Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Aziz, Puteri Lily nikah 6 Jun


MENJELANG musim cuti persekolahan pertengahan Jun ini, meja Kak Pora mula dilimpahi kad undangan perkahwinan. Terkenang Kak Pora memori manis ketika menaiki jenjang pelamin dulu, tetapi apakan daya jodoh tak panjang.

Biarpun sudah berpisah, jangan sangka Kak Pora serik untuk mempercayai lelaki. Kak Pora belum berputus asa untuk kembali mencuba seperti pengarah popular, Aziz M Osman yang akan mendirikan rumah tangga semula pada 6 Jun ini. Biarpun pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan, bahkan turut melalui mimpi ngeri apabila pernikahan dengan isteri ketiga berakhir dengan episod kontroversi, Aziz yang Kak Pora panggil Abang Long belum mengalah. Jodoh terbaru Abang Long ialah anak gadis kepada pengarah drama dan teater, Lokman Ghani iaitu Puteri Sarbainun Lokman, 21, atau lebih mesra dipanggil Puteri Lily. Biarpun belum mendapat undangan rasmi, Kak Pora dapat tahu pasangan ini akan diijabkabulkan pada pagi 6 Jun ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seterusnya pasangan mempelai itu akan diraikan pada majlis persandingan yang diadakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay.

Pasangan itu terlebih dulu bertunang di kediaman keluarga pengantin perempuan di Taman Legenda Mas, Cheras pada 18 April lalu.

Membilang hari menjelang tarikh pernikahan mereka, sempat juga telinga Kak Pora disapa khabar daripada sumber terdekat pasangan itu.
Kak Pora dengar, keluarga pengantin perempuan pada mulanya menyarankan pasangan itu supaya bernikah pada hujung tahun ini.
Bagaimanapun, Abang Long memohon supaya upacara pernikahan mereka disegerakan. Amboi Abang Long... tak sabar-sabar kau ye... tetapi, betullah juga, perkara yang baik untuk apa nak ditangguhkan lagi. Aziz dah lama juga mendudah, malah dah tiga kali menduda, tentu dah tak sabar-sabar nak dpat isteri baru. Kena fahamlah keadaan dia.

Bila difikirkan balik, tidak guna niat baik mereka itu dilengah-lengahkan. Apa lagi yang mahu ditunggu? Kerjaya stabil, fizikal pun masih mengancam. Abang Long pun bukan muda lagi, sudah 48 tahun. Sesuai benar untuk membina keluarga. Doa Kak Pora, Abang Long akan menemui kebahagiaan yang dicari bersama Puteri Lily dan perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails