Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

NONISWARA Suka sentiasa cantik!


BUKAN nak katalah, tapi bila menyentuh mengenai isu usia, kebanyakan wanita yang dah nak masuk era 40-an, biasanya tak berapa gemar nak berbicara soal ini.

Sensitiflah kononnya! Tetapi itu mungkin pada tanggapan sesetengah orang.

Tak dinafikan ada wanita yang memang tidak kisah dan tidak pernah cuba untuk menyembunyikan usia sebenar mereka.

Bak kata oranglah, apalah sangat yang ada pada usia sampai nak disorok- sorokkan? Sportinglah sikit.

Bila bercakap mengenai wanita yang takut pada usia, Pancaindera melalui sebuah ruangan pojok minggu lalu ada mendedahkan gosip mengenai pelakon, Noniswara yang dikatakan tidak mahu mengaku dirinya sudah menginjak ke usia tertentu.

Lebih ketara apabila wanita yang berstatus Datin ini turut didakwa tidak akan menerima sebarang watak emak atau wanita berusia.

Tawaran hanya akan diambil jika watak yang diberikan adalah watak perempuan cantik-cantik sahaja.

Apa yang penting apabila keluar di kaca televisyen, solekan di wajah tu kena yang mampan-mampan saja. Kalau wajah buruk atau nampak tua tak boleh.

Rabu lalu, Pancaindera bertemu sendiri dengan pelakon Bunga April ini bagi mendapatkan kepastian berhubung isu yang mungkin membuatkan ada pihak rasa jelak.

ISU tak mahu terima watak wanita tua, betul ke Noniswara seperti yang didakwa?

Mana ada. Itu semua cerita tak betul tu.

Banyak mata yang melihat dan telinga yang mendengar. Kalau tak betul maka tak timbul cerita begini. Apa malu sangatkah kalau bawa watak tua?

Sebenarnya, saya tak mahu komen lanjut mengenai hal ini sebab nanti orang kata saya cuba nak tegakkan benang yang basah atau sebagainya. Lebih baik saya diamkan diri. Diam bukan bermakna saya salah. Tapi sebab saya malas nak timbulkan kontroversi. Mengenai isu ini, saya tak pernah kata malu bawa watak orang tua.

Mulut orang, biasalah tak mungkin dapat kita tutup. Bila hal macam ni timbul, maka orang akan cakap Nonis ni memilih dan cerewet sebab watak-watak cantik je yang dimahukan. Komen?

Kalau cakap soal cantik, siapa yang tidak mahu cantik bukan? Lebih-lebih lagi wanita. Ya, betul kalau saya kata saya mahu tampil cantik di kaca televisyen kalau watak yang diberikan diwajibkan begitu. Contohnya watak seorang ibu moden yang berkerjaya, anggun dan sofistikated. Tak logiklah kalau nak suruh saya disolek ala wanita tua yang kerepot dan nampak kampung. Betul tak?

Ada dakwaan Nonis enggan disolek begitu. Boleh jelaskan?

Sudah lebih lima belas tahun saya berada dalam industri ni, bukannya saya tak pernah melakonkan watak tua. Masa saya berusia 20-an, pernah ditawarkan watak tua dan disolek tua, saya buat. Tak ada masalah pun. Kebetulan, kebanyakan tawaran yang datang pada saya pun adalah wanita korporat dan berkerjaya. Bukannya saya memilih. Dah memang tawaran itu yang saya dapat.

Apa reaksi pertama Nonis apabila mendapat tahu mengenai isu ini?

Sebetulnya, saya geram. Tapi saya tak mahu ambil kisah sangat sebab nanti orang akan mengata saya juga. Nanti orang ingat saya yang cari pihak media. Saya pun memang tak suka nak layan benda-benda gosip begini.

Nonis di luar set penggambaran pula bagaimana? Adakah sentiasa nak jaga kecantikan 24 jam?

Sebagai artis, penampilan mestilah dijaga.

Dalam ruangan pojok tu ada mendakwa, disebabkan Nonis asyik nak watak cantik saja, maka ramai produser yang tak mahu ambil Nonis berlakon. Komen?

Ini pun cerita tak betul. Saya bersyukur sebab rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ni tak pernah surut. Ada saja. Tak ada kaitan dengan isu. Betul, kalau ada yang nak kata saya memilih. Sebagai artis kita perlu memilih. Maksudnya dari segi penggambaran itu sendiri. Lamakah? Jauhkah? Saya dah berkahwin dan semestinya saya perlu mengutamakan keluarga. Kalau tak ada pertembungan jadual, saya pasti tak ada masalah memberikan komitmen dengan pihak produksi.

Setelah memegang gelaran Datin ni, adakah Nonis menerima masalah daripada segi tawaran?

Tak ada. Walaupun saya bergelar Datin, tapi itu bukan masalah untuk saya bekerjasama dengan pihak produksi.

Tentang isu usia. Dengar cerita Nonis tak mahu dedahkan usia sebenar. Kenapa macam tu?

Tak ada orang tanya, jadi saya tak cakaplah. Tapi tak adalah sampai saya rahsiakan usia sebenar.

Jadi berapa usia Nonis sekarang ni?

Saya boleh beritahu. Tapi tak payahlah awak tulis ya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails