Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Nabila Huda ( Anak Amy Search ). Show all posts
Showing posts with label Nabila Huda ( Anak Amy Search ). Show all posts

Nabila Huda Perlahan Kerjaya Untuk Urus Anak

Pelakon Nabila Huda mengambil keputusan untuk memerlahankan kerjaya lakonan pada tahun ini bagi menumpukan perhatian terhadap anak perempuannya Keisha, 5, yang kini sudah memasuki alam persekolahan. Nabila, 31, berkata, dia mahu menguruskan sendiri hal berkaitan persekolahan anaknya itu tanpa mengambil khidmat pembantu rumah. "Saya memang sudah rancang tahun 2015 ini akan perlahankan kerjaya lakonan kerana anak saya, Keisha kini sudah memasuki tadika. "Saya perlu membahagikan masa secukupnya untuk dia dan kerja agak saya ada masa untuk buat sarapan pagi, hantar dan ambil dia balik dari sekolah," katanya kepada mStar Online. Nabila ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharunya berjudul Munafik yang diadakan di Restoran Haslam, di sini, malam Rabu. Tambah Nabila, dia enggan mengambil pembantu rumah kerana beberapa pengalaman yang membuatkan dia tidak kurang percaya untuk menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada orang lain. Sementara itu, Nabila berkata, dia hanya memilih untuk mengambil tawaran telefilem dan filem yang tidak memerlukannya menghabiskan masa terlalu lama di lokasi penggambaran. "Saya akan ambil tawaran telefilem atau filem sahaja kerana penggambarannya tidak terlalu lama seperti drama bersiri. "Seperti filem Munafik ini saya sudah rancang yang mana penggambarannya pada malam hari, sementara siang saya boleh bersama anak Keisha. Namun, pada malam itu terpaksa juga saya tinggalkan dia dirumah atuknya sekejap," katanya. Sementara itu, ditanya soal kewangan apabila dia memerlahankan kerjayanya, Nabila berkata, dia tidak pernah memikirkan hal tersebut. Katanya, dia hanya mahu melalui kehidupan sederhana yang membuatkan dia lebih bahagia. "Pasal duit saya tidak fikir sangat kerana saya bukan perempuan yang mahu hidup dengan kemewahan. "Saya lebih selesa hidup sederhana dan dapat menghabiskan masa bersama anak dan keluarga," ujarnya.

Penyatuan emosi Amy dan Nabila

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Pepatah itu sahaja cukup untuk menyimpulkan nilai kasih sayang antara anak dan ayah. Mewah atau miskin, nilai itu masih serupa, tidak berbeza. Hadir ke Studio Neo Gendang yang terletak di Damansara Perdana, dari anak tangga paling bawah lagi sudah kedengaran gema yang enak masuk ke telinga. Bunyi penuh tenaga itu menyatu harmoni bersama melodi dan vokal gemersik yang melantun dari bibir vokalis Search, Amy. Rocker itu kelihatan teruja. Dia bukan sahaja dikelilingi pemuzik harapan yang akan bersama-sama membawa magis ke Konsert Amy Search Live in Singapore nanti, bahkan di sisinya berdiri seorang anak untuk memberikan emosi tambahan buat dirinya. Latihan untuk konsert yang dijadualkan berlangsung pada 20 September ini (esok) di The Star Performing Arts Centre, Singapura itu berjalan lancar. Kesibukan jadual aktiviti lakonan juga tidak menjadi alasan untuk Nabila terlepas daripada latihan. Sementelah, itulah konsert pertama Amy yang disertai Nabila, pastinya persediaan bukan hanya tertumpu pada aspek teknikal. Persediaan dalaman Nabila sendiri harus kuat memandangkan dia sendiri bukanlah seorang penyanyi. Barangkali itulah yang mahu diangkat sebagai kejutan oleh Amy untuk peminatnya di Singapura. "Saya cuma ingin Nabila merasai keadaan sebenar menjadi seorang penyanyi yang berdiri di hadapan ribuan penonton. "Walaupun bidang nyanyian bukanlah bidang yang menjadi keutamaannya, saya ingin dia merasai keterujaan itu. Saya berharap dia mampu untuk membina watak dan karakternya yang tersendiri apabila berada di atas pentas kelak. "Konsert sebegini juga bagus untuk memberi pendedahan kepada Nabila supaya terus serius berkecimpung dalam bidang muzik," katanya yang merahsiakan dua lagu duet yang akan dinyanyikan bersama anaknya itu. Ditanya mengenai pembawakan Nabila dalam bidang seni sejak kecil lagi, Amy berkata, anaknya itu tidak pernah mempunyai minat yang khusus dalam sesuatu genre muzik. Namun, dalam cabang seni yang lain, dia sangat berbangga dengan pencapaian Nabila. "Mungkin muzik bukan topik utama apabila hendak dibincangkan mengenai Nabila tetapi jika dilihat dari segi pencapaiannya dalam bidang lakonan ia sangat membanggakan. "Saya sendiri sudah beberapa kali melihat lakonannya melalui naskhah seperti Biopik Saloma. Secara peribadi saya menyifatkan kerjanya sangat memberangsangkan. Dia berjaya menjiwai watak biduanita Saloma dengan jayanya, namun masih terdapat beberapa kelemahan, terutamanya dari segi mimik mulut (lip sync). "Jadi, saya banyak berkongsi pengalaman saya, terutamanya dari segi teknikal untuk mendapatkan lip sync yang baik. Kalau dia dapat kedua-duanya, penghayatan emosi dan mimik mulut, watak Saloma lakonannya akan lebih sempurna," akui Amy. Momen anak dan ayah - Nabila Bagi Nabila, sejak kecil dia tidak terfikir untuk menyatu emosi atas satu pentas bersama bapanya. Seingat Nabila, sejak kenal makna konsert, impiannya hanya untuk berdiri di hadapan pentas. Dia mahu menjadi orang pertama yang bertentang mata dengan Amy, bapa yang juga idolanya sepanjang usia. "Saya anggap konsert di Singapura nanti sebagai momen ayah dan anak yang mungkin akan datang sekali seumur hidup. Ini merupakan penghormatan terbesar yang datang kepada saya. "Sejak kecil, saya tidak pernah terfikir untuk berdiri dan menyanyi atas pentas yang sama dengan papa. Saya cuma mahu berada di hadapannya setiap kali papa ada konsert. Setiap kali saya melihat papa di atas pentas dan beliau sedar kehadiran saya, seronoknya bukan kepalang," kata Nabila sambil mengakui menghafal kesemua lagu nyanyian bapanya itu. Diasak teruja dan debar yang tidak terhitung, Nabila yang mesra dibahasakan Abil itu mengakui, muzik bukanlah kecenderungannya. Biarpun pernah ada sebuah single berjudul X-Ray, pendek kata, muzik bukanlah makanannya. "Saya dengar semua jenis muzik tetapi muzik dan lagu kegemaran mestilah lagu-lagu papa. Rasanya, sekarang barulah saya mula ada minat untuk mendalami naluri muzik yang ada dalam diri saya. "Saya tidak mahu bayangkan sesuatu yang berlebihan. Perasaan berdebar memanglah terasa, tapi pada malam itu nanti, saya cuma mahu berseronok menikmati momen kami berdua. Kami akan bercakap dan menyanyi, saya harap penonton akan tepuk tangan, barulah rasa lebih bersemangat," jelas Abil sambil melirik ke arah bapanya. Bercerita lanjut mengenai konsert di Singapura itu, Amy berkata, segala persiapan untuk naik ke pentas berprestij tersebut sudah memasuki fasa akhir. Jumlah dan judul lagu yang akan dinyanyikan pada malam tersebut juga sudah ditetapkan. "Saya akan menyanyikan sebanyak 16 buah lagu sepanjang dua jam konsert tersebut. Kebanyakan lagu yang dipilih ialah daripada album solo saya iaitu iaitu Magic, Camouflage, Aku, Suatu Masa dan IKON - A Rockstar Chronicle," katanya yang akan membawa rombongan kru seramai 10 orang bagi menjayakan konsert tersebut. Saling membahagiakan Larut dalam perkongsian muzik dan agenda konsert, sesi penyatuan yang tidak mudah direncanakan itu membangkit suatu keinginan buat penulis. Sengaja mengalihkan sudut penceritaan, turun naik suhu termometer hubungan dua beranak itu cuba diusulkan. Sebagai bapa, tanggungjawab Amy umpama tidak akan putus biarpun anak yang dahulunya didukung kini sudah boleh berlari memilih jalan sendiri. "Sebagaimana Nabila berjaya sukses dalam karier, seperti itu juga saya mahu dia beroleh kebahagiaan dalam kehidupannya. Saya akan terus menyokong Nabila," berbunyi santai, namun mendalam maksud yang cuba Amy sampaikan. Tunduk dan seperti mahu menyelinap keluar daripada diskusi, Nabila mengeluh panjang. "Kalau boleh, saya tidak mahu lagi kisah lama antara kami dibangkitkan. Saya harap, media juga boleh bagi kerjasama. Perkara yang lepas, biarlah lepas," ucap Nabila. Dia faham benar maksud persoalan yang disuakan ke mukanya. Cuma situasi ketika itu sedikit berbeza, hatinya basah oleh kemanisan momen yang bakal didepani. "Saya cuma tidak mahu mengeruhkan keadaan. Kenyataan saya sebelum ini banyak dieksploitasi oleh banyak pihak lain sehingga ia menjadi besar. Saya mahu orang mengenali karier seni saya bukannya daripada isu tersebut," ujar Nabila. Melanjutkan perbualan, Nabila berkata, dia hanya mampu tertawa apabila melihat tajuk akhbar dan blog berikutan kenyataan yang diberikan bapanya berhubung kisah persiapan perkahwinannya yang kecoh diperkatakan. "Saya ketawa, baca dan ketawa lagi, namun pada masa yang sama saya sangat kasihankan papa (Amy). Dia tidak habis-habis menjadi buruan setiap kali ada isu berkaitan saya. Saya akui memang dia rasa terbeban dengan hal tersebut. "Mungkin disebabkan saya jarang melakukan penampilan di khalayak menyebabkan papa menjadi buruan pihak media untuk bertanyakan hal berkaitan saya, sampai papa tidak larat untuk menjawab persoalan yang diajukan kepadanya. "Saya sangat berharap agar selepas ini jika ada apa-apa persoalan berkaitan saya, pihak media yang ingin penjelasan, boleh terus mengajukan soalan tersebut kepada saya. Tunggulah sehingga saya benar-benar bersedia," kata Nabila berhati- hati. Tersenyum, geli hati atau barangkali terfikirkan tugas sebagai 'tempat rujuk media' yang digelarkan kepadanya, Amy semesti cukup tahu, walau sejauh mana Nabila melangkah, hatinya akan balik kepada keluarga. "Kebahagiaan Nabila akan terus menjadi kebahagiaan saya. Sejak daripada kecil, saya tidak pernah menghalangnya untuk melakukan perkara yang dia suka. Malah, saya juga tidak pernah mengatur apa yang perlu dilakukan oleh Nabila. Melihat kebahagiaannya akan membuatkan saya tenang," ujar Amy. "Sekarang saya mahu membahagiakan orang tua saya," tutup Nabila, si ibu beranak satu yang semakin matang menelaah buku kehidupan.

"Tiada Persiapan Kahwin Nabila" - Amy (Search)

Penyanyi rock Amy (Search) menafikan dia sedang membuat persiapan perkahwinan untuk anaknya, iaitu pelakon Nabila Huda seperti yang diperkatakan baru-baru ini. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 56, juga terkejut dengan berita tersebut kerana sehingga kini dia dan Nabila langsung tidak berbincang mengenai perkara berkenaan. "Eh... saya pun tidak tahu yang dia nak berkahwin kerana tiada perbincangan mengenai perkara itu antara saya dan Nabila. "Apatah lagi persiapan kahwin seperti yang diperkatakan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran stesen radio baharu iM4U FM di Black Box, Publika disini pada Selasa. Baru-baru ini, Nabila dikatakan bakal berkahwin dengan kekasihnya dalam masa terdekat dan mereka dikatakan sedang membuat persiapan perkahwinan. Sebelum ini hubungan Amy dan Nabila pernah menjadi renggang gara-gara penyanyi itu menegur anaknya di laman Instagram dengan nada kasar selepas Nabila memuat naik gambar percutian dengan kekasihnya di luar negara. Bagaimanapun pada sambutan Hari Raya pertama lalu, Amy telah berkongsi gambar dia sekeluarga di Instagram dengan meletakkan status syukur kerana hubungannya dan Nabila sudah jernih. Sementara itu, tambah Amy, dia tidak mempunyai masalah untuk merestui Nabila dan pasangannya jika mereka benar-benar sedia mahu berkahwin. Dalam perkembangan lain, Amy bakal berduet dengan anaknya itu menerusi persembahan konsert solonya di Singapura pada 20 September ini. "Insya-Allah Nabila akan menjadi artis jemputan pada konsert solo saya. Kami akan berduet sebanyak dua buah lagu. "Tetapi sehingga kini dia masih lagi kurang berkeyakinan untuk melakukan persembahan itu. Risau katanya. "Mungkin kami juga akan berkongsi pengalaman hidup kami sebagai ayah dan anak sebelum memulakan persembahan. Tak pasti lagi," ujarnya. Dalam perkembangan yang sama, Amy juga dalam proses menyiapkan album solo terbaharunya yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu setelah 13 tahun tidak merakamkan album.

Nabila Huda Elak Jawab Soalan Kontroversi

Pelakon Nabila Huda mengambil pendekatan untuk tidak mengulas apa-apa perkara yang menyentuh mengenai perihal peribadinya untuk tatapan umum. Biarpun diasak dengan pelbagai pertanyaan berhubung kontroversi yang tercetus diantara dia dan bapanya, Amy (Search), Nabila, 30, tetap berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. "Maafkan saya. Saya tidak mahu komen," katanya ringkas kepada mStar Online. Nabila ditemui pada majlis pelancaran filem biografi berjudul Saloma di Saloma Bistro di sini pada Selasa. Diarahkan oleh Melissa Saila, Nabila tampil membawa peranan sebagai Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma. Selain Nabila, filem yang bakal ditayangkan menerusi Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini turut menampilkan Tony Eusoff sebagai Tan Sri P. Ramlee, Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak). Terdahulu kontroversi Nabila dan bapanya tercetus apabila Amy mengkritik sikap Nabila selepas pelakon itu memuat naik gambar mesra percutiannya bersama seorang lelaki di luar negara.
Berikutan itu, Nabil bertindak memadamkan koleksi ratusan gambarnya dalam akaun Instagram miliknya. Nabila juga dikatakan telah meminta restu bapanya untuk berkahwin dengan seorang pemuda dan hubungan berkenaan dikatakan mendapat lampu hijau daripada keluarganya. Dalam pada itu, bercakap mengenai filem Saloma, Nabila berkata, pada awalnya dia meragui kredibilitinya untuk membawakan watak tersebut kerana merasakan masih belum layak. Bagaimanapun keyakinan dan kepercayaan yang ditunjukkan oleh Melissa terhadapnya membuatkan dia menyahut cabaran berkenaan. "Apabila dipanggil untuk uji bakat saya sangat takut kerana tiada keyakinan dapat membawa watak berkenaan dan saya terkejut apabila diberitahu terpilih memikul tanggungjawab sebagai Saloma. "Bagaimanapun apabila sudah siap disolek dan mengenakan baju pada zaman berkenaan, secara automatik aura itu mula keluar dan Alhamdulillah atas bantuan pengarah saya dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut," katanya. Jelasnya lagi, sebagai persediaan dia banyak melakukan kajian mengenai Saloma dan merujuk kepada ahli keluarga Allahyarham untuk memastikan dia berjaya menterjemahkan watak berkenaan dengan baik. "Alhamdulillah Kak Melissa dan Mummy (Mariani) banyak membantu dan mereka sangat teliti dalam perihal mengenai Saloma terutamanya cara bercakap, berjalan dan fesyen yang digayakan," ujarnya.

'KEKASIH' MOHON MAAF - AMY SEARCH RESTUI CINTA NABILA HUDA

Air dicincang takkan putus! Mungkin itulah pepatah yang paling sesuai buat dua beranak iaitu Amy Search dan Nabila Huda yang sebelum ini bertikam lidah gara-gara isu teman lelaki dan agama. Ini kerana, Amy akhirnya merestui hubungan Nabila dengan kekasih barunya itu meskipun pernah rasa terluka akibat gambar kurang senonoh yang terpapar di Instagram Nabila tidak lama dahulu. Sifat bertanggungjawab lelaki tersebut yang tampil memohon maaf secara 'gentleman' pada Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, telah membuat hubungan mereka jadi jernih seperti sediakala. "Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya. "Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam. "Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih," ujar Amy dipetik sebagai berkata. "Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat," tambah penyanyi itu.

Amy (Search) Restu Hubungan Cinta Nabila Huda

Penyanyi rock negara Amy (Search) sudah merestui hubungan cinta anaknya, Nabila Huda dengan kekasih walaupun pernah meluahkan rasa kurang berkenan terhadap lelaki itu. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyifatkan lelaki tersebut (yang enggan didedahkan identiti) seorang yang bertanggungjawab kerana sanggup berdepan dengannya memohon maaf atas kesilapan dahulu, selain turut menjernihkan hubungannya dengan Nabila. "Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya. "Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam. "Cuma saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila, Alhamdulillah, kembali jernih," katanya kepada mStar Online.
Terdahulu, hubungan Amy dan Nabila dikatakan renggang gara-gara penyanyi itu menegur anaknya di laman Instagram dengan nada yang kasar berhubung gambar aktres itu bermesra dengan kekasihnya ketika bercuti di luar negara. Dalam pada itu, Nabila juga dikatakan sudah lama tidak bertemu bapanya itu dan tidak beraya bersama mahupun di sebelah ibu, sebaliknya pelakon berbakat besar itu mengambil kesempatan bercuti dan beraya di negara jiran, Singapura. Bagaimanapun, pada sambutan Hari Raya pertama Isnin lalu, Amy telah berkongsi gambar dia sekeluarga di Instagram dengan meletakkan status syukur kerana akhirnya dia dan Nabila sudah berbaik semula. Sementara itu, kata Amy, walaupun pelbagai dugaan yang dilalui dalam keluarganya, dia yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. "Apa yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat," tuturnya.

RAGAM ABIL & KEISHA MENJELANG AIDILADHA

Kemalangan yang melibatkan Keisha Laila di Lebuhraya Karak mungkin sudah lama dilupakan oleh anak kecil ini. Syukur kerana Keisha tidak mengalami sebarang trauma dan dia kini kembali ceria untuk menyambut Aidiladha beberapa hari lagi . Harapan kita, moga Nabila Huda dapat membimbing Keisha menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

NABILA HUDA TEMUI KEKASIH BARU?

Jika sebelum ini nama Nabila Huda popular disebabkan kemalangan yang melibatkan kecederaan anaknya di lebuhraya Karak, namun cerita terkini tentang anak Amy Search ini lebih hangat lagi. Beliau didakwa bercinta semula dengan seorang deejay berasal dari Singapura setelah putus dengan Nas-T. Bukan apa, mereka berdua nampak serius apabila bergambar mesra. Iyalah... kalau sekadar kawan, takkan berpeluk sakan ya tak? Lebih menarik, Nabila juga didakwa pernah berhari raya dengan keluarga pemuda itu di Singapura.
Jika benar, tahniah diucapkan dengan harapan hubungan Nabila dengan deejay tersebut akan kekal hingga ke jinjang pelamin. Heh.

Kasihan Nabila

KALAU ikutkan cerita tentang pelakon yang seorang ini memang tak pernah habis-habis sejak dahulu. Ada sahaja kisah panas yang melatari perjalanan seni ibu kepada seorang anak ini sampai sekarang. Terbaru ramai yang bersimpati dengan nasib Nabila Huda yang terlibat dalam kemalangan minggu lalu. Walaupun anaknya Keisha mengalami kecederaan, mujur tak ada sesuatu yang buruk berlaku. Pun begitu bila berlaku sahaja kemalangan, macam-macam cerita yang keluar sampaikan mengejutkan ramai pihak. Kalau ikutkan bekas suami Nabila sendiri memang ada meluahkan rasa kurang senang dengan kejadian tersebut melalui Twitter. Macam-macam yang dihambur Zaidy Zailani mengenai kemalangan tersebut yang boleh dibaca. Tak boleh nak salahkan bekas suaminya juga sebab sebagai bapa sudah tentu dia risau dengan keadaan anaknya. Tapi sebagai ibu tak mungkin juga Nabila mahukan anaknya menerima nasib sebegitu. Tak cukup dengan itu bapanya pula meluahkan rasa sedih dengan apa yang telah berlaku. Bila dah jadi macam ini, barulah keluar cerita yang Nabila tak pulang berhari raya pada Syawal yang lalu. Amy yang melahirkan rasa kurang terkilan kerana Nabila tidak pulang beraya dan langsung tidak mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf sempena kehadiran 1 Syawal sebaliknya memilih untuk beraya di rumah rakan di Singapura. Walaupun Nabila sudah membalas kenyataan tersebut nampaknya hubungan mereka kelihatan masih dingin apabila Amy Search menitipkan pesanan baru-baru ini. “Ada yang menanti kepulangan atau panggilan seorang yang dikasihi dari pagi Syawal hingga berakhirnya Syawal. Walaupun sepi namun doa tetap dihimpun hingga mati dan kemaafan tetap diberi. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah bergalang nyawa. Kasihanilah ayah ibu seperti mana mereka sangat menyayangi kamu." Semoga ada jalan damai buat dua beranak ini sedikit masa lagi. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Nabila, Keisha trauma

PETANG Ahad lalu, hujan yang turun membasahi hampir kesemua negeri di Malaysia membawa cerita duka buat aktres Nabila Huda. Aktres tersebut telah terbabit dalam sebuah kemalangan di Kilometer 71, Lebuh Raya Karak dekat Bentong sekitar pukul 3.20 petang. Pada waktu itu, dia menumpang naik kenderaan pacuan empat roda milik rakan artis, Syazwan Zulkifli pulang daripada melakukan promosi drama Jodoh Itu Milik Kita di Karnival Planet Gempak Astro di Kuantan, Pahang. Kenderaan tersebut dikatakan hilang kawalan akibat jalan licin lalu terbalik beberapa kali. Bersama Nabila ialah anak kesayangannya, Keisha Laila Zaidi, berusia empat tahun. Akibat kemalangan tersebut, Keisha patah tangan kiri dan luka-luka. Nabila pula mengalami luka serta menerima jahitan pada tapak kakinya selepas dia terpijak banyak kaca yang pecah sewaktu mahu menyelamatkan Keisha yang tercampak keluar dari kenderaan tersebut. Sementara itu, Syazwan yang memandu turut mengalami kecederaan kecil. Selepas kemalangan, mereka telah dikejarkan ke Hospital Bentong, Pahang sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Pakar Damansara, Selangor sebaik tiba di ibu kota. Bagaimanapun, hanya Keisha yang dimasukkan ke hospital tersebut.
Berbicara dengan Nabila melalui sistem WatsApp sehari selepas kemalangan, aktres tersebut memberitahu, dia masih trauma dengan kemalangan yang berlaku sekelip mata. “Saya masih trauma dengan apa yang terjadi. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana walaupun kami semua cedera, namun selamat. Terima kasih atas doa semua orang terhadap kami,” ujarnya. Tambahnya yang berehat seminggu daripada menjalani sebarang penggambaran, apa yang cukup menggusarkan dirinya adalah keselamatan anaknya, berbanding dirinya sendiri. Tentang dirinya sendiri, Nabila menulis: “Saya hanya mengalami luka-luka pada beberapa bahagian badan manakala tapak kaki menerima jahitan kerana dimasuki kaca. “Sekarang, badan baru terasa sakit dan saya sedang dalam perjalanan ke hospital untuk menjalani imbasan pada seluruh badan.” Aktres berusia 29 tahun itu saat ditanya tentang tindakan bekas suaminya, Zaidi atau Eddie yang meluahkan rasa kecewa di halaman Twitter mengenai musibah yang menimpa anak mereka, hanya memberi jawapan ringkas. “Sebagai ibu, saya sangat sedih apabila kejadian ini berlaku. Ia tidak dirancang tetapi sudah terjadi. Saya sedih. Tak apalah, biar dia mahu tulis apa.” Sementara itu, Keisha kini menetap sementara di kediaman bapa Nabila, Amy Seacrh. Vokalis tersebut sewaktu dihubungi melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana biarpun anak dan cucunya mengalami kecederaan, namun apa yang penting mereka berada dalam keadaan selamat.
“Keisha hanya mengalami luka dan selepas menjalani imbasan seluruh tubuh, doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman. “Walaupun dia selamat, namun Keisha agak trauma dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, apa yang paling penting, cucu dan anak saya selamat,” ujarnya yang merancang untuk menjaga Keisha sehingga pulih dan menghantar cucu sulungnya itu ke prasekolah bersama anak bongsunya, Qaqa At-Tameemi, 4. Pada masa yang sama, pelakon yang terkenal menerusi drama rantaian Juvana, Syazwan gagal dihubungi. Dia menutup telefon bimbitnya, namun sempat menulis beberapa perkembangan terkini menerusi laman Twitter miliknya termasuk memuat naik gambar kenderaan miliknya yang terbalik pada hari kejadian. Malah, Syazwan yang sempat ‘diserang’ bekas suami Nabila, Eddie yang mendakwa dia bersikap tidak prihatin, membidas dengan menyatakan kekesalannya terhadap musibah yang telah menimpa mereka. Antara petikan Twitter Syazwan kepada Eddie: “Saya bukan manusia yang tiada perasaan. Maafkan saya, saya faham perasaan awak dan saya juga kesal dengan apa yang terjadi.”

Nabila Huda Berpuasa di New Zealand, Beraya di Itali

Dikala umat Islam di tanah air hari ini menjalani ibadah puasa hari pertama, Nabila Huda juga tidak ketinggalan menunaikan kewajipannya sungguhpun dai kini berada Auckland, di New Zealand. Pelakon yang mesra dengan panggilan Abil ni ke sana sejak lima hari lalu bagi menjalani pengambaran drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama tersebut seperti Zain Saidin dan Syazwan Zulkifli. "Bulan Ramadan ni saya tetap sibuk dengan shooting. Saya jalani penggambaran di New Zealand. Selama lebih kurang 14 hari saya akan berada di sana. Jadi ni juga kira pertama kali saya berpuasa di luar negara. Tapi kalau outstation memang dah biasa. "Mujur anak saya juga dah biasa kena tinggal bila saya shooting luar KL dalam jangka masa agak lama. Dia tak kisah sangat. Tapi sedih juga bila selalu saya tinggalkan dia. Tunggulah dia dah besar sikit, baru saya berani nak bawa dia ikut saya outstation. Kalau sekarang saya takut dia mudah penat dan tak selesa", ujar Nabila ketika ditemui minggu lalu. Dari segi persiapan raya pula kata Abil, dia memang tidak terlalu beriya sebaliknya persiapan leboh kepada anak perempuan tunggalnya, Keisha Laila yang kini berusia dua tahun. Apatah lagi raya tahun ini dia hanya sempat meraikan beberapa hari saja. Kemudian Abil akan terbang ke Itali bagi menjalani penggambaran drama bersiri Sangkar, selama lebih kuran 14 hari di sana.
"Raya saya memang lebihkan pada Kesha sajalah. Tapi saya tidak terlalu beria sangat, cukup lah sepasang dua baju raya. Tak mahu membazir. Kalau diri saya tu, biasa-biasa saja. "Saya memang suka masak. Jadi sekarang tengah masak juadah raya resepi nenek saya. Saya belajar masak rendang dan kuah lodeh. Saya raya di Kuala Lumpur. Nanti malam raya biasaya saya di rumah nenek saya. Raya pertama beraya dirumah saudara mara. Kemudian saya balik rumah saya. Kesha pula akan beraya dengan bapa dia. "Kat rumah saya pun memang tak ada kuih muih sangat. Kalau ada pun, satu-satunya kuih ialah kuih tart buatan isteri Man Kidal. Itu satu-satunya kuih raya yang saya suka makan. Itu jer lah untuk tetamu-tetamu saya (gelak). Tapi kalau ada orang datang, saya lebih suka masakkan juadah untuk menjamu mereka. Raya ni saya tak cuti lama. Saya akan ke Itali pada raya kelima", katanya.

Nabila Huda & Nas-T Beraksi Mesra Di Australia

Saya tetap sayangkan Nabila - Nas-T

HUBUNGAN cinta antara pelakon Nabila Huda dan Nas-T bulan lagi rahsia selepas mereka secara terbuka mengumumkan cinta yang terjalin pada April lalu. Bahkan gambar-gambar mesra antara mereka boleh ditatap umum di laman Instagram masing-masing. Bagaimanapun pagi semalam, Nabila menulis pengakuan yang mengejutkan di Instagram dengan memberitahu, hubungan cinta mereka telah berakhir. Kata Nabila, mereka berdua lebih sesuai menjadi sahabat baik berbanding sebagai pasangan kekasih. Sungguhpun begitu, ujar Nabila menerusi Instagram lagi, mereka berdua akan kekal sebagai sahabat baik walaupun sudah tidak bercinta. Itu luahan Nabila. Bagaimanapun, Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar ketika dihubungi Kosmo! di set penggambaram telefilem Anak Imam Argentina semalam mengakui dia sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Kosmo!: Adakah benar, Nas-T dan Nabila telah putus cinta? NAS-T: Rasanya saya tidak perlu memberi komen tentang hal ini kerana sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku, mungkin apa yang ditulis Nabila di Instagram disebabkan faktor emosi. Kalian berdua sedang bergaduh? Biasalah, pasangan bercinta pasti akan bergaduh. Begitu juga dengan kami berdua tetapi kami masih lagi berhubung dan bercakap seperti biasa. Biarlah keadaan reda dahulu, baru saya akan duduk berbincang dengannya. Sekarang ini kami berdua sibuk dengan kerja masing-masing, sebab itulah terjadinya hal seperti ini. Apakah perasaan anda apabila Nabila menulis secara terbuka tentang hubungan kalian di Instagram yang boleh dibaca oleh orang ramai? Terkejut juga tetapi saya sudah lama kenal dia sejak kami kecil lagi. Saya faham perangai dia, perempuan biasalah, bila tengah emosi, itulah yang akan berlaku. Jadi, saya tidak kisah, saya terima sahaja. Apapun saya masih sayangkan dia sama seperti dahulu. Nabila ada menulis yang kalian lebih sesuai sebagai sahabat baik daripada pasangan kekasih. Komen? Memang saya sayangkan dia sejak kami berkawan sehinggalah bercinta dan perkara itu tidak akan berubah sampai bila-bila walaupun apa jua status hubungan kami kelak. Kami akan kekal seperti dahulu, masih berjumpa dan meluahkan masalah masing-masing. Bagi pihak saya pula sebenarnya saya lebih suka dia menjadi seorang kekasih kerana dia melengkapi diri saya. Apakah masa depan hubungan kalian di mata anda? Saya sendiri tidak boleh ramal. Kami selesa bersama sebagai sahabat baik serta kekasih. Dia faham saya dan saya juga amat memahami dia. Jika jodoh antara kami kuat, mungkin kami berkahwin tetapi jika tidak, saya tetap akan ada dalam hidup Nabila sebagai sahabat baiknya sampai bila-bila.

BILA ABIL HANYA BERCOLI

Motif Nabila Huda (Abil), yang bergambar hanya bercoli tidaklah diketahui. Mungkin hanya suka-suka atau sekadar mengisi masa lapang agaknya. Namun apa yang pasti, Abil memang suka buat gosip panas dan kontroversi. Heh!

AKSI CERIA ABIL DAN KHEISYA

Gambar ceria Nabila Huda dan anaknya Kheisya Laila. Meskipun gosip panas tersebar luas mengenai percintaan dan kesanggupan Nas-T untuk berjumpa Amy Search bagi meminang Nabila, namun setakat ini semuanya masih belum berlaku. Harap-harap apa yang dirancang oleh mereka berdua (Nabila dan Nas-T) akan berjalan lancar... itu doa kita!

Doa Johan buat Nabila

JIKA beberapa ketika dahulu mereka cukup rapat sehingga digelar "belangkas" namun kebelakangan ini semuanya mulai berubah. Johan As'ari dan Nabila Huda sudah berpisah arah. Pengakuan Nabila mengenai kewujudan Nas-T di dalam hidupnya menjadikan Johan bersyukur di atas kebahagiaan yang dikecapi rakan baiknya itu. Mengakui hubungan rakan itu masih kekal sehingga hari ini, bagi Johan persoalan sama ada mereka masih rapat seperti dahulu atau tidak bukan sesuatu yang harus dirunsingkan peminat. Berikut luahan hati Johan kepada wartawan AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN. Hits: Sejak bila Johan mengetahui kisah cinta Nabila dan Nas-T? JA: Saya hanya mengetahui kisah percintaan Nabila melalui Twitter. Masa dia membuat pengakuan itu saya sedang mengerjakan umrah di di Tanah Suci Mekah. Pernah rapat suatu ketika dahulu, bagaimana hubungan Johan dengan Nabila kini? Sebagai rakan kami akan tetap menghubungi suatu sama lain, cumanya tidak terlalu kerap memandangkan saya menghormati hubungan yang sedang terjalin kini. Saya pasti semua juga faham jika seseorang perempuan itu sedang menjalinkan hubungan cinta, adalah tidak baik untuk lelaki lain rapat dengan wanita tersebut. Tak mahu timbul fitnah. Secara jujurnya bagaimana perasaan Johan ? Sebenarnya sewaktu berada di Tanah Suci memang saya mendoakan kebahagiaan rakan-rakan termasuk Nabila. Dan keesokkan harinya ketika mengetahui perkara ini, tiada apa yang mampu saya katakan selain bersyukur . Saya gembira sebab dia kini sedang bahagia. Adakah sebelum ini Johan mengenali Nas-T? Saya tidak pernah mengenali siapa Nas-T secara peribadi.Bagaimanapun saya pasti persamaan yang terdapat di antara dia dan Nabila. Mungkin itu menyebabkan mereka serasi bersama.Doa saya semoga Nas-T mampu menjadi seorang suami yang baik untuk Nabila. selain itu saya percaya Nas-T juga mampu membimbing Nabila menjadi seorang isteri solehah. Johan sendiri juga sudah bersedia untuk membuka pintu hati kepada wanita lain? Buat masa ini saya masih berkawan, soal jodoh itu saya serahkan kepada Yang Maha Esa. Sebenarnya sasaran saya adalah untuk menamatkan zaman bujang sebelum umur 32 tahun. bagaimanapun jika seru sampai awal saya tidak akan menolak.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails