Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jangan tanya hidup saya - Ida Nerina

KAMI percaya ramai yang merindui lakonan aktres hebat, Ida Nerina di televisyen mahupun filem. Selepas insiden tragis yang berlaku kepada dirinya, Ida lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir. Dengan keadaan dirinya sekarang yang berkerusi roda, Ida seorang wanita yang kuat dan tidak pernah melihat perkara itu sebagai halangan untuk meneruskan kehidupannya. Tahun lalu, teater arahannya, What'll Break You/Apocalips telah dipentaskan di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac) dan mendapat sambutan menggalakkan. Bukan hanya mengarah, Ida juga masih berlakon dan membuat kemunculan istimewa filem terbaru arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera sebagai Jah Steno selain filem Split Gravy On Rice. Hits juga difahamkan ada pihak media yang berminat mahu mengambil gambar terbarunya dalam satu majlis baru-baru ini tetapi dia menolak dengan penuh diplomasi. Mengenali pelakon yang mula dikenali menerusi filem Selubung ini, dia sememangnya cukup berahsia tentang kehidupan peribadi. Usahkan pihak media tetapi Ida juga nampaknya meletakkan batasan buat peminat seandainya ada pertanyaan yang difikirkan begitu remeh. Seperti mana yang ditulis dalam akaun Twitter baru-baru ini, Ida awal-awal lagi memohon maaf kepada pengikut dan peminat seandainya ada soalan yang tidak mahu dijawab. "Minta maaf semua. Rasanya tidak perlulah anda bertanyakan tentang kehidupan saya sekarang, mengapa lama menyepi dan sebagainya. "Percayalah, saya tidak akan membalasnya. Kalau mana-mana pihak yang mahu tahu tentang perkembangan terbaru, layari sahaja Facebook dan Twitter. Di sana, saya akan memberitahu segala-galanya. Terima kasih dan sayang semuanya," kata Ida ringkas.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails