Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Aziz M Osman. Show all posts
Showing posts with label Aziz M Osman. Show all posts
Anak Aziz M. Osman Mula Popular Kerana Instagram
Penerbit dan pengarah Aziz M Osman memberitahu anak bongsunya, Puteri Nur Azzahra mula menyedari dia kini menjadi perhatian selepas popular menerusi video tutorial solekan yang dimuat naik di Instagram.
Aziz, 52, bagaimanapun berkata, sebagai bapa dia tidak mahu Azzahra atau lebih mesra dengan sapaan Araa yang berusia empat tahun itu hanyut dalam populariti kerana dia masih kanak-kanak.
"Pada awal dahulu dia berasa pelik apabila sering menjadi perhatian orang ramai malah ada yang mahu mengambil gambar bersamanya.
"Namun kini dia semakin faham dia sudah popular kerana video tutorial solekan yang dimuat naik ke Instagram," katanya kepada mStar Online.
Tambah Aziz, dia tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka oleh isterinya, Puteri Lily Lokman menjadi perhatian pengguna laman sosial tersebut.
"Pada saya apa yang dilakukan oleh Araa itu perkara biasa kerana kanak-kanak pada usianya memang gemar mencuba sesuatu yang baru tambahan pula ada gajet seperti iPhone dan iPad.
"Tetapi tidak sangka pula selepas memuat naik video berkenaan dia mula menjadi perhatian dan ramai suka dengannya," ujar Aziz.
Dalam pada itu, Aziz berkata, Araa mendapat idea merakamkan video tutorial solekan selepas menontonnya di YouTube.
Kata Aziz, dia atau pun isterinya tidak pernah mengajar anak mereka cara merakamkan gambar atau video kerana Araa mempelajarinya sendiri.
"iPhone dan iPad pun dia belajar sendiri cara guna tetapi apa hendak dihairankan tentang kanak-kanak zaman teknologi hari ini kerana mereka lebih 'advanced' berbanding dahulu.
"Saya tidak menghalang kerana bagi saya ia adalah satu bentuk perkembangan minda kanak-kanak sepertinya namun sebagai ibu bapa saya sentiasa meletakkan had terhadap penggunaan gajet kepadanya," jelas Aziz.
Sementara itu, Aziz berkata, biarpun Araa dilihat mempunyai bakat luar biasa selain petah bercakap di hadapan kamera namun dia tidak akan memaksa anaknya itu untuk menceburi bidang hiburan.
Padanya, Araa masih kecil dan mahu dia membesar seperti mana kanak-kanak normal lain.
"Dia masih kecil dan masih banyak perkara yang dia masih belum faham. Saya tidak mahu memaksanya dan biarlah dia membesar seperti kanak-kanak lain," katanya.
Instagram Aara boleh diikuti menerusi akaun: https://instagram.com/araaziz/
MAJLIS BERTUNANG ANAK AZIZ M OSMAN
Tahniah buat pelakon, penerbit dan pengarah Aziz M Osman sempena majlis pertunangan anak perempuan nya Puteri Nurul Fatehah hari ini.
Untuk info, mereka sekeluarga mengenakan pakaian merah jambu sebagai tanda satu hati dalam majlis penuh meriah itu. Nampaknya tidak lama lagi, Aziz bakal menjadi datuk pula dan bertambah besarlah keluarga mereka nanti. Ahak!
Aziz M Osman Mahu Bersara
Sutradara Aziz M Osman, bukanlah nama picisan dalam industri tempatan. Malah, ilmu seninya tidak perlu diduga lagi.Sebenarnya selepas munculnya filem Azura 2012 di pawagam, ramai peminat mula mempersoalkan keupayaan pengarah dengan barisan filem ini untuk terus relevan dalam industri perfileman Malaysia.
Aziz berkata pandangan orang ramai terhadap keupayaan beliau terlalu subjektif untuk di perkatakan.
“Saya tidak kisah apa yang orang kata kerana bagi saya, generasi penonton telah berubah. Mungkin ini bukan era saya lagi. Selera penonton juga sudah berubah,” ujar Aziz M Osman.
“Sebenarnya, Demi Dia adalah drama terakhir arahan saya dan saya akan bersara dalam bidang pengarahan. Saya akan menumpukan perhatian pada bidang penerbitan sahaja selepas ini.
Menurut Aziz M Osman lagi, drama Demi Dia yang kini sedang bersiaran di TV3 bukan idea asal beliau sendiri dan ianya datang dari stesen televisyen tersebut. Namun beliau tetap berpuas hati dengan hasilnya.
“Namun kalau boleh, saya lagi puas jika mengarahkan karya saya sendiri. Apa salahnya jika memberi kebebasan kerana kami tidak perlu dipimpin sebegini,” tambahnya yang menolak dakwaan merajuk dengan industri.
- sumber : Sinar Harian
Juadah kegemaran Aziz M. Osman di bulan Ramadan
Sungguhpun bulan Ramadan memberi kelonggaran kepada umat Islam dari melakukan kerja lebih, namun pengarah filem "Azura" Aziz M. Osman tetap mahu sibukkan diri dengan penggambaran filem "Penunggu" yang bakal diriliskan pada tahun hadapan.
Minat beliau terhadap filem yang tidak pernah pudar sentiasa memberikan beliau inspirasi untuk tidak mengenal penat lelah dalam melakukan apa-apa sahaja projek beliau yang terkini.
Kali ini, Aziz M. Osman memberikan tips kesihatan di samping berkongsi perkembangan terbaru beliau sepanjang bula Ramadan dan juga Raya yang bakal menjelang.
Abang Aziz ada beberapa tips kekalkan stamina walaupun banyak kerja?
Saya tiada amalan tradisional yang boleh saya sarankan. Tetapi, isteri saya (Puteri Lily) banyak berikan saya dorongan untuk berhenti merokok. Selepas saya berhenti merokok, saya rasa lebih sihat, tapi kesan sampingan yang saya dapati adalah selera makan makan saya naik, buatkan berat badan saya naik sedikit. Saya juga lebih suka menaiki tangga dan jarang guna eskalator dan lif. Sekarang ini pun saya banyak kurangkan makan makanan yang sedap sebab bila sedap sangat, selera asyik naik. Saya akan utamakan kesihatan lebih daripada kerja.
Apakah pelan Abang Aziz sepanjang bulan Ramadan dan raya?
Saya akan sibuk dengan penggambaran filem "Penunggu" pada bulan Ramadan. Kemudian, saya akan bekerjasama dengan syarikat Maficomm Resources dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk membuat drama bersiri yang bertajuk "Rentas Samudera". Untuk Hari Raya pula, saya akan pulang ke kampung isteri di Melaka dan kemudian ke kampung saya di Singapura. Hari Raya memang saya akan gunakan sepenuhnya untuk keluarga sahaja.
Abang Aziz sudah ada baju raya?
Yang itu, isteri yang uruskan. Tak silap saya, baju saya pada tahun ini berwarna merah jambu dengan jahitan Calvin Thoo. Kainnya diborong dari Bandung.
Apakah makanan kegemaran untuk berbuka / raya?
Saya suka berbuka puasa dengan roti jala, tapi sekarang roti jala sudah tak istimewa lagi sebab sudah di jual di luar bulan Ramadan. Saya suka hidangan yang nampak cantik sebab naik selera makan.
Ada resipi yang abang pandai masak?
Dulu memang saya pandai masak. Tapi sekarang dah jarang. Dulu saya pandai masak sambal tumis, pasal saya suka sangat sambal. Kalau belacan tu, saya akan bakar dulu, mengikut amalan tradisi keluarga.
Aziz dapat anak merdeka
Seorang lagi insan seni yang menyambut keluarga baru ialah pengarah Aziz M. Osman.
Aziz dikurniakan puteri pertama hasil pernikahannya dengan wanita muda, Puteri Lily.
Apa yang menariknya, kelahiran bayi yang diberi nama Puteri Nur Azahra itu menjelang detik sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke- 54. Selamat menjadi ibu dan bapa yang baik, ucapan dari Joyah.
Kematangan Aziz Pikat Hati Lily

PENGARAH filem dan drama popular Aziz M. Osman pernah berhadapan dengan pelbagai liku dalam kehidupan rumah tangganya sebelum ini.
Setelah mahligai yang dibina bersama pelakon yang juga produser Nur Aliah Lee atau Vee selama 15 tahun runtuh tiga tahun lalu, Aziz sekali lagi diuji apabila perkahwinannya dengan Nor Radhiah Ramli musnah sekelip mata selepas perkahwinan mereka dibatalkan kerana ustazah dari Terengganu itu dilaporkan masih dalam tempoh edah ketika bernikah dengan Aziz.
Dua tahun peristiwa itu berlalu, hati pengarah filem XX Ray ini kembali 'berbunga' setelah bertemu dengan buah hati yang kini sah bergelar surinya, Puteri Lily atau nama sebenarnya Puteri Sarbainun Lokman, yang berusia 21 tahun itu.
Melihat ketenangan pada air mukanya ketika akad nikah berlangsung, Aziz diusik mengenai perkara itu. Katanya, kematangan usia menjadikan dia cukup tenang dan bersedia ketika dinikahkan oleh bapa mertuanya semalam.
"Saya kelihatan tenang pada pagi ini (semalam) sebab kematangan usia dan pengalaman hidup yang saya lalui selama ini. Saya sudah bersedia untuk pikul tanggungjawab ini," katanya ringkas memulakan bicara.
Aziz,48, dan Puteri Lilly selamat diijabkabulkan di Masjid Negara semalam. Dengan sekali lafaz, dia sah menjadi suami kepada Puteri Lilly. Upacara akad nikah dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Lokman Ghani hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Abdullah Hashim serta ahli keluarga mempelai.

Ketika diminta mengulas mengenai perbezaan usia kira-kira 27 di antara dia dengan Lily, Aziz yang ditemui sejurus majlis akad nikah selesai berkata, di awal perkenalan perkara itu turut menjadi dilema kepadanya.
Sementelah, usia Lily sendiri muda setahun daripada puteri sulungnya, Puteri Nurul Fateha yang berusia 22 tahun. Sudah tentu perbezaan itu akan mengundang pelbagai persepsi orang ramai.
"Memang saya akui di awal perhubungan kami, perbezaan umur yang jauh menimbulkan dilema buat saya. Apatah lagi, umur Lily pula muda setahun daripada anak sulung saya. Sudah tentu ia akan mengundang pelbagai pandangan atau pertikaian orang lain mahu pun keluarga sendiri.
"Tapi, takdir yang menentukan jodoh kami berdua dan saya bersyukur dengan apa yang tersurat untuk saya. Yang penting, bukan umur tapi keserasian di antara kami yang membolehkan kami bersatu hari ini (semalam). Saya mencari teman hidup dan bukan isteri semata-mata. Saya lihat ciri-ciri itu ada pada Lily," katanya sambil menjeling manja ke arah Lily di sisi.
Tambah Aziz, di sebalik usia yang muda, kematangan, keperibadian dan keserasian anak kepada aktivis teater, Lokman Ghani itu meyakinkannya untuk menyunting Lily sebagai suri hati.
Bahkan, gadis itu juga ikhlas dan menerima Aziz seadanya walaupun dia adalah seorang duda berusia 48 tahun dan mempunyai enam orang anak. Malah, sebelum mereka memutuskan untuk berkahwin, Aziz beberapa kali bertanya kesediaan Lily untuk menggalas tanggungjawab dan apa jua persepsi orang terhadapnya kelak.
"Dia menerima saya bukan kerana nama dan kerjaya saya tetapi kerana diri saya. Malah, sebelum kami putuskan untuk berkahwin pun, beberapa kali saya dapatkan kepastiannya akan keputusan besar yang bakal kami buat ini.
"Banyak kali saya bergurau dengannya, adakah satu kerugian besar jika dia menerima saya seorang duda yang ada anak enam? Tapi saya tidak rugi apa-apa kerana dia masih muda dan anak dara," kongsi Aziz dalam nada ketawa.

Sementara itu, Puteri Lily berkata, keserasiannya bersama Aziz membuatkan hatinya terpaut. Malah dia senang dan selesa dengan kematangan dan sikap kebapaan yang dimiliki oleh Aziz.
Bercerita lanjut tentang jarak usia mereka, Lily mengakui, walaupun usianya masih muda namun dia memang bersedia untuk bergelar isteri sekali gus memikul tanggungjawab sebagai ibu tiri kepada anak-anak Aziz.
"Memang ia satu tanggungjawab yang besar tapi saya cuba untuk belajar. Lagipun saya memang sudah biasa dengan kanak-kanak, bukannya susah mana pun hendak menguruskan anak-anaknya, tak banyak meragam dan bukan satu masalah besar pun.
"Kadang-kala lebih susah untuk menjaga bapanya (sambil menjeling ke arah Aziz) yang lebih banyak ragam," katanya berseloroh.
Ditanya mengenai harapan Aziz terhadap perkahwinan kali ini, secara spontan anak sulung kepada pasangan seniman dan seniwati M. Osman dan Afida Es itu menjawab, pengalamannya daripada perkahwinan terdahulu menjadi teladan dan panduan untuk melayari bahtera rumah tangga yang baru dibina ini.
"Kematangan usia dan pengalaman yang lepas banyak memberikan pengajaran dan teladan buat saya. Insya-Allah, saya mengharapkan yang terbaik untuk perkahwinan ini dan berkekalan ke akhir hayat," katanya yang masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu.
Aziz, Puteri Lily nikah 6 Jun
MENJELANG musim cuti persekolahan pertengahan Jun ini, meja Kak Pora mula dilimpahi kad undangan perkahwinan. Terkenang Kak Pora memori manis ketika menaiki jenjang pelamin dulu, tetapi apakan daya jodoh tak panjang.
Biarpun sudah berpisah, jangan sangka Kak Pora serik untuk mempercayai lelaki. Kak Pora belum berputus asa untuk kembali mencuba seperti pengarah popular, Aziz M Osman yang akan mendirikan rumah tangga semula pada 6 Jun ini. Biarpun pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan, bahkan turut melalui mimpi ngeri apabila pernikahan dengan isteri ketiga berakhir dengan episod kontroversi, Aziz yang Kak Pora panggil Abang Long belum mengalah. Jodoh terbaru Abang Long ialah anak gadis kepada pengarah drama dan teater, Lokman Ghani iaitu Puteri Sarbainun Lokman, 21, atau lebih mesra dipanggil Puteri Lily. Biarpun belum mendapat undangan rasmi, Kak Pora dapat tahu pasangan ini akan diijabkabulkan pada pagi 6 Jun ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seterusnya pasangan mempelai itu akan diraikan pada majlis persandingan yang diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay.
Pasangan itu terlebih dulu bertunang di kediaman keluarga pengantin perempuan di Taman Legenda Mas, Cheras pada 18 April lalu.
Membilang hari menjelang tarikh pernikahan mereka, sempat juga telinga Kak Pora disapa khabar daripada sumber terdekat pasangan itu.
Kak Pora dengar, keluarga pengantin perempuan pada mulanya menyarankan pasangan itu supaya bernikah pada hujung tahun ini.
Bagaimanapun, Abang Long memohon supaya upacara pernikahan mereka disegerakan. Amboi Abang Long... tak sabar-sabar kau ye... tetapi, betullah juga, perkara yang baik untuk apa nak ditangguhkan lagi. Aziz dah lama juga mendudah, malah dah tiga kali menduda, tentu dah tak sabar-sabar nak dpat isteri baru. Kena fahamlah keadaan dia.
Bila difikirkan balik, tidak guna niat baik mereka itu dilengah-lengahkan. Apa lagi yang mahu ditunggu? Kerjaya stabil, fizikal pun masih mengancam. Abang Long pun bukan muda lagi, sudah 48 tahun. Sesuai benar untuk membina keluarga. Doa Kak Pora, Abang Long akan menemui kebahagiaan yang dicari bersama Puteri Lily dan perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat.
Aziz Kahwin Untuk Berteman, Bukan Isteri

SEBELUM bulan puasa tahun ini, produser, pengarah dan pelakon terkenal Aziz M. Osman, 48, nekad untuk menamatkan zaman dudanya. Lantas dia memilih tarikh 6 Jun depan untuk bernikah dengan Puteri Sarbainun Lokman, 21, yang kini menjadi tunangannya.
Pasangan itu bertunang pada 18 April lalu di Taman Legenda Mas, Cheras setelah hampir setahun berkenalan.
Semuanya terdetik sekembalinya pulang dari mengerjakan umrah pada 1 hingga 14 Mac lalu. Dari situ, duda beranak enam itu memikirkan tentang hidupnya yang penuh dengan godaan dan cabaran.
“Saya mendapat hidayat untuk melamar Puteri Lily selepas balik dari umrah. Lepas tu, saya terus meminta keluarga saya meminangnya dan berbincang tentang perkahwinan kami.
“Selepas balik dari umrah, saya mula memikirkan tentang amalan yang saya lakukan. Jika mengikut Islam, perkahwinan merupakan amalan yang digalakkan dan saya fikirkan orang yang berkeluarga akan mendapat lebih banyak pahala.
“Sebagai manusia, saya tidak perlu serik untuk berkahwin lagi,” katanya.
Sebelum ini, dia pernah berkahwin tiga kali namun akhirnya ketiga-tiganya tidak dapat diselamatkan termasuk yang terakhir sekali disebabkan alasan perkahwinan tidak sah.
Sepanjang mengenali anak kepada Lokman Ghani, Pegawai Produksi Istana Budaya (IB) yang juga pengarah teater terkenal, Aziz berkenan dengan sikap perempuan itu yang matang dan serasi dengan anak-anaknya.
“Walaupun dia jauh lebih muda daripada saya, tetapi dirinya sangat matang. Isu muda 27 tahun dari saya tidak menjadi persoalan untuk saya berkahwin dengannya.
“Berdasarkan pemerhatian saya, dia bijak mengendalikan anak-anak saya dan mesra dengan mereka. Anak-anak juga dapat menerimanya dan memanggilnya ‘mummy’,” ujarnya lagi.
Walaupun Puteri Lily bergelar pelakon dan pemilik syarikat GNE Talent Agency, namun Aziz tidak mahu bakal surinya itu hanya terperap di rumah dan melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“Saya berkahwin dengannya bukan untuk dia menjaga makan dan pakaian saya tetapi sebab saya perlukan teman untuk berada di sisi saya ke mana sahaja saya pergi.
“Saya nak dia menjadi sahabat saya sehingga ke akhir hayat dan melakukan semua perkara termasuk kerja di rumah bersama-sama.
“Saya tak mahu dia melakukan kerja seorang isteri kerana terpaksa sehingga tiba pada satu peringkat ia boleh merosakkan hubungan kasih sayang,” tutur produser drama bersiri popular Puteri, Bong, Vice Versa dan Dunia Anita itu.
Jelasnya, pengajaran lalu banyak mengajar dirinya untuk melatih diri menganggap seorang isteri sebagai seorang sahabat.
“Saya sentiasa mencari perkara yang baik dalam hidup. Kesilapan lalu menjadi guru kepada diri-sendiri. Mungkin silap saya dulu apabila menganggap seorang isteri perlu duduk di rumah,” tambahnya.
Terbit semula filem Azura
Ditanya tentang kariernya, Aziz yang sibuk dengan syarikatnya, Ace Motion Picture sedang dalam proses menghasilkan semula filem lama terbitan Deddy M. Borhan berjudul Azura.
“Saya dah beli hak cipta filem Azura dan berminat untuk menerbitkan semula filem itu kerana ceritanya tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
“Jalan cerita dalam filem itu juga menggambarkan tentang apa yang berlaku sekarang. Walaupun saya akan memperbaharui sedikit jalan ceritanya, namun ia masih sesuai dengan keadaan semasa,” katanya yang turut akan menerbitkan siri terbaru Puteri.
Selain itu, Aziz berkata dia sedang menantikan tayangan filem arahannya CE1 pada Hari Raya Haji tahun ini.
Gadis 21 tahun pilihan Aziz

CINTA yang luhur tidak mengenal usia, kedudukan mahupun status. Cinta yang luhur bertitik tolak daripada naluri setiap pasangan yang mahu menyatukan dua hati dalam satu jiwa.
Ketika cinta mekar, hati yang sedang berbunga sukar untuk berpisah. Musim-musim indah percintaan ini dilalui sekali lagi oleh sutradara Aziz M. Osman.
Ya, Aziz M. Osman kembali bercinta! Pengakuan ini dibuat sendiri oleh pengarah yang juga anak pasangan seniman dan seniwati handalan negara, Allahyarham M. Osman dan Afida Es.
Wajah Aziz semakin berseri. Luka lama sudah dibuang jauh-jauh. Dia enggan lagi dihimpit oleh kenangan silam yang merobek hati lelakinya.
Kerana itu, Aziz mahu memberi fokus pada satu lagi episod rumah tangga yang akan dilaluinya kurang dua bulan dari sekarang.
Pada 18 April ini, Aziz akan bertunang dan menjelang Jun depan, dia akan sekali lagi bergelar raja sehari.
Bertuah benar lelaki bernama Aziz. Ini kerana pada usianya 48 tahun, dia bertemu jodoh dengan seorang gadis manis, Puteri Sarbainun Lokman yang berusia 21 tahun.
Hits yang berpeluang bersemuka dengan pasangan ini pada Isnin lalu dapat melihat kegembiraan terpancar pada mata Aziz dan Lily.
Lebih-lagi pada wajah Aziz tergambar keseronokan yang sudah lama didambanya seperti mana lelaki-lelaki lain.
Betapa tidak, Puteri Sarbainun atau lebih mesra disapa Puteri Lily hadir dalam hidup Aziz ketika duda beranak enam ini kesunyian dan trauma dengan perkahwinan ketiganya yang terpaksa ditamatkan secara tiba-tiba.
Keruntuhan rumah tangga kedua yang dibina selama 15 tahun dan perkahwinan ketiga yang bagaikan mimpi ngeri masih berkesan di hatinya. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menolak.
Semuanya bermula tatkala Puteri Lily menemani pelakon kanak-kanak, Ain ke lokasi penggambaran drama Lakar arahan Aziz pada Mei tahun lalu.
Lokasi drama berkenaan meninggalkan momen yang indah buat Aziz kerana di situ matanya tertancap ke arah gadis berkulit putih berambut panjang yang tidak lekang dengan senyuman.
Liuk lintuk bahasa badan Puteri Lily ketika menanti Ain menjalani penggambaran, bukan sahaja mencuri mata Aziz.
Sebaliknya, hati Aziz meronta untuk mendekati dan mengenali gerangan gadis manis itu.
"Pertama kali mata duda 'gatal' ini terpandang Puteri Lily, bagai ada kuasa besi berani yang menarik saya.
"Setiap kali berehat untuk babak berikutnya saya sentiasa mencuri pandang ke arah Puteri Lily walaupun dia tidak memandang saya," kata Aziz membuka rahsia.
Beberapa kali selepas melihat dari jauh, Aziz berkesempatan mendekati Puteri Lily ketika kesemua krew penggambaran Lakar merehatkan fikiran di pusat hiburan karaoke.
Selesai menjamu selera dan berhibur, Aziz memberanikan diri memberi nombor telefonnya sambil dalam hati mengharapkan Puteri Lily akan menghubunginya.
"Tapi biasalah orang perempuan. Suka jual mahal. Dia tidak menelefon saya sehinggalah saya hubungi dia ketika dalam perjalanan balik selepas satu mesyuarat di Damansara pada awal Jun," Aziz M.Osman ralit menyambung perbualan.
Kebetulan, Lily yang juga seorang pelakon ketika itu baru selesai menjalani fotografi di pusat membeli-belah One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya.
Dan Aziz secara tiba-tiba mempelawa Puteri Lily untuk menemaninya makan.
"Bila dia (Aziz) ajak makan, Lily, okey saja," Puteri Lily pula bersuara dan berkongsi saat indah dia dan kekasihnya menjamu selera.
Di meja makan, pasangan itu bercerita dan berkongsi pelbagai kisah daripada hal-hal peribadi kepada kisah kerjaya.
"Ketika rancak bersembang baru saya tahu nama sebenar Lily dan terkejut apabila mendapat tahu usianya baru 20 tahun (2009). Ini bermakna dia muda setahun daripada anak sulung saya, Puteri Nurul Fateha (anak hasil perkahwinan isteri pertama)," kata Aziz mengenai kejutan yang dihadapi pada pertemuan pertama itu.
Menyedari jarak usia yang cukup ketara antara dia dan Puteri Lily, Aziz berjanji pada dirinya tidak akan memilih gadis ini sebagai teman istimewanya.
Namun, apa yang dirancang oleh Aziz tidak menjadi kerana sekali lagi dia harus akur dengan ketentuan yang berlaku secara kebetulan.
Dalam perjalanan menghantar Puteri Lily balik, anak sulung Aziz menghubunginya dan meminta ayahnya itu menjemputnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Perak.
"Ketika itu, negara diserang H1N1, dan Fateha diarahkan balik. Saya tiada pilihan. Dengan persetujuan Lily kami berdua terus menjemput Fateha.
"Sepanjang perjalanan, sifat sebenar Lily terserlah. Walaupun masih muda, tetapi dia sangat matang dan dia memandang saya sebagai seorang Aziz M. Osman, bukan pengarah.
"Saya seronok berbual dengannya kerana sejak menduda saya mencari seorang kawan. Dialah kawan saya ketika itu untuk berbual dalam apa perkara.
"Dan Fateha pula dia tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana dia menyangka Lily salah seorang girlfriend (kawan perempuan) saya," kata Aziz sambil memandang bakal tunangnya itu.
Puteri Lily yang mendengar kata-kata kekasihnya itu tersenyum malu sambil berkata: "Lily tau dia Aziz M.Osman seorang pengarah. Tetapi apabila bersamanya menjamu selera buat pertama kali bertentang mata, barulah Lily kenal seorang Aziz M. Osman.
"Sifat humornya mencuri hati Lily. Walaupun sebelum ini Lily pernah terlibat dalam drama terbitan syarikat Aziz, Ace Motion Picture iaitu Bong dan apabila krew bercakap tentang Aziz, Lily tak ambil kisah langsung.
"Bagi Lily biarlah dia pengarah ke apa ke, tak ada kena mengena langsung dalam hidup Lily. Lily bukan mengharap sangat peluang berlakon dalam drama dia sebab Lily pun ada syarikat sendiri," luah Lily, tuan punya GNE Talent Agency mengenai perasaan hatinya terhadap Aziz.
Setelah hubungan Aziz dan Lily mencecah usia dua bulan dan perasaan cinta mula bercambah di hatinya, sekali lagi Aziz berhadapan dengan kejutan.
Kejutan yang dimaksudkan ialah selama perkenalan dengan Puteri Lily, Aziz langsung tidak mengetahui yang kekasihnya itu merupakan anak kepada Lokman Ghani seorang Pegawai Produksi Istana Budaya (IB) yang juga pengarah teater terkenal.
"Saya terkejut kerana wajah Lily langsung tidak ada iras wajah Lokman Ghani. Apabila mengetahui perkara itu, saya tidak boleh buat apa kerana hati sudah mula terpikat padanya.
"Apa juga cabaran yang datang, saya akan hadapi. Sama ada diterima atau tidak oleh keluarga Lily, saya reda," Aziz mengakui keadaannya ketika itu.
Aziz dan Lokman sudah saling mengenali antara satu sama lain dan selama ini Aziz lebih mesra menyapa kenalannya itu dengan panggilan Abang Man.
Namun, pertemuan dengan Puteri Lily menyebabkan panggilan Aziz buat Lokman sudah berubah.
"Setelah lima bulan hubungan kami, hari yang paling saya takut datang. Hari itu, sekitar awal November, Lily ajak saya menonton teater Cuci the Musical di IB.
"Ayah Lily, Lokman menyediakan dua tiket untuk kami. Jika selama ini berjumpa Lokman saya memanggilnya abang Man, tetapi malam itu buat pertama kali berjumpanya saya cium tangan dan memanggilnya ayah.
"Syukur Alhamdulillah, 'ayah' terima kehadiran saya dan sejak saat itu saya berjanji di hati akan menjaga Lily sehingga hujung nyawa saya," kata Aziz lagi membuat pengakuan.
Bagi Aziz, penerimaan Lokman merupakan rahmat buatnya.
Selain restu Lokman, apa yang turut membuatkan Aziz gembira dan bersyukur ialah anak-anaknya dengan bekas isterinya, Nuraliah Lee Abdullah atau Vee boleh menerima kehadiran bakal ibu baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]










