Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Faizal Ismail. Show all posts
Showing posts with label Faizal Ismail. Show all posts

Faizal Ismail Tepis Tinggalkan Hot FM Kerana Krisis Dalaman

Penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail menepis tuduhan peletakan jawatannya yang diumumkan secara mengejut sebelum ini disebabkan menghadapi krisis dengan pihak pengurusan stesen radio berkenaan. Faizal atau nama sebenar Mohd Faizal Ismail, 37, berkata, peletakan jawatan itu merupakan satu keputusan untuk dia menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang diceburinya. "Saya berhenti bukan kerana ada masalah dalaman dengan pihak pengurusan tapi saya memang nekad untuk berhenti daripada tugasan rutin sebagai penyampai radio. "Mungkin kerana sebelum ini saya tidak pernah berbincang dengan sesiapa mengenai hal ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan yang mendakwa peletakan jawatannya berikutan krisis dalaman dengan pihak pengurusan stesen tersebut. Tambah Faizal, dia ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap syarikat produksi FBI Entertainment yang baru ditubuhkannya kira-kira dua bulan lalu. Dalam pada itu, dia juga sedang dalam proses untuk membuka sebuah kedai motosikal hasil usaha sama dengan sebuah syarikat permotoran. "Saya mahu cuba bidang lain terutamanya dalam penerbitan program-program untuk televisyen dan penganjuran majlis. "Selain itu juga, buat masa ini saya dalam proses membuka kedai motosikal perbagai jenis yang mana saya melihat potensi terhadap bidang itu sangat bagus," katanya. Sementara itu, Faizal yang hampir lapan tahun menjadi penyampai di Hot FM bakal mengakhiri tugasan mengendalikan rancangan AM Krew bersama Farah Fauzana dan AG pada Jumaat (hari ini). Bagaimanapun, dia masih mengendalikan rancangan hujung minggu iaitu pada Sabtu dan Ahad secara sambilan. "Saya takut kalau saya merindui kerja ini, jadi saya terima tawaran Hot FM yang memberikan saya untuk mengendalikan segmen pada hujung minggu sahaja," katanya. Ditanya apa yang benar-benar membuatkannya mahu keluar daripada bidang tersebut, Faizal berkata, dia tidak mahu berada di tahap yang sama dalam tempoh yang panjang. "Saya rasa sudah sampai masa untuk saya berhenti dan cuba perkara baharu. Saya tidak mahu menjadi penyampai radio untuk selama-lamanya. "Ini semua bukan kerana duit dan pendapatan tetapi kepuasan terhadap pencapaian diri saya sendiri," katanya.

Saya masih juruhebah - Faizal Ismail

BARU-BARU ini, ramai yang terkejut dengan berita penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail membuat keputusan untuk meletak jawatannya di stesen radio itu. Tidak ada angin atau ribut, tiba-tiba sahaja berita itu tersebar. Malah, ada yang mengatakan surat daripada Faizal itu adalah notis peletakan jawatan serta merta. Pelbagai spekulasi timbul berkenaan status Faizal. Ada yang menganggap ia adalah satu spekulasi yang sengaja diwujudkan oleh Hot FM. Tidak kurang juga yang berpendapat Faizal mahu berhijrah ke stesen radio lain dengan jumlah gaji yang lebih tinggi. Usaha pihak media sebelum ini untuk mendapat berita sebenar mengenai perkara ini semuanya berakhir dengan keputusan hampa. Panggilan yang dilakukan semuanya menemui kegagalan sehinggalah satu sidang media khas mengenai perkara ini dilakukan oleh Faizal dan pihak majikannya. Berikut adalah temubual yang dilakukan oleh pihak media bersama dengan Faizal untuk memberitahu status sebenar dirinya dan mengapa dia mengambil keputusan itu. Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul. Hits: Adakah benar Faizal sudah berhenti sebagai penyampai radio? Faizal: Memang benar saya sudah menghantar surat meletak jawatan saya sebagai penyampai radio. Mengapa surat berhenti 24 jam dikeluarkan? Sebenarnya saya tidak menghantar notis berhenti 24 jam dan mengikut kontrak, saya perlu memberi notis selewat-lewatnya enam bulan. Cuma dalam notis itu tertulis tarikh 24 Oktober dan orang luar menganggap angka 24 itu adalah notis peletakan jawatan 24 jam. Selepas berunding, saya dibenarkan untuk terus bersama hingga 16 November. Mengapa Faizal memberitahu mahu meletakkan jawatan secara mengejut? Sebenarnya tindakan memberitahu tentang peletakan jawatan saya di laman twitter saya adalah tindakan persendirian. Ia untuk menggambarkan saya sudah tekad dengan keputusan yang diambil. Kerja saya adalah untuk pendengar dan itu yang saya beritahu kepada mereka. Ia tiada niat lain. Cuma ketika itu pengumuman itu dilakukan secara mendadak yang membuatkan banyak spekulasi timbul. Hits: Berapa lama Faizal mengambil masa untuk berhenti kerja? Sebenarnya saya ambil keputusan untuk berhenti sudah dua tahun dan saya hanya kongsikan dengan isteri saya sahaja. Rakan sekerja semua perlu tahu. Saya sebenarnya berfikir tentang apa lagi yang boleh saya lakukan selepas menjadi penyampai radio. Saya rasa semua orang pun kena fikirkan apa lagi yang boleh memberi cabaran kepada mereka. Lagipun selama tujuh tahun saya berada di Hot FM, saya sudah mencapai apa yang saya inginkan. Malah, kalau diikutkan, saya bermula dari bawah sejak berada di stesen radio terdahulu, sudah 15 tahun saya berada di bidang radio. Saya tidak mahu berasa selesa dan akhirnya terperangkap dalam kepompong yang membuatkan saya tertanya-tanya kenapa saya tidak keluar daripada keselesaan itu. Saya rasa ini adalah satu tindakan normal untuk membuat satu perubahan dalam hidup saya. Tidakkah Faizal sayang dengan kerjaya yang Faizal bina selama ini? Sayang itu memang sayang. Apatah lagi radio adalah cinta saya. Malah, kerjaya saya di kaca tv pun semuanya bermula di radio. Saya menghargai tindakan Seelan Paul yang membawa saya ke Hot FM dan memberi platform untuk saya lebih menyerlah. Jika ada stesen radio yang memberikan gaji yang lebih tinggi, adakah Faizal akan menerima jawatan untuk bergelar penyampai radio? Saya boleh katakan, dalam masa terdekat ini, saya tidak akan kembali ke radio dan apa yang pasti, saya tidak akan kembali menjadi penyampai radio yang ada rutin. Tetapi untuk jangka masa akan datang, belum tentu lagi. Tidak takut dengan risiko untuk membuka perniagaan? Saya sebenarnya mahu mencabar diri saya. Saya tidak rasa kehidupan saya selepas ini akan memberi kesan yang buruk. Kalau buruk sekalipun, saya akan anggap ia sebagai satu cabaran untuk saya terus mengorak langkah apatah lagi mengetahui yang bidang perniagaan ini bukanlah sesuatu yang senang. Kalau ada nama sekalipun, ia bukanlah sesuatu yang indah. Sebelum ini pun saya banyak membaca buku-buku daripada orang yang berjaya dan itu menjadi panduan untuk saya menjalani kehidupan. Kenapa tidak lakukan dua kerja sekaligus? Saya dah berbincang dengan isteri saya untuk melakukan kerja sebagai penyampai radio dan perniagaan pada satu-satu masa. Bila kita dah mulakan perniagaan, saya rasa tidak mampu untuk melakukan kedua-duanya sekali apatah lagi untuk memenuhi temu janji melibatkan perniagaan saya kerana faktor masa dan komitmen di radio. Jadi itu yang saya ambil keputusan untuk mengorbankan kerjaya saya di Hot FM. Boleh kongsikan sedikit mengenai perniagaan Faizal itu? Syarikat saya, FBI Entertainment baru ditubuhkan dua bulan yang lalu dan sebenarnya ada orang yang sedia bekerja dengan saya. Orang itu bukanlah baru dalam industri ini sebaliknya dia mempunyai pengalaman yang cukup banyak. Dalam masa dua bulan beroperasi, banyak yang dia berjaya lakukan dan saya merasakan tidak patut sekiranya saya melepaskan kepada dia seorang sahaja. Syarikat saya masih lagi berada dalam skop industri hiburan, saya buat majlis, produksi dan mungkin pada masa akan datang kita akan cuba bekerjasama dengan stesen tv dan sebagainya. Itu memang ada dalam perancangan kita.

FAIZAL ISMAIL (FBI) DAPAT ANAK KEEMPAT

Tahniah diucapkan buat Faizal Ismail (FBI), apabila isterinya selamat melahirkan bayi perempuan jam 3.06pm semalam. Anak keempat tersebut dilaporkan sihat walafiat sekaligus menjadikannya sebagai anak perempuan kedua buat Faizal. "Alhamdulillah serta terima kasih kepada semua yang mendoakan. Juga kepada Dato Dr Norashikin serta staff nurse yang menguruskan kelahiran," ujar Faizal.

FBI dapat anak lelaki 11.11.11

Memang cukup bermakna dan sungguh tidak disangka-sangka dimana tarikh 11.11.11 membuatkan deejay, Faizal bin Ismail (FBI) tersenyum lebar. FBI dapat anak lelaki dan sekaligus anak ke-3 buat dirinya dan juga isterinya. Berita gembira ini disahkan dalam laman FB milik beliau, dimana anak ke-3 itu dilahirkan jam 9 pagi pada tarikh berkenaan. Tahniah kepada FBI. Pas ni bubuh nama anak 'sebelas'. hehe, gurau jerk ar.

Faizal mula simpan rambut



GARA-GARA topik perbualan bersama pendengar Hot FM mengenai keinginan yang ingin dipenuhi pada 2011, Faizal Ismail terperangkap dalam janji yang dibuatnya. Bermula esok, peminat akan melihat perubahan baru dalam dirinya apabila Faizal terpaksa menyimpan rambut bagi mengotakan janjinya kepada peminat siaran Hot FM AM Krew yang dikendalikan bersama Fara Fauzana dan AG.

Penyampai yang sinonim dengan nama ringkas, FBI itu tidak menyangka pandangan yang turut diutarakannya menerusi laman sosial, Facebook (FB) juga mendapat reaksi positif pendengar. Bagi mengotakan janji itu, sejurus usai menjayakan Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) sebagai pengacara, malam ini, anak kelahiran Seberang Jaya, Pulau Pinang itu akan muncul dengan penampilan baru, bermula esok. Akui Faizal, dia akan muncul bertopi selama tempoh itu dan hanya bersedia mendedahkan identiti barunya kepada umum dua bulan lagi. “Saya sendiri teragak-agak untuk menyimpan rambut panjang kerana memiliki rambut jenis kerinting tebal. Apabila ada pendengar memberikan cadangan itu, saya cuba mendapatkan reaksi peminat di FB.

“Saya meletakkan sasaran yang tinggi iaitu jika 5,000 peminat mahu saya menyimpan rambut, saya akan penuhi impian mereka. Sangka saya jumlah itu tidak akan mampu dicapai.

“Tetapi sebaliknya berlaku apabila lebih 7,500 peminat memberikan maklum balas dan mahu melihat saya menyimpan rambut.

“Sebagai memenuhi permintaan mereka, saya akan mula menggayakan pelbagai jenis topi esok untuk memberikan kejutan kepada peminat menjelang perubahan imej saya nanti,” katanya mengakui agak cuak menanti tarikh ditetapkan.
Penyandang trofi Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 selama tiga tahun berturut-turut itu berkata, kali terakhir dia berambut panjang ialah ketika mula menyertai Hot FM.

Bagaimanapun, imej baru itu tidak bertahan lama kerana
Faizal selesa membotakkan kepalanya. Malah, sejak dua tahun lalu, dia mula memiliki set pencukur rambut elektrik untuk memudahkan dia melakukan proses itu.

“Bayangkan selama ini kalau rambut tumbuh setengah inci pun saya sudah mula rimas dan segera meminta isteri mencukurnya, bagaimana kalau saya menyimpan rambut lebih panjang daripada itu.

“Tetapi saya melihat keinginan peminat dari sudut positif. Mungkin mereka mahu melihat perbezaan dalam diri saya dan mengapa tidak saya cuba penuhi permintaan mereka.

“Selepas dua bulan, saya akan mendapatkan pandangan mereka semula apakah saya sesuai berambut atau kekal dengan imej botak,” katanya.

Faizal berkata, dia bersama Hot FM sedang menyusun beberapa perancangan termasuk mendapatkan pandangan penata gaya untuk memastikan perubahan yang dilaksanakan berhasil.

“Semua itu masih dalam perbincangan. Cuma apa yang bermain di kepala saya ketika ini, mampukah saya memenuhi hasrat peminat selepas sekian lama tidak berambut panjang,” katanya tertawa.

Beralih topik perbualan, penyampai berzodiak Taurus ini turut menyimpan debaran apabila buat kali keempat terpilih menggalas tanggungjawab berat sebagai pengacara program tahunan popular, AJL25.

Mungkin di mata peminat, kolaborasinya bersama Cheryl Samad dan Ally Iskandar tidak lagi memberi tekanan kerana mereka sudah serasi bekerjasama tetapi Faizal merasakan sebaliknya.

Tekanan kata Faizal, lebih dirasai apabila tahun lalu ramai memberikan komen positif sekali gus mendesak mereka untuk mencari pembaharuan dalam mempertingkatkan mutu persembahan pada malam kemuncak AJL25.

“Pengacara ialah nadi yang menggerakkan perjalanan acara, malah di bahu kami tergalas tanggungjawab besar untuk memastikan perjalanan AJL25 lancar dan kemas.
“Kebiasaannya, kami akan duduk berbincang bagaimana mahu mencorakkan perjalanan acara dua hari sebelum siaran langsung.

“Dari situ, kami akan mencari kesesuaian dan mengolah skrip untuk mendapatkan idea bagi membangkitkan mood pada malam kemuncak.

“Kami akan memberikan 80 peratus kemampuan pada malam latihan penuh, sekali gus melihat reaksi penonton yang hadir untuk diperbaiki pada malam acara kemuncak,” katanya.

Selepas empat tahun bersama AJL, Faizal berkata, keghairahan untuk melihat lagu mana dinobatkan sebagai pemenang AJL25 masih membara.

Bahkan debaran yang dirasai peserta turut dikongsi bersama kerana dia dan Cheryl menjadi saksi jatuh bangun sesebuah lagu sebelum layak ke peringkat final.

“Debaran itu lebih kencang terutama 10 minit sebelum siaran langsung bermula. Ketika itu, saya memilih untuk bersendirian di satu sudut dan cuba memberi fokus kepada tugasan.

“Selalunya Cheryl dan Ally Iskandar akan memberi kata semangat serta dorongan untuk memastikan perjalanan acara licin,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails