Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ida ‘suruh’ suami cerai


“Kejadian berlaku pada 22 September 2009, pukul 11 pagi di Metropolitan Square, Damansara Perdana. Pada pagi itu ada pertengkaran antara saya dengan defendan (Ida Nerina), sejurus selepas pertengkaran, defendan suruh saya keluar rumah dan suruh saya ceraikannya,” kata Sha‘arin dengan tenang ketika disoal dalam mahkamah baru-baru ini.

Begitulah dialog yang diluahkan Sha’arin baru-baru ini di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zain baru-baru ini. Mengikut laporan media Sha’arin atau lebih dikenali dengan nama Shamrin Blackrose melafazkan cerai di Metropolitan Square, Damansara Perdana, Selangor.

Cerita penceraian mereka bukan lagi satu benda yang aneh dalam dunia hiburan tempatan memandangkan kes ini sudahpun beberapa kali dibicarakan. Tapi apa yang membuatkan Joyah terkejut apabila berlaku adegan halau menghalau antara pasangan yang bernikah pada 2 Jun 2006 ini.

Maklum sajalah, sebelum ini bukan main nampak romantisnya, alih-alih takda angin dan hujan ribut, bercerai- berai. Siap ada adegan ‘halau- menghalau’ lagi tu. Seriau sungguh!

Tapi sejak kes cerai mereka mula naik turut mahkamah, kelibat Ida belum pernah muncul di mahkamah. Joyah difahamkan Ida mendapat rawatan di India memandangkan kecederaan tulang belakangnya masih belum pulih.

Sekarang ini, dengar cerita Ida sudah pun pulang ke Malaysia. Hmmm! Tapi Joyah tak pastilah pula kondisi kesihatan Ida selepas pulang dari India. Adakah Ida sudah boleh berjalan atau masih menggunakan kerusi roda?

Tapi Joyah pasti, sebutan kes 21 April ini pasti lebih hangat sebab Ida akan ke mahkamah untuk memberikan keterangan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails