Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Siapa yang bercakap bohong? - Melia Aimelia

KECOH minggu lalu apabila pelakon yang pernah dikaitkan mempunyai video bogel Melia Aimiellia kononnya baru putus cinta dengan wartawan Melodi! Zuan. Pada Joyah ini bukan isu besar mana pun jika nak dibandingkan dengan isu rogol atau pecah amanah. Menariknya laporan yang disiarkan dalam portal Mangga Online terpaksa memadam nama Zuan atas permintaan Zuan sendiri dan tak timbul apa-apa isui. Joyah tidak ada masalah di pihak Zuan. Bila baca kenyataan Zuan dalam sebuah portal hiburan baru-baru ini, Joyah faham benar dengan situasi yang dihadapinya itu. Yang tak sedapnya, bila Melia mengatakan bahawa wartawan tersebut yang tersalah dengar sebab itu tersilap tulis tentang nama lelaki yang dimaksudkannya itu. Bukan Zuan tetapi Rezdhuan. Ketawa guling-guling Joyah melihat `drama’ yang Melia cuba mainkan ini. Rasanya wartawan tersebut tidak tersalah dengar dan tidak tersalah tulis siapa yang Melia sebutkan. Ingat, bila seseorang wartawan menemuramah sesiapa pun sudah pasti dia akan mencatat apa sahaja intipati temu bual itu. Ini proses biasa dan kalau tanya mana-mana wartawan sekalipun mereka akan lakukan benda yang sama. Dalam kes Melia ini kenapa bila dah kecoh-kecoh terus menuding jari dan meletakkan kesalahan itu pada wartawan? Jangan ingat Joyah tak tahu apa yang Melia cerita dan beritahu pada wartawan itu. Sampaikan cerita tentang lokasi pertama pertemuan dan sebab jatuh cinta pun wartawan tu masih simpan tetapi tidak dedahkan. Jadi kepada Melia, siapa yang bercakap bohong? Kenapa nak menyalahkan orang lain bila keadaan semakin runcing ni?
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails