Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Chef Wan. Show all posts
Showing posts with label Chef Wan. Show all posts

Bimbang Tanggung Risiko, Chef Wan Tangguh Buka Restoran

Chef selebriti terkenal iaitu Datuk Chef Wan terpaksa menangguhkan hasrat untuk membuka restoran '1 Market by Chef Wan' di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya dekat sini kerana keadaan ekonomi negara kurang baik. Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 57, berkata, rakan kongsi dan pelabur memutuskan penangguhan tersebut selepas membuat kajian selama lima bulan di pusat beli belah tersebut yang mendapati perniagaan di situ kurang memberangsangkan. "Rakan kongsi dan pelabur Lippo Group di bawah anak syarikat mereka The Food Junction membuat keputusan untuk menangguhkan pembukaan restoran tersebut ke suatu masa selepas ekonomi negara lebih baik. "Kajian selama lima bulan yang dibuat mendapati sambutan di IOI City Mall itu kurang baik dan tidak menggalakkan untuk operasi restoran tersebut," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.
Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang papan tanda nama kedai miliknya di IOI City Mall, Putrajaya, yang sepatutnya sudah beroperasi telah ditanggalkan. Tambahnya, pelabur enggan mengambil risiko tinggi dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil. "Dengan keadaan ekonomi negara kita tak stabil tentulah pelabur luar takut untuk melabur RM11 juta untuk set up food hall ini dan tidak mahu mengambil risiko. "Jadi mereka terpaksa lepaskan ruang perniagaan itu serta tiga bulan deposit yang sudah dibayar kepada pusat beli-belah tersebut. Memang rasa sayang tapi biarlah kita rugi sedikit daripada rugi banyak selepas membukannya nanti," ujarnya. Bagaimanapun, Chef Wan berkata, mereka dalam perancangan untuk membuka francais yang baharu di bawah namanya di seluruh Malaysia, Singapura dan Jakarta tidak lama lagi. Restoran 1 Market pertama milik Chef Wan telah dibuka pada tahun 2012 di Plaza Singapura, Singapura dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara itu.

'Saya Berhak Tegur Restoran 5 Bintang' - Chef Wan

Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan menjelaskan tindakannya menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana kegagalan menyediakan resipi dengan cita rasa sebenar adalah kerana peranannya sebagai Duta Pelancongan Makanan Malaysia. Chef Wan, berkata, teguran itu dibuat bukan kerana tidak berpuas hati dengan resipi Laksa Nyonya yang dimasak chef restoran itu tetapi beliau bimbang industri makanan negara ini akan tercalar kerana kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. "Saya telah mengelilingi dunia untuk mempromosi dan memperkenalkan masakan tradisional Malaysia dan apabila kejadian itu berlaku saya jadi malu dan marah kerana sebuah hotel bertaraf lima bintang di negara sendiri boleh menghidangkan makanan yang tidak sedap dan salah penyediaan resipinya kepada pelanggan. "Bayangkan jika ada pelancong asing yang datang dan merasai hidangan tersebut ia akan memberikan gambaran berbeza terhadap makanan berkenaan selain imej buruk kepada industri pelancongan makanan di negara ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu. Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad lalu telah memuat naik gambar Laksa Nyonya dan menyelar sebuah restoran hotel lima bintang di Kuala Lumpur selepas rasa hidangan makanan yang dipesannya itu berbeza tidak seperti tertera dalam menu. Dalam Instagram itu tersebut Chef Wan berkata, buat apa membayar RM40 untuk sepinggan Laksa Nyonya jika cara pembuatannya salah.
Malah dia turut menyelar segelintir Chef bersikap pemalas untuk belajar cara penyediaan resipi sebenar dan golongan berkenaan patut ‘dihukum tembak’ kerana menjahanamkan manakan warisan negara. Dalam perkembangan sama, Chef Wan berkata, dia telah memaklumkan perkara tersebut kepada pengurus restoran berkenaan dan mereka berjanji akan memperbaiki masakan tersebut pada masa hadapan. Malah katanya, adalah penting untuk tukang masak di negara ini berpegang teguh kepada warisan dan kaedah masakan dengan betul supaya hidangan tradisional kekal terpelihara. "Sebagai seorang Duta Pelancongan Makanan Malaysia saya ada hak untuk menegur sekiranya sesuatu hidangan itu tidak dimasak dengan betul tambahan pula ia adalah masakan tradisional kita," ujarnya. Sementara itu, mengulas mengenai sesetengah pihak yang memandang negatif terhadap tegurannya itu, Chef Wan berkata, beliau tidak peduli dengan pandangan orang lain kerana baginya imej masakan Malaysia perlu dijaga. "Mungkin saya ada kekurangan sebagai seorang chef tetapi pengalaman saya dalam bidang makanan sudah terlalu lama dan jika ada sebarang kesilapan sudah tentu saya akan tegur. "Orang yang melemparkan komen negatif terhadap teguran saya itu mungkin tidak faham tentang tanggungjawab yang saya pikul sebagai seorang duta (pelancongan makanan)," katanya. Dalam pada itu, Chef Wan menasihati tukang masak di negara ini agar perlu lebih peka terhadap penyediaan sesuatu masakan selain hendaklah lebih banyak belajar teknik memasak dengan betul. Malah katanya, sikap malas dan tidak boleh ditegur perlu dikikis sekiranya ingin berjaya dalam bidang kulinari. "Ini satu masalah tentang tukang masak di Malaysia, mereka enggan menerima teguran apabila berlaku sesuatu kesalahan dan sentiasa anggap diri mereka sudah cukup hebat. "Sepatutnya mereka perlu lebih peka kerana kesilapan kecil boleh menyebabkan masalah lebih besar," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Chef Wan memberitahu, program masakannya iaitu East Bites West with Chef Wan telah pun disiarkan di saluran National Geographic di 58 buah negara di seluruh dunia.

Chef Wan Enggan Ulas Rumah Tangga Anak

PETALING JAYA: Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menganggap pihak media yang sentiasa memburu cerita panas mengenai rumah tangga anak dan menantunya diibaratkan seperti ikan piranha. Kata Chef Wan, beliau tidak akan sesekali membuka pekung di dada selain telah mengarahkan anaknya Mohd Nadzri (Chef Riz) dan menantunya Ana Dahlia agar berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan yang boleh disalahertikan. “Berdiam diri adalah cara terbaik dalam menghadapi isu ini kerana ia adalah urusan peribadi perkahwinan mereka, bukan urusan anda semua (pihak media)," katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirimkan. Chef Wan memberitahu, beliau juga tidak mengamalkan sikap menceritakan apa juga konflik dalaman keluarga kerana ia hanya akan mengundang fitnah dan spekulasi kepada khalayak yang tidak mengetahui perkara sebenar. "Kenapa anda bertanya kepada saya dan bukan mereka? Sibuk hal rumah tangga orang, tanya pada bapa mertua buat apa? "Anda tahu yang anda tidak akan dapat apa-apa kenyataan daripada saya. Saya enggan memberikan apa-apa komen," tegasnya.
Bagaimanapun Chef Riz dalam akhbar Kosmo! pada Rabu mengaku rumah tangganya dengan Ana sedang bergolak dan dia berusaha untuk menyelamatkannya namun enggan mengulas lanjut. Khabar angin mengenai konflik perkahwinan Chef Riz dan Ana mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu apabila aktres itu dikatakan bersikap curang. Dalam laporan mStar Online bertarikh 19 Oktober lalu, Ana menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya dan menganggap tuduhan tersebut timbul kerana sikap iri hati pihak tertentu. Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, bernikah dengan Chef Riz, 31, pada 11 Disember 2011. Pada majlis pernikahan itu Ana menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin RM1,001 berserta sebentuk cicin. Sebelum berkahwin dengan Chef Riz, Ana merupakan seorang janda.

Restoran Pertama Chef Wan Beroperasi Di Singapura

PETALING JAYA: Chef selebriti terkenal Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan bakal membuka sebuah restoran di Singapura atas desakan rakan-rakan. Chef Wan berkata, restoran tersebut yang diberi nama Chef Wan In Style bakal dibuka di Plaza Singapura, Orchard Road, September depan. "Asalnya nak buka di Kuala Lumpur tetapi tidak jumpa lokasi yang sesuai serta menepati idea dan konsep yang ingin saya buat iaitu seperti sebuah bazar yang penuh dengan makanan. "Apabila ada pihak di Singapura menawarkan saya sebuah premis yang besar iaitu kira-kira 14,000 kaki persegi dan boleh memuatkan 400 orang pada satu-satu masa, saya fikir ia adalah tempat sesuai untuk memulakan perniagaan. "Lagi pun saya dah letih asyik kena desak oleh rakan-rakan dan peminat yang mahu saya membuka sebuah restoran dan akhirnya saya mengalah. "Walaupun tidak tahu bagaimana ingin membahagikan masa di restoran itu nanti, tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan pelbagai makanan enak untuk mereka," katanya kepada mStar Online. Tambahnya, makanan yang bakal disediakan nanti bukan hanya terhad kepada masakan Melayu semata-mata tetapi akan menghidangkan lebih 100 jenis masakan dari seluruh negara Asia Tenggara. Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia sendiri telah menyusun menu-menu untuk restorannya dan akan mendapatkan chef terbaik dari seluruh Asia Tenggara. Chef Wan berkata, selain menu yang sesuai pihaknya juga akan memastikan makanan yang disediakan adalah halal dan boleh dinikmati oleh semua golongan.
"Apa yang lebih penting ia makanan halal yang saya sajikan selain mampu menarik minat semua pengunjung dari seluruh dunia. "Sekarang ini saya cuma pening untuk menyusun menu supaya tidak tertinggal apa-apa yang penting," katanya lagi. Dalam pada itu, Chef Wan turut mengesahkan bahawa anak lelakinya iaitu Mohd Nadzri Redzuwan (Chef Riz) akan turut terlibat a menguruskan restoran itu nanti. "Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan mendapat sambutan pelanggan saya turut merancang untuk membuka sebuah cawangan lagi di Jakarta, Indonesia dan juga Malaysia," ujar beliau.

Mungkin Chef Wan Kena Pakai Bikini Kot!


Sepanjang tahun ini, sudah beberapa kali nama Chef Wan popular kerana kontroversi dengan rakan-rakan dunia hiburan.

Paling tidak dilupakan kritikan pedas beliau terhadap resepsi perkahwinan Norman dan Memey.

Yang terkini dan terhangat, rasa kurang senang Adlin Aman Ramlie ke atas beliau selepas Adlin tersingkir daripada program Maharaja Lawak Mega minggu lalu.

Adlin yang selama ni bukan main hebat mengutuk peserta Akademi Fantasia nyata tidak dapat menerima kritikan apabila ia ditujukan ke arah dirinya.

Kalau Adlin kutuk orang ok….kalau orang kutuk Adlin….”Mana Boleh!!!”….begitulah nak rumuskan sikap yang dipertontonkan Adlin mengikut komen-komen yang diberikan peminat seni dan dunia hiburan tempatan.

Dalam isu antara beliau dengan Chef Wwan, antara kritikan balas Adlin ialah beliau mempersoalkan mengapa seorang chef atau tukang masak dilantik menjadi juri program lawak.

Bagi Adlin, Chef Wan tidak layak kerana beliau bukan seorang pelawak.

Kenyataan Adlin mengingatkan penulis kepada kata-kata bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Khalid Mohamad ketika penulis menjadi wartawan di syarikat akhbar itu dahulu.

“Apa wartawan kena mampu berlari 100 meter bawah 10 saat baru ada hak untuk menulis berita-berita sukan,”.

Itulah keadaan dengan Adlin rasanya, Chef Wan kena pastikan satu dewan ketawa selama 1 jam baru layak berikan kritikan.

Penulis ada mengikuti isu ini, penulis rasa kritikan Chef Wan cukup profesional dan membina.

Namun, itu kita letak ke ke tepi sekejap.

Yang best sekarang ni adalah jawapan Chef Wan kepad Adlin yang ditujukan secara sinis dan tanpa menyebut nama Adlin.

Ia diletakan dalam status beliau di Chef Wan Fan Club hari ini.

Chef Wan, seorang tukang masak telah dipilih untuk menjadi juri bagi pertandingan Miss World Tourism 2012.

Tahu apa Chef Wan cakap….

Some contestants from the Maharajalawak will be so shock why a Tukang masak yang tak layak to be their judge and now was selected by the World to Judge the Miss World la pulak? Macam mana tu? I pun have no answer to this?

Pertandingan ratu cantik tu…apa kena mengena dengan bawang dan rempah kan.

Kalau ambik kira lojik perbahasan Adlin Aman Ramlie….maka Chef Wan sama sekali tidak layak.

Justeru…lanjutan lojik dari sudut Adlin…Chef Wan mestilah seorang yang pandai pakai bikini dua piece dengan buat cat walk kot untuk layak jadi juri pertandingan berkenaan.

Kalau tidak memang tak boleh la kan…

Hanya pandangan penulis sahajalah yang cuba menjiwai lojik perdebatan Adlin.

Chef Wan Tutup Akaun Facebook Elak Berbalah

SHAH ALAM: Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (gambar) mengambil langkah sempena tahun baru untuk menutup akaun Facebook miliknya berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Chef Wan berkata, keputusan itu disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan.

"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.

"Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) di Stadium Malawati di sini, malam Jumaat.

Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.

"Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.

"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia juga mahukan ketenangan dalam dan tidak mahu menghabiskan masa dengan melayari laman sosial itu.

Tambahnya terdapat banyak perkara lain yang menjadi tumpuannya pada 2012 seperti kerjaya masakan dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga.

"Serina pun bakal melahirkan anak kedua pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada cucu dan keluarga," ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada dirinya akan menerima sebarang jemputan sebagai juri selepas ini, chef Wan berkata, dia masih belum memikirkan soal itu.

Bagaimanapun katanya, ada kemungkinan dia akan kembali ke pentas juri jika tawaran yang diberikan sesuai.

"Buat masa ini saya tidak mahu fikir mengenai perkara tersebut. Mungkin akan buat lagi (juri) dan mungkin tidak," ujarnya.

Chef Wan bikin panas!


TERPANGGIL pula nak mencelah sikit pasal Chef Wan yang kini makin lantang di kaca televisyen. Diva bangga, sebab daripada seorang chef, khidmat Chef Wan digunakan sebagai pengkritik dalam program lawak nusantara, Maharaja Lawak Mega.

Tapi ini bukan pasal Maharaja Lawak tapi pasal Chef Wan sendiri, Diva rasa tukang masak selebriti popular kita ni sukakan benda-benda panas, jadi kalau keadaan jadi panas gara-gara luahannya, dia memang tak kisah.

Macam dalam satu temu bual untuk rancangan Kerusi Panas bersama Radio 24, dah nama pun 'kerusi panas', panas sungguhlah program berkenaan yang dikendalikan oleh perantaranya, Zulkifli Bujang.

Apa yang Diva paling tak tahan, bila Chef Wan sampai hempas telefon, tindakan itu pula disedari oleh semua pendengar. Panas benar ke hati Chef Wan dengan topik yang diperbincangkan? Rasanya ada sedikit kurang pertimbangan di situ. Panas!

Diva: Kalau nak sejukkan hati, pergilah tonton teater Asrar 2 di Muzium Shah Alam.

“Kritikan saya jujur” - Chef Wan


RAMAI yang kata Chef Wan sekarang semakin kuat mengkritik. Kadang-kadang dengar macam berleter pun ada. Apa komen Chef Wan?

Kita ni suka berterus-terang. Sebagai orang lama dalam industri, saya ni dah terlebih dahulu makan garam. Saya ikhlas memberi teguran yang boleh mendatangkan kebaikan. Jadi rasanya tak salah kalau saya mengkritik.

Tetapi ada yang kata kritikan Chef Wan sekarang boleh tahan pedasnya. Macam mana Chef Wan melihat situasi ini?

Kritikan pedas membuktikan saya jujur ketika melontarkan pandangan. Benda yang baik, benda yang betul, memang orang susah nak terima. Sampai bila kita nak hipokrit dan simpan semua keburukan di bawah karpet? Tegur bererti kita nak betulkan keadaan dan saya akui memang susah nak didik masyarakat kita dalam bab ini. Benda yang saya rasa betul, saya tak takut untuk suarakan. Itulah diri saya dari dulu sampai sekarang. Saya berani kerana benar dan tak perlu cium punggung orang untuk sorok segala benda negatif. Sebenarnya terpulang kepada mereka macam mana mereka terima satu-satu teguran itu.

Chef Wan juga dilihat turut menjadikan laman sosial Facebook sebagai tempat untuk meluahkan rasa, perlu ke?

Bagi saya senang saja. Kalau tak suka, benci, jangan buka Facebook dan baca apa yang saya tulis. Facebook tu dah jadi macam journal harian dan saya akan kongsi apa sahaja yang saya tulis bersama peminat. Kalu rasa sakit hati, jangan baca. Nanti dah baca sakit jantung pula. Lagipun, terang-terang namanya laman peminat (fanpage). Saya tulis dan berkongsi pengalaman saya. Kadang-kadang mereka jadikan kata-kata saya sebagai inspirasi harian mereka. Dari situ saya salurkan tenaga positif kepada mereka.

Dalam program MLM misalnya, selepas beri komen pedas-pedas, apa yang Chef Wan harapkan daripada peserta?

Biar ada adab. Macam baru-baru ini, ada peserta yang buat lawak berunsur lucah dan mengaibkan sesetengah pihak, saya bangkang. Sebab buat lawak sebenarnya tak perlu cara aib, lucah dan nampak bodoh. Bidang komedi di Malaysia boleh berkembang maju dan sihat walau tanpa benda-benda macam ini. Peserta perlu sedar bahawa, program itu turut ditonton oleh budak-budak. Apa contoh yang dapat kita bagi kalau mereka tengok peserta buat lawak sebegitu?

Susah sangat ke jadi juri untuk program sebegitu?

Bukan senang tahu jadi juri ni. Sampaikan saya, setiap kali masuk program itu untuk menilai persembahan mereka, saya minta doa pada Allah S.W.T supaya saya dapat mengadili mereka dengan baik dan saksama. Penonton pun kadang-kadang ada yang tak hormat juri. Bayangkan, juri pun kena booo. Dimana rasa hormat mereka? Kalau masuk dalam mahkamah, beranikah kita untuk booo kan hakim? Ingat saya ni suka dimalukan dan diboo begitu? Budaya apa tu? Walhal saya ikhlas beri pandangan saya.

Adakah sebarang kemungkinan, penonton pun tak suka dengan komen terlalu pedas?

Bagi saya kalau mereka nak terima teguran, Alhamdulillah. Kalau tak mahu dengar, sudah. Kalau lawak ada isi dan ia berjaya buat saya dan penonton gelak, maka mereka berjayalah. Kalau tak, maka saya kata taklah. Ingat saya ni bodoh sangat ke sampai tak tahu nak beza mana lawak, mana tidak, hanya kerana saya ni seorang chef? Fikirlah sikit.

Bagaimana Chef Wan melihat generasi artis muda sekarang yang dilihat begitu pantang ditegur, susah terima kritikan?

Kena ajar dan nasihat dari awal supaya hormat orang tua. Budak-budak sekarang ramai yang biadap dan kurang ajar. Kita kena ingat, generasi muda sekarang inilah yang akan memimpin dunia pada masa akan datang. Kalau tak dididik dengan cara yang betul, mereka ini tak akan sedar.

Saya buat ni semua demi masyarakat, agama, bangsa dan negara. Kadang-kadang saya sedih bila segelintir masyarakat kita suka meniru ke arah kebaratan sangat. Biadap dan sebagainya. Buat apa nak tiru barat? Tengok mereka sekarang, negara pun dah nak lingkup, kita nak jadi macam merekakah? Perkara yang baik bolehlah ikut. Habis, kalau mereka terjun longkang, kita pun nak terjun longkang jugalah? Ini sebagai sumbangan untuk mendidik masyarakat, bukan aibkan sesiapa. Anggaplah teguran ini daripada seorang bapa menegur anak-anak. Kalau baik, jadikan contoh tauladan, kalau tak mahu terima, terpulanglah.

Teguran pedas Chef Wan


BAHANA cuba berjenaka tanpa mengambil kira faktor peribadi menyebabkan Sobri daripada kumpulan Bawal Power (BP) ditegur oleh pengkritik tetap Maharaja Lawak Mega (MLM), Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) pada minggu kelima, Jumaat lepas.

Teguran Chef Wan terhadap Sobri ekoran peserta itu memberikan serangan berbaur peribadi terhadap penulis kolum hiburan akhbar mingguan arus perdana, baru-baru ini.

Kolumnis hiburan berkenaan, menegur Sobri yang mempersendakan penyanyi yang pernah popular sekitar tahun 1980-an, Zaiton Sameon.

Justeru, Sobri yang ternyata tidak berpuas hati terhadap penulisan tersebut, dilihat seolah-olah menjadikan persembahan BP minggu lepas di pentas MLM sebagai platform untuk mencabar dan mengutuk kolumnis berkenaan.

Selepas BP mengadakan persembahan, Chef Wan dalam komennya menasihati Sobri agar tidak mengulangi tindakannya yang bukan sahaja tidak profesional tetapi juga lebih cenderung ke arah serangan peribadi.

“Sepatutnya perkara sebegini tidak harus berlaku. Apa yang awak lakukan dengan mempersendakan kembali kolumnis tersebut merupakan satu langkah yang tidak bijak.

“Sepatutnya dalam situasi begini, BP seharusnya lebih profesional dan tidak menyentuh sensitiviti sebarang pihak.

“Cuba bayangkan jika dia sendiri berada di pihak keluarga Zaiton. Apakah perasaannya apabila anggota keluarga menjadi bahan jenaka dan disenda?

“Apa yang penting, ketika berjenaka, janganlah menyentuh sehingga menyakitkan hati orang lain dan sekali gus, tidak sensitif,” ujar Chef Wan dalam sidang akhbar sejurus tamat persembahan 10 peserta MLM pada minggu kelima.

Sebelum ini, Chef Wan pernah memberi peringatan kepada semua para peserta MLM yang gemar menggunakan individu termasuk barisan juri, sebagai bahan lawak mereka.

Teguran itu dibuat pada minggu ketiga MLM. Pada minggu keempat, Chef Wan tidak duduk di barisan juri kerana berada di Singapura.

Sementara itu, seperti yang telah dijangka, Hits gagal mendapatkan komen kumpulan BP terutamanya Sobri kerana difahamkan mereka terus beredar sebaik MLM tamat bersiaran.

Selain Sobri, Chef Wan turut menegur peserta tunggal solo, Adlin Aman Ramli yang masih lagi menggunakan pendekatan jenaka berunsurkan lucah atau dobule meaning.

Chef Wan berkata, bahan jenaka seperti itu agak kurang sesuai kerana program realiti televisyen itu yang disiarkan secara langsung di Astro Warna, Astro pada setiap Jumaat, 10 malam, turut ditonton oleh kanak-kanak.

“Adlin mempunyai bakat dan berkebolehan menghidupkan sesuatu karakter, namun, dalam masa yang sama dia juga harus peka dengan apa yang disampaikannya.

“Jadi, saya mengharapkan pada persembahan seterusnya nanti, bukan sahaja Adlin, malah semua peserta MLM agar peka dengan lawak mereka,” kata Chef Wan yang turut memuji persembahan kumpulan Boboi dan 3G yang dilihat konsisten.

Minggu lepas, para peserta MLM perlu membuat persembahan bertemakan purbakala yang mana, rata-rata persembahan peserta agak hambar dan kurang mencuit hati berbanding dengan persembahan pada minggu-minggu sebelum ini.

Malahan, kata Chef Wan persembahan peserta pada minggu kelima kali ini juga kurang menyengat.

“Sebenarnya kami mengharapkan persembahan yang semakin meningkat memandangkan ia kini sudah memasuki minggu kelima.

“Namun, apa yang kami jangkakan jauh meleset kerana kebanyakan peserta pada minggu ini tidak dapat mencapai tahap yang kami kehendaki.

“Ini merupakan pentas otai-otai lawak untuk beraksi, jadi kami sememangnya menjangkakan sesuatu yang berkualiti setiap kali persembahan diadakan,” tegas beliau.

Selain itu, juri yang dikenali melalui komennya yang jujur dan sedikit pedas ini juga mengatakan, kebanyakan peserta lari daripada tema.

“Saya lihat kebanyakan peserta pada malam ini lebih banyak memberi perhatian kepada kostum daripada isi persembahan mereka.

“Apa yang lebih penting sekarang ialah pengisian persembahan yang mengekalkan momentum lawak tanpa perlu membuat kita semua tertunggu-tunggu untuk ketawa,” katanya yang mengharapkan persembahan pada minggu hadapan lebih baik daripada minggu ini.

Pada minggu kelima, kumpulan Boboi mengekalkan takhta dengan 64 markah diikuti oleh 3G (56 markah), Pimai (55 markah), manakala kumpulan Syok dan Bawel dari Indonesia berkongsi kedudukan dengan 45 markah.

Menduduki tangga terakhir kedudukan MLM pada minggu kelima dengan berkongsi mata ialah BP, Adlin dan Saehu (42 markah).

Chef Wan Taja Majlis Perkahwinan Dan Berbulan Madu Chef Riz


Chef selebriti, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan bakal menaja majlis perkahwinan anak lelaki tunggalnya, Mohd Nadzri Redzuwan (chef Riz).

Chef Wan menerusi status di laman Facebook miliknya memberitahu, dia juga akan menaja pakej berbulan madu untuk pasangan pengantin baru itu selama seminggu tetapi masih merahsiakan destinasi sebagai kejutan.

"Dia hanya perlu mengeluarkan wang untuk hantaran, wang hantaran pada pihak perempuan selain mas kahwin dan cincin untuk bakal isterinya.

"Selebihnya saya akan uruskan sebagai hadiah untuk anak lelaki tersayang," ujarnya menerusi status tersebut.

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu, dia menaja perkahwinan anaknya itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Falsafah hidup saya adalah untuk menjadi pemurah kepada insan yang kita sayangi. Saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tidak dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya sayang.

"Walaupun rezeki yang kita dapat sedikit, kongsi sedikit dengan keluarga sebagai tanda kasih sayang dan hormat kepada mereka," ujarnya.

Chef Riz,30 dan pelakon Ana Dahlia, 28, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan yang akan diadakan di rumah keluarga Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak.

Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub Pahang pada 18 Disember.

Isu Palsu Kelayakan : Chef Wan Tegur Anak, Chef Riz


Chef Riz dilanda kritikan pelbagai pihak apabila laman Malaysian Insider telah mengeluarkan fakta mengenai pengalaman & kelayakan Chef Riz yang dipaparkan melalui artikel bertajuk “Did Chef Wan’s son cook up his CV for MasterChef Malaysia?” hasil tulisan Debra Chong, semalam.

Berikutan daripada itu, bapanya, Chef Wan menegur Chef Riz melalui kenyataan terbuka di laman Facebook, sekitar 1 jam lepas.

“Pagi ini saya dimaklumkan mengenai isu CV Chef Riz yang tidak tepat di laman Masterchef Malaysia. CV tersebut menyebut pengalamannya bekerja di luar negara walaupun tiada satu yang betul. Saya memberitahu dia yang perkara ini bukan sahaja memalukan dirinya & keluarga, dia juga perlu meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesan terhadap apa sahaja kelakuannya,” ujar Chef Wan memberikan pandangannya.

Chef Wan menambah lagi, “Populariti & berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita. Jadi, apabila Chef Riz ‘propakan’ CV-nya dengan ‘asam & garam’, dia memerangkap diri sendiri. Padan muka-lah dia!”

Chef Wan berkata bahawa dia sentiasa berpesan kepada Chef Riz untuk berkelakuan jujur & menjadi model kepada kanak-kanak, namun isu ini secara tidak langsung menjejas reputasi Chef Riz.

“Saya sentiasa berpesan kepada Chef Riz supaya jujur, tapi situasi ini amat buruk, lebih buruk daripada seorang pelajar yang kantoi berbohong di dalam kelas. Sebagai seorang dewasa, Chef Riz sepatutnya menjadi model kepada kanak-kanak. Sekarang, apa boleh buat sebab nasi sudah jadi bubur, memalukan!

“Sebagai seorang bapa, saya tak boleh sentiasa bertanggungjawab dengan kelakuan anak-anak saya yang dah besar ni. Sudahlah hidup saya penuh dengan dugaan, tekanan & tanggungjawab, secara peribadi perkara ini membuatkan saya berasa agak sedih.”

Surat Terbuka Kepada Chef Wan


Semalam Abang Nara menerima sepucuk email daripada seorang pembaca yang menyatakan rasa tidak puas hatinya tentang kenyataan Chef Wan berkaitan dengan MasterChef Malaysia baru-baru ini. Sedihlah plak Abang Nara baca email ini yang berkaitan dengan salah seorang peserta MasterChef Malaysia.

Assalamualaikum… Abang Nara, tolonglah publish “open letter” dari saya kepada Chef Wan ini tentang komen kasar beliau terhadap Kak Emma Ibrahim, peserta MasterChef Malaysia; di mana beliau kata Kak Emma berdrama menangis bagai itu semua… Please!

Minta maaf ya Chef Wan… saya cuma nak clearkan sikit saja… bukan nak back-up Kak Emma Ibrahim pasal hight light suami coma or nak minta simpati.. no ya.. Kak Emma have to go thru all the hardship for The past 5 years. Never once any of us feel that she openly menagih simpati dengan sesiapa.

We contestants knew that. Malah dia anggap Chef Wan adalah idola in this culinary life yang baru dia nak venture since her hubby went into coma. Mungkin Chef Wan boleh comment about everything else but definitely not that harsh statement lah. I on behalf of her pun terkedu membacanya.

Adakah Chef Wan tahu masa shooting tu lah Kak Emma dapat berita yang husband dia was not well? And during the programme hati dia berdebar2? and right after the shooting dia ran back home and admitted husband dia kat ICU Putrajaya? Dan sedihnya meninggal dunia after 3 days in the hospital.

Yet Kak Emma still have to ran back to the set and do the next task? Dengan hati yang tidak tenteram. Betul Kak Emma menangis sambil memukul putih telur tu kerana tangan dia sakit sebab terseliuh kerana tersilap angkat hubby dia semasa di hospital sebelum itu?

Setahun Kak Emma menderita tidak boleh mengangkat barang berat or streneous job seperti memukul putih telor tu. Chef Wan tahu tak sampai sekarang, dah terkeluar ni tangan Kak Emma still swollen? There is definitely No DRAMA or saja2 menangis. Definitely no iintention of menagih simpati. Kak Emma do cry whenever she talked about her hubby because she LOVE HIM TOO MUCH.

Salahkah untuk menangis? Almost 5 years Kak Emma jaga husband dia yang brain-damaged due to doctors negligence. Not even once i merayu mana2 pihak to bersimpati. Dia Sangat sedih when a person yang dia adore so much, having all his books, looking forward to all his shows seumpama tiada hati perut diatas kesukaran orang lain.

Sorry for the harsh words but sincerely kata-kata Chef Wan buat Kak Emma totally depressed! Kak Emma is a tough woman. Dia jaga hubby dia for almost 5 yrs on her own tapi dia tetap seorang perempuan…

Jadi Chef Wan… saya minta maaf untuk mengatakan ini “tidak salah untuk Chef Wan meminta maaf atas statement di atas pada Kak Emma Ibrahim kan?”

Abang Nara rasa Chef Wan semestinya tidak tahu keadaan suami Kak Emma semasa menulis komennya. Lagi bagus kalau Chef Wan sendiri pergi melawat Kak Emma dan keluarga. Semoga segala salah faham dapat diselesaikan.

Nikah : Chef Wan Mahu Nazri Tidak Terburu-Buru


PETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menasihati anaknya Mohd. Nadzri,30, supaya mengenali pasangannya dengan lebih mendalam sebelum memikirkan untuk mendirikan rumah tangga.

Chef Wan berkata, untuk mengahwini seseorang bukan seperti menukar baju, sebaliknya anaknya itu perlulah mengenali hati budi seseorang wanita terlebih dahulu.

“Sebagai ayah saya hanya boleh menasihati dia supaya memilih pasangan yang tepat untuk masa depan rumah tangganya dan tidak tergopoh gapah untuk berkahwin semata-mata menurut kehendak hati,” katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari New Zealand, di sini, Selasa.

Chef Wan berada di negara itu sebagai duta makanan mewakili Malaysia di Wellington on the Plate Food Festival, Auckland.

Beliau diminta mengulas mengenai pengakuan Nadzri atau Chef Riz yang mengakui sedang hangat bercinta dengan pelakon Ana Dahlia.

Riz turut berkata dia sedang memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius termasuklah soal berumah tangga.

Chef Wan memberitahu Riz perlu mengambil masa untuk mengenali diri Ana Dahlia sepenuhnya termasuklah keluarga pelakon wanita itu.

“Saya nasihat agar mereka tidak terburu-buru (untuk berkahwin) dan perlu mengambil masa untuk mengenali hati budi dan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Mencari pasangan tidak hanya memandang kepada paras rupa tetapi juga hati budi seseorang itu yang akan kekal selamanya,” jelasnya

Campuran Buah Rahsia Chef Wan Nampak Muda


KUALA LUMPUR: Chef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), 53, mendedahkan rahsia awet mudanya setelah berjumpa dengan produk minuman kesihatan Mavellous enam bulan lalu.

Menurut bapa kepada pelakon Serina Redzuawan ini, ramai yang menegur kulitnya menjadi tegang dan wajahnya kelihatan lebih muda berbanding usianya.

Malah, Serina turut menjadi salah seorang wakil pengedar Mavellous.

"Saya rasa teruja apabila dilantik menjadi duta produk ini dan tidak kisah tentang bayaran yang ditawarkan," katanya ketika ditemui di Bangsar, di sini, Selasa.

Minuman yang dijual pada harga RM500 itu disasarkan kepada golongan berumur 20 tahun ke atas. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan awet muda, merawat pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan mati pucuk.

Produk ini dibuat daripada campuran buah-buahan seperti anggur, beri dan ceri.

Dia berkata, setelah menggunakan produk itu badannya juga menjadi segar dan bertenaga lebih-lebih lagi waktu rehatnya sering terganggu akibat kerja yang tidak menentu.

"Saya rasa untuk muda tak perlukan suntikan dan rawatan lain yang boleh mendatangkan kesan buruk. Produk ini mampu menghalang seseorang mendapat kanser sel darah dan membuang toksin dalam badan.

"Saya mengesyorkan produk ini kerana ia sangat bagus terutama kepada mereka yang berumur," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, dia bakal menjadi tenaga pengajar kepada dua orang peserta program realiti masakan Masterchef Australia yang layak ke peringkat separuh akhir.

Lebih menarik, dia juga akan mengacarakan program televisyen 26 episod berjudul My Family Feast Asia di saluran SBS Australia.

Program ini akan menampilkan pelbagai perayaan melibatkan budaya di Asia termasuk Hari Gawai, bulan puasa, perkahwinan Melayu dan Hari Thaipusam.

Selain itu, dia akan terlibat dalam program jelajah Ayamas di gedung membeli-belah Carrefour dan Giant di sembilan buah lokasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Pada Julai ini, Chef Wan juga akan melancarkan buku masakannya berjudul Best Wan Flavour Malaysia di Pulau Pinang.

Chef Selebriti Terbaik Dunia 2009 di Gourmand Award, Perancis ini juga merupakan duta beberapa pertubuhan seperti Yayasan Buah Pinggang Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Duta Makanan Kementerian Pelancongan dan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia.

Bercinta dengan Chef Wan di Paris


Bayangkan begini, destinasinya ialah ibu kota Perancis dan anda dilayan oleh seorang ‘pemandu pelancong’ yang wajahnya begitu tersohor, diminati seantero dunia.

Pemandu pelancong yang ramah tamah itu akan ke hulu ke hilir di kota Paris ini menemani anda dengan penuh kesetiaan di sisi.

Anda selama beberapa hari dilayan bagaikan ‘sahabat karib’ kepada pemandu pelancong bernama Datuk Chef Wan itu bertempat di destinasi bisnes dan budaya terdepan di dunia.

Mendaki Eiffel Tower, menyelusuri Sungai Seine, berkeliling kota yang terkenal dengan bangunan agam antik, sesekali dia duduk di sebelah, mencelah, mengusik, bergurau dan ‘membebel’ tak habis-habis.

Sementelah Chef Wan sendiri sudah ‘tak terhitung’ banyak kali ke kota Paris, fasih sekali mencari jalan dan lokasi menarik untuk dituju. Tempat paling bagus untuk membeli-belah? Oho, dialah pakar segala-galanya dan anda tunggu hanya untuk bertanya. Boleh jadi ‘peta bergerak’ juga.

Oh, pastilah ia menjadi kenangan percutian yang terhebat sepanjang hidup, bukan?

Dan lagi satu. Untuk menikmati semua keseronokan itu, anda hanya mengeluarkan RM5,850. Biar betul, tetapi ia memang realiti melalui pakej yang dianjurkan MASholiday.

Kena pula dengan cara, pemergian anda bukan bersendirian, sebaliknya dengan ditemani oleh selebriti kebanggaan ramai seperti Chef Wan, mesti ramai sahabat yang cemburu tidak terkata.

Pengalaman itu dilalui oleh 12 rombongan ‘Cik Kiah’ ke Paris yang berlangsung pada 16 hingga 21 Mac lalu.

Kami sampai di Lapangan Terbang Charle de Gaulle pada 17 April dan terus dibawa ke lokasi penginapan bertaraf lima bintang, Concorde La Fayette dan di sini bermula sesi ramah mesra dengan Chef Wan yang juga merupakan ikon kepada MASholiday sepanjang tahun ini.

Kena pula dengan Chef Wan yang memang tak lokek untuk bercerita itu ini, begitu begini, sampai semua cerita yang ‘sensor’ pun akan dikhabarkan. Itu pun kalau ada yang berani bertanya. Kalau buat ringan mulut bertanya itu ini, memang semua jawapan yang diberikan oleh Chef Wan eksklusif belaka, jawapan yang tak boleh buat masuk dalam akhbar.

Memang itulah sifat Chef Wan yang ramah tamah dan tak pandai berpura-pura. Sebab itu kepuasan tergambar pada wajah setiap peminat yang dapat menikmati hari istimewa bersama Chef Wan di kota cinta ini.

Hari pertama, lebih kepada sesi santai, beramah mesra dan berkenalan lebih rapat dengan setiap peserta yang sudi berkongsi masa mereka melalui pakej ini.

Chef Wan pula sempat menjalani penggambaran untuk rancangan TV9, lokasi ini memberikan footage menarik yang membuatkan kita cukup tertarik.

Hari kedua dibawa ke Muzium legenda zaman berzaman, Lourve Museum yang pernah menjadi istana penempatan bangsawan Inggeris semenjak kurun ke-15 lagi.

Nah, di sini bertemu potret Monalisa dari kejauhan yang matanya memerhati setiap daripada kita dan kemudian patung-patung lilin yang kelihatan cukup hidup dan berseni menempa era kegemilangan kerajaan beraja Perancis pada kurun terdahulu.

Pada hari ketiga, sementelah menjadi tetamu kepada tukang masak terkenal dunia, ‘tak sah’ kalau tidak berkunjung ke lokasi yang menjadi kegemarannya, sekolah masak memasak terkenal di Paris, Cordon Blue Culinary.

Di sini, dapatlah belajar seni memasak pastri kegemaran dan jangan cemburu, kami diberikan sijil khas kerana sanggup lebih empat jam menyaksikan demo masak memasak yang dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional institusi yang telah melahirkan ribuan tukang masak terkenal dunia.

Chef Wan juga merupakan salah seorang chef yang dilantik sebagai pensyarah sambilan di Cordon Blue Culinary ini. Sesuatu yang perlu dibanggakan, kerana bukan mudah untuk mendapat peluang seperti yang diperolehi anak kebanggaan Malaysia ini.

Nah, hari keempat masa yang ditunggu-tunggu, mendaki Eiffel Tower, tempat di mana semua orang mahu jatuh cinta sekali lagi, katanya. Seawal pukul 7 pagi semua sudah bersedia meskipun Eiffel Tower hanya 10 minit perjalanan dari hotel penginapan.

Mengenang kehebatan Eiffel Tower yang dibangun sebagai peringatan Revolusi Perancis di Pameran Universal pada 1889, ia adalah keagungan arkitektur dan pernah menjadi menara tertinggi di dunia hingga 1930.

Selepas itu Place De La Concorde, Arch de Triumphal, Natra-Dame de Paris dan Opera Natioanl De Paris menjadi persinggahan.

Sudah tentu lebih dua jam menyelurusi Sungai Seine, turut tercatat sebagai aktiviti penuh uja. Menyelusuri sungai dengan menaiki bot penambang, sambil dihidangkan dengan pemandangan kota Paris yang terbentang.

Pendekt kata, aktiviti yang cukup padat, tetapi dalam jangka masa berkenaan kami berpeluang memahami, mendasari dan belajar serba sedikit budaya orang Perancis di bumi Paris.

Oh Paris, kami ingin kembali ke tanahmu lagi, dilain hari.

Paris rumah kedua

Kalau Malaysia tempat kelahiran, negara Perancis pula menjadi negara yang paling banyak dikunjungi Chef Wan sepanjang lebih 50 tahun kehidupan.

“Jangan tanya sudah berapa kali sampai ke Paris ni. Abang Wan dah tak boleh nak kira lagi dah. Kau tulis sajalah, lebih 50 kali,” kata Chef Wan ketika saya bertanya jumlah kunjungan ke negara berkenaan.

Bukan sahaja tempat dia menimba ilmu dalam dunia masakan, Paris juga menjadi lokasi awal pembabitan Chef Wan secara profesional sebagai tukang masak.

“Dulu pernah bekerja di hotel ternama di sini lebih lima tahun. Sebab itu Paris sudah jadi biasa sangat, dah macam negara sendiri. Semua selok belok Paris ada dalam tangan aku ni, Cik Gayah oi,” katanya, memberi penerangan dalam versi penuh humor kepada peminat yang setia mengekori.

Berkenaan dengan tugasannya sebagai duta kepada MASholiday, selain bergembira melancong, sebenarnya ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Apa yang lebih penting lagi, Chef Wan menganggap usaha dilakukan MASholiday ini adalah peluang terbaik untuk mendekati golongan peminat yang selama ini sering menyokong perjuangannya.

“Inilah masa saya bersama dengan mereka yang banyak menyokong kerjaya saya. Kadang-kadang rasa terharu juga bila orang sanggup bayar mahal-mahal untuk ke satu-satu destinasi percutian semata-mata mahu bersama dengan personaliti ‘reput’ macam saya. (Ketawa)

“Sebab itu setiap peminat yang bersama dengan Wan dalam setiap percutian akan dilayan sama rata. Mereka sudah jadi macam kawan-kawan dan tak kekok bila Wan mendekati.

“Walaupun untuk menjayakan acara MASholiday ini Wan terpaksa mengorbankan banyak tugasan lain, Wan sangat puas sebab ini adalah peluang keemasan untuk bersama dengan peminat ke seluruh dunia,”kata Chef Wan yang mempunyai dua misi lagi bersama pihak MASholiday selepas ini.

Penat bukan untuk Chef Wan


SEORANG yang ramah dengan khalayak dan tidak sombong walau bergelar Datuk. Mempunyai budaya kerja yang pantas dan profesional, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan adalah seorang manusia yang tidak kenal erti letih.

Baru pulang dari London sempena 'World Travel Month' , Chef Wan yang merupakan duta Ikon MAS Travel telah mempunyai jadual yang tersusun rapi sehingga bulan April tahun hadapan.

Berkesempatan bertemu Chef Wan ketika sesi penggambaran program Wan Malaysia di Pulau Pinang, Kosmo! sempat menanyakan perkembangan dan program yang sedang dihoskannya.

Program masakan berbentuk travelog tersebut akan membawa penonton menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia dan melihat keunikan lokasi pelancongan serta mempelajari seni kulinari dari dapur homestay ala kampung hingga ke hotel terkemuka.

Chef Wan telah melalui pengalaman selama 27 tahun sebagai chef selebriti dan telah merantau ke seluruh dunia selama lebih 25 tahun. Menyifatkan dirinya seorang yang bersifat antarabangsa, dia juga sempat melihat cara orang luar bekerja.

“Saya menyedari bahawa Malaysia mempunyai budaya yang indah dan majmuk tetapi kurang diketengahkan di mata dunia. Malaysia juga mempunyai pelbagai makanan seperti Melayu, India, Cina dan lain-lain.

“Bersesuaian dengan tema 1Malaysia dan nama Wan sendiri, program Wan Malaysia akan memperkenalkan keindahan Malaysia,” ujar Chef Wan.

Tambahnya, dia kini cenderung bekerja kerana kecintaan terhadap bidang yang diceburi dan bukan lagi faktor harta dan wang ringgit.

“Saya berharap dapat menjadi inspirasi kepada anak-anak muda untuk mencapai cita-cita. Percaya kepada diri sendiri untuk mencapai cita-cita. Jika Chef Wan boleh lakukan kenapa mereka tidak?

“Selain itu, saya mahu program Wan Malaysia ini menjadi cerminan kepada Malaysia yang kaya dengan budaya pelbagai bangsa,” tambah Chef Wan yang akan menyambut hari lahir yang ke-53 pada 6 Januari depan.

Menggunakan tagline 'Menikmati Malaysia, Menjamu Selera Asean', program ini bertujuan memberi pendidikan mengenai sejarah dan budaya di samping memperkenalkan hospitaliti Malaysia melalui program homestay, mengetengahkan semangat setia kawan dan membuatkan generasi muda lebih memahami budaya.

Wan Malaysia mempunyai tiga segmen dengan segmen pertama, Chef Wan akan melawat lokasi pelancongan terpilih serta mempromosi tempat tersebut. Ketika mengikuti penggambaran yang dijalankan di Pulau Pinang pada 16 November lalu, Chef Wan telah memperkenalkan Tropical Spice Garden dan Penang Batik Factory.

Segmen kedua, Chef Wan membawa penonton menikmati hospitaliti melalui program homestay terpilih sekitar Malaysia. Di Pulau Pinang, homestay Pulau Betong beruntung menjadi pilihan.

Tambahnya, semua aktiviti tradisional yang dilakukan di homestay seperti menganyam ketupat, membuat kerepek danmenenun songket serta beberapa aktiviti yang dapat menarik perhatian pelancong luar untuk lebih mengenali Malaysia

Bagi memberi pilihan dan kelainan buat penonton, segmen ketiga turut memperkenal hotel-hotel bertaraf lima atau enam bintang sebagai lokasi demonstrasi masakan. Di Pulau Pinang, lokasi pilihan ialah di Hotel Shangri-la's Rasa Sayang. Juadah yang menjadi menu pilihan untuk demonstrasi masakan akan dapat dinikmati oleh pengunjung hotel tersebut.

Ketika ditanya pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang pengambaran Wan Malaysia, Chef Wan berkata, hospitaliti yang ada pada masyarakat Malaysia ialah memori paling manis.

“Walaupun mereka hidup susah dan serba kekurangan tetapi mereka mempunyai hati yang besar dan penuh dengan kasih sayang. Mereka sudi berkongsi dan itu yang menyentuh perasaan.

“Walaupun hanya disaji nasi dan sambal, saya akan terima,” katanya yang kelihatan sayu dan terharu dengan sambutan penduduk kampung yang menyambutnya ketika membuat pengambaran di homestay.

Selepas tamat penggambaran Wan Malaysia yang akan ditayangkan di saluran 105, Astro Prima bermula 30 November ini, Chef Wan akan muncul pertama kali di program bual bicara 'Chef Wan'. Bersiaran selama satu jam, rancangan ini bakal menjadi platform Chef Wan berbicara mengenai pengalamannya yang luas sebagai chef selebriti.

Chef Wan juga akan memulakan rakaman musim kedua ‘Best Wan’, program yang mendapat rating tertinggi di saluran Asian Food Channel (AFC). Program 13 episod itu akan menjelajah ke Sabah dan Sarawak untuk mendalami kepelbagaian budaya di sana.

Tidak cukup dengan jadual yang padat, Chef Wan baru sahaja mendapat tawaran daripada Channel 4 di United Kingdom.

“Untuk terpilih muncul di Channel 4 bukan perkara mudah. Jimmy Olivier dan Nigella antara individu terkenal muncul di saluran itu. Tiada seorang pun orang Asia pernah muncul di saluran tersebut.

“Ini peluang untuk melihat rakyat Malaysia muncul di Channel 4. Saya akan menggunakan platform tersebut bagi memperkenalkan Malaysia,” tambahnya yang baru menimang cucu September lalu.

Tidak pernah penat memperkenalkan nama Malaysia di mata dunia, Chef Wan akan menganjurkan Festival Makanan Malaysia sempena The World Cook Book Fair di Paris. Pesta buku yang terbesar di dunia itu akan dihadiri lebih 2,000 peserta yang terdiri daripada penulis buku masakan, pengkritik, chef selebriti dan editor-editor buku masakan.

Pelengkap Tok Wan


Kehadiran Tristan Tareef anugerah Tuhan paling bernilai bagi selebriti masakan, Datuk Redzuawan Ismail

LIMPAHAN kemewahan dan pujian tidak mungkin sama dengan anugerah yang diberikan Tuhan menerusi kelahiran Tristan Tareef, cucu sulung yang menjadi pelengkap hidup selebriti masakan, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Kelahiran yang disifatkan Chef Wan mengubah seluruh hidupnya, malah mengutuhkan lagi kejituan perasaan kasih dan sayang yang sekian lama subur dalam sanubarinya.

Membahasakan dirinya sebagai Tok Wan, kehadiran Tristan hasil perkahwinan anak kesayangannya, Serina dan Gavin Edward O’luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33 begitu istimewa dalam hidup lelaki berusia 53 tahun itu.

“Tristan ialah anugerah Tuhan paling besar dalam hidup saya. Dia hadir melengkapi hidup keluarga kami. Tristan menyempurnakan segala yang mungkin selama ini hilang atau terabai kerana kesibukan masing-masing tetapi kembali subur dengan kelahirannya.

“Tristan ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai, tidak mungkin dapat diganti dengan apa saja dalam hidup ini. Setiap kali menatap wajah bersihnya, saya tertanya mengapa ada yang sanggup berlaku kejam dan membunuh zuriat sendiri yang tidak berdosa?” katanya yang ditemui di kediamannya di Tiara Ampang, Kuala Lumpur beberapa jam sebelum berangkat ke Eropah.

Keutuhan kasih terhadap Tristan jelas terserlah dalam setiap bicaranya. Tidak cuma itu, Chef Wan turut menitikberatkan setiap aspek pemakanan Serina memandangkan cucunya menyusu badan.
Sepanjang berpantang, Chef Wan akan memastikan Serina menjamah hidangan berkhasiat supaya tumbesaran Tristan seimbang dan sihat.

Hal itu diakui Serina yang turut ada bersama ketika sesi fotografi ini diadakan. Hati kecilnya tersentuh tatkala melihat ketulusan kasih yang menjalar tanpa bertebing dalam diri papanya itu.

“Jika tidak terikat dengan apa-apa komitmen, papa akan menjaga Tristan. Sedikit pun dia tidak mahu berenggang, hinggakan Tristan sendiri begitu rapat dengannya.

“Saya dapat merasai keanehan dalam perlakuan Tristan apabila papa terpaksa bertugas di luar. Tristan seperti kehilangan, membuatkan saya akur magisnya perasaan suci yang lahir dalam jiwa mereka,” kata Serina.

Chef Wan berkata, kelahiran Tristan turut membawanya melalui satu fasa baru yang memberinya semangat dan kekuatan untuk menikmati hidup dengan tenang serta aman.

Sebagai insan, dirinya sarat dibaluti perasaan kasih dan sayang yang mahu dikongsi sesama makhluk hingga pada satu ketika, dia mengutamakan kepentingan orang lain berbanding dirinya sendiri.

Baginya, apa yang penting dalam kehidupan ini adalah keikhlasan lalu sentiasa mengingatkan dirinya supaya bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

“Saya belajar untuk memaafkan orang lain kerana Allah itu Maha Pengampun. Biarpun terluka dan kecewa tetapi saya cuba memaafkan perbuatan orang lain kerana hidup ini masih panjang.

“Saya tidak mahu ada dendam dalam diri ini. Tuhan menganugerahkan saya sebuah kehidupan yang sempurna, jadi mengapa perlu saya pentingkan diri sendiri?

“Menatap Tristan menyedarkan saya betapa besar tanggungjawab untuk membentuknya menjadi manusia yang penuh kasih sayang apabila dia dewasa nanti,” katanya, sesekali menahan sebak di dada.

Chef Wan berkata, pada minggu pertama selepas kelahiran Tristan pada petang 13 September lalu dia diburu rindu yang tidak bertepi.

Terpaksa berpisah dengan cucu kesayangannya kerana perlu ke Tokyo, Jepun dan Bangkok, Thailand, hal itu kata Chef Wan, terlalu berat untuk dilakukan.

“Jika boleh setiap saat saya mahu berada di sampingnya. Melihat Tristan membesar hari demi hari, memberi saya sebuah kebahagiaan yang sukar diungkapkan dengan perkataan.

“Tristan terlalu istimewa dalam hidup saya. Memegang jari halusnya dan melihat dia memberikan reaksi, membuat saya bersyukur kerana Tuhan terlalu baik kepada saya dan keluarga.

“Sebagai hamba yang mensyukuri setiap kurniaan-Nya, saya akan menunaikan umrah di Makkah pada 20 Disember depan untuk berterima kasih kepada Allah.

“Cuma itu yang mampu saya lakukan untuk menyatakan betapa saya menghargai pemberian Allah ini,” kata Chef Wan dalam nada terharu.

Meraih pengiktirafan luar

SELAMA 26 tahun berkecimpung dalam seni kulinari, penghargaan demi penghargaan diterimanya membuatkan Chef Wan terharu kerana sumbangannya diiktiraf hingga di peringkat antarabangsa.

September lalu, Chef Wan terbang ke Bangkok untuk menerima trofi, Friends of Thailand Awards 2010 daripada kerajaan Thailand atas pencapaian serta sumbangannya kepada industri pelancongan negara itu.

Pengiktirafan yang membuat air matanya menitis kerana kerja keras Chef Wan selama 26 tahun diperakui oleh masyarakat luar.

“Dunia hari ini dipenuhi dengan permusuhan dan perebutan kuasa tetapi siapa menyangka kuasa sebuah masakan itu sebenarnya mampu menyatukan manusia dari seluruh pelusuk.

“Menerusi makanan, kita menyuburkan persahabatan, cinta dan keprihatinan antara sesama insan. Anugerah ini juga menjadi contoh betapa kita sebagai rakyat Malaysia begitu terbuka dalam menerima dan mengadaptasi budaya masyarakat luar.

“Saya mahu melihat lebih ramai anak tempatan memperluaskan bakat serta kebolehan di mata dunia dan menjadikan anugerah ini sebagai penggerak untuk mencapai cita-cita mereka,” katanya.

Barangkali tidak ramai yang tahu, di sebalik kejayaan itu Chef Wan terpaksa merentasi onak dan ranjau malah pernah satu ketika dia hampir berputus asa apabila usahanya tidak mendapat sokongan.

Pernah katanya, disebabkan kecewa dia bertekad mahu melarikan diri dan mencari peluang di negara luar yang menghargai segala usaha serta kerja kerasnya.

“Tetapi cinta saya kepada Malaysia terlalu mendalam membuatkan saya terus bertahan walaupun terpaksa berdepan pelbagai kerenah menyakitkan.

“Mungkin penaja korporat tidak melihat betapa kuatnya pengaruh televisyen hingga enggan menyokong setiap kali saya membentangkan kertas cadangan.

“Saya hairan kenapa orang luar menerima dan mengakui kekuatan bakat kita, tetapi di negara sendiri kita seperti mengemis untuk meraih sedikit sokongan.

“Saya tidak tahu apa bukti yang mereka perlukan lagi kerana sepanjang 26 tahun, sudah banyak yang saya berikan untuk memperkenalkan nama Malaysia,” katanya.

Situasi itu kata Chef Wan tidak pernah sesekali memudarkan semangatnya, bahkan perjuangannya akan diteruskan kerana dia ikhlas dalam setiap pekerjaannya.

Baginya, tiada siapa yang mampu menghalang langkahnya untuk terus mara kerana selagi diizinkan Allah, dia akan membawa nama negara di mata dunia dengan caranya tersendiri.

Chef Wan mengamuk ada orang dengki


Datuk... Sabar ya Datuk... Bawa mengucap banyak-banyak...Itulah yang Niezam nak kata kepada Datuk Chef Wan yang sekarang ini berada di London kerana menjayakan rakaman sebuah program berbentuk masakan.

Khamis lepas Niezam ada terbaca status dalam Facebook Chef Wan. Dalam status dia tu, Chef Wan marah sangat apabila ada orang yang cuba nak tabur pasir dalam periuk nasinya.

Lepas tu Niezam pun hantar mesej kepada Chef Wan dan tanya dia apa hal yang berlaku sampai nak mengamuk dalam Facebook?

Chef Wan pun balas dan minta Niezam tulis dalam keluaran ni mengenai isi hati dan perasaan sakit hati dia yang tak dapat dibendung lagi.

Hai... Ingatkan bila dan selesai kes ada orang bomohkan Chef Wan tak lama dulu, dah tak ada cerita panas lain. Tut-tut... Ada juga kisah yang hebat.

Kata Wan, baru-baru ni dia terbang ke Mauritius untuk menghadiri satu program masakan dengan TV9.

Bila sampai di pulau itu, salah seorang pegawai kanan sebuah syarikat penerbangan telah bertemu dengannya dan memberitahu ada satu agensi dari Malaysia ini telah memburuk-burukkan Chef Wan.

Agensi itu yang turut membuat promosi masakan di pulau berkenaan sudah melarang pegawai kanan syarikat penerbangan berkenaan daripada mengundang Chef Wan untuk program-program masakan di pulau itu pada masa akan datang.

Alasan diberi, kalau ambil Chef Wan takut nanti akan menyusahkan orang.

“Awak tahu tak pegawai syarikat penerbangan tu terkejut bila orang Malaysia sendiri yang melarang Wan untuk membuat promosi mengharumkan nama negara di tempat mereka.

“Sebelum ni abang bekerjasama dengan pihak di Mauritius tu tanpa ada apa-apa masalah dan dapat pujian lagi. Tapi tak sangka pula ada orang dari agensi yang dihormati di Malaysia sanggup tabur pasir dalam periuk nasi Wan,” katanya.

Chef Wan juga memberi amaran jika pegawai berkenaan masih lagi melakukan perkara yang sama, dia tidak teragak-agak untuk menyenaraikan nama individu terbabit dan bersemuka dengan mereka.

“Wan nak ingatkan mereka, sarang tebuan jangan dijolok,” katanya marah.

Baiklah Abang Wan... Jangan marah-marah lagi ya. Lepas keluar cerita ni mungkin pihak yang berkenaan tu sedar dan tak buat lagi.

Harap-harap dia orang tahu la sengat Chef Wan lebih bisa dari tebuan.

Chef Wan: Duit Bukan Segalanya...


Program masakan baru, Makan Angin dihoskan bersama oleh Chef Wan dan Najib Ali.

KALAU diikutkan usianya yang telah mencecah 52 tahun, selebriti chef bertaraf dunia Datuk Chef Wan sudah boleh berehat dan memikirkan tentang diri-sendiri.

Tambahan pula, beliau bukanlah calang-calang orang dan bukannya dia tidak mampu untuk menyara diri dengan hasil titik peluhnya yang diraih sebelum ini.

Memang benar, ayah kepada aktres dan pengacara Serina Redzuawan yang bakal mendapat cucu tidak lama lagi itu, masih setia dan sibuk dengan kerjayanya itu.

Jika ditanya alasan kenapa dia masih sibuk dengan tugasnya sebagai duta masakan yang menjelajah di setiap pelusok, 'Selebriti Chef Terbaik Dunia' di Gourmand Awards 2009 itu berkata, dia hanya ingin berbakti kepada negara.

“Saya bekerja sekarang bukan kerana duit tetapi melunaskan tanggungjawab saya untuk mempromosikan negara kita.

“Inilah pengorbanan yang saya perlu lakukan apabila dilantik sebagai duta,” katanya yang turut tampil dengan program masakan sendiri, Ekspedisi Chef Wan kepada mStar Online.

Bayangkan, setiap pelusuk tempat yang dijelajahi beliau sebelum ini bukannya selalu mendapat bantuan kewangan daripada mana-mana pihak.

Dari tiket penerbangan hingga membeli barang dapur untuk membuat demonstrasi masakan di luar negara semuanya ditanggung sendiri.

Chef Wan baru selesai menjalani penggambaran 13 episod Makan, yang dihoskan bersama oleh pengacara terkenal dari Singapura Najib Ali.



Beliau juga seperti sudah terbiasa dengan rutin hariannya yang sentiasa berulang-alik dari Malaysia ke luar negara. Sejak selesai kenduri kahwin Serina pada Januari lalu, beliau tidak henti-henti pergi ke luar negara.

Kata beliau yang sentiasa ramah dan murah dengan senyuman itu: “Itulah kehidupan...”

Pada 17 Mac ini, beliau akan terbang ke Pulau Mauritius, seterusnya menghadiri Pesta Makanan di Lombok, Thailand dan Vietnam. Selepas itu beliau ke Paris sebelum singgah ke destinasi berikutnya, Abu Dhabi selama lima hari untuk Pesta Buku.

Anak jati Sungai Koyan, Raub itu juga memberitahu dia baru saja kembali dari Macau dan London untuk penggambaran Ekspedisi Chef Wan untuk musim terbaru ini.

Selain itu, beliau juga baru selesai menjalani penggambaran untuk sebuah lagi program pengembaraan 13 episod Makan Angin.

Program yang menonjolkan budaya dan makanan setempat melibatkan tujuh destinasi terpilih itu turut dihoskan oleh pengacara terkenal dari Singapura, Najib Ali.

Untuk musim pertama ini, beberapa negeri di Malaysia termasuk Sarawak, Melaka, Sabah dan Cameron Highlands serta beberapa tempat di Indonesia seperti Menado dan Sulawesi dipaparkan dalam program itu.

Tinggal beberapa tempat di negara Timur Tengah dan China yang akan disambung penggambarannya dalam masa terdekat ini.

“Ini merupakan kali pertama saya mengacarakan sebuah program dengan Najib Ali. Semuanya berjalan dengan lancar kerana kedua-duanya energetik.

“Najib lebih banyak bercakap tentang tempat yang dipaparkan dalam program itu manakala saya pula menyentuh lebih terperinci tentang juadah makanan,” kata Chef Wan mengenai program yang akan disiarkan di Suria TV (Singapura) dan saluran AFC (Astro) itu.

Menurut Chef Wan, Najib Ali sendiri mengakui siri 'Makan Angin' mempunyai trademark yang lebih mirip ke tukang masak terkenal itu.

"Kata Najib, seperti semua program masakan yang menyerlah adalah saya dan bukan dia. Lagipun personaliti Najib lebih ke arah hiburan," kata Chef Wan.

Chef Wan-Serina Bertegang Leher Pasal Jemputan Kahwin


Chef Wan lebih stres dengan tetamu jemputan yang bakal hadir ke majlis-majlis itu sehingga bertegang leher dengan anak gadis tunggalnya itu.

JIKA anaknya, Serina stres memikirkan enam resepsi perkahwinan yang akan dilakukan pada awal Januari ini, Chef Wan merasai dua kali ganda daripada itu.

Chef selebriti terkenal ini berkata dia lebih stres dengan tetamu jemputan yang bakal hadir ke majlis-majlis itu sehingga bertegang leher dengan anak gadis tunggalnya itu.

“Saya risau pasal tetamu sebab pada saat-saat akhir Serina memberitahu hendak mengajak ramai kawan-kawannya dalam 150 orang.

“Bukan apa, saya dah tetapkan senarai tetamu yang akan datang ke majlis perkahwinan Serina nanti.

“Keluarga dan saudara mara saya sudah ramai…itu belum kira dengan 150 orang kawan saya dari luar negara dan beberapa tetamu VIP.

“Setakat ini tetamu VIP yang akan datang adalah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi,” kata Chef Wan ketika sesi fitting baju untuk dipakai semasa majlis persandingan Serina dan bakal menantunya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar.

Sehubungan itu, Chef Wan berkata dia akan membuat satu majlis keraian mempelai di Sungai Koyan, Pahang bagi meraikan orang kampung yang tidak dapat hadir ke majlis di Kuala Lumpur pada hujung Januari nanti.

“Saya akan membuat sebuah majlis resepsi secara besar-besaran untuk orang-orang kampung dan sesiapa yang tidak dijemput dalam majlis di Kuala Lumpur,” ujar pelakon dan pengacara ini.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkata dia mengambil masa selama tiga bulan untuk membuat persiapan lima resepsi penting di Kuala Lumpur iaitu majlis merisik, bertunang, berinai kecil, akad nikah, berinai besar dan persandingan pada 31 Disember, 1 Januari dan 2 Januari ini.

“Saya stres juga apabila fikirkan tentang persiapan perkahwinan Serina seperti hiasan, makanan dan banyak lagi.

“Semuanya tak boleh dibuat cincai dan perlu memenuhi tujuh darah keturunan yang diwarisi oleh keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya yang berdarah Jawa, Cina dan Jepun sementara bekas isterinya, Norhayati berketurunan Pakistan.

Sementara bakal menantunya yang merupakan Pengarah Eksekutif Football Focus Sdn Bhd itu berketurunan Irish dari England.

Ditanya mengenai jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Chef Selebriti Terbaik Dunia di World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009 ini, dia bagaimanapun tidak mahu menghebahnya.

“Saya banyak juga mengeluarkan wang tapi alhamdulillah, saya mendapat diskaun daripada kawan-kawan untuk menghasilkan majlis yang sederhana ini.

“Bukan senang untuk mendapatkan pereka-pereka pakaian dan pelamin yang berbakat besar,” kata lelaki berusia 52 tahun ini.

Chef Wan juga berkata, dia tidak akan membiarkan majlis Serina sewenang-wenangnya mewah dengan tajaan.

Walaupun begitu, dia ada menerima tajaan dari Euromoda untuk baju Melayu dan baju kebaya bagi majlis pertunangan, nikah dan persandingan; barang kemas Habib Jewels untuk digayakan oleh Serina sepanjang resepsi-resepsi itu termasuk Lord’s Tailor (sut Gavin, Chef Wan dan Chef Riz yang dipakai semasa majlis persandingan).

“Sebab itu saya menolak apabila pereka Jovian Mandagie hendak sponsor baju pengantin berjumlah setengah juta ringgit.

“Saya juga menolak hak eksklusif daripada stesen televisyen seperti Astro yang berminat untuk menyiarkan majlis perkahwinan Serina.

“Tetapi rancangan Wanita Hari Ini akan menyiarkan secara langsung untuk majlis pernikahan dari Masjid Wilayah Persekutuan,” ujarnya yang bercakap dengan pantas seperti keretapi ekspres.

Ramai yang menjangkakan majlis perkahwinan Serina dan Gavin bakal dinobatkan sebagai wedding of the year.

Namun, bapa kepada Chef Nazri ini juga tidak pernah memikirkan tentang gelaran itu asalkan majlis itu dilangsungkan dengan jayanya.

“Saya hanya buat yang terbaik untuk anak saya dan keluarga saya yang besar. Jadi saya tidak tahu sama ada majlis perkahwinan Serina ini akan menjadi wedding of the year atau tidak,” ulasnya.

Serina dan Gavin akan bernikah pada 1 Januari ini di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mas kahwin RM1,000.

Pihak perempuan akan menerima tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran sebanyak RM30,000 manakala pihak lelaki akan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails