Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kebahagiaan berpanjangan - Memey Suhaiza

RAKAN usrah, Yatt Hamzah dan Memey Suhaiza memang cantik dan manis apabila bertudung. Datang ke sesi fotografi dengan mengenakan fesyen bertudung terkini membuatkan hati bertambah tidak sabar untuk berkongsi cerita dua ibu muda yang jelita ini. Jika dahulu, mereka sering tampil berpakaian seksi dan tidak bertudung, kini sudah menutup aurat dengan sempurna. Soal populariti pula, mereka semakin terserlah selepas memilih imej sopan dan bergaya. Kalau Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah sudah memakai tudung sejak Mei tahun lalu, empunya nama sebenar Memey atau Suhaiza Suhaimi pula baru sahaja mengambil keputusan bertudung April lalu. Memang manis apabila melihat kedua-duanya dan kedatangan Syawal kali ini pasti memberikan seribu makna kepada kedua-dua pelakon wanita ini. UMUM sedia maklum, Memey Suhaiza, 25, adalah individu yang bernikah dengan bekas suami Abby Abadi iaitu Norman Hakim. Walaupun pernah sengketa suatu ketika dulu, kini hubungan mereka cukup akrab dan hidup dalam sebuah keluarga besar yang bahagia. Ditambah pula Memey telah pun mengambil keputusan untuk terus kekal bertudung yang dianggapnya datang dari hati sendiri. "Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung. Sejujurnya saya tidak mahu perkara ini diheboh-hebohkan. Saya tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan perubahan saya ini. "Sudah tentu orang yang paling gembira dengan perubahan ini ialah suami saya sendiri kerana sebelum ini dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut hari jadinya pada 8 Januari lalu. "Namun, ketika itu saya masih belum bersedia dan Abang (Norman) memahami situasi saya dan dia memberi ruang untuk saya berfikir. Dia tidak mahu saya memakai tudung kerana terpaksa," kata Memey yang menyambut hari raya pertama di kampung suami di Kuantan dan hari raya kedua di kampungnya di Kota Tinggi, baru-baru ini. Bagi peminat masakan Jawa ini sebagai hidangan wajib hari rayanya, keluarganya kini sudah sangat bahagia dengan kehadiran putera sulungnya, Darwisz yang baru sahaja berusia lima bulan. Memang meriah lebaran Memey pada tahun ini walaupun dengar ceritanya Memey kadang-kadang terpaksa meninggalkan anak kesayangan di bawah jagaan adiknya untuk keluar bekerja. Menurut Memey, walaupun terpaksa keluar bekerja, Dia akan tetap mencuri masa untuk bersama puteranya itu. Menceritakan kerinduan Syawal buat dirinya, Memey sempat melawat kubur neneknya yang meninggal awal tahun ini. "Saya sangat rindukan arwah (nenek). Ingat lagi kalau masa zaman kanak-kanak dulu, nenek akan marah jika ada adik-beradik yang tidak berpuasa. Tapi tahun ini berbeza pula, nenek sudah tiada. Tapi kemeriahan tetap ada memandangkan keluarga saya juga besar," katanya yang mempunyai enam adik-beradik. Ditanya pula dengan cerita bekas isteri Norman, Abby Abadi yang sudah berkahwin lagi, Memey dengan muka gembira mengatakan dia mendoakan kebahagiaan Abby bersama suami barunya itu walaupun perkenalan mereka cukup singkat. "Saya tumpang gembira apabila Kak Abby sudah bertemu jodoh. Saya dan abang turut berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. "Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya," ujar Memey. Kata Memey, mereka juga pernah diberi petanda oleh Abby tentang perkahwinannya itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails