Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Dazrin Kamaruddin. Show all posts
Showing posts with label Dazrin Kamaruddin. Show all posts
Lima Bulan Dazrin Terseksa Gagal Kahwin Amyra Rosli
Setelah hampir setahun insiden majlis pernikahan dengan Amyra Rosli dibatalkan, pelakon Dazrin Kamarudin akhirnya mendedahkan jiwanya terseksa sehingga dia mengambil masa selama lima bulan untuk menenangkan fikiran.
Dazrin, 27, berkata disebabkan peristiwa itu, dia tidak dapat memberi fokus dalam karier lakonan sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran yang diterima.
“Sebenarnya lima bulan saya mendiamkan diri kerana tidak boleh bekerja dan hilang fokus selepas kejadian tersebut.
“Dalam tempoh waktu itu, saya hilangkan diri sekejap untuk kenal diri semula dan atas nasihat rakan-rakan baru saya kembali berlakon,” katanya kepada mStar Online.
Dazrin ditemui sewaktu sidang media program khas Ramadan 2015 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri, di sini pada Selasa.
Terdahulu, Dazrin yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Amyra Rosli pada 8 Ogos 2014 terpaksa membatalkan hasrat berkenaan pada saat-saat akhir kerana masalah yang dirahsiakan.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2013 selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.
Bagaimanapun dunia hiburan dikejutkan dengan berita majlis pernikahan pasangan itu dibatalkan pada saat-saat akhir walaupun segala persiapan perkahwinan mereka sudah dibuat.
Dazrin bagaimanapun enggan mengulas punca perkahwinan tersebut dibatalkan selain mahu kejadian berkenaan dijadikan pengajaran.
“Manusia kadang-kadang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan dalam masa yang sama kita perlu belajar serta mengambil iktibar terhadap setiap apa yang berlaku.
“Alhamdulillah saya kembali aktif berlakon dan kini tampil dengan rambut pendek untuk imej dan semangat baru selepas berkabung lima bulan,” katanya.
Sementara itu Dazrin berkata sepanjang tempoh mendiamkan diri, dia sibuk membuat pengubahsuaian rumah yang baru dimiliknya.
Tambah Dazrin, rumah baru yang mempunyai enam bilik itu merupakan salah satu persiapan untuk perkahwinannya pada tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Dazrin akan tampil dalam drama Kampung Manggis di TV1 sempena program khas Ramadan ini.
Dazrin juga baru sahaja selesai merakamkan dua single terbaru bertajuk Kamu Selalu Ada dan Cause I Love You.
"Banyak Hati Perlu Dijaga" - Ibu Amyra Rosli
Ibu kepada pelakon Amyra Rosli iaitu Noor Zaridah Ahmad mahu menjaga hati keluarga Dazrin Kamaruddin apabila membuat keputusan mengunci mulut mengapa perkahwinan anaknya dengan pemuda berkenaan pada Jumaat ini dibatalkan.
Noor Zaridah berkata, biarlah pihaknya sekadar membuka mulut bagi memaklumkan majlis berkenaan dibatalkan tanpa menjelaskan sebab-sebabnya.
"Maafkan Kak Noor kerana tidak boleh bercerita lanjut mengenai punca pembatalan tersebut kerana tidak mahu isu itu berpanjangan sehingga menimbulkan macam-macam konflik kerana banyak hati yang perlu dijaga.
"Cukuplah sekadar pihak kami memaklumkan pernikahan mereka dibatalkan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Majlis pernikahan Dazrin, 26, dan Amyra atau nama sebenarnya Amyra Izzati Rosli, 23, sepatutnya berlangsung di Puchong dekat sini terpaksa dibatalkan pada saat-saat terkahir atas sebab-sebab peribadi.
Pasangan berkenaan menjalinkan hubungan sejak Februari tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos tahun yang sama.
Dalam pada itu, Noor Zaridah berkata, dia juga ingin menjaga hati keluarga pihak Dazrin yang turut menerima kesan daripada kejadian tersebut.
Dia juga dia tidak mahu butiran mengenai isu tersebut akan mengeruhkan hubungan keluarga kedua-dua belah pihak yang masih kekal baik biarpun pasangan berkenaan tidak jadi berkahwin.
"Jika macam-macam cerita keluar pasti akan menjadi lebih keruh dan apa pula kata pihak keluarga sebelah lelaki nanti dan itu yang Kak Noor ingin elakkan daripada berlaku.
"Biarlah kami sahaja yang tahu apa tentang sebab sebenar kejadian ini berlaku," jelasnya.
Sementara itu, ditanya mengenai persiapan yang telah dilakukan oleh pihak perempuan, Noor Zaridah enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.
"Apa yang boleh saya ulas persiapan yang dibuat belum sampai tahap kad diedarkan kepada tetamu dan butiran lain saya tidak boleh komen," ujarnya.
Ditanya pula mengenai hubungan anaknya dengan Dazrin selepas pernikahan mereka dibatalkan Noor Zaridah sekadar berkata; "Mereka telah membatalkan perkahwinan, jadi...," ujarnya yang seolah-olah menggambarkan pasangan itu juga sudah tidak sehaluan lagi.
ISU FOTO MESRA DENGAN RAMONA ZAMZAM - AMYRA & DAZRIN BATAL NIKAH JUMAAT INI
Awalnya disangka mahu mengedarkan kad perkahwinan, tetapi rupanya membawa berita sedih iaitu majlis perkahwinannya dengan Dazrin Kamarudin terpaksa dibatalkan. Demikianlah berita yang disampaikan oleh Amyra Rosli, 23, pada media semalam mengenai perkembangan terkininya.
"Saya minta maaf pada semua, majlis (nikah) kami pada 8 Ogos ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
"Memang semua persiapan sudah siap tapi kad jemputan belum diedarkan lagi. Kalau ditanya sebabnya, maaf saya tak boleh kongsi, ia terlalu peribadi," ujar Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, dipetik sebagai berkata.
Namun dalam hal ini, ada yang meneka mungkin gambar mesra Dazrin bersama pelakon Ramona Zamzam di lokasi penggambaran yang disiarkan media pada 22 Julai lalu telah menjadi punca salah faham ini.
Malah Romona juga telah dikecam teruk oleh peminat kerana dianggap cuba merosakkan hubungan Dazrin dan Amyra. Bagaimanapun, Dazrin kemudian menafikan dakwaan kononnya dia dan Ramona mempunyai apa-apa hubungan.
Bagaimanapun, ada sumber memberitahu, pasangan ini mengambil keputusan membatalkan pernikahan mereka pada minggu terakhir Ramadan lalu kerana konflik dalaman.
"Saya beritahu perkara ini untuk mengelakkan orang ramai tertanya-tanya kenapa kami senyap saja sedangkan majlis sudah dekat.
"Saya juga nak mohon maaf kepada semua terbabit yang membantu persiapan majlis atas pembatalan ini," tambah Amyra.
Sementara itu, Dazrin yang dihubungi media berkata, pihaknya tidak berniat membatalkan perkahwinan mereka tetapi terpaksa menangguhkannya ketika ini.
"Saya masih sayangkan Amyra. Cuma tarikh nikah Jumaat ini memang tak jadi. Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan dulu.
"Saya tak mahu dianggap lepas tangan. Insya-Allah, selepas semua salah faham diselesaikan, mungkin akan ada tarikh lain. Saya juga minta maaf pada semua pihak," ujarnya yang menyangkal dakwaan pembatalan majlis disebabkan orang ketiga.
Untuk rekod, Dazrin dan Amyra mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2013.
Amyra Rosli, merupakan gadis lulusan diploma teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Karier seninya bermula apabila dia membintangi drama seperti ‘Cinta dan Wahyu' di TV Al-Hijrah dan ‘Amyra’. Dia awalnya pernah berlakon bersama Dazrin dalam drama bersiri ‘Jodoh’ yang ditayangkan di Astro Ria.
"Memang semua persiapan sudah siap tapi kad jemputan belum diedarkan lagi. Kalau ditanya sebabnya, maaf saya tak boleh kongsi, ia terlalu peribadi," ujar Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, dipetik sebagai berkata.
Namun dalam hal ini, ada yang meneka mungkin gambar mesra Dazrin bersama pelakon Ramona Zamzam di lokasi penggambaran yang disiarkan media pada 22 Julai lalu telah menjadi punca salah faham ini.
Malah Romona juga telah dikecam teruk oleh peminat kerana dianggap cuba merosakkan hubungan Dazrin dan Amyra. Bagaimanapun, Dazrin kemudian menafikan dakwaan kononnya dia dan Ramona mempunyai apa-apa hubungan.
Bagaimanapun, ada sumber memberitahu, pasangan ini mengambil keputusan membatalkan pernikahan mereka pada minggu terakhir Ramadan lalu kerana konflik dalaman.
"Saya beritahu perkara ini untuk mengelakkan orang ramai tertanya-tanya kenapa kami senyap saja sedangkan majlis sudah dekat.
"Saya juga nak mohon maaf kepada semua terbabit yang membantu persiapan majlis atas pembatalan ini," tambah Amyra.
Sementara itu, Dazrin yang dihubungi media berkata, pihaknya tidak berniat membatalkan perkahwinan mereka tetapi terpaksa menangguhkannya ketika ini.
"Saya masih sayangkan Amyra. Cuma tarikh nikah Jumaat ini memang tak jadi. Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan dulu.
"Saya tak mahu dianggap lepas tangan. Insya-Allah, selepas semua salah faham diselesaikan, mungkin akan ada tarikh lain. Saya juga minta maaf pada semua pihak," ujarnya yang menyangkal dakwaan pembatalan majlis disebabkan orang ketiga.
Untuk rekod, Dazrin dan Amyra mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2013.
Amyra Rosli, merupakan gadis lulusan diploma teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Karier seninya bermula apabila dia membintangi drama seperti ‘Cinta dan Wahyu' di TV Al-Hijrah dan ‘Amyra’. Dia awalnya pernah berlakon bersama Dazrin dalam drama bersiri ‘Jodoh’ yang ditayangkan di Astro Ria.
Dazrin Kamarudin & Amyra Rosli Nikah 8 Ogos Depan
Pelakon Dazrin Kamarudin mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang juga aktres Amyra Rosli pada 8 Ogos depan.
Dazrin, 26, berkata, dia sendiri memilih tarikh berkenaan kerana ia mempunyai simbolik istimewa dalam hubungan mereka tambahan pula ketika itu umat Islam masih meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
"Insya-Allah saya dan Amyra akan disatukan sebagai suami-isteri pada 8 Ogos depan iaitu dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Saya memilih tarikh itu kerana ia bulan kelahiran Amyra dan dia dilahirkan pada tahun 1988. Jadi ia sebagai satu simbolik sebagai ingatan kami berdua," katanya kepada mStar Online.
Dazrin ditemui pada majlis pelancaran program Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal di Hotel One World dekat sini pada Rabu lalu.
Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos tahun lalu selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.
Dalam pada itu, Dazrin mengakui gementar untuk bergelar seorang suami namun menjelaskan sudah bersedia mengalas tanggungjawab baharu itu apabila mengambil keputusan untuk berkahwin.
"Tanyalah pada sesiapa pun perasaan gemuruh itu pasti akan ada pada mana-mana lelaki yang bakal berkahwin tambahan pula tarikh untuk disatukan itu semakin hampir.
"Pun begitu saya sudah bersedia untuk melayari alam rumah tangga bersama Amyra dan berharap perancangan ke arah itu berjalan dengan baik," katanya.
Sementara itu, Amyra, 23, yang turut hadir pada majlis sama berkata, dia tidak melihat keputusannya untuk menamatkan zaman solo akan memberikan impak negatif kepada kerjaya lakonannya yang sedang meningkat naik.
Jelas Amyra, dia yakin rezekinya bukan ditentukan oleh status seseorang artis itu sebaliknya ia daripada Tuhan selain usaha dan kerja keras untuk berjaya.
"Perkahwinan adalah sesuatu yang baik dan banyak hikmah disebalik sesuatu perkahwinan dan salah satunya adalah rezeki.
"Saya tidak bimbang tawaran dalam bidang lakonan berkurangan selepas berkahwin kerana percaya sesuatu rezeki itu bukan boleh kita tentukan tetapi ia daripada Allah," katanya.
Dalam perkembangan sama, Amyra berkata, persiapan perkahwinan mereka sedang rancak dilakukan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan dia turut terharu apabila ada beberapa pihak bersedia menaja majlis itu nanti.
Dazrin Kamaruddin Enggan 'Perang' Dengan Fasha Terus Berpanjangan
Pelakon Dazrin Kamarudin enggan memanjangkan 'perang dingin' yang berlaku diantaranya dengan Fasha Sandha apabila aktres itu bertindak membidas tunangnya, Amyza Rosli yang dilaporkan datang lewat ke lokasi penggambaran drama Baju Raya Yaya baru-baru ini.
Dazrin, 26, berkata, biarpun berasa pelik dengan tindakan pelakon itu namun dia enggan memberi ruang kepada kontroversi terus menyelubungi karier mereka kerana yakin kebenaran akan berpihak kepadanya suatu hari nanti.
"Apa sahaja isu di antara saya dan Fasha sebelum ini telah pun selesai dan tiada isu berbangkit mengenai perkara itu malah saya sudah memohon maaf atas kejadian tersebut.
"Biarlah apa pun yang hendak dia kata kerana itu haknya dan pada akhirnya orang akan tahu juga kebenarannya," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Dazrin berkata, mengakui tunangnya yang juga aktres Amyra Rosli berada dalam keadaan tertekan selepas dihimpit kontroversi gara-gara datang lewat ke lokasi penggambaran drama berjudul Baju Raya Yaya baru-baru ini.
Dazrin bagaimanapun berkata, sebagai individu paling dekat dengan Amyra dia sentiasa memberikan semangat kepada wanita berkenaan supaya tidak berputus asa hanya kerana isu tersebut.
"Memang dia tertekan selepas apa yang terjadi namun saya dan keluarganya sentiasa memberikannya dorongan supaya dia tidak patah semangat untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon.
"Saya sering memberitahunya kontroversi tersebut hanyalah salah faham kecil yang diperbesar-besarkan dan perlu mengambil pengajaran daripadanya," katanya.
Tambah Dazrin, dia tidak mahu melihat kerjaya Amyra terkubur kerana bakat yang dimiliki wanita berkenaan mempunyai potensi untuk berjaya pada masa hadapan.
Sementara itu, bercakap mengenai filem pertama lakonannya Apokalips X arahan Mamat Khalid, Dazrin berkata, dia sedia menerima kritikan daripada penonton memandangkan ia adalah karya pertamanya ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Bagaimanapun kata Dazrin, pengalaman bekerja dibawah Mamat sangat berharga dan dia beruntung mendapat didikan daripada pengarah berpengalaman itu.
"Biarpun pada mulanya saya hanya watak sampingan sahaja dalam Apokalips X namun Mamat percaya dengan kredibiliti saya dan memberi kepercayaan untuk memegang antara peranan utama dalam filem itu.
"Saya bertuah dapat berlakon dibawah arahannya malah saya akan muncul dalam beberapa lagi projek bersamanya selepas ini," jelasnya.
Isu Tidak Berdisiplin Buka Mata Dazrin Untuk Berubah
Pelakon Dazrin Kamarudin mengakui kontroversi bahawa dia tidak berdisiplin yang melandanya sebelum ini membuka matanya untuk lebih bertanggungjawab pada masa hadapan.
Dazrin, 26, berkata, teguran oleh pengarah drama bersiri Miranda iaitu Along Kamaluddin dan pelakon utamanya, Fasha Sandha ketika di set penggambaran satu tindakan yang disyukurinya kerana membawa kebaikan.
"Jika mereka tidak menegur sikap saya barangkali sehingga hari ini saya tidak sedar perbuatan tersebut (tidak berdisiplin) telah menyusahkan pelbagai pihak.
"Kejadian itu juga membuka mata saya untuk berfikir kembali tentang apa yang telah saya lakukan dan teguran mereka itu sebenarnya adalah dengan tujuan baik," katanya kepada mStar Online.
Dazrin ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan di sini, pada Isnin.
Acara itu bakal diadakan di Dataran Masjid Putra, Persint 1, Putrajaya pada 21 Mac ini pukul 8 malam.
Dalam perkembangan sama, Dazrin mengakui telah memohon maaf kepada semua kru drama berkenaan termasuk Along dan Fasha atas sikapnya itu dan mengakui kesal dengan perbuatan berkenaan.
Jelas Dazrin, dia juga tidak menyimpan dendam terhadap kritikan oleh kedua-dua individu tersebut terhadapnya dan hubungan mereka kembali jernih.
"Sebagai manusia kita memang tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan syukur saya cepat tersedar.
"Saya kini lebih berdisiplin dan datang ke lokasi penggambaran tepat pada waktunya sebagai salah satu proses mengubah diri supaya menjadi lebih baik," katanya.
Sementara itu, Dazrin berkata, walaupun pada awal kariernya sedikit terganggu akibat kejadian itu namun kini ia kembali pulih seperti sedia kala.
Jelas Dazrin, dia masih mendapat kepercayaan daripada produksi dan memberitahu baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama.
"Selepas ini ada beberapa lagi drama akan mula penggambaran dan Alhamdulillah rezeki masih ada walaupun imej sedikit tercalar akibat insiden berkenaan," ujarnya.
Dazrin Nafi Bermasam Muka Dengan Hairul
Dazrin & Hairul Menang Fear Factor Selebriti Malaysia
Tidak guna rupa - Dazrin Kamaruddin
Dazrin menyampah tengok Johan
NAMA Dazrin Kamarudin, 24, sudah tentunya kurang dikenali lagi dalam industri tanah air walaupun dia sudah berlakon dalam beberapa buah filem, telemovie dan drama.
Bagaimanapun disebabkan penangan drama bersiri Adam dan Hawa yang kini sedang ditayangkan menerusi Astro Mustika HD, Dazrin yang memegang watak Johan mula dikenali ramai dan disebut-sebut.
Dazrin yang merupakan pemegang ijazah berganda Filem, Video dan Media dan Ijazah Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat sebenarnya telah berlakon filem Seru dan Apokalips X sebelum ini.
Selain itu, drama rantaian Bicara Hati, Memberku Hawa dan telefilem Mencintaimu, Setahun Setengah Mencari Cinta dan Geisha Melayu Terakhir juga merupakan lakonannya sebelum ini tetapi belum cukup membukti kemunculannya dalam industri ini.
Watak Johan dalam drama yang diminati Adam dan Hawa sebagai lelaki yang menagih kasih dengan isteri orang telah membuka ruang seluas mungkin kepada Dazrin untuk bertapak kukuh dalam industri ini.
Ketika ditemui di majlis sidang akhbar program Astro Ria, Fear Factor Selebriti Malaysia baru-baru, Dazrin berkongsi pengalamannya selepas membawa watak Johan dalam drama Adam dan Hawa itu.
Kosmo!: Adakah ada perbezaan selepas anda dikenali menerusi watak Johan itu?
DAZRIN: Ya sudah tentu, sekarang jika keluar ramai peminat memanggil saya dengan nama Johan bukan Dazrin.
Adakah anda selesa dengan nama berkenaan atau mahu dipanggil Dazrin?
Saya tidak kisah sebenarnya, cuma pada awal-awal saya tidak biasa sebab nama saya Dazrin bukan Johan, tetapi lama-lama saya sudah dapat membiasakan diri dengan panggilan berkenaan.
Apakah yang membuatkan anda tidak selesa dengan panggilan nama Johan itu?
Ketika keluar bersiar-siar ada peminat panggil saya dengan nama Johan, saya tidak berpaling sebab tidak tahu mereka (peminat) panggil saya, sebab sudah biasa orang panggil Dazrin, sekarang saya sudah tahu peminat luar sana kenal saya dengan nama Johan.
Ada atau tidak peminat yang menyampah dengan watak anda dalam drama berkenaan?
Sudah tentu ada, ramai peminat tulis dalam laman Twitter dalam nada bergurau nak pukul saya. Saya sendiri bila tengok watak sendiri naik menyampah pun ada dengan Johan tidak sudah-sudah menagih simpati Ain (lakonan Nadiya Nissa).
Adakah selepas drama Adam dan Hawa, anda rasa mula dikenali dan mendapat banyak tawaran berlakon?
Memang saya sudah rasa penangan berlakon drama itu, sehingga aoabila habis menjalani penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia di Afrika Selatan baru-baru ini. saya terus kena pergi mesyuarat untuk beberapa produksi yang hendak ambil saya berlakon.
Adakah tawaran itu untuk berlakon filem atau drama?
Kedua-duanya ada dan kali ini saya ditawarkan watak utama, sebelum ini hanya watak sambilan, di situ saya sudah nampak kepercayaan yang diberikan kepada saya.
Apakah perkembangan anda selepas ini?
Saya akan muncul dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia pada 29 Disember nanti dan akan bergandingan dengan pelakon Hairul Azreen. Selain itu saya juga bakal memulakan penggambaran sebuah filem bulan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
