Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Bulan madu istimewa - Beego dan Linda Hashim

SETELAH melalui era menduda yang penuh kontroversi, akhirnya, pelakon Mohamed Aszerudin Nizam Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Beego selamat bergelar suami kepada Linda Hashim, Sabtu lalu. Ketika ditemui pada sidang akhbar selepas majlis pernikahan selesai, pasangan ini berkata, mereka merancang untuk menjadikan Mekah sebagai lokasi bulan madu. "Mengenai bulan madu, Linda ada bercakap pada Beego, daripada kami membazir duit untuk ke tempat-tempat lain, lebih baik kami melawat Tanah Suci Mekah dulu. "Lagipun, saya memang teringin sangat hendak buat umrah tapi ia masih lagi dalam perancangan dan harapnya kami dapat berbulan madu di sana," jelasnya. Selain itu, mereka turut merancang untuk berbulan madu di Bali, Indonesia dan Taiwan. Pasangan tersebut yang melangsungkan pernikahan di Masjid Usamah Zaid, Kuala Lumpur itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nizam Wahab sambil disaksikan oleh bapa Linda, Hashim Yusof. Pasangan mempelai kelihatan anggun memakai busana rona peach tajaan butik kakak Linda, Erins & Erinas Sequins. Pengantin lelaki telah memberi tujuh dulang hantaran termasuklah sepasang kasut Quince, Tepak Sireh, jam tangan Titus, sebentuk cincin, mas kahwin berjumlah RM300, jubah, pewangi Burberry, beg tangan Furla dan wang hantaran berjumlah RM35,000. Sebagai balasan, pihak mempelai wanita memberikan sembilan dulang hantaran, antaranya seutas jam tangan Dolce & Gabbana, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka sebentuk cincin Emporio Armani dan sirih junjung. Majlis yang diadakan serba ringkas tetapi meriah itu turut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada kaum keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pasangan. Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan telah memilih untuk bertunang pada 3 November tahun lalu. Majlis resepsi pasangan ini juga diadakan di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas). Kedua-dua mempelai yang ditemui dalam sidang akhbar selepas majlis pernikahan itu memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang. Beego mahu gugur kes khalwat BEEGO yang sebelum ini pernah ditangkap khalwat berharap supaya kes mengenainya digugurkan setelah pihak pendakwa raya gagal membuktikan dirinya bersalah. "Semasa kes sebutan yang lalu, tiada saksi daripada Jabatan Agama Islam yang hadir. Bukti yang mengatakan saya bersekedudukan pun tidak ada. "Saya pun sedang mencari peguam yang sesuai supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cepat", kata Beego Terdahulu, pada 23 Februari 2011, kira-kira pukul 6 pagi, Beego dan empat lagi rakannya ditahan oleh sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang. Namun, sehingga kini kes khalwat melibatkan dirinya belum lagi selesai. Namun, bagi beego, kes khalwat ini tidak mengganggu rumah tangganya memandangkan kes berkenaan berlaku sebelum mereka bercinta lagi. "Linda memang menyokong saya dan memberikan sokongan moral yang kuat kepada saya untuk menghadapi kes ini sebelum saya berkahwin dengannya lagi. "Dia menyokong saya untuk mendapatkan keadilan di mahkamah mengenai kes ini," jelasnya. Tambah Beego, dia berharap mereka yang bertanggungjawab menguruskan kes ini, jika terbaca mengenai laporan ini, berharap supaya kes ini dapat digugurkan atau diselesaikan dengan cepat.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails