Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Linda Hashim. Show all posts
Showing posts with label Linda Hashim. Show all posts
Linda Hashim Elak Tunjuk Bahagia Di Laman Sosial
Pelakon Linda Hashim memberitahu tidak gemar berkongsi segala aktiviti yang memaparkan kebahagian keluarganya di laman sosial khusunya Instagram.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 31, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelakkan rasa kurang senang segelintir pihak terutama pengikut laman sosialnya itu.
"Saya memang jarang berkongsi gambar-gambar anak saya, Jelita dan gambar mesra bersama suami di laman sosial.
"Bukan apa, saya tidak mahu orang meluat dan bosan, saya hanya akan muat naik kalau ramai peminat yang bertanya tentang Jelita dan ingin melihat perkembangannya," ujar Linda kepada mStar Online.
Linda berkahwin dengan pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan cahaya mata Jelita Clarissa pada 23 April 2014.
Tambah Linda, laman sosialnya bertujuan untuk mempromosi drama atau filem lakonannya sahaja.
Sementara itu, Linda yang kini hamil tiga bulan memberitahu dia tetap akan membuat persiapan untuk menyambut kelahiran bayi keduanya seperti mana anak sulungnya dahulu.
Ini kerana lebih separuh barang-barang kepunyaan anak sulungnya itu telah didermakan kepada mangsa banjir di Kelantan.
"Sekarang masih belum tahu bayi lelaki atau perempuan, kalau lelaki memang terpaksa beli barang lain kerana barang Jelita semua warna merah jambu.
"Lagi pula barang-barang Jelita kebanyakkannya saya dah beri pada mangsa banjir lalu. Saya kasihan melihat anak-anak kecil yang tidak ada baju dan kelengkapan mereka dihanyuti air," ujarnya.
Linda Hashim Hamil Lagi, Terpaksa Tangguh Niat Berlakon
Pelakon Linda Hashim terpaksa menangguhkan niatnya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan apabila disahkan hamil anak kedua pada Mei lalu.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 31, berkata, buat masa ini dia merancang untuk menumpukan perhatian kepada keluarga sehingga anak yang dikandungnya itu lahir dan berusia dua tahun.
"Pada mulanya saya rancang untuk kembali aktif selepas Jelita (anak pertama) berusia dua tahun, tetapi terpaksalah saya tangguhkan niat itu kerana sekarang mengandung anak kedua pula.
"Sebenarnya bagus juga, kerana biar dua anak saya besar barulah saya fokus kepada kerjaya, kalau saya sudah aktif baru hamil nanti terpaksa berehat sekali lagi. Buat masa ini biar dua (orang) dahulu," ujarnya kepada mStar Online, di sini Selasa.
Tambah Linda, sejak lebih setahun berehat daripada sebarang penggambaran membuatkan dia rindu untuk kembali berlakon.
Biarpun begitu, dia masih mengikuti perkembangan dunia lakonan dan melihat bakat-bakat baharu yang sedang meningkat naik.
Perasaan itu memang sangat rindukan suasana ketika di lokasi penggambaran dan kawan-kawan produksi seperti dahulu, kalau suami bawa balik skrip, saya yang akan baca.
"Bila tengok skrip lama, kita jadi sayang nak buang. Tapi sekarang saya rajin menonton drama-drama tempatan untuk melihat perkembangan pelakon-pelakon baru," ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang kandungannya yang kini berusia tiga bulan, Linda berkata, dia tidak mengalami alahan teruk seperti mengandung anak sulungnya Jelita Clarissa yang sekaranng ini berumur setahun empat bulan.
Dia juga tidak terlalu cerewet dalam hal makanan, namun masih mengamalkan minuman air zamzam dan buah kurma seperti yang dilakukan ketika kandungan pertama dahulu.
"Alhamdulillah, tiada banyak masalah atau alahan seperti anak pertama dahulu, saya pun tidak ada mengidam apa-apa setakat ini.
"Saya masih amalkan minum air zamzam, cuma sekarang sukar untuk dapatkan air tersebut. Pembekal yang dahulu juga beritahu saya agar lebih berhati-hati beli air zamzam kerana banyak yang tiruan.
"Jadi saya hanya kirim pada kawan-kawan yang pergi ke Mekah sahaja," ujarnya.
Linda berkahwin dengan pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan cahaya mata Jelita Clarissa pada 23 April 2014.
Ahli Keluarga Mahu Jaga Anak Linda Hashim
Pelakon Linda Hashim berasa lega apabila ramai ahli keluarga yang menawarkan diri untuk menjaga anak sulungnya Jelita Clarissa, 5 bulan, apabila dia memilih untuk aktif semula dalam dunia lakonan.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 30, berkata, dia yang akan menerima tawaran bermula bulan depan mengakui tidak mahu menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada orang luar yang kurang dikenalinya.
"Saya akan kembali semula berlakon selepas umur Jelita enam bulan dan Alhamdulillah tentang penjagaan dia ramai ahli keluarga yang tawarkan untuk menjaganya. Kakak saya dan atuk saudara saya sudah beritahu awal-awal mahu menjaga dia, malah ibu Beego juga sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk menjaganya jika saya ada penggambaran.
"Kalau boleh memang saya tidak mahu hantar ke pusat penjagaan kerana takut dengan berita-berita yang sering berlaku tentang keselamatan bayi di bawah jagaan orang lain," ujarnya kepada mStar Online.
Isteri kepada pelakon Beego itu berkata, bayi perempuannya itu tidak mempunyai masalah untuk tinggal bersama ahli keluarganya yang sudah biasa dengannya.
Bagaimanapun, Linda dalam proses untuk mengajar Jelita minum susu formula menggunakan botol bagi menggantikan susu badan.
Saya rasa Jelita boleh tinggal dengan mereka kerana dia jenis yang tidak takut orang terutama ahli keluarga kami, namun buat masa ini saya sedang ajar dia minum menggunakan botol susu," ujarnya.
Sementara itu, sebuah majlis cukur jambul dan akikah Jelita telah diadakan di kediaman mertuanya di Johor Bahru, pada malam Isnin lalu.
Tambah Linda, majlis yang dihadiri keluarga sebelah Beego itu sudah dirancang pada Hari Raya Aidilfitri lalu tetapi terpaksa ditunda pada Hari Raya Aidiladha atas sebab tertentu.
"Kami memang merancang untuk mengadakan majlis ini di Johor Bahru kerana jarang dapat berjumpa dengan keluarga belah sini, kalau di Kuala Lumpur sudah selalu," katanya.
Beego Bimbang Anak Meragam Waktu Maghrib
Pelakon Beego berasa bimbang dengan masalah anaknya, Jelita Clarisa yang sering meragam setiap kali tibanya waktu Maghrib.
Beego atau nama sebenarnya, Beego atau nama sebenar Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 34, berkata, Jelita Clarisa yang baru berusia dua bulan akan menangis apabila tiba waktu itu.
"Sekarang usia dia sudah masuk dua bulan dan semakin sihat tetapi saya dan isteri agak juga sebab dia kerap meragam dan menangis terutamanya waktu Maghrib.
"Bagaimanapun, saya tidak rasa masalah itu disebabkan oleh apa-apa gangguan lagipun sekarang ini bulan Ramadan. Linda (isteri) beritahu ia mungkin disebabkan rutin waktu tidur dia kerana dia akan tidur panjang selepas Maghrib dan terjaga pada tengah malam," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Sementara itu, Beego berkata, dia kagum dengan pengorbanan isterinya iaitu pelakon Linda Hashim yang penuh sabar dalam melayan kerenah bayi.
Katanya, biarpun dia tidak banyak dapat membantu, namun dia belajar pelbagai perkara tentang kerja-kerja menjaga anak.
"Pada usia ini bayi memang akan berjaga malam kerana ingin menyusu. Saya kasihan juga dengan Linda sebab dia tidak cukup tidur dan tiada masa untuk diri sendiri.
"Jika tidak ada penggambaran memang saya akan bantu dia menguruskan hal rumah tangga, namun hal mandikan bayi dan tidurkan bayi, Linda yang akan uruskan," katanya.
Dalam pada itu Beego berkata, dia kini benar-benar merasai tanggungjawab sebagai ketua keluarga terutama dalam hal menjaga keperluan harian dan kewangan.
Dia juga mula faham tentang apa erti pengorbanan yang pernah diberikan oleh ibu bapanya dahulu.
"Sekarang Linda tidak bekerja jadi sebagai ketua keluarga saya perlu kerja kuat, barang-barang bayi pula bukan murah.
"Saya faham kenapa ibu dan ayah marah-marah pada saya jika saya nakal dahulu, mereka akan cakap kalau saya ada anak saya akan rasa perkara itu.
"Sejak lihat Linda melahirkan anak kami, saya sudah mula mengerti perasaan dan kesusahan itu, saya akan mengingatkan perkara yang sama kepada anak saya nanti," katanya.
Linda Hashim Bersalin, Nama Anak Jelita Clarissa
Isteri kepada pelakon Beego iaitu Linda Hashim selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.62 kilogram pada pukul 12.20 pagi Rabu.
Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 34, berkata, isterinya yang kini berada di Hospital Pakar KPJ Tawakkal dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.
"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi kami dengan selamat awal pagi tadi dan semuanya berada dalam keadaan baik," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Beego memberitahu, dia dan isterinya sepakat memberikan nama Jelita Clarissa kepada bayi mereka yang membei maksud 'Jelita Yang Jelas'.
Pelakon itu juga memberitahu dia dan isterinya menitiskan air mata apabila Jelita selamat dilahirkan selain berasa cukup gembira dengan kehadiran Jelita kerana ia melengkapi rumah tangga mereka.
"Perasaan saya sangat terharu apabila pertama kali lihat Jelita malah saya dan Linda menangis, syukur semuanya selamat dan berharap Jelita akan dipelihara kesempurnaannya oleh Allah," jelasnya.
Beego dan Linda berkahwin pada 8 Jun tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
Linda Hashim Amal Surah Maryam Agar Mudah Bersalin
Pelakon Linda Hashim melakukan amalan membaca surah Maryam yang dijadikan petua oleh kebanyakan ibu mengandung agar dipermudahkan proses bersalin.
Linda, 29, berkata, sejak disahkan mengandung Julai tahun lalu, dia sentiasa menitik beratkan amalan pembacaan surah-surah tertentu sebagai kekuatan dan bagi menjaga kandungannya.
"Saya banyak membaca buku dan di internet tentang amalan surah-surah dan ayat Al-Quran yang baik untuk diamalkan semasa mengandung.
"Setiap surah ada doa tertentu dan semuanya untuk kebaikkan bayi dalam kandungan. Pada awal kandungan dahulu saya banyak amalkan surah Luqman iaitu untuk mendapat anak yang cerdik dan sekarang banyak baca surah Maryam pula bagi mendapat keberkatan agar dipermudahkan ketika hendak bersalin nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Jumaat.
Linda dijangka bersalin pada hujung April ini. Aktres itu berkahwin dengan pelakon Beego, 34, pada 7 Jun 2013.
Linda Hashim sudah siap membeli kelengkapan bayi.
Dalam pada itu, Linda berkata, perasaan teruja dan tidak sabar untuk menanti kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.
"Saya tidak rasa takut ketika saat semakin hampir (bersalin) ini, sebaliknya rasa tidak sabar untuk melihat bayi ini," katanya.
Sementara itu kata Linda, dia lebih banyak membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal terutamanya untuk menhadapi kerenah bayi.
Dia juga melatih untuk sentiasa bersabar selain membaca maklumat tentang pengurusan bayi yang baharu lahir.
"Kelengkapan daripada segi pakaian semua sudah siap, saya tidak beli banyak kerana bayi mudah membesar, jadi beli yang secukupnya sahaja.
"Tetapi saya banyak baca tentang kerenah bayi yang baru lahir dan membuat persiapan daripada segi mental iaitu banyakkan bersabar.
"Bayi yang baru lahir akan banyak ragam dan kerap bangun malam, jadi saya sudah pesan awal-awal pada suami tentang perkara-perkara seperti itu," katanya.
Tambah Linda, dia akan tinggal di rumah kakaknya dalam tempoh berpantang itu.
Linda dijangka melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Tawakal.
Air Zamzam Penawar Kandungan Linda Hashim
Pelakon Linda Hashim mengamalkan petua meminum air zamzam pada setiap hari yang diibaratnya sebagai penawar untuk menjaga kandungann sejak disahkan mengandung pada Julai lalu.
Linda, 29, berkata, keinginan tersebut membuatkan suaminya yang juga pelakon Beego terpaksa menempah dua botol masing-masing beratnya 10 liter air zamzam pada setiap bulan.
"Sejak mengandung hanya air zamzam sahaja yang mampu buat saya hilang dahaga. Biarpun rasa air zamzam agak payau namun saya rasa puas selepas meminumnya.
"Oleh kerana agak sukar untuk ditemui, Beego sudah buat tempahan setiap bulan di sebuah kedai iaitu dua botol air yang mana setiap botol kandungannya ialah 10 liter," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Selain itu, Linda berkata, dia lebih gemar mengambil buah-buahan dan kismis bagi menjaga kandungan yang kini sudah berusia lima bulan.
Linda juga bersyukur biarpun pertama kali melalui pengalaman mengandung dia tidak menghadapi banyak masalah atau sebarang alahan seperti sesetengah wanita lain malah masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.
"Alhamdulillah, semuanya saya jalani dengan mudah ketika mengandung. Tiada banyak ragam atau alahan. Semua makanan boleh saya makan. Hanya Beego sahaja yang susah hati melihat keadaan saya dan terlalu mengambil berat soal pemakanan saya.
"Dia tidak benarkan saya makan makanan ringan dan yang berasa masam," katanya.
Sementara itu, Linda berkata, dia belum melakukan sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi kerana masih terlalu awal.
Katanya, kawan-kawan rapat dia turut teruja untuk membelikan barang-barang keperluan bayi yang bakal lahir itu.
Ditanya tentang kandungan tersebut, kata Linda, imbasan pertama yang dilakukan oleh doktor mendapati jantina bayinya adalah perempuan.
"Kawan-kawan saya meneka bayi ini lelaki selepas melihat kepada pembesaran perut saya, tapi melalui imbasan pertama, doktor kata ia perempuan,” ujarnya.
Keluarga Terlebih Teruja, Beego Gementar Bila Linda Hamil
Pelakon Linda Hashim gembira dan berasa beruntung kerana sejak dia disahkan hamil bukan saja suaminya Beego yang memberikan lebih perhatian kepada malah ahli keluarga dan keluarga mertua juga turut teruja. Dalam erti kata lain, menurut Linda, mereka pula yang telebih teruja apabila mengetahui bakal menerima 'orang baru'.
Walaupun kandungan pelakon filem Tanda Putera ini baru mencecah dua bulan, namun rata-rata ahli keluarganya sudah membuat persiapan.
"Alhamdullilah sihat dan saya bersyukur. Sebenarnya bila saya disahkan mengandung, bila famili dapat tahu mereka yang lebih teruja. Ibu saya dan mak mertua saya masing-masing dah beritahu itu dan ini. Misalnya nanti kalau berpantang, mereka nak saya pantang di rumah mereka. Saya dengarkan saja lah.
"Kakak Linda pula, dia dah siap tanam serai wangi kat belakang rumah. Katanya nanti nak digunakan masa berpantang. Baju-baju anak-anak dia yang masih elok lagi, dia dah siap-siapkan untuk beri pada saya. Pendek kata famili memang ambil berat lah.
"Beego pula, dia rajin uruskan hal rumah. Sebagai contoh dia buat kerja-kerja rumah dan basuh baju. Masak dia kurang pandai. Tapi saya tak kisah pun. Lagipun setakat ni saya masih larat lagi nak buat kerja-kerja rumah. Cuma kadang-kadang kalau mabuk atau demam, memag Beego yang uruskan semua", katanya Linda mengenai perkembangan dirinya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Mencitaimu di ibu kota baru-baru ini.
Selain itu Linda berkata dia tidak lah mengalami alahan yang teruk. Tetapi sejak berbadan dua dia menjadi semakin gemar memakan buah-buahan sekaligus menjadi rutin makanan hariannya.
"Muntah dan mabuk masa awal-awal dulu. Tapi saya semakin gemar makan buah. Dulu saya makan buah juga tapi tidak lah hari-hari. Tapi sekarang hari-hari mesti nak makan buah. Kat rumah sentiasa ada buah-buahan. Sampaikan pergi ket set penggambaran pun paling tidak saya akan bawa bekalan buah epal", katanya yang tidak kisah akan jantina bayinya sama ada lelaki atau perempuan, asalkan sihat dan sempurna.
Bagaimanapun, Beego akui sangat gementar sebaik sahaja mendapat tahu bahawa dirinya bakal menjadi seorang ayah.
"Saya sangat bersyukur kerana tak sangka baru sahaja berkahwin saya bakal dikurniakan zuriat. Tetapi sebagai seorang lelaki yang tak pernah ada pengalaman menjadi seorang ayah, saya agak gementar.
"Pastinya saya nak yang terbaik untuk kandungan dan ibunya juga. Jadi, saya rasa tanggungjawab saya sekarang lebih besar menjaga Linda dan bayi yang bakal lahir", katanya.
Beego dan Linda Hashim yang telah bernikah pada 7 Jun lalu.
Linda dijangka akan melahirkan anak sulungnya pada hujung bulan April tahun hadapan. Buat masa ini Linda sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama terbitan Bright Network berjudul Pulang Sayang sehingga bulan November nanti.
- mD
Linda Hashim Hamil 7 Minggu
Pelakon filem Tanda Putera, Linda Hashim disahkan mengandung dan usia kandungannya sudah mencecah tujuh minggu.
Memetik kenyataan di sebuah laman hiburan, isteri kepada pelakon Beego itu berkata, dia sebenarnya baru sahaja menyedari dirinya telah berbadan dua selepas sering tidak sihat dan mengalami pelbagai simptom-simptom ibu mengandung.
"Selepas kandungan berusia sebulan lebih baru ia dapat disahkan. Sebelum ini, saya memang kerap rasa tidak sedap badan tetapi saya tidak mahu terlalu berharap, bimbang keputusannya kelak mengecewakan.
"Tetapi sebaik sahaja disahkan oleh doktor, kami rasa bersyukur sangat dan Beego adalah orang yang terlalu teruja sehingga dia melompat ketika keputusan ujian kehamilan menunjukkan hasil positif. Sekarang saya sering merasa lapar walaupun selepas makan dan setakat ini saya belum muntah.
"Cuma saya kerap merasa loya dan tidak sihat sahaja. Beego juga cukup mengambil berat dengan kesihatan saya sekarang ini," ujar Linda yang dijangka akan bersalin penghujung April tahun hadapan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun lalu.
Linda Hashim Ambil Peluang Kenali Keluarga Beego
Aktres Linda Hashim yang baru mendirikan rumah tangga dengan pelakon Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 33, mengambil kesempatan pada Hari Raya ini untuk mengenali lebih dekat keluarga suaminya.
Linda, 29, berkata sejak berkahwin pada 7 Jun lalu, dia belum lagi berpeluang mengenali keluarga besar Beego yang berada di Johor Bahru.
"Pertama kali beraya sebagai suami-isteri sudah tentu berbeza berbanding sewaktu bujang dulu. Kali ini kami akan beraya di Johor Bahru.
"Peluang pada Hari Raya ini membuka ruang kepada saya untuk berjumpa dengan sanak saudara sebelah keluarga Beego, mereka pun sudah awal-awal lagi suruh kami balik beraya di sana," katanya.
Tambah Linda, beraya bersama keluarga mertua turut mengubat rindu terhadap Allahyarham ibunya.
"Sedih juga kali ini tidak dapat ke kubur ibu selepas sembahyang raya, tapi Insya-Allah lepas beraya di Johor kami akan balik ke kampung saya di Perak pula.
"Beraya bersama keluarga mertua terutamanya ibu mertua sedikit sebanyak mengubat rasa rindu terhadap kasih sayang seorang ibu," katanya.
Syawal yang dinanti - Linda Hashim dan Beego
BAGI pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, Syawal merupakan saat yang amat ditunggu-tunggu. Begitu juga dengan pasangan Beego dan isterinya, Linda Hashim. Jelas Beego, setelah sah bergelar suami, tanggungjawabnya cukup besar bagi memastikan kelancaran hidup berumahtangga.
Saya amat teruja melaluinya lebih-lebih lagi saya akan beraya dengan keluarga baru. Ini merupakan pengalaman tersendiri buat saya.
Tahun ini saya akan balik ke kampung saya di Johor dulu sebelum pulang ke rumah mentua di Perak.
Sekarang ini saya dah jadi ketua keluarga, bukan tugas yang senang sebenarnya. Hari raya kali ini merupakan sambutan yang saya tunggu-tunggu dan paling mencabar bagi saya.
Masakan tidak, baru dua bulan mendirikan rumahtangga, kini tiba pula hari raya. Duit semua dah habis buat majlis hari itu namun Alhamdulillah, saya percaya pada rezeki," jelasnya.
Beego juga cukup teruja bercerita tentang pengalaman berpuasa tahun ini kerana dapat merasai nikmat berbuka dan bersahur dengan isteri tercinta.
Kalau bujang dulu berbuka atau bersahur semuanya di kedai. Kali ini bersahur dan berbuka dengan isteri.
Linda sebenarnya cukup pandai memasak, apa sahaja makanan yang saya inginkan dia akan masak. Saya sahaja yang gerun nak makan banyak sebab takut gemuk," kata Beego sambil ketawa.
Pengalaman pertama beraya di rumah mentua
Bagi Linda pula pengalaman menyambut Ramadan dan Syawal sebagai seorang isteri cukup mengujakan. Malah dia juga bertuah kerana suaminya tidak cerewet.
Alhamdulillah, Beego bukan jenis yang memilih atau cerewet. Saya pula suka memasak, apa saja yang Beego nak makan saya akan cuba sediakan. Dia juga suka dengan masakan saya.
Sebelum ini, Beego tidak makan tempoyak tetapi selepas saya sediakan lauk itu tempoh hari, Beego terus melekat dan sampai sekarang dia pula yang lebih-lebih sukakan tempoyak," jelasnya.
Bakal meraikan Syawal di rumah mentua tahun ini, Linda mengakui perasaannya bercampur baur - antara sedih dan gembira. Ini kerana buat pertama kali dia tidak akan menyambut hari raya bersama keluarganya.
Saya tidak pernah tidak bersama keluarga pada hari raya pertama tetapi tahun ini saya akan pulang ke rumah keluarga Beego di Johor. Kemungkinan hari raya ketiga baru kami pulang ke Perak.
Walaupun sedih saya tetap teruja untuk beraya dengan keluarga mentua. Ini pengalaman baru dan saya juga ingin merasai bagaimana suasana beraya di Johor," kata Linda.
Ditanya mengenai pengalaman bangun sahur pula, Linda berkata, ada juga beberapa hari mereka berdua terlepas untuk bersahur dek kerana terlalu penat bekerja.
Saya sudah kunci jam namun kami berdua tetap tidak sedar," jelasnya.
Juadah raya
Beego berkata, dia amat menggemari pulut apa sahaja makanan berasaskan pulut.
Ya, saya memang sukakan pulut antaranya lemang dan pulut kuning. Pulut ini bukan selalu kita jumpa, hanya pada hari-hari istimewa saja baru kita boleh menikmatinya," jelas Beego.
Bagi Linda pula, kuih tradisional kelamai dari Gopeng, Perak merupakan juadah yang cukup disukai ketika setiap kali tibanya Syawal.
Kuih ini cukup unik, hanya di Perak sahaja kita boleh jumpa, nak hasilkannya juga bukan senang. Itu yang membuatkan juadah ini cukup unik bagi saya," jelas Linda.
Linda Pakai Seksi, Beego Digelar Suami Dayus?
Setelah melangsungkan pernikahan 7 Jun lalu, pasangan selebriti terkenal, Linda Hashim dan Beego memilih Bali sebagai destinasi pilihan bulan madu mereka. Pasangan ini telah terbang ke Bali, Indonesia pada 19 Jun lalu dan sepanjang berada di sana, foto-foto bulan madu mereka telah dirakamkan oleh jurufoto rasmi, Ryaniez Moments Photography. Amboi, siap bawa jurugambar...
Buat peminat-peminat di Malaysia, Linda juga tidak lupa berkongsikan beberapa fotonya bersama si suami melalui laman Instagram miliknya.
Namun menerusi sekeping foto yang dimuat naik, pelakon wanita ini telah menerima pelbagai kritikan daripada peminat sehingga ada yang mempertikaikan tanggungjawab Beego sebagai seorang suami dalam menangani pakaian isteri tersayang.
Menurut segelintir peminat, pakaian yang digayakan oleh Linda terlalu seksi dan sebagai orang melayu pelakon tersebut tidak sepatutnya menggayakan pakaian sebegitu.
Tapi masih ada peminat yang menyokong tindakan Linda dan turut mempertikaikan respon peminat yang mengkritik cara pemakaian pelakon kesayangan mereka itu.
Teguran peminat kepada Linda tu mungkin juga kerana mereka sayangkan Linda. Betul, memang susah nak puaskan hati semua orang? Tapi dalam hal ini rasanya, Beego sebagai suami juga ada baik juga kalau dinasihatkan si isteri agar tidak nanti terus menjadi bahan keji orang ramai.
Dan terpulang juga kepada individu untuk membuat penilaian kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
Bulan madu istimewa - Beego dan Linda Hashim
SETELAH melalui era menduda yang penuh kontroversi, akhirnya, pelakon Mohamed Aszerudin Nizam Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Beego selamat bergelar suami kepada Linda Hashim, Sabtu lalu.
Ketika ditemui pada sidang akhbar selepas majlis pernikahan selesai, pasangan ini berkata, mereka merancang untuk menjadikan Mekah sebagai lokasi bulan madu.
"Mengenai bulan madu, Linda ada bercakap pada Beego, daripada kami membazir duit untuk ke tempat-tempat lain, lebih baik kami melawat Tanah Suci Mekah dulu.
"Lagipun, saya memang teringin sangat hendak buat umrah tapi ia masih lagi dalam perancangan dan harapnya kami dapat berbulan madu di sana," jelasnya.
Selain itu, mereka turut merancang untuk berbulan madu di Bali, Indonesia dan Taiwan.
Pasangan tersebut yang melangsungkan pernikahan di Masjid Usamah Zaid, Kuala Lumpur itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nizam Wahab sambil disaksikan oleh bapa Linda, Hashim Yusof.
Pasangan mempelai kelihatan anggun memakai busana rona peach tajaan butik kakak Linda, Erins & Erinas Sequins.
Pengantin lelaki telah memberi tujuh dulang hantaran termasuklah sepasang kasut Quince, Tepak Sireh, jam tangan Titus, sebentuk cincin, mas kahwin berjumlah RM300, jubah, pewangi Burberry, beg tangan Furla dan wang hantaran berjumlah RM35,000.
Sebagai balasan, pihak mempelai wanita memberikan sembilan dulang hantaran, antaranya seutas jam tangan Dolce & Gabbana, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka sebentuk cincin Emporio Armani dan sirih junjung.
Majlis yang diadakan serba ringkas tetapi meriah itu turut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada kaum keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pasangan.
Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan telah memilih untuk bertunang pada 3 November tahun lalu.
Majlis resepsi pasangan ini juga diadakan di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).
Kedua-dua mempelai yang ditemui dalam sidang akhbar selepas majlis pernikahan itu memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Beego mahu gugur kes khalwat
BEEGO yang sebelum ini pernah ditangkap khalwat berharap supaya kes mengenainya digugurkan setelah pihak pendakwa raya gagal membuktikan dirinya bersalah.
"Semasa kes sebutan yang lalu, tiada saksi daripada Jabatan Agama Islam yang hadir. Bukti yang mengatakan saya bersekedudukan pun tidak ada.
"Saya pun sedang mencari peguam yang sesuai supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cepat", kata Beego
Terdahulu, pada 23 Februari 2011, kira-kira pukul 6 pagi, Beego dan empat lagi rakannya ditahan oleh sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang.
Namun, sehingga kini kes khalwat melibatkan dirinya belum lagi selesai.
Namun, bagi beego, kes khalwat ini tidak mengganggu rumah tangganya memandangkan kes berkenaan berlaku sebelum mereka bercinta lagi.
"Linda memang menyokong saya dan memberikan sokongan moral yang kuat kepada saya untuk menghadapi kes ini sebelum saya berkahwin dengannya lagi.
"Dia menyokong saya untuk mendapatkan keadilan di mahkamah mengenai kes ini," jelasnya.
Tambah Beego, dia berharap mereka yang bertanggungjawab menguruskan kes ini, jika terbaca mengenai laporan ini, berharap supaya kes ini dapat digugurkan atau diselesaikan dengan cepat.
Beego - Linda Telan rasa sangsi
Majlis Resepsi Beego & Linda Hashim Meriah
Beego, Linda Hashim Bergelar Suami-Isteri Dengan Sekali Lafaz
Linda Hashim Lakukan Solat Sunat Sebelum Kahwin
PM Individu Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
Gambar Mesra Beego, Linda Hashim
Sudah 2 bulan lebih bertunang sejak 3 November 2012 yang lalu, pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim begitu bahagia sekali buat masa ini.
Gambar kemesraan mereka juga dimuatnaik di dalam laman sosial masing-masing.
Tapi sepertinya kemunculan mereka di kaca tv macam kurang, tak tahulah kalau ada perancangan dalam aktiviti filem. -gambar Gosip Cari
Linda Hashim & Beego Nikah Pertengahan Tahun Ini
PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim mengesahkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan Beego pada pertengahan tahun ini tetapi enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis itu.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, berkata, dia terpaksa berbuat demikian bagi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun tetapi bukan Mac seperti didakwa sebelum ini. Tarikh sudah ada cuma kami tidak mahu dedahkannya dahulu.
"Persiapan sedang berjalan serba sedikit memandangkan kami berdua juga sibuk dengan komitmen lakonan masing-masing," katanya.
Pada laporan mStar Online bertarikh 19 November 2012, Linda mengesahkan sudah bertunang dengan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, pada 3 November lalu.
Difahamkan, Linda dan Beego mula dikaitkan menjalin hubungan selepas mereka membintangi drama bersiri Seuntai Kasih pada Jun 2012.
Linda berkata, pada masa ini dia terpaksa bekerja keras bagi mengumpulkan wang sebelum majlis berlangsung.
"Saya memang sibuk sekarang di mana saya sedang terlibat dalam dua komitmen lakonan serentak. Kenalah cari duit lebih untuk majlis nanti.
"Mujurlah persiapan majlis diuruskan butik andaman milik kakak iaitu Erin & Erinas Wedding, jadi tidaklah kelam kabut sangat dibuatnya," katanya.
Linda memberitahu dia juga belum berkesempatan menghadiri kursus perkahwinan gara-gara tawaran lakonan yang silih-berganti.
"Jadual lakonan memang padat sampaikan hendak berehat pun susah kebelakangan ini. Bayangkan, kursus kahwin pun saya belum ambil lagi tetapi tidak apa sebab benda itu tidak rumit.
"Insya-Allah tidak lama lagi saya akan cari tarikh yang lapang dan boleh hadirinya pada hujung minggu," katanya yang sedang menjalani penggambaran telefilem Surat Untuk Dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
