Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Beego - Linda Telan rasa sangsi

SARAT dengan perasaan romantis dan cinta, pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis sederhana di Masjid Usamah Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Jumaat lalu. Rintik-rintik hujan mengiringi lafaz setia Beego dan Linda ketika diijabkabulkan. Hanya sekali lafaz pasangan itu sah bergelar suami dan isteri tepat pada pukul 9.26 malam. Bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga buat kali kedua, Beego atau nama sebenarnya Md. Aszerul Nizam Abdullah, 33, enggan lagi menoleh ke belakang dan mahu menempuh alam perkahwinan kali ini dengan penuh rasa syukur. "Secara bertulis, ini perkahwinan kedua saya. Perkahwinan pertama saya sebelum ini hanya bertahan selama 10 hari. Dalam tempoh itu saya tidak rasa mana-mana lelaki dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. "Jujurnya, pernikahan ini saya anggap seperti pernikahan pertama. Inilah yang sepatutnya saya rasa dan harapan saya ini perkahwinan pertama dan terakhir saya," ujarnya yang ditemui selepas upacara membatalkan air sembahyang. Linda atau pemilik nama lengkap Norhazlinda Hashim, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM35,000 daripada Beego. Pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran kepada mempelai perempuan iaitu sepasang kasut Quince, seutas jam tangan Titus, tepak sireh, sepasang telekung dan sejadah, set pewangi Burberry, tas tangan Furla, sebentuk cincin dan mas kahwin. Sementara itu, pengantin perempuan membalas sembilan dulang hantaran berupa seutas jam tangan Dolce & Gabbana, sepasang baju dan seluar Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata gelap Cartier, sebentuk cincin Emporio Armani, set penjagaan diri L'eau D'issey Pour Homme, manisan Hershey's Rocher, buah-buahan dan sireh junjung. Kontroversi Menyifatkan dirinya seorang lelaki bertuah kerana diterima oleh keluarga Linda walaupun dirinya sering dilanda pelbagai kontroversi dan bukan seorang artis yang bersih daripada cerita negatif, Beego memanjatkan rasa syukur. "Jujur dari hati saya, seorang perempuan yang tidak pernah berkahwin sukar menerima status saya. Alhamdulillah apabila dia membuka pintu hati untuk terima saya, saya amat bersyukur diberikan peluang mengenali hati dan budi saya. "Saya menjadi diri saya sendiri. Tiada apa-apa yang perlu dirahsiakan. Inilah Beego yang sederhana dan terimalah seadanya. "Keluarga Linda ketepikan semua status dan kontroversi hitam dalam hidup saya sebelum ini. Mereka faham dan nasihatkan saya bersabar," jelas Beego yang masih terikat dengan perbicaraan kes mahkamah melibatkan tuduhan berkhalwat pada awal tahun lalu. Dalam kes itu, Beego dan empat lagi rakannya ditahan oleh sekumpulan pegawai penguat kuasa agama di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang pada pukul 6 pagi 23 Februari 2011. Sehingga hari ini, pihak pendakwa gagal menampilkan bukti-bukti kukuh bahawa Beego bersalah. Jaga keluarga Dalam pada itu, Linda berkongsi keistimewaan Beego yang telah menambat hatinya untuk menerima jejaka itu sebagai teman sehidup semati. Kata Linda, dia tidak melihat Beego sebagai seorang lelaki yang bermasalah, begitu juga keluarganya. Pada pandangannya, masalah yang timbul bukan Beego yang cari. "Dari luar nampak Beego bermasalah, tapi apabila mengenalinya saya tahu dia bagaimana sebenarnya. Begitu juga keluarga saya, mereka tahu perangai sebenar Beego. "Mereka lupa semua kontroversi dan tak nampak pun kontroversi sebelum ini. Bukan Beego yang mencari masalah tapi masalah itu yang datang dekat dia. "Berada bersama Beego amat menyenangkan hati. Dia pandai mengambil hati saya dan keluarga, seorang lelaki yang jujur dan ikhlas mengenali saya dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada keluarga saya. "Dia menjaga keluarga diri ini seperti mana saya menjaga keluarga saya," kata Linda. Mengulas mengenai tempias kontroversi khalwat Beego terhadap perkahwinannya, Linda menelan kepahitan itu dan membalas dengan sokongan moral tanpa belah bahagi. "Sebelum saya kenal dia memang saya ada dengar pasal kes dia tapi saya tak ambil kisah sangat. Kita tak tahu apa yang jadi pada dia sebenarnya dan kita tak boleh terus negatif, kita kena positif. "Saya kecewa juga apabila mendengar kes itu. Tapi saya tak salahkan dia sebaliknya saya rasa simpati dan tertanya-tanya kenapa perkara itu terjadi pada dia," ujarnya. Perancangan Ditanya perancangan membina keluarga selepas berkahwin nanti, Beego dan Linda sepakat memberitahu bahwa mereka tidak akan mengehadkan aktiviti seni. "Saya tidak akan mengehadkan aktiviti seni dan sekiranya Linda masih mahu memiliki karier sebagai artis, saya benarkan dia. Sekiranya dia mahu berhenti, saya terima keputusannya. "Cuma harapan saya rezeki makin murah selepas berkahwin. Saya pun akan cuba melakukan yang terbaik dalam bidang lakonan saya," ujar Beego. Ungkap Linda pula, dia perlu menyeimbangkan tuntutan karier dan keluarganya memandangkan kini sudah berumah tangga. Bagaimanapun, dia enggan berjauhan dengan suaminya itu kelak. "Dia (Beego) kenal saya sebagai pelakon, jadi mustahil untuk dia membuang semua perkara yang saya minat. Keputusan itu bergantung pada diri saya sendiri dan tidak boleh telalu memikirkan soal kerja kerana saya sudah ada rumah tangga," katanya. Pasangan itu bakal berbulan madu di Bali, Indonesia pada 19 hingga 26 Jun dan bakal ke Taiwan pula pada 6 Julai depan. Bagaimanapun, Linda meluahkan hasrat hatinya untuk mengerjakan umrah sebelum berbulan madu. "Siapa yang tidak suka bercuti tapi sebelum ini saya pernah memberitahu Beego selepas bernikah saya mahu mengerjakan umrah. "Daripada buang duit pergi tempat jauh-jauh lebih baik ke Mekah terlebih dahulu. Insya-Allah kalau tiada sebarang halangan saya mahu mengerjakan umrah dengan keluarga sekali. Ditanya pula perancangan untuk menimang anak, kata Beego: "Kami tidak merancang tapi terpulang pada rezeki Allah. "Kami terima seadanya kerana itu tanggungjawab dan rezeki, sekiranya tidak ada kami akan terus berusaha."
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails