Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Natasha Liana Hudson. Show all posts
Showing posts with label Natasha Liana Hudson. Show all posts

Natasha Hudson, Suami Ambil Diploma Dalami Islam

Pelakon Natasha Hudson menjelaskan keputusannya menyambung pengajian peringkat diploma dalam bidang Pengajian Islam di Yayasan Ta'lim dengan kerjasama Institut Arees, Texas, Amerika Syarikat adalah salah satu cara untuk mendalami agama Islam. Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson 32, berkata, dia tidak mahu penghijrahannya hanya sekadar di bibir sebaliknya mahu memperbaiki diri dengan cara diredai Allah. "Saya tidak mahu sekadar berhijrah pada kata-kata dan ingin mendalami ilmu tentang Islam dan itu adalah tujuan utama mengapa saya dan suami mengambil diploma dalam pendidikan Islam. "Masih banyak perkara yang saya tidak faham dan menerusi pembelajaran ini ia banyak memberi manfaat dan pemahaman tentang Islam dalam diri saya," katanya kepada mStar Online. Tambah Natasha, dia juga bertuah kerana suaminya, Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 34, turut mengambil kursus dalam bidang serupa selain mereka dapat berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pendapat tentang pembelajaran masing-masing.
Malah kata Natasha, mereka bukan sahaja dapat menambah ilmu tetapi hubungan suami-isteri akan menjadi lebih akrab dan romantik. Mereka juga sudah bercadang untuk menyambung pengajian sehingga peringkat ijazah selepas menerima diploma pada akhir Mei ini. "Alhamdulillah doa saya dimakbulkan Allah dan Insya-Allah jika ada rezeki kami akan menyambung ke peringkat ijazah pula memandangkan Institut Arees bakal dibuka di Malaysia tidak lama lagi. "Biarpun sibuk dengan keluarga ia tidak menjadikan kami lemah untuk mencari ilmu malah hubungan kami semakin rapat," ujarnya. Dalam pada itu, Natasha berkata, dia sudah bersedia untuk kembali ke dunia lakonan selepas menyepi bagi memberikan tumpuan kepada keluarga dan perniagaan dalam taliannya. Natasha mengakui rindu untuk kembali berlakon dan berharap dapat memegang watak yang bersesuaian dengan penampilannya yang sudah bertudung. "Rindu itu memang ada tetapi sebelum ini ada beberapa komitmen yang perlu saya utamakan dan kini saya sudah bersedia untuk kembali berlakon jika masih ada rezeki saya. "Pun begitu saya akan lebih selektif terhadap watak yang diberikan agar sesuai dengan imej dan penampilan saya sebagai muslimah," jelasnya. Sementara itu, Natasha yang turut sibuk menguruskan perniagaan pakaian muslimahnya iaitu Dreamclouds memberitahu bakal melancarkan pakaian bayi perempuan dalam masa terdekat. Jelas Natasha, dia ingin memfokuskan kepada pakaian bayi perempuan kerana pilihan yang ada di pasaran agak terhad terutamanya bagi yang berumur satu hingga tiga tahun. "Kadang-kadang nak cari gaun yang comel dan cantik untuk bayi perempuan memang sukar jadi dari situ timbul idea saya untuk melancarkan jenama baharu saya ini kepada pelangaan dalam masa terdekat. "Malah saya juga dalam proses menyiapkan laman web rasmi untuk tujuan tersebut," ujarnya.

Natasha Hudson Bengang Tudung Kena Ciplak

Pelakon Natasha Hudson berasa marah dan kecewa apabila ada pihak yang meniru tudung yang direka khas untuk jenama miliknya iaitu Dreamcloud. Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 32, berkata, individu yang tidak bertanggungjawab itu telah membeli tudung rekaannya secara dalam talian dan kemudian menciplak semula rekaan itu dan kemudian dijual menggunakan jenama lain. “Saya memang marah apabila mendapat tahu ada pihak yang membeli tudung saya semata-mata mahu menciplak dan selepas itu dijual pula kepada orang ramai menggunakan label lain. “Saya rasa perkara sebegini tidak adil buat saya yang bersusah payah menghasilkan tudung tersebut,” katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun tambah Natasha, dia belum berniat untuk mengambil isu tersebut secara serius hingga dibawa ke mahkamah sebaliknya berharap tiada pihak yang melakukan perkara sebegitu lagi. Dalam pada itu, Natasha berkata, dia tidak menghalang jika ada peniaga baharu yang ingin mengambil inspirasi tudung rekaannya tetapi janganlah meniru seratus peratus ciptaannya itu. “Saya percaya bagi peniaga baru, seperti saya juga sebelum ini, kita memerlukan inspirasi dalam mereka sesuatu rekaan pakaian mahupun tudung. “Tetapi kalau boleh, janganlah tiru bulat-bulat, itu tidak adil,” ujarnya. Ditanya, adakah dia sudah bersedia sekiranya terdapat individu lain yang tidak bertanggungjawab menciplak rekaan tudungnya itu, Natasha berkata, dia sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan. “Tirulah jika mahu tiru. Macam mana sekalipun orang tetap tahu sesebuah rekaan itu bermula daripada siapa. “Lagipun saya tidak boleh nak buat apa jika ada yang masih berdegil mahu menciplak,” tuturnya.

Dipinggirkan kerana bertudung? - Natasha Hudson

MISS J dapat tahu ada kawan-kawan yang dah mula meninggalkan pelakon Natasha Hudson sejak dia mengambil keputusan untuk bertudung. Kalau dahulu ada saja kawan yang sanggup lepak di kedai kopi sampai awal pagi. Bab duit atau bantuan apa saja, Natasha tak pernah berkira Pendek kata semua boleh sebab kawan punya pasal! Tapi itu semua cerita lama. Miss J dapat tahu yang Natasha semakin sedar bahawa kawan waktu ‘gembira’ dah tak ikhlas berkawan dengannya. Pada mulanya Natasha bersangka baik apabila kawan sama-sama lepak dengannya itu buat tak hairan dengannya. Maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Tapi apabila Natasha minta bantuan kepada salah seorang kawan ‘gembira’nya lain pula ceritanya. Dengarnya si kawan ‘gembira’ Natasha itu boleh buat-buat tak kenal dengan Natasha. Pada mulanya Natasha ingat mungkin kawan ‘gembira’ itu sibuk. Tapi apabila Natasha meminta tolong, si kawan ‘gembira’nya itu terus tutup telefon. Malas nak layan agaknya! Nampak sangat kawan ‘gembira’ Natasha itu ada maksud terselindung masa berkawan dengan Natasha sebelum ini. Tak semua teman setia yang sanggup susah senang bersama. Miss J tumpang sedih atas apa yang berlaku. Tak mengapalah Natasha. Standardlah... Nak cari kawan masa gembira memang ramai. Tapi kalau kawan bersedih, belum tentu senang jumpa!

Natasha Hudson Tumpu Bidang Fesyen Muslimah

Pelakon Natasha Hudson mengakui tumpuannya kini adalah kepada keluarga dan perniagaan pakaian wanita Muslimah dan kanak-kanak yang dimilikinya iaitu Dreamclouds, ditubuhkan sejak setahun lalu. Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson 31, berkata, kesibukannya menguruskan perniagaan tersebut telah menyebabkan aktiviti seninya terhad dan hanya menerima tawaran lakonan jika jadual kerjanya tidak bertembung. "Perniagaan jenama pakaian saya baru sahaja bertapak dan perhatian lebih perlu diberikan bagi memastikan ia dapat berkembang baik tambahan pula saya bekerja dari rumah. Jadi, masa yang lebih berkualiti dapat diberikan kepada anak-anak dan suami. "Oleh sebab itu saya kini lebih selektif dengan tawaran berlakon kerana keutamaan saya adalah kepada keluarga dan perniagaan," jelasnya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Natasha, selain lakonan, dia kini lebih berminat kepada bidang seperti pengacaraan, modeling, kerja-kerja amal dan menulis blog. Dalam pada itu, bercakap mengenai Dreamclouds, Natasha berkata, dia telah lama mengimpikan untuk mempunyai rangkaian pakaian jenamanya sendiri selain meminati dunia fesyen.
Jelas Natasha, kesemua produk di bawah label itu direkanya sendiri selain memastikan pelanggan berpuas hati dengan hasil yang diberikan. "Saya telah memulakan perniagaan pakaian Muslimah wanita dan kanak-kanak ini sejak setahun lalu dan berharap perniagaan ini akan berkembang,” katanya. Tambah Tasha, setakat ini dia mempromosikan jenama pakaian tersebut menerusi laman web www.fashionvalet.com selain laman sosial lain seperti Instagram iaitu @dreamcloudbynh dan Facebook. Dalam perkembangan sama, Natasha berkata, sebagai ahli perniagaan dia tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai cabaran namun sentiasa menganggap semua halangan mematangkannya dalam mempelajari selok-belok dunia perniagaan. "Cabaran dalam dunia perniagaan itu biasa tetapi apa yang lebih penting saya dapat mempelajari pelbagai perkara tentang perniagaan dan dunia fesyen. "Impian saya mahu membawa jenama Dreamcloud ini sejauh mungkin dan Alhamdulillah saya telah mendapat jemputan Minggu Fesyen Islam Antarabangsa di luar negara. "Bagaimanapun saya belum membuat keputusan lagi memandangkan terlalu sibuk dengan kerja-kerja di Kuala Lumpur bagi memastikan semua aspek produk yang dijual kepada pelanggan memuaskan," katanya yang turut melantik suaminya iaitu Carleed Khaza sebagai rakan kongsi. Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Naeema Kalila yang berusia 4 bulan. Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.

Makna Kurang Elok, Natasha Tukar Nama Anak

Baru-baru ini pelakon dan model Natasha Hudson membuat keputusan menukar nama anaknya keduanya dengan menamakan puteri comel itu sebagai Naeema Kalila. Pada awalnya, Tasha dan suaminya, Carleed Khaza, menamakan bayi itu dengan nama Naeema Taqiyyah yang membawa maksud memudahkan, keberkatan, ketenangan, soleh serta bertaqwa. Akan tetapi setelah mengetahui Taqiyyah turut mempunyai maksud kurang elok, sehingga ia melibatkan pengikut ajaran Syiah, Natasha telah mengambil keputusan untuk menukar nama bayinya kepada Naeema Kalila.
Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik pelakon jelita ini, terdapat juga peminat yang perihatin dan peka terhadap nama bayi comel tersebut sehingga bertanyakan hal berkaitan kepada Natasha. Menurut aktres tersebut, pada awalnya dia juga tidak tahu Taqiyyah turut mempunyai makna lain, sehingga dia menyertai sebuah majlis usrah. Setelah mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif mengenai soal agama, Natasha serta suami bersepakat untuk menukar nama puterinya itu kepada nama yang lebih elok dan sesuai. Dalam bahasa arab, maksudnya masih lagi merujuk kepada perkataan bertaqwa. Akan tetapi kami tidak tahu ianya ada makna lain yang lebih besar dalam pengikut Syiah, sehinggalah kami menyertai sebuah sesi usrah. Melalui majlis tersebut kami telah merujuk perkara ini dan dapatkan nasihat daripada ulama Islam serta mufti. Kini nama bayi saya telah ditukar kepada Naeema Kalila dan bukan lagi Taqiyyah. Natasha Hudson dan Carleed telah bernikah pada April 2012 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat pelakon wanita tersebut. Hasil perkahwinan dahulu, Natasha telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.

Natasha Hudson Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Pelakon Natasha Hudson, 31, selamat melahirkan anak perempuan pada pukul 5.45 petang Isnin di Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA, Shah Alam. Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson menerusi laman sosial Instagram miliknya berkata, dia bersyukur proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dia berserta anaknya itu berada dalam keadaan sihat. "Alhamdulillah, saya telah dimasukkan ke wad bersalin pada pukul 4 petang hari ini (Isnin) dan melahirkan pada pukul 5.45 petang. "Saya bersalin secara normal tanpa sebarang suntikan 'epidural' mahupun 'induction'. Kini kami berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat," katanya. Tambah Natasha dia juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta peminat-peminatnya yang sentiasa mendoakan agar proses kelahirannya berjalan dengan baik. Sementara itu, Natasha sebelum ini berkata, dia dan suaminya, Carleed Khaza telah pun memilih beberapa nama untuk bayi itu namun hanya akan menamakan anak mereka selepas tujuh hari kelahirannya. Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun. Natasha bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan perkembangan lanjut mengenai kelahiran anaknya itu.

Natasha Hudson Enggan Membazir Sambut Kelahiran Anak

Pelakon Natasha Hudson belum membuat sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran anaknya bersama suami, Carleed Khaza penghujung April ini. Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson 31, berkata, dia tidak mahu membazir kerana berdasarkan pengalaman lalu banyak barangan bayi yang dibeli tidak dapat digunakan disebabkan keadaan bayi yang cepat membesar. "Bukan tidak mahu buat persiapan tetapi menerusi pengalaman berlaku pembaziran terhadap barang-barang keperluan bayi yang saya beli. "Jadi sebab itu saya tidak buat sebarang persiapan dan hanya menggunakan kembali barang-barang lama yang masih elok," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Natasha berkata, dia sengaja tidak mahu mengetahui jantina anak yang sedang dikandungkannya kerana mahu ia menjadi kejutan kepada mereka suami isteri. Kata Natasha, dia dan suami tidak kisah tentang jantina anak yang bakal dilahirkan kerana paling penting bayi itu berada dalam keadaan sihat. "Doktor ingin memberitahu jantina anak tetapi kami memilih untuk tidak mengetahuinya kerana biarlah ia menjadi kejutan buat kami suami isteri nanti," jelasnya. Sementara itu, Natasha berkata, dia dan Carleed telah pun memilih beberapa nama untuk bayi itu namun hanya akan menamakan anak mereka selepas tujuh hari kelahirannya. Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun. Dalam perkembangan lain, Natasha yang bakal muncul dengan filem Langgar di samping Adi Putra, Namron dan Hans Isaac memberitahu dia akan kembali aktif dalam lakonan selepas habis tempoh berpantang.

Natasha Jaga Hati, Beri Tumpuan Lebih Pada Neesa Helena

Kalau tidak ada aral melintang, model, aktres dan penyanyi Natasha Hudson dijangka bakal melahirkan anak keduanya pada penghujung April depan. Namun dalam pada dia dan suami berdebar menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka, isteri kepada Carleed Khaza, 34, ini memberitahu dia kini memberikan tumpuan serta kasih sayang sepenuhnya kepada anak sulung mereka, Neesa Helena. Menurut pemilik nama sebenar Natasha Liana Hudson, 30, dia bimbang kalau-kalau anaknya itu terasa diabaikan apabila adiknya lahir nanti. Lebih-lebih lagi kerana anak kecil berusia empat tahun itu pernah meluahkan yang dia tidak mahu berkongsi kasih sayang ibunya dengan orang lain. "Dia (Neesa) teruja. Hari-hari dia tanya bila baby nak keluar. Tapi walaupun dia masih kecil, dia pernah cakap pada saya yang dia tak nak kongsi kasih. Jadi saya memang memberi tumpuan penuh terhadapnya. Saya nak jaga hati dia. Saya tak mahu dia terasa diabaikan. Selama ni seorang saja anak sekarang dah nak msuk dua anak. Saya juga sedang belajar untuk bahagikan kasih sayang. "Di rumah saya tiada pembantu rumah. Jadi Neesa memang sentiasa dengan saya. Saya bawa dia ke ke mana saja termasuklah ke pejabat. Tapi, iyalah dia budak lagi, tak biasa dengan suasana pejabat. Jadi dia tak berapa suka sebab memenatkan dia", katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Koleksi Magnum Chocolatier oleh Pereka Fesyen Jovian Mandagie, bertempat di hotel Westin, Kuala Lumpur, malam tadi. Berkongsi pengalaman sepanjang hamil, Natasha berkata dia tidak mempunyai banyak masalah berbanding sewaktu mengandungkan Neesa. Malah dia sangat aktif dan masih berupaya berlakon dan membantu menguruskan syarikat suaminya. "Dulu lebih penat, lebih loya dan saya banyak berehat. Tapi untuk kali ini ini, saya aktif. Berat badan saya pun tidak naik terlalu banyak. Berat biasa saya 49kg, saya hanya naik lebih kurang 12kg saja. Masa kandungan empat bulan, saya masih menjalani penggambaran filem iaitu filem Mamat Cupcake. "Sekarang ni saya sibuk dengan syarikat saya, DreamCloud. Dalam masa yang sama saya juga bantu suami uruskan syarikatnya. Selain sibuk dengan program di Sepetang Santai Bersama Cikgu Sidik di TV Al-hijrah", katanya. Pun begitu di saat detik-detiknya lebih kurang sebulan saja lagi ni, wanita kacukan Melayu-Australia ini mengakui dia berasa gementar bagaikan pertama kali dia akan melalui proses melahirkan. "Dah lima tahun kan, sejak lahirkan Neesa, rasa macam pertama kali pula saya akan bersalin. Gementar tu memang ada. Moga-moga proses untuk saya melahirkan kali ini mudah sepertimana yang pertama dulu", katanya yang akan bersalin di sebuah Hospital Islam Khas Wanita, di Shah Alam. - mD

Natasha Hudson Elak Babak Romantik Sejak Bertudung

KUALA LUMPUR: Aktres Natasha Hudson berkata dia menitikberatkan tawaran lakonan yang diterima demi menjaga batas dan adab sebagai muslimah sejak mula berhijab pada awal April lalu. Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 30, berkata, atas kesedaran dan tanggungjawab itu dia akan mengelakkan babak-babak romantik atau bersentuhan dengan pelakon lelaki lain dalam drama atau filem. “Setakat ini belum ada lagi tawaran watak atau babak yang romantik, intim dan bersentuhan dengan pelakon lelaki lain sejak saya bertudung. “Bagaimanapun, saya tidak boleh terlalu cerewet terhadap tawaran yang diterima kerana ini (lakonan) adalah kerjaya saya. “Mujurlah, kebanyakan pengarah dan penerbit peka dan menghormati batas-batas bagi pelakon yang bertudung seperti saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Pemenang trofi Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 menerusi filem Chermin ini mula bertudung selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada penghujung Mac lalu. Justeru itu, Natasha berkata, dia kini memberikan keutamaan pada bidang pengacaraan dan urusan syarikat produksi miliknya dan suami Carleed Khaza iaitu Dream Cloud Productions.
“Atas kesedaran terhadap batas-batas pergaulan dan adab saya memberikan lebih tumpuan pada kerja-kerja belakang tabir dan pengacaraan sekarang. “Saya banyak membantu suami untuk kerja-kerja produksi syarikat kami Dream Cloud. Saya juga aktif menyiapkan rekaan terbaru koleksi hijab yang dijual secara dalam talian,” ujarnya. Bagaimanapun, ujar Natasha, dia perlu bijak mengimbangi antara lakonan, pengacaraan dan perniagaan kerana belum bersedia untuk berundur diri daripada dunia lakonan. “Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon sepenuhnya buat masa ini kerana ia adalah minat dan kepuasan saya. “Cuma, saya perlu bijak mengimbangi dan memilih tawaran lakonan yang bersesuaian dengan penampilan dan status sekarang,” kongsinya. Mengenai kehidupannya yang kini hamil empat bulan, Natasha berkata, perkara itu tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam bidang seni. “Rasanya kehamilan pada kali ini lebih baik daripada pengalaman pertama ketika mengandungkan anak sulung Nessa Helena. “Setakat ini, saya tidak mengalami alahan atau mengidam yang pelik-pelik cuma mudah berasa letih sahaja. Selagi larat, saya akan bekerja macam biasa,” jelasnya. Natasha diijabkabulkan dengan komposer dan penyanyi rap Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, pada 15 April lalu di Masjid Wilayah, di sini.

Korban Natasha untuk keluarga

Ternyata tahun 2012 membawa definasi berbeza buat pelakon dan pengacara Natasha Hudson atau nama sebenarnya Natasha Liana Mohd. Redzuan Hudson, 29. Sudah pastinya, setiap yang berlaku itu memberi satu lagi sebab untuk diri si cantik ini untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari mendatang. Membawa gelaran isteri dan ibu juga memberi sebab untuk wanita ini meletakkan keluarga kecilnya jauh lebih penting daripada segala-galanya. Mengakui agak kurang muncul di dada akhbar kebelakangan ini, menurut Natasha, kehilangan ini bukan bermakna dia ingin melupakan industri yang selama ini menjadi periuk nasinya. “Saya masih ada, cuma memberi lebih tumpuan kepada keluarga. “Sebenarnya tahun ini saya lebih banyak melibatkan diri dalam bidang pengacaraan. Mungkin sebab itu ramai yang bertanya sama ada saya sudah meninggalkan bidang lakonan," katanya. Dikenali sebagai antara pelakon wanita yang mempunyai raut wajah yang cantik, Natasha kini sudah lapan bulan memilih untuk mengenakan tudung. Bercerita mengenai penghijrahannya itu menurut Natasha, dia kini lebih tenang dengan penampilan baru tersebut. “Niat itu datang dengan sendirinya selepas pulang dari tanah suci Mekah. Yang pasti saya kini selesa. Bercakap soal rezeki selepas bertudung, rasanya masih sama. Cuma saya agak memilih kini kerana mahu lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga," jelasnya. Tidak pernah terfikir untuk terus meninggalkan bidang lakonan, bagi pelakon filem Cermin ini selepas bernikah pada 15 April lalu, dia memang sudah memasang niat untuk memberi tumpuan kepada bidang pengacaraan. “Tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu memberi sebab untuk saya meluangkan lebih banyak masa bersama mereka. Jadi kalau berlakon, saya akan habiskan banyak masa di luar, lain pula bidang pengacaraan yang mempunyai waktu lebih fleksibel. “Di kala anak saya kini berusia empat tahun, pastinya waktu ini sangat penting untuk saya sebagai ibu berada di sisinya sentiasa ," katanya.

Natasha Hudson disahkan hamil

Pelakon Natasha Hudson dan suaminya Carleed Khaza menerima berita gembira apabila Natasha disahkan kini hamil. Dipetik daripada Mynewshub, pasangan ini nyata gembira apabila mereka bakal menjadi ibu bapa tidak lama lagi, dan Natasha begitu teruja dengan kandungan pertamanya itu bersama Carleed. Natasha dan Carleed selamat diijabkabulkan pada April lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tanpa wang hantaran dan majlis resepsi. Natasha sebelum ini pernah dua kali berkahwin namun terkandas di pertengahan jalan, dimana pada perkahwinan pertamanya bersama Mohd Faiz Mohd Raih pada tahun 2006 hanya bertahan selama empat bulan sahaja, manakala perkahwinan keduanya bersama Datuk Shahrin Zahari pada tahun 2007 pula hanya bertahan selama dua tahun, dimana mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Neesa Helena.

Natasha Hudson Sah Milik Carleed Khaza


KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liana Hudson, 29, sah bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33 , di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima.

Natasha yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah meluahkan rasa bersyukur kerana kembali bergelar isteri buat kali ketiga selepas dua tahun bercinta dengan Carleed.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami yang serba ringkas ini berjalan dengan lancar.

"Semoga perkahwinan saya kali ini berkekalan sehingga akhir hayat," katanya yang enggan mengadakan sebarang majlis resepsi.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin.

Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

Sementara itu, beritahu Carleed pula, dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang cantik serta memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

"Apa yang penting, Natasha menghormati kedua-dua ibu bapa saya disamping sering membantu saya menjaga nenek saya yang uzur. Dia seorang yang sangat istimewa di mata saya.

"Saya juga amat rapat dengan anak perempuannya, Nessa Helena, dan kami berdoa untuk memiliki anak lagi," ujarnya.

Tambah Carleed, mereka sedang merancang untuk berbulan madu di Istanbul, Turki dalam masa terdekat ini.

Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin.

Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Nikah bukan alasan bertudung - Natasha


"SAYA bertudung bukan kerana mahu berkahwin lagi," itu luah Natasha Hudson, 30, saat hatinya diketuk mengenai hijrahnya yang kini memilih untuk berhijab.

Pelakon popular itu baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 21 Mac lalu. Berada di Tanah Suci selama hampir dua minggu, sekembalinya ke tanah air pada 4 April baru-baru ini, pelakon drama bersiri Pulau itu membawa lebih daripada satu berita.

Mula-mula dengan pengumuman tarikh perkahwinannya dengan komposer muzik, Carleed Khaza, 33, pelakon yang mesra dibahasakan Tasha itu kemudian menutup akaun Twitter miliknya.

Hari ini, (15 April) Natasha kembali bergelar isteri kepada seorang suami setelah lebih dua tahun hidup menjanda. Dia dan Carleed atau nama penuhnya, Khalid Kamal bernikah di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi.

Melihat imejnya yang kini tampil bertudung, Tasha diminta berkongsi perasaan. Dia menyifatkan setiap manusia ada cerita berbeza, namun selagi Tuhan itu ada, setiap insan pasti akan mendapat hidayah-Nya.

Kepada sesiapa juga, perjalanan ke Mekah adalah titik kembara spiritual yang sukar diterjemah secara konkrit.

Begitu juga dengan Natasha. Dia nekad untuk ke daerah yang diberi panggilan 'rumah Allah' itu dengan hati yang gementar. Bergagah dengan niat dan doa yang dipanjatkan untuk menjadi manusia yang lebih baik dalam kehidupan, karier dan keluarga, dia kembali dengan hati yang lebih tenang.

Sensasi Bintang: Boleh kongsikan sedikit mengenai penghijrahan drastik ini (bertudung).

NASTASHA: Persoalan begini sering buat saya sebak. Saya tak tahu bagaimana nak jelaskan tapi ia berlaku tanpa dirancangkan. Saya tiada niat apabila balik umrah saya mahu bertudung, ia terjadi secara sendiri. Saya selalu dengar macam-macam pengalaman orang ke Mekah dan Tuhan bukakan hati saya untuk ke sana. Saya pergi dengan hati yang gementar, banyak berdoa untuk diberikan kehidupan yang lebih baik, dalam karier dan keluarga.

Di sana pun saya tak terfikir sama ada balik nanti mahu bertudung atau tidak, tapi bila balik ke rumah dan tiba masa untuk bertemu keluarga dan rakan-rakan, saya rasa macam nak letak sesuatu atas kepala. Saya tak cakap pun bahawa saya nak bertudung.

Bila saya pakai tudung, ibu saya orang paling gembira, semua bagi sokongan dan Carleed sangat gembira lihat saya bertudung. Syukurlah, sampai hari ini hati saya kuat untuk terus bertudung.

Bertudung setelah selama ini orang tengok anda yang hidup sebagai selebriti popular yang agak banyak kisah sensasi, penghijrahan ini agak mengejutkan bukan?

Rasanya semua orang macam benih. Ia satu perjalanan spiritual yang bersifat epidemik. Wanita yang tak bertudung bukannya jahat. Bila sudah bertudung pula saya tidak akan sesekali buat penghakiman terhadap orang lain. Semua orang berhak untuk dapat hidayah. Saya pula kembali bergelar isteri tapi saya bertudung bukan kerana perkahwinan ini.

Bagaimana kalau ada yang pandang sebelah mata atau mengata, konon-kononnya awak nak tunjuk insaf dengan bertudung?

Hanya orang yang berfikiran cetek sahaja yang cakap begitu. Tapi sekarang, saya elakkan diri daripada ambil tahu hal-hal begitu. Dahulu kalau ada yang mengeji saya, saya akan sedih, menangis dan tertekan tapi sekarang, saya boleh ketawa dan tergelak sendiri. Biarlah apa orang nak kata, saya tak hidup atas duit mereka, sekarang saya cuma berikan terbaik untuk keluarga dan suami saya sahaja.

Pengajaran paling besar daripada Tanah Suci?

Islam itu mudah, cuma kita sahaja yang menjadikan ia susah.

Anda seorang yang berfesyen, jadi bila berpenampilan baru begini, pasti banyak macam idea fesyen bertudung bagaimana yang hendak digayakan, komen sikit.

Saya seorang sederhana sahaja, sebelum ini pun, saya bukannya seksi sangat. Dalam bab tudung juga, sebenarnya dah lama saya ada koleksi tudung untuk pakai ke majlis tertentu. Cuma lakonan sahaja, saya tak pernah dapat watak bertudung. Jadi tak sukar untuk saya menggayakan fesyen bertudung, bertudung pun boleh berfesyen asalkan menutup aurat. Sekarang pun sudah ada beberapa orang kawan yang menawarkan diri untuk bantu saya untuk pilih fesyen yang sesuai dengan imej baru.

Apa jadi dengan pakaian-pakaian lama?

Ada yang masih disimpan sebab macam singlet pun, ada yang boleh disuai-padankan dengan cardigan atau jaket berlengan panjang. Sebenarnya, masa sebelum pergi umrah, saya sudah berikan baju-baju lama kepada sepupu-sepupu saya. Tak sangka itu petanda awal.

Status hubungan Natasha, Carleed


JARANG sekali kisah peribadi Natasha Liana Hudson atau lebih dikenali dengan panggilan Natasha Hudson, 30, dibongkar dan didedahkan kepada khalayak.

Setelah dua kali rumah tangganya roboh, kali pertama dengan seorang usahawan, Mohd. Faiz Mohd. Raih yang hanya mampu bertahan empat bulan dan keduanya, Datuk Shahrin Zahari yang bertahan cuma dua tahun, kini kisah baharu kembali melingkari perjalanan aktres jelita itu.

Kosmo! dikhabarkan bahawa ibu kepada seorang cahaya mata, Neesa Helena itu kini sedang mesra dengan seorang komposer bernama Carleed Khaza.

Benar atau tidak cerita yang dicanangkan itu, jawapan diberikan sendiri oleh kedua-dua individu berkenaan yang ditemui ketika sidang akhbar pelancaran album kompilasi di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, hari Khamis lalu.

Kosmo!: Natasha, ada gosip mengatakan bahawa anda dan Carleed Khaza kini lebih daripada seorang sahabat, benarkah?

NATASHA: Lebih elok bertanyakan individu yang dimaksudkan itu. (ketawa)

Sejauh mana anda mengenali Carleed?

Kami berkawan sejak zaman persekolahan. Selain Carleed, saya juga rapat dengan Joe Flizzow.

Bagaimana hubungan antara Neesa (anak Natasha) dan Carleed sekarang?

Setakat ini apa yang saya lihat mereka berdua sangat rapat.

Natasha sedia berkahwin buat kali ketiga memandangkan sudah dua kali mahligai bahagia anda runtuh?

Kenapa tidak? Tapi saya tak boleh merancang. Segalanya ketentuan Allah.

Carleed, bagaimana pula anda selaku individu yang digosipkan bersama Natasha melihat gosip ini?

Tiada komen!

Jadi, bagaimana kalian berdua menyifatkan hubungan yang terjalin sekarang?

Hubungan antara kami adalah hubungan yang profesional dan cuma atas dasar kerja. Saya tak nak bagi publisiti sangat. Kami mahu cuba kekalkan tahap profesionalisme ini di mata orang luar. Saya tak selesa dengan gangguan orang luar.

Tahap profesionalisme bagaimana yang anda maksudkan?

Saya senang dengan Tasha sebab kami banyak bekerja bersama-sama. Dia menghormati saya dan banyak memberikan inspirasi. Begitu juga saya yang banyak memberikan sokongan kepada dia.

Anda bersedia untuk sebuah perkahwinan? Mungkin juga perkahwinan itu bersama seorang artis mahu pun selebriti?

Saya tak nak cerita pasal perkahwinan atau perkara seumpama itu.

Selain gosip berkenaan hubungan anda berdua, ada juga khabar angin mengatakan bahawa anda bakal bekerjasama dalam album pertama Natasha?

Saya selaku komposer dan penerbit untuk album pertama Natasha. Kami bekerja di bawah satu bumbung syarikat milik Natasha, Dream Cloud Production, jadi kami mempunyai strategi sendiri untuk promosi album dia.

Boleh ceritakan serba sedikit mengenai album yang bakal dikeluarkan oleh Natasha?

Kebanyakan lagu untuk album itu sudah dirakamkan dan kini dalam proses menyiapkan video klip. Ada lima atau enam lagu di dalamnya dan kemungkinan besar akan dipasarkan pada tahun ini juga. Genrenya adalah campuran R&B, Hip Hop, Balada dan Urban.

Berbalik kepada Natasha, kenapa mahu menceburi bidang nyanyian?

Pertama kali menyanyi untuk filem Tipu Kanan Tipu Kiri, saya merasakan sudah sampai masanya untuk mengembangkan kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Menyanyi sudah ada minat sejak kecil, saya pun pernah belajar teknik-teknik menyanyi jadi kenapa tidak mencuba.

Menerusi album itu, Natasha dikatakan bakal berduet dengan Adi Putra? Kenapa memilih dia?

Itu masih dalam peringkat perbincangan. Mungkin satu atau dua buah lagu. Mula-mulanya kami sekadar berbual kosong sebab kami pun rapat dengan Adi, mungkin saya boleh sifatkan ia secara kebetulan.

Selain terlibat dengan bidang nyanyian, apa perkembangan terkini dunia lakonan?

Saya baru habis penggambaran di Pulau Pangkor, Perak untuk drama bersiri lapan episod Pulau arahan Esma Danial. Turut sama membintangi drama ini, Sharifah Amani, Amyza Adnan, Bront Palarae dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan pada 22 Februari nanti di TV9.

Natasha Hudson Dan Carleed Khaza Kini Pasangan Bercinta?


Gossip ini boleh jadi dua benda — slowpoke atau peminat secara am’nya tidak peduli akan kisah kecil sebegini. Kami peduli.

Menurut bisik bisik yang kami dengar, aktress juga penyanyi Natasha Hudson kini di’katakan sedang bercinta dengan pasangan duet, Carleed Khaza.

Carleed Khaza juga merupakan peneraju untuk Phuture Phlow sebuah syarikat penerbitan media & bakat selain mejadi pasangan duet Natasha Hudson untuk lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia.

Tidak banyak yang boleh di’ketahui tentang kisah silam Carleed Khaza tetapi Natasha Hudson sebelum ini pernah mencipta kontroversi dalam dunia hiburan — termasuk isu cinta & plagiat hasil seni. Kelakar.

Walaupun tiada bukti kukuh yang mengatakan mereka berdua ini bercinta, tetapi jika anda ikuti Twitter mereka berdua, ada beberapa ayat romantis ringkas di’tujukan buat pasangan. Semoga berbahagia Natasha Hudson & Carleed Khaza.

Coretan Natasha


NATASHA LIANA HUDSON gemar melakar kata. Segala luahan hatinya disimpan kemas dan cantik dalam laman blog yang sentiasa dikemaskini. Selain berkarya dengan jiwa dan figuranya yang dilintaskan di mata khalayak melalui bakat lakonan, wanita berusia 29 tahun ini juga mahu mengukir seni dengan kata-katanya atau lebih tepat lagi, luahannya.

Sepertinya sebuah penulisan itu mampu memberi Natasha sebuah kebebasan. Dia bebas berekspresi dan melemparkan pendapat di samping melakar pengalaman berdasarkan pengamatan. Dia merasakan dirinya seorang yang sentiasa inginkan setiap inci ruang hidupnya terbias hasil seni.

Sibuk dengan penggambaran filem, Natasha yang mesra disapa Tasha terlibat dengan dua buah filem iaitu Langgar dan Lemak Kampung Santan.

Berbeza karakter dan warna dalam pembawaan, buat Natasha, watak Amanda yang dibawakan dalam filem Langgar memberikan dirinya perbezaan.

Buat pertama kalinya juga, Natasha membawakan watak yang begitu berbeza dalam lakonannya sebelum ini.

“Watak saya berbeza dalam filem arahan Sein ini. Saya jadi penagih dadah, perokok dan juga bercampur dengan gengster. Malah latar belakang saya dalam filem ini juga hitam. Langgar berkisar tentang gengster dan saya terlibat dengan babak cinta bersama Namron dan Adi Putra,” ujar Tasha yang merelakan dirinya dipukul, disepak didera oleh Radzi (Namron) yang memegang watak ketua gengster dan kekasih Amanda.

“Saya minta Namron buat betul-betul agar nampak keberkesanannya. Memang banyak adegan dera,” ujar Natasha yang memberi visual seorang penagih dadah melalui tabiat merokok dalam filem ini.

Ibu kepada seorang anak perempuan Nessa Helena yang berusia 3 tahun itu akan muncul melalui telefilem yang bertajuk Si Tudung Tweet terbitan Mermaid Studios.

Bakal ditayangkan pada 16 November ini pada pukul 8.30 malam di saluran TV9, Si Tudung Tweet arahan Ghaz Abu Bakar turut menampilkan Liyana Jasmay, Izzue Islam, Juliana Evans dan Afiq Muiz.

Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah (Liyana Jasmay) merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Tasha membawakan watak seorang pengetua sekolah fesyen yang tegas.

Natasha kena gam?


SELAMA dikaitkan dengan kontroversi, tak pernah pula Kak Pora dengar cerita mengenai disiplin atau apa saja yang kurang enak berkaitan karier Natasha Hudson.

Biarpun kerap diterpa cerita panas dan sensasi, semua itu berlegar kepada isu peribadi Natasha. Langsung Kak Pora tak dengar rungutan produksi mengenai cara kerja Natasha ketika di lokasi. Natasha memang seorang yang berdisiplin tinggi. Kak Pora sendiri pun suka melihat Natasha berlakon. Bakatnya besar cuma mungkin dia belum mendapat watak yang mampu menyerlahkan kekuatan sebenar persembahannya.

Cuma baru ini ada pula yang menyampaikan kepada Kak Pora cerita kurang enak mengenai Natasha atau Kak Pora selalu memanggilnya, Tasha.

Beriya-iya sumber itu memberitahu, Tasha sudah berani menunjukkan belangnya di lokasi penggambaran. Biar betul? Dia mendakwa Tasha bukan saja berani melawan pengarah, malah turut mempertikai hasil kerja pengarah itu. Takkan kot?

Sumber itu juga memaklumkan, Tasha langsung tidak menghormati produksi dan kelakuannya itu membuat ramai yang berlakon sama kurang selesa.

Jauh beza ketika Tasha datang merayu hanya untuk mendapatkan peluang berlakon. Mengenangkan Tasha yang mempunyai tanggungan, mereka pun bersimpati lalu memberikan peluang.
Tetapi lain pula jadinya. Ada produksi khabarnya makan hati kerana Tasha menyusahkan mereka apabila menolak satu tawaran kerana mendapat job lain yang lebih lumayan.

Bergegas mereka mencari pelakon pengganti sedangkan jadual penggambaran sudah pun diberikan. Gara-gara disiplin Tasha itu, Kak Pora mendapat tahu sebuah stesen televisyen sudah menggam Tasha daripada berlakon drama terbitan mereka.

Kak Pora harap cerita yang sampai kepada Kak Pora ni bukan cerita benar. Mungkin Tasha pun sudah kebal dan lali dengan fitnah. Tapi gosip kali ini memang cuba menutup periuk nasi Tasha.

Selepas Dituduh Ciplak Lagu, Natasha Hudson Masih Ingin Menyanyi


PETALING JAYA: Biarpun pernah dituduh sebagai 'ratu ciplak' melalui lagu Hanya Tuhan Yang Tahu sebelum ini, pelakon jelita Natasha Hudson bangkit dengan dua single baru.

Single tersebut berjudul Jika Kau Berubah dan Selamanya yang dijangka diedarkan bulan depan.

Katanya, lagu tersebut menjadi landasan untuk dirinya bangun semula daripada peristiwa yang pernah menjejaskan namanya.

“Saya tahu ramai yang mengecam saya apabila pertama kali melangkah ke dunia nyanyian dan lebih teruk apabila menuduh saya melakukan ciplak sedangkan saya tidak tahu menahu tentang itu.

“Saya berharap dengan adanya single terbaru nanti, saya dapat diterima dalam bidang seni suara ini. Apa yang saya lakukan bukan kerana duit atau populariti tetapi kerana minat yang mendalam,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Natasha, dia tidak mahu berhenti kerana kritikan masyarakat, malah menganggap ia sebagai dugaan hidup.

“Dalam hidup, saya telah lalui berbagai dugaan dari segi peribadi dan kerjaya. Saya pernah melalui banyak kontroversi.

“Tapi saya sudah lali dan tak ambil peduli dengan apa orang nak cakap tentang saya. Saya hanya lakukan apa yang saya ingin lakukan,” katanya.

Sementara itu, Natasha mengakui jadual kerjaya akan lebih padat berikutan pembabitannya dalam bidang tersebut.

“Saya memang seorang yang kuat bekerja. Jka tidak ada kerja saya akan runsing. Saya sentiasa akan penuhkan jadual saya dengan kerja.

“Alhamdulillah setakat ini masa bersama anak tetap diutamakan, biasanya saya akan bawa anak saya sekali ke tempat kerja,” katanya.

Ditanya tentang kehidupan peribadi, Natasha yang pernah dikaitkan dengan pelawak Zizan Raja Lawak ini memberitahu mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.

“Saya sudah menghabiskan banyak masa dengan kehidupan kekeluargaan suatu masa dahulu dan kini masanya untuk saya mencari kebahagiaan untuk kerjaya saya pula. Kini saya ingin fokus untuk anak dan diri sendiri,” ujarnya.

Akui selesa bersama Zizan - Natasha


SAAT ini, kelibat Natasha Liana Hudson, 29, sering kelihatan di di mana-mana majlis yang melibatkan Zizan Raja lawak atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abd. Razak . Terbaru, Natasha dikatakan membuat kemunculan pada siaran langsung program Maharaja Lawak di atas pelawaan pengurus Zizan, Marina Juki.

Atas sebab itu, ramai yang membuat andaian yang sebenarnya Natasha dijemput Zizan sendiri ke program itu. Mereka juga dikatakan menjalinkan hubungan cinta dalam diam.

Tiada halangan dan tiada sebab mengapa mereka tidak boleh bercinta. Natasha sudah menjanda hampir dua tahun manakala Zizan pula sehingga kini tiada hubungan istimewa dengan sesiapa.

Berpeluang bersua empat mata dengan pelakon utama filem Chermin itu semasa majlis ramah mesra drama TV9, Bait Cinta yang bersiaran setiap Isnin dan Selasa pada pukul 8.30 malam di Sri Pentas, Petaling Jaya baru-baru ini, peluang untuk mencungkil tentang khabar angin yang sedang hangat diperkatakan itu tidak dilepaskan begitu sahaja.

Mengenakan blaus putih bercorak, dengan senyuman lebar pada wajahnya Natasha mengaku rapat dengan Zizan.

Katanya, mereka rapat bukan kerana bercinta tetapi sekadar teman sahaja.

“Saya dengan Zizan cuma kawan biasa sahaja. Tidak lebih daripada itu. Kami sering bersama di majlis-majlis disebabkan kami diuruskan oleh pengurus yang sama iaitu Marina Juki,” katanya.

Namun, ibu jelita kepada Neesa Helena, 3, itu juga mengaku yang dia begitu selesa berkawan dengan Zizan.

“Sebagai seorang kawan saya lihat Zizan seorang yang berbakat besar. Dia tidak kisah apa yang orang kata. Dia juga seorang yang humble dan sering memberi saya nasihat,” katanya mengenai Zizan tanpa berselindung.

Ditebak dengan persoalan sampai bila dia ingin menjanda selepas perkahwinan keduanya gagal pada tahun 2009, Natasha yang mesra dipanggil Tasha memberitahu, fokusnya kini hanya kariernya sebagai pelakon dan menyanyi selain membesarkan anak perempuannya.

Duit bukan masalah

Ditanya tentang kriteria lelaki idaman, Tasha memberitahu, duit bukan menjadi kriteria utama untuk dia memilih lelaki.

“Money not a big thing. Apa yang penting, dia hormat perempuan. Tasha akan tengok bagaimana dia layan mak dia. Dari situ, Tasha akan tahu lelaki itu orangnya bagaimana.

“Saya juga suka pada lelaki yang berdikari, kerja keras, ada agama dan bertanggungjawab,” katanya mengenai kriteria bakal suaminya itu nanti.

Sentiasa tidak betah duduk diam. Pelakon kacukan Australia-Melayu ini masih mahu menggali bakatnya dalam bidang penulisan puisi yang memang sudah sebati dengan dirinya.

Menurut Tasha, dia sememangnya minat menulis sejak di bangku sekolah lagi. Hanya kini, dia memberanikan diri menghasilkan dua buah buku yang turut mengandungi puisi serta cerita pendek mengenai kanak-kanak.

“Saya telah menghasilkan dua buah buku iaitu My Heart My Soul My Passion dan Puisi Indah Si Pari-Pari. Menerusi buku My Heart My Soul My Passion, saya telah mengumpul puisi-puisi yang saya hasilkan sejak umur 12 tahun lagi.

“Bagi Puisi Indah Si Pari-Pari pula, ia memuatkan puisi serta cerita pendek kanak-kanak,“ katanya yang meminati hasil penulisan Tim Burton, Dewi Lestari dan Pablo Ne ruda.

Menyentuh mengenai penulisan Puisi Indah Si Pari-Pari, katanya, ia memuatkan 20 buah cerita dan puisi antaranya yang berjudul Kepadamu dan Ratuku.

Kepadamu dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan Tasha terutamanya perjalanan hidup serta liku-liku ke hidupan yang dia sudah lalui.

Tasha yang juga merupakan graduan jurusan Rekaan Grafik di Univesity Of Chicago itu kini sedang merangka puisi yang seterusnya.

“Buat masa ini saya sedang menulis puisi yang berikutnya. Ia merupakan puisi yang merangkumi pelbagai perkara di sekeliling saya,” katanya yang baru sahaja selesai penggambaran telefilem dan drama iaitu Seindah Namamu, Bait Cinta, Antara Keju dan Belacan serta Cinta Celop-Celop.

Penerima Anugerah Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 menerusi filem Chermin itu bersyukur kerana tawaran lakonan datang mencurah-curah.

Selepas tamat penggambaran telefilem dan drama, kakak kepada pelakon Tania Hudson ini bakal ke lokasi penggambaran drama rantaian Hilang dan Deru Ombak serta filem Pintu Neraka.

Ditebak sama ada dia berasa tercabar dengan kehadiran adiknya, Tania dalam industri hiburan, Tasha memberitahu, dia tidak langsung merasakan sedemikian.

“Saya tidak rasa tercabar dengan kehadiran dia. Sebabnya, kami mempunyai karakter yang sangat berbeza. Dia lebih lembut manakala Tasha lebih agresif.

“Watak-watak lakonannya juga lebih kepada remaja dan saya pula lebih sukakan watak-watak yang lebih mencabar,” katanya mengulas mengenai Tania.

Jika ku Ubah Dunia

Biarpun ramai yang mengecamnya tidak boleh menyanyi, pelakon berbintang Virgo ini tetap meneruskan minatnya dalam nyanyian selain komited dalam bidang lakonan. Terbaru, dia bakal muncul dengan dengan tiga buah single lagu iaitu Jika Ku Ubah Dunia, Destiny Bersiri dan Selamanya.

“Untuk lagu Jika Ku Ubah Dunia, saya akan berduet bersama Carleed Khaza daripada kumpulan Phlowtron, manakala lagu Selamanya pula saya akan berduet bersama kumpulan Phloetron dan juga Adib, Fabulous Cats,” katanya mengenai lagu yang bakal dikeluarkan pada bulan Jun itu.

Menyentuh mengenai single ketiganya pula, kata Tasha, ia merupakan lagu solo nyanyiannya yang berjudul Destiny Bersiri.

Ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara kerjaya dan kehidupannya sebagai ibu, kata Tasha, dia akan sedaya upaya meluangkan masa bersama anaknya.

“Kalau ada masa saya akan berkepit dengan dia sepanjang masa. Pernah juga saya bawa Neesa ke lokasi penggambaran tetapi kini tidak lagi. Saya tidak mahu dia rasa tidak selesa dan penat,” katanya mengenai anak kesayanganya itu Neesa yang bakal menyambut ulang tahun ketiganya pada 4 Jun ini.

Berhenti menghina saya!-Natasha


KEBENARAN memang payah untuk diluahkan tetapi tidak buat sang jelitawan . Wanita ini memang lantang bersuara sekiranya terdapat mana-mana perkara yang bertentangan dengan prinsip diri. Frasa ‘whatever’ sentiasa menghiasi bibir mongel anak kelahiran Perak dan dijadikan perisai utama andai ada pihak menghentam pendiriannya dengan mengungkit kisah silam.

“Falsafah hidup Tasha cukup mudah. Bekerja kuat untuk kesenangan sendiri dan keluarga. Tidak perlu cium punggung atau tidur dengan sesiapa untuk mempercepatkan langkah ke hadapan,’’ tingkah awal tatkala bercerita tentang pendiriannya itu.

Disebabkan kelantangan dan sikap keterbukaan itu juga, pemenang kategori Pelakon Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) ini diduga dengan pelbagai cerita kurang manis.

Kisah kegagalan dua rumahtangganya kerap kali menduga kesabaran Natasha. Di sini dia bertarung dengan pelbagai cemuhan sementelah ada pihak yang menawar diri menjadi ‘orang tengah’, sibuk menguruskan perihal peribadinya.

‘‘ Tasha bertmbah keliru apabila ada pihak mempersoalkan kehadiran Tasha dalam industri sen. Ada juga yang suruh Tasha berundur sahaja sebab tak guna industri ada insan kaki penipu macam Tasha. Apa ini?

‘‘Kisah kontroversi lebih selesa dikaitkan dengan Tasha berbanding cerita kerjaya Tasha. Sedangkan Tasha punya bakat tersendiri yang boleh dibawa ke hadapan. Susah sangatkah nak terima Tasha ini?,’’ soal wanita ini tatkala ditanya tentang kedudukannya sebagai anak seni pada hari ini.

Diakui bahawa perjalanan hidupnya sebagai anak wayang sejak enam tahun lalu penuh ranjau berduri. Tambahan apabila masyarakat sudah melabel dirinya dengan gelaran seperti ratu ciplak, ratu propa atau pembohong besar menyebabkan dia selalu tersentap.

Justeru, anak campuran Melayu dan Anglo-Australia ini merasakan apa sahaja kekhilafan yang terjadi pada masa lampau itu berlaku tatkala dia belum cukup matang lagi. Tidak mengerti apa yang dikehendaki oleh ‘pasaran’ orang seni ketika itu.

Tammbahan pula kehadiran Natasha secara bersendirian tanpa merujuk kepada mana-pihak pihak lebih berpengalaman dalam bidang seni mengusutkan lagi keadaan. Telahannya, perkara `hitam’ itu boleh dielakkan andai ada insan yang sudi memperbetulkan langkah sumbangnya.

‘‘Cukup menyedihkan apabila orang di luar sana bebas mengutuk macam-macam tentang Tasha. Sedangkan Tasha tidak pernah diberi peluang untuk bersuara. Tidak adil bukan?

‘‘Geram dan rasa jelik timbul, rasa mahu berundur saja. Sebab tidak mahu mengalah, Tasha pedulikan apa orang nak kata tentang Tasha, dan biarkan Tasha hidup dalam dunia ‘what ever’ Tasha sendiri.

‘‘Tasha bukan jenis yang kuat memberontak, melenting tak tentu pasal untuk memperlihatkan rasa tidak puas hati. Tasha anggap apa sahaja dugaan itu daripada Tuhan,’’ bongkar rahsia hati wanita ini sedikit demi sedikit.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Grafik dan Pengiklanan dari University of Chicago dan Sarjana Lanjutan dalam Tarian, Muzik dan Lakonan dari Chicago Performing Arts School ini tekad untuk menempuh apa juga cabaran.

Pemegang watak Azrin Aziz dalam filem seram Chermin ini kini semakin bersedia untuk menempuh apa juga cabaran termasuk berdepan dengan apa juga rintangan pada masa depan.

Dihimpit cinta VVIP

Janda muda berusia 28 tahun ini kelihatan cukup tenang tatkala mengupas soal isi hatinya. Luarannya cukup bersedia tatkala persoalan tersebut dibangkit.

‘‘Tasha bukan perempuan yang mudah meraih cinta dari sebarang lelaki. Walaupun ada insan yang menghimpit dekat, Tasha tak tergoda. Belum cukup kuat untuk menggoyahkan iman Tasha. Janjilah apa juga kemewahan, Tasha tak pandang sebab itu bukan sasaran utama.

‘‘Tasha lebih bersikap memilih sebab Tasha tidak mahu terburu-buru. Sebab ada lelaki yang datang, pada mulanya sangat sempurna, tidak cacat cela, tetapi bertukar warna selepas mengenalinya beberapa bulan kemudian.

‘‘Ada yang mula mengajak Tasha berkahwin dan gunakan helah yang macam-macam untuk menawan hati Tasha. Macam ada udang sebalik batu pun ada, sebab itu Tasha tak boleh ambil mudah soal kahwin kali ini,’’ dedahnya satu persatu.

Strategi yang bakal dilancarkan dalam misi pencarian suami kali ini adalah mengenakan ujian secara perlahan-lahan kepada mereka. Bagaimanakah proses ujian itu berjalan? Berulang kali Natasha tidak mahu memperincikan kerana ia terlalu sulit.

Jelasnya: ‘‘Saya belum terdesak nak berlaki sangat. Cuma kadang kala agak rimas bila orang mempersoalkan status saya ini. Buat apa saya tergesa-gesa mencari pengganti yang belum diketahui hati budinya lagi.

‘‘Jadi lebih baik Tasha bersendirian buat sementara, fokus kepada keperluan anak, Neesa Helena yang dah masuk umur dua tahun setengah. Sebab dia adalah keutamaan Tasha sekarang ini. Tasha nak pastikan dia dapat kasih sayang secukupnya,’’ katanya lagi.

Ditanya siapakah individu yang pernah mendekati heroin filem Tipu Kanan Tipu Kiri terdiri daripada orang kenamaan, wanita ini hanya tersenyum penuh makna.

Katanya, tidak semua bergelar orang terpenting pun, cuma segelintir sahaja. Dia tidak boleh dedahkan siapa kerana ia terlalu peribadi.

Saat ditanya adakah Natasha tergolong dalam kategori wanita materialistik yang gemar mengejar lelaki bergelar Datuk atau berpoket penuh sahaja, pelakon teater muzikal Ibu Zain dan Gamat ini menggelengkan kepala.

‘‘Cukuplah Tasha dihina macam-macam bila soal kahwin dengan orang kenamaan dibangkitkan. Ini semua soal jodoh. Tasha tidak boleh cakap kahwin dengan orang kaya sahaja boleh buat Tasha bahagia sementara kahwin dengan orang biasa, buat Tasha menderita.

‘‘Begitu juga dengan soal keserasian. Mengapa sebelum berkahwin timbul keserasian tetapi tidak terjadi selepas berkahwin. Sekali lagi Tasha cakap perkara itu di luar kawalan pasangan itu kadang kala,’’ katanya jujur.

Mengupas tentang soal kesunyian selepas berpisah dengan bekas suami, Datuk Shahrin Zahari pada penghujung tahun 2009, pelakon tele filem Superwoman dan Biar Putih Tulang ini tidak menafikan perasaan itu kadang kala menjelma.

Namun, perasaan hening itu bertukar dengan keriuhan Neesa yang semakin nakal, bijak bercakap dan sering menghiasi harinya itu.

Menyentuh tentang soal nyanyian, model komesial ini dilihat rancak bercerita tentang rancangan untuk bergelar penyanyi secara rasmi selewat-lewatnya awal tahun depan.

Sekarang ini sudah tiga lagu sudah dirakam dan salah satunya lagu duet bersama kumpulan hip-hop, Phlowtron bergenre R&B dan pop.

‘‘Tasha akan terbang semula ke Jakarta, Indonesia selepas keadaan di sana benar-benar selamat. Risau juga dengan situasi Gunung Merapi yang masih aktif itu,’’ ujarnya.

Pada masa yang sama, Natasha meminta agar soal single pertamanya berjudul Hanya Tuhan Yang Tahu dikatakan mirip dengan lagu Right or Wrong yang ditulis sendiri oleh Kimberley Chuah tidak diulas semula.

Tambahnya, perkara tersebut sudah berlalu dan tidak perlu diungkit semula kerana dia sudah mendapat pengajaran ‘istimewa’ di sebalik kejadian tersebut.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails