Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Bunga Cinta Lestari. Show all posts
Showing posts with label Bunga Cinta Lestari. Show all posts
Bunga paling bahagia
JIKA ditanya siapakah wanita paling bahagia ketika ini, pasti wanita ini mengakui yang dia sedang melewati fasa tersebut. Tidak hanya gembira melihat kerjaya seni yang semakin memuncak tetapi dari dalam soal peribadi juga membuatkan dia tersenyum lebar.
Bagi Bunga Citra Lestari (BCL) kehidupan yang laluinya kini begitu membahagiakan. Dikurniakan suami yang begitu penyayang dan seorang anak lelaki yang comel membuatkan dia merasakan menjadi wanita paling bertuah ketika ini.
“Segala-galanya begitu manis ketika ini walaupun saya tahu masih banyak perkara yang perlu dilalui pada masa hadapan. Tetapi ketika ini memang saya gembira menjadi isteri dan ibu kepada lelaki yang sangat saya cintai.
“Setiap hari saya melalui perkara baharu. Jika satu masa dahulu kehidupan saya lebih bebas melakukan apa sahaja tetapi kini saya perlu menguruskan keluarga yang menjadi keutamaan.
“Saya tidak mahu mengeluh tentang perkara berkenaan. Bagi saya menguruskan keluarga merupakan hal paling membahagiakan sebagai seorang wanita ketika ini,” ungkap Bunga.
Bagi wanita ini, dia selesa menguruskan hal keluarga sendiri termasuklah soal penjagaan anak Noah Sinclair, 5 tahun.
Akuinya lagi jika satu ketika dahulu dia jarang bangun pagi tetapi tabiat tersebut sudah lama ditinggalkan memandangkan Noah perlu diuruskan sejak dihantar ke prasekolah di Jakarta, Indonesia.
Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Sejati ini lagi, dia begitu berbesar hati kerana suaminya Ashraf Sinclair sentiasa ada di sisi sejak berkahwin pada tanggal 8 November 2008.
Menggambarkan suaminya sebagai insan yang begitu bertanggungjawab terhadap keluarga, segala urusan rumah tangga dilakukan bersama tanpa membebankan sesiapa pun.
“Mungkin kami kelihatan sibuk dengan pelbagai tuntutan kerja di sana tetapi antara saya dan Ashraf masing-masing sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk Noah.
“Ada kalanya saya akan pulang lewat malam selepas selesai apa sahaja acara di sana dan setiap pagi perlu menguruskan Noah ke sekolah. Ada masa Ashraf akan membantu jika saya untuk melakukan kerja lain.
“Dalam rumah tangga sudah pasti perlu ada toleransi. Saya gembira kerana kami mampu memberikan yang terbaik sepanjang perkahwinan ini,” jelas Bunga ketika ditemui di Kuala Lumpur minggu lalu.
Memilih
MELIHATKAN sambutan yang diberikan terhadap filem Habibie & Ainun dua tahun yang lalu membuat Bunga lebih berhati-hati. Baginya filem tentang kisah sebenar mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie itu meninggalkan kesan buat dirinya.
Menjadi antara filem paling ramai ditonton di sana, watak Ainun membuatkan orang mula menggelar dirinya dengan nama tersebut hampir setahun lamanya.
“Memang filem tersebut memberikan kesan besar buat diri saya. Sebab itu saya mengambil keputusan untuk berehat beberapa tahun sebelum kembali berlakon. Memang sudah ada beberapa tawaran yang saya pertimbangkan tetapi masih belum diputuskan.
“Paling ditakuti apabila orang mula membanding filem akan datang dengan filem tersebut dan jika mereka kurang gemar apa pula yang akan jadi. Sebab itu saya mahu lebih memilih agar tidak dibanding-bandingkan nanti.
“Dalam tempoh dua atau tiga tahun, saya hanya mengambil sebuah filem sahaja. Itu memang prinsip yang sudah saya pegang sejak sekian lama,” ujar Bunga yang bergandingan dengan pelakon Reza Rahadian menerusi filem berkenaan.
Selain itu, Bunga menegaskan yang dia mahu lebih dikenali sebagai penyanyi dan bukannya pelakon. Atas dasar itu juga yang sedikit sebanyak membataskannya untuk menerima apa sahaja tawaran yang datang.
Jika tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seni, Bunga akan memberikan tumpuan kepada perniagaan makanan yang diceburinya bersama Ashraf sejak beberapa tahun yang lalu.
Mereka yang mengusahakan restoran makanan francais ala Barat itu turut membuka dua buah restoran di bawah jenama Pondok Sunda serta dua buah gimasium.
“Apabila terlibat dalam bisnes sebegini sememangnya memberikan dimensi baru buat saya dan Ashraf. Memang banyak perkara baru yang kami pelajari terutama soal kewangan dan apa yang terbaik untuk para pelanggan.
“Jika ada sebarang masalah di restoran, pengunjung akan terus bertanyakan kepada kami melalui laman sosial. Sebab itu saya perlu mengetahui pergerakan restoran agar dapat memberikan jawapan terus kepada yang bertanya.
“Orang tidak tahu apa masalah yang berlaku tetapi yang orang tahu restoran itu kepunyaan saya dan Ashraf. Jadi kami kena bertanggungjawab sepenuhnya jika ada sebarang masalah,” katanya lagi.
Cabaran
MENGINJAK usia 32 tahun ini, Bunga mengakui kehidupan yang dilaluinya memberikan seribu satu pengalaman baharu buatnya. Sambil menyifatkan apa yang dikecapi hari ini sebagai anugerah terindah, sudah pasti dia mahu berusaha lebih keras untuk terus memahat kejayaan.
Pun begitu ada kala hatinya diusik cemburu melihat suaminya yang berjaya menempatkan diri sebagai pelakon popular di Indonesia melalui puluhan sinetron yang dibintanginya.
Namun, dia mengakui agak sukar untuk menapak kukuh di pasaran Malaysia walaupun suaminya berasal Malaysia.
“Saya gembira kerana Ashraf banyak diberi kesempatan untuk menjadi lebih baik di sana. Itu merupakan usaha kerasnya terutama untuk mempelajari Bahasa Indonesia yang menjadi ‘bahasa rasmi’ kebanyakan program televisyen di sana.
“Dia berusaha untuk menguasai Bahasa Indonesia dan pastinya dia berhak mendapat tempat yang baik di pasaran sana.
“Tetapi saya masih ‘kecil’ di sini (Malaysia) jika mahu dibandingkan dengannya di sana (Indonesia) Padahal suami saya orang sini,” kata Bunga tertawa.
Walaupun begitu Bunga awal-awal lagi menolak tanggapan berkecil hati dengan situasi yang dihadapinya. Baginya dia sama seperti penyanyi Indonesia yang lain yang mengharapkan tuah untuk popular di negara ini.
Bukan tidak cemburu melihat penyanyi-penyanyi seangkatan dengannya yang berjaya menakluk peminat di sini sejak sekian lama. Tetapi bagi wanita ini semua itu memerlukan usaha dan kerja keras yang berterusan.
“Mungkin selama ini saya hanya hadir seketika dan kurang memberikan tumpuan kepada aktiviti di sini menyebabkan nama saya dipandang sepi. Seingat saya hanya beberapa kali sahaja saya hadir memenuhi undangan rasmi.
“Sebelum ini pun ada beberapa konsert dan persembahan besar yang saya memanggil saya tetapi tidak menjadi. Mungkin bukan rezeki saya walaupun saya memang beria-ia untuk ke sini,” jelasnya lagi.
Bagi Bunga, dia menyasarkan tahun 2015 sebagai tahun untuk mengembangkan lagi kerjaya di Malaysia. Sudah pasti dia mengharapkan tuah lagu Wanita Terbahagia yang menjadi pertaruhan terbaru untuk peminat di sini.
Jelasnya lagu Wanita Terbahagia begitu dekat dengan dirinya bagai bercerita tentang apa yang sedang berlaku kepadanya ketika ini.
Paling manis apabila dia memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi pertama pelancaran lagu dan video muzik berbanding dengan negara kelahirannya sendiri.
Sikap Romantik Suami Kebahagiaan Rumah Tangga Bunga Citra Lestari
Pelakon dan pengacara dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari mendedahkan sikap romantik suaminya pelakon Ashraf Sinclair merupkan salah satu kunci kebahagian rumah tangga mereka.
Bunga, 32, berkata, suaminya yang berasal dari Malaysia sering meninggalkan nota-nota kecil dengan kata-kata manis sebelum keluar meninggalkan rumah.
"Dia sangat romantik, sejak mengenalinya sehingga kini dia masih orang yang sama dan terbaik buat saya.
"Dari dulu dia suka meninggalkan nota kecil di tempat tersembunyi di rumah saya dan apabila saya bersedih atau bergembira dia akan meminta saya ambil nota itu. Ketika itu kami bercinta jarak jauh.
"Sekarang pun sama, dia masih meninggalkan nota seperti di bilik mandi sebelum pergi kerja supaya saya membacanya selepas bangun tidur," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Rabu.
Bunga ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Wanita Terbahagia yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini.
Sementara itu Bunga berkata, mereka juga mengamalkan prinsip jujur, mempercayai dan terbuka dalam berkomunikasi diantara satu sama lain.
Katanya, perkara itu diamalkan sejak dalam proses percintaan lagi.
Semasa bercinta, Bunga dan Ashraf masing-masing dipisahkan oleh dua buah negara.
"Kami tidak letak batasan kalau berada di luar cuma prinsip saling percaya, jujur dan terbuka dalam komunikasi diamalkan sejak daripada zaman bercinta.
"Kami bercinta jarak jauh dan perkara itu membuatkan hubungan itu lebih kuat dan saya tidak terlalu bimbang kerana percaya pada prinsip tersebut," ujarnya.
Ditanya tentang pembahagian masa terhadap kerjaya dan keluarga terutama bersama anaknya Noah yang berusia empat tahun Bunga berkata, mereka cuba membahagi masa sebaik mungkin.
Menurut Bunga, dia akan berusaha membawa anaknya ke lokasi penggambaran Ashraf bagi menghabiskan masa bersama.
"Kalau Ashraf sibuk berlakon, saya dan Noah akan ke lokasi penggambaran bagi menemani dia, begitu juga kalau saya yang sibuk, mereka datang menemani saya di lokasi," katanya.
Dalam pada itu, bercakap tentang lagu Wanita Terbahagia, Bunga berkata, karya itu mengambarkan dirinya yang sedang menjalani sebuah kehidupan keluarga yang sempurna.
Lagu ciptaan komposer Indonesia Dewiq dan Pay itu juga merupakan kemunculan semulanya dalam bidang nyanyian selepas dua tahun menyepi.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata Noah Sinclair (4 tahun).
Istana Budaya Jawab Tuduhan Bunga Citra Lestari
Tuntutan bayaran yang tinggi menjadi punca penganjur konsert Stanza Cinta iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Istana Budaya tidak dapat memberi ruang kepada penyanyi dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari untuk menyertai persembahan itu.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, penganjur dan juga artis berkenaan juga tidak pernah menandatangani sebarang kontrak sebagai tanda persetujuan untuk membawa artis berkenaan ke negara ini.
"Kami menghubungi Bunga untuk bertanya tentang bayaran dan harga dia agak tinggi, sementara pihak UUM tidak mampu untuk membayarnya dengan harga itu.
"Tidak lama selepas itu kami terus menghubunginya semula dan membatalkan hasrat tersebut. Tiada sebarang kontrak dibuat antara kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Mohamed Juhari berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Bunga Citra Lestari yang melahirkan rasa terkilan tidak dapat menjayakan Konsert Stanza Cinta di Istana Budaya pada 4 dan 5 April lalu.
Bunga juga mendakwa dia telah menolak beberapa tawaran di Indonesia bagi menjayakan konsert tersebut.
Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, konsert Stanza Cinta yang dianjurkan bukan sebuah persembahan kormersial seperti konsert Afgan, Marcell dan Dayang Nurfaizah sebaliknya sebuah konsert ulang tahun dianjurkan universiti.
"Ia sebuah konsert yang memperuntukan bajet rendah tetapi saya yang memberi idea untuk membawa Bunga dalam konsert itu kerana dia ada nilai kormersial.
"Namun apabila harga tinggi, ia tidak mencapai persetujuan pihak universiti dan akhirnya kami menggantikan dia dengan penyanyi tempatan sahaja," katanya.
Konsert Stanza Cinta yang berlangsung pada 4 dan 5 April lalu itu dijayakan oleh Jaclyn Victor, Amy Search, Noh Salleh, Adira dan Haziq.
Dalam pada itu, Mohamed Johari berkata, belum ada sebarang perancangan untuk membawa artis Indonesia untuk beraksi di pentas Istana Budaya buat masa ini.
"Kutipan sangat perlahan untuk konsert. Konsert Glenn Fredly yang sepatutnya berlangsung malam ini (Rabu) terpaksa dibatalkan kerana kurang sambutan," ujarnya.
Bunga Cinta Lestari Cuti 3 Minggu Bersama Keluarga
SEJAK dua tahun kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon Bunga Cinta Lestari cukup sibuk dengan aktiviti seninya selain urusan perniagaan sehinggakan masanya untuk bersama keluarga sangat terbatas.
Bagaimanapun, menurut laporan portal Kapanlagi, Bunga atau lebih senang disapa Unge membuat keputusan untuk berehat selama tiga minggu menghabiskan hujung tahunnya bersama keluarga.
"Untuk akhir tahun ini, saya tidak mengambil sebarang tawaran kerja. Saya mahu meluangkan masa bercuti bersama-sama dengan suami (Ashraf Sinclair) dan anak (Noah)," katanya.
Tambah Unge, dia harus berbuat demikian kerana bermula tahun depan jadualnya bertambah padat dengan kerja-kerja rakaman lagu baharu dan perniagaan.
Dalam pada itu Unge turut memberitahu dia akan berehat daripada kerja lakonan buat sementara waktu untuk memberi fokus pada bidang nyanyiannya itu.
Kesempurnaan Bunga Cinta Lestari
ASHRAF SINCLAIR, BUNGA & NOAH
Gambar menarik Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (Pelakon yang kini popular melalui sinetron Bayu Cinta Luna) dan anak mereka yang bernama Noah sinclair. Untuk info, Ashraf dan Bunga telah berkahwin lebih 4 tahun di mana mereka dijabkabulkan di Masjid Al-Bina, Senayan, Jakarta, Indonesia pada tahun 2008.
Selain berlakon dalam sinetron Indonesia, Ashraf kini bersama isterinya telah membuka sebuah restoran TGI Friday's di kawasan Lippo Mall Kemang, Jakarta Selatan.
BCL tunda anak
PENYANYI dan aktres cantik, Bunga Citra Lestari berharap untuk mendapat anak kedua setelah melahirkan putera pertamanya, Noah. Namun kerana mengalami masalah berat badan, wanita yang kerap dipanggil BCL itu terpaksa menundanya hasratnya.
"Siapalah yang tidak mahu menambah anak tetapi untuk sekarang belum. Menguruskan badan itu mengambil masa yang lama," ujarnya.
Sementara ini, isteri aktor Ashraf Sinclair itu ingin kembali fokus mengejar karier di dunia hiburan. BCL menyatakan hasrat untuk melahirkan anak kedua dalam jarak masa yang jauh.
"Tidak sekarang kerana saya baru mula bekerja. Mungkin nanti jika Noah sudah besar sedikit," tuturnya.
BCL berharap kehamilannya yang kedua akan memberinya seorang puteri.
"Mungkin nantilah tahun-tahun depan. Mahunya seorang anak perempuan," ujarnya.
Anak Ashraf, BCL Diajar Solat Seusia Dua Tahun
Anak yang dididik dengan agama dari saat dia kecil lagi adalah didikan yang terbaik menjadi anak yang
bakal mengingati Tuhan kelak. Bahkan didikan agama juga merupakan suatu yang penting yang tidak boleh diambil enteng,
kegagalan dalam didikan agama juga boleh menjerumus kepada kepada anak yang menimbulkan banyak masalah fizikal dan rohani.
Anak kepada Ashraf Sinclair dan juga Bunga Citra Lestari,
Noah Sinclair yang kini berusia dua tahun sudah dibiasakan dalam aktiviti mengerjakan solat.
Beberapa keping gambar Noah Sinclair diajar solat telah dikongsikan bersama oleh ibubapanya sendiri di laman sosial masing-masing.
Mungkin inilah keluarga selebriti pertama yang memaparkan kebahagian anak diajar dengan didikan agama sewaktu usia dua tahun.
Gambar Bersosial : Bunga Citra Lestari Tidak Emosi
PETALING JAYA: Penyebaran beberapa keping gambar sosial di Internet pada 27 Disember lalu tidak membuatkan penyanyi dari Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) meluahkan perasaan emosi tetapi menerimanya dengan tenang.
Menurut BCL menerusi laman Twitter untuk kelab peminatnya, BCLicious, dia tidak mahu mengambil pusing dengan gosip yang tersebar itu kerana lebih mengetahui apa yang berlaku.
“Buat BCLicious, tidak usah hendak emosi dengan berita-berita itu. Biarkan sahaja. Kita senyum saja ya. Yang penting kita tahu kebenarannya,” kata BCL dalam akaun Twitternya.
Terdapat minuman keras dalam gambar-gambar BCL dengan kawan-kawannya termasuklah salah satunya menunjukkan BCL sedang memegang rokok. Turut kelihatan dalam gambar itu suaminya, pelakon Ashraf Sinclair.
Media di Indonesia menganalisis bahawa penyebaran gambar berkenaan disengajakan bagi melariskan album BCL yang bakal keluar tidak lama lagi.
Berat Badan Bunga Citra Lestari Turun

SETELAH melahirkan anak pertamanya, Noah Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 23 kilogram (kg).
Bunga agak gembira dengan penurunan berat badannya itu selepas bertungkus lumus berdiet serta membuat senaman untuk kembali ke penampilan asalnya.
"Sekarang saya sudah berjaya menurunkan berat sebanyak 23kg, tinggal sekilo lagi, saya akan mendapat tubuh badan yang asal," ujarnya kepada laman sosial detikhot.com, Khamis, yang ditemui di Jakarta Convention Center, Senayan.
Bunga mengakui, dia mempunyai tip diet yang sangat efektif sehingga mampu menurunkan berat badan dengan mudah.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair itu enggan berkongsi tip tersebut buat masa ini.
Bunga telah melahirkan Noah pada 22 September tahun lalu dan kini dia menikmati hari-harinya sebagai seorang ibu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]




