Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kesempurnaan Bunga Cinta Lestari

SEMEMANGNYA Bunga Cinta Lestari antara figura Indonesia yang berada pada kelas tersendiri. Berpersonaliti menarik, isteri pelakon Ashraf Sinclair dan ibu kepada Noah Sinclair yang kini berusia dua tahun melengkapkan kehidupannya sebagai wanita. Selain kejayaan membanggakan dalam bidang lakonan, pengacaraan dan nyanyian, Bunga turut menjadi lambang artis Indonesia yang berjaya pada hari ini. Penilaian tersebut dibuat menerusi gaya hidupya. Paling menyerlah tentu sekali cita rasa anak jati Jakarta ini terhadap pemilihan fesyen kesukaannya. Sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa, sebagai salah seorang daripada 100 penerima Anugerah Perempuan Indonesia Terinspiratif, pilihan gaya Bunga sentiasa tepat. Bahkan setiap fesyen yang digayakan menjadi ikutan golongan muda yang terpesona dengan cara Bunga. Falsafah Bunga cukup mudah dalam bab pemakaian. Baginya tidak salah memakai gaun pendek atau baju tanpa lengan asalkan tahu caranya. Inilah caranya dia mempromosikan gaya hidup Baratnya. Selagi cara pemakaian tidak seksi secara 'berlebih-lebihan' sehingga mengundang rasa kurang selesa masyarakat sekeliling, itu sudah memadai bagi Bunga. Juga perlu bijak menjaga tingkah laku agar tidak mengundang rasa jelik orang sekeliling. "Pertamanya perlu tahu di mana kelebihan dan kekurangan bahagian tubuh kita. Buat sedikit ulang kaji tentang fesyen yang sesuai. "Kemudian barulah pilih jenis fesyen yang diingini. Saya juga mengalami saat sukar untuk memilih fesyen bersesuaian satu ketika dahulu," kata pelakon ini. Tidak sombongMeski ramai yang mengagumi keseksian dan personalitinya, Bunga yang mesra disapa Unge ini tidak pernah sombong. Sebagai pekerja industri hiburan bagi Bunga, mereka harus mesra dan sentiasa menitikberatkan soal penampilan. Pelakon ini juga tidak peduli andai ada pihak tidak suka dengan penampilannya di majlis-majlis yang dihadiri. Malah penerima Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 bagi kategori Artis Wanita Terbaik ini mempunyai pandangan tersendiri berhubung persoalan tersebut. Baginya semua orang mempunyai pandangan sendiri tentang fesyen namun tidak perlu keterlaluan sehingga menjadi hamba fesyen.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails