Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Fazli Zainal. Show all posts
Showing posts with label Fazli Zainal. Show all posts
Terkandas Hampir Lapan Jam, Fazli Zainal Kritik Servis Malindo Air
Penyanyi Fazli Zainal menegur syarikat penerbangan Malindo Air kerana gagal memberi perkhidmatan yang baik selepas dia dan penumpang lain terkandas hampir lapan jam di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di sini pada Ahad.
Fazli, 38, turut kesal apabila syarikat penerbangan itu menangguhkan masa penerbangannya dari Subang ke Langkawi tanpa memaklumkan kepada penumpang.
"Kalau penerbangan ditangguhkan sebab masalah jerebu tidak mengapa. Tetapi ia berkaitan masalah teknikal. Dan mereka tidak memberitahu kepada penumpang awal-awal.
"Buat kita (penumpang) jadi orang bodoh menunggu di lapangan terbang Subang dari pukul 8.45 pagi Ahad sehingga ke pukul 4 petang," katanya kepada mStar Online pada Isnin.
Tambah penyanyi lagu Harapan itu, dia juga terkilan apabila pegawai khidmat pelanggan yang dihubunginya meminta dia menunggu perkembangan daripada syarikat itu, namun dia tidak mendapat sebarang mesej seperti dijanjikan.
Kata Fazli, dia turut meluahkan rasa tidak puas hati itu di laman sosial Facebook miliknya apabila tidak sanggup melihat golongan warga emas dan kanak-kanak menunggu bagi mendapatkan penerbangan baharu dalam tempoh yang lama.
"Mereka tidak fikir ke orang tua yang duduk di kerusi roda menunggu berjam-jam. Bayi-bayi pula dalam kepanasan kerana menunggu di ruang yang sesak dengan orang ramai.
"Pelajar sekolah pula dilihat kepenatan, apatah lagi mereka akan ke sekolah pada keesokan harinya.
"Saya anggap pengurusan syarikat penerbangan ini terlalu lemah," ujarnya.
Fazli yang bercuti ke Langkawi berkata, dia yang akan pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa dengan menggunakan perkhidmatan sama turut mengharapkan agar kejadian serupa tidak berulang.
Malah Fazli turut menasihati pihak syarikat penerbangan itu agar memperbaiki perkhidmatan mereka jika benar-benar ingin memberikan kemudahan terbaik kepada pelanggan.
Terdahulu status Facebook Fazli yang menyelar perkhidmatan syarikat penerbangan itu mendapat lebih 164 like dan juga pelbagai komen.
'Saya Bukan Artis Majlis Ramadan' - Fazli Zainal
Penyanyi Fazli Zainal menolak cakap-cakap orang kononnya dia hanya dapat dilihat pada acara-acara majlis berbuka berbuka puasa sahaja sebaliknya memberitahu masih aktif sebagai penyanyi.
Fazli, 36, berkata, namanya kurang menyerlah disebabkan cerita tentangnya jarang dipaparkan di akhbar selain persembahan yang melibatkannya dibuat secara tertutup.
"Saya bukan artis ‘bulan Ramadan’ sahaja seperti yang orang kata. Tidak benar saya hanya muncul pada bulan Ramadan. Ia satu kebetulan sebenarnya. Rezeki saya dalam bidang nyanyian masih ada cuma orang sahaja yang tidak tahu," katanya kepada mStar Online.
Fazli ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Anak Yatim Sri Kundang di Restoran Intai-Intai, Ampang di sini pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Fazli berkata, dia juga tidak berasa tergugat dengan kehadiran penyanyi baru yang lebih mendapat perhatian kerana ia adalah rezeki masing-masing.
Jelas Fazli, sebagai seorang yang telah lama bertapak dalam bidang nyanyian dia mempunyai pengikutnya tersendiri yang banyak memberi semangat kepadanya.
"Jika seseorang artis itu benar-benar berbakat dan tidak hanya bersandarkan kepada rupa Insya-Allah mereka akan kekal lama dalam industri walaupun populariti tidak begitu gah.
"Saya juga bersyukur kerana masih ramai peminat yang masih menyokong perjalanan karier saya dan akan terus menyanyi," katanya.
Sementara itu, Fazli berkata, dia baru sahaja pulang dari Sydney, Australia kerana menjalani penggambaran muzik video terbaharunya berjudul Sejuta Nafas Cinta.
Jelas Fazli, walaupun lagu tersebut telah lama dirakamkan iaitu pada tahun 2008 namun atas permintaan peminat dia sanggup melaburkan wangnya sendiri sebanyak RM8,000 untuk menghasilkan muzik video tersebut.
"Peminat mahu muzik video lagu itu dihasilkan di samping versi karaoke bagi memudahkan mereka untuk menyanyi lagu tersebut di pusat karaoke.
"Kebetulan saya ke Sydney untuk bercuti jadi ambil peluang itu juga untuk merakamkan muzik video berkenaan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Fazli berkata, dia akan muncul dengan single terbaharunya berjudul Bukan Yang Terakhir pada September depan dan ia dicipta oleh penyanyi dan komposer, Hazami.
Fazli Zainal Nafi Hadir Majlis Pertunangan Fizz Fairuz
Air tangan Fazley bawa rahmat
KEBANYAKAN penonton yang mengikuti program MasterChef Selebriti Malaysia 2012 sedari awal begitu yakin kemenangan akan berpihak kepada Datuk Fazley Yaakob, 34.
Namun bagi empunya diri, dia sendiri tidak pernah terfikir bakal menjadi juara seterusnya meraih hadiah berjumlah RM57,500 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia.
Menurut Fazley, sewaktu pertandingan akhir berlangsung, dia sebenarnya gementar berhadapan dengan pesaing, Angah Raja Lawak.
Mungkin penonton tidak tahu, Angah ini kalau masak semuanya sedap. Lepas itu dia dapat menu dapur Asia, saya rasa memang kelebihan untuknya.
Awal-awal lagi saya dan Angah sudah bincang, apa yang kami buat ini bukan untuk bersaing tapi membantu mencari dana untuk badan kebajikan," katanya.
Kata Fazley, biarpun berdebar namun tetap lega kerana pada pertandingan akhir dia mendapat menu masakan barat yang sudah biasa dilakukan dalam kehidupan seharian.
Memang bersyukur sangat bila dapat menu masakan barat kerana saya sudah biasa dan sebab itulah saya buat pastri, steak dan mushroom.
Kelegaan saya bertukar menjadi resah apabila diberitahu tempoh masakan bukan tiga jam seperti yang diuar-uarkan pada awal. Ada yang cadang saya tukar menu tapi saya tekad untuk teruskan sahaja dengan menu asal kerana matlamat saya adalah untuk habiskan apa yang telah dirancang," jelasnya.
Kata penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, apa yang diraih mungkin kerana tuah anak ketiganya, Ahmad Fierudz Shah (Piyush), 10 bulan.
Dua lagi anak Fazley adalah Ahmad Fariedz Shah, (Payish) 4, Ahmad Fieradz Shah, (Piyash) 2, hasil perkahwinannya dengan Datin Azreen Soraya pada 2010.
Mungkin menu yang saya pilih itu bertepatan dan menarik perhatian juri. Sebenarnya, penat juga waktu pertandingan akhir itu. Mana taknya, kira-kira 18 kali saya berlari ulang alik antara dapur.
Bila sudah macam itu, saya tidak fikir apa-apa, janji masakan saya siap. Alhamdulillah, saya dapat siapkan ia dalam waktu yang ditetapkan," katanya tersenyum.
Menurut Fazley, dia teruja untuk menyertai MasterChef Selebriti kerana ia sebuah program bercorak amal.
Ditawar jadi hos
Hasil kemenangan itu, pihak Astro telah menawarkan Fazley untuk menjadi hos program Chef Suprise untuk 13 episod.
Menerusi program tersebut, selain bertindak sebagai hos, dia juga akan beraksi sebagai chef menyediakan masakan untuk tetamu.
Setakat ini saya telah buat penggambaran untuk tiga episod iaitu dengan Angah Raja Lawak, Sazzy Falak dan Ropi Cecupak.
Dalam program ini, selebriti boleh buat permintaan untuk mengejutkan suami, isteri atau sahabat handai mereka.
Tugas saya pula menyediakan masakan mengikut kehendak mereka untuk tetamu yang dipilih oleh selebriti tersebut.
Saya pun tidak tahu siapa tetamu undangan kerana penerbit hanya akan beritahu saya saat akhir," ceritanya.
Kata Fazley, kemenangan sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia membawa banyak rahmat kepadanya.
Jika selama ini dia sering diundang untuk menjadi penceramah atau memberi motivasi kepada orang ramai, sekarang ini tugasnya bertambah sebagai chef pula.
Dari memberi ceramah di dewan, saya kena beri ceramah kat dapur pula. Biarpun tugas bertambah tapi saya suka kerana dapat berkongsi segala ilmu yang saya pelajari dalam MasterChef dengan orang luar.
Selama ini saya tidak pernah terfikir untuk mencipta menu baru, tapi sejak berhadapan dengan cabaran MasterChef, apa sahaja bahan yang diberi, saya rasa boleh buat sahaja," katanya.
Ditanya adakah dia bercadang memperkembangkan kebolehan memasak itu dengan membuka restoran, dengan pantas Fazley berkata buat masa sekarang dia tidak bercadang melakukannya.
Bagi Fazley, dia lebih selesa meneruskan tanggungjawab sebagai penceramah bebas, penyanyi, pengacara, penulis lirik dan komposer serta ketua rumah tangga.
Sementara itu, sepanjang hari Jumaat dan Sabtu dalam bulan Ramadan ini, Fazley akan menjadi chef jemputan di Hotel Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.
Resipi saya dalam MasterChef akan disajikan di sana dan selain memasak, saya sendiri akan melayan tetamu yang datang," katanya.
Kembali aktif
Fazley yang pernah menghasilkan album Asmara Ini (2001), Seribu Kemaafan (2002), Cerita Asmara (2003) dan Lain (2006) sebenarnya sudah lebih empat tahun tidak aktif sebagai penyanyi.
Kata Fazley, dalam tempoh tersebut dia banyak bekerja di belakang tabir seperti menjadi motivator untuk peserta Akademi Fantasia.
Tahun ini saya berazam untuk kembali aktif sebagai penyanyi. Lagu yang saya pilih untuk kembali dalam bidang ini adalah Jaga-Jaga.
Jaga-Jaga adalah lagu asal daripada Yale-Yale nyayian Rhoma Irama. Saya pilih lagu itu kerana ia kegemaran ibu dan ayah. Lagu itu saya dendangkan kembali dengan Altimet," katanya.
Untuk single itu, selain Altimet, Fazley juga bekerjasama dengan penyanyi Imran Ajmain di dalam studio dan lagu tersebut telah pun dimuat turun di laman YouTube.
Fazley menyasarkan sebuah album setahun dan selepas raya, dia akan turun padang untuk membuat promosi secara besar-besaran.
Dia yang pernah berlakon sebagai hero untuk filem Gila Bola terbitan Nizarman Production pada 2003 berkata, sampai sekarang masih ada tawaran berlakon.
Saya baru selesai menjalani penggambaran drama Metro Skuad dan ada juga tawaran filem, tetapi masih dalam perbincangan.
Kalau jadual kerja saya tidak bertindih dan ada kelapangan, saya tidak pernah menolak untuk berlakon atau mengacara. Bagi saya semua itu aktiviti yang saya suka," katanya.
'Ratapan Syawal' Kisah Kesedihan Fazli Zainal
PETALING JAYA: Penyanyi Fazli Zainal mengakui menitiskan air mata apabila pertama kali menonton klip video lagu Ratapan Syawal nyanyiannya yang baru sahaja disiapkan pada awal Ramadan lalu.
Jelas Fazli, klip video tersebut sedikit sebanyak ada menyentuh kehidupannya sebagai anak yatim piatu yang menyambut Hari Raya tanpa kedua-dua ibu bapa.
"Hati saya tersentuh dan menangis ketika pertama kali melihat klip vidoe ini. Ia menceritakan kisah seorang anak yatim piatu yang terkenang kehidupannya ketika ibunya masih ada.
"Sebagai seorang yang beraya bersendirian sudah tentu lagu ini meninggalkan kesan pada saya lebih-lebih lagi apabila ia dijadikan klip video," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Tambah Fazli, lagu ciptaan Hazami itu pada mulanya diminta untuk dijadikan lagu tema sebuah drama, namun pengarah Shuhaimi Lua meminta untuk dijadikan sebuah klip video.
"Mengikut perancangan awal Shuhaimi ini menjadikan lagu tersebut sebagai lagu tema untuk sebuah drama, namun apabila melihat liriknya yang mempunyai jalan cerita menarik, dia meminta agar ia dijadikan sebuah klip video untuk Aidilfitri.
"Kami memulakan proses pembikinan seminggu sebelum menyambut puasa dan melakukan penggambaran tersebut di Janda Baik, Pahang," katanya.
Video klip tersebut turut dilakonkan oleh Fadilah Mansor dan bintang baru Faiz Fadzil.
Tambah Fazli, ia sudah pun siap sepenuhnya dan bersedia untuk disiarkan di televisyen bermula minggu hadapan.
Ia juga boleh ditonton menerusi Youtube menerusi: http://www.youtube.com/watch?v=hwxeoE3ikA4&feature=share
Fazli Zainal Menangis Lihat Mangsa Tanah Runtuh

PETALING JAYA: Penyanyi Fazli Zainal tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan anak-anak yatim yang menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, Sabtu lalu.
Katanya, kejadian tragis tersebut menyentuh perasaan setiap insan sepertinya yang sudah tidak mempunyai ibu bapa.
“Saya datang tempat kejadian untuk memberi bantuan dan melihat keadaan mereka, ketika itu saya berselisih dengan van jenazah tujuh kanak-kanak yang meninggal dunia.
“Perasaan sangat sayu dan menyayat hati sehinggakan saya menangis ketika mendengar cerita tentang kejadian yang menimpa mereka,” ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Fazli lagi, selepas mengikut misi memberi bantuan makanan kepada pekerja di tempat kejadian, dia melawat kanak-kanak yang cedera di Hospital Ampang.
“Pada sebelah petang, kami melawat kanak-kanak yang mengalami kecederaan di Hospital Ampang.
“Mereka menceritakan detik-detik bagaimana kejadian itu berlaku dengan sekelip mata sahaja,” katanya.
Lebih menyedihkan lagi, menurut Fazli, kanak-kanak tersebut dalam persiapan latihan nasyid.
“Saya terpangil untuk menolong atas dasar perikemanusiaan dan rasa tanggung jawab sesama insan.
“Kejadian yang membabitkan hidup dan mati ini tidak mengira siapa kita, masing-masing akan melaluinya, cepat atau lambat sahaja,” katanya.
Sementara itu, Fazli turut memberitahu sedang merancang untuk membuat kutipan derma di kalangan artis dalam masa terdekat ini bagi menyalurkan bantuan dan majlis tahlil kepada mangsa yang terkorban.
“Saya dan eebberapa rakan artis masih dalam perancangan untuk membantu kanak-kanak ini semampu yang boleh.
“Dalam masa terdekat kami merancang untuk mengadakan majlis tahlil dan doa selamat untuk mangsa yang meninggal dunia,” katanya.
Dalam kejadian Sabtu lalu, seramai 16 pelajar termasuk seorang dewasa Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini terkorban akibat tertimbus apabila tebing berdekatan madrasah itu runtuh.
Tolong bersikap adil-Fazli

APA yang terjadi kepada anda selepas peristiwa diboikot stesen radio?
Saya sendiri tidak tahu sama ada saya benar-benar diboikot atau ia hanya khabar angin. Kalau hendak difokuskan kepada dua stesen gergasi swasta di negara ini, mungkin lagu baru saya jarang kedengaran, namun radio swasta lain termasuk 32 stesen kerajaan tidak ada masalah putar lagu saya. Saya masih lagi meneruskan aktiviti nyanyian seperti artis-artis lain, cuma mungkin peminat nampak saya agak sepikerana saya tidak menafikan impak daripada dua stesen gergasi swasta yang mengumpul hampir 10 juta pendengar itu apabila lagu baru saya tidak diputarkan.
Benarkah dakwaan yang mengatakan Fazli terlalu lantang bersuara sehingga menutup periuk nasi sendiri?
Periuk nasi saya menyanyi sepenuh masa, sebelum saya menjadi artis rakaman, saya telah pun menyanyi selama hampir lapan tahun di lounge hotel dan kelab-kelab ternama seluruh negara selain menyertai pelbagai pertandingan realiti termasuk Malaysian Idol musim pertama. Daripada umur saya 20 tahun, sehinggalah hari ini, 33 tahun saya tidak pernah berhenti mencari rezeki melalui aktiviti seni.Kalau nak kata menutup periuk nasi sendiri, saya kurang setuju kerana sehingga hari ini saya masih menerima undangan nyanyian tidak kiralah sama ada besar atau kecil. Cuma tidak dinafikan, saya seorang artis yang lantang bersuara. Saya bersuara sebagai mewakili suara barisan artis tanah air yang mahukan hak kami. Hak untuk mendapat ruang bernafas di tanah air sendiri.
Hampir setengah tahun peristiwa berlaku, mereka masih tidak memberi tempat?
Saya telah pun menghantar single terbaru saya berjudul Suara Hati hasil nukilan Sharon Paul & Ahmad Fedtri Yahya, namun masih gagal mendapat tempat di stesen-stesen tersebut. Kalau nak diikutkan dari segi kualiti, saya yakin Sharon Paul adalah antara pencipta dan produser terbaik di Malaysia malah pernah bekerjasama dengan artis artis hebat tanah air antaranya seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain. Malahan single pertama saya daripada album kedua Kalbu hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer berbakat Azlan Abu Hassan yang pernah memenangi banyak anugerah juga tidak mendapat tempat untuk diputarkan. Saya juga tidak tahu dimana silapnya.
Apa pengajaran yang Fazli dapat dari peristiwa ini?
Saya tidak pernah berniat untuk bergaduh atau bermasam muka dengan stesen radio kerana sebagai seorang artis rakaman, radio merupakan media nombor satu yang perlu saya beri perhatian selain televisyen dan media cetak. Saya masih berterima kasih lagi kepada mereka kerana dulu mereka pernah memutarkan lagu-lagu saya sehingga menjadi siulan ramai sampailah ke hari ini. Tapi saya bukan seorang manusia yang suka bersikap hipokrit, hanya duduk, mendengar masalah tanpa membuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah saya. Tidak mahu menjadi seperti sesetengah artis yang hanya terus bercakap belakang dan mengeluh dengan nasib kami tanpa membuat apa-apa. Saya suarakan pendapat dan pandangan apabila ditemuramah oleh rakan wartawan yang turut prihatin dengan nasib artis-artis tanah air.
Adakah ini merupakan kisah hitam yang paling tragis sepanjang bergelar anak seni?
Saya tidak pernah menganggap ini kisah hitam yang tragis, kerana pada saya selagi saya masih boleh bernafas dan mendapat ruang untuk mencari rezeki di tanah air sendiri, saya bersyukur pada Allah Taala. Saya yakin setiap manusia telah ditetapkan rezeki masing masing. Cuma sebagai manusia saya fikir dugaan hidup dan masalah adalah perkara biasa yang kita perlu lalui dan insya-Allah ada penyelesaiannya. Cuma cepat atau lambat sahaja untuk diselesaikan.
Bagaimana agaknya persepsi anda tentang stesen radio swasta ketika ini? Apakah mereka masih ditakuk lama?
Stesen radio swasta dilihat sebagai penyumbang utama dalam industri penyiaran radio ketika ini. Mereka sangat kreatif dalam mencari pasaran iklan dan secara tidak langsung menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara. Namun, mereka perlu lebih terbuka di dalam menyiarkan lagu-lagu hasil karya anak tempatan. Sokongan daripada stesen-stesen radio gergasi terutamanya diperlukan bukan hanya untuk saya, tetapi seluruh warga seni terutama penyanyi tanah air. Saya tidak mengatakan mereka berada ditakuk lama cuma mereka perlu lebih terbuka dalam menerima dan menyiarkan lagu serta bersikap adil.
Ada yang beranggapan kebanyakan lagu-lagu yang anda dendangkan cukup melankolik dan memerlukan transformasi dan pembaharuan agar terus diterima peminat? Setujukah dengan cadangan itu?
Saya seorang yang terbuka dengan cadangan dan pendapat, asalkan ia boleh membuatkan saya menjadi seorang penyanyi dan seorang insan yang lebih baik. Lagu lagu melankolik daripada album pertama saya Harapan melayakkan saya ke final Anugerah Juara Lagu, tercalon sebagai sebagai artis baru lelaki terbaik AIM 14 dan artis baru lelaki popular Anugerah Bintang Popular.Selain itu, pencapaian tertinggi secara peribadi yang saya banggakan apabila album itu pernah menjadi calon top 5 album pop terbaik AIM 14. Hampir semua lagu lagu melankolik dalam album itu masih menjadi siulan pendengar dan peminat saya hingga ke hari ini. Ada beberapa transformasi yang sudah dilakukan untuk memberikan kelainan pada susunan muzik dan vokal saya.
Single terbaru yang berjudul Suara Hati, dikatakan gambaran perasaan Fazli terhadap nasib malang yang menimpa diri, apakah ia benar?
Suara Hati langsung tidak ada kena mengena dengan apa yang menimpa saya. Ia hanyalah sebuah karya hasil kerjasama saya dengan komposer dan penulis lirik. Ada kisah di sebalik lirik lagu tersebut. Ia agak subjektif, terpulang kepada siapa yang mendengar dan menilainya dari sudut yang berbeza. Tetapi secara peribadinya ia menggambarkan tentang suara hati seorang anak terbuang yang tidak berdosa, yang mencari-cari kasih ibu bapanya yang masih belum ditemui.
Fazli Zainal 'diboikot' kerana terlalu lantang bersuara?

Pengalaman menyanyi di kelab malam selama 8 tahun banyak mengajar Fazli Zainal tentang asam garam hidup orang seni. -Foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT
TAK tau di mana silapnya, tiba-tiba saja nama penyanyi Fazli Zainal seolah-olah 'tergelincir' dari nama penyanyi popular masa kini. Malah single keduanya 'Kalbu'ciptaan komposer Azlan Abu Hassan jarang sekali kedengaran di corong radio.
Ada yang kata, lagu itu tidak sehebat hit pertamanya 'Harapan'. Ada pula yang kata Fazli 'diboikot' kerana terlalu lantang bersuara dan mengkritik polisi sesetengah drama swasta.
Ketika ditemui di rumah terbuka selebriti 'kontroversi' Azwan Ali baru-baru ini, Fazli tidak menolak kemungkinan dia 'dihukum' kerana terlalu berani berkata benar.

Mungkin juga sebab sesetengah stesen rasakan 'Kalbu' hampir serupa dengan karya-karya Azlan Abu Hassan sebelum ini seperti 'Izinku Pergi' (Kaer), 'Dingin' (Ziana Zain) dan 'Terlalu istimewa' (Adibah Nor).
"Mungkin juga lagu itu lebih relaks berbanding 'Harapan dan 'Sejuta Nafas Cinta' daripada alabum pertama atau mungkin sesetengah pihak radio 'memboikot' saya yang terlalu lantang bersuara tentang isu lagu Indonesia yang terlalu kerap ke udara dan mahukan dasar 90:10 dilaksanakan oleh kerajaan," jelas penyanyi berhemah ini.
Namun ketika ditanya adakah dia berkecil hati dengan sikap stesen radio swasta yang seolah-olah memandang dingin kepada lagu barunya, Fazli berkata dia pasrah.
"Lagipun bukan semua radio swasta yang tak support saya cuma mereka kurang putarkan lagu daripada single pertama saya yang menyebabkan peminat-peminat tertanya-tanya tentang lagu baru saya.
"Sebenarnya radio swasta masih menyokong saya dan memutarkan lagu 'Harapan' daripada album pertama. Jadi saya tak perlu berkecil hati," jelas Fazli yang berasal dari Kampung Melayu, Majidee, Johor ini.
Lagu 'Harapan' memberi banyak sinar harapan pada penyanyi berbakat besar ini. Kemerduan suaranya yang gemersik itu cukup sesuai menyanyi lagu hit dalam album pertamanya itu pada tahun 2006.
Album sulung Fazli itu turut dicalonkan dalam kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke-22 pada 2007.

Kata Fazli lagi, dia seorang yang 'straightforward' dan masih waras dalam pemikiran dan tindakan. Juga peka dengan sensitiviti umum.
"Sekiranya saya bukan seorang artis mainstream hari ini, saya tetap seorang penyanyi di hotel dan kelab eksklusif. Luahan perasaan tadi adalah suara hati saya dan ramai rakan-rakan artis yang senasib dengan saya malahan ada yang langsung lagu mereka tidak pernah diputarkan walaupun sudah ada beberapa album.
"Inilah kata orang, kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Ada sedikit rasa kecewa dengan sikap pilih kasih sesetengah stesen radio yang merasakan mereka lebih arif dalam muzik...."
Menurut Fazli, dia amat memahami situasi yang dialami sekarang, baik dirinya sendiri mahupun pihak radio swasta.
"Sebagai manusia, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Saya sendiri ada banyak kelemahan dan masih dalam proses memperbaiki diri sendiri dan cuba melayan peminat seperti kawan-kawan.
"Saya juga sering berkongsi perkembangan terbaru di facebook dan My Space. Komen-komen positif saya jadikan panduan dalam karier seni saya. falsafah saya, sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Jaga hati sendiri sebelum jaga hati orang lain," kata jejaka berusia 32 tahun ini.
Album sulung Fazli itu turut dicalonkan dalam kategori Balada di Anugerah Juara Lagu ke-22 pada 2007.
Kata Fazli lagi, dia seorang yang 'straightforward' dan masih waras dalam pemikiran dan tindakan. Juga peka dengan sensitiviti umum.
"Sekiranya saya bukan seorang artis mainstream hari ini, saya tetap seorang penyanyi di hotel dan kelab eksklusif. Luahan perasaan tadi adalah suara hati saya dan ramai rakan-rakan artis yang senasib dengan saya malahan ada yang langsung lagu mereka tidak pernah diputarkan walaupun sudah ada beberapa album.

"Inilah kata orang, kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Ada sedikit rasa kecewa dengan sikap pilih kasih sesetengah stesen radio yang merasakan mereka lebih arif dalam muzik...."
Menurut Fazli, dia amat memahami situasi yang dialami sekarang, baik dirinya sendiri mahupun pihak radio swasta.
"Sebagai manusia, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Saya sendiri ada banyak kelemahan dan masih dalam proses memperbaiki diri sendiri dan cuba melayan peminat seperti kawan-kawan.
"Saya juga sering berkongsi perkembangan terbaru di facebook dan My Space. Komen-komen positif saya jadikan panduan dalam karier seni saya. falsafah saya, sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Jaga hati sendiri sebelum jaga hati orang lain," kata jejaka berusia 32 tahun ini.
Pengalaman menyanyi di kelab malam selama 8 tahun banyak mengajar Fazli tentang asam garam hidup orang seni.
"Saya biasa menyanyi pelbagai jenis genre muzik, lagu dan bahasa. Saya tak pernah mengklasifikasikan mengredkan diri saya kerana seni itu terlalu luas untuk dibincangkan.
"Setiap manusia punya selera dan citarasa berbeza. Tepuk dada, tanyalah selera...," kata Fazli yang akan sibuk mempromosikan lagu single keduanya 'Suara Hati' ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fitri Yahya.
Sebelum mengakhiri perbualan, anak muda yang bijak berfalsafah ini sempat melontarkan pandangannya secara peribadi, "Seorang anak seni boleh meruntunkan hati jutaan peminat dengan sebuah lagu. Namun jutaan peminat belum tentu dapat menghargai karya seni seorang anak seni."
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
