Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ifa Raziah. Show all posts
Showing posts with label Ifa Raziah. Show all posts

Kesan Ubat Pembedahan Punca Berat Ifa Raziah Naik

Penyanyi Ifa Raziah menjelaskan tubuh badannya yang dilihat semakin berisi disebabkan pengambilan ubat selepas menjalani pembedahan pada tahun lalu. Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, dia tidak hirau dengan masalah itu kerana ia hanyalah kesan sampingan ubat yang diambil secara berterusan dan bersifat sementara. "Saya perlu bersabar selepas melakukan pembedahan kerana berat badan akan naik akibat pengambilan ubat diberikan untuk memulihkan penyakit yang dialami. "Kesan ubat itu menyebabkan badan saya semakin berisi dan ditambahkan lagi dengan faktor umur sekarang ini memang sukar untuk menurunkan berat badan," katanya kepada mStar Online. Ifa ditemui pada pelancaran menu bufet Ramadan 2015 di Restoran Kelantan Delights Subang Jaya, di sini, Khamis. Turut sama penyanyi Fazli Zainal. Dalam pada itu, Ifa berkata, selepas membuat rawatan susulan penyakit paru-parunya pada bulan lepas, dia perlu melakukan pembedahan untuk kali kedua atas nasihat doktor.
Dia juga turut mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu pembedahan seterusnya kerana masih merasai sakit dan trauma dengan pembedahan pertama. "Doktor memberitahu saya harus melakukan pembedahan kedua kerana ada beberapa perkara yang perlu diubati selain untuk mengelak berlakunya kesan sampingan lain. "Buat masa sekarang saya mengambil keputusan menangguh dahulu untuk melakukan pembedahan kedua kerana rasa sakit yang dulu masih lagi terasa dan trauma," katanya. Selain itu, bercerita mengenai majlis berbuka puasanya bersama Fazley, mereka akan menghiburkan tetamu di Restoran Kelantan Delights Subang Jaya bermula 19 Jun ini. Selain menjamu selera, pengunjung bertuah bakal memenangi RM888 apabila menyertai peraduan mencari kapsyen untuk gambar dan selfie paling menarik dan sesuai dengan imej Kelantan Delights. Bayaran berbuka puasa di restoran ini ialah RM79.90++ pada hari biasa dan RM 89.90++ pada hujung minggu . Untuk tempahan berbuka puasa bersama selebriti di restoran berkenaan boleh hubungi talian 03-5611784.

Mamat (Exists) Buat Ifa Raziah Menitis Air Mata

Bekas vokalis kumpulan Exists Mamat telah menyebabkan penyanyi Ifa Raziah menitiskan air mata ketika mendendangkan lagu Untukmu Ibu pada pertandingan Gegar Verganza pada 7 Disember lalu. Ifa menitiskan air mata kerana terkenangkan saat indah bersama arwah ibunya, Maimunah Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 2010 akibat komplikasi penyakit buah pinggang. "Saya sudah tiada ibu atau pun bapa, jadi apabila Mamat mendendangkan lagu tersebut saya jadi emosi sedikit kerana terkenangkan saat-saat indah bersama ibu ketika hayatnya. "Sedar tidak sedar sudah empat tahun dia meninggalkan saya dan lagu Untukmu Ibu mengingatkan betapa saya merindui ibu saya," katanya kepada mStar Online. Gegar Veganza 2014 disiarkan pada setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di Astro Ria dan Maya HD. Selain Ifa dan Mamat, artis lain yang turut bertanding termasuklah Shima, Adilla, Haleeda, Ayai (Ilusi), Fazli Zainal, Sharifah Zarina dan Rahmat (Mega). Bagaimanapun pada Ahad lalu, Adilla diumumkan tersingkir.
Dalam pada itu, Ifa berkata, jika ibunya masih ada hari ini, wanita itu akan menjadi penyokong kuatnya untuk berjaya dalam pertandingan tersebut. Kata Ifa, sebelum ini sekiranya dia ada memasuki apa-apa pertandingan arwah akan mendoakan untuknya dan membuatkan dia bersemangat untuk melakukan terbaik. "Itu lagi salah satu sebab saya begitu emosi kerana saya sudah tiada ibu yang akan mendoakan kejayaan saya namun saya bersyukur kerana ada suami, anak-anak dan keluarga mertua yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya," katanya. Sementara itu, bercakap mengenai pertandingan berkenaan, Ifa berkata, biarpun dia tidak meletakkan sebarang harapan tinggi namun dia tetap memberikan persembahan terbaik setiap minggu. Jelas Ifa, Gegar Veganza adalah platform terbaik buatnya untuk membuktikan dia masih serius dengan karier nyanyian dan berharap ia dapat membuka peluang lebih luas untuknya selepas ini. "Alhamdulillah sokongan peminat sentiasa membuatkan saya bersemangat untuk terus berjuang dalam memberikan terbaik dan berharap pertandingan ini akan membuka lebih ruang kepada saya sebagai penyanyi selepas ini," katanya.

HAJAT HARI LAHIR - IFA RAZIAH TERINGIN HAMIL LAGI

Gambar menarik Ifa Raziah bersama anak-anaknya iaitu Muhammad Syakir Aqili Mohd Yani, 9, dan seorang anak angkatnya Sharifah Putri Umairah, 15, ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 39 baru-baru ini. "Alhamdulilah, Tuhan panjangkan usia saya dan harapnya selepas ini saya diberi kesihatan yang baik berpanjangan serta dimurahkan rezeki. Jika diizinkan dan dimurahkan rezeki oleh Tuhan, saya sebenarnya mahu hamil lagi. Memang impian saya mahu timang seorang cahaya mata lagi sebelum melebihi usia 40 tahun. "Saya amat sukakan bayi dan kanak-kanak dan sekarang rasa rindu pula nak ada bayi kecil di rumah. Yelah, anak-anak saya dah besar dan masing-masing sudah pandai buat hal sendiri. Malah mereka sendiri selalu bertanya bila mereka boleh dapat adik lagi," ujar Ifa yang berkahwin dengan Mohd Yani dipetik sebagai berkata. Menurut pelakon itu, dia sebenarnya sudah lama menanti untuk hamil lagi. Oleh itu, dia memang berharap dan hanya berusaha secara semula jadi sahaja. Baginya semuanya rezeki daripada Allah SWT.

Mercedes Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ifa Raziah

Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menerima sebuah kereta jenis Mercedes C200 daripada suami Mohd Yani Abdul Rahman sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke 10 pada Khamis. Ifa, 39, berkata, dia tidak menyangka menerima hadiah tersebut kerana tujuan asalnya ke kedai kereta adalah untuk membeli sebuah kereta keluarga. "Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami ke sepuluh tahun dan tidak sangka suami menghadiahkan saya sebuah kereta Mercedes. Pada asalnya kami ke kedai kereta adalah untuk membeli kereta keluarga iaitu jenama Hyundai Santa Fe dan tidak sangka dia belikan satu juga untuk saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Ifa berkahwin dengan Mohd Yani pada 24 April 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohammad Shakir Aqili yang berusia sembilan tahun.
Manakala dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah, 15, hasil perkahwinan pertamanya. Tambah Ifa, ia merupakan hadiah pertama sempena ulang tahun perkahwinan mereka, manakala kereta keduanya. "Saya bukan jenis yang suka bertukar kereta, dulu suami saya beri hadiah kereta sempena kelahiran anak pertama iaitu sembilan tahun lalu iaitu BMW 3 Series yang saya pakai hingga sekarang," ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang kehidupan rumah tangga, Ifa mengakui melalui pelbagai dugaan sepanjang 10 tahun hubungan tersebut. Katanya, sifat tolaransi dan menerima seadaanya pasangan merupakan kunci kebahagian rumah tangga. "Sepanjang sepuluh tahun ini memang saya bahagia biarpun apa orang kata tentang saya dan suami, saya tidak pernah peduli. "Apa yang penting ialah percaya satu sama lain dan menerima diri masing-masing seadanya. Ia menjadi kekuatan kami sehingga kini," ujarnya. Tambah Ifa, salah satu pengalaman pahitnya pula apabila diserbu Jabatan Agama Islam Kedah ketika menginap di sebuah hotel di negeri tersebut atas urusan kerja. Katanya, perkara itu merupakan peristiwa yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.
"Saya tidak tahu ini kategori kenangan pahit atau manis tetapi ia memang tidak dapat dilupakan kerana kami disangka berkhalwat, walhal kami suami-isteri. "Pada malam itu memang kecoh, bagaimanapun semuanya selesai apabila pihak yang membuat serbuan mendapat tahu kami pasangan yang sah," ujarnya. Dalam pada itu, Ifa turut memberi nasihat kepada pasangan muda atau yang ingin mendirikan rumah tangga agar memikirkan kesediaan mereka sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama. Katanya, sebuah rumah tangga yang dibina bukan untuk seketika sahaja, malah sepanjang hayat. "Saya pun pernah mengalami kegagalan rumah tangga, kita tidak tahu jodoh kita sampai mana tetapi kalau boleh kita kekalkan apa yang kita ada. "Bagi yang ingin berkahwin perlu fikir sebaik mungkin kerana bila kita berkahwin bermakna kita bersedia untuk berkongsi hidup dengan orang lain," katanya.

Anak Ifa Raziah Cedera Gaduh Kerana 'Patung Gusti'

PETALING JAYA: Anak kepada penyanyi Ifa Raziah cedera di dahi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan rakan sekolahnya dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah antarabangsa di Gombak, dekat sini, Jumaat. Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, anaknya Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 8, dikatakan ditolak oleh seorang pelajar darjah lima akibat perasaan cemburu dengan koleksi patung gusti yang dimiliki Muhammad Shakir Aqili. "Pada tengah hari Jumaat, selepas tamat waktu sekolah, anak saya berborak dengan anak kepada pelakon Amyza Aznan yang turut belajar di sekolah yang sama. Mereka berborak mengenai patung gusti.
"Tiba-tiba datang seorang budak darjah lima menyertai perbualan itu dan anak saya terus menyambung perbualannya sambil menceritakan koleksi patung gusi yang dimilikinya. "Kerana tidak percayakan kata-kata Muhammad Shakir Aqili, budak itu menolaknya sehingga kepala dia terkena besi menyebabkan luka pada dahi sebelah kiri," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini malam Jumaat. Tambah Ifa, akibat kejadian itu anaknya terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan dan menerima enam jahitan. Katanya, Muhammad Shakir Aqili, juga terpaksa di hantar ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal (KPJ TSH) dekat sini untuk menjalani imbasan kerana dikhuatiri terdapat gegaran otak.
Dalam pada itu, sehingga berita ini ditulis pada malam Jumaat, Ifa berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak itu masih belum bertemu atau menghubunginya walaupun mereka telah diberitahu mengenai kejadian tersebut oleh pihak sekolah. "Pelik juga, sepatutnya ibu bapa budak itu perlu meminta maaf kepada saya dan suami, tetapi sehingga sekarang mereka tidak menghubungi kami pun. Sedangkan mereka telah diberitahu oleh pihak sekolah,” katanya. Ifa yang turut bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya itu akan membuat laporan polis pada Sabtu.

Ifa Raziah Hilang Tawaran Kerana Badan Berisi

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah mengakui banyak tawaran lakonan drama yang diterima terpaksa ditolak begitu sahaja gara-gara tubuh badannya yang berisi. Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana banyak watak yang ditawarkan tidak sesuai dengan penampilannya sehingga memaksa dia perlu menurunkan berat badannya sehingga 48 kilogram agar boleh berlakon semula. Berat badannya kini ialah 58 kilogram dan sebelum ini pernah mencecah sehingga 65 kilogram. "Memang azam tahun 2013 saya adalah untuk menguruskan badan supaya dapat aktif kembali di bidang lakonan. "Banyak tawaran watak yang ditolak kerana tidak sesuai dengan tubuh badan saya sekarang ini. Bagaimanapun ia tidak akan mungkin berlaku pada tahun ini. "Saya akan memastikan untuk kurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram,” katanya. Tambah Ifa, kerana perkara itu juga dia enggan menambah zuriatnya bersama suami, Mohd Yani Abdul Rahman bagi mengekalkan bentuk tubuh badannya selepas mendapat berat yang ideal. Bagaimanapun, beritahu ibu kepada Sharifah Puteri Umairah, 14 dan Muhammad Shakir Aqili, 8, ini sekiranya dikurniakan anak, dia tetap akan menerimanya dengan hati yang terbuka. "Rezeki tidak boleh ditolak. Cuma saya tidak mahu memiliki anak pada masa ini kerana ingin aktif di bidang lakonan. Namun seandainya kami diberikan anak, itu juga bukan satu masalah. "Lagipun dua orang anak saya sedang membesar dan mereka memerlukan perhatian daripada saya dan suami. Sudahlah kami sibuk, takut pula jika anak terabai," ujarnya. Sementara itu, selepas sukses dengan perniagaan produk kecantikan Zenzoria, penyanyi lagu Panas ini muncul pula dengan menjual 'turban' berfesyen wanita menerusi jenamanya sendiri iaitu “Serifa Turban by Ifa Raziah.” Ifa juga membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan untuk menjadi ejen. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi talian 019-3722975.

Ifa Raziah dikritik kerana lawak


TERNYATA peluang untuk muncul bersaing pada satu program realiti berkonsepkan lawak telah banyak mengubah perspektif Ifa Raziah terhadap dunia komedi.

Menurut pelakon, pengacara serta penyanyi yang cukup terkenal dengan pelbagai kontroversi ini, bukan mudah untuk muncul dalam program realiti berteraskan lawak jenaka.

Malah ada ketikanya dia merasakan dirinya berada dalam keadaan tertekan sepanjang bergelar peserta bersama kumpulan Syok pada Program Maharaja Lawak Mega.

"Baru saya tahu bukan mudah untuk menjadi pelawak dan membuat orang ketawa," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar majlis makan malam Hari Ibu bersama Jamal Abdillah di Restoran Khan Baba, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Ifa, dia bersyukur kerana tetap berjaya merangkul tempat keempat pada pertandingan itu. Malah menurutnya, berada dalam program itu banyak mengajarnya untuk mendalami ilmu lawak melalui skrip.

Katanya lagi, Menurut Ifa, biarpun tekanan juga hadir apabila dia banyak menerima kritikan melalui penampilannya di dalam program tersebut.

"Lawak kami dibekalkan dengan skrip, jika sebelum ini saya lebih selesa dengan lawak spontan namun saya akui saya banyak belajar dari program tersebut.

"Namun sebenarnya tekanan bukan sahaja datang daripada kami yang sentiasa memerlukan idea tetapi juga peminat saya yang tidak menyukai saya muncul dengan wajah cantik untuk membuat lawak.

"Mungkin pada mereka, pelawak harus muncul dengan wajah yang tidak indah," katanya jujur.

Bercakap mengenai sikapnya kini yang dikatakan agak demand kebelakangan ini, Ifa mengakui terkejut dengan kenyataan tersebut.

Katanya, sepanjang dua bulan lalu dia terpaksa mengambil cuti rehat bagi menyembuhkan kembali suaranya.

"Saya akui ada menolak beberapa tawaran berlakon dan pengacaraan, bukan apa saya betul-betul tidak mampu dengan keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan.

"Bayangkan batuk yang saya alami berpanjangan sehingga menyebabkan suara saya hilang dan untuk tidak menjadikan ia lebih teruk saya terpaksa mengambil cuti selama dua bulan bermula Januari lalu sehingga Februari," katanya.

Ifa yang kini sedang menunggu waktu untuk kelahiran single terbarunya berjudul Tanpa Ku Sedar pada bulan Mei nanti mengakui membuat persediaan dan latihan giat untuk memantapkan kembali suaranya.

"Saya tidak pernah senyap dari dunia nyanyian. Selepas single Luar Biasa yang menemui peminat April tahun lalu, saya kini sedang sibuk menyiapkan single terbaru, Tanpa Ku Sedar.

"Dalam mengasah kembali suara, saya kini akan menghadiri latihan suara bersama guru vokal terkenal, Cikgu Siti Hajar," katanya.

Lebih dikenali melalui lagu-lagu irama dangdut, kata Ifa, dia juga agak terkilan dengan sikap stesen-stesen radio di negara ini yang tidak menyokong irama tersebut.

"Jujurnya setiap kali saya mengadakan persembahan, lagu-lagu dangdut sentiasa menjadi pilihan penonton, dimana ia membuktikan lagu ini sentiasa dekat dengan orang kita.

"Bagaimanapun sebagai penyanyi saya juga terpaksa memikirkan langkah yang diambil stesen radio di negara ini yang tidak mahu menyokong irama ini.

"Mungkin perkara ini perlu difikirkan memandangkan peminat untuk irama ini masih lagi menyokong," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails