Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Melia Aimelia. Show all posts
Showing posts with label Melia Aimelia. Show all posts
Siapa yang bercakap bohong? - Melia Aimelia
KECOH minggu lalu apabila pelakon yang pernah dikaitkan mempunyai video bogel Melia Aimiellia kononnya baru putus cinta dengan wartawan Melodi! Zuan. Pada Joyah ini bukan isu besar mana pun jika nak dibandingkan dengan isu rogol atau pecah amanah.
Menariknya laporan yang disiarkan dalam portal Mangga Online terpaksa memadam nama Zuan atas permintaan Zuan sendiri dan tak timbul apa-apa isui.
Joyah tidak ada masalah di pihak Zuan. Bila baca kenyataan Zuan dalam sebuah portal hiburan baru-baru ini, Joyah faham benar dengan situasi yang dihadapinya itu.
Yang tak sedapnya, bila Melia mengatakan bahawa wartawan tersebut yang tersalah dengar sebab itu tersilap tulis tentang nama lelaki yang dimaksudkannya itu. Bukan Zuan tetapi Rezdhuan.
Ketawa guling-guling Joyah melihat `drama’ yang Melia cuba mainkan ini. Rasanya wartawan tersebut tidak tersalah dengar dan tidak tersalah tulis siapa yang Melia sebutkan.
Ingat, bila seseorang wartawan menemuramah sesiapa pun sudah pasti dia akan mencatat apa sahaja intipati temu bual itu. Ini proses biasa dan kalau tanya mana-mana wartawan sekalipun mereka akan lakukan benda yang sama.
Dalam kes Melia ini kenapa bila dah kecoh-kecoh terus menuding jari dan meletakkan kesalahan itu pada wartawan? Jangan ingat Joyah tak tahu apa yang Melia cerita dan beritahu pada wartawan itu. Sampaikan cerita tentang lokasi pertama pertemuan dan sebab jatuh cinta pun wartawan tu masih simpan tetapi tidak dedahkan.
Jadi kepada Melia, siapa yang bercakap bohong? Kenapa nak menyalahkan orang lain bila keadaan semakin runcing ni?
Melia difitnah blogger
DUNIA seni bukan hanya glamor semata-mata, silap langkah padah pasti menjelma. Pelbagai spekulasi dan gosip terpaksa ditempuh dengan bijak. Ini boleh menjadikan seseorang artis itu matang dan tidak terperap dalam dunia mereka yang kecil.
Macam pelakon ini, baru sahaja menjadi pelakon utama filem Karipap-Karipap Cinta, nama Melia Aimellia sudah menjadi sebutan. Malangnya dia disebut bukan kerana kehebatan lakonan tapi kisah sensasi apabila dia didakwa membuat video bogelnya sendiri.
Video memualkan itu kini tersebar di dunia maya dan mengundang persepsi negatif. Dia dikecam oleh masyarakat kerana kerja yang tidak senonoh itu. Video 30 saat itu yang menampakkan tubuh dengan aksi mengghairahkan kemudian jatuh ke tangan orang lain.
Bermulalah detik hitam Melia yang baru sahaja berumur 18 tahun ini ketika rakan sebaya berhempas pulas dengan pelajaran, dia bersilat menepis kontroversi.
"Saya tidak mahu perkara ini terus berlanjutan lagi, saya malas nak fikir, perkara ini menyebabkan diri saya lemah berbanding sebelum ini, cukuplah memfitnah saya.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang tersebar. Itu bukan saya. Selepas melihat gambar itu, saya cukup benci terhadap orang yang menyebarkan fitnah ini," ungkap Melia ketika ditanya berkenaan isu video bogelnya yang sedang panas diperkatakan ketika ini.
"Saya akan cuba bersihkan nama saya selepas ini. Terserahlah, kalau orang mahu percaya atau tidak. Saya tak paksa orang untuk percaya, hanya ibu yang kenal dan rapat dengan saya sahaja tahu bentuk tubuh saya. Saya hairan kenapa jadi begini.
"Itu memang bukan saya, saya menafikan sekeras-kerasnya. Tuhan itu Maha Adil, semoga Dia memberikan balasan kepada mereka yang cuba mengeksploitasi saya," katanya tanpa berselindung.
Melia percaya kepada undang-undang dan dia menyerahkan urusan tersebut kepada pihak berwajib bagi menguruskannya.
Menjawab beberapa blog yang menyatakan bekas teman lelakinya sendiri bertanggungjawab menyebarkan video bogel tersebut, Melia mencabar mereka menamakan siapa dia?
"Kalau betul orang cakap video ini telah disebarkan oleh bekas teman lelaki saya, cuba nyatakan teman lelaki saya yang mana? Saya akui ada ramai teman lelaki, semua hubungan saya sebelum ini tidak kekal lama, kebanyakan blogger mencanang kisah saya demi menghangatkan cerita sahaja.
"Saya juga ingin menafikansengaja mencari publisiti murahan untuk menjadi popular dengan membuat video itu," tegasnya.
Keluarga pembakar semangat
Selepas tersebarnya video bogel mirip Melia di Internet, tawaran daripada syarikat penerbitan juga semakin kurang.
"Saya akui sejak kebelakangan ini agak sukar untuk saya menerima tawaran berlakon daripada mana-mana produksi, mungkin mereka agak tawar hati selepas mengetahui mengenai video tersebut.
"Selain saya, keluarga juga turut menerima tempias. Ibu dan bapa saya terutamanya begitu malu setelah tersebarnya video ini, maklum sajalah mereka selama ini yang membesarkan saya, mereka begitu faham dengan perangai saya.
"Saya boleh sahaja memaafkan pihak yang memfitnah saya andai kata mereka tampil berjumpa dengan saya. Tapi keluarga saya belum pasti lagi boleh memaafkan mereka," katanya.
Ujar anak jati Kuala Lumpur ini lagi, melangkah kaki ke dunia lakonan adalah kerana minatnya sejak kecil dan niat murninya untuk membantu keluarga.
"Saya cukup minat berlakon, saya mula berlakon pada usia 16 tahun dan memegang watak tambahan sahaja, saya lahir daripada keluarga biasa. Niat saya adalah mahu mengubah nasib keluarga .
"Saya anak sulung dan mempunyai seorang adik yang mengalami masalah kesihatan, jadi saya mempunyai tanggungjawab besar bagi menjaga keluarga saya selepas ini.
"Keluarga saya membuatkan saya menjadi begitu kuat dan bersemangat untuk mengharungi episod duka yang telah menyelubungi saya selama ini," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya berkenaan filem Karipap-karipap Cinta lakonannya yang kurang mendapat sambutan, jelasnya mungkin filem itu bukan selera sebenar penonton Malaysia.
"Masih belum rezeki saya dalam filem tersebut, namun banyak ilmu yang saya peroleh melalui filem ini kerana saya telah digandingkan dengan beberapa nama besar antaranya Eman Manan, Gambit dan Sani Sudin.
"Walaupun kurang mendapat sambutan, saya tetap tidak akan mengalah, saya akan terus cuba lagi sehingga betul-betul berjaya dalam bidang lakonan ini," jelasnya.
Fitnah Video Bogel, Tawaran Berlakon Melia Aimiellia Dibatalkan
PETALING JAYA: Penyebaran video bogel yang dikatakan milik aktres muda Melia Aimiellia (Melia) di beberapa laman blog sebelum ini menyebabkan pelakon itu menanggung kesusahan apabila tawaran berlakon yang diperolehnya dibatalkan.
Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata dia sekeluarga juga turut berasa terganggu dengan persepsi buruk dan kecaman masyarakat ekoran fitnah berkenaan.
“Kesan daripada penyebaran video fitnah itu bukan sahaja mencemar nama dan reputasi saya sekeluarga, malah ia turut menjejaskan periuk nasi saya sebagai pelakon.
“Bayangkanlah, kini saya tidak mendapat sebarang tawaran kerana banyak syarikat produksi ragu-ragu dan takut untuk mengambil saya berlakon. Mereka risau jika drama lakonan saya akan digam atau tidak ditonton akibat tuduhan itu.
“Apa yang lebih menyedihkan apabila ada pihak produksi yang mempersendakan saya dengan mengajak saya ‘tidur’ bersama kerana video tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Melia berkata pada awalnya dia mengakui enggan mengambil pusing perkara itu kerana sejak awal lagi dia sudah menjelaskan bahawa gadis yang berbogel dalam video tersebut bukan dirinya.
Bagaimanapun, katanya, keadaan bertambah rumit apabila ia mula menggugat kerjayanya sehingga memaksa heroin filem Karipap-Karipap Cinta (2011) ini membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan ke atas blog-blog terbabit.
“Saya sudah beri tempoh kepada pengendali beberapa blog-blog untuk memadam dan membuang entri laporan fitnah itu.
“Malangnya, tiada usaha daripada mereka. Tahap kesabaran saya ada batasnya, jadi saya perlu mengambil tindakan bagi membersihkan semula nama saya,” katanya.
Pelakon itu turut memberitahu, dia mengesyaki penyebaran video tersebut merupakan satu komplot oleh kumpulan pemilik blog hiburan yang berpakat untuk menjatuhkan dirinya dengan menyebarluaskan lagi penyebaran video berkenaan.
“Saya dapat rasakan ada muslihat yang mencurigakan di sebalik penyebaran video itu. Apabila saya bertanya kepada dua blog yang memulakan penyebaran video itu, mereka tidak mengetahui sumber asal rakaman tersebut.
“Ketika diminta mengalihkan video itu, mereka padam entri tersebut buat sementara waktu tetapi tidak lama kemudian ia dimuat naikkan semula dan tersebar ke blog-blog lain pula,” katanya.
Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua blog berkenaan, Melia berkata dia akan mempertimbangkannya selepas mendapat keputusan siasatan SKMM selepas melaporkannya pada Khamis lalu.
“Berkemungkinan saya akan ambil tindakan undang-undang ke atas blog-blog itu tetapi saya akan ikut prosedur yang dicadangkan SKMM hasil siasatan itu nanti.
“Memandangkan perkara ini sudah mencemarkan nama dan maruah saya dan kerjaya, tindakan tegas wajar diambil sebagai pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.
Video Bogel: Melia Aimiellia Tolak Persamaan Cincin dan Fizikal
PETALING JAYA: Heroin filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia (Melia) berkata dakwaan yang mengatakan dia adalah gadis yang berbogel dalam sebuah video yang tersebar pada minggu lalu berdasarkan pada persamaan fizikal dan cincin di jari adalah tuduhan yang mengarut.
Melia atau Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini.
“Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu?
“Kalau diperhatikan, ciri-ciri fizikalnya juga tidak sama dengan saya. Perkara itu turut diakui oleh ibu yang melahirkan saya kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri.
“Saya pelik orang luar pula yang lebih arif dalam menentukan gadis itu adalah saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Melia berkata dia agak bimbang dan gelisah ketika mula-mula mengetahui mengenai isu video itu tetapi ia berjaya dihadapi dengan tenang berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan.
“Pada awalnya, saya akui agak goyah dan kecewa juga kerana ia membabitkan soal maruah saya dan keluarga. Namun, saya bertuah kerana mendapat kepercayaan ibu, keluarga dan teman-teman.
“Malah, pengarah Karipap-Karipap Cinta, Othman Hafsham sendiri ada menghubungi saya untuk memberikan perangsang kerana tidak mempercayai tuduhan itu.
“Saya mendapat kekuatan untuk menghadapi isu ini dan bukan melarikan diri kerana saya tidak bersalah,” katanya.
Ketika ditanya adakah dia menganggap penyebaran video itu sebagai perbuatan khianat pihak tertentu yang mahu mengaibkannya, Melia berkata perkara itu mungkin berpunca daripada kesilapannya yang pernah mengguriskan perasaan orang lain tanpa disedari sebelum ini.
“Saya tidak mahu tuduh sesiapa dan tidak pasti jika ia adalah perbuatan khianat orang lain terhadap saya. Setiap perkara yang berlaku mungkin berpunca daripada kesilapan saya sendiri sebelum ini.
“Mungkin saya pernah mengguris perasaan orang lain tanpa saya sedari,” katanya yang menjalani kehidupan seperti biasa sejak dilanda kontroversi itu.
Terbaru, aktres muda ini baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Titisan untuk saluran RTM di Kuala Kangsar, Perak.
Melia Aimelia Atau Pelanduk Dua Serupa?
Kalau sekali sebut, pasti’nya nama Melia Aimelia tidak tersimpan dalam memori indah anda semua, tetapi jika kami sebut judul filem lakonan beliau. Aha!
Semalam kami ada dedahkan satu gossip yang mengatakan kami ada terima beberapa screenshot dari sebuah video separa lucah yang di’dakwa di’lakonkan oleh Melia Aimelia sendiri.
Lewat hari ini, kami berjaya terima video penuh berdurasi hampir 30 saat itu yang memaparkan aksi solo individu yang di’dakwa Melia Aimelia — heroin filem Karipap Karipap Cinta. Hmm.
Tidak akan kami siarkan video penuh individu tersebut tetapi di’bawah kami sertakan dua screenshot ‘manja’ dari video tersebut sebagai perbandingan buat Melia Aimelia yang di’dakwa terlibat secara langsung

Anda nilaikan sendiri jika benar individu dalam screenshot di’atas adalah Melia Aimelia atau hanya sekadar pelanduk dua serupa yang sememangnya sering terjadi kepada selebriti Malaysia.

Namun, jika benar video ini memang hasil lakonan Melia Aimelia, ada individu yang perlu menjawab soalan bertubi tubi dari media dan juga para peminat.
Semalam kami ada dedahkan satu gossip yang mengatakan kami ada terima beberapa screenshot dari sebuah video separa lucah yang di’dakwa di’lakonkan oleh Melia Aimelia sendiri.
Lewat hari ini, kami berjaya terima video penuh berdurasi hampir 30 saat itu yang memaparkan aksi solo individu yang di’dakwa Melia Aimelia — heroin filem Karipap Karipap Cinta. Hmm.
Tidak akan kami siarkan video penuh individu tersebut tetapi di’bawah kami sertakan dua screenshot ‘manja’ dari video tersebut sebagai perbandingan buat Melia Aimelia yang di’dakwa terlibat secara langsung
Anda nilaikan sendiri jika benar individu dalam screenshot di’atas adalah Melia Aimelia atau hanya sekadar pelanduk dua serupa yang sememangnya sering terjadi kepada selebriti Malaysia.
Namun, jika benar video ini memang hasil lakonan Melia Aimelia, ada individu yang perlu menjawab soalan bertubi tubi dari media dan juga para peminat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
