Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ifa Raziah dikritik kerana lawak


TERNYATA peluang untuk muncul bersaing pada satu program realiti berkonsepkan lawak telah banyak mengubah perspektif Ifa Raziah terhadap dunia komedi.

Menurut pelakon, pengacara serta penyanyi yang cukup terkenal dengan pelbagai kontroversi ini, bukan mudah untuk muncul dalam program realiti berteraskan lawak jenaka.

Malah ada ketikanya dia merasakan dirinya berada dalam keadaan tertekan sepanjang bergelar peserta bersama kumpulan Syok pada Program Maharaja Lawak Mega.

"Baru saya tahu bukan mudah untuk menjadi pelawak dan membuat orang ketawa," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar majlis makan malam Hari Ibu bersama Jamal Abdillah di Restoran Khan Baba, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Ifa, dia bersyukur kerana tetap berjaya merangkul tempat keempat pada pertandingan itu. Malah menurutnya, berada dalam program itu banyak mengajarnya untuk mendalami ilmu lawak melalui skrip.

Katanya lagi, Menurut Ifa, biarpun tekanan juga hadir apabila dia banyak menerima kritikan melalui penampilannya di dalam program tersebut.

"Lawak kami dibekalkan dengan skrip, jika sebelum ini saya lebih selesa dengan lawak spontan namun saya akui saya banyak belajar dari program tersebut.

"Namun sebenarnya tekanan bukan sahaja datang daripada kami yang sentiasa memerlukan idea tetapi juga peminat saya yang tidak menyukai saya muncul dengan wajah cantik untuk membuat lawak.

"Mungkin pada mereka, pelawak harus muncul dengan wajah yang tidak indah," katanya jujur.

Bercakap mengenai sikapnya kini yang dikatakan agak demand kebelakangan ini, Ifa mengakui terkejut dengan kenyataan tersebut.

Katanya, sepanjang dua bulan lalu dia terpaksa mengambil cuti rehat bagi menyembuhkan kembali suaranya.

"Saya akui ada menolak beberapa tawaran berlakon dan pengacaraan, bukan apa saya betul-betul tidak mampu dengan keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan.

"Bayangkan batuk yang saya alami berpanjangan sehingga menyebabkan suara saya hilang dan untuk tidak menjadikan ia lebih teruk saya terpaksa mengambil cuti selama dua bulan bermula Januari lalu sehingga Februari," katanya.

Ifa yang kini sedang menunggu waktu untuk kelahiran single terbarunya berjudul Tanpa Ku Sedar pada bulan Mei nanti mengakui membuat persediaan dan latihan giat untuk memantapkan kembali suaranya.

"Saya tidak pernah senyap dari dunia nyanyian. Selepas single Luar Biasa yang menemui peminat April tahun lalu, saya kini sedang sibuk menyiapkan single terbaru, Tanpa Ku Sedar.

"Dalam mengasah kembali suara, saya kini akan menghadiri latihan suara bersama guru vokal terkenal, Cikgu Siti Hajar," katanya.

Lebih dikenali melalui lagu-lagu irama dangdut, kata Ifa, dia juga agak terkilan dengan sikap stesen-stesen radio di negara ini yang tidak menyokong irama tersebut.

"Jujurnya setiap kali saya mengadakan persembahan, lagu-lagu dangdut sentiasa menjadi pilihan penonton, dimana ia membuktikan lagu ini sentiasa dekat dengan orang kita.

"Bagaimanapun sebagai penyanyi saya juga terpaksa memikirkan langkah yang diambil stesen radio di negara ini yang tidak mahu menyokong irama ini.

"Mungkin perkara ini perlu difikirkan memandangkan peminat untuk irama ini masih lagi menyokong," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails