Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Akui Nas-T lelaki pilihan

PERMINTAAN cintanya begitu mudah, jangan ubah dirinya menjadi seseorang yang berlainan dari siapa dirinya yang sebenar. Melalui kehidupan biasa tanpa sebarang tekanan dari hubungan cinta selama beberapa tahun, akhirnya dia kini mengakui sudah bersedia untuk beraksi sebagai 'pencinta' semula. Tidak menyatakan sebarang faktor yang jelas, bagi pelakon ini kelebihan yang dimiliki jejaka bernama Nas-T atau nama sebenar, Nas Muammar Zar Nasruddin, 29, hanya terletak kepada usia perkenalan mereka sahaja. Jika sebelum ini kita dihadapkan dengan hubungan penuh tanda tanya di antara dia dengan Johan Asari, namun kini Nabila Huda Suhaimi yakin peminat tidak akan menyoal lagi tentang kebenaran kisah cintanya. Memberitahu kejujuran merupakan elemen penting di dalam hubungan, bagi Nabila dia lebih selesa untuk bersikap adil dengan kekasih hatinya ini. "Kalau kamu semua kenal saya kamu perlu tahu saya bukan seorang yang hipokrit. "Sama seperti ini, di dalam hubungan mengapa perlu saya menafikan dia (Nas-T) kalau benar dia kekasih saya. Ia tidak adil untuk dia dipermainkan. Jadi, memang benar dia kekasih saya ketika ini," katanya menjelaskan sikap berterus terangnya kini. Mengenali kekasih hatinya ini sejak berumur belasan tahun, Nabila mengakui ikatan yang terjalin di antara dia dan Nas-T cukup kuat memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing dengan cara tersendiri. "Kami mula berkawan sejak kecil, malah saya kenal adik-beradik serta keluarganya. Mungkin ikatan yang cukup kuat terus mengikat kami sehingga kini, dan yang pasti dia sangat mengenali saya dan menerima saya seadanya," katanya. Jelas memancarkan sinar kebahagiaan di wajahnya kini, menurut Nabila sehingga ke hari ini ayahnya yang juga vokalis kumpulan Search masih lagi belum mengetahui akan kisah percintaan terbarunya ini memandangkan usia hubungannya ini masih lagi awal. "Meskipun sudah kenal sejak saya belasan tahun namun hubungan serius ini hanya terjalin sebulan lalu. Saya juga belum sempat memberitahu papa kerana sekarang ini dia berada di Turki atas urusan kerja," katanya tersenyum. Sebagai seorang ibu tunggal, Nabila turut memberitahu sikap terbuka kekasihnya ini banyak mencorakkan kembali hubungan mereka. "Dia suka budak-budak, jadi dia tidak ada masalah dengan anak saya. "Mungkin kami bermula sebagai kawan dan kini apabila menjadi pasangan kekasih ia agak mengejutkan di kalangan rakan-rakan yang sudah lama mengenali kami," katanya tersenyum. Menjawab perancangan masa hadapannya dengan Nas -T, menurut Nabila dia tidak menolak untuk dijodohkan dengan teman baiknya ini setelah sekian lama menjanda. "Kami memang bercinta dan dia juga tidak ada masalah. Kalau ada jodoh kami akan berkahwin," katanya. Pelukan istimewa Memenangi sebuah anugerah baru-baru ini Nabila mengejutkan penonton dengan memberi pelukan kepada Nas-T di bawah pentas, mungkin terlalu teruja pelukan itu diteruskan pula kepada beberapa rakan artis lelaki lain. Menjelaskan keadaan tersebut menurut Nabila ia bukan satu perkara asing buat dirinya. "Saya anggap itu sebagai pelukan sahabat, saya mengenali mereka dari kami bukan sesiapa. Dan pelukan itu lebih kepada untuk melepaskan rasa lega saya di atas kemenangan. "Tentang soal itu saya tidak mahu kisah, saya pasti ramai orang akan bercakap tentangnya tetapi bukan mudah untuk menutup mulut mereka," katanya mudah. Mendapat pengiktirafan di atas kerjayanya, bagi Nabila ia sesuatu yang amat penting untuk dirinya membuktikan kepada ayahnya yang dia benar-benar berbakat. Mengakui ayahnya terpaksa melalui pelbagai episod duka sepanjang perjalanan kariernya sebelum ini dia percaya pengiktirafan ini bakal membalas segalanya. "Saya tahu sepanjang perjalanan karier saya, dia (Amy Search) banyak melalui perkara yang menyakitkan, saya akui di kala umur sebegini, saya tidak dapat mengawal apa yang berlaku. "Dan melalui pengiktirafan ini saya mahu buktikan kepada dia saya benar-benar mahu menjadi seorang pelakon," katanya. Memulakan langkah di dalam bidang seni sejak berumur 16 menurut Nabila dia tidak kisah sekiranya baru kini bakatnya dinilai. Percaya bakat merupakan sebab utama mengapa dia masih di dalam industri ini, menurut Nabila dia percaya peminatnya kini sudah menerima siapa dirinya. "Saya akan menjadi diri sendiri, kalau saya tidak berkerja. Bukan mudah untuk berlakon di dalam dunia realiti, jadi saya pilih untuk menjadi diri sendiri. "Mungkin ada yang tidak dapat menerima siapa sebenarnya saya, namun setelah sekian lama saya pasti mereka mula menghargai bakat yang ada dalam diri ini," katanya. Tidak mahu meletakkan apa-apa harapan terhadap industri ini, Nabila percaya setiap pengiktirafan hanya akan datang dengan usaha keras. Tiada istilah memilih watak untuk mendapatkan lakonan yang berkesan, di atas kepercayaan ini juga Nabila percaya ia menyebabkan dunia lakonannya lebih luas. "Saya tidak akan memilih watak atau skrip, cuma saya akui amat bernasib baik untuk mendapat skrip dan watak yang mampu membawa lakonan saya ke tahap yang terbaik. "Dan setelah sekian lama saya berjaya buktikan bahawa saya bukan pelakon yang hanya mampu membawakan watak antagonis sahaja," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails