Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Fasha Sandha. Show all posts
Showing posts with label Fasha Sandha. Show all posts
Fasha Sandha Tolak Buat Ulasan Produk Di Instagram
Pelakon Fasha Sandha menegaskan tidak akan menerima sebarang tawaran bagi membuat ulasan jualan produk di Instagram tidak kira sama ada ianya dibayar atau tidak.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, menyifatkan perkara itu tidak sesuai dilakukannya memandangkan ia bukanlah satu tugasan yang wajib dibuat sebagai seorang pelakon.
"Ada sesetengah artis menerima bayaran untuk membuat IG Review (ulasan produk), tetapi ada juga yang tidak berbuat sedemikian. Bagi saya, terpulang pada pendapat masing-masing.
"Tetapi saya tidak mengenakan sebarang bayaran atau menerima tawaran membuat IG Review kerana itu bukanlah kerjaya saya," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun tambah Fasha, dia tidak mempunyai masalah sekiranya mana-mana pihak ingin mempromosi barangan pada setiap gambar-gambar di akaun Instagram miliknya itu.
Kata Fasha, promosi jualan di laman sosial itu sedikit sebanyak pasti dapat membantu peniaga-peniaga online untuk meningkatkan jualan masing-masing.
"Jujurnya, ia sedikit pun tidak menganggu saya. Menerusi konsep 'visit my IG' di setiap gambar-gambar saya itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk berniaga.
"Ianya tidak menganggu rezeki saya, maka saya benarkan. Asalkan ia tidak keterlaluan.
"Andaikata saya kekurangan modal untuk mempromosikan barangan, dan sekiranya seseorang artis itu membenarkan saya meletakkan komen di laman Instagram mereka, saya juga akan buat perkara yang sama," ujarnya.
Ditanya apakah pandangan Fasha mengenai segelintir artis yang meletakkan harga yang tinggi bagi membuat ulasan produk, katanya, ia terpulang kepada cara pihak peniaga dan seseorang artis berkenaan berurusan.
"Setiap artis berhak membuat apa sahaja di laman sosial masing-masing dan saya percaya ramai peniaga memerlukan khidmat artis bagi tujuan promosi. Jika ia membantu, tak salah untuk mereka berbuat demikian.
"Cuma saya pula tidak terlalu 'tunduk' pada laman sosial dan kerana itu tidak banyak gambar yang saya kongsikan di Instagram.
"Apa-apapun, saya mendoakan agar mereka (peniaga) berjaya dalam bidang masing-masing dan hormatilah laman sosial artis. Jika mereka tidak membenarkan pihak peniaga mempromosikan barangan di laman sosial itu, buat promosi dengan cara lain pula. Insyaallah, saya percaya banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk tujuan promosi," tuturnya.
'ADAT RENJIS' IRINGI KEPULANGAN BAYI FASHA SANDHA
Gambar menarik anak Fasha Sandha dan Jejai iaitu Putri Raysha Jemaima yang disambut secara adat oleh ibu mertua Fasha.
Putri Raysha telah disambut dengan renjisan air mawar dan ditabur dengan beras kunyit ketika masuk ke rumah mertuanya itu. Selain itu, bayi tersebut juga telah diberi merasa air zam zam, kurma, gula, garam dan asam.
Paling menarik, ibu Jejai juga telah memberi nama tersendiri buat puteri Raysha iaitu Cahaya Murni.
Namun bagi yang masih tertanya-tanya mengenai makna nama Putri Raysha Jemaima, ini kata Fasha. "Ramai bertanya tentang maksud nama my baby, Putri Raysha Jemaima adalah nama dalam bahasa Arab yang Membawa maksud Putri -Puteri Raysha-Pemimpin Jemaima-Salah seorang daripada 3 anak Nabi Ayub yang paling cantik. Lama juga ibu and dada fikir nama untuk baby, Alhamdulillah dapat nama ini. I got my 12th day old pic from mama. She said Raysha got my eyes and lips."
GAMBAR MENARIK SANA SINI - RAGAM FASHA SANDHA & ENGKU ALEESYA
Waahhh... memang manis bila Engku Aleesya, anak Erra Fazira dan Engku Emran, bertudung. Kalau boleh, Erra dan Emran kenalah kekalkan anak mereka begini, sedap mata memandang!
Selain itu, nampaknya Fasha Sandha pula makin 'moncet' dan bukan main bulat lagi perutnya. Untuk info, Fasha merakamkan gambar ini ketika hadir dalam satu majlis kahwin baru-baru ini.
FASHA SANDHA
RAGAM FASHA SANDHA & JEJAI SAMBUT RAYA
Fasha Sandha Terluka Dibandingkan Dengan Nora Danish
Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia dikatakan kononnya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, dia terpaksa menegur pengikut Instagram miliknya apabila mereka mempersoalkan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga mertua pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) berbanding Nora Danish yang banyak memuat naik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu.
"Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial.
"Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.
"Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya di Instagram berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung baru-baru ini.
Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya.
Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanyakan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya menerusi komen-komen positif yang diterima.
Sementara itu, ditanya adakah dia mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga Jejai, Fasha enggan mengulas tentang perkara tersebut.
"Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen.
"Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya," tuturnya.
HARI LAHIR PERTAMA PUTERA RAYFAL RAMLI
Hari ini, adalah hari lahir yang pertama Putera Rayfal Ramli, anak Fasha Sandha dan Jejai. Tapi mungkin tahun depan, Rayfal akan menyambut hari lahir bersama adiknya pula kerana Fasha dikatakan sedang hamil anak kedua.
"My dearest rayfal, Today at 921AM you will turn one. Exactly a year ago i held you for the very first time, its a feeling that i will never forget, a feeling that is so unbelievable that i could not even start to describe.
"You were a small 2.68kg little bundell of joy. you felt fragile and so tiny. You and yop rayqal are the most precious thing I’ve ever seen. And I couldn’t believe that you were mine Adjusting to life with you at home definitely took some time. It was several weeks before you learned how to sleep at night and, even still, you would only sleep in bed with your ibu and me.
"I didn’t mind, in fact i loved it. Masa baru lahir, all you really did was sleep and eat. Not much crying. U were such a good baby, u only woke up once at night to nurse. you smiled in your sleep. I even remember the first time you did a social smile.
"We were in a ferry from pangkor to lumut. It was the most memorable thing in my life, You slept with us and while you were the smallest, you also got the biggest space hahaha when daddy was young, often i hear about the sacrifices that all parents have to make for their children.
"I honestly have not felt like I have made any sacrifices at all. Thank you for letting me be a daddy for a second time that day a year ago, and thank you for continuing to let me be your daddy today.
"On this special day there are a few things i would like to remind you, though you do not understand it now, u will understand it in the future. Sayang, ingat kepada Tuhan, semoga menjadi anak yang soleh kepada ibu dan bapa.
"Ingat dan sayangi tok tah dan yop rayqal serta semua kaum keluarga. Semoga menjadi seorang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara insyaAllah. I love you more than words could ever say. I love you with all my heart and soul. Happy first birthday sayang bucuk epot daddy ni. Love always and forever Daddy," demikian luahan Jejai sempena hari lahir anak pertamanya itu bersama Fasha.
Happy Birthday Rayqal!
Dazrin Kamaruddin Enggan 'Perang' Dengan Fasha Terus Berpanjangan
Pelakon Dazrin Kamarudin enggan memanjangkan 'perang dingin' yang berlaku diantaranya dengan Fasha Sandha apabila aktres itu bertindak membidas tunangnya, Amyza Rosli yang dilaporkan datang lewat ke lokasi penggambaran drama Baju Raya Yaya baru-baru ini.
Dazrin, 26, berkata, biarpun berasa pelik dengan tindakan pelakon itu namun dia enggan memberi ruang kepada kontroversi terus menyelubungi karier mereka kerana yakin kebenaran akan berpihak kepadanya suatu hari nanti.
"Apa sahaja isu di antara saya dan Fasha sebelum ini telah pun selesai dan tiada isu berbangkit mengenai perkara itu malah saya sudah memohon maaf atas kejadian tersebut.
"Biarlah apa pun yang hendak dia kata kerana itu haknya dan pada akhirnya orang akan tahu juga kebenarannya," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Dazrin berkata, mengakui tunangnya yang juga aktres Amyra Rosli berada dalam keadaan tertekan selepas dihimpit kontroversi gara-gara datang lewat ke lokasi penggambaran drama berjudul Baju Raya Yaya baru-baru ini.
Dazrin bagaimanapun berkata, sebagai individu paling dekat dengan Amyra dia sentiasa memberikan semangat kepada wanita berkenaan supaya tidak berputus asa hanya kerana isu tersebut.
"Memang dia tertekan selepas apa yang terjadi namun saya dan keluarganya sentiasa memberikannya dorongan supaya dia tidak patah semangat untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon.
"Saya sering memberitahunya kontroversi tersebut hanyalah salah faham kecil yang diperbesar-besarkan dan perlu mengambil pengajaran daripadanya," katanya.
Tambah Dazrin, dia tidak mahu melihat kerjaya Amyra terkubur kerana bakat yang dimiliki wanita berkenaan mempunyai potensi untuk berjaya pada masa hadapan.
Sementara itu, bercakap mengenai filem pertama lakonannya Apokalips X arahan Mamat Khalid, Dazrin berkata, dia sedia menerima kritikan daripada penonton memandangkan ia adalah karya pertamanya ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Bagaimanapun kata Dazrin, pengalaman bekerja dibawah Mamat sangat berharga dan dia beruntung mendapat didikan daripada pengarah berpengalaman itu.
"Biarpun pada mulanya saya hanya watak sampingan sahaja dalam Apokalips X namun Mamat percaya dengan kredibiliti saya dan memberi kepercayaan untuk memegang antara peranan utama dalam filem itu.
"Saya bertuah dapat berlakon dibawah arahannya malah saya akan muncul dalam beberapa lagi projek bersamanya selepas ini," jelasnya.
Kepercayaan jangan didesak - Fasha
HATI wanitanya pernah berdetik, usai bergelar ibu, pastinya segala perhatian dan tumpuan industri glamor akan beralih menjauhi wajahnya. Namun, tumbuh melata atau memanjat junjung, sudah adat menjadi orang popular, setiap langkah yang diatur pesonanya tetap mencuri perhatian.
Fasha Sandha barangkali satu nama yang sedang memasuki fasa sedemikian. Berkahwin dan sudahpun tujuh bulan menimang cahaya mata, tetapi dalam tempoh yang sama, karier seninya sedang menari atas tempo baharu. Ritmanya mungkin tidak serancak sewaktu bergerak solo tetapi kesinambungannya berhasil memecahkan semula ingatan orang.
"Saya ingat selepas berkahwin, bersalin dan bergelar ibu, industri sudah boleh melupakan saya, rupa-rupanya tidak. Saya masih di sini dan boleh meneruskan kecintaan saya ini ikut kemampuan saya sendiri.
"Lebih seronoknya, saya tidak mengejar banyak benda sebaliknya bekerja atas dasar minat mendalam saya terhadap bidang seni bukan atas tuntutan kewangan semata-mata," ujarnya yang boleh hidup selesa atas kestabilan kewangan suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.
Suami nombor satu
Di samping menjadi juri tetap sebuah program realiti pencarian wartawan penyiaran sehingga pertengahan Disember nanti, Fasha juga bakal membintangi drama bersiri berjudul Miranda. Miranda akan disiarkan menerusi slot Samarinda dan akan memulakan penggambaran minggu hadapan.
"Mulanya berat juga hati apabila terpaksa meninggalkan anak kecil yang sudah pandai hendak bermain di rumah bersama pembantu dan keluarga, sedangkan saya kena keluar bekerja.
"Tapi kena buat juga, sebab saya tak mahu sekadar menjadi 'mem' dalam rumah. Saya suka bekerja, masa hamil pun saya akan pastikan salun saya terurus dengan baik.
"Sekarang, memanglah suami dan anak perkara nombor satu, tapi saya kerja demi kepuasan saya sebagai anak seni. Duit daripada suami tetap ada tetapi saya lebih puas hati apabila dapat berbelanja dengan hasil duit gaji sendiri," katanya yang kini sibuk dalam rangka promosi filem terbaharunya bertajuk Penanggal.
Sambil melahirkan rasa bangga kerana berpeluang terlibat dalam sebuah karya yang disifatkan berbaloi menjadi bahan tontonan penggemar filem itu, Fasha layak dipuji kerana tampil berdialog bahasa Arab sebagai Sharifah Zahrah dalam filem arahan Ellie Suriaty Omar itu.
"Saya dedikasikan kesungguhan itu untuk Kak Ellie. Dia pengarah yang bersungguh-sungguh memastikan filem pertamanya mencapai tahap yang dimahukan. Setelah melihat sendiri hasilnya ketika sesi pratonton baru-baru ini, saya lega.
Curiga
"Memang ada beberapa babak lakonan saya yang dipotong atas faktor durasi, tapi saya sendiri rasa besar hati kerana diberi peluang untuk bersama-sama dalam filem seram itu," ucap Fasha tentang filem yang bakal ke pawagam 28 November nanti.
Kami kembali bercanda tentang kehidupan sebagai wanita, isteri dan ibu yang sedang dijalaninya. Kisah Fasha dan Jejai pernah menggegarkan persada hiburan.
Tidak hairanlah jika khalayak sangat maklum mengenai susur perjalanan yang pernah dilewati pasangan itu sebelum mereka bergelar suami isteri pada 27 April 2012.
Lebih setahun mengenal erti hidup berkelamin, zaman berkasih masih segar mengulit hari-hari Fasha dan Jejai yang kini tambah bahagia dengan kehadiran Putra Rayfal Ramli, tujuh bulan.
"Saya anggap fasa menjadi isteri dan ibu sebagai anugerah paling hebat yang pernah saya peroleh sebagai wanita. Ini semua macam magis buat saya. Saya serahkan seluruh hidup dan kepercayaan saya kepada kehidupan ini sekarang," katanya lunak saat diminta menterjemah kisah kehidupannya ketika ini.
Kehidupan berumah tangga juga menjadikan Fasha seorang wanita yang lebih matang. Bicaranya konkrit sama seperti kepercayaan yang ditumpahkan buat si suami yang barangkali pernah meninggalkan skeptikal kepada umum.
"Apa yang telah berlalu, biarkan ia berlalu. Dalam hubungan saya dan Jejai, kami seolah-olah masih di alam berkasih-kasihan dahulu. Hubungan suami isteri tidak perlu terlalu dikongkong oleh perasaan curiga.
"Saya letakkan kepercayaan saya terhadap Jejai begitu juga Jejai terhadap saya. Saya kena percaya dia, jika selalu ada perasaan curiga hubungan tidak akan menjadi enak," tutur Fasha faham persoalan yang masih berlegar di minda umum.
Bercerita tentang mahligai yang mahu dibaja dengan limpah kasih sayang itu, Fasha tersenyum mengenangkan Jejai yang masih melayaninya tidak ubah seperti kekasih di alam percintaan.
"Saya kenal Jejai sudah lama, dan sampai sekarang rasanya dia masih seperti seorang kekasih, status suami tidak mengubah dia menjadi seorang yang berlainan layanannya terhadap saya bahkan lebih baik.
"Lebih setahun kahwin, rasanya kami masih dalam tempoh bulan madu," lentur Fasha tentang kebahagiaan yang sedang ditempuhi.
Kembara pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu cukup berliku, cukup banyak kontroversi sudah ditelan dan ditepisnya sepanjang bergelar pelakon sejak berusia 17 tahun.
Pada usia 29 tahun, Fasha yakin sepenuh hati bahawa disiplin ialah kata kunci kepada kesinambungan penerimaan khalayak terhadap dirinya.
"Saya tidak pandai beri nasihat kepada artis baharu tetapi pengalaman banyak mengajar saya. Biarlah dikritik dan tidak habis-habis dengan cerita kontroversi, tetapi jangan sekali-kali kita ambil mudah soal disiplin. Jangan datang lambat atau tidak pegang pada janji, itu prinsip saya.
"Seperkara lagi yang penting juga ialah hubungan dengan media. Soal kontroversi itu hal yang lain, tapi bagaimana kebijaksanaan seseorang artis menangani kontroversi itu yang paling penting.
"Saya tak boleh ubah masa lalu tetapi syukurlah saya masih diterima sehingga hari ini," tutup Fasha.
RAGAM PUTRA RAYFAL KENA ENJECT
"Kesiannya nangis teruk. Sakit kena 2 injections today," begitulah komen Fasha Sandha mengenai anaknya Putra Rayfal.
Ha ha... memang kelakar bila tengok Rayfal sampai meleleh air hingus akibat menangis. Iyalah... kena cucuk, mana tak sakitkan? Ahak!
Publisiti Dah Jatuh No.2 - Fasha Sandha
Sejak bergelar isteri dan ibu, Fasha Sandha mengakui publisiti bukan lagi menjadi keutamaan buat dirinya biarpun masih aktif dalam dunia lakonan. Sebaliknya, aktres jelita ini sekarang lebih memberi tumpuan pada keluarganya. Meskipun kini dia jarang muncul di dada akhbar juga kaca TV berbanding sewaktu zaman anak daranya, namun Fasha bersyukur kerana hampir 10 tahun dalam industri lakonan, dia masih diberi peluang dan kepercayaan untuk menjayakan pelbagai watak baik dalam drama mahupun filem.
"Alhamdulillah saya suka dengan perkembangan saya sekarang. Walaupun ramai pelakon baru tapi saya masih ada tawaran berlakon. Saya dah melalui fasa lain. Kerjaya dan publisiti sekarang dah jatuh nombor 2. Kini saya dah jadi isteri dan ibu jadi tumpuan saya lebih pada keluarga.
"Tapi saya ni jenis suka bekerja. Memang dari remaja lagi saya dah diasuh untuk bekerja. Kalau saya duduk rumah, saya tak tahu nak buat apa. Masa saya mengandung pun, saya tetap bekerja dan banyak habiskan masa di salon saya. Suami saya pun tak beri apa-apa syarat kalau saya nak teruskan kerjaya saya.
"Sedih dan berat hati jugalah bila nak keluar bekerja dan terpaksa tinggalkan Rayfal. Tapi saya memikirkan tanggungjawab saya kepada masyarakat, saya kuatkan semangat. Tambah-tambah sekarang kalau saya nak keluar rumah tu, Rayfal dah pandai nak ikut saya. Biasanya saya akan hantar ke rumah ibu atau rumah ibu mertua saya", Fasha mengenai perkembangan terbarunya ketika ditemui di lokasi penggambaran telemovie Cinta Mat Semprit, di Tasik Ampang Hilir, semalam.
Lego Boleh, iPad Tidak!
Dalam pada itu tambah Fasha, dia teruja melihat perkembangan anak sulungnya Putra Rayfal yang kini berusia lima bulan yang sudah pandai merangkak.
Kata isteri kepada Rizal Ashram aka Jejai ini, dia menggunakan pendekatan mendidik putera kesayangannya itu dengan didikan tradisional dan moden.
"Saya gunakan dua-dua pendekatan, moden dan tradisional dalam mendidik Rayfal. Dan saya tak bagi dia main iPad, biarlah dia main lego. Bagi saya, bayi kena jadi bayi, kanak-kanak kena jadi kanak-kanak. Tak mahu dia cepat sangat terdedah dengan gadjet yang ada sekarang", ujarnya.
Perkembangan lain, Fasha bakal muncul dalam telemovie sempena Aidiladha berjudul Cinta Mat Semprit. Fasha melakonkan watak sebagai Lola, pakar membuat kuih semperit. Lola merupakan kakak kepada Ariel (lakonan Aeril Zafrel). Dia sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan adiknya.
Telemovie arahan Raja Ahmad Alauddin turut dijayakan Aeril Zafrel, Izara Aishah dan Roy Azman. Ia bakal bersiaran pada 15 Oktober, 10 malam di TV3.
- mD
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]






































