Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Nas-T. Show all posts
Showing posts with label Nas-T. Show all posts

Rakan Bantu Nas-T Cari Teman Wanita

Pelakon dan bekas peserta program Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua iaitu Nas-T memberitahu, satusnya yang masih solo menyebabkan rakan-rakan terpaksa membantunya mencari teman wanita. Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin, 30, bagaimanapun berkata, buat masa ini jodoh masih belum berpihak kepadanya dan perkenalan yang diaturkan oleh temannya sentiasa berakhir sebagai rakan biasa. "Rakan-rakan sentiasa bimbangkan keadaan diri saya yang masih solo sehingga ada di antara mereka cuba menjodohkan saya dengan kenalan wanita mereka. "Tetapi mungkin masih belum ada jodoh dan perkenalan yang diaturkan berakhir sebagai rakan biasa," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Nas-T tidak menafikan sikap cerewet dalam mencari wanita sesuai untuk dijadikan sebagai teman hidup antara punca dia masih solo. Malah katanya, berdasarkan pengalaman lalu dia perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangan supaya perhubungan yang terjalin tidak terhenti di tengah jalan. "Bukan serik tetapi saya mengambil apa yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan sama," katanya. Sementara itu, Nas-T berkata, pada usianya kini dia sudah bersedia untuk hidup berkeluarga seperti mana rakan-rakannya yang lain. Dia juga sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan wanita sesuai untuk disunting menjadi teman hidupnya. "Saya pun bukan muda lagi dan kalau boleh ingin segera berkahwin dan membina keluarga," jelasnya.

Nabila Huda & Nas-T Beraksi Mesra Di Australia

Saya tetap sayangkan Nabila - Nas-T

HUBUNGAN cinta antara pelakon Nabila Huda dan Nas-T bulan lagi rahsia selepas mereka secara terbuka mengumumkan cinta yang terjalin pada April lalu. Bahkan gambar-gambar mesra antara mereka boleh ditatap umum di laman Instagram masing-masing. Bagaimanapun pagi semalam, Nabila menulis pengakuan yang mengejutkan di Instagram dengan memberitahu, hubungan cinta mereka telah berakhir. Kata Nabila, mereka berdua lebih sesuai menjadi sahabat baik berbanding sebagai pasangan kekasih. Sungguhpun begitu, ujar Nabila menerusi Instagram lagi, mereka berdua akan kekal sebagai sahabat baik walaupun sudah tidak bercinta. Itu luahan Nabila. Bagaimanapun, Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar ketika dihubungi Kosmo! di set penggambaram telefilem Anak Imam Argentina semalam mengakui dia sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Kosmo!: Adakah benar, Nas-T dan Nabila telah putus cinta? NAS-T: Rasanya saya tidak perlu memberi komen tentang hal ini kerana sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku, mungkin apa yang ditulis Nabila di Instagram disebabkan faktor emosi. Kalian berdua sedang bergaduh? Biasalah, pasangan bercinta pasti akan bergaduh. Begitu juga dengan kami berdua tetapi kami masih lagi berhubung dan bercakap seperti biasa. Biarlah keadaan reda dahulu, baru saya akan duduk berbincang dengannya. Sekarang ini kami berdua sibuk dengan kerja masing-masing, sebab itulah terjadinya hal seperti ini. Apakah perasaan anda apabila Nabila menulis secara terbuka tentang hubungan kalian di Instagram yang boleh dibaca oleh orang ramai? Terkejut juga tetapi saya sudah lama kenal dia sejak kami kecil lagi. Saya faham perangai dia, perempuan biasalah, bila tengah emosi, itulah yang akan berlaku. Jadi, saya tidak kisah, saya terima sahaja. Apapun saya masih sayangkan dia sama seperti dahulu. Nabila ada menulis yang kalian lebih sesuai sebagai sahabat baik daripada pasangan kekasih. Komen? Memang saya sayangkan dia sejak kami berkawan sehinggalah bercinta dan perkara itu tidak akan berubah sampai bila-bila walaupun apa jua status hubungan kami kelak. Kami akan kekal seperti dahulu, masih berjumpa dan meluahkan masalah masing-masing. Bagi pihak saya pula sebenarnya saya lebih suka dia menjadi seorang kekasih kerana dia melengkapi diri saya. Apakah masa depan hubungan kalian di mata anda? Saya sendiri tidak boleh ramal. Kami selesa bersama sebagai sahabat baik serta kekasih. Dia faham saya dan saya juga amat memahami dia. Jika jodoh antara kami kuat, mungkin kami berkahwin tetapi jika tidak, saya tetap akan ada dalam hidup Nabila sebagai sahabat baiknya sampai bila-bila.

Akui Nas-T lelaki pilihan

PERMINTAAN cintanya begitu mudah, jangan ubah dirinya menjadi seseorang yang berlainan dari siapa dirinya yang sebenar. Melalui kehidupan biasa tanpa sebarang tekanan dari hubungan cinta selama beberapa tahun, akhirnya dia kini mengakui sudah bersedia untuk beraksi sebagai 'pencinta' semula. Tidak menyatakan sebarang faktor yang jelas, bagi pelakon ini kelebihan yang dimiliki jejaka bernama Nas-T atau nama sebenar, Nas Muammar Zar Nasruddin, 29, hanya terletak kepada usia perkenalan mereka sahaja. Jika sebelum ini kita dihadapkan dengan hubungan penuh tanda tanya di antara dia dengan Johan Asari, namun kini Nabila Huda Suhaimi yakin peminat tidak akan menyoal lagi tentang kebenaran kisah cintanya. Memberitahu kejujuran merupakan elemen penting di dalam hubungan, bagi Nabila dia lebih selesa untuk bersikap adil dengan kekasih hatinya ini. "Kalau kamu semua kenal saya kamu perlu tahu saya bukan seorang yang hipokrit. "Sama seperti ini, di dalam hubungan mengapa perlu saya menafikan dia (Nas-T) kalau benar dia kekasih saya. Ia tidak adil untuk dia dipermainkan. Jadi, memang benar dia kekasih saya ketika ini," katanya menjelaskan sikap berterus terangnya kini. Mengenali kekasih hatinya ini sejak berumur belasan tahun, Nabila mengakui ikatan yang terjalin di antara dia dan Nas-T cukup kuat memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing dengan cara tersendiri. "Kami mula berkawan sejak kecil, malah saya kenal adik-beradik serta keluarganya. Mungkin ikatan yang cukup kuat terus mengikat kami sehingga kini, dan yang pasti dia sangat mengenali saya dan menerima saya seadanya," katanya. Jelas memancarkan sinar kebahagiaan di wajahnya kini, menurut Nabila sehingga ke hari ini ayahnya yang juga vokalis kumpulan Search masih lagi belum mengetahui akan kisah percintaan terbarunya ini memandangkan usia hubungannya ini masih lagi awal. "Meskipun sudah kenal sejak saya belasan tahun namun hubungan serius ini hanya terjalin sebulan lalu. Saya juga belum sempat memberitahu papa kerana sekarang ini dia berada di Turki atas urusan kerja," katanya tersenyum. Sebagai seorang ibu tunggal, Nabila turut memberitahu sikap terbuka kekasihnya ini banyak mencorakkan kembali hubungan mereka. "Dia suka budak-budak, jadi dia tidak ada masalah dengan anak saya. "Mungkin kami bermula sebagai kawan dan kini apabila menjadi pasangan kekasih ia agak mengejutkan di kalangan rakan-rakan yang sudah lama mengenali kami," katanya tersenyum. Menjawab perancangan masa hadapannya dengan Nas -T, menurut Nabila dia tidak menolak untuk dijodohkan dengan teman baiknya ini setelah sekian lama menjanda. "Kami memang bercinta dan dia juga tidak ada masalah. Kalau ada jodoh kami akan berkahwin," katanya. Pelukan istimewa Memenangi sebuah anugerah baru-baru ini Nabila mengejutkan penonton dengan memberi pelukan kepada Nas-T di bawah pentas, mungkin terlalu teruja pelukan itu diteruskan pula kepada beberapa rakan artis lelaki lain. Menjelaskan keadaan tersebut menurut Nabila ia bukan satu perkara asing buat dirinya. "Saya anggap itu sebagai pelukan sahabat, saya mengenali mereka dari kami bukan sesiapa. Dan pelukan itu lebih kepada untuk melepaskan rasa lega saya di atas kemenangan. "Tentang soal itu saya tidak mahu kisah, saya pasti ramai orang akan bercakap tentangnya tetapi bukan mudah untuk menutup mulut mereka," katanya mudah. Mendapat pengiktirafan di atas kerjayanya, bagi Nabila ia sesuatu yang amat penting untuk dirinya membuktikan kepada ayahnya yang dia benar-benar berbakat. Mengakui ayahnya terpaksa melalui pelbagai episod duka sepanjang perjalanan kariernya sebelum ini dia percaya pengiktirafan ini bakal membalas segalanya. "Saya tahu sepanjang perjalanan karier saya, dia (Amy Search) banyak melalui perkara yang menyakitkan, saya akui di kala umur sebegini, saya tidak dapat mengawal apa yang berlaku. "Dan melalui pengiktirafan ini saya mahu buktikan kepada dia saya benar-benar mahu menjadi seorang pelakon," katanya. Memulakan langkah di dalam bidang seni sejak berumur 16 menurut Nabila dia tidak kisah sekiranya baru kini bakatnya dinilai. Percaya bakat merupakan sebab utama mengapa dia masih di dalam industri ini, menurut Nabila dia percaya peminatnya kini sudah menerima siapa dirinya. "Saya akan menjadi diri sendiri, kalau saya tidak berkerja. Bukan mudah untuk berlakon di dalam dunia realiti, jadi saya pilih untuk menjadi diri sendiri. "Mungkin ada yang tidak dapat menerima siapa sebenarnya saya, namun setelah sekian lama saya pasti mereka mula menghargai bakat yang ada dalam diri ini," katanya. Tidak mahu meletakkan apa-apa harapan terhadap industri ini, Nabila percaya setiap pengiktirafan hanya akan datang dengan usaha keras. Tiada istilah memilih watak untuk mendapatkan lakonan yang berkesan, di atas kepercayaan ini juga Nabila percaya ia menyebabkan dunia lakonannya lebih luas. "Saya tidak akan memilih watak atau skrip, cuma saya akui amat bernasib baik untuk mendapat skrip dan watak yang mampu membawa lakonan saya ke tahap yang terbaik. "Dan setelah sekian lama saya berjaya buktikan bahawa saya bukan pelakon yang hanya mampu membawakan watak antagonis sahaja," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails