Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Noniswara. Show all posts
Showing posts with label Noniswara. Show all posts
Noniswara ada kekasih baharu
BELEK-BELEK surat khabar, banyak juga muka baharu yang Diva tak berapa nak kenal. Kalau ada muka-muka lama pun, mesti ceritanya tidaklah sebesar cerita artis baharu yang tengah menggelegak dengan macam-macam cerita panas dan sensasi.
Benda begitu memang tak boleh nak elak, dahulu masa artis-artis lama sekarang muda pun, mereka alami perkara yang sama. Roda hidup, Diva pun kalau nak tahu pasal artis-artis lama yang Diva kenal dan suka, terpaksa telefon dan tanya perkembangan. Barulah tahu keadaan sebenarnya.
Tengah Diva sibuk-sibuk nak korek cerita penyanyi kesayangan ramai, Datuk Jamal Abdillah yang katanya nak menyunting penyanyi Nas Adila sebagai isteri.
Kawan baik Diva, Bisikanria nama timangannya pula buka cerita pasal dramatis Noniswara yang agak sepi ceritanya sekarang selepas bercerai talak satu dengan pada Julai lalu.
Ikut cerita Bisikanria, Noniswara yang kembali menjanda itu sudah ada buah hati baharu. Nak kata sah kekasih yang serius, tidaklah pula dapat Diva pastikan sebabnya Diva hanya tengok dari jarak tak berlaga bahu.
Kata Bisikanria dan teman-teman yang suka menghadiri majlis-majlis, Noniswara kerap dilihat membawa pengapit lelaki yang kacak bergaya. Paling mencuri pandangan, tentulah sebab lelaki itu jauh lebih muda daripada Nonis. Dengar cerita, si teruna yang selalu bersama Nonis itu bekerja di bank.
Kalau tak silap Diva, Bisikanria ada cakap, sebelum ini Nonis pernah jawab soalan mengenai lelaki muda itu sebagai temannya. Kata Nonis, antara puncanya, budak itu sungguh kacak dan sangat berbeza daripada lelaki yang pernah dikenalinya. Untungnya Nonis, dia pun tidaklah bertepuk sebelah tangan. Diva dengar, budak lelaki itu sungguh-sungguh jatuh hati terhadap Nonis, lagi pun Noniswara pun solo, apalah salahnya.
Lelaki itu bukan muda - Noniswara
BEBERAPA bulan lalu, kes penceraian pelakon Noniswara dengan Datuk Rosman Ridzwan sudah selesai dan kini dia sudah kembali solo. Namun, belum pun cukup setahun usia penceraiannya, wanita yang mesra disapa sebagai Nonis ini kini dihimpit kontroversi dengan gosip baharu tentang dirinya.
Menerusi perkhabaran yang masih bertiup itu, khabarnya Nonis, 44, kini sudah mempunyai kekasih baharu yang jauh lebih muda daripadanya. Nonis juga dikatakan sering juga membawa kekasih baharunya itu ke majlis-majlis dan ada yang pernah terserempak dengan mereka berdua.
Namun, itu sekadar gosip kerana tuan punya badan, tidak mengesahkan apa-apa tentang kebenaran berita tersebut.
Justeru, bagi mendapatkan kepastian dan tidak ingin membuat apa-apa spekulasi tentang perhubungan baharu itu, Kosmo! telah menghubungi Nonis. Ikuti pengakuan Nonis yang berbicara tentang kesahihan cerita yang disebarkan itu.
Kosmo! Bagaimana dengan kehidupan Nonis sekarang ini selepas kembali solo?
NONIS: Kehidupan saya masih seperti biasa. Sibuk dengan beberapa tawaran lakonan serta kerja yang saya lakukan dan juga anak-anak.
Namun, jika dahulu, ada suami, masa bersama suami harus ada. Kini, saya lebih banyak luangkan masa bersama rakan-rakan dan juga punya masa untuk sesi manjakan diri sendiri.
Selain lakonan, adakah Nonis ada melakukan kerja sampingan seperti perniagaan atau seumpamanya?
Bagi tawaran lakonan, saya pilih yang tidak mengambil tempoh masa lama. Saya ada ambil beberapa tawaran drama dan telefilem sahaja.
Selain itu, saya juga ada membuat kerja separuh masa iaitu menjadi perunding kewangan peribadi.
Bolehkah Nonis komen tentang gosip yang mengatakan anda kini sudah ada pengganti?
Memang tiada pengganti atau kekasih buat masa ini. Memang saya akui, ada yang mahu mendekati, namun sekarang belum lagi masanya. Tambahan, saya baru habis tempoh edah tempoh hari, mana mungkin pula saya sudah mahu raikan dengan punya kekasih baharu. Saya kini ingin beri fokus terhadap karier dulu.
Jadi, tidak benarlah dakwaan tersebut?
Tak baik cerita begini dibuat. Saya ketika itu mengajak rakan saya untuk menemani saya ke majlis itu sahaja. Dia bukan kekasih atau sesiapa yang istimewa. Banyak lagi benda dalam perancangan saya yang ingin saya lakukan. Bukannya saya serik tapi malas saya ingin fikirkan tentang cinta buat masa ini.
Adakah ini bermakna Nonis tidak serik lagi untuk menjalinkan hubungan yang serius selepas ini?
Jodoh adalah ketentuan Allah, jika benar jodoh saya bersama sesiapapun, memang perkara tersebut tidak dapat dielakkan. Namun, jika benar saya mengenali seseorang, saya akan nilai dan kenal betul-betul sebelum membuat keputusan.
Ini perkahwinan saya yang ketiga, jadi saya mahu sangat berhati-hati dalam memilih pasangan dan membuat keputusan. Memang saya tidak menafikan ada yang mahu rapat tapi saya masih tidak buka ruang itu untuk sesiapa.
Jadi, boleh Nonis beritahu siapakah gerangan jejaka muda yang dilihat bersama anda ke majlis seperti yang diperkatakan?
Lelaki itu sebenarnya kawan saya dan dia bukan muda seperti yang dikatakan. Dia sebaya dengan saya. Orang kenal saya, tahu umur saya, dan orang tidak kenal dia. Mungkin juga penampilannya, orang nampak dia muda. Memang belum terbuka hati saya dan jika keluar pun kami ramai-ramai bersama kawan-kawan.
Mungkin juga orang salah sangka kerana saya sering bertemu dengan klien atas urusan kerja. Saya mahu fokus terhadap masa depan saya kini, dan bukan perkara sebegini.
Isu Rampas Suami, Maznah Zulkifli Jumpa Noniswara
Pelakon dan pengacara Maznah Zulkifli telah bersemuka dengan Noniswara bagi menjelaskan dakwaan kononnya dia menjadi punca terhadap keretakan rumah tangga Noniswara dengan Datuk Rosman Ridzwan.
Maznah menjelaskan, pertemuan itu diadakan bagi menjelaskan tuduhan Noniswara yang dia tekah merampas Rosman adalah satu fitnah dan salah faham.
"Selain bertemu dengannya kami pernah terserempak di lapangan terbang dan saya telah jelaskan kedudukan sebenar mengenai dakwaan kononnya saya mempunyai hubungan dengan suaminya.
"Malah Noniswara pernah menghubungi saya untuk bertanyakan hal sama dan saya tidak pernah mengelak dan menjawab dengan baik setiap pertanyaannya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran S4M Motorsports 'Big Bike Garage' di Setapak pada Sabtu.
Noniswara dan Rosman sah bercerai menerusi lafaz taklik pada 18 Julai lalu selepas kes berkenaan tidak dapat diselesaikan secara baik hampir setahun di mahkamah.
Dalam perkembangan sama, Maznah berkata, dia berdiam diri kerana berasa terkejut namanya dikaitkan selain tidak mahu memperbesar-besarkan isu yang tidak mempunyai kaitan dengannya itu.
Jelasnya, dia tidak perlu melatah kerana berada di pihak yang benar dan mengambil sikap untuk bertenang walaupun dikecam teruk akibat tuduhan berkenaan.
"Isu tersebut sudah pun berlalu tetapi harus saya akui ia adalah satu kejutan buat saya kerana sebelum ini belum pernah nama saya tercalar dengan gosip seperti itu.
"Bagaimanapun saya tidak cepat melenting kerana ia salah faham yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali," jelasnya.
Dalam pada itu, Maznah berkata, dia tidak mengenali Rosman secara peribadi dan hanya menyifatkan hubungan mereka sekadar profesional dan berkaitan kerja.
Jelasnya lagi, dia mengenali lelaki tersebut apabila menjadi salah seorang jurucakap untuk satu aplikasi telefon tempat syarikat Rosman bekerja sebelum ini.
"Setiap kali saya ada mesyuarat dengan pihak tersebut saya hadir bersama rakan kongsi dan tidak pernah pergi bersendirian. Secara tiba-tiba nama saya dikaitkan dalam keretakan rumah tangga mereka. Ia adalah berita mengejutkan selain tidak masuk akal," ujarnya.
Bagaimanapun kata Maznah, dia menghormati Noniswara sebagai seorang kawan dan rakan artis dan tidak akan mengelak jika terserempak dengannya selepas ini.
"Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan dan saya tetap akan menegur, bersalaman dengannya sekiranya kami bertemu," ujarnya.
Sementara itu, Maznah tidak menafikan gosip berkenaan telah menjejaskan nama baiknya sebagai duta BMW Motorrad dan duta Sunway Lagoon yang banyak melibatkan aktiviti lasak bersama belia.
Bagaimanapun kata Maznah, dia tidak patah semangat dengan kejadian tersebut sebaliknya melihat ia sebagai ujian dan percaya ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpanya.
Dalam perkembangan lain, Maznah kini masih sibuk dengan pelbagai aktiviti lasak dan banyak menjelajah ke pelbagai tempat bersama konvoi motosikal berkuasa tinggi.
"Selain jelajah Afrika saya baharu sahaja selesai menjelajah ke sembilan buah negara di Eropah dengan menaiki motosikal selama 25 hari dan aktiviti tersebut sentiasa memberikan saya kepuasan yang tinggi," katanya.
Hidup Semakin Baik, Rasa Macam Bujang - Noniswara
Sejak bercerai pada Julai lalu, dramatis Noniswara memberitahu hidupnya kini bertambah baik. Meskipun kini beliau status ibu tunggal, namun ia langsung tidak membataskan ibu kepada tiga anak ini untuk aktif dalam dunia lakonan walaupun terpaksa membahagikan masa antara di set penggambaran dan tumpuan pada anak-anaknya, Naveer Mihshon, (19 tahun) Nur Arysha Amyra, (14 tahun) dan Nazeer Danish, (7 tahun).
Malah kata aktres yang mesra disapa dengan panggilan Nonis ini, setiap kali bila tiba giliran anak-anaknya bersama bekas suami, dia pula terasa seperti hidup bujang. Dia bebas melakukan apa saja dan kerana itu juga dia boleh menumpukan pada lakonan.
"Alhamdulillah, hidup saya bersama anak-anak semakin baik. Segala perkara yang tersangkut dah selesai. Hidup mesti diteruskan. Saya sentiasa menciptakan suasana gembira untuk anak-anak saya.
"Soal uruskan rmah pun saya dah biasa buat sendiri. Sebab kalau dulu pun (semasa bersuami) memag saya yang lebih banyak buat keputusan dalam hal menguruskan anak-anak, suami hanya menasihatkan saja. Jadi bia sekarang, tak lah rasa kekok sangat nak uruskan semua perkara seorang diri.
"Saya pun bergilir-gilir jaga anak-anak dengan bekas suami. Itu yang saya boleh tunpukan pada lakonan. Kalau tiba giliran anak-anak balik ke rumah bekas suami saya, kadang-kadang tu saya rasa macam hidup bujang pula. Iyalah, kat rumah tak ada suami dan anak-anak", tanya sambil berseloroh.
Nonis ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bertempat di Saloma Bistro, semalam.
Pada 18 Julai lalu, ikatan perkahwinan selama lima tahun pelakon berusia 44 tahun ini dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56 tahun, terlerai apabila mereka disahkan bercerai secara taklik.
Dalam pada itu mengenai perkembangan seni, pada hujung bulan ini Nonis bakal sibuk di set penggambaran drama bersiri terbitan TV3. Sambil-sambil itu, dia juga sibuk menguruskan perniagaan tradingnya secara kecil-kecilan.
- mD
Noniswara Lebih Tenang Selepas Bercerai
Pelakon Noniswara berasa lega dan tenang apabila kes penceraiannya dengan Datuk Rosman Ridzwan akhirnya selesai apabila mereka sah bercerai menerusi lafaz taklik pada 18 Julai lalu.
Nonis atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 44, berkata, dia kini mahu hidup berdikari dan memberikan tumpuan kepada tiga anaknya yang sedang membesar selain tumpuan kepada kerjaya lakonannya.
"Setahun saya naik turun mahkamah bagi menyelesaikan kes ini dan akhirnya saya mampu menarik nafas lega kerana semuanya telah selesai.
"Walaupun sedih mengenangkan pengakhiran rumah tangga kami tetapi saya berasa lebih tenang sekarang dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya dan anak-anak," katanya kepada mStar Online.
Nonis membuat tuntutan cerai taklik pada 9 Mei lalu mengikut Seksyen 50 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tindakan itu dibuat selepas suaminya meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberi nafkah adalah selari dengan lafaz taklik yang dibacakan defendan pada hari pernikahan mereka pada 31 Julai 2009.
Lafaz tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus berserta Noniswara dan juga peguamnya, Datuk Amly Embong tanpa wakil dari pihak lelaki.
Dalam pada itu, Nonis berkata, buat masa ini dia tidak terfikir untuk mencari pengganti sebaliknya hanya mahu fokus kepada kerjaya dan anak-anak.
Jelas Nonis, dia mahu membina kehidupan baru tanpa mengharapkan sokongan daripada lelaki dan menganggap soal itu tidak penting.
"Bukan serik tetapi ia bukan fokus saya lagi kerana paling penting kerjaya dan anak-anak diutamakan," katanya.
Pelakon berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.
Noniswara Sah Bercerai
Pelakon Noniswara Baharuddin, 44, sah bercerai secara taklik dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan selepas membayar RM10 sebagai syarat dalam lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.
Menurut laporan Kosmo pada Jumaat, Hakim Syarie Umamuddin Yunus memutuskan demikian dalam kamarnya selepas meluluskan permohonan cerai taklik yang dimohon Noniswara, 9 Mei lalu.
Ini merupakan penceraian kali kedua pelakon kelahiran Kelantan itu selepas membuat permohonan cerai kerana digantung tidak bertali oleh ahli perniagaan itu sejak lapan bulan lalu.
Permohonan cerai taklik telah difailkan mengikut Seksyen 50 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Peguam Syarie yang mewakili Noniswara, Datuk Amli Embong berkata, hakim mensabitkan cerai taklik bukan sahaja berdasarkan bayaran RM10 yang diterima bagi pihak defendan, malah turut mengambil kira keterangan plaintif, saksi, hujah peguam dan sumpah iztizhar.
Rumah tangga pasangan tersebut yang bernikah pada 31 Julai 2009 itu mula berantakan selepas gosip Rosman menjalinkan hubungan dengan seorang aktres sehingga lelaki itu meninggalkan Noniswara tanpa khabar berita.
Noniswara mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya manakala Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima orang anak daripada perkahwinan terdahulu.
Noniswara Dakwa Cedera Ditolak Suami
Dramatis Noniswara Baharuddin mendakwa pernah cedera sehingga berdarah akibat ditolak oleh suaminya, Datuk Rosman Ridzwan di atas jalan raya ketika memujuk ahli perniagaan itu pulang ke rumah.
Akhbar Kosmo melaporkan Noniswara, 44, memberitahu ekoran kejadian itu dia ada membuat laporan polis bagi melindungi dirinya.
Pelakon itu berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa semasa disoal peguam syarie, Datuk Amli Embong ketika perbicaraan permohonan cerai taklik terhadap Rosman, 56.
Noniswara selaku plaintif membuat permohonan tersebut memberi keterangan secara sebelah pihak selepas Rosman tidak pernah memberi kerjasama terhadap permohonan cerai yang difailkan olehnya sebelum ini.
Permohonan cerai taklik itu difailkan pada 9 Mei lalu mengikut Seksyen 50 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes didengar dihadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus.
Dalam pada itu, Noniswara berkata, tindakan suaminya meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberi nafkah adalah selari dengan lafaz taklik yang dibacakan defendan pada hari pernikahan mereka pada 31 Julai 2009.
Pada prosiding tersebut, Noniswara turut mengemukakan tiga orang saksi iaitu adik lelaki, pembantu peribadi dan bekas pembantu peribadinya dan mereka mengesahkan keterangan pelakon itu.
Mahkamah menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan permohonan tersebut.
Hati Noniswara Sudah Tertutup Buat Suami
Permohonan Taklik Noniswara Diteruskan Walaupun Suami Enggan Hadir
Noniswara Tarik Balik Permohonan Cerai Cara Baik
Noniswara nekad cerai
Noniswara Temui Artis Perosak Rumah Tangganya
Suami Noniswara Enggan Hadir Ke Mahkamah Selesai Kes Cerai
Noniswara Akan Menjanda Kerana Orang Ketiga
Noniswara Akan Menjanda Kerana Orang Ketiga
Perkahwinan yang dibina selama empat tahun di antara Noniswara dan juga Datuk Rosman Ridzwan tidak dapat diselamatkan setelah Noniswara ataupun lebih dikenali sebagai Nonis menuntut cerai.
Perkahwinan yang kedua buat Nonis manakala Datuk Rosman merupakan seorang duda memiliki 5 orang anak mula goyah 7 bulan yang lalu akibat dari orang ketiga.
“Kehidupan kami sekeluarga elok sahaja sehinggalah orang ketiga muncul. Selepas itu keluarga kami jadi kucar-kacir”
Menurut Nonis, dia cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya namun tiada jalan penyelesaian.
“Setelah melakukan pelbagai perkara saya jadi putus asa dan merasakan bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami berdua”
“Lagipun setelah membuat perbincangan di antara saya dan suami dia bersetuju dengan keputusan saya untuk menfailkan perceraian”
Tambahnya lagi dia telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula bakal berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah yang sama.
Walaubagaimanapun, Nonis redha dan yakin dengan ujian dari-Nya dan percaya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.
“Kehidupan kami sekeluarga elok sahaja sehinggalah orang ketiga muncul. Selepas itu keluarga kami jadi kucar-kacir”
Menurut Nonis, dia cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya namun tiada jalan penyelesaian.
“Setelah melakukan pelbagai perkara saya jadi putus asa dan merasakan bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami berdua”
“Lagipun setelah membuat perbincangan di antara saya dan suami dia bersetuju dengan keputusan saya untuk menfailkan perceraian”
Tambahnya lagi dia telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula bakal berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah yang sama.
Walaubagaimanapun, Nonis redha dan yakin dengan ujian dari-Nya dan percaya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Gangguan Pihak Ketiga Punca Noniswara Tuntut Cerai
Noniswara Sebak Tiap Kali Kenangkan Arwah Ibu
PETALING JAYA: Dramatis Noniswara sebak apabila sambutan Syawal yang dilaluinya setiap tahun diiringi perasaan rindu terhadap arwah ibunya Noor Inim Ahmad yang meninggal dunia akibat kanser payudara tiga tahun lalu.
Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 43, berkata, dia masih teringat bagaimana sibuknya dia bersama ibu menyiapkan juadah untuk meraikan sambutan Aidilfitri.
"Sebelum arwah ibu meninggal dunia, saya tidak pernah melepaskan peluang beraya bersamanya dan memandangkan saya merupakan anak sulung daripada lima beradik, hubungan kami sememangnya rapat.
"Saya masih ingat lagi bagaimana bersungguh-sungguhnya kami menyiapkan makanan bersama-sama. Ibu sememangnya seorang yang pandai memasak terutamanya nasi dagang.
"Malah ibu juga akan memastikan meja makan dipenuhi dengan hidangan yang berbeza," katanya.
Sementara itu, Noniswara berkata, dia tidak lagi pulang ke kampungnya di Kelantan selepas pemergian ibu dan ayahnya, Baharudin Yunus (meninggal dunia pada 2006) dan hanya beraya di Kuala Lumpur di samping suami dan anak-anak.
"Sekarang ini, sambutan Aidilfitri diberi fokus lebih kepada anak-anak yang teruja menyambutnya. Walaupun keseronokan Aidilfitri saya tidak lagi seperti dahulu, tetapi saya akan memastikan anak-anak dapat merasai nikmatnya.
"Biasalah budak-budak, mereka mahu menikmati Hari Raya selama sebulan, sebagaimana mereka berpuasa selama sebulan," ujarnya.
NONISWARA Suka sentiasa cantik!
BUKAN nak katalah, tapi bila menyentuh mengenai isu usia, kebanyakan wanita yang dah nak masuk era 40-an, biasanya tak berapa gemar nak berbicara soal ini.
Sensitiflah kononnya! Tetapi itu mungkin pada tanggapan sesetengah orang.
Tak dinafikan ada wanita yang memang tidak kisah dan tidak pernah cuba untuk menyembunyikan usia sebenar mereka.
Bak kata oranglah, apalah sangat yang ada pada usia sampai nak disorok- sorokkan? Sportinglah sikit.
Bila bercakap mengenai wanita yang takut pada usia, Pancaindera melalui sebuah ruangan pojok minggu lalu ada mendedahkan gosip mengenai pelakon, Noniswara yang dikatakan tidak mahu mengaku dirinya sudah menginjak ke usia tertentu.
Lebih ketara apabila wanita yang berstatus Datin ini turut didakwa tidak akan menerima sebarang watak emak atau wanita berusia.
Tawaran hanya akan diambil jika watak yang diberikan adalah watak perempuan cantik-cantik sahaja.
Apa yang penting apabila keluar di kaca televisyen, solekan di wajah tu kena yang mampan-mampan saja. Kalau wajah buruk atau nampak tua tak boleh.
Rabu lalu, Pancaindera bertemu sendiri dengan pelakon Bunga April ini bagi mendapatkan kepastian berhubung isu yang mungkin membuatkan ada pihak rasa jelak.
ISU tak mahu terima watak wanita tua, betul ke Noniswara seperti yang didakwa?
Mana ada. Itu semua cerita tak betul tu.
Banyak mata yang melihat dan telinga yang mendengar. Kalau tak betul maka tak timbul cerita begini. Apa malu sangatkah kalau bawa watak tua?
Sebenarnya, saya tak mahu komen lanjut mengenai hal ini sebab nanti orang kata saya cuba nak tegakkan benang yang basah atau sebagainya. Lebih baik saya diamkan diri. Diam bukan bermakna saya salah. Tapi sebab saya malas nak timbulkan kontroversi. Mengenai isu ini, saya tak pernah kata malu bawa watak orang tua.
Mulut orang, biasalah tak mungkin dapat kita tutup. Bila hal macam ni timbul, maka orang akan cakap Nonis ni memilih dan cerewet sebab watak-watak cantik je yang dimahukan. Komen?
Kalau cakap soal cantik, siapa yang tidak mahu cantik bukan? Lebih-lebih lagi wanita. Ya, betul kalau saya kata saya mahu tampil cantik di kaca televisyen kalau watak yang diberikan diwajibkan begitu. Contohnya watak seorang ibu moden yang berkerjaya, anggun dan sofistikated. Tak logiklah kalau nak suruh saya disolek ala wanita tua yang kerepot dan nampak kampung. Betul tak?
Ada dakwaan Nonis enggan disolek begitu. Boleh jelaskan?
Sudah lebih lima belas tahun saya berada dalam industri ni, bukannya saya tak pernah melakonkan watak tua. Masa saya berusia 20-an, pernah ditawarkan watak tua dan disolek tua, saya buat. Tak ada masalah pun. Kebetulan, kebanyakan tawaran yang datang pada saya pun adalah wanita korporat dan berkerjaya. Bukannya saya memilih. Dah memang tawaran itu yang saya dapat.
Apa reaksi pertama Nonis apabila mendapat tahu mengenai isu ini?
Sebetulnya, saya geram. Tapi saya tak mahu ambil kisah sangat sebab nanti orang akan mengata saya juga. Nanti orang ingat saya yang cari pihak media. Saya pun memang tak suka nak layan benda-benda gosip begini.
Nonis di luar set penggambaran pula bagaimana? Adakah sentiasa nak jaga kecantikan 24 jam?
Sebagai artis, penampilan mestilah dijaga.
Dalam ruangan pojok tu ada mendakwa, disebabkan Nonis asyik nak watak cantik saja, maka ramai produser yang tak mahu ambil Nonis berlakon. Komen?
Ini pun cerita tak betul. Saya bersyukur sebab rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ni tak pernah surut. Ada saja. Tak ada kaitan dengan isu. Betul, kalau ada yang nak kata saya memilih. Sebagai artis kita perlu memilih. Maksudnya dari segi penggambaran itu sendiri. Lamakah? Jauhkah? Saya dah berkahwin dan semestinya saya perlu mengutamakan keluarga. Kalau tak ada pertembungan jadual, saya pasti tak ada masalah memberikan komitmen dengan pihak produksi.
Setelah memegang gelaran Datin ni, adakah Nonis menerima masalah daripada segi tawaran?
Tak ada. Walaupun saya bergelar Datin, tapi itu bukan masalah untuk saya bekerjasama dengan pihak produksi.
Tentang isu usia. Dengar cerita Nonis tak mahu dedahkan usia sebenar. Kenapa macam tu?
Tak ada orang tanya, jadi saya tak cakaplah. Tapi tak adalah sampai saya rahsiakan usia sebenar.
Jadi berapa usia Nonis sekarang ni?
Saya boleh beritahu. Tapi tak payahlah awak tulis ya.
Noniswara Tidak Menolak Jika Dikurniakan Anak

WALAUPUN pernah berdepan dengan kisah kontroversi mengenai suaminya yang dikatakan seorang kaki pukul tahun lepas, namun perkara itu tidak sesekali menggugat rumah tangganya.
Selepas melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua dalam hidupnya, Noniswara Baharudin mengakui dia kini bahagia di samping suami tercinta, Datuk Rosman Ridzwan, 52.
"Alhamdulliah, saya bahagia dengan suami. Selalu juga saya mengikutnya ke luar negara jika ada urusan berkaitan dengan kerjanya di sana.
"Kisah mengenai suami saya kaki pukul itu tidak pernah mengganggu hubungan kami berdua. Saya kenal sikap suami kerana dia seorang yang baik," ujar Noniswara yang juga Pengarah Urusan Symphony Advanced Sdn Bhd.
Selepas melayari kehidupan berumah tangga hampir lapan bulan lalu, pelakon filem Aku Masih Dara ini memberitahu dia dan suami tidak menolak jika dikurniakan anak hasil perkahwinan mereka berdua.
"Suami tidak menghalang jika saya ingin melahirkan anak lagi, tapi saya juga kena fikir mengenai umur saya yang bukannya muda lagi.
"Tapi jika dapat anak lagi, saya anggap semuanya rezeki untuk kami berdua," kata Noniswara, 40.
Menurut Noniswara, walaupun dia dan suami mempunyai anak-anak hasil perkahwinan terdahulu, namun tidak menghalangnya untuk melahirkan anak sebagai pengikat kasih sayang antara suami.
"Kalau ikutkan hati, saya teringin juga mempunyai anak dengan suami. Cuma saya kena berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk berbincang jika mahu mengandung kerana umur saya sudah 40 tahun.
"Saya takut jika ada risiko terhadap anak yang dikandung dan juga saya. Saya pun tidak terlalu mengharap sangat, memandangkan kami sudah mempunyai anak.
"Anak saya sendiri seramai tiga orang dan anak suami pula ada lima orang. Saya bergilir menjaga anak dengan bekas suami. Tapi anak suami hanya datang ke rumah kami semasa cuti sekolah kerana mereka belajar di luar negara," kata ibu kepada Naveer Mihshon Zakaria, 15, Nur Erysha Emyra, 10, dan Nazeer Danish, 3.
Menyedari dirinya yang menggalas tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan pelakon, tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus memberikan buah tangan tebaru buat peminatnya untuk melihat dia kembali berlakon seperti dulu.
"Selepas saya berehat dalam dunia lakonan lebih kurang lima tahun dulu, saya rasa sunyi dan rindu dengan kerjaya sebagai pelakon.
"Tetapi selepas menerima banyak tawaran berlakon, saya rasa seperti diri saya masih diperlukan dalam industri ini. Saya kembali berlakon semula baru tiga tahun.
Noniswara juga memberitahu dia kini tidak terfikir untuk berhenti daripada kerjayanya sebagai pelakon kerana begitu meminati bidang lakonan di samping mendapat sokongan daripada suami.
"Suami saya tidak halang untuk saya terus kekal dalam bidang ini. Dia sendiri banyak menyokong kerjaya saya.
"Cuma sekarang ini saya kurangkan sedikit dalam bidang lakonan kerana mahu tumpukan kepada rumah tangga.
Sementara itu, Noniswara turut mengakui dia menganggap anak-anak tirinya juga seperti anak kandungnya sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
