rela Bermadu
Sejak bergelar ibu tunggal setahun lalu, penyanyi dan pelakon Sasha Saidin, 36, mendedahkan ada di kalangan temannya mencadangkan agar dia mendirikan rumah tangga. Tak kurang, ada juga jejaka yang cuba mendekatinya. Namun ibu anak satu ini bukan terlalu jual mahal atau cerewet.
Sebaliknya kata Sasha, seandainya dia ditakdirkan berkahwin sekali lagi, dia mahu bersuamikan lelaki yang benar-benar dapat membimbing dirinya dan juga anaknya.
"Ada kawan-kawan yang cadangkan saya berkahwin. Tapi iyalah, jodoh ajal maut semua tu bukan atas kawalan kita. Tapi kalau saya nak kahwin pun sebab saya rindu nak ada baby. Teringin nak anak perempuan. Bukanlah bermakna saya tak perlukan lelaki dalam hidup saya.
"Cuma kalau saya kahwin lagi, saya akan pastikan lelaki itu boleh membimbing diri dan anak saya. Dia seorang stabil dari segi keewangan dan rajin bekerja. Kalau boleh, kali ni saya nak lelaki melayu pula lah dan lelaki itu mesti tinggi", katanya sambil bergurau.
Sasha ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan majlis pelancaran Program Terbaik Bulan Syawal, 5 Malam 4 Hari TV9 bertempat di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara, malam tadi.
Tambah Sasha, kegagalan rumah tangganya sebanyak dua kali menjadikan dia lebih matang dan tidak lagi mengutamakan cinta semata-mata dalam perhubungan. Sebaliknya banyak perkara lain yang perlu diambil kira. Paling penting dia sebolehnya akan mengelak daripada mengahwini suami orang.
"Kalau duda atau pun lelaki itu ada anak, saya tak kisah. Tapi saya tak mungkin berkahwin dengan suami orang. Sebab saya tak fikir saya boleh berkongsi kasih suami (bermadu). Tapi saya hormati pada wanita-wanita lain yang sedia bermadu.
"Ada juga lelaki yang jauh lebih muda mendekati saya. Ada yang sebaya Zain (Zain Saidin). Saya kata pada mereka, mana mungkin saya terima lelaki yang sebaya dengan adik saya", katanya sambil tersenyum.
Cerai! Salyo Lafaz Talak 1 Kepada Shasha
KUALA LUMPUR – Selepas berteka-teki dengan pihak media tentang status kehadirannya ke mahkamah baru-baru ini, pelakon dan penyanyi wanita, Shasha Elite, 36 telah sah bercerai dengan suaminya, Salyo, 37, hari ini.
Salyo telah melafazkan cerai talak satu terhadap Shasha di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini tepat jam 2.55 petang.
Bagi Salyo, dia telah mencuba untuk menyelamatkan rumah tangganya dengan Shasha.
Namun, mereka berdua telah memikirkan bercerai adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut besar dalam bahtera yang dilayari bersama.
“Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah yang terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini,” kata Salyo yang dipetik dalam mStar Online.
Kedua-dua pasangan itu telah bersetuju untuk mengambil keputusan berpisah secara baik tanpa pergaduhan yang besar.
Alasan mereka untuk berpisah adalah kerana tidak lagi mempunyai rasa kasih sayang dan persefahaman antara satu sama lain.
Mahkamah telah perintahkan Salyo untuk membayar edah sebanyak RM300 kepada Shasha selama tiga bulan serta nafkah anak mereka sebanyak RM500.
Salyo dan Shasha telah bernikah pada tahun 2007 dan telah dikurniakan seorang anak Adam Aryasenna Notosoemarsono, 3.
Dingin sejak tahun lalu - Shasha
Tiada bezanya Ramadan kali ini buat Sasha Saidin, 35, selain status dirinya yang kembali solo. Sejak tahun lalu, akui Sasha, nikmat bulan penuh berkat itu tidak lagi dirasai lantaran hubungan bersama Salyo Priyanto Nutosoemarsono, 37, sudah mula dingin.
Tahun ini, kedatangan Ramadan hanya dinikmati bersama ibu. Sejak berpisah, Sasha kini menetap di kediaman orang tuanya sementara menanti Salyo menemui tempat tinggal lain.
Kami sudah lama renggang, jadi perasaan sunyi dan sayu tidaklah terasa walaupun tahun ini saya meraikan Ramadan sebagai ibu tunggal” - Sasha, Penyanyi
“Kami sudah lama renggang, jadi perasaan sunyi dan sayu tidaklah terasa walaupun tahun ini saya meraikan Ramadan sebagai ibu tunggal.
“Sewaktu masih bergelar isteri, kebanyakan masa dihabiskan di rumah. Namun, sejak kembali solo, saya mula sibukkan diri dengan kerja. Ada kala saya memenuhi undangan peragaan dan tawaran berlakon. Sesekali saya dan anggota Elite juga diundang membuat persembahan makan malam.
“Saya perlu bekerja demi anak, Arya (Adam Aryasenna Notosoemarsono). Tetapi saya tidak mahu terlalu ligat bekerja, kerana bimbang nanti kebajikan Arya terabai. Bagi saya, asalkan pendapatan yang diperoleh cukup untuk membayar bil penting serta yuran persekolahan Arya, ia sudah memadai,” kata Sasha.
Salyo tunai tanggungjawab
Sasha yang berkahwin dengan Salyo pada 2007 juga berkata, dia tidak kisah hidup bersederhana. Biarpun tanpa barangan berjenama dan dilihat tiada kelas, wanita ini tidak malu kerana keutamaan kini lebih tertumpu kepada keperluan anak.
Bagaimanapun, bekas suaminya tidak lupa tanggungjawab sebagai bapa. Setiap bulan Salyo akan menitipkan wang buat Arya. Malah tanggungjawab menjaga anak juga tidak pernah diabai.
“Sejak kembali bekerja, tugas menjaga Arya dilakukan bergilir-gilir. Selalunya saya minta emak tolong tengokkan Arya, namun memandangkan emak juga ada kalanya sibuk dengan aktivitinya di Masjid Negara dan bersama ABIM, Salyo akan mengambil alih menjaga Arya.
“Selalunya dia yang akan menjemput Arya dari sekolah. Pada hujung minggu pula, saya bagi peluang mereka menghabiskan masa bersama,” kata Sasha yang baru selesai penggambaran program Inilah Kisahku untuk TV9.
Beraya dengan bekas suami
Bercerita mengenai Syawal pula, Salyo berkemungkinan meraikannya bersama keluarga Sasha kerana dia tidak akan pulang ke Indonesia. Keluarga Salyo dijangka ke sini pada raya ketiga.
“Sejak bercerai, saya belum berkesempatan bertemu keluarga mentua. Hubungan saya dengan mereka baik, malah kami kerap berbual di telefon. Jadi pada lebaran nanti, saya akan bertemu mereka buat kali pertama setelah bercerai. Keluarga mentua tidak terkejut dengan berita perceraian ini kerana mereka maklum dengan kedinginan rumah tangga kami,” katanya.
Ditanya adakah dia serik untuk berkahwin lagi setelah dua kali menemui kegagalan, wanita ini mengambil masa agak lama untuk menjawabnya.
Dengan tenang Sasha mengaku, sedikit sebanyak dia serik. Namun jauh di sudut hati, dia mengimpikan zuriat yang ramai. Begitupun, andai kata hanya Arya cahaya matanya, Sasha reda.
Sasha pernah bernikah dengan jejaka Inggeris, Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, tetapi berpisah empat tahun kemudian.
Sasha Elite pasrah berpisah dengan Salvo
Selepas beberapa minggu lalu mengaku berhasrat untuk bercerai, Sasha Saidin yang merupakan bekas anggota Elite akhirnya diceraikan talak satu oleh suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 10 Julai lalu.
Sasha dilihat berdoa selepas Salyo yang merupakan warga Indonesia tersebut menjatuhkan talak ke atasnya sambil memeluk ibunya. Pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga pada 10 November 2007 di Masjid Baitussalam, Duren Tiga, Jakarta Selatan dan dikurniakan seorang anak lelaki Adam Aryasenna Notoemarsono yang berusia tiga tahun.
Walaupun enggan menceritakan kisah perceraian mereka, Sasha bagaimanapun menulis sepucuk surat yang diberikan kepada pihak mahkamah mengatakan bahawa penceraian tersebut berlaku kerana tiada lagi kasih sayang dan persefahaman antara mereka.
Antara lain, penyanyi dan juga pelakon tersebut memberitahu bahawa dia dan Salyo masih tinggal serumah, namun tidak lagi tidur sebilik sejak dua tahun lalu.
"Kami sudah tidak tidur sebilik sejak dua tahun lalu. Dalam tempoh tersebut juga, kami telah berusaha untuk memperbaiki masalah rumah tangga kami dengan kedua belah keluarga turut membantu. Kami juga telah mendapatkan kaunseling secara peribadi, tetapi ia masih tidak dapat membantu kami. Mungkin, ini adalah jalan yang paling baik sebagai penyelesaian rumah tangga kami.
"Apa yang penting, kami tidak bergaduh besar dan membuat keputusan ini secara matang bersama-sama. Kami juga akan berusaha menjaga anak kami iaitu Adam dengan sebaik mungkin walaupun telah berpisah," ujar kakak kepada pelakon Zain Saidin itu.
Tambah Sasha, dia tidak menyesal dengan apa yang telah berlaku dan melihat bahawa terdapat hikmah dalam setiap musibah yang melanda.
"Saya harap lepas ini untuk terus aktif semula dan memberi fokus terhadap karier seni saya," katanya tentang perancangan hidup selepas menjadi ibu tunggal.
Penceraian antara Sasha dan Salyo merupakan penceraian kedua buat wanita berusia 36 tahun itu. Sasha sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris, Jason Skinner atau Johan Abdullah di London, England pada 2003 sebelum bercerai dua tahun kemudian tanpa dikurniakan anak.
Sementara itu, mahkamah memerintahkan supaya Sasha menjalani edah selama tempoh tiga kali suci bermula semalam dengan Salyo diperintah membayar wang edah RM300 setiap bulan selain nafkah anak RM500 setiap bulan. Salyo yang merupakan penerbit di Indonesia bersetuju dengan keputusan yang ditetapkan mahkamah.
Sasha Saidin Hasilkan Produk Penjagaan Kulit

PETALING JAYA: Model terkenal Sasha Saidin, 35, (gambar) akan mengeluarkan produk penjagaan kulit sendiri yang dijangka dilancarkan sebelum pertengahan tahun ini.
Sasha mengimpikan untuk menceburi perniagaan tersebut hasil sokongan keluarga dan minatnya dalam bidang kecantikan.
“Sekarang produk tersebut telah siap cuma menunggu proses untuk menyiapkan logo. Insya-Allah, jika tiada aral melintang produk ini akan menembusi pasaran dalam sebulan atau dua bulan lagi.
“Produk ini merupakan produk tempatan dan semua proses termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan di Malaysia bermula enam bulan lalu,” kata Sasha kepada mStar Online.
Bidang perniagaan bukanlah suatu perkara asing buat Sasha kerana isteri kepada pemuzik dari Indonesia, Salyo Priyanto ini mempunyai pendidikan Diploma Pentadbiran Perniagaan.
Malah dia menjadikan karier barunya ini sebagai permulaan untuk menjana pendapatan yang lebih kukuh pada masa hadapan.
Menyelongkar sedikit tentang kecantikan, Sasha akui banyak mengamalkan petua daripada ibu dan neneknya tanpa perlu menggunakan suntikan botoks atau yang memudaratkan kesihatan.
“Buat masa ini saya masih aktif dalam bidang seni. Saya akan mengacara sebuah program motivasi dalam bahasa Inggeris untuk sebuah stesen televisyen dan melakukan aktiviti peragaan pakaian dan tudung.
“Saya rasa tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Lagipun, sejak mempunyai Adam Aryasenna Notosoemarsono berusia setahun enam bulan, saya jarang mengambil kerja luar dari Kuala Lumpur kerana mahu menumpukan kepada anak dan keluarga.
“Tetapi jika saya perlu berurusan dalam tempoh tidak lebih dari tiga hari rasanya tidak menjadi masalah,” ujar bekas anggota kumpulan Elite yang pernah popular menerusi lagu Tamparan Wanita dan Manisnya Senyumanmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]

