Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya masih juruhebah - Faizal Ismail

BARU-BARU ini, ramai yang terkejut dengan berita penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail membuat keputusan untuk meletak jawatannya di stesen radio itu. Tidak ada angin atau ribut, tiba-tiba sahaja berita itu tersebar. Malah, ada yang mengatakan surat daripada Faizal itu adalah notis peletakan jawatan serta merta. Pelbagai spekulasi timbul berkenaan status Faizal. Ada yang menganggap ia adalah satu spekulasi yang sengaja diwujudkan oleh Hot FM. Tidak kurang juga yang berpendapat Faizal mahu berhijrah ke stesen radio lain dengan jumlah gaji yang lebih tinggi. Usaha pihak media sebelum ini untuk mendapat berita sebenar mengenai perkara ini semuanya berakhir dengan keputusan hampa. Panggilan yang dilakukan semuanya menemui kegagalan sehinggalah satu sidang media khas mengenai perkara ini dilakukan oleh Faizal dan pihak majikannya. Berikut adalah temubual yang dilakukan oleh pihak media bersama dengan Faizal untuk memberitahu status sebenar dirinya dan mengapa dia mengambil keputusan itu. Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul. Hits: Adakah benar Faizal sudah berhenti sebagai penyampai radio? Faizal: Memang benar saya sudah menghantar surat meletak jawatan saya sebagai penyampai radio. Mengapa surat berhenti 24 jam dikeluarkan? Sebenarnya saya tidak menghantar notis berhenti 24 jam dan mengikut kontrak, saya perlu memberi notis selewat-lewatnya enam bulan. Cuma dalam notis itu tertulis tarikh 24 Oktober dan orang luar menganggap angka 24 itu adalah notis peletakan jawatan 24 jam. Selepas berunding, saya dibenarkan untuk terus bersama hingga 16 November. Mengapa Faizal memberitahu mahu meletakkan jawatan secara mengejut? Sebenarnya tindakan memberitahu tentang peletakan jawatan saya di laman twitter saya adalah tindakan persendirian. Ia untuk menggambarkan saya sudah tekad dengan keputusan yang diambil. Kerja saya adalah untuk pendengar dan itu yang saya beritahu kepada mereka. Ia tiada niat lain. Cuma ketika itu pengumuman itu dilakukan secara mendadak yang membuatkan banyak spekulasi timbul. Hits: Berapa lama Faizal mengambil masa untuk berhenti kerja? Sebenarnya saya ambil keputusan untuk berhenti sudah dua tahun dan saya hanya kongsikan dengan isteri saya sahaja. Rakan sekerja semua perlu tahu. Saya sebenarnya berfikir tentang apa lagi yang boleh saya lakukan selepas menjadi penyampai radio. Saya rasa semua orang pun kena fikirkan apa lagi yang boleh memberi cabaran kepada mereka. Lagipun selama tujuh tahun saya berada di Hot FM, saya sudah mencapai apa yang saya inginkan. Malah, kalau diikutkan, saya bermula dari bawah sejak berada di stesen radio terdahulu, sudah 15 tahun saya berada di bidang radio. Saya tidak mahu berasa selesa dan akhirnya terperangkap dalam kepompong yang membuatkan saya tertanya-tanya kenapa saya tidak keluar daripada keselesaan itu. Saya rasa ini adalah satu tindakan normal untuk membuat satu perubahan dalam hidup saya. Tidakkah Faizal sayang dengan kerjaya yang Faizal bina selama ini? Sayang itu memang sayang. Apatah lagi radio adalah cinta saya. Malah, kerjaya saya di kaca tv pun semuanya bermula di radio. Saya menghargai tindakan Seelan Paul yang membawa saya ke Hot FM dan memberi platform untuk saya lebih menyerlah. Jika ada stesen radio yang memberikan gaji yang lebih tinggi, adakah Faizal akan menerima jawatan untuk bergelar penyampai radio? Saya boleh katakan, dalam masa terdekat ini, saya tidak akan kembali ke radio dan apa yang pasti, saya tidak akan kembali menjadi penyampai radio yang ada rutin. Tetapi untuk jangka masa akan datang, belum tentu lagi. Tidak takut dengan risiko untuk membuka perniagaan? Saya sebenarnya mahu mencabar diri saya. Saya tidak rasa kehidupan saya selepas ini akan memberi kesan yang buruk. Kalau buruk sekalipun, saya akan anggap ia sebagai satu cabaran untuk saya terus mengorak langkah apatah lagi mengetahui yang bidang perniagaan ini bukanlah sesuatu yang senang. Kalau ada nama sekalipun, ia bukanlah sesuatu yang indah. Sebelum ini pun saya banyak membaca buku-buku daripada orang yang berjaya dan itu menjadi panduan untuk saya menjalani kehidupan. Kenapa tidak lakukan dua kerja sekaligus? Saya dah berbincang dengan isteri saya untuk melakukan kerja sebagai penyampai radio dan perniagaan pada satu-satu masa. Bila kita dah mulakan perniagaan, saya rasa tidak mampu untuk melakukan kedua-duanya sekali apatah lagi untuk memenuhi temu janji melibatkan perniagaan saya kerana faktor masa dan komitmen di radio. Jadi itu yang saya ambil keputusan untuk mengorbankan kerjaya saya di Hot FM. Boleh kongsikan sedikit mengenai perniagaan Faizal itu? Syarikat saya, FBI Entertainment baru ditubuhkan dua bulan yang lalu dan sebenarnya ada orang yang sedia bekerja dengan saya. Orang itu bukanlah baru dalam industri ini sebaliknya dia mempunyai pengalaman yang cukup banyak. Dalam masa dua bulan beroperasi, banyak yang dia berjaya lakukan dan saya merasakan tidak patut sekiranya saya melepaskan kepada dia seorang sahaja. Syarikat saya masih lagi berada dalam skop industri hiburan, saya buat majlis, produksi dan mungkin pada masa akan datang kita akan cuba bekerjasama dengan stesen tv dan sebagainya. Itu memang ada dalam perancangan kita.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails