Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Ida Nerina. Show all posts
Showing posts with label Ida Nerina. Show all posts
Produksi sensitif Ida Nerina
Jangan tanya hidup saya - Ida Nerina
KAMI percaya ramai yang merindui lakonan aktres hebat, Ida Nerina di televisyen mahupun filem. Selepas insiden tragis yang berlaku kepada dirinya, Ida lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir.
Dengan keadaan dirinya sekarang yang berkerusi roda, Ida seorang wanita yang kuat dan tidak pernah melihat perkara itu sebagai halangan untuk meneruskan kehidupannya.
Tahun lalu, teater arahannya, What'll Break You/Apocalips telah dipentaskan di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac) dan mendapat sambutan menggalakkan.
Bukan hanya mengarah, Ida juga masih berlakon dan membuat kemunculan istimewa filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera sebagai Jah Steno selain filem Split Gravy On Rice.
Hits juga difahamkan ada pihak media yang berminat mahu mengambil gambar terbarunya dalam satu majlis baru-baru ini tetapi dia menolak dengan penuh diplomasi.
Mengenali pelakon yang mula dikenali menerusi filem Selubung ini, dia sememangnya cukup berahsia tentang kehidupan peribadi.
Usahkan pihak media tetapi Ida juga nampaknya meletakkan batasan buat peminat seandainya ada pertanyaan yang difikirkan begitu remeh.
Seperti mana yang ditulis dalam akaun Twitter baru-baru ini, Ida awal-awal lagi memohon maaf kepada pengikut dan peminat seandainya ada soalan yang tidak mahu dijawab.
"Minta maaf semua. Rasanya tidak perlulah anda bertanyakan tentang kehidupan saya sekarang, mengapa lama menyepi dan sebagainya.
"Percayalah, saya tidak akan membalasnya. Kalau mana-mana pihak yang mahu tahu tentang perkembangan terbaru, layari sahaja Facebook dan Twitter. Di sana, saya akan memberitahu segala-galanya. Terima kasih dan sayang semuanya," kata Ida ringkas.
Ida Nerina enggan bergambar
INGAT lagi tak kepada aktres Layar Lara, Ida Nerina yang meletup lakonannya dulu. Diva kagum setiap kali tengok lakonan mantap Ida tak kiralah dalam drama, filem, teater ataupun komedi. Bagi Diva, Ida seorang sahaja pelakon yang boleh buat mimik muka kartun tanpa menjengkelkan.
Tapi lepas berita Ida terjatuh dalam rumah, bercerai dengan suami, lama betul peminat di luar sana tak dengar perkembangan terbaru tentang Ida. Diva tahu, walaupun Ida sekarang masih belum dapat berjalan normal, hanya berkerusi roda, tapi Ida aktif bergerak di belakang tabir. Dia jadi penerbit untuk buat teater dan drama.
Baru-baru ini, rakan Diva terserempak dengan Ida kat majlis pencalonan untuk anugerah teater. Ida nampak sihat, sedikit berisi dan bersemangat. Wajahnya ceria sambil beramah-mesra dengan kawan-kawan sambil tangannya tak berhenti petik kamera DSLR ambik gambar sepanjang majlis. Kata rakan Diva itu, dia cuba jeling-jeling, mana tahu ada peluang untuk rapat. Cuba-cuba juga suruh jurufoto ambik gambar Ida untuk tatapan peminat tapi sayangnya, Ida menolak secara baik.
Tak mengapalah, kalau bukan sekarang mungkin satu masa nanti bolehlah wartawan temuramah Ida secara eksklusif. Bukan apa, cuma nak berkongsi khabar sahaja.
Ida Nerina Kembali Berlakon Filem
PETALING JAYA: Pelakon Ida Nerina (gambar) kembali aktif dalam industri seni tanah air dengan melakonkan watak Jah menerusi filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
Menurut Shuhaimi, pelakon itu yang sebelum ini mengalami kecederaan pada tulang belakang selepas insiden kemalangan di rumahnya pada Jun 2009 bersetuju untuk melakonkan watak yang diberikan dan telah menjalani penggambaran pada bulan lalu.
“Setiap kali membikin filem, pasti saya teringat pada Ida Nerina. Saya selesa bekerja dengan Ida yang pernah berlakon dalam beberapa filem arahan dan terbitan saya sebelum ini iaitu Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2 dan 1957 Hati Malaya.
“Saya tertarik dengan cara persembahan lakonannya dan kredibiliti Ida sebagai seorang pelakon yang versatil dalam melakonkan setiap watak,” katanya kepada mStar Online.
Biarpun watak Jah yang dilakonkan oleh Ida hanya sekadar pelakon undangan, Shuhaimi yakin kemunculan wanita itu pasti memberikan impak kepada penonton.
“Saya pasti para penonton pasti menanti-nantikan kemunculan semula Ida di layar perak. Walaupun tidak melakonkan watak utama, tetapi Ida tetap memberikan lakonan yang mantap dan bertenaga,” kata Shuhaimi yang cuba seimbangkan antara watak utama dan watak pembantu dalam filem tersebut.
mStar Online cuba mendapatkan Ida, namun dia enggan ditemu bual.
Tanda Putera mengisahkan tentang perjuangan dan persahabatan di antara dua negarawan iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.
Filem yang menelan belanja RM4 juta itu turut dilakonkan oleh Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Kamarulzaman Taib atau Che' Kem (Tunku Abdul Rahman), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Ton Puan Norashikin Mohd. Seth) dan Norman Hakim (Tun Hanif Omar).
Shuhaimi turut mengundang pelakon lain seperti Fizz Fairuz, Kavita Kaur, Zoey, Ika Nabila dan Alan Yun.
Jelasnya, filem yang memilih Ipoh, Perak, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor sebagai lokasi penggambaran ini turut menggunakan teknik janaan komputer (CGI) sebanyak 40 peratus untuk memberi kesan kepada imej bangunan lama.
Tanda Putera dijangka ditayangkan di pawagam pada pertengahan 2012.
Keputusan Lafaz Cerai Sha'arin-Ida 1 Julai

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 1 Julai ini untuk membuat keputusan perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai pelakon terkenal, Ida Nerina dan suaminya, bekas pemuzik Blackrose, Sha'arin Mohd Razali.
Hakim Mohd Yunus Mohamad Zin turut mengarahkan pihak plaintif (Sha'arin) dan defendan (Ida) untuk mengemukakan penggulungan hujah pada 21 Mei dan 21 Jun ini.
Pasangan itu hadir di mahkamah semalam. Ida menggunakan kerusi roda sambil ditemani saudara-mara serta artis kenalan seperti Atilia dan Susan Lancaster.
Dalam prosiding semalam, mahkamah meminta pihak plaintif membuat pindaan terhadap hujahan awalnya ekoran fakta baru yang ditimbulkan Sha'arin.
Semasa menjawab soalan peguam, Akbarden Abdul Kader yang mewakili Ida, plaintif memberitahu bahawa dia melafazkan cerai dalam bahasa Malaysia dan diikuti bahasa Inggeris.
Lafaz cerai itu berbunyi, "Baiklah, saya ceraikan kamu" dan "Okay, I'll divorce you".
Sebelum ini, Sha'arin dalam pengakuan bersumpahnya berkata, dia hanya melafazkan cerai dalam bahasa Malaysia.
Ekoran itu, Mohd Yunus mengarahkan peguam, Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Sha'arin membuat pindaan terhadap fakta kes.
Jelas beliau, ini kerana fakta baru itu mempengaruhi bilangan talak yang dijatuhkan.
Pada 12 Oktober tahun lalu, Sha'arin memfailkan permohonan pengesahan cerai selepas mendakwa pernah melafazkan cerai terhadap isterinya pada September lalu.
Kedua-dua mereka berkahwin pada 2 Jun2006.
Ida ‘suruh’ suami cerai

“Kejadian berlaku pada 22 September 2009, pukul 11 pagi di Metropolitan Square, Damansara Perdana. Pada pagi itu ada pertengkaran antara saya dengan defendan (Ida Nerina), sejurus selepas pertengkaran, defendan suruh saya keluar rumah dan suruh saya ceraikannya,” kata Sha‘arin dengan tenang ketika disoal dalam mahkamah baru-baru ini.
Begitulah dialog yang diluahkan Sha’arin baru-baru ini di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zain baru-baru ini. Mengikut laporan media Sha’arin atau lebih dikenali dengan nama Shamrin Blackrose melafazkan cerai di Metropolitan Square, Damansara Perdana, Selangor.
Cerita penceraian mereka bukan lagi satu benda yang aneh dalam dunia hiburan tempatan memandangkan kes ini sudahpun beberapa kali dibicarakan. Tapi apa yang membuatkan Joyah terkejut apabila berlaku adegan halau menghalau antara pasangan yang bernikah pada 2 Jun 2006 ini.
Maklum sajalah, sebelum ini bukan main nampak romantisnya, alih-alih takda angin dan hujan ribut, bercerai- berai. Siap ada adegan ‘halau- menghalau’ lagi tu. Seriau sungguh!
Tapi sejak kes cerai mereka mula naik turut mahkamah, kelibat Ida belum pernah muncul di mahkamah. Joyah difahamkan Ida mendapat rawatan di India memandangkan kecederaan tulang belakangnya masih belum pulih.
Sekarang ini, dengar cerita Ida sudah pun pulang ke Malaysia. Hmmm! Tapi Joyah tak pastilah pula kondisi kesihatan Ida selepas pulang dari India. Adakah Ida sudah boleh berjalan atau masih menggunakan kerusi roda?
Tapi Joyah pasti, sebutan kes 21 April ini pasti lebih hangat sebab Ida akan ke mahkamah untuk memberikan keterangan.
Sebutan Kes Cerai Ida Nerina 23 November ini

SEBUTAN kes cerai aktres veteran Ida Nerina Hussein dengan suaminya, Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose akan didengar pada 23 November ini, pukul 9 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Menurut sumber, kes yang akan disebut di Dewan 4 di mahkamah itu masih belum diwakili oleh mana-mana peguam.
Sehingga kini, Shahrin mahupun Ida masih membisu tentang isu penceraian mereka.

Pada Hari Raya Puasa kedua lalu, suami Ida didakwa telah melafazkan cerai terhadap pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Anak’ itu.
Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.
Dimaklumkan, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah Ida.
Pada 9 Oktober lalu, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohammed Razali telah mengisi borang pengesahan lafaz cerai di mahkamah itu.
Pada 21 Jun lalu, Ida Nerina yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.
Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.
Sebelum ini, pengurus peribadinya, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh.
Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah.
Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.
Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.
Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.
Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya.
Suami, Ida Nerina Cerai Raya Ke-2

Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose, yang juga suami kepada aktres terkenal Ida Nerina didakwa telah melafazkan cerai terhadap aktres itu pada Hari Raya kedua baru-baru ini. Ida Nerina Hussein, 45, kini sedang dirawat di PPUM, setelah cedera teruk di tulang belakang akibat terjatuh pada 21 Jun lalu di dalam rumahnya. Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.
Menurut sumber yang boleh dipercayai itu lagi, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah pelakon filem ‘Susuk’ itu. Dalam pada itu, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohammed Razali ketika diminta mengesahkan hal cerai itu bagaimanapun enggan ditemubual dengan memberikan alasan sedang sibuk.
Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini. Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
